024 - Sej Sekolah

4
(JBA0082) KG. PARIT AWANG. YONG PENG BATU PAHAT JOHOR

Transcript of 024 - Sej Sekolah

Nama Sekolah

(JBA0082)

Sejarah Penubuhan SK Seri Yong Peng Dan Perkembangannya

Sekolah ini telah didirikan pada tahun 1940 di Jalan Lama,Yong Peng. Ketika itu dikenali sebagai Sekolah Melayu Yong Peng. Ia merupakan sekolah Melayu pertama di Yong Peng. Malangnya sekolah ini telah musnah terkena bom pada Perang Dunia Kedua. Guru Besar ketika itu ialah Tuan Hj.Abd.Rahman b. Sarmek.

Pada tahun 1946, sekolah ini telah dibina semula tetapi kedudukannya telah berubah iaitu di Kampung Parit Awang, di atas tanah wakaf seorang penduduk kampung di sini dan didirikan secara bergotong-royong. Bangunan ini dibuat daripada kayu dan beratap rumbia. Saiz bangunannya sederhana sahaja dan hanya dapat menempatkan murid-murid hingga ke darjah empat sahaja. Bagi ibu bapa yang mampu, anak-anak mereka boleh terus belajar hingga ke darjah enam di sekolah lain. Disamping itu, dibina juga sebuah rumah guru yang mempunyai tiga pintu dan dibuat daripada kayu untuk kemudahan guru-guru yang mengajar di sekolah ini. Murid-muridnya ketika itu hanyaseramai lebih kurang 80 orang sahaja yang datang dari kampung- kampung sekitar kawasan Yong Peng. Guru Besar ketika ituialah Tuan Haji Said b. Hassan.

Selepas negara mencapai kemerdekaan, sekolah ini telah ditukarkan namanya kepada Sekolah Umum Seri Yong Peng. Perkataan Seri itu adalah dari ilham dan daya usaha Allahyarham Dato Isa b. Alwee, Nazir Sekolah-sekolah Melayu ketika itu. Semoga dengan adanya perkataan Seri ini akan menambahkan ceria dan indah pada nama dan suasana sekolah. Manakala perkataan Yong Peng dalam bahasa Cina bermaksud Aman Damai Selamanya. Guru Besar ketika itu ialah Encik Sharif b. Musa.

Pada tahun 1961, sekolah ini telah mendapat sebuah blok bangunan baru yang dibuat daripada simen dan konkrit bagi menggantikan bangunan yang lama. Bangunan konkrit ini hanya mengandungi enam bilik darjah untuk murid-murid belajar. Kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air tiada lagi. Sebuah kolah simen dibina untuk menakung air

hujan bagi keperluan murid.

Pada tahun 1980, sekolah ini mendapat sebuah lagi blok bangunan baru yang mengandungi bilik Guru Besar, pejabat, bilik guru dan setor. Sebuah blok kantin dan bilik air juga didirikan.. Keadaan sekolah ketika itu lebih selesa jika dibandingkan sebelumnya kerana kemudahan asas telah disediakan.Tahun 1995, sekolah ini telah mendapat bangunan

tambahan dua buah bilik darjah dengan menyambung blok bangunan tersebut.Tahun 1999, sekali lagi sekolah ini mendapat sebuah lagi blok bangunan tambahan dua bilik darjah untuk menambah bilangan kelas dan bilik perpustakaan bagi menampung bilangan murid yang bertambah ramai. Tahun 1998, sebuah bilik sembahyang bernilai RM 12,000.00 berukuran 20x20 telah dibina dari sumbangan wakil rakyat sebanyak RM4,000.00 dan sumbangan orang ramai serta agensi-agensi lain sebanyak RM 8,000.00. Bangunan ini dibina secara bergotong-royong.

Tahun 2000, sekolah ini menerima sebuah komputer dan Astro dari kerajaan untuk kemajuan sekolah. Sekarang sekolah ini terus membesar dan membangun dengan berbagai kemudahan seiring dengan kemajuan semasa. Pada awal tahun 2002 sekolah ini mendapat sebuah makmal komputer supaya murid-murid dapat menggunakan kemudahan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran mengikut kehendak wawasan pendidikan. Mulai Tahun 2007 sekolah ini telah ada Kelas PraSekolah.

Dari bimbingan dan pimpinan Guru Besar serta guru-guru, pencapaian sekolah ini yang menggalakkan dan membanggakan dari tahun ke tahun dalam bidang akademik dan ko-kurikulum dan telah menjadikan sekolah ini dikenali di kawasan Yong Peng. Kini, bilangan muridnya ada 301 orang dan gurunya seramai 26 orang serta 5 orang kakitangan sokongan. Berkat kerjasama yang erat dari semua pihak, sekolah ini akan terus cemerlang dan menjadi sekolah yang disukai oleh semua murid-murid,guru-guru dan ibu bapa di kawasan ini.

Sehingga kini, duabelas orang Guru Besar telah berkhidmat di sekolah ini iaitu :-

1.Tn.Hj.Abdul Rahman b. Sarmek

1940-1945

2.Tn.Hj.Said b. Hassan

1946-1947

3.Tn.Hj.Aris b. Sulaiman

1948-1955

4.Encik Sharif b. Musa

1955-1962

5.Tn.Hj.Rahman b.Mokri

1963-19756.Tn.Hj. Ibrahim b. Buanas

1975-1991

7.Pn.Hadzizah bte Hj.Hashim

1991-1992

8.Pn.Ramlah bte Abdul Rahman

1993-1994

9.Encik Ismail b. Ahmad

1994-1995

10.Tn.Hj.Zainal b. Kamsol

1995-1998

11.Encik Abd.Samad b. Hj.Anang

1998- 2003

12.Encik Ayub b. Saim

2003 200513.Encik Mudaribeni b. Kasmuni

2005 hingga sekarang

KG. PARIT AWANG. YONG PENG

BATU PAHAT JOHOR