02 AYAT AKTIF DAN PASIF.pdf

3
2013 © K.Izhar KIJ Ayat Aktif dan Ayat Pasif A. AYAT AKTIF: Ayat aktif ialah ayat yang mana “pelaku” terletak di hadapan (sebagai subjek ayat) manakala “benda yang kena buat” terletak di belakang (sebagai pradikat ayat) Biasanya kata kerja kerja transitif berimbunan ‘meN….’, ‘men….kan’ dan ‘men….i’. Contoh : Ali sedang memancing ikan. (Ali ialah pelaku (di depan) dan ikan ialah benda kena buat) B. AYAT PASIF: Ayat pasif ialah ayat yang mana ‘benda kena buat’ terletak di hadapan (sebagai subjek ayat) manakala ‘pelaku’ terletak di belakang (sebagai pradikat). Biasanya kata kerja pasif berimbuhan ‘di……’; ‘di…..kan’ atau ‘di….i’ untuk kata ganti nama diri ke-3. Kata kerja juga boleh menggunakan perkataan ‘kena’. Kekecualian untuk pelaku gantinama diri pertama dan kedua yang mesti mendahului kata kerja tanpa imbuhan. Contoh : i. Ikan itu dipancing oleh Ali. ii.Ikan itu kamu pancing. (pelaku diri kedua) iii. Ikan itu saya pancing. (pelaku diri pertama) C. CONTOH MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF: Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat pasif. 1. Bapa saudara saya sedang menebang sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya. Ayat pasif : Sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya itu sedang ditebang oleh bapa saudara saya. 2. Guru disiplin yang garang itu sedang memarahi pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya. Ayat pasif : Pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya itu sedang dimarahi oleh guru disiplin yang garang tersebut. 3. Doktor yang berkaca mata tebal itu sedang menjalankan pembedahan ke atas pesakit tersebut. Ayat pasif : Pembedahan ke atas pesakit tersebut sedang dijalankan oleh doktor yang berkaca mata tebal itu. 4. Saya telah melukis gambar pemandangan di tepi pantai itu. Ayat pasif : Gambar pemandangan di tepi pantai itu telah saya lukis. 5. Awak belum menjelaskan yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik. Ayat pasif : Yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik itu belum awak jelaskan.

Transcript of 02 AYAT AKTIF DAN PASIF.pdf

Page 1: 02 AYAT AKTIF DAN PASIF.pdf

2013 © K.Izhar KIJ

Ayat Aktif dan Ayat Pasif

A. AYAT AKTIF: Ayat aktif ialah ayat yang mana “pelaku” terletak di hadapan (sebagai subjek

ayat) manakala “benda yang kena buat” terletak di belakang (sebagai pradikat ayat)

Biasanya kata kerja kerja transitif berimbunan ‘meN….’, ‘men….kan’ dan ‘men….i’.

Contoh : Ali sedang memancing ikan. (Ali ialah pelaku (di depan) dan ikan ialah benda kena buat)

B. AYAT PASIF: Ayat pasif ialah ayat yang mana ‘benda kena buat’ terletak di hadapan

(sebagai subjek ayat) manakala ‘pelaku’ terletak di belakang (sebagai pradikat).

Biasanya kata kerja pasif berimbuhan ‘di……’; ‘di…..kan’ atau ‘di….i’ untuk kata ganti nama diri ke-3. Kata kerja juga boleh menggunakan perkataan ‘kena’. Kekecualian untuk pelaku gantinama diri pertama dan kedua yang mesti mendahului kata kerja tanpa imbuhan.Contoh : i. Ikan itu dipancing oleh Ali. ii.Ikan itu kamu pancing. (pelaku diri kedua)iii. Ikan itu saya pancing. (pelaku diri pertama)

C. CONTOH MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF:

Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat pasif.1. Bapa saudara saya sedang menebang sebatang pokok kelapa di sebelah rumah

barunya.Ayat pasif : Sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya itu sedang ditebang oleh bapa saudara saya.

2. Guru disiplin yang garang itu sedang memarahi pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya.Ayat pasif : Pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya itu sedang dimarahi oleh guru disiplin yang garang tersebut.

3. Doktor yang berkaca mata tebal itu sedang menjalankan pembedahan ke atas pesakit tersebut.Ayat pasif : Pembedahan ke atas pesakit tersebut sedang dijalankan oleh doktor yang berkaca mata tebal itu.

4. Saya telah melukis gambar pemandangan di tepi pantai itu.Ayat pasif : Gambar pemandangan di tepi pantai itu telah saya lukis.

5. Awak belum menjelaskan yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik.Ayat pasif : Yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik itu belum awak jelaskan.

Page 2: 02 AYAT AKTIF DAN PASIF.pdf

2013 © K.Izhar KIJ

D. LATIHAN:

Tukarkan ayat-ayat aktif yang diberi di bawah kepada ayat-ayat pasif.1. Encik Tan sedang menjalankan perniagaan memperbaiki motosikal di Bandar

Melaka.2. Kucing jantan berbulu lebat itu menangkap seekor tikus yang sangat besar.3. Lebuh Raya Utara selatan menghubungkan negeri-negeri di Pantai Barat

Semenanjung Malaysia.4. Pelumba kereta Formula 1 dari Amerika Syarikat itu memenangi kejuaraan

tersebut pada pagi tadi.5. Pelatih jururawat di hospital itu menggunakan sarung tangan plastik ketika

bertugas.6. Saya akan mengharungi segala cabaran itu walaupun amat berat untuk dipikul.7. Kalian patut menyeberangi jalan raya menuju ke sungai itu pada sebelah

petang nanti.8. Beta akan memperkenankan segala permintaan kamu jika kamu berkata benar.9. Kami akan membincangkan usul mesyuarat ini dalam perjumpaan kita pada

masa

E. CONTOH MENUKARKAN AYAT PASIF KEPADA AYAT AKTIF:

Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat aktif.1. Bola itu ditendang dengan kuat oleh pemain Brazil tersebut.

Ayat aktif : Pemain Brazil tersebut menendang bola itu dengan kuat.

2. Perasaan gadis itu dipermainkan oleh pemuda bermata keranjang yang tinggal di bandar.Ayat aktif : Pemuda bermata keranjang yang tinggal di bandar itu mempermainkan perasaan gadis tersebut.

3. Ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu telah saya duduki pada awal bulan lalu.Ayat aktif : Saya telah menduduki ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu pada awal bulan lalu.

4. Maklumat tentang pelaburan saham tersebut sedang diperjelaskan oleh pegawai dari Amanah Saham Nasional.Ayat aktif : Pegawai dari Amanah Saham Nasional itu sedang memperjelaskan maklumat tentang pelaburan saham tersebut.

5. Getah yang telah diproses itu telah dimasukkan ke dalam bekas plastik oleh para pekerja di bahagian pemprosesan.Ayat aktif : Para pekerja di bahagian pemprosesan telah memasukkan getah yang telah diproses itu ke dalam bekas plastik.

Page 3: 02 AYAT AKTIF DAN PASIF.pdf

2013 © K.Izhar KIJ

F. LATIHAN :

Tukarkan ayat-ayat pasif di bawah supaya menjadi ayat aktif.1. Wang sebanyak RM7 bilion telah diperuntukan oleh kerajaan bagi

merangsang ekonomi negara yang sedang menghadapi kemelut ekonomi.

2. Hadiah menyertai pertandingan drama itu telah diberi oleh sebuah syarikat tempatan bagi menarik penyertaan orang ramai.

3. Bahagian dapur rumah tumpangan itu sedang diperluas oleh pekerja kontraktor bagi memudahkan keluarga yang menetap di situ.

4. Cek bernilai RM350 yang saya beri pagi tadi telah kamu tunaikan di sebuah bank saudagar di Kuala Lumpur.

5. Pendidikan teknologi maklumat telah diperkenalkan oleh kerajaan di semua sekolah bagi semua mata pelajaran teras.

6. Jambatan Kedua Pulau Pinang yang baru siap pada bulan Disember itu telah beta rasmikan pada akhir bulan itu.

7. Bungkusan hadiah itu telah dihantarnya pagi semalam.