01_Kertas Kerja DST 2015

5
KERTAS KERJA PERTANDINGAN DIGITAL STORY TELLING (DST) SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI JOHOR 2015 1. TAJUK PERTANDINGAN DIGITAL STORY TELLING (DST) SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI JOHOR 2015 2. DIKEMUKAKAN OLEH Ketua Unit Pembestarian Sekolah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor 3. DIKEMUKAKAN KEPADA Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor 4. TUJUAN Kertas cadangan ini bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Johor bagi mengadakan Pertandingan Digital Story Telling (DST) Sekolah-Sekolah Negeri Johor Tahun 2015. 5. LATAR BELAKANG DAN RASIONAL Pertandingan “Digital Story Telling” (DST) ini akan diadakan di peringkat kebangsaan. Oleh itu, sebagai langkah persediaan dan pemilihan pasukan yang baik serta mantap, maka semestinya pertandingan di peringkat negeri diadakan. Sehubungan dengan itu, pihak Unit Pembestarian Sekolah memerlukan peruntukan bagi menjayakan pertandingan tersebut. 6. OBJEKTIF 1

description

kertas ker

Transcript of 01_Kertas Kerja DST 2015

MODUL KHIDMAT BANTU PUSAT SUMBER SEKOLAH

KERTAS KERJAPERTANDINGAN DIGITAL STORY TELLING (DST)SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI JOHOR 2015

1. TAJUK

PERTANDINGAN DIGITAL STORY TELLING (DST)SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI JOHOR 2015

2. DIKEMUKAKAN OLEH

Ketua Unit Pembestarian SekolahBahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor

3. DIKEMUKAKAN KEPADA

Ketua Penolong PengarahBahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor

4. TUJUAN

Kertas cadangan ini bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Johor bagi mengadakan Pertandingan Digital Story Telling (DST) Sekolah-Sekolah Negeri Johor Tahun 2015.

5. LATAR BELAKANG DAN RASIONAL

Pertandingan Digital Story Telling (DST) ini akan diadakan di peringkat kebangsaan. Oleh itu, sebagai langkah persediaan dan pemilihan pasukan yang baik serta mantap, maka semestinya pertandingan di peringkat negeri diadakan. Sehubungan dengan itu, pihak Unit Pembestarian Sekolah memerlukan peruntukan bagi menjayakan pertandingan tersebut.

6. OBJEKTIF

Di harapkan diakhir pertandingan ini:

6.1Pasukan yang terbaik dan mantap akan terpilih bagi mewakili sekolah-sekolah negeri Johor ke peringkat kebangsaan.6.2Mendedahkan kepada murid-murid sebagai peserta dapat menimba pengalaman bagaimana sesuatu cerita dapat dihasilkan menggunakan teknik digital dan video serta aplikasi animasi.6.3.Menjadi pertandingan ini sebagai aktiviti rutin bagi sekolah-sekolah negeri Johor setiap tahun. 7. TARIKH PELAKSANAAN

Serahan Borang Penyertaan: 20 Mei 2015Tempoh Penghasilan DST: 21 Mei - 31 Julai 2015Tarikh Akhir Penerimaan CD/DVD: 3 Ogos 2015Majlis Penyampaian Hadiah: 13 Ogos 2015

8. SASARAN

8.1.Murid-murid Sekolah Bestari Perdana dan Sekolah Bestari Luar Bandar.8.2.Murid-murid Sekolah Harian.8.3.Satu daerah 1 pasukan terbaik

9. PELAKSANAAN

9.1Setiap daerah diwajibkan menghantar 1 pasukan yang terdiri daripada 3 murid-murid dan 1 orang guru pembimbing.9.2.Peserta akan menghasilkan klip video DST berdasarkan syarat-syarat dan tema yang terdapat di dalam borang penyertaan.9.3Peserta diberi tempoh masa sehingga 3 Ogos 2015 untuk menghasilkan klip video DST terbaik.9.4Klip Video DST yang dihasilkan perlu dihantar dalam bentuk CD/DVD kepada pihak penganjur dan perlu sampai pada tarikh yang ditetapkan.9.3.Hasilan DST akan dinilai oleh hakim yang dilantik oleh pihak penganjur.9.4.Majlis Tayangan Perdana serta penyampaian hadiah akan diadakan di Auditorium JPNJ selepas pertandingan separuh Debat Cybersafe peringkat Kebangsaan 2015.

10. ANGGARAN PERBELANJAAN.

10.1. Rujuk Lampiran.

11. SUMBER.11.1. Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor.

12. JAWATANKUASA

Penasihat:Yang Berusaha Tuan Pengarah Pendidikan Johor.YBhg. Datin Ketua Penolong Pengarah, BTPN Johor.

Pengerusi:Ketua Unit Pembestarian Sekolah, BTPN Johor.En. Moktar bin Omar

N. Pengerusi:Ketua Unit Media Inovasi Pendidikan, BTPN Johor.Tn. Hj. Mohd Rizal bin Abu Samah

Setiausaha:En Abu Saifuddin bin Abu Hanifah

P.Setiausaha:En Muhamad Nazery bin Mat Nor

Kewangan:En Ashaari bin Omar, Ketua Unit Perkhidmatan dan Kewangan, BTPN Johor.

AJK:En Azizan bin A Razak.En Musman bin Saleyo.En Mohd Roselan bin Abu Hassan.En Nazarudin bin MuhammadEn Azhaar bin Md AliEn Ariff bin HamidunEn Ahmad bin RobiEn Mohd Kamal Iskandar bin Mohd ShafriEn Khairil Firmansyah bin AnuarEn Baharom bin HaronEn Esa bin SudarEn Sani bin OmarEn Shamsuddin bin Mohd NawiEn Nabil bin Abdollah

13. PENUTUP

Pertimbangan dan kebenaran tuan dipohon untuk meluluskan peruntukan sebanyak RM 881.00 (Dalam perkataan : Ringgit Malaysia Lapan Ratus Lapan Puluh Satu sahaja) dari Akaun Pengurusan (UPPKew, IICT dan ICT) untuk menjalankan PERTANDINGAN DIGITAL STORY TELLING (DST) SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI JOHOR 2015

14.DISEDIAKAN OLEH

MOKHTAR BIN OMAR,KETUA UNIT PEMBESTARIAN SEKOLAH,BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI JOHORTARIKH : 10 MEI 2015

15.ULASAN KETUA UNIT KEWANGAN :___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

16. DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN OLEH:

................................................................................................(YBHG. DATIN CHE NORMADIAH BINTI CHE ABBAS).Ketua Penolong Pengarah,Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor

Tarikh : ................................

1