02 Irfan Khairi - greatbuddyteam.weebly.com · Bila kita gagal Wang dan anda Strategi membaca 100...

37
Bicarawara Irfan Khairi Bersama Nizal Mohammad Mesej Irfan Khairi "Jutawan!" bersama Irfan Khairi Bukan senang untuk jadi senang Tak terlewat, tak tercepat Pentingnya ilmu Jejak jutawan Internet Bila kita gagal Wang dan anda Strategi membaca 100 buku Harapan "Jutawan!" Profil Kali pertama saya bertemu dengan Nizal Mohammad adalah pada tahun 2005 ketika saya dijemput ke program bicara pagi, Malaysia hari Ini (MHI) di TV3. Ketika itu baru sahaja buku pertama saya, Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar keluar di pasaran. Sejak itu, saya dan Nizal menjadi kenalan yang rapat sehingga hari ini. Banyak yang telah diajar oleh Nizal kepada saya terutamanya dalam bidang komunikasi dan media. Sebelum bertemu Nizal, saya seorang yang amat pendiam dan pemalu-

Transcript of 02 Irfan Khairi - greatbuddyteam.weebly.com · Bila kita gagal Wang dan anda Strategi membaca 100...

Page 1: 02 Irfan Khairi - greatbuddyteam.weebly.com · Bila kita gagal Wang dan anda Strategi membaca 100 buku Harapan "Jutawan!" Profil Kali pertama saya bertemu dengan Nizal Mohammad adalah

Bicarawara

Irfan KhairiBersama Nizal Mohammad

� Mesej Irfan Khairi

� "Jutawan!" bersama Irfan Khairi

� Bukan senang untuk jadi senang

� Tak terlewat, tak tercepat

� Pentingnya ilmu

� Jejak jutawan Internet

� Bila kita gagal

� Wang dan anda

� Strategi membaca 100 buku

� Harapan "Jutawan!"

� Profil

Kali pertama saya bertemu dengan Nizal

Mohammad adalah pada tahun 2005 ketika saya

dijemput ke program bicara pagi, Malaysia hari Ini

(MHI) di TV3. Ketika itu baru sahaja buku pertama

saya, Rahsia Jutawan-Jutawan Internet

Terbongkar keluar di pasaran.

Sejak itu, saya dan Nizal menjadi kenalan yang

rapat sehingga hari ini. Banyak yang telah diajar

oleh Nizal kepada saya terutamanya dalam bidang

komunikasi dan media. Sebelum bertemu Nizal,

saya seorang yang amat pendiam dan pemalu-

Page 2: 02 Irfan Khairi - greatbuddyteam.weebly.com · Bila kita gagal Wang dan anda Strategi membaca 100 buku Harapan "Jutawan!" Profil Kali pertama saya bertemu dengan Nizal Mohammad adalah

apatah lagi hendak jadi penyampai radio! Tetapi,

Nizal telah mendedahkan kepentingan komunikasi

kepada saya dalam menyebarkan mesej saya, iaitu

mesej kejayaan.

Tak sangka pula, 2 tahun kemudian, kami berdua

menjadi penyampai radio di bawah bumbung yang

sama, Radio 24. Nizal mengendalikan

rancangannya dan saya pula diberi kepercayaan

mengendalikan rancangan ”Jutawan!”. Untuk

episod pertama, saya menjemput Nizal

Mohammad, selaku mentor saya dalam bidang

komunikasi untuk menemubual saya sebagai "pilot"

rancangan Jutawan! Bersama Irfan Khairi.

Assalamualaikum

Waalaikummussalam Nizal. Nizal apa kabar?

Alhamdullilah. Khabar baik. Untuk

pengetahuan anda mulai minggu ini anda

akan bersama dengan Irfan Khairi.

Jutawan Internet kita untuk mendengarkan

satu program baru yang dinamakan

‘Jutawan’

Boleh ceritakan sedikit apa sebenarnya

program ‘Jutawan’ ni?

Ok. Terima kasih Nizal. Program ini adalah

program yang berbentuk motivasi bicarawara di

mana saya akan bersama jutawan-jutawan dan

ikon-ikon jutawan tempatan sama ada dari bidang

perniagaan, bidang hiburan atau bidang korporat

dan kita akan berkongsikan maklumat cara-cara

meniti kejayaan.

Page 3: 02 Irfan Khairi - greatbuddyteam.weebly.com · Bila kita gagal Wang dan anda Strategi membaca 100 buku Harapan "Jutawan!" Profil Kali pertama saya bertemu dengan Nizal Mohammad adalah

Jadi boleh ceritakan mengapakah

perlunya cerita-cerita ini dikongsikan

dengan orang ramai?

Keperluan manusia ini ada beberapa peringkat,

pada asasnya kalau kita ikutkan keperluan

daripada teori keperluan Abraham Maslow,

manusia mempunyai keperluan daripada awal

(tapak piramid) adalah keperluan asas seperti

makanan, minuman, tempat tinggal dan

sebagainya.

Apabila keperluan itu telah dipenuhi, keperluan

manusia akan naik ke keperluan lain, dan mengikut

peringkatnya perlu keperluan yang bawah dipenuhi

dahulu baru akan naik ke peringkat atasnya.

Untuk naik ke setiap peringkat, kita perlukan

inspirasi, dan motivasi untuk mencapai kejayaan

peringkat-peringkat seterusnya.

Jadi melalui program Jutawan! bersama saya, Irfan

Khairi, kita akan berkongsi kisah-kisah kejayaan

untuk memberikan sumber insiprasi serta strategi

kepada pendengar bagaimana seseorang itu

daripada zero boleh menjadi hero dan bagaimana

seseorang itu daripada tidak memiliki apa-apa,

boleh menjadi seorang jutawan.

Itu yang kita akan kongsikan bersama nanti di

program Jutawan ini.

Page 4: 02 Irfan Khairi - greatbuddyteam.weebly.com · Bila kita gagal Wang dan anda Strategi membaca 100 buku Harapan "Jutawan!" Profil Kali pertama saya bertemu dengan Nizal Mohammad adalah

Dimana ilhamnya datang untuk

mencetuskan satu program sebegini dan

untuk disiarkan melalui radio?

Ilhamnya datang daripada blog saya, iaitu

www.IrfanKhairi.com, di situ ramai pelawat yang

bertanyakan tentang rahsia-rahsia kejayaan. Apa

yang saya fikir, melalui radio kita dapat

menciptakan satu platform di mana kita boleh

menjemput mereka yang berjaya, jutawan-jutawan

Malaysia untuk berkongsikan maklumat ini.

Ramai jutawan yang telah meniti jalan dan melalui

kesukaran untuk mencapai kejayaan yang dicapai

kini dan mereka ingin kongsikan pengalaman

mereka kepada orang ramai.

Sebabnya Nizal, nak

capai kejayaan dan

nak mencapai status

jutawan bukannya

perkara yang mudah.

Ia adalah sesuatu

yang susah dengan melalui satu proses yang rumit

untuk mencapainya. Ramai yang tersalah anggap,

ingatkan boleh capai ‘overnight success’ atau

pejam celik, terus jadi kaya . Tapi saya boleh jamin

semua tamu-tamu jutawan dan ikon-ikon jutawan

yang akan datang ke program kita nanti akan

menceritakan bahawa perlunya usaha yang keras

dan ‘it requires hard work and long hours’ untuk

mencapai apa yang mereka dapat sekarang ni.

Di sini juga saya ingin ingatkan tiada jalan pintas

untuk berjaya. No short cut! Namun begitu, masih

ramai yang sering terjerumus dalam skim-skim

cepat kaya di Malaysia. Semuanya kerana terkabur

mata akibat inginkan wang yang banyak dalam

waktu yang singkat. Ianya tidak akan terjadi.

Jadi, its not that easy macam kata orang

Page 5: 02 Irfan Khairi - greatbuddyteam.weebly.com · Bila kita gagal Wang dan anda Strategi membaca 100 buku Harapan "Jutawan!" Profil Kali pertama saya bertemu dengan Nizal Mohammad adalah

putih yer..?

Yes, it’s not that easy. Berbahasa orang putih pula

kita ya? �

Tapi kalau bukan senang, ini mungkin

akan menyebabkan ramai di kalangan

masyarakat kita akan merasakan bahawa

kalau bukan senang, tak ramai orang yang

mampu.

Itu yang sebenarnya, kalau diikutkan dengan

research yang dilakukan. Daripada 100 orang,

mungkin 1 atau 2 sahaja yang akan mencapai

kejayaan cemerlang dalam bidang kewangan, jadi

memang perkara ini tak senang tapi kalau kita nak

mengharapkan perkara yang senang sahaja,

sudah pasti perkara yang senang adalah sesuatu

yang tidak berbaloi. Sesuatu yang susah itu yang

akan membuatkan pulangan yang kita dapat itu

berbaloi.

Sekiranya kita dapat mencapai kenikmatan

kebebasan kewangan, di situ ada berbagai-bagai

perkara yang kita boleh dapat, bukan hanya kita

akan dapat wang ringgit untuk membeli harta, kita

juga dapat lebih banyak masa untuk kita luangkan

dengan keluarga dan dengan kekayaan ini juga

kita dapat kongsikan bersama.

Hadis ada juga mengatakan bahawa harta

kekayaan ini tidak akan kurang sekiranya kita

banyak memberi. Setelah kita meninggal nanti, apa

yang dapat kita tinggalkan adalah ilmu

pengetahuan, anak yang soleh dan amalan.

Melalui program bicarawara Jutawan ini,

usahawan-usahawan kita yang sudah berjaya

dapat menyampaikan ilmu yang berguna untuk

manfaat ramai. Bagi saya, ia adalah usaha yang

Page 6: 02 Irfan Khairi - greatbuddyteam.weebly.com · Bila kita gagal Wang dan anda Strategi membaca 100 buku Harapan "Jutawan!" Profil Kali pertama saya bertemu dengan Nizal Mohammad adalah

murni.

Menjadi seorang jutawan juga adalah pilihan. Ada

yang mahu menjadi jutawan dan ada juga yang

tidak mahu menjadi jutawan. Itu terpulang pada

pilihan masing-masing. Tetapi janganlah sampai

miskin atau papa kedana, sekurang-kurangnya

sekiranya kita mempunyai wang ringgit, kita dapat

menampung kos diri kita dan keluarga kita.

Kalau kita nak mengharapkan perkara yang senang sahaja,

sudah pasti perkara yang senang adalah sesuatu yang

tidak berbaloi.

-Irfan Khairi

Saya juga sering katakan, sekurang-kurangnya

biarlah matlamat kita untuk menjadi financially free.

Atau kewangan mandiri.

Boleh ibaratkan ianya seperti kalau ada seorang

anak kecil yang dilahirkan di dalam sebuah bilik di

mana biliknya itu tidak berkunci, dia boleh keluar

dari bilik tersebut tetapi apabila dia semakin

membesar dan menjadi seorang kanak-kanak, dia

tetap tidak keluar dari bilik tersebut. Malah

sehingga usia remaja, dewasa dan seterusnya

sampai usia tua tetapi dia masih tidak keluar dari

bilik tersebut. Sehingga ajal tiba pun dia masih di

dalam bilik itu, padahal bilik tersebut tidak

berkunci.

Tetapi ianya terpulang kepada individu masing-

masing, katakan anak kecil itu setelah

berumur sepuluh tahun dia membuka pintu itu, dan

setelah dia buka pintu tersebut, rupa-rupanya dia

Page 7: 02 Irfan Khairi - greatbuddyteam.weebly.com · Bila kita gagal Wang dan anda Strategi membaca 100 buku Harapan "Jutawan!" Profil Kali pertama saya bertemu dengan Nizal Mohammad adalah

berada di dalam sebuah perpustakaan di mana

terdapat banyak ilmu-ilmu yang terdapat di situ dan

tambahan pula di perpustakaan tersebut terdapat

ramai professor-professor yang ingin mendidik,

mengajar dan membantunya untuk menjadi

seorang yang berjaya.

Jadi, ianya adalah merupakan satu langkah

samada untuk membuka pintu ke gedung ilmu ini

untuk mencapai kejayaan ataupun tidak. Semua

orang boleh membuka pintu itu tapi, ianya adalah

pilihan masing-masing.

Ertinya adalah kita yang perlu

menentukan dan memilih samada kita

mahu teruskan ataupun tidak, itu

terpulang kepada individu masing-

masinglah ya?

Ya. Ianya adalah terpulang kepada individu

masing-masing. Kita perlu menetapkan keputusan

dalam hal ini. Seseorang itu akan berjaya

sekiranya dia membuat keputusan untuk berjaya

dan baru dia akan nampak dan fokus kepada satu

matlamat yang ditetapkan itu.

Saya berada di studio bersama Nizal ketika ini juga

adalah pilihan saya hari ini, mungkin daripada hasil

perjalanan yang telah saya pilih 10 tahun lepas.

Apa yang kita capai tahun depan, atau lima tahun

akan datang atau sepuluh tahun akan datang

adalah berdasarkan pilihan dan keputusan yang

kita lakukan hari ini. Begitu juga, keadaan kita hari

ini. Ianya adalah hasil daripada pilihan dan

keputusan yang mungkin kita lakukan satu tahun

lepas, lima tahun lepas atau sepuluh tahun yang

lepas.

Page 8: 02 Irfan Khairi - greatbuddyteam.weebly.com · Bila kita gagal Wang dan anda Strategi membaca 100 buku Harapan "Jutawan!" Profil Kali pertama saya bertemu dengan Nizal Mohammad adalah

Apa yang kita capai tahun depan, atau lima tahun akan datang atau sepuluh tahun

akan datang adalah berdasarkan pilihan dan

keputusan yang kita lakukan hari ini.

-Irfan Khairi

Mungkin saudara Irfan boleh ceritakan

sedikit latar belakang Irfan dan apakah

Irfan sendiri mempunyai kecenderungan

sejak awal-awal lagi bahawa anda ingin

menjadi seorang jutawan?

Ceritanya bermula setelah saya tamat SPM,

selepas saya mendapat keputusan SPM, saya

membuat cita-cita untuk menjadi seorang jutawan

sebelum usia mencapai 30 tahun.

Perihal apa yang mencetuskan matlamat tersebut

adalah sesuatu yang agak pelik sedikit. Semasa

kita remaja-remaja dahulu kita banyak menonton

tv, wayang, dengar muzik, dan mempunyai ikon-

ikon pelakon hiburan di barat. Jadi semuanya itu

menjadi inspirasi kepada saya bahawa mereka ini

melakukan kerja yang mereka suka di samping

memperolehi banyak wang.

Page 9: 02 Irfan Khairi - greatbuddyteam.weebly.com · Bila kita gagal Wang dan anda Strategi membaca 100 buku Harapan "Jutawan!" Profil Kali pertama saya bertemu dengan Nizal Mohammad adalah

Gambar di atas bukanlah sebuah lapangan terbang. Tetapi,

ia adalah rumah pelakon popular John Travolta di Florida.

Hobi beliau adalah membawa kapal terbang!

Apa yang mereka lakukan adalah apa yang

mereka suka dan apa yang mereka ‘enjoy’. Jadi,

saya bercadang untuk melakukan sepertimana

yang mereka lakukan iaitu buat sesuatu yang saya

suka dan cuba untuk membuat duit daripada idea

tersebut.

Bermakna, idea tersebut tercetus ketika

saudara Irfan berusia ...?

Idea tersebut tercetus ketika saya berusia 18

tahun.

Sebelum itu, apakah cita-cita anda?

Sebelum tu, saya tak mempunyai apa cita-cita

yang besar pun. Mungkin apa yang boleh dikongsi

bersama adalah saya sememangnya minat

melukis, saya kuat melukis dan pada masa itu

saya memang bercita-cita nak jadi kartunis komik.

Dan untuk pengetahuan Nizal dan pendengar, cita-

cita itu juga tercapai ketika saya di ITM, saya

bekerja part time sebagai kartunis!

Page 10: 02 Irfan Khairi - greatbuddyteam.weebly.com · Bila kita gagal Wang dan anda Strategi membaca 100 buku Harapan "Jutawan!" Profil Kali pertama saya bertemu dengan Nizal Mohammad adalah

Jadi, tidak semestinya mempunyai cita-

cita sejak kecil lagi untuk menjadi seorang

jutawan, di mana-mana peringkat pun

boleh juga ya?

Ya, di mana-mana peringkat pun boleh juga. Tidak

terlalu cepat dan tidak terlalu lewat. Walaupun usia

mencecah sehingga 60-70 tahun. Contoh yang

boleh diambil adalah seperti Kolonel Saunders,

yang mencipta Ayam KFC, ideanya tercetus ketika

beliau berumur 68 tahun. Jadi, ianya bermakna

tidak terlewat untuk kita melakukan sesuatu

walaupun usia dah lanjut.

Ok. Bagaimana pula saudara Irfan

menyusun dan mengatur strategi hidup

Irfan sendiri dalam mencapai status

sebagai seorang jutawan ketika berumur

25 tahun?

Apa yang penting yang telah saya pelajari adalah

"ilmu kejayaan" itu, oleh itu apa yang saya lakukan

adalah saya perlengkapkan diri saya dengan ilmu-

ilmu kejayaan terutamanya ‘the psychology of

success’. Saya juga banyak membaca buku-buku

kejayaan, menghadiri seminar-seminar berkisar

kejayaan dan membaca biografi orang-orang yang

berjaya.

Setelah melakukan semua ini, apa yang dapat

saya lihat adalah secara umumnya, mereka yang

berjaya melakukan benda yang serupa dan sama

sahaja. Setelah saya berumur 21, baru saya

terbuka untuk memulakan perniagaan sendiri, jadi

saya pun cuba memulakan perniagaan dan saya

juga bertuah kerana pada masa tersebut juga satu

‘wave’ baru telah datang iatu era Internet.

Page 11: 02 Irfan Khairi - greatbuddyteam.weebly.com · Bila kita gagal Wang dan anda Strategi membaca 100 buku Harapan "Jutawan!" Profil Kali pertama saya bertemu dengan Nizal Mohammad adalah

Jadi, di antara usia 18- 21 tahun itu,

apakah yang Irfan lakukan untuk

memastikan bahawa keinginan dan cita-

cita Irfan itu tidak luntur?

Pada jangkamasa tersebut, saya masih lagi

menuntut, pada mulanya saya menuntut di PPP di

ITM Shah Alam (belum lagi UITM). Ketika di ITM,

saya juga memulakan perniagaan kecil-kecilan

seperti menjual t-shirt yang saya rekacipta sendiri-

oleh kerana saya suka melukis! Bila musim

perayaan juga saya cipta kad raya dan jual kepada

pelajar-pelajar lain pada harga 50 sen. Itu antara

pengalaman terawal saya dalam berkecimpung

dalam perniagaan.

Walaupun pendapatan sedikit sahaja, tetapi saya

rasa amat berpuas hati apabila berjaya

memperolehi wang daripada hasil tangan sendiri.

Selepas ITM, saya sambung pengajian Ijazah saya

di United Kingdom. Di sana, pada masa yang

sama juga saya bekerja, saya buat ‘odd jobs’

sebenarnya Nizal, sambil-sambil belajar saya

bekerja. Saya bekerja sebagai tukang cuci di

pasaraya dan mencuci tandas untuk mendapatkan

wang tambahan.

Walaupun saya mendapat bantuan kewangan dari

JPA, tetapi wang yang diberi adalah cukup-cukup

makan untuk membeli buku-buku universiti, makan

– minum dan tempat tinggal sahaja. Sekiranya kita

nak belajar lebih, itu yang memerlukan saya untuk

bekerja.

Kerja yang saya lakukan

sebagai tukang cuci

memberikan pengalaman

kepada saya, setiap pagi

selama dua tahun,

sebelum memasuki kelas

ataupun kuliah, saya akan

Page 12: 02 Irfan Khairi - greatbuddyteam.weebly.com · Bila kita gagal Wang dan anda Strategi membaca 100 buku Harapan "Jutawan!" Profil Kali pertama saya bertemu dengan Nizal Mohammad adalah

bekerja sebagai tukang cuci pasaraya dan tandas

untuk mendapatkan wang tambahan. Saya lakukan

ini selama 2 tahun.

Dengan wang tambahan tersebut saya akan ke

kedai buku pada hujung minggu untuk membeli

buku-buku kejayaan untuk melengkapkan lagi diri

saya tentang ilmu-ilmu kejayaan. Jadi di situ, saya

dapat mempelajari bahawa kita perlu mempunyai

satu disiplin yang kuat untuk berjaya dalam bidang

apa sahaja yang kita masuki.

Kemudian barulah saya memulakan perniagaan

dan mempelajari tentang ilmu perniagaan ini iaitu

perniagaan Internet. Di situ rezeki mula berpihak

kepada saya.

Jadi, apakah pengalaman yang diperolehi

dan yang membantu semasa bekerja di

lapangan tersebut di usia Irfan 18-21

tahun di mana Irfan pada masa itu di

dalam mempersiapkan diri dengan ilmu-

ilmu kejayaan ini?

Sebenarnya Nizal, pengalaman bekerja sebagai

tukang cuci apa yang boleh saya kongsikan

bersama adalah saya dapat mempelajari

bagaimana untuk kita menghargai wang. Bukan

senang untuk memperolehi wang sekiranya kita

tidak mempunyai ilmu secukupnya.

Setiap pagi selama dua tahun, sebelum memasuki kelas

ataupun kuliah, saya akan bekerja sebagai tukang cuci pasaraya dan tandas untuk

Page 13: 02 Irfan Khairi - greatbuddyteam.weebly.com · Bila kita gagal Wang dan anda Strategi membaca 100 buku Harapan "Jutawan!" Profil Kali pertama saya bertemu dengan Nizal Mohammad adalah

mendapatkan wang tambahan.

-Irfan Khairi

Selepas usia 21 tahun, bidang apakah

yang Irfan libatkan diri sehingga menjadi

seorang yang berjaya?

Pada mulanya saya memulakan perniagaan

Internet dalam bidang grafik kerana sepertimana

yang saya sebutkan tadi saya sememangnya

meminati perkara yang berkaitan dengan grafik.

Dan pada ketika itu di universiti saya mengambil

kursus multimedia design di mana saya

mempelajari reka cipta grafik menggunakan

komputer.

Jadi, dengan kebolehan itu saya membawakannya

ke Internet dan menjadikan ianya satu perniagaan

Internet dan memperdagangkannya ke seluruh

dunia.

Dalam kata lain, sekiranya terdapat pelanggan dari

serata dunia memerlukan grafik berkomputer,

mereka boleh membuat pesanan di laman web

saya. Saya menjual perkhidmatan grafik.

Umur Irfan pada ketika itu …?

Umur saya pada ketika itu adalah 22.

Jadi apakah sebenarnya bidang

perniagaan Internet yang Irfan ceburi?

Saya merekacipta logo, kulit buku, laman web,

banner design, business card, letter head dan

Page 14: 02 Irfan Khairi - greatbuddyteam.weebly.com · Bila kita gagal Wang dan anda Strategi membaca 100 buku Harapan "Jutawan!" Profil Kali pertama saya bertemu dengan Nizal Mohammad adalah

sebagainya. Kiranya apa sahaja yang berkaitan

dengan grafik design saya lakukan.

Bagaimana Irfan mendapat ilham

sebagaimana membuka perniagaan itu

serta cara-cara untuk menguruskan

pembayaran jual-beli dan transaksi yang

dilakukan di Internet?

Ilham itu saya perolehi daripada buku-buku yang

saya beli dan baca hasil daripada bekerja sebagai

tukang cuci supermarket. Selain itu, saya juga kuat

melayari Internet untuk mendapat maklumat-

maklumat mengenai perniagaan Internet.

Jadi, ianya bukanlah datangnya daripada

tenaga pengajar mahupun sifu sebagai

rujukan?

Secara bersemuka one-on-one memang tidak ada,

tetapi dengan wang yang saya perolehi hasil

bekerja sebagai tukang cuci membolehkan saya

menghadiri seminar-seminar dan kursus-kursus

perniagaan Internet. Dan boleh dikatakan

perniagaan Internet ini saya pelajari di luar

universiti dan bukannya terdapat subjek mata

pelajaran khusus yang saya pelajari di universiti.

Jadi, ketika Irfan berumur 22, Irfan telah

pun mempunyai sebuah syarikat sendiri di

Internet. Apakah nama syarikat

perniagaan Internet yang ditubuhkan itu?

Nama syarikat pertama saya pada ketika itu adalah

Reality Dream.

Apakah ada sebab Irfan namakan syarikat

Page 15: 02 Irfan Khairi - greatbuddyteam.weebly.com · Bila kita gagal Wang dan anda Strategi membaca 100 buku Harapan "Jutawan!" Profil Kali pertama saya bertemu dengan Nizal Mohammad adalah

tersebut dengan nama itu?

Tidak ada sebarang sebab Nizal. Mungkin sebab

ketika itu bunyi nama tersebut sedap didengar.

Saya juga minat dengan filem oleh Steven

Spielberg dan nama syarikatnya Dreamworks.

Jadi, saya nak guna perkataan "Dream" juga... tak

mahu mengalah �

Aha, dalam bahasa Malaysia pun namanya

‘Impian sebenar’, sedap tu! Jadi Irfan,

adakah kejayaan terus datang kepada

Irfan setelah memulakan perniagaan

tersebut ketika itu?

Tidak Nizal. Untuk pengetahuan Nizal, untuk 1

tahun pertama, saya tidak mencapai apapun

kejayaan dan dalam masa setahun itu saya hanya

memperolehi 3 orang pelanggan sahaja. Ianya

bermakna dalam tempoh 12 bulan tu, saya hanya

berjaya mendapat 3 pelanggan sahaja. Oleh itu,

saya dapat katakan yang saya gagal pada tahun

pertamanya.

Apakah pelanggan yang diperolehi Irfan

itu datangnya daripada pelanggan

tempatan ataupun daripada luar?

Pada ketika itu, saya masih berada di United

Kingdom. Kalau tak silap saya, ke tiga-tiga

pelanggan saya tersebut datangnya dari USA.

Apakah Irfan tidak merasa kecewa kerana

setelah setahun berpenat lelah

menubuhkan perniagaan dan mempelajari

bidang seni grafik dan hanya 3 pelanggan

sahaja yang mampu diperolehi?

Page 16: 02 Irfan Khairi - greatbuddyteam.weebly.com · Bila kita gagal Wang dan anda Strategi membaca 100 buku Harapan "Jutawan!" Profil Kali pertama saya bertemu dengan Nizal Mohammad adalah

Kecewa tu sememangnya

ada. Kita sebagai manusia

sekiranya kita melakukan

perniagaan dan meletakkan

harapan untuk berjaya tetapi

tidak berjaya, memang

perasaan kecewa tu ada.

Tetapi kita kena fahami juga

bahawa kegagalan itu satu kemestian sebelum

sesuatu kejayaan dicapai.

Jadi, apa yang saya lakukan adalah, apabila

menyedari dan melihat kegagalan yang saya

hadapi, saya pelajari daripada kegagalan tersebut .

Maksudnya saya perlu cari mutiara-mutiara yang

tersirat di sebalik kegagalan-kegagalan tersebut.

Mungkin ianya disebabkan kesilapan saya dan

takkan ianya adalah kesilapan pelanggan pula.

Oleh itu, saya perlu melihat kembali apakah

kesilapan yang saya lakukan dan apakah yang

dilakukan oleh usahawan Internet yang berjaya

sehingga membolehkan mereka berjaya. Jadi saya

perlu memperbetulkan apa yang saya silap dan

menggunakan konsep daripada mereka yang telah

berjaya. Berjaya atau gagal adalah tanggungjawab

sendiri. Jangan pula bila berjaya, kita kata kita

hebat. Bila kita gagal, kita beri alasan dan

menyalahkan orang lain.

Berjaya atau gagal adalah tanggungjawab sendiri.

Jangan pula bila berjaya kita kata kita hebat. Bila kita gagal,

kita beri alasan dan menyalahkan orang lain.

-Irfan Khairi

Page 17: 02 Irfan Khairi - greatbuddyteam.weebly.com · Bila kita gagal Wang dan anda Strategi membaca 100 buku Harapan "Jutawan!" Profil Kali pertama saya bertemu dengan Nizal Mohammad adalah

Daripada situ juga datangnya idea untuk

mengemudikan rancangan ‘Jutawan’ ini oleh

kerana dalam mencapai kejayaan, kita tidak perlu

mencipta daripada ‘scratch’ atau kita tidak perlu

buat sesuatu yang baru. Seperti kata orang putih

‘we don’t need to reinvent the wheel’, kita hanya

perlu mengikut prinsip-prinsip orang yang telah

berjaya, lihat strategi orang yang telah berjaya dan

aplikasikan ia dalam keadaan kita sendiri dan

dalam bidang kita sendiri, kita juga akan berjaya

seperti mereka.

Contoh saya lagi Nizal, kejayaan saya dalam

bidang Internet pada ketika itu saya lihatkan ikon-

ikon kejayaan dalam bidang perniagaan bukan

Internet seperti Body Shop, Coca-Cola dan

Cadbury. Dengan mengaplikasikan apa yang

dapat dibuat secara ‘offline’, saya cuba aplikasikan

ianya secara ‘online’.

Begitu juga dengan apa sahaja bidang dalam

industri lain. Sepertimana dalam industi hiburan,

tidak semestinya ikon-ikon perlu datang dari

industri itu sendiri tetapi, boleh juga diambil

dari ikon-ikon dari dalam bidang perniagaan.

Jadi, teknik role model kejayaan ini tidak

memerlukan untuk kita khususkan kepada bidang

kita itu sendiri tetapi kita boleh ‘role model’ kan

dengan bidang-bidang yang lain juga.

Setelah dinilai dan dikaji kelemahan, di

manakah kesilapan yang Irfan temui yang

mana membolehkan Irfan hanya mendapat

3 orang pelanggan sahaja pada tahun

pertama?

Kesilapannya memang terlalu banyak.

Page 18: 02 Irfan Khairi - greatbuddyteam.weebly.com · Bila kita gagal Wang dan anda Strategi membaca 100 buku Harapan "Jutawan!" Profil Kali pertama saya bertemu dengan Nizal Mohammad adalah

Apakah ianya boleh dikongsi bersama?

Pada peringkat awalnya, laman web saya boleh

dikatakan kelihatan terlalu canggih dengan

banyaknya animasi, dan terdapat huruf-huruf yang

berputar-putar, terbang dari kiri ke kanan, dari atas

ke bawah. Mungkin kita pernah lihat laman web

yang sebegini yang banyak animasi dan

pergerakan, sebenarnya laman web sebegini,

walaupun saya belajar subjek animasi laman web

di universiti namun setelah datang ke ‘real life in

business’, perkara-perkara tersebut tidak efektif

dalam menarik pelanggan.

Jadi, kita perlu lihat kembali kepada asasnya di

mana apa yang kita perlu adalah perkara yang

boleh menarik pelanggan dan untuk mendapat

pelanggan, kita perlu buang segala animasi,

benda-benda yang sukar dan benda-benda yang

canggih di dalam laman web kita. Buang segala

muzik dan ‘simplify’ kan laman web kita.

Melainkan, perniagaan yang kita beri adalah

perkhidmatan kreatif!

Sekiranya laman web kita mudah dan ‘simple’,

ianya amat mudah untuk orang menerimanya,

orang mudah melawatnya dan orang mudah

membaca mesej-mesej yang ingin kita sampaikan.

Jadi, di situ satu kesilapan saya.

Selain dari itu, saya dapati bahawa tak ramai

pelayar Internet yang lawati laman web saya. Jadi

itu silap saya juga. Orang tak ramai lawat laman

web saya, bererti saya tidak melakukan promosi

yang secukupnya untuk laman web saya.

Jadi, di situ, saya perlu tambahkan cara-cara

promosi saya. Ada berbagai-bagai cara promosi

laman web kita, lagi ramai orang masuk laman web

kita lagi ramai yang akan membeli. Biasanya kalau

kita ikutkan, dalam 100 orang yang melawat laman

web kita, mungkin 1 orang yang akan membeli.

Page 19: 02 Irfan Khairi - greatbuddyteam.weebly.com · Bila kita gagal Wang dan anda Strategi membaca 100 buku Harapan "Jutawan!" Profil Kali pertama saya bertemu dengan Nizal Mohammad adalah

Tetapi bila saya lihat kembali kepada laman web

saya yang gagal tu, dalam masa setahun tu, hanya

300 orang sahaja yang melawat laman web saya-

patutlah tak ramai yang membeli!

Jadi di situlah akibat hanya 300 orang pelawat,

saya hanya dapat 3 pelanggan sahaja. Apa yang

perlu saya lakukan adalah tingkatkan jumlah

pelawat di laman web saya, katakanlah dalam

sebulan saya dapat tingkatkan jumlah pelawat

sebanyak 1000 pelawat, bermakna saya akan

dapat lebih banyak pelanggan, mungkin 10

pelanggan. Jadi misi utama saya adalah untuk

mendapat 1,000 pelawat sebulan!

Bagaimana cara Irfan mempromosikan

laman web Irfan pada ketika itu?

Pada ketika itu, terdapat pelbagai-bagai cara

promosi yang saya gunakan. Antaranya adalah

‘search engine’. Bagaimana kita meletakkan laman

web kita di Yahoo, MSN, Altavista, Lycos dan lain-

lain. Ketika itu Google belum lagi popular. Ada

strategi untuk meletakkan laman web kita di muka-

muka surat hadapan di enjin-enjin pencari ini. Jadi,

saya pelajari cara-cara tersebut dan ianya dikenali

sebagai ‘SEO’ – ‘Search Engine Optimization’.

Cara yang lain pula adalah dengan kita

berinteraksi dan menyertai forum-forum ataupun

perbincangan online. Di Internet, terdapat banyak

forum-forum online dan perbincangan-

perbincangan online. Kita masuk ke forum-forum

sebegini dan berbincang dan mendapat kenalan-

kenalan, serta bantu sesiapa yang inginkan

bantuan di samping letak alamat laman web kita

setelah membantu di forum-forum online ini supaya

kita dan perniagaan kita lebih dikenali. Ini dapat

membantu kredibiliti perniagaan kita dan

mengakibatkan ramai yang akan datang ke laman

web kita.

Page 20: 02 Irfan Khairi - greatbuddyteam.weebly.com · Bila kita gagal Wang dan anda Strategi membaca 100 buku Harapan "Jutawan!" Profil Kali pertama saya bertemu dengan Nizal Mohammad adalah

Bagaimana setelah Irfan melakukan

perubahan-perubahan pada laman web

Irfan dengan menggunakan cara-cara

promosi yang baru, apakah kesannya?

Apabila saya mempelajari cara-

cara yang betul, pada mulanya

sedikit demi sedikit pelanggan

mula datang dan membuat

pesanan dari laman web saya.

Bila saya melihat ianya menjadi,

saya tambahkan lagi strategi-

strategi dan makin ramai

pelanggan yang saya dapat.

Apabila makin ramai pelanggan saya dapat, saya

gandakan lagi strategi dan cara tersebut!

Apa yang dapat kita lihat, selalunya ramai orang

yang berpendapat sekiranya setelah strategi yang

digunakan menjadi, ianya telah pun lapuk dan

perlukan strategi baru untuk menggantikannya.

Sebenarnya apa strategi yang menjadi, kita hanya

perlu ulang strategi yang sama sampai betul-betul

kita tak dapat sebarang keberkesanan

daripadanya.

Jadi, saya ulang benda yang sama sahaja

sehinggakan dari 3 pelanggan yang saya dapat

dalam masa setahun menjadi 3 pelanggan dalam

masa sehari.

Ianya menyebabkan masa saya makin suntuk, dan

pada ketika itu dari pagi hingga ke petang saya

bekerja makan gaji disebuah syarikat multimedia.

Perniagaan Internet saya usahakan sebagai part

time dari petang hingga lewat malam dalam 1-2

pagi barulah saya tidur untuk menyiapkan pesanan

perniagaan Internet saya itu.

Page 21: 02 Irfan Khairi - greatbuddyteam.weebly.com · Bila kita gagal Wang dan anda Strategi membaca 100 buku Harapan "Jutawan!" Profil Kali pertama saya bertemu dengan Nizal Mohammad adalah

Selepas pendapatan perniagaan Internet saya

melebihi pendapatan kerja saya di pejabat, saya

berhenti kerja tetap dan fokuskan usaha saya pada

perniagaan Internet saya.

Tetapi, kalau nak ceritakan kesemua strategi-

strategi perniagaan Internet saya, memang tak

cukup masa di sini, bagi yang berminat boleh

dapatkan buku saya "Rahsia Jutawan-Jutawan

Internet Terbongkar" di www.RahsiaInternet.com

Apa strategi yang menjadi, kita hanya perlu ulang strategi yang sama sampai betul-betul

kita tak dapat sebarang keberkesanan daripadanya.

-Irfan Khairi

Sepanjang-panjang waktu Irfan membina

hidup sebagai seorang usahawan dan

ketika itu Irfan masih belum mencapai

sejuta keuntungan, jadi adakah waktu-

waktu itu mencabar atau adakah terdapat

sesuatu yang menguji atau menjadi suatu

dugaan besar sebelum mencapai angka

sejuta itu?

Dugaan itu boleh saya katakan tidak berapa

banyak pada saya oleh kerana saya melakukan

perniagaan seorang diri daripada rumah. Saya

juga suka melihat segalanya pada sudut positif,

dan sekiranya terdapat dugaan pun, saya akan

lihatnya sebagai sesuatu yang baik. Dalam erti

lain, jarang saya tersedar dengan dugaan-dugaan

Page 22: 02 Irfan Khairi - greatbuddyteam.weebly.com · Bila kita gagal Wang dan anda Strategi membaca 100 buku Harapan "Jutawan!" Profil Kali pertama saya bertemu dengan Nizal Mohammad adalah

dikeliling saya �

Sebagai tambahan juga, ketika mencapai angka 1

juta itu saya telah mendirikan rumah tangga. Isteri

saya juga banyak menolong dalam perniagaan

Internet dan makin kurang bebanan kerja saya.

Apa yang saya ingin saya kongsikan dengan

pendengar radio 24 melalui rancangan Jutawan!

Bersama Irfan Khairi Adalah bahawa mencapai

kejayaan ini ada berbagai-bagai cara dan inilah

apa yang saya cuba cungkilkan daripada ikon-ikon

jutawan yang lain tentang bagaimanakah

perjalanan mereka ini.

Ada juga jutawan dari bidang hiburan, pada umur

20 tahun dah dapat merakam satu album dan

album tersebut meletup, hasil daripada populariti

mereka, mereka memulakan syarikat rakaman

sendiri. Sehingga kini, syarikat tersebut

berkembang menjadi publishing company dan juga

production company. Kita kenali mereka dengan

nama ‘KRU’.

Mereka pula daripada umur 20 tahun sehingga ke

hari ini, mungkin mengalami pelbagai cabaran oleh

kerana di mata awam, orang ramai melihat

kejayaan mereka dengan pelbagai pandangan.

Mungkin ada segelintir yang akan memandang

dengan perasaan iri hati dan hasad dengki dan

ada juga yang mungkin melemparkan kritikan-

kritikan kepada mereka. Jadi perjalanan itu

menjadi berlainan sekiranya dibandingkan

perjalanan saya dengan perjalanan mereka.

Jadi apa yang boleh saya katakan pada Nizal, dari

umur saya 22 tahun hingga 25 tahun setelah saya

mencapai angka sejuta tersebut tidak banyak

dugaan melainkan saya hanya mendapat 3 orang

pelanggan sahaja pada tahun pertama perniagaan

Internet saya.

Page 23: 02 Irfan Khairi - greatbuddyteam.weebly.com · Bila kita gagal Wang dan anda Strategi membaca 100 buku Harapan "Jutawan!" Profil Kali pertama saya bertemu dengan Nizal Mohammad adalah

Itu adalah pada peringkat awal perniagaan

Internet yang Irfan jalankan. Kiranya ianya

menjadi kunci untuk mendapat sejuta.

Ianya mengambil masa 3 tahun untuk

mencapai angka tersebut, apakah ianya

tidak menduga anda?

Dalam masa 3 tahun tu, boleh dikatakan saya tidak

keluar rumah sangat, saya fokus kepada kerja dan

perniagaan saya sahaja. Saya tak berhibur, tak

keluar dengan kawan-kawan dan lepak-lepak

dengan kawan-kawan. Dalam masa 3 tahun tu

memang saya tak ada buat semua tu. Mungkin itu

satu dugaan atau cabaran dalam mendisiplinkan

diri. Tetapi, ianya pilihan dan keputusan saya dan

saya lihat pengorbanan itu sebagai sejenis

pelaburan yang positif.

Mungkin ianya menjadi suatu pendekatan

juga, berhemah ketika berbelanja.

Ya, betul tu. Perlu

berhemah ketika

berbelanja sebab

kekayaan ini bukan

bermaksud berapa banyak

yang kita dapat atau

berapa banyak gaji kita

tetapi kekayaan ini adalah

tentang berapa banyak

yang kita dapat simpan.

Maknanya katakanlah kawan kita ni Ali yang

berpendapatan RM5,000 sebulan. Mungkin

sesetengah orang kata gaji RM5,000 tu dah

banyak dan kita tengok pada kawan kita yang

seorang ni pula, Abu dimana pendapatannya

adalah sebanyak RM2,000 sebulan. Mungkin

sesetengah orang akan kata yang Abu ni

berpendapatan sederhana sahaja.

Page 24: 02 Irfan Khairi - greatbuddyteam.weebly.com · Bila kita gagal Wang dan anda Strategi membaca 100 buku Harapan "Jutawan!" Profil Kali pertama saya bertemu dengan Nizal Mohammad adalah

Tapi bila kita lihat Ali yang berpakaian mahal,

berumah besar, kereta besar, telefon bimbit kecil

dan sebagainya. Perbelanjaan sebulan Ali adalah

sebanyak RM4,500. Oleh itu, Ali hanya dapat

simpan RM500 sahaja pada setiap bulan.

Kita tengok Abu pula, Abu ni berjimat sedikit, pakai

kereta pun kereta nasional, makan dan pakaian

pun sederhana sahaja dan tidak berlebih-lebih dan

dalam setiap bulan, Abu dapat menyimpan

sebanyak RM1,000 daripada gajinya yang

sebanyak RM2,000. Dan sekarang kita dapat lihat,

siapa yang lebih kaya samada Ali yang dapat

menyimpan sebanyak RM500 ataupun Abu yang

dapat menyimpan RM1,000.

Sudah tentu kekayaan milik Abu. Ianya berbalik

kepada apa yang saya perkatakan tadi mengenai

kekayaan adalah bermaksud banyak mana yang

kita simpan.

Perlu berhemah ketika berbelanja kerana kekayaan

adalah tentang berapa banyak yang kita simpan.

-Irfan Khairi

Dan soalan yang ingin saya tujukan

kepada semua pendengar di luar sana,

berapa banyak yang anda telah simpan?

Tetapi sesetengah orang ada mengatakan

bahawa sekiranya kita tidak berbelanja,

ianya tidak akan menunjukkan tahap

keupayaan kita sebagai seorang yang

dikatakan berjaya maka tidak ada gunanya

kita menyimpan harta banyak? Bagaimana

Page 25: 02 Irfan Khairi - greatbuddyteam.weebly.com · Bila kita gagal Wang dan anda Strategi membaca 100 buku Harapan "Jutawan!" Profil Kali pertama saya bertemu dengan Nizal Mohammad adalah

rekasi Irfan dengan kenyataan ini?

Bak kata pepatah ‘biar papa, asalkan bergaya’ la

ya? �

Sebenarnya, apa erti kejayaan adalah berlainan

pada setiap individu yang memilikinya. Bagi saya,

kejayaan adalah perasaan gembira dan mungkin

bagi sesetengah orang kejayaan bermaksud wang

ringgit yang banyak dan ada juga sesetengah

orang kejayaan bermaksud banyak masa yang

diluangkan bersama keluarga. Tak kurang juga

ada yang kata kejayaan adalah apabila kita

memiliki syarikat sendiri yang mencapai IPO.

Jadi kita perlu lihat kepada peringkatnya juga, ada

juga yang bekerja sebagai ahli perniagaan atau

ahli korporat yang memerlukan mereka untuk

membawa kereta besar-bear dan berpakaian

mewah supaya orang percayakan mereka,

perniagaan dan kredibiliti mereka bertambah di

situ, maka kejayaan juga bertambah. Jadi, kita

perlu lihat perspektif kejayaan pada setiap individu

tersebut.

Boleh tak Irfan ceritakan sedikit

pengalaman Irfan semasa pertama kali

mencecah keuntungan yang Irfan perolehi

sebanyak satu juta ringgit itu?

Pada ketika itu, timbulnya satu kepuasan pada diri

saya di mana cita-cita saya telah pun tercapai.

Kegembiraan saya bukanlah pada nilai wang

ringgit diperolehi, tetapi lebih kepada kegembiraan

apabila segala hasil usaha kita telah berbuah.

Usaha yang ditaburkan sejak berumur 18 tahun.

Apabila kita mencapai cita-cita kita, dari segi

dalamannya saya dapat rasakan bahawa apa

sahaja cita-cita akan datang akan dapat

Page 26: 02 Irfan Khairi - greatbuddyteam.weebly.com · Bila kita gagal Wang dan anda Strategi membaca 100 buku Harapan "Jutawan!" Profil Kali pertama saya bertemu dengan Nizal Mohammad adalah

mencapainya. Jadi, ianya memberikan motivasi

pada diri saya untuk mencapai lebih banyak

kejayaan lagi dan bukannya setakat berhenti di

situ.

Ada satu istilah ini yang diambil daripada Napolean

Hill yang mengatakan bahawa ‘whatever mind can

conceive, the body can achieve’, dan saya juga

baru-baru ini mendengar di televisyen iaitu

daripada angkasawan pertama negara kita, Dr.

Sheikh Muszaphar juga memperkatakan istilah

yang sama. Jadi, ia juga adalah salah satu sebab

program ‘Jutawan!’ ini diudarakan untuk kita sama-

sama membuka minda yang mana apa yang kita

fikirkan akan tercapai dan tidak ada apa yang

mustahil.

Apa pendapat Irfan tentang konsep

kesederhanaan dalam Islam. Ada yang

mengatakan, Islam menyeru kita supaya

sederhana dan tak perlu kaya raya?

Sepertimana yang kita sedia maklum, Islam

menggalakkan umatnya hidup bersederhana. Oleh

itu, ada sesetengah yang kata

"Buat apa nak kaya raya kerana Islam mengatakan

bahawa kita perlu bersederhana."

Kita perlu fikir yang Islam menyatakan sedemikian

bukan bermaksud kita perlu berpendapatan

sederhana tetapi hidup yang sederhana. Sekiranya

kita hidup dengan berpendapatan yang sederhana,

katakanlah kalau di zaman sekarang pendapatan

sederhana adalah dalam linkungan RM2,000

hingga RM3,000, bayangkanlah kalau semua umat

Islam kita berpendapatan sederhana sahaja, jadi

bagaimana kita nak membangunkan umat kita

sendiri.

Ketika zaman Rasulullah dulu, kewangan dan

Page 27: 02 Irfan Khairi - greatbuddyteam.weebly.com · Bila kita gagal Wang dan anda Strategi membaca 100 buku Harapan "Jutawan!" Profil Kali pertama saya bertemu dengan Nizal Mohammad adalah

kekayaan juga yang membantu dalam dakwah

baginda. Antara sahabat-sahabat baginda adalah

usahawan-usahawan yang kaya-raya dalam

membantu dakwah termasuk usahawan termasyur,

Abdul Rahman Bin Auf. Kesederhanaan dalam

Islam bukan dikatakan berpendapatan sederhana

tetapi cara pembawaan kita yang sederhana dalam

hidup dan jangan lupa juga pada amal jariah yang

kita keluarkan itu biarlah lebih dan bukanlah secara

sederhana sahaja. Di situ mungkin ada sedikit

‘misconception’ tentang konsep kesederhanaan

dalam Islam ini.

Bagaimana pula untuk konsistenkan

dengan kewangan, kita perlu konsisten

untuk memastikan status jutawan yang

ada itu tidak hanya kekal buat sementara

saja. Jadi, bagaimana nak konsistenkan

atau bagaimana untuk kekal sebagai

status jutawan itu?

Ianya terbahagi kepada beberapa peringkat di

mana peringkat pertamanya adalah untuk kita

persediakan diri kita untuk menjadi kaya, manakala

peringkat keduanya pula adalah untuk kita

mempelajari cara untuk menjadi kaya, dan

peringkat ketiganya pula apabila kita dah jadi kaya

bagaimana kita nak lindung kekayaan kita supaya

wang itu tidak hilang begitu sahaja.

Peringkat-peringkat ini adalah penting di mana ada

keadaan apabila kita tidak melalui peringkat

pertama dan minda kita tidak bersedia untuk

menjadi kaya, wang itu akan habis dengan begitu

sahaja disebabkan keseimbangan yang tidak ada.

Itu yang terjadi sekiranya yang kita selalu

terdengar di dalam cerita-cerita mat salleh yang

menang loteri 1 juta atau 10 juta sekalipun dalam

masa setahun atau dua tahun wang tersebut akan

habis begitu sahaja. Ada juga kes-kes di negara

Page 28: 02 Irfan Khairi - greatbuddyteam.weebly.com · Bila kita gagal Wang dan anda Strategi membaca 100 buku Harapan "Jutawan!" Profil Kali pertama saya bertemu dengan Nizal Mohammad adalah

kita sendiri di mana terdapat pihak-pihak yang

menerima habuan yang dapat daripada hasil

menjual tanah atau sebagainya yang mendapat

sebanyak 1 juta atau 2 juta ini tetapi disebabkan

minda yang tidak bersedia dan di situ jugalah

menjadi satu konflik di mana tidak sampai 2 tahun

atau kurang daripada masa itu, duit yang dapat itu

habis dengan begitu sahaja dengan membeli

kereta-kereta mewah, rumah-rumah besar dan

sebagainya.

Mereka ini tidak memikirkan untuk ‘sustain’ wang

yang ada. Jadi peringkat-peringkat ini adalah perlu

untuk kita lebih memahami dengan lebih ketara

lagi bagaimana untuk melindungi kewangan kita.

Wang yang kita ada itu

perlu dilaburkan. Bila kita

melaburkan wang, ia akan

bertambah. Ianya seperti

pokok yang berbuah,

apabila ia jatuhkan benih

dan benih itu pula akan

menjadi satu pokok lagi

yang berbuah dan begitulah seterusnya. Dalam hal

ini kita perlu bayangkan buah itu penuh dengan

wang. Sepertimana setiap kali kita melabur ianya

akan berganda. Itu satu caranya.

Cara yang lagi satu adalah dengan kita

memulakan perniagaan. Dengan wang yang kita

ada kita boleh laburkan dalam perniagaan. Dengan

perniagaan kita juga boleh lindungi kewangan kita.

Tidak lupa juga pada insurans oleh kerana ianya

melindungi diri kita dan keluarga kita dari segi apa

musibah di masa hadapan.

Ianya (melabur) seperti pokok yang berbuah, apabila ia

Page 29: 02 Irfan Khairi - greatbuddyteam.weebly.com · Bila kita gagal Wang dan anda Strategi membaca 100 buku Harapan "Jutawan!" Profil Kali pertama saya bertemu dengan Nizal Mohammad adalah

jatuhkan benih dan benih itu pula akan menjadi satu pokok

lagi yang berbuah dan begitulah seterusnya.

-Irfan Khairi

Bagaimana untuk mengambil inisiatif

dalam perniagaan ini untuk dijadikan

sebagai azimat dalam meniti perjalanan

sebagai seorang jutawan?

Nombor 1 bagi saya yang penting adalah ilmu.

Bagi saya ilmu pengetahuan itu adalah perkara

yang teramat penting sekali. Saya memang baca

banyak buku untuk melengkapkan diri saya. Di

rumah saya terdapat beratus buah buku

perniagaan. Melalui bacaan kita dapat pelajari apa

sahaja.

Kita perlu fahami bahawa setiap manusia ini

mempunyai kebolehan bahawa mereka boleh

menjadi apa yang mereka inginkan melalui ilmu.

Kalau kita ingin menjadi hebat berkomunikasi

seperti saudara Nizal, kita perlu membaca buku-

buku yang berkisar tentang komunikasi untuk

menjadi hebat seperti saudara Nizal. Tak begitu?

Semuanya kita boleh

pelajari melalui buku-

buku yang sedia ada.

Ada satu buku ini yang

bertajuk “The Zulu

Principle”. Di dalam buku

ini ada mengatakan

bahawa sekiranya kita

membaca satu buku berkenaan industri yang kita

ceburi maka kita akan menjadi pakar di kalangan

kawan-kawan kita. Sekiranya kita membaca 5

Page 30: 02 Irfan Khairi - greatbuddyteam.weebly.com · Bila kita gagal Wang dan anda Strategi membaca 100 buku Harapan "Jutawan!" Profil Kali pertama saya bertemu dengan Nizal Mohammad adalah

buah buku di dalam industri kita maka kita akan

menjadi pakar di kalangan jiran-jiran kita.

Sekiranya kita membaca dalam 20-50 buah buku

yang berkenaan industri kita maka kita akan

menjadi pakar dalam satu kampung yang kita

duduki itu. Sekiranya kita membaca dalam 100

buah buku yang berkenaan industri kita maka kita

akan menjadi pakar satu negeri atau daerah itu.

Tetapi sekiranya kita membaca 200 buku ke atas

berkenaan industri yang kita ceburi itu maka kita

akan menjadi pakar paling hebat dalam sesebuah

negara, dalam contoh kita, pakar di Malaysia!

Semua ini boleh dilakukan dengan membaca buku

dan aplikasikan apa yang dibaca.

Jadi bagi diri saya, untuk perhebatkan dalam

bidang perniagaan, saya perlu baca beratus buku

yang berkaitan dengan perniagaan.

Dalam membaca, kita perlu mendisiplinkan diri

kita. Katakanlah kita membaca satu minggu

sebuah buku sahaja maka dalam setahun kita

sudah membaca lebih kurang 50 buah buku. Cuba

kita bayangkan sekiranya setahun kita dapat

membaca 50 buah buku, dalam masa 4 tahun, kita

dapat membaca 200 buah buku. Jadi ianya

memerlukan disiplin yang konsisten dan secara

berterusan untuk menjadikan ilmu kita semakin

bertambah dan seterusnya kita akan menjadi pakar

dalam bidang yang kita ceburi di Malaysia.

Ianya semestinya buku-buku yang

berkisar mengenai apa ya Irfan?

Buku-buku ilmiah, buku-buku motivasi, yang mana

ianya ditulis oleh pakar-pakar industri itu sendiri.

Kita jangan terhadkan kepada buku-buku tempatan

sahaja tetapi kita juga boleh tambahkan dengan

buku-buku yang datang daripada luar negara.

Di Malaysia ini terdapat banyak kedai-kedai buku

Page 31: 02 Irfan Khairi - greatbuddyteam.weebly.com · Bila kita gagal Wang dan anda Strategi membaca 100 buku Harapan "Jutawan!" Profil Kali pertama saya bertemu dengan Nizal Mohammad adalah

yang menjual buku-buku antarabangsa di mana

kita boleh dapatkan dalam apa jua industri

sekalipun. Sekiranya tidak terdapat juga buku di

kedai-kedai buku, maka anda boleh dapatkan

informasi di Internet di mana kita boleh dapatkan

buku-buku secara online melalui Amazon.com.

Jadi dengan membaca itu merupakan

antara perkara yang penting yang perlu

dititikberatkan untuk berjaya khususnya

dalam kehidupan dan umumnya untuk

menjadi seorang jutawan.

Sepertimana yang kita ketahui, perjalanan

dalam meniti kejayaan ini memerlukan

pengorbanan. Bagaimana Irfan melihat

dari sudut pengorbanan yang Irfan

berikan dan apakah bentuk pengorbanan

yang Irfan lakukan?

Pertamanya kita perlukan pengorbanan bukan

sekadar wang sahaja, tetapi juga masa dan usaha

di mana ianya perlu pada saya untuk mendapatkan

ilmu. Sepertimana yang saya katakan pada awal

temubual kita, semasa saya masih belajar di luar

negara, setiap pagi sebelum menghadiri kelas

saya akan korbankan masa saya dengan bangun

awal dan bukannya untuk mengulangkaji pelajaran

sahaja tetapi saya juga mengorbankan usaha saya

untuk bekerja secara sambilan sebagai tukang cuci

pasaraya. Ketika itu saya tidak mempunyai wang,

jadi saya perlu mengorbankan masa dan usaha

untuk mendapatkan wang. Ini perlu pada saya

kerana sepertimana yang saya sebut yang

pengorbanan ini mempunyai pelbagai cara dan

maksud.

Kemudian, selepas alam universiti dan saya

memulakan perniagaan Internet, saya begitu minat

pada perniagaan saya dan begitu kusyhuk dalam

perniagaan saya sehinggakan kadangkala ter

Page 32: 02 Irfan Khairi - greatbuddyteam.weebly.com · Bila kita gagal Wang dan anda Strategi membaca 100 buku Harapan "Jutawan!" Profil Kali pertama saya bertemu dengan Nizal Mohammad adalah

‘miss’ untuk menghadiri parti kawan-kawan atau

kenduri kendara dan ianya bukan bermaksud kita

ini anti-sosial tetapi ini merupakan salah satu

pengorbanan yang terpaksa dilakukan dalam

menjalankan perniagaan pada ketika itu. Sekali

lagi, pengorbanan yang merupakan pilihan dan

keputusan saya sendiri.

Kita perlukan pengorbanan bukan sekadar wang sahaja,

tetapi juga masa dan usaha di mana ianya perlu pada saya untuk mendapatkan ilmu.

-Irfan Khairi

Ada juga mengatakan bahawa sebilangan

hartawan dan jutawan ini amat kurang

kawannya? Apa pandangan Irfan dalam

hal ini?

Eh tidak juga... bila kita jutawan, lagi ramai orang

nak kawan dengan kita! �

Malam-malam begini sedap juga bergurau dengan

Nizal. Mungkin ada benarnya, tetapi pada

pendapat saya oleh kerana mereka ini, termasuk

saya sendiri amat ghairah dengan perniagaan,

sehingga ada kalanya terpaksa tolak dengan baik

jemputan kawan-kawan apabila banyak kerja.

Tetapi, itu juga tidak sepatutnya jadikan alasan

oleh kerana sebaiknya kita perlu bijak

membahagikan masa. Ada masanya kita usahakan

perniagaan kita, ada masanya kita ziarah keluarga

dan kawan-kawan.

Page 33: 02 Irfan Khairi - greatbuddyteam.weebly.com · Bila kita gagal Wang dan anda Strategi membaca 100 buku Harapan "Jutawan!" Profil Kali pertama saya bertemu dengan Nizal Mohammad adalah

Apakah harapan Irfan dalam

memperkenalkan slot Jutawan ini dalam

membuka mata masyarakat dalam usaha

yang perlu untuk menjadi sorang

Jutawan?

Harapan saya adalah dengan adanya slot Jutawan

ini maka ianya akan lebih membuka mata dan

memberi inspirasi kepada pendengar dengan info-

info dan strategi-strategi yang digunakan oleh

jutawan-jutawan kita.

Ianya merupakan satu

platform yang amat baik

untuk kita sama-sama

mempelajari selok belok

dalam meniti perjalanan

menjadi seorang jutawan.

Ada juga sebilangan

orang yang mengatakan

tidak perlu untuk menjadi

seorang jutawan. Pada

saya tidak salah untuk

berfikir sedemikian tetapi sekiranya tidak mahu

menjadi jutawan tidak mengapa tetapi kita boleh

menjadi ‘financially free’ ataupun kewangan

mandiri di mana wang yang kita ada sudah cukup

untuk menanggung diri kita dan keluarga kita tanpa

memerlukan sehari pun kita bekerja lagi.

Untuk menjadi financially free, tidak semestinya

menjadi jutawan.

Apakah yang boleh dipetik atau

dikongsikan oleh masyarakat di luar sana

dalam slot Jutawan ini?

Saya berharap agar dengan adanya slot ini nanti

ianya dapat menyedarkan masyarakat tentang

kekuatan ilmu. Ilmu bukannya kuasa tetapi ilmu

Page 34: 02 Irfan Khairi - greatbuddyteam.weebly.com · Bila kita gagal Wang dan anda Strategi membaca 100 buku Harapan "Jutawan!" Profil Kali pertama saya bertemu dengan Nizal Mohammad adalah

yang diaplikasikan itu adalah kuasa yang

sebenarnya. Sebenarnya apa yang kita belajar kita

akan lupa dalam masa 10 atau 20 minit seterusnya

sekiranya kita tidak lakukan apa-apa.

Jadi sekiranya dengan adanya slot ini ianya akan

memanfaatkan masyarakat di luar sana dengan

tips-tips dan maklumat-maklumat yang bakal

dikongsikan bersama oleh para jutawan kita nanti.

Saya berharap juga agar pendengar dapat

mengimplementasikan segala info yang akan

dikongsikan nanti.

Saya ingin bertanyakan tentang setelah

Irfan berjaya dalam bidang yang diceburi

ini, bagaimana pengalaman Irfan untuk

memastikan bahawa ianya adalah setakat

itu sahaja kerana bagi sebilangan orang

ada yang mengatakan bahawa dia sudah

menjadi seorang jutawan maka setakat itu

sahaja perjuangan dia. Bagaimana pula

dengan Irfan?

Apakah itu sahaja ataupun Irfan masih

mempunyai pendekatan-pendekatan yang

lain dalam erti kata ingin mencambah lagi

dalam kehidupan Irfan dengan pelbagai

gerakan atau alternative yang lain selain

perniagaan yang dijalankan?

Betul dengan apa yang dikatakan saudara Nizal

awal tadi bahawa kita ulangkan kembali apa yang

saya katakan tentang keperluan Maslow di mana

keperluan kita mempunyai peringkat-peringkatnya.

Peringkat asasnya kita perlu melengkapkannya

seperti makanan, tempat tinggal dan sebagainya.

Alhamdullillah saya dapat melengkapkannya dalam

kehidupan saya dan juga saya juga berjaya untuk

‘cover’ keperluan saya di tengah-tengah iaitu

Page 35: 02 Irfan Khairi - greatbuddyteam.weebly.com · Bila kita gagal Wang dan anda Strategi membaca 100 buku Harapan "Jutawan!" Profil Kali pertama saya bertemu dengan Nizal Mohammad adalah

mencapai kemewahan yang sedikit dengan apa

yang sedia ada.

Dan sekarang ini keperluan seseorang itu tidak

akan berhenti kerana apabila sampai ke suatu

tahap maka dia akan naik lagi ke satu tahap yang

baru dan ianya tidak semestinya keperluan itu dari

segi harta. Mungkin keperluan yang diperlukan

adalah untuk dihargai ataupun keperluan untuk

memberi balik kepada masyarakat sepertimana

apa yang saya lakukan ini untuk berkongsikan

maklumat dan pengalaman bukan saya seorang

sahaja, tetapi juga tetamu-tetamu jutawan yang

lain supaya boleh dijadikan landasan ataupun

panduan untuk pendengar aplikasikan bersama

untuk mencapai kejayaan.

Mungkin matlamat saya untuk peroleh sejuta

pertama saya sebelum umur 30 tahun telah

tercapai tetapi matlamat saya bukannya terhad

pada situ sahaja kerana matlamat saya yang

seterusnya adalah untuk membantu masyarakat di

luar sana dengan berkongsikan tips-tips dan

strategi-strategi yang boleh digunakan untuk

kejayaan bersama dan Alhamdullillah kerana diberi

peluang untuk berkongsikan matlamat saya ini di

televisyen dan di radio dalam menyampaikan

mesej-mesej bagaimana seseorang itu boleh

berjaya dari segi kewangan.

Terima kasih Irfan, semoga program

bicarawara Jutawan dapat memberi

manfaat kepada pendengar-pendengar

Radio24!

PROFIL

Irfan Khairi

adalah motivator kekayaan

dan perniagaan generasi

baru. Sebagai seorang

Page 36: 02 Irfan Khairi - greatbuddyteam.weebly.com · Bila kita gagal Wang dan anda Strategi membaca 100 buku Harapan "Jutawan!" Profil Kali pertama saya bertemu dengan Nizal Mohammad adalah

usahawan, penulis buku laris dan juga speaker

pakar, kejayaan Irfan Khairi sering dipaparkan di

majalah, akhbar dan juga media penyiaran. Beliau

merupakan penulis ruang motivasi, kekayaan dan

perniagaan di beberapa majalah tempatan. Irfan

juga mengendalikan segmen perniagaan &

kewangannya sendiri di Astro Awani dan juga

mengemudikan program bicarawara "Jutawan!" di

Radio24.

Selepas menamatkan pengajian di United

Kingdom, Irfan Khairi menggunakan strategi-

strategi kejayaan dan berjaya memperolehi bebas

kewangan pada usia yang muda. Penerima

anugerah, Certificate of Doctorate in Business

Administration daripada Oxford Association of

Management ini, menjadikan misi peribadinya

untuk menyampaikan strategi kejayaan kepada

orang ramai.

Sering digelar “Jutawan Muda” & "Jutawan

Internet" oleh pihak media atas kejayaannya

mencapai keuntungan perniagaan Internet

sebanyak RM1,000,000 pada umur 25 tahun, Irfan

kini mencapai berpuluh ribu insan menyampaikan

mesej-mesej kejayaannya. Irfan Khairi percaya

bahawa minda adalah kunci utama dalam

membina kekayaan!

Selepas mendalami strategi kekayaan dan

kejayaan jutawan-jutawan di dunia dan Malaysia,

Irfan Khairi kini mendedahkan teknik yang

digunakan bertahun-tahun lamanya oleh mereka

yang bergelar "jutawan" kepada anda!

Untuk maklumat lanjut lawati

http://www.RahsiaInternet.com dan

http://www.IrfanKhairi.com

Sekiranya anda ingin

pelajari cara memulakan

perniagaan Internet dari

rumah, dapatkan "Pakej

Page 37: 02 Irfan Khairi - greatbuddyteam.weebly.com · Bila kita gagal Wang dan anda Strategi membaca 100 buku Harapan "Jutawan!" Profil Kali pertama saya bertemu dengan Nizal Mohammad adalah

Belajar Dari Rumah: Perniagaan Internet".

Pakej ini memuatkan apa yang anda perlu tahu

dalam memulakan perniagaan Internet anda yang

pertama! Klik di sini untuk maklumat lanjut.