1sejarah1malaysia.files.wordpress.com file · Web viewsumbangan kegiatan ekonomi terhadap...

24
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI PERKASA SUMBANGAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP PEMBANGUNAN KAMPUNG SUNGAI RANGGAM, 36810 KAMPUNG GAJAH, PERAK DARUL RIDZUAN NAMA :MUHAMMAD NUR FAIZAN BIN NORDIN NO. I/C :931213-08-5403 NAMA GURU :EN. MAT SALIM BIN HUSSAIN

Transcript of 1sejarah1malaysia.files.wordpress.com file · Web viewsumbangan kegiatan ekonomi terhadap...

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI PERKASA

SUMBANGAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP

PEMBANGUNAN KAMPUNG SUNGAI

RANGGAM, 36810 KAMPUNG GAJAH,PERAK DARUL RIDZUAN

NAMA :MUHAMMAD NUR FAIZAN BIN NORDIN

NO. I/C :931213-08-5403

NAMA GURU :EN. MAT SALIM BIN HUSSAIN

SENARAI KANDUNGAN

BIL. ISI KANDUNGAN HALAMAN01 Penghargaan02 Pendahuluan03 Objektif Kajian04 Kawasan Kajian05 Kaedah Kajian06 Dapatan Kajian07 Rumusan08 Lampiran09 Rujukan

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana telah megurniakan saya kesihatan dan petunjuk untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurnanya.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengetua, Encik Ahmad Teridi bin Shahuddin yang telah memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini. Saya juga ingin berterima kasih kepada Encik Mat Salim bin Hussain, guru Geografi yang sentiasa memberi dorongan, galakan dan nasihat kepada saya.

Selain itu, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada penghulu dan penduduk-penduduk Sungai Ranggam. Tidak Ketinggalan ribuan terima kasih kepada ibu bapa dan rakan-rakan saya yang sentiasa memberi galakan untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan baik khususnya Zainul Arif bin Sumadin yang banyak membantu saya. Sekian…

PENDAHULUAN

Saya memilih tugasan ini kerana kawasan yang saya kaji terdapat ciri-ciri yang dikehendaki dalam kegiatan ekonomi. Kawasan yang saya kaji ialah Sungai Ranggam. Negara yang dibandingkan ialah Indonesia yang terletak di tenggara Asia. Perkhidmatan dan perindustrian juga terdapat di kawasan ini. Ini memudahkan lagi saya untuk membuat kajian yang berkaitan dengan kegiatan ekonomi.

Selain itu, kemudahan-kemudahan lain seperti pendidikan pertanian dan pelbagai lagi terdapat di sini. Kemudahan yang terdapat sangat berguna kepada penduduk di kawasan ini.

Saya telah menjalnkan kajian ini dengan bantuan penduduk kampung. Kajian yang dibuat in memakan masa selama 4 minggu. Saya menggunakan maklumat dan data yang diperolehi untuk menulis laporan dengan lengkap.

OBJEKTIF KAJIAN

>Mengenalpasti jenis-jenis kegiatan ekonomi dan faktor yang mempengaruhinya

>Mengenalpasti sumbangan kegiatan ekonomi setempat terhadap pembangunan kawasan kajian

>Mengenalpasti kesan-kesan kegiatan ekonomi setempat terhadap alam sekitar

>Membincangkan langkah-langkah mengurangkan kesan kegiatan ekonomi setempat terhadap alam sekitar.

KAWASAN KAJIAN

Saya menjalankan kajian di tempat tinggal saya iaitu di kawasan Sungai Ranggam yang terletak kira-kira 25 kilometer dari Kampung Gajah dan 20 kilometer dari bandar Teluk Intan. Kawasan Kajian ini mempunyai pandang darat fizikal tanah pamah.

Terdapat kira-kira 5000 hektar tanaman padi dan 3000 hektar tanaman kelapa sawit yang ditanam di Sungai Ranggam. Sungai Ranggam adalah sebuah kampung yang terletak di daerah Perak Tengah.

KAEDAH KAJIAN

RUJUKAN DI PUSAT SUMBERSaya bersama-sama rakan saya telah membuat rujukan di Pusat Sumber untuk

mendapatkan maklumat tentang jenis kegiatan ekonomi dan faktor-faktor ysng mempengaruhi sumbangan terhadap kawasan kajian.Selain itu, maklumat kesan dan langkah-langkah mengurangkan kesan terhadap alam sekitar juga didapati daripada buku-buku tertentu.

PEMERHATIANSaya telah memerhatikan kawasan kajian saya selama beberapa hari untuk mengenalpasti

bentuk muka bumi. Bentuk muka bumi Sungai Ranggam iala tanah pamah. Ia sesuai untuk tanaman padi sawah. Jenis tanih di kawasan kajian ialah tanih aluvium dan laterit.Saya juga melihat teknologi yang digunakan dalam pertanian dan pengambilan gambar serta menyiapkan dapatan kajian.

TEMUBUALSaya juga telah menemubual beberapa orang responden yang juga merupakan penduduk

Sungai Ranggam. Antara responden yang ditemubual ialah seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah menengah yang berdekatan iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Ranggam. Selain itu, saya juga menemubual beberapa orang responden yang bekerja sebagai pesawah.

DAPATAN KAJIAN

JENIS –JENIS KEGIATAN EKONOMINegara Malaysia mempunyai pelbagai jenis kegiatan ekonomi yang menyumbang kepada

pendapatan negara. Jenis-jenis kegiatan ekonomi negara ialah pertanian, perikanan, perlombongan, perindusrtian, perkhidmatan dan pembalakan.

PERTANIANBumi Malaysia yang subur serta beriklim panas dan lembap sepanjag tahun amat sesuai

untuk kegiatan pertanian.Pertanian merupakan kegiatan utama di negara kita Malaysia terutamanya di kawasan luar bandar. Pertanian boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu tanaman jualan dan tanaman makanan.

Tanaman makanan adalah tanaman yang ditanam untuk keperluan dan keluarga, manakala selebihnya dijual. Tanaman utama negara kita ialah padi. Kedah terkenal dengan tanaman padi yang luas dan juga digelar negeri “Jelapang Padi Malaysia”. Terdapat dua jenis padi yang diusahakan di Malaysia iaitu padi sawah (kawasan tanah rendah) dan padi huma (kawasan berbukit). Tanaman jualan utama di negara Malaysia adalah kelapa sawit dan getah. Kelapa sawit diusahakan secara kebun kecil dan ladang. Getah ditanam di tenggara Johor, Pahang dan selatan Kelantan. Tanaman jualan lain adalah seperti koko, tembakau, kelapa, teh, tebu, kopi dan banyak lagi.

PERIKANANKerja menangkap dan memelihara ikan adalah aktiviti ekonomi yang dilakukan penduduk

Malaysia. Ikan merupakan sumber protein utama yang sangat penting. Di Malaysia, terdapat empat jenis kegiatan perikanan utama iaitu perikanan air tawar, perikanan pinggir pantai, perikanan laut dalam akuakultur dan penternakan ikan hiasan.

PERLOMBONGANMineral utama yang terdapat di Malaysia ialah petroleum dan gas asli. Mineral lain yang

dilombong ialah emas, kuprum, bauksit dan bijih timah Industri perlombongan juga membantu perkembangan ekonomi negara.

PEMBALAKANMalaysia dapat menjalankan pembalakan kerana terdapat kawasan hutan terdiri daripada

kayu keras. Hasil kayu ini adalah penting dan mendapat pasaran yang baik. Kayu balak diproses menjadi produk yang bernilai tinggi.

PERKHIDMATANPerkhidmatan terdiri daripada pelancongan, perdagangan, kewangan, pengangkutan dan

pendidikan. Di Malaysia, sektor perkhidmatan merupakan sektor ekonomi yang terpenting. Globalisasi ekonomi menggalakkan peningkatan dalam tambahan sektor perkhidmatan.

(KEGIATAN EKONOMI DI KAWASAN KAJIAN)

PERTANIAN Pertanian adalah kegiatan aktiviti ekonomi yang utama dan penting di Kampung Sungai

Ranggam. Kegiatan ini menghasilkan pendapatan kepada penduduk Sungai Ranggam. Di Sungai Ranggam terdapat kawasan penanaman padi dan kelapa sawit.

>Tanaman PadiLuas kawasan tanaman padi di Sungai Ranggam ialah 5000 hektar. Ia dituai 2 kali

setahun untuk mengekalkan kesuburan tanih. Jenis padi yang ditanam di Sungai Ranggam ialah padi sawah. Sebahagian penduduk bekerja di kawasan padi. Hasil penanaman padi akan dibawa dan dikumpul di Kompleks Padi Bernas Berhad Sungsi Ranggam untuk diproses menjadi beras.

>Tanaman Kelapa Sawit(sampingan)Luas kawasan penanaman kelapa sawit di Sungai Ranggam ialah seluas 3000 hektar.

Hasil daripada tanaman sawit akan dihantar ke tempat pengumpulan sawit. Selepas itu ia akan dihantar ke kilang sawit untuk diproses.

PERKHIDMATANAntara kegiatan ekonomi berdasarkan perkhimatan ialah pendidikan. Di kawasan Kajian

terdapat perkhidmatan pendidikan yang disediakan kepada penduduk Sungai Ranggam. Perkhidmatan pendididkan itu ialah Sekolah Menengah dan Sekolah Kebangsaan. Ini menyediakan pekerjaan pendududuk sebagai guru. Selain itu, khidmat perubatan juga terdapat di

kawasan kajian. Penduduk mendapat pekerjaan berdasarkan perubatan dengan menjadi doktor dan jururawat.

SUMBANGAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP KAWASAN KAJIAN

PELUANG PEKERJAANSetiap sektor ekonomi dapat mewujudkan peluang pekerjaan untuk penduduk Malaysia.

Kegiatan pertanian dan Perkhidmatan iaitu pendidikan di Sungai Ranggam menyediakan banyak pekerjaan untuk pendududuk. Keadaan ini menyebabkan kadar pengangguran sangat rendah di Sungai Ranggam. Contoh pekerjaan yang boleh didapati ialah guru, pemandu lori, peladang, pesawah, pembekal baja dan banyak lagi.

PENDAPATANKegiatan ekonomi telah menyumbangkan pendapatan bagi membiayai pebelanjaan

mengurus dan mentadbir negara. Kegiatan ekonomi di Sungai Ranggam seperti hasil pad dan kelapa sawit sedikit sebanyak dapat menyumbang dalam ekonomi negara.

PENGURANGAN PERGANTUNGAN BARANGAN IMPORT

Malaysia telah berusaha untuk meningkatkan produktiviti negara. Ini termasuklah pertanian terutama pengeluaran barang makanan. Kemajuan dalam bidang pertanian di Sungai Ranggam dapat mengurangkan barangan import dari luar negera dalam pengimportan makanan.

PENINGKATAN TARAF HIDUPTaraf hidup penduduk telah meningkat hasil daripada pendapatan yang diperolehi

darpiada dalam penglibatan dalam kegiatan ekonomi apabila pendapatan penduduk meningkat. Oleh itu, pendududuk dapat memenuhi keperluan asas seperti membeli makanan dan pakaian. Pendududuk Sungai Ranggam dalam kegiatan ekonomi pertanian dan perkhidmatan akan mudah mendapat rawatan apabila terdapatnya klinik desa.

*Dengan semua sumbangan ini, semangat patriotisme seperti cinta akan tanah air dapat dicapai.

KESAN-KESAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP ALAM SEKITAR

PERUBAHAN PANDANG DARAT/LANDSKAPKegiatan ekonomi juga akan mengubah landskap sesuatu kawasan. Sungai Ranggam

yang dulunya hanya mempunyai tanah yang luas dan tidak digunakan, kini telah menjadi kawasan tanaman padi sawah dan juga kelapa sawit.

PENCEMARAN Pencemaran berlaku apabila bahan-bahan yang kotor dan berbahaya kepada kesihatan

dilepaskan ke alam sekitar. Di Sungai Ranggam, aktiviti pertanian padi telah menyebabkan pencemara udara dan air. Udara tercemar kerana asap dari kilang padi dilepaskan ke udara. Pencemaran air berlaku apabila bahan kimia daripada penggunaan baja kimia digunakan penduduk.

PENIPISAN LAPISAN OZONPenipisan lapisan ozon berlaku apabila asap yang dihasilkan daripada petroleum dan

menghasilkan gas nitrogen. Lapisan ozon berada di ketinggian 10 hingga 50 kilometer. Kegiatan ekonomi di Sungai Ranggam seperti pertanian yang menggunakan bahan kimia akan bertindak balas dengan ozon dan menyebabkan penipisan lapisan ozon.

HUJAN ASIDKejadian hujan asid mempunyai kaitan rapat dengan pelepasan asap dari kilang dan

kenderaan.Asap ini mengandungi gas-gas seperti karbon dioksida, sulfur dioksida dan nitrogen dioksida. Di Sungai Ranggam, kilang padi banyak melepaskan asap dan dapat menyumbang dalam pembentukan hujan asid.

LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN KESAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP ALAM SEKITAR

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANGKerajaan Malaysia telah menggubal pelbagai undang-undang untuk melindungi alam

sekitar. Undang-undang bertujuan mengawal semua pihak supaya tidak melakukan perkara-perkara yang dapat menyebabkan pencemaran. Antara akta yang penting ialah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang merupakan perundangan yang menyeluruh tentang alam sekitar termasuk pertanian di Sungai Ranggam.

KEMPENPenduduk Sungai Ranggam diingatkan tentang kepentingan menjaga alam sekitar melalui

kempen. Mereka digalakkan supaya lebih berwaspada tentang kesan-kesan amalan mereka terhadap alam sekitar.

PENDIDIKANPendidikan alam sekitar penting bagi mewujudkan kesedaran kepada penduduk Sungai

Ranggam tentang memelihara alam sekitar, kesedaran ini diwujudkan melalui pendidikan diperingkat sekolah rendah (Kajian Tempatan) dan sekolah menengah (Geografi dan Sains)

PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN (P&P)Penyelidikan dan Pembangunan (P&P) ialah aktiviti menghasilkan teknologi yang baru

atau lebih baik. Melalui P&P pelbagai kaedah pengeluaran dicipta yang tidak mencemerkan alam sekitar. Teknik ini dikenali sebagai teknologi mesra alam. Sungai Ranggam juga menggunakan teknik untuk mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar.

JADUAL DATA KAJIAN

BILANGAN PEKERJAAN DI SUNGAI RANGGAM

BIL. JENIS PEKERJAAN JUMLAH

1 Pesawah padi 20

2 Guru 5

3 Peladang 15

4 Pengurus Kilang 2

5 Pekedai 18

6 Buruh 10

7 Kilang 13

8 Lain-lain 17

JUMLAH 100

GRAFIK

CARTA PAI

GRAF

RUMUSANMelalui kajian Geografi yang telah saya buat, rumusan yang dapat dibina ialah apakah

jenis-jenis kegiatan ekonomi di kawasan kajian. Kita mestilah mengetahui jenis-jenis kegiatan ekonomi di tempat kita. Ini dapat memupuk sifat menghayati dan merasai kepentingan kegiatan ekonomi yang dijalankan terhadap pembangunan negara.

Kita juga dapat mengetahui apakah sumbangan kegiatan ekonomi di tempat kita terhadap negara kita yang tercinta. Dengan ini, unsur patriotisme seperti cinta akan tanah air dan berbangga dengan sumbangan kegiatan ekonomi setempat terhadap pembangunan negara dapat dicapai.

Pelbagai kesan yang didapati daripada kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar. Contoh kesannya ialah seperti pencemaran air dan udara. Dengan melihat kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar, sifat bertanggungjawab dapat dilihat apabila penduduk bersama-sama mengurangkan kesan-kesan tersebut.

.

Akhir sekali, kita akan dapat mengenalpasti apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk mengurangkan kesan-kesan kegiatan ekonomi tersebut. Apabila penduduk melihat langkah-langkah yang telah diambil, mereka akan turut mengikuti langkah-langkah tersebut. Unsur patriotisme seperti bertindak wajar dan timbul rasa cinta akan tanah air dapat dilihat apabila penduduk mengikuti langkah-langkah tersebut.

Saya berasa bangga dengan kegiatan ekonomi di tempat saya yang semakin berkembang. Ini memberikan saya keyakinan untuk membuat kerja kursus ini di Sungai Ranggam. Saya berharap agar kawasan yang saya duduki ini semakin berkembang dengan lebih pesat.

RUJUKAN