018/028/038 SAINS - gurubesar.my · Sains 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013 Contoh 2: Sub Soalan...

53

Transcript of 018/028/038 SAINS - gurubesar.my · Sains 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013 Contoh 2: Sub Soalan...

Page 1: 018/028/038 SAINS - gurubesar.my · Sains 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013 Contoh 2: Sub Soalan 2(c) Membuat jangkauan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman
Page 2: 018/028/038 SAINS - gurubesar.my · Sains 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013 Contoh 2: Sub Soalan 2(c) Membuat jangkauan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman

018/028/038 SAINS

Sains 1 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

INSTRUMEN PENTAKSIRAN Kod Mata Pelajaran : 018 (SK), 028 (SJKC), 038 (SJKT) Bentuk Ujian : Ujian Subjektif Markah Penuh : 50 markah Masa : 1 jam 15 minit REKA BENTUK INSTRUMEN PENTASIRAN Kertas soalan Sains UPSR terdiri daripada 2 bahagian; Bahagian A daan Bahagian B. Bahagian A terdiri daripada 30 soalan aneka pilihan yang mesti dijawab. Markah yang diperuntukkan ialah 30. Bahagian B terdiri daripada lima (5) soalan respons terhad yang mesti dijawab. Markah yang diperuntukan ialah 20. Konstruk yang diukur ialah: a) Pengetahuan b) Pemahaman c) Kemahiran Mengaplikasi d) Kemahiran Proses Sains PRESTASI KESELURUHAN: Sebahagian besar calon menunjukkan penguasaan yang tinggi dalam aspek pengetahuan, kefahaman dan aplikasi yang diuji di Bahagian A. Manakala calon berprestasi sederhana dan rendah hanya menguasai soalan aras pengetahuan dan kefahaman sahaja. Untuk Bahagian B, sebahagian besar calon dapat mempamerkan penguasaan Kemahiran Proses Sains yang sangat baik. Kebanyakan calon dalam kumpulan ini boleh memberikan jawapan yang menepati kehendak soalan. Hal ini menunjukkan lebih ramai calon telah menguasai Kemahiran Proses Sains. Calon prestasi sederhana dan rendah, hanya menguasai sebahagian Kemahiran Proses Sains yang ditaksir di Bahagian B. Calon sederhana kurang berkemahiran dalam memberi jawapan yang baik bagi soalan inferens, pemerhatian, hubungan dan kesimpulan. Calon berprestasi rendah pula tidak mempunyai kemahiran dalam menjawab kebanyakan soalan Kemahiran Proses Sains (KPS) yang diuji. Kebanyakan mereka hanya mempamerkan kemampuan dalam soalan pembolehubah, tujuan dan corak sahaja. PRESTASI MENGIKUT KUMPULAN CALON: Calon Dalam Kumpulan Tinggi: Jawapan disampaikan dengan baik melibatkan penggunaan terminologi, kosa kata dan nahu yang dan juga kata kunci yang betul, sama ada calon menjawab sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Ibunda. Walau bagaimanapun sebahagian calon

Page 3: 018/028/038 SAINS - gurubesar.my · Sains 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013 Contoh 2: Sub Soalan 2(c) Membuat jangkauan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman

Sains 2 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

pula didapati kurang berjaya memberikan jawapan yang tepat khususnya untuk sub soalan 1(b), 4(d), 5(b) dan 5(c). Calon tidak dapat menjawab soalan pemerhatian, meramal, inferens dan pembolehubah yang dimalarkan dengan tepat. Kesilapan yang dikenalpasti untuk soalan 1(b) ialah kerana ‘error carry forward’ dari soalan 1(a), jawapan calon tidak lengkap, calon membuat pemerhatian berdasarkan corak menurun dan lain-lain lagi. Untuk soalan 4(d), calon tersilap meramal atau tersilap menulis unit. Soalan 5(b) calon menulis pemerhatian bukan inferens, tidak menulis inferens perbandingan dalam satu jawapan dan jawapan tidak lengkap. Sementara soalan 5(c), calon gagal menulis pembolehubah yang dimalarkan dengan tepat. Terdapat calon menulis pembolehubah yang dimanipulasikan atau tersalah menulis bahan contohnya jenis sayur, jenis makanan atau jenis bahan untuk jawapan 5(c). Dari aspek pengetahuan, kefahaman dan aplikasi yang cuba ditaksir, sebahagian besar calon dalam kumpulan ini telah dapat menguasai dengan baik. Calon dapat memahami konstruk yang hendak dinilai. Ini menunjukkan bahawa calon telah menguasai Kemahiran Proses Sains dengan baik. Sebahagian besar calon juga boleh mengaplikasikan konsep/prinsip sains yang dipelajari dengan baik. Calon Dalam Kumpulan Sederhana: Mutu jawapan calon masih dianggap baik dan mudah difahami serta sebahagian besarnya menepati kehendak soalan. Calon masih menguasai konstruk pengetahuan dengan baik terhadap beberapa konsep/prinsip sains dan Kemahiran Proses Sains yang ditaksir. Kehilangan markah disebabkan calon kurang memahami tugasan soalan dengan tepat dan memberi jawapan yang tidak sesuai serta menggunakan kosa kata dan terminologi Sains yang salah dalam menyampaikan jawapan terutama soalan 1(a), 1(b), 2(d), 4(b), 4(c), 4(d), 5(b) dan 5(c). Walau bagaimanapun majoriti calon dalam kumpulan ini masih menguasai pengetahuan asas tentang beberapa konsep/prinsip sains dan Kemahiran Proses Sains yang ditaksir, tetapi tahap penguasaan dari aspek kefahaman dan aplikasi masih rendah. Kebanyakan calon boleh menguasai soalan aras rendah dan sederhana. Contoh 1(c), 2(a), 2(c), 3(a), 4(b) dan 5 (a). Calon Dalam Kumpulan Rendah: Penguasaan calon terhadap aspek pengetahuan, kefahaman dan juga kebolehan mengaplikasi konsep dan prinsip asas sains bertambah baik. Walau bagaimanapun masih terdapat calon yang belum menguasai Kemahiran Proses Sains dan tahap Kemahiran Berfikir mereka masih rendah. Sebahagian besar calon dalam kumpulan ini tidak dapat menjawab mengikut kehendak soalan khususnya yang memerlukan jawapan menggunakan pola ayat tertentu seperti ‘tujuan penyiasatan’, ‘hubungan antara pembolehubah’, ‘kesimpulan’, ‘pemerhatian’ dan juga ‘inferens (memberi sebab)’. Sebahagiannya tidak memahami tugasan soalan serta kemahiran proses yang hendak ditaksir. Tambahan pula dengan penguasaan bahasa yang sangat lemah menyebabkan calon tidak dapat mempersembahkan jawapan dengan baik. Kebanyakan calon hanya menjawab sub-soalan yang memerlukan jawapan ringkas iaitu satu perkataan sahaja atau nombor seperti di soalan 3(a), 3(b), 3(d), 4(a) dan 5(a). Sebahagian kecil calon hanya menyalin semula maklumat dalam stimulus atau stem soalan. Terdapat juga calon yang langsung tidak menjawab.

Page 4: 018/028/038 SAINS - gurubesar.my · Sains 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013 Contoh 2: Sub Soalan 2(c) Membuat jangkauan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman

Sains 3 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

PRESTASI TERPERINCI: Soalan 1

Soalan ini menguji pengetahuan dan kefahaman calon tentang keperluan asas haiwan. Topik ini dipelajari pada Tahun 4 dalam tema Menyiasat Alam Kehidupan. Soalan ini dipersembahkan dalam bentuk gambar rajah dan jadual sebagai rangsangan untuk murid mendapatkan maklumat bagi menjawab soalan yang memfokuskan kepada tujuan penyiasatan, membuat inferens, menyatakan pemerhatian, meramal dan membuat kesimpulan.

Page 5: 018/028/038 SAINS - gurubesar.my · Sains 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013 Contoh 2: Sub Soalan 2(c) Membuat jangkauan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman

Sains 4 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Sub Soalan 1(a)

Soalan ini memerlukan calon menyatakan tujuan penyiasatan yang dijalankan. Calon diminta membuat penyataan tentang maksud data atau maklumat yang diberi. Kekuatan Calon Calon dapat mengenal pasti pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah bergerak balas berpandukan rangsangan dalam bentuk gambar rajah dan jadual yang diberi. Pembolehubah ini kemudiannya digunakan oleh calon dalam menulis ayat tujuan penyiasatan dengan mengemukakan frasa-frasa yang betul dan tepat. Kebanyakan calon menjawab dengan menggunakan frasa ‘pertambahan/ramai bilangan perokok’ untuk menjawab soalan ini. Contoh:

Page 6: 018/028/038 SAINS - gurubesar.my · Sains 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013 Contoh 2: Sub Soalan 2(c) Membuat jangkauan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman

Sains 5 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Kelemahan Calon Calon masih tidak dapat menggunakan frasa-frasa bagi ayat tujuan yang betul, walaupun dapat menyatakan pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah bergerak balas dinyatakan dengan tepat. Calon juga gagal mengemukakan parameter bagi pembolehubah dengan tepat menyebabkan respons calon tidak diterima sebagai jawapan yang betul. Ramai calon yang tertinggal perkataan ‘pertambahan’ atau ‘banyak’ apabila memberikan jawapan. Contoh:

Kesilapan Calon Terdapat sebilangan kecil calon menulis sebab ‘pendatang asing menjual dadah atau rokok di Negara X’ sebagai jawapan. Contoh:

\

Ada juga calon hanya menuliskan ayat pemerhatian dan bukannya memberi inferens. Contoh:

Sebilangan kecil calon tertinggal perkataan ‘pertambahan’ atau ‘ramai’ apabila menulis jawapan bagi soalan ini.

Page 7: 018/028/038 SAINS - gurubesar.my · Sains 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013 Contoh 2: Sub Soalan 2(c) Membuat jangkauan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman

Sains 6 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Contoh:

Page 8: 018/028/038 SAINS - gurubesar.my · Sains 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013 Contoh 2: Sub Soalan 2(c) Membuat jangkauan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman

Sains 7 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Sub Soalan 1(b)

Soalan ini memerlukan calon menyatakan pemerhatian berdasarkan maklumat yang dinyatakan di soalan 1(a). Calon perlu mengemukakan pemerhatian untuk menyokong alasan yang diberikan. Kekuatan Calon Calon dapat memahami tugasan soalan dengan memberikan jawapan yang betul dan tepat. Calon merujuk kepada respons yang telah dikemukakan dalam soalan 1(a) sebagai dasar atau panduan untuk mengemukakan pemerhatian. Calon juga berjaya menggarap maklumat yang diperolehi daripada stimulus dan menggunakan maklumat tersebut untuk menyatakan pemerhatian dengan tepat. Contoh:

Page 9: 018/028/038 SAINS - gurubesar.my · Sains 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013 Contoh 2: Sub Soalan 2(c) Membuat jangkauan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman

Sains 8 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Contoh respons calon apabila menggunakan jadual untuk mengaitkan jawapan 1(a) dengan 1(b). Contoh:

Page 10: 018/028/038 SAINS - gurubesar.my · Sains 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013 Contoh 2: Sub Soalan 2(c) Membuat jangkauan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman

Sains 9 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Kelemahan Calon Calon tidak merujuk kepada inferens (sebab) yang dinyatakan di 1(a) untuk mengemukakan jawapan serta tidak menggunakan stimulus dalam soalan sebagai sandaran kepada jawapan yang dikemukakan. Hal ini adalah kerana calon tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan “pemerhatian untuk menyokong inferens” sebagaimana tugasan soalan. Oleh itu jawapan yang diberi oleh calon lebih kepada bentuk jawapan kesimpulan umum. Calon lebih cenderung menggunakan pengalaman lepas dan menggunakan prinsip sains untuk menyatakan pemerhatian. Contoh jawapan yang betul bagi soalan 1(b) yang tidak ditolak kerana jawapan calon pada 1(a) tidak berkaitan. Contoh:

Page 11: 018/028/038 SAINS - gurubesar.my · Sains 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013 Contoh 2: Sub Soalan 2(c) Membuat jangkauan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman

Sains 10 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Kesilapan Calon 1.Ada calon yang memberikan respons dalam bentuk ayat hubungan. Contoh:

Page 12: 018/028/038 SAINS - gurubesar.my · Sains 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013 Contoh 2: Sub Soalan 2(c) Membuat jangkauan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman

Sains 11 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

2. Respons calon yang tidak berkaitan walaupun berpeluang untuk diterima sebagai jawapan yang betul dengan adanya perkataan ‘merokok’. Contoh:

Page 13: 018/028/038 SAINS - gurubesar.my · Sains 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013 Contoh 2: Sub Soalan 2(c) Membuat jangkauan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman

Sains 12 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Sub Soalan 1(c)

Soalan ini memerlukan calon membuat pengiraan dengan tepat. Oleh itu kemahiran murid di dalam subjek matematik amat membantu calon. Ramai murid dapat memberikan jawapan yang betul bagi soalan ini. Kekuatan Calon 1. Kebanyakan respons calon dapat membuat pengiraan dengan tepat iaitu: Contoh:

Kelemahan Calon Calon tidak dapat membuat ramalan dengan tepat tetapi hanya meneka nombor. Contoh:

Page 14: 018/028/038 SAINS - gurubesar.my · Sains 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013 Contoh 2: Sub Soalan 2(c) Membuat jangkauan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman

Sains 13 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Kesilapan Calon 1. Calon memberikan jawapan dalam bentuk julat nombor bukan dalam nombor bulat. Contoh:

2. Calon menulis pola ‘berkurang’. Contoh:

Sub Soalan 1(d)

Soalan ini memerlukan calon membuat kesimpulan berdasarkan maklumat yang diberikan berdasarkan gambar rajah dan jadual yang disediakan. Di antara langkah penting bagi menjawab soalan ini adalah dengan mengenalkan pasti pembolehubah dan corak perubahannya. Kekuatan Calon Kebanyakan Calon dapat mengenalpasti dua pembolehubah dalam soalan 1(d) dengan betul dan berjaya menghubungkan dua pembolehubah tersebut dalam satu ayat kesimpulan. Contoh:

Page 15: 018/028/038 SAINS - gurubesar.my · Sains 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013 Contoh 2: Sub Soalan 2(c) Membuat jangkauan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman

Sains 14 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Kelemahan Calon 1. Calon tertinggal perkataan ‘kanser’. Contoh:

Page 16: 018/028/038 SAINS - gurubesar.my · Sains 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013 Contoh 2: Sub Soalan 2(c) Membuat jangkauan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman

Sains 15 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

2. Calon menulis pemboleh ubah manipulasi yang salah iaitu ‘bilangan perokok’ sepatutnya ‘tahun’ walau pun maklumat pemboleh ubah bergerak balas betul. Contoh:

Kesilapan Calon 1. Calon menulis ayat pemerhatian. Contoh:

Page 17: 018/028/038 SAINS - gurubesar.my · Sains 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013 Contoh 2: Sub Soalan 2(c) Membuat jangkauan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman

Sains 16 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

2 : Menulis respons yang tidak berkaitan dengan jadual. Contoh:

Page 18: 018/028/038 SAINS - gurubesar.my · Sains 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013 Contoh 2: Sub Soalan 2(c) Membuat jangkauan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman

Sains 17 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Soalan 2

Soalan ini dibina berdasarkan sukatan pelajaran Tahun 6 daripada tema Menyiasat Daya Dan Tenaga. Soalan ini dikemukakan untuk menguji pengetahuan dan kefahaman calon tentang menganalisis daya geseran dengan menjelaskan kesan daya geseran yang berlaku apabila dua buah pinggan diputarkan tanpa guli dan dengan menggunakan guli. Soalan ini dipersembahkan dalam bentuk gambar rajah bersama dengan jadual untuk memudahkan calon mencari maklumat.

Page 19: 018/028/038 SAINS - gurubesar.my · Sains 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013 Contoh 2: Sub Soalan 2(c) Membuat jangkauan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman

Sains 18 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Sub Soalan 2(a)

Soalan ini memerlukan calon menyatakan satu maklumat pembolehubah yang digunakan dalam penyiasatan. Di sini murid perlu mengenalpasti jenis-jenis pembolehubah dimanipulasi (apa yang diubah), pembolehubah bergerakbalas (apa yang diperhatikan) dan pembolehubah yang dimalarkan (apa yang ditetapkan) di daalam sesuatu penyiasatan itu. Kekuatan Calon Kebanyakan calon berjaya menggarap maklumat yang dibekalkan dalam pernyataan soalan, gambarajah dan jadual. Mereka dapat mengesan dan mengenalpasti pembolehubah yang dimanipulasi, pembolehubah bergerakbalas dan dimalarkan dengan mudah daripada jadual dan gambarajah yang disediakan dan menyatakan maklumat jawapan dengan menggunakan salah satu pembolehubah tersebut sebagaimana yang dituntut dalam Peraturan Pemarkahan. Contoh 1:

Page 20: 018/028/038 SAINS - gurubesar.my · Sains 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013 Contoh 2: Sub Soalan 2(c) Membuat jangkauan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman

Sains 19 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Contoh 2:

Kelemahan Calon Calon tidak dapat mengenal pasti salah satu maklumat yang digunakan dalam penyiasatan (pembolehubah dimanipulasi, pembolehubah bergerakbalas dan pembolehubah dimalarkan) untuk menjawab dengan lengkap sebagaimana yang dikehendaki soalan. Kebanyakannya maklumat yang dikehendaki ditulis secara tidak lengkap dan ramai yang tertinggal parameter atau menggunakan parameter yang salah pada pernyataan maklumat yang dikehendaki oleh soalan. Contoh:

Page 21: 018/028/038 SAINS - gurubesar.my · Sains 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013 Contoh 2: Sub Soalan 2(c) Membuat jangkauan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman

Sains 20 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Sub Soalan 2(b)

Soalan ini memerlukan calon mengenal pasti pembolehubah dimanipulasi dan bergerakbalas bagi menyatakan satu penyataan hubungan antara dua pembolehubah yang terdapat dalam stimulus (gambar rajah) yang diberi. Kekuatan Calon Calon dapat mengenal pasti iaitu Bilangan guli (pembolehubah dimanipulasi) dan Jumlah daya yang diperlukan untuk memutar pinggan (pembolehubah bergerakbalas) dari jadual serta dapat membuat ayat hubungan dengan baik. Hal ini menggambarkan penguasaan calon terhadap kemahiran mengenal pasti pembolehubah dan membuat ayat hubungan dengan betul dan tepat. Contoh:

Page 22: 018/028/038 SAINS - gurubesar.my · Sains 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013 Contoh 2: Sub Soalan 2(c) Membuat jangkauan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman

Sains 21 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Kelemahan Calon Calon tidak dapat menghubungkan antara pembolehubah dimanipulasi dengan pembolehubah bergerakbalas dengan betul. Sebaliknya calon hanya memberikan ayat pemerhatian/penyataan sahaja. Di sini calon tidak dapat menyatakan pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah bergerak balas yang sepatutnya dikenal pasti pada penyataan soalan atau gambar rajah sebelum membina ayat hubungan. Mereka gagal menulis satu ayat hubungan yang lengkap kerana maklumat pembolehubah tidak diketahui atau tidak faham maksud atau kehendak soalan yang menggunakan kata kunci ‘hubungan’ Contoh 1:

Page 23: 018/028/038 SAINS - gurubesar.my · Sains 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013 Contoh 2: Sub Soalan 2(c) Membuat jangkauan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman

Sains 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Contoh 2:

Sub Soalan 2(c)

Membuat jangkauan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai di mana soalan ini memerlukan calon membuat ramalan atau jangkaan tentang daya yang diperlukan untuk memutar pinggan jika 20 biji guli digunakan seperti ditunjukkan dalam gambar rajah atau pun menggunakan maklumat yang diberi dalam jadual.

Page 24: 018/028/038 SAINS - gurubesar.my · Sains 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013 Contoh 2: Sub Soalan 2(c) Membuat jangkauan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman

Sains 23 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Kekuatan Calon Calon dapat mengenal pasti maklumat yang terdapat dalam soalan yang dikemukakan dalam bentuk jadual seterusnya membolehkan calon mengesan corak yang dikehendaki. Pemerhatian terhadap corak dapat dibuat menggunakan maklumat yang betul seperti yang terdapat dalam jadual. Calon dapat mengenal pasti corak perubahan yang ditunjukkan iaitu menaik, meningkat atau bertambah. Tiada corak pengganggu dalam rangsangan dan calon dapat menjawabnya dengan tepat dan padat. Contoh 1:

Contoh 2:

Contoh 3:

Kelemahan Calon Corak atau pola perubahan tidak difahami walaupun data yang dikemukakan lengkap. Terdapat sebilangan kecil calon menjawab dengan kaedah sebagaimana menyatakan hubungan antara kesimpulan. Data dalam bentuk carta bar tidak difahami oleh calon. Lantaran ada calon yang menjawab secara songsang seperti berkurang dan decrease. Ada juga di kalangan calon yang tidak menjawab atau menyalin semula soalan sebagai jawapan yang dikemukakan. Ini memberi gambaran calon tidak menguasai 3M dengan baik. Contoh 1:

Page 25: 018/028/038 SAINS - gurubesar.my · Sains 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013 Contoh 2: Sub Soalan 2(c) Membuat jangkauan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman

Sains 24 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Contoh 2:

Contoh 3:

Sub Soalan 3(b-i) dan 3(b-ii)

Soalan ini menugaskan calon mengenalpasti pembolehubah dimanipulasikan dan pembolehubah bergerakbalas daripada maklumat dalam carta palang yang disertakan.

Page 26: 018/028/038 SAINS - gurubesar.my · Sains 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013 Contoh 2: Sub Soalan 2(c) Membuat jangkauan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman

Sains 25 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Kekuatan Calon Dua maklumat telah jelas dinyatakan dalam rangsangan soalan pada Rajah 3.2. Carta palang menunjukkan paksi X, mewakili apa yang diubah (pembolehubah dimanipulasi) manakala paksi Y mewakili apa yang diperhati/diukur (pembolehubah bergerakbalas). Calon menjawab dengan kefahaman yang baik berdasarkan carta yang diberi. Maklumat dinyatakan dengan selengkapnya dan jelas maksudnya. Jawapan popular calon diambil secara terus daripada data soalan dan ada calon memasukkan sekaligus dengan unit yang digunakan. Antara jawapan calon di sub-soalan 3(b-i) ialah jisim pemberat dan ‘mass of weight’. Jawapan calon di 3(b-ii) ialah pemanjangan spring dan ‘the extension of spring’. Contoh jawapan 3(b-i):

Contoh jawapan 3(b-ii):

Page 27: 018/028/038 SAINS - gurubesar.my · Sains 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013 Contoh 2: Sub Soalan 2(c) Membuat jangkauan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman

Sains 26 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Kelemahan Calon Maklumat yang ditulis bertukar kedudukan lantaran kelemahan penguasaan kemahiran membaca data dalam bentuk carta. Calon mengisi ruang apa yang diubah (pembolehubah dimanipulasi) dengan apa yang diperhati/ukur (pembolehubah bergerakbalas) dan begitulah sebaliknya. Ada sebilangan kecil calon menjawab secara rambang tanpa isi khusus dan ada pula tidak menjawab soalan ini. Kebanyakan calon ini dikesan kurang menguasai kemahiran asas 3M dengan baik. Contoh 1 jawapan 3(b-i):

Contoh 2 jawapan 3(b-i):

Contoh 3 jawapan 3(b-i):

Contoh 1 jawapan 3(b-ii):

Contoh 2 jawapan 3(b-ii):

Page 28: 018/028/038 SAINS - gurubesar.my · Sains 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013 Contoh 2: Sub Soalan 2(c) Membuat jangkauan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman

Sains 27 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Contoh 3 jawapan 3(b-ii):

Contoh 4 jawapan 3(b-ii):

Sub Soalan 3(c)

Soalan ini memerlukan calon mengenalpasti pembolehubah dimanipulasikan dan pembolehubah bergerakbalas bagi tujuan menyatakan satu hubungan antara dua pembolehubah tersebut. Khususnya menyatakan tentang sebab dan akibat antara pembolehubah tersebut. Kekuatan Calon Calon menjawab dengan format penulisan yang mudah, ringkas dan bertepatan dengan data soalan. Calon yang menggunakan Bahasa Malaysia menjawab dengan beberapa kaedah penulisan antaranya; ‘Semakin…..semakin…..’ dan „Jika…..maka…’. Format ini sedikit sebanyak membantu calon mengupas jawapan secara tersusun dan menepati skima yang disarankan. Perubahan corak maklumat juga ditulis sebagaimana yang dikehendaki. Penggunaan perkataan „…bertambah…’ adalah merupakan perkataan popular yang digunakan dalam gabungan jawapan. Skor dapat diberikan dengan mudah dan jelas. Calon yang menjawab dengan menggunakan Bahasa Inggeris juga menjawab dengan tepat dan menggunakan kepelbagaian cara penulisan. Antara yang paling popular ialah ‘If….then……’.

Page 29: 018/028/038 SAINS - gurubesar.my · Sains 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013 Contoh 2: Sub Soalan 2(c) Membuat jangkauan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman

Sains 28 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Contoh 1:

Contoh 2:

Kelemahan Calon Jawapan calon adalah songsang maklumat dan juga songsang salah satu corak perubahan pada maklumat. Salah anggapan calon mungkin atas alasan kelemahan menguasai kemahiran membaca data dalam rangsangan carta palang yang disertakan. Apa yang diubah (pembolehubah dimanipulasi) dijadikan apa yang diperhati/diukur (pembolehubah yang bergerak balas) menyebabkan kefahaman calon menunjukkan berlakunya hubungan yang songsang atau terbalik. Sebilangan calon juga menjawab dengan mengabaikan data sebenar menyebabkan salah data atau perubahan pola yang songsang daripada penyiasatan sebenar. Contoh 1:

Page 30: 018/028/038 SAINS - gurubesar.my · Sains 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013 Contoh 2: Sub Soalan 2(c) Membuat jangkauan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman

Sains 29 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Contoh 2:

Contoh 3:

Page 31: 018/028/038 SAINS - gurubesar.my · Sains 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013 Contoh 2: Sub Soalan 2(c) Membuat jangkauan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman

Sains 30 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Contoh 4:

Contoh 5:

Page 32: 018/028/038 SAINS - gurubesar.my · Sains 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013 Contoh 2: Sub Soalan 2(c) Membuat jangkauan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman

Sains 31 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Soalan 4

Soalan ini adalah sedutan dari tema Menyiasat Bumi Dan Alam Semesta Tahun 4. Soalan mengemukakan grafik/rajah sebagai stimulus di mana calon perlu meneliti dan mentafsir maklumat tentang perbezaan masa di dua tempat di Bumi pada tarikh yang sama. Calon perlu memahami kejadian siang dan malam disebabkan putaran Bumi di atas paksinya. Berdasarkan maklumat inilah, calon perlu menjawab soalan. Sub Soalan 4(a)

Soalan ini memerlukan calon menyatakan satu maklumat pembolehubah yang digunakan dalam penyiasatan sama ada yang dimanipulasikan, yang bergerakbalas atau yang ditetapkan (malar). Maklumat tentang pembolehubah ini boleh didapati pada pernyataan soalan dan gambarajah. Kekuatan Calon Calon dapat mengenalpasti maklumat pembolehubah dengan betul sebagaimana kehendak soalan. Sub soalan ini banyak membantu sebilangan calon dalam kumpulan kerana jawapan boleh didapati pada pernyataan soalan dan gambarajah. Contoh 1:

Page 33: 018/028/038 SAINS - gurubesar.my · Sains 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013 Contoh 2: Sub Soalan 2(c) Membuat jangkauan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman

Sains 32 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Contoh 2:

Kelemahan Calon Calon tidak dapat mengenal pasti salah satu maklumat yang digunakan dalam penyiasatan (pembolehubah dimanipulasi, pembolehubah bergerak balas dan pembolehuban dimalarkan) untuk menjawab dengan lengkap sebagaimana yang dikehendaki soalan kebanyakannya maklumat yang dikehendaki di tulis secara tidak lengkap dan ramai yang tertinggal parameter atau menggunakan parameter yang salah pada pernyataan maklumat yang dikehendaki oleh soalan. Calon gagal menjawab pembolehubah dengan lengkap sebagaimana yang dikehendaki soalan dan tidak mematuhi peraturan pemarkahan dengan menjawab menggunakan ayat tujuan atau ayat pernyataan. Contoh 1:

Contoh 2:

Page 34: 018/028/038 SAINS - gurubesar.my · Sains 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013 Contoh 2: Sub Soalan 2(c) Membuat jangkauan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman

Sains 33 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Sub Soalan 4(b)

Soalan ini memerlukan calon menyatakan tujuan penyiasatan yang dijalankan. Calon diminta membuat penyataan tentang maksud data atau maklumat yang diberi. Calon perlu menjawab dengan laras ayat tujuan yang tepat Kekuatan Calon Calon dapat menjawab dengan menggunakan kata kunci yang betul dan tepat bagi menyatakan tujuan seperti yang dikehendaki dalam soalan dengan menyatakan pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah bergerakbalas yang betul. Contoh :

Kelemahan Calon Calon hanya menyatakan salah satu pembolehubah sahaja. Kebanyakannya pembolehubah dimanipulasi atau pembolehubah bergerakbalas sahaja sedangkan bagi menjawab soalan ‘tujuan’ calon perlu menggunakan kedua-dua pembolehubah dimanipulasikan dan pembolehubah bergerakbalas dalam ayat tujuan yang dinyatakan.

Page 35: 018/028/038 SAINS - gurubesar.my · Sains 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013 Contoh 2: Sub Soalan 2(c) Membuat jangkauan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman

Sains 34 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Contoh :

Sub Soalan 4(c)

Soalan ini memerlukan calon menyatakan satu penerangan atau sebab yang munasabah (inferens) tentang pemerhatian ke atas perbezaam masa R dan S. Calon harus memahami fakta tentang putaran Bumi pada paksinya dari Barat ke Timur.

Page 36: 018/028/038 SAINS - gurubesar.my · Sains 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013 Contoh 2: Sub Soalan 2(c) Membuat jangkauan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman

Sains 35 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Kekuatan Calon Ramai calon dapat memberikan inferens tentang perbezaan masa di R dan S dengan melihat ransangan gambarajah dan menggunakan pengetahuan dipelajari dari tajuk Kejadian Siang dan Malam dan putaran Bumi pada paksinya. Penulisan ayat yang baik bagi menjawab soalan ini menunjukkan calon dapat memberikan jawapan menepati fakta/prinsip sains tentang perubahan masa yang berlaku akibat putaran Bumi. Ini menjelaskan kefahaman dan pengetahuan calon tentang tajuk tersebut. Contoh 1:

Contoh 2:

Page 37: 018/028/038 SAINS - gurubesar.my · Sains 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013 Contoh 2: Sub Soalan 2(c) Membuat jangkauan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman

Sains 36 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Kelemahan Calon Terdapat calon yang dapat memberikan inferens tetapi tidak menunjukkan sebab kepada berlakunya perbezaan masa antara R dan S sebagaimana yang dikehendaki oleh soalan. Oleh itu, jawapan inferens calon ditolak. Hal ini disebabkan kecuaian calon dalam mengenal pasti dua situasi R dan S yang terdapat dalam gambar rajah. Walau pun calon dapat memberikan fakta sains yang betul tetapi calon perlu berhati-hati dengan kehendak soalan. Soalan ini memerlukan satu jawapan yang jitu tentang perbezaan masa antara dua tempat yang dilabelkan pada gambarajah. Contoh 1:

Contoh 2:

Page 38: 018/028/038 SAINS - gurubesar.my · Sains 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013 Contoh 2: Sub Soalan 2(c) Membuat jangkauan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman

Sains 37 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Sub Soalan 4(d)

Item ini meminta calon untuk membuat satu jangkaan atau ramalan tentang masa di tempat T dengan berpandukan data atau maklumat yang terdapat pada gambarajah. Di sini calon perlu ada pengetahuan tentang putaran Bumi pada paksinya dan arah putaran Bumi dari barat ke timur. Kekuatan Calon Calon dapat membuat anggaran masa dan waktu di T dengan mengambilkira fakta tentang putaran Bumi dan arah putaran dengan tepat. Contoh 1:

Contoh 2:

Page 39: 018/028/038 SAINS - gurubesar.my · Sains 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013 Contoh 2: Sub Soalan 2(c) Membuat jangkauan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman

Sains 38 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Kelemahan Calon Ramai calon gagal menentukan satu anggaran masa dan waktu yang betul kerana keliru dengan arah putaran Bumi dan kedudukan waktu di T sama ada T siang atau malam. Contoh 1:

Contoh 2:

Contoh 3:

Page 40: 018/028/038 SAINS - gurubesar.my · Sains 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013 Contoh 2: Sub Soalan 2(c) Membuat jangkauan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman

Sains 39 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Soalan 5

Soalan ini dibina untuk menguji pengetahuan dan kefahaman calon berdasarkan sukatan pelajaran Tahun 4 dengan tema Menyiasat Dunia Teknolagi dari tajuk Memahami Perkembangan Teknologi serta bertujuan mengiktiraf keperluan dan kepentingan untuk membuat sesuatu inovasi atau mereka cipta sesuatu alat atau peranti untuk kebaikan manusia sejagat. Selain itu, ia memberi kemudahan dan menjimatkan masa manusia dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Soalan dikemukakan dengan menyertakan gambar dalam bentuk gambarajah sebagai rangsangan untuk membantu calon mendapatkan maklumat yang diperlukan. Selain itu calon perlu menggunakan kemahiran berfikir untuk mencari jawapan kerana soalan memfokus kepada kemahiran mencari sebab (inferens).

Page 41: 018/028/038 SAINS - gurubesar.my · Sains 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013 Contoh 2: Sub Soalan 2(c) Membuat jangkauan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman

Sains 40 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Sub Soalan 5(a)

Soalan ini memerlukan calon menyatakan tujuan penyiasatan yang dijalankan. Calon diminta membuat penyataan tentang maksud data atau maklumat yang diberikan. Kekuatan Calon Sebahagian besar calon dapat menjawab soalan ini dengan menggunakan kunci jawapan yang tepat dan betul bagi menyatakan tujuan seperti yang dikehendaki dalam soalan dengan menghubungkan pembolehubah dimanipulasikan dengan pembolehubah bergerakbalas dengan betul. Contoh:

Kelemahan Calon Calon hanya menyatakan salah satu pembolehubah sahaja. Kebanyakannya pembolehubah dimanipulasikan sahaja sedangkan bagi menjawab soalan tujuan calon perlu mengemukakan kedua-dua pembolehubah iaitu pembolehubah dimanipulasikan dan pembolehubah bergerakbalas dalam ayat tujuan yang lengkap. Calon tidak berupaya untuk menggunakan frasa-frasa yang telah ditetapkan. Terdapat juga calon yang hanya menulis penyataan umum tanpa mengaitkan maklumat yang dikehendaki dalam soalan atau hanya menyalin semula soalan. Kelemahan utama calon pada pembolehubah bergerakbalas iaitu tidak menyatakan maklumat dengan lengkap. Contohnya calon hanya menulis ‘masa yang diambil’ sepatutnya ‘masa yang diambil untuk menghancurkan cili’.

Page 42: 018/028/038 SAINS - gurubesar.my · Sains 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013 Contoh 2: Sub Soalan 2(c) Membuat jangkauan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman

Sains 41 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Contoh:

Sub Soalan 5(b)

Soalan ini memerlukan calon mengemukakan dua penerangan atau sebab yang munasabah berdasarkan pemerhatian ke atas perbezaan masa untuk menghancurkan cili apabila menggunakan pengisar berbanding menggunakan lesung dan alu.

Page 43: 018/028/038 SAINS - gurubesar.my · Sains 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013 Contoh 2: Sub Soalan 2(c) Membuat jangkauan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman

Sains 42 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Kekuatan Calon Ramai calon dapat memberikan sebab (inferens) tentang perbezaan masa menghancurkan cili dengan melihat rangsangan rajah dan menggunakan pengetahuan dipelajari. Penulisan ayat inferens yang baik bagi menjawab soalan ini menunjukkan Calon dapat memberikan jawapan menepati fakta atau prinsip sains tentang perbezaan masa dan kaedah yang digunakan untuk menghancurkan cili. Ini menjelaskan kefahaman dan pengetahuan calon tentang tajuk tersebut. Calon juga dapat memberi sebab yang betul dan bertepatan dengan kehendak soalan. Calon juga membuat perbandingan bagi kedua-dua sebab yang dinyatakan sebagaimana yang dikehendaki. Contoh :

Kelemahan Calon Calon kebanyakannya tidak dapat mempersembahkan jawapan dengan baik. Jawapan calon tidak memenuhi kehendak tugasan soalan dan peraturan pemarkahan, calon hanya membuat perbandingan pada satu jawapan sahaja. Calon juga kurang menguasai kemahiran proses sains dan kemahiran berfikir. Dalam erti kata lain calon tidak dapat membezakan antara pemerhatian dan inferens.

Page 44: 018/028/038 SAINS - gurubesar.my · Sains 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013 Contoh 2: Sub Soalan 2(c) Membuat jangkauan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman

Sains 43 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Terdapat juga calon yang hanya mengulang jawapan dengan menggunakan poin yang sama. Sebagai contoh Inferens 1 ’lesung dan alu lebih tenaga’ manakala inferens 2 ’pengisar kurang tenaga’. Selain daripada itu terdapat juga calon yang tidak menguasai cara menjawab inferens perbandingan kerana dalam jawapan yang diberikan calon tidak membuat perbandingan sebagaimana yang dikehendaki. Sebahagian kecil calon pula lebih cenderung membuat perbandingan pada pemerhatian dan bukan pada inferens. Contohnya, ’lesung dan alu melambatkan masa menghancurkan cili berbanding pengisar’. Contoh 1:

Page 45: 018/028/038 SAINS - gurubesar.my · Sains 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013 Contoh 2: Sub Soalan 2(c) Membuat jangkauan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman

Sains 44 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Contoh 2:

Contoh 3:

Page 46: 018/028/038 SAINS - gurubesar.my · Sains 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013 Contoh 2: Sub Soalan 2(c) Membuat jangkauan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman

Sains 45 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Contoh 4:

Contoh 5:

Page 47: 018/028/038 SAINS - gurubesar.my · Sains 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013 Contoh 2: Sub Soalan 2(c) Membuat jangkauan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman

Sains 46 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Contoh 6:

Page 48: 018/028/038 SAINS - gurubesar.my · Sains 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013 Contoh 2: Sub Soalan 2(c) Membuat jangkauan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman

Sains 47 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Contoh 7:

Contoh 8:

Page 49: 018/028/038 SAINS - gurubesar.my · Sains 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013 Contoh 2: Sub Soalan 2(c) Membuat jangkauan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman

Sains 48 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Sub Soalan 5(c)

Soalan ini memerlukan calon menyatakan pembolehubah dimalarkan (apa yang ditetapkan) daripada maklumat yang diberikan dalam gambarajah. Kekuatan Calon Calon dapat mengenalpasti pembolehubah dimalarkan dalam soalan ini dengan betul dan tepat walaupun tidak dinyatakan dengan jelas dalam soalan. Calon juga dapat menyatakan parameter yang bersesuaian. Contoh 1:

Page 50: 018/028/038 SAINS - gurubesar.my · Sains 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013 Contoh 2: Sub Soalan 2(c) Membuat jangkauan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman

Sains 49 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Kelemahan Calon Calon berjaya mengenalpasti pembolehubah dimalarkan tetapi kesilapan sebahagian besar calon ialah tidak menyatakan parameter yang betul. Hal ini menyebabkan jawapan calon menjadi tidak lengkap atau tidak tepat. Selain daripada itu kesilapan calon juga kerana menggantikan perkataan ‘cili’ dengan perkataan ‘objek’ dalam jawapan mereka. Kesilapan calon juga kerana tidak menguasai pembolehubah dimalarkan kerana menggunakan pembolehubah dimanipulasikan atau pembolehubah bergerakbalas sebagai jawapan. Contoh 1:

Contoh 2:

Page 51: 018/028/038 SAINS - gurubesar.my · Sains 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013 Contoh 2: Sub Soalan 2(c) Membuat jangkauan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman

Sains 50 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Contoh 3:

Page 52: 018/028/038 SAINS - gurubesar.my · Sains 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013 Contoh 2: Sub Soalan 2(c) Membuat jangkauan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman

Sains 51 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

SARANAN KEPADA CALON 1. Baca dan fahamkan maklumat yang terdapat dalam stimulus setiap soalan. Jika

perlu, garis kata kunci yang boleh menjadi petunjuk kepada pembolehubah yang di manipulasi (What to change), yang bergerak balas (What to observe/measure) dan yang dimalarkan (What to keep the same).

2. Fahami konsep atau prinsip sains yang cuba di siasat kerana kebiasaannya

aspek ini tidak dapat ‘diperhatikan’ atau ‘diukur’ secara langsung. Calon sewajarnya dapat membezakan antara pembolehubah (variable), pemerhatian (observation) dengan faktor yang boleh digunakan untuk menerangkan sesuatu pemerhatian.

3. Kenalpasti ‘pembolehubah’ daripada maklumat yang diberi melalui stimulus,

samada dalam bentuk teks, geraf, jadual, carta atau gambar rajah, sebelum menjawab soalan. Dapat mengenalpasti ‘pembolehubah’ dengan betul akan memudahkan calon menjawab soalan berkaitan dengan inferens, hipotesis, tujuan penyiasatan, hubungan di antara pembolehubah dan ‘pembolehubah’ itu sendiri.

4. Baca kesemua sub-soalan secara am sebelum menjurus kepada setiap sub-

soalan dan menjawabnya. Jawab dahulu sub-soalan tentang ‘what to change/observe/keep the same’. Apabila telah dapat mengenalpasti/ memberikan maklumat-maklumat ini, akan memudahkan anda menjawab sub-soalan lain seperti ‘tujuan penyiasatan’, ‘hubungan’ dan juga ‘kesimpulan’.

5. Buat latih tubi membina ayat yang menunjukkan tentang ‘pemerhatian’,

‘hubungan di antara pemboleh ubah’, ‘inferens’, kesimpulan dan ‘corak perubahan’.

6. Usahakan untuk menjawab menggunakan pelbagai format jawapan. Jangan

terikat dengan satu format tertentu sahaja. 7. Jika soalan berkaitan inferens, lazimnya melibatkan perbezaan antara dua

pemerhatian. Oleh itu pastikan murid membuat perbandingan. Nyatakan sebab untuk kedua-dua keadaan yang berbeza tadi, bukan hanya mengulang perbezaan pemerhatiannya.

8. Apabila membuat ramalan tentang yang melibatkan nombor, pastikan ia ditulis

dalam satu nombor bulat dan bukan julat. 9. Libatkan diri dalam aktiviti ‘hands-on’ atau penyiasatan/eksperimen. Kenalpasti

apakah perkara yang diubah (what to change), perkara yang diperhati/ukur (what to observe), perkara yang sama (what to keep the same). Ini dapat membantu memperkukuhkan kefahaman anda dalam mengenalpasti maklumat yang terlibat/perlu dikumpul.

10. Jika sesuatu maklumat (information) yang tidak mempengaruhi sesuatu

keputusan penyiasatan, maka ia tidak boleh dijadikan ‘what to keep the same’.

Page 53: 018/028/038 SAINS - gurubesar.my · Sains 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013 Contoh 2: Sub Soalan 2(c) Membuat jangkauan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman

Sains 52 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

SARANAN KEPADA GURU 1. Perbanyakkan aktiviti ‘hands-on’ yang menghendaki murid explore, seperti

menjalankan eksperimen, kajian lapangan, penghasilan buku skrap dan perbincangan. Ini akan mendedahkan dan menimbulkan minat murid kepada penyiasatan yang pastinya melibatkan mengenalpasti pembolehubah.

2. Gunakan kaedah mengajar secara ‘questioning’ dan bukan sekadar ‘telling’. Soalan ini akan mendorong murid berfikir dan mereka akan belajar secara aktif. Pelbagaikan kaedah diperingkat induksi set supaya murid berasa seronok dan gembira dalam memulakan pembelajaran mereka.

3. Setengah-setengah konsep sains tidak dapat diukur secara langsung. Contoh: Konsep kestabilan tidak boleh diukur, oleh itu cepat atau lambatnya sesuatu objek tumbang apabila disengetkan dapat dijadikan pengukur kestabilan. Guru perlu menerangkan konsep sains dengan jelas dan apakah pembolehubah yang terlibat.

4. Guru perlu menjalankan Ujian Penilaian Kerja Amali Sains (PEKA) dengan lebih kerap dan sempurna dengan menyediakan lebih banyak tugasan bagi membolehkan murid melakukan semua Kemahiran Proses Sains (KPS) dan Kemahiran Manipulatif Sains (KMS) yang telah ditetapkan.