01-Borang Pengesahan Status Tesis · Revolusi maklumat telah membawa perubahan secara menyeluruh...

20
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PEMBANGUNAN SIMULASI ANGGARAN CGPA DALAM SEMESTER SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya MOHD ISA BIN MOHD NOOR (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana /Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD __________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) Disahkan oleh _____________________________________ (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 16490, KAMPUNG WAKAF BARU, JALAN GONG BADAK, 21300 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU DARUL IMAN. Tarikh : 1 MEI 2009 EN. MEGAT AMAN ZAHIRI B. MEGAT ZAKARIA Nama Penyelia Tarikh : 1 MEI 2009

Transcript of 01-Borang Pengesahan Status Tesis · Revolusi maklumat telah membawa perubahan secara menyeluruh...

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL: PEMBANGUNAN SIMULASI ANGGARAN CGPA DALAM SEMESTER

SESI PENGAJIAN: 2008/2009

Saya MOHD ISA BIN MOHD NOOR

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( � )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

� TIDAK TERHAD

__________________________________

(TANDATANGAN PENULIS)

Disahkan oleh

_____________________________________

(TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap: 16490, KAMPUNG WAKAF BARU, JALAN GONG BADAK, 21300 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU DARUL IMAN. Tarikh : 1 MEI 2009

EN. MEGAT AMAN ZAHIRI B. MEGAT

ZAKARIA Nama Penyelia

Tarikh : 1 MEI 2009

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)”.

Tandatangan : ____________________________________________

Nama Peyelia : EN. MEGAT AMAN ZAHIRI B. MEGAT ZAKARIA

Tarikh : 1 MEI 2009

i

PEMBANGUNAN SIMULASI ANGGARAN CGPA DALAM SEMESTER

MOHD ISA BIN MOHD NOOR

Laporan Projek Ini Dikemukan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI, 2009

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

nukilan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ___________________________

Nama Penulis : MOHD ISA BIN MOHD NOOR

Tarikh : 1 MEI 2009

iii

PENGHARGAAN

Syukur alhamdulillah dengan limpah kurnianya maka projek ini berjalan

lancar dan dapat disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan.

Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi

penghargaan kepada penyelia projek, En. Megat Aman Zahiri b. Megat Zakaria di

atas segala bimbingan, teguran, tunjuk ajar, nasihat dan panduan yang telah

dihulurkan sepanjang tempoh projek ini dijalankan. Jutaan terima kasih juga diatas

segala idea yang dikongsikan dan sokongan yang diberikan sehingga projek ini

sempurna dilaksanakan.

Ucapan terima kasih ini juga tidak lupa ditujukan buat semua rakan-rakan

seperjuangan, teman-teman rapat dari fakulti awam dan sains serta sahabat-sahabat

yang turut membantu serta menyumbangkan idea dalam menyiapkan projek ini.

Tidak pula dilupai salam kasih kepada Pengetua, Felo dan Pembantu Felo Kolej Tun

Hussein Onn yang banyak memberi semangat dan pertolongan kepada saya selama

ini.

Akhir sekali, penghargaan ini ditujukan khas buat kedua ibu bapa tercinta,

kakak, abang serta adik-adik tersayang di mana mereka semua adalah pendorong

utama kepada saya dalam menyiapkan projek ini. Sekian, terima kasih.

iv

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan membangunkan simulasi anggaran CGPA dalam

semester yang menyediakan kemudahan untuk mengira gred CGPA dan CPA kepada

pelajar. Pelajar dapat menjimatkan masa dalam mengira gred dengan hanya

memasukkan markah ke dalam perisian tersebut. Simulasi yang dijalankan dapat

membantu pelajar dalam membuat perancangan awal dan menjadi panduan dalam

mencapai kecermelangan akademik. Model ADDIE telah digunakan sebagai garis

panduan bagi membangunkan perisian simulasi ini. Perisian utama yang digunakan

ialah Microsoft Visual Basic 6.0 dalam menghasilkan perisian simulasi yang menarik

dan fleksibel. Diharapkan perisian simulasi ini dapat membantu para pelajar dalam

membuat perancangan awal bagi menguruskan markah-markah mereka dengan lebih

cekap dan efektif.

v

ABSTRACT

This research is focusing to create the simulation of CGPA estimation of the

semester which provides the facility in counting the grade of CGPA and CPA for the

scholars. The scholars can save time in counting their grades by entering marks into

the software. The simulation that has been carried out can help the scholars to plan

earlier and to be guided in achieving the excellent academic result. The model

‘ADDIE’ had been used as the guidance in establishing the simulation of the

software. In order to create exciting and flexible simulation of the software,

Microsoft Visual Basic 6.0 is being used as the main component of the software.

Hopefully the software simulation will be a big help for the students in planning their

marks effectively.

vi

SENARAI KANDUNGAN

BAB

1

TAJUK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL

PENGAKUAN PELAJAR

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

SENARAI KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

1.2 Latar Belakang Projek

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Objektif Projek

1.5 Rasional Pemilihan Projek

1.6 Kepentingan Projek

1.7 Batasan Projek

1.8 Definisi Istilah

1.8.1 Buku Panduan Akademik (2006)

1.8.2 Perisian

1.8.3 Simulasi

1.8.4 Perisian Simulasi

1.9 Kesimpulan

MUKA SURAT

i

ii

iii

iv

v

vi

ix

x

1

1

3

5

5

6

6

7

8

8

9

9

10

10

vii

2

3

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

2.2 Perkembangan Teknologi

2.3 Kecermelangan Akademik

2.3.1 Faktor-faktor Kecermelangan Akademik

2.3.2 Pemarkahan

2.4 Pengaturcaraan

2.5 Kaedah Simulasi

2.5.1 Pengertian serta Kepentingannya

2.5.2 Ciri-ciri Simulasi

2.6 Perisian yang Dikaji

2.6.1 Microsoft Visual Basic 6.0

2.7 Model Reka Bentuk

2.8 Kajian-kajian yang Lepas

2.8.1 Sistem Keputusan Peperiksaan Online di

Sekolah Untuk Akses Ibubapa atau penjaga

2.8.2 Sistem Maklumat Pengurusan Pelajar

2.9 Kesimpulan

METODOLOGI

3.1 Pengenalan

3.2 Fasa Analisis

3.2.1 Perkakasan yang Digunakan

3.2.2 Perisian yang Digunakan

3.3 Fasa Rekabentuk

3.3.1 Carta Alir

3.4 Fasa Pembangunan

3.4.1 Simulasi Anggaran CGPA Dalam Semester

3.5 Fasa Pelaksanaan

3.6 Fasa Penilaian

3.7 Kesimpulan

11

11

11

14

15

16

19

19

19

21

21

22

23

25

25

26

27

28

28

29

29

30

31

31

33

34

35

35

36

viii

4

5

PEMBANGUNAN PERISIAN

4.1 Pengenalan

4.2 Pakej Perisian

4.3 Struktur Asas

4.4 Antaramuka Pengenalan Perisian

4.5 Antaramuka Perisian

4.5.1 Antaramuka Simulator

4.5.2 Antaramuka Keputusan

4.5.3 Antaramuka Panduan

4.5.4 Antaramuka Pengenalan

4.6 Komponen Perisian

4.7 Kesimpulan

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

5.2 Rumusan

5.3 Masalah yang Dihadapi

5.4 Kelebihan Perisian

5.5 Kelemahan Perisian

5.6 Cadangan

5.7 Kesimpulan

37

37

38

38

38

39

39

42

42

43

44

44

45

45

45

46

48

49

50

51

Bibliografi 52

ix

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

2.1

2.2

2.3

TAJUK

Hubungan antara markah, gred dan nilai

Jadual pengiraan GPA

Jadual pengiraan CGPA

MUKA SURAT

17

18

18

x

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH

2.1

3.1

4.1

4.2

4.3

4.4

4.5

4.6

4.7

TAJUK

Aliran kerja berdasarkan Model ADDIE

Carta Alir Perisian

Kotak Splash

Antaramuka Perisian

Kotak Isian Maklumat (PNGK)

Kotak Isian Maklumat (PNG)

Antaramuka Keputusan

Panduan Perisan

Antaramuka Pengenalan

MUKA SURAT

23

32

39

40

41

41

42

43

44

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Penggunaan teknologi komputer pada masa kini menjadi sangat luas dan

digemari oleh sebahagian besar masyarakat dunia. Teknologi ini berkembang

mengikut peredaran zaman dan berfungsi sebagai pemudahcara dalam sesuatu

pekerjaan. Revolusi maklumat telah membawa perubahan secara menyeluruh dan

dramatik kepada cara kita hidup, bekerja dan melihat dunia (William M. Fouri,

1991). Maklumat dapat dibina dan disebarkan dengan mudah hanya dengan

menggunakan teknologi ini dan telah banyak membantu pekerja-pekerja dari sektor

awam mahupun sektor swasta.

Sesebuah organisasi yang cekap mempunyai sistem pengurusan yang

sistematik dan mantap. Maklumat-maklumat dapat disimpan dengan baik melalui

sistem pengfailan yang teratur. Penggunaan teknologi komputer kini telah banyak

diaplikasikan di dalam mana-mana organisasi. Dengan menggunakan teknologi

komputer, maklumat dapat disimpan dengan selamat dan berkesan yang mana ini

akan memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan (Robert G.Murdick, 1977).

2

Teknologi-teknologi ini banyak dan boleh diaplikasikan di dalam sistem

pembelajaran ataupun perisian-perisian pembelajaran. Pada masa kini, banyak

perisian-perisian yang dibuat bagi menolong pelajar-pelajar dalam meningkatkan

kemecerlangan akademik mereka. Tanpa mengira tahap pembelajaran mereka,

pembangun-pembangun perisian bertungkus-lumus dalam menyediakan perisian-

perisian yang terbaik dengan menggunakan teknologi-teknologi yang terkini dalam

memastikan kecemerlangan pelajar iaitu client mereka ini berjaya.

Pelajar yang telah memasuki institut pengajian tinggi (IPT) akan mempunyai

matlamatnya yang tersendiri. Perkara yang paling utama adalah kearah

kecemerlangan akademik mereka sendiri. Inilah yang yang menjadi tanda aras

ataupun alat pengukur yang menentukan tahap kejayaan seseorang pelajar dalam

bidang akademik di IPT itu sendiri. Kecemerlangan yang dicapai oleh pelajar itu

menunjukkan ilmu yang telah dikuasai mereka dan ini merupakan perkara penting

disebabkan selepas tamatnya pengajian di IPT, mereka ini bakal berada dalam

masyarakat dan menggunakan ilmu serta kepakaran yang mereka dapati dan pelajari

di IPT.

Kecemerlangan pelajar sering dikaitkan dengan keputusan yang baik disertai

dengan usaha mereka yang bersungguh-sungguh untuk terus kekal cemerlang

(Azmahani, 2006). Tanpa usaha dan penat lelah, kejayaan tidak akan datang begitu

sahaja. Untuk menjadi cemerlang atau berjaya, pengorbanan perlulah dilakukan dan

pelajar seharusnya memperlengkapkan diri mereka dengan pelbagai jenis cara. Untuk

berjaya dalam akademik, terdapat banyak cara yang boleh dilakukan. Perancangan

yang awal diperlukan supaya tidak menyesal di kemudian harinya. Seperti kata

pepatah melayu, menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna.

Tiada sesalnya sekiranya bersusah-susah dahulu kerana kemudiannya pelajar itu akan

merasai kejayaan.

Dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan latar belakang projek,

pernyataan masalah, rasional pemilihan tajuk, objektif kajian, kepentingan kajian,

skop kajian dan definisi istilah.

3

1.2 Latar Belakang Projek

Setiap perisian yang dibangunkan tanpa mengira masa dibangunkan tetap

akan mencapai jangka hayat tertentu. Maksudnya, setiap hari mahupun setiap masa

akan ada manusia di bumi ini akan cuba untuk membangunkan perisian-perisian

yang berguna untuk masyarakat. Ini dapat dilihat dengan cara pengurusan dan

penggunaan teknologi yang semakin berubah dan meningkat hari demi hari. Menurut

Fuori, M (1991), Revolusi maklumat telah membawa perubahan secara menyeluruh

dan dramatik kepada cara kita hidup, bekerja dan melihat dunia. Kecemerlangan

seseorang pembangun perisian adalah bergantung ke atas penggunaan perisian yang

dibangunkan. Oleh itu, sekiranya pembangun itu membangunkan perisian yang

berdasarkan kepada akademik, maka fokus yang perlu ditumpukan adalah kepada

pengguna (client) mereka iaitu pelajar.

Jika dilihat pada prestasi pelajar-pelajar di UTM. Semasa majlis graduasi

mereka mahupun keputusan akademik setiap semester, tahap pelajar-pelajar ini

masih berada ditahap yang boleh dikatakan sederhana. Bilangan pelajar yang

mendapat Ijazah Kelas Pertama amatlah rendah jika di bandingkan dengan pelajar

yang memperoleh Ijazah kedua dan ketiga. Ini menunjukkan kelemahan dan

kesukaran bagi pelajar-pelajar di dalam bahagian akademik.

Pada setiap semester, pelajar akan mengambil beberapa subjek bagi menjalani

sesi pembelajaran. Subjek-subjek inilah yang akan menentukan gred terkahir pada

setiap semester. Untuk mencapai gred-gred tersebut, markah akan diberikan oleh

pensyarah-pensyarah kepada pelajar. Markah akan dikumpul berdasarkan pada ujian,

kuiz, kehadiran, tugasan dan peperiksaan terakhir pelajar-pelajar. Oleh itu

kepentingan markah pada pelajar seharusnya diambil berat agar pelajar tidak

membuat ujian, kuiz, kehadiran, tugasan ataupun peperiksaan terakhir dengan lewa.

Tetapi pada masa kini, kebanyakan pelajar-pelajar tidak terlalu mengambil berat

tentang markah-markah yang diberikan oleh pensyarah. Oleh itu mereka tidak dapat

mengagak gred yang bakal mereka perolehi apabila tamatnya semester.

4

Pemasalahan-pemasalahan ini tidak akan selesai sekiranya pelajar-pelajar

tidak akan sedar akan hakikat markah-markah yang diberikan oleh penyarah amat

penting. Kecemerlangan akademik bergantung kepada gred-gred yang diberikan oleh

pensyarah-pensyarah. Oleh itu perangcangan awal amatlah penting bagi pelajar-

pelajar ini membuat persediaan awal bagi mengumpul markah-markah yang

diberikan oleh pensyarah. Penggabungan teknologi beserta maklumat-maklumat

yang telah dicapai melalui masalah yang dinyatakan menyebabkan satu

pembangunan perisian. Masalah-masalah ini hanya dapat diatasi dengan adanya satu

perisian yang dapat membantu pelajar-pelajar dalam melakukan pengiraan mereka

tanpa dengan hanya memasukkan maklumat di dalam perisian tersebut sahaja.

Oleh itu pembangunan perisian simulasi menjadi satu keperluan kepada

pelajar-pelajar pada masa kini. Ini adalah kerana kelebihannya boleh digunakan pada

mana-mana pelantar (platform) dan boleh di install di mana-mana komputer. Segala

pengiraan CGPA mahupun CPA boleh dikira mengikut bilangan subjek yang

diperlukan tanpa sebarang masalah. Oleh itu masalah untuk mengira keputusan

akademik itu secara manual tidak lagi diperlukan kerana perisian simulasi hanya

memerlukan pelajar untuk memasukkan maklumat di dalam perisian itu sahaja.

Bagi mengatasi masalah-masalah tersebut, pengkaji akan membangunkan

sebuah perisian iaitu Perisian Simulasi Anggaran CGPA dalam Semester supaya

dapat membantu pelajar Fakulti Pendidikan dalam mengira markah akademik.

Perisian ini dibangunkan adalah berdasarkan memberi kesedaran kepada pelajar akan

kepentingan markah-markah yang mereka dapati dari pensyarah dan kepentingan

perancangan akademik supaya mereka ini dapat mencapai kecemerlangan akademik

yang cemerlang.

5

1.3 Pernyataan Masalah

Perisian Simulasi Anggaran CGPA dalam Semester ini dibangunkan diatas

dasar bagi membantu pelajar untuk mereka mengira gred yang mereka boleh

perolehi. Masalah yang berkaitan dengan akademik iaitu, tiada perancangan dalam

mengejar markah-markah yang diberikan oleh pensyarah, tidak mengambil berat

akan cara untuk mengira CGPA dan CPA, dan niat untuk mendapatkan gred yang

cemerlang tiada dalam diri pelajar itu akan dapat diatasi dengan menggunakan

perisian ini. Oleh itu, pengkaji berhasrat unutk membangunkan sebuah perisian

simulasi anggaran CGPA dalam semester bagi menyelesaikan masalah-masalah ini.

1.4 Objektif Projek

Di antara objektif kajian ini ialah :

a) Mereka bentuk satu perisian simulasi bagi membuat anggaran CGPA di

dalam semester.

b) Membangunkan perisian simulasi dengan menggunakan perisian

Microsoft Visual Basic 6.0

6

1.5 Rasional Pemilihan Projek

Penyebab utama perisian simulasi ini dibina adalah kerana ringkas dan

mudah untuk digunakan serta saiznya yang kecil dan boleh dibawa ke mana-mana.

Kemudahan perisian ini adalah di mana ia dapat membantu pelajar dalam mengira

CPA dan CGPA. Perisian yang dibangunkan secara teratur dan kemas ini banyak

membantu pelajar sekiranya mereka ingin melihat target markah yang boleh mereka

capai dengan segera. Pelajar hanya perlu memasukkan beberapa maklumat mengikut

keperluan yang mereka ingini dan melihat hasil yang akan didapati. Perisian simulasi

ini dibentuk di atas dasar untuk menyedarkan pelajar akan kepentingan markah-

markah yang diberikan oleh pensyarah kepada pelajar. Markah-markah yang

diberikan oleh pensyarah mempunyai nilai yang tersendiri. Oleh itu pelajar boleh

mencampurkan markah yang mereka dapati bersama markah yang telah mereka

target untuk dicapai pada peperikasaan akhir mahupun ujian-ujian supaya mendapat

markah keseluruhan bagi digunakan di dalam perisian yang dibangunkan oleh

pengkaji suapaya mendapat keputusan CGPA mahupun CPA. Oleh itu dengan

kehadiran sistem simulasi yang dibangunkan ini dapat membantu pelajar dalam

pembelajaran mereka.

1.6 Kepentingan Projek

Antara kepentingan sistem ini dibangunkan adalah:-

a) Untuk membantu pelajar dalam menguruskan markah-markah yang

mereka perolehi daripada pensyarah masing-masing.

7

b) Memudahkan pelajar dalam mengira gred mereka tanpa perlu melakukan

banyak perkara iaitu menulis pada kertas dan mengira dengan

menggunakan kalkulator.

c) Pelajar dapat fokus kepada subjek-subjek yang mereka rasai kepentingan

samaada lulus, cemerlang ataupun berada di tahap biasa.

d) Kos seperti penggunaan kertas dan dakwat pen dan pengurusan yang

menggunakan tenaga kerja dapat dikurangkan.

e) Pengiraan CGPA pelajar yang dijalankan adalah tepat dan jitu.

f) Boleh di install dan digunakan pada mana-mana pelantar (platform).

Contohnya di Ms Windows (3.1, 95, 98, 2000, XP, Vista, 7), Linux dan

Macintosh

1.7 Batasan Projek

Perisian yang dibangunkan ini akan cuba dipakaikan di Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia. Ia hanya melibatkan skop yang kecil iaitu pelajar-

pelajar tahun 1, 3 dan 4 dari kursus SPT. Projek ini juga terbatas atas sebab yang

demikian:-

a) Jam Kredit bagi sesebuah subjek yang dimasukkan hanya sah sekiranya

1,2,3,4 dan 8.

b) Pelajar hanya boleh memasukkan maklumat sahaja serta melihat gred

yang akan mereka perolehi.

8

c) Sebarang gred di dalam perisian ini adalah tetap dan ianya mengikut

range markah yang tersendiri.