02Tugas Pengawas Peperiksaan

130
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGAWAS PEPERIKSAAN

Transcript of 02Tugas Pengawas Peperiksaan

Page 1: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

PENGAWASPEPERIKSAAN

Page 2: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

ETIKA PENGAWAS

Page 3: 02Tugas Pengawas Peperiksaan
Page 4: 02Tugas Pengawas Peperiksaan
Page 5: 02Tugas Pengawas Peperiksaan
Page 6: 02Tugas Pengawas Peperiksaan
Page 7: 02Tugas Pengawas Peperiksaan
Page 8: 02Tugas Pengawas Peperiksaan
Page 9: 02Tugas Pengawas Peperiksaan
Page 10: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

( SEBELUM PEPERIKSAAN )

Page 11: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

1 > Pengawas hendaklah mengambil tindakan berikut sebelum hari peperiksaan

1.1Menandatangani Perakuan Akta Rahsia Rasmi 1972 1.2Menghadiri taklimat pengurusan peperiksaan  1.3Bersama Ketua Pengawas dan Timbalan Ketua Pengawas melawat pusat peperiksaan selewat-lewatnya sehari sebelum peperiksaan bermula  

Page 12: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

1.4 Membantu Ketua Pengawas dan Timbalan Ketua Pengawas dalam memastikan pusat peperiksaan tersebut bersedia dari segi

1.4.1 Kerusi dan meja yang sesuai telah disusun mengikut peraturan yang ditetapkan

1.4.2 Semua gambar, tulisan dan gambarajah di dinding bilik peperiksaan diturunkan atau ditutup/diterbalikka

 

Page 13: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

1.4.3 Jadual Waktu Peperiksaan dan pelan tempat duduk calon hendaklah ditampalkan di pintu tiap- tiap bilik atau dewan peperiksaan

1.4.4 Label meja atau Pernyataan Pendaftaran Calon Peperiksaan ditampal di penjuru atas sebelah kanan meja calon

1.4.5 Papan tanda KAWASAN LARANGAN dan PEPERIKSAAN SEDANG DIJALANKAN diletak di bahagian luar dewan dan bilik peperiksaan

Page 14: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

1.4.6 Label KHAS UNTUK CALON PEPERIKSAAN ditampal di bahagian luar tandas

1.5 Membantu Ketua Pengawas dan Timbalan Ketua Pengawas menjalankan pentadbiran di pusat peperiksaan seperti :

1.5.1 Menyemak keperluan bahan peperiksaan, kertas jawapan mengikut kertas mata pelajaran mencukupi pada hari-hari peperiksaan

 

Page 15: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

1.5.2 Menerima bahan peperiksaan daripada Pengetua atau Guru Besar dan memastikan bahan dan keperluan peperiksaan di pusat peperiksaan mencukupi

1.5.3 Mendapatkan maklumat calon hospital dan calon bekeperluan khas dari Ketua Pengawas

Page 16: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

1.5.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Pengawas dan Timbalan Ketua Pengawas berkaitan pengurusan peperiksaan

1.5.4 Memastikan kedudukan setiap calon dan disusun mengikut angka giliran dalam sesebuah dewan atau bilik peperiksaan

Page 17: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

( SEMASA PEPERIKSAAN )

Page 18: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

1 > Mengiringi Ketua Pengawas semasa mengambil kertas peperiksaan

1.1 Perlu berada di bilik kebal/balai polis/bilik keselamatan atau balai polis seawal 6.15 pagi untuk proses penerimaan kertas peperiksaan

 

1.2 Mendaftar kehadiran di dalam Buku Log Bilik Kebal1.3 Bersama Ketua Pengawas mengambil kertas peperiksaan kedua- dua sesi pada hari peperiksaan dan semua urusan serah terima Kertas peperiksaan dilaksanakan di ruang kerja bilik kebal atau balai polis

 

 

Page 19: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

1.4 Bersama Ketua Pengawas menyemak perkara- perkara berikut 1.4.1 Sampul kertas peperiksaan dalam keadaan baik dan tidak diceroboh

1.4.2 Kod dan nama kertas peperiksaan yang tercatat pada label sampul luar dan pada tingkap sampul adalah betul dan memastikan tanda tetulang (spinal mark) berada dalam keadaan sebaris

Page 20: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

1.4.3 Bungkusan kertas peperiksaan adalah akur mengikut tarikh dan pusat peperiksaan pada hari berkenaan

1.4.4 Bilangan kertas peperiksaan mencukupi dengan jumlah calon di pusatnya dan menandatangani borang akuan penerimaan dan satu salinan borang akuan diserahkan kepada Penyelia Kawasan

Page 21: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

1.4.5 Memasukkan bungkusan kertas peperiksaan ke dalam karung keselamatan dan dijerut dengan pengikat keselamatan mengikut sesi peperiksaan dan dimasukkan ke ruang bagasi kereta

1.5 Terus menuju ke pusat peperiksaan (tanpa singgah di mana-mana tempat dalam perjalanan)

1.6 Sampai di pusat peperiksaan 30 minit sebelum peperiksaan bermula

1.7 Memastikan peperiksaan dijalankan mengikut Jadual Waktu Peperiksaan yang rasmi

Page 22: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

1.8 Memastikan peperiksaan dimulakan mengikut masa dan tempoh masa yang ditetapkan

 

1.9 Memastikan bahawa

1.9.1 Calon hanya membawa masuk bahan-bahan yang dibenarkan (rujuk Jadual Waktu Peperiksaan)

 

1.9.2 Calon tidak dibenarkan membawa masuk nota, buku rujukan,formula, catatan dan sebagainya ke dalam dewan atau bilik peperiksaan

 

 

Page 23: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

1.9.3 Bahan-bahan yang tidak dibenarkan hendaklah diletakkan di luar dewan atau bilik peperiksaan 1.9.4 Calon duduk mengikut pelan tempat duduk

 

1.9.5 Helaian tambahan dan lain-lain bahan peperiksaan diedarkan kepada calon

 

1.9.6 Arahan di baca kepada calon tentang peraturan dan larangan di bilik peperiksaan sebelum calon mula menjawab (rujuk Jadual Waktu Peperiksaan) setiap mata pelajaran

 

Page 24: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

1.10 Sebelum sesuatu kertas peperiksaan dimulakan, pengawas membacakan perkara-perkara berikut kepada calon

1.10.1 Menulis angka giliran dan nombor Kad Pengenalan pada tiap-tiap helai kertas jawapan 1.10.2 Memberitahu masa kertas yang hendak dijawab, misalnya: Bahasa Melayu Penulisan SK dari 8.00 pagi hingga 9.00 pagi (1 jam). Keterangan ini juga hendaklah ditulis di papan tulis

Page 25: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

1.10.3 Mengingatkan calon supaya meneliti nama dan kod bilangan halaman kertas peperiksaan yang diedarkan

1.10.4. Memaklumkan calon tentang Arahan Pembetulan, jika ada

Page 26: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

1.11 Pengurusan kertas Jawapan Objektif Bermaklumat () dan kertas Jawapan Objektif Tidak Bermaklumat (JOTB)

1.11.1 Kertas jawapan objektif diedarkan sebelum kertas peperiksaan

 

1.11.2 Setiap calon telah menerima kertas jawapan objektif

 

 

 

Page 27: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

1.11.3 Arahan dibaca kepada calon tentang penggunaan kertas jawapan objektif 10 minit sebelum peperiksaan bermula

1.11.4. Calon tidak melipat, menggulung, merenyuk, membuat lubang atau apa- apa tanda yang tidak dikehendaki pada kertas jawapan objektif

1.11.5. Calon menyemak maklumat calon yang telah dicetak pada kertas Jawapan Objektif Bermaklumat (JOB)

Page 28: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

1.12 Pengurusan Buku Jawapan/Kertas Jawapan Subjektif

1.12.1 Satu atau dua helai helaian tambahan atau kertas jawapan sahaja diberi kepada calon pada setiap kali permintaan

 

1.12.2 Membaca arahan kepada calon tentang penggunaan kertas jawapan subjektif 10 minit sebelum peperiksaan bermula

 

1.12.3 Memastikan calon mengisi maklumat nombor angka giliran,nombor kad pengenalan atau nombor sijil kelahiran, nama kertas dan kod kertas pada helaian tambahan atau kertas jawapan

 

Page 29: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

2 Pengurusan Kertas Peperiksaan

2.1 Nombor siri pengikat disemak dan pengikat keselamatan karung dipotong di hadapan calon dalam dewan atau bilik peperiksaan utama

 

2.2 Sampul kertas peperiksaan tersebut tidak dicerobohi dan betul untuk kegunaan pusat peperiksaan itu bersama Timbalan Ketua Pengawas

 

Page 30: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

2.3 Hanya sampul yang mengandungi bilangan kertas peperiksaan yang memenuhi keperluan pusat peperiksaan itu sahaja yang digunakan

2.4 Dua orang calon secara sukarela atau dipilih secara rawak memeriksa sampul kertas peperiksaan tersebut di hadapan semua calon untuk mengesahkan sampul kertas peperiksaan tiada kesan pencerobohan

2.5 Membuka sampul kertas peperiksaan di hadapan calon dalam dewan atau bilik peperiksaan utama

Page 31: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

2.6 Menyemak sekali lagi untuk memastikan mata pelajaran dan kertasnya betul dan jumlah kertas peperiksaan mencukupi bagi calon yang terdaftar

2.7 Memastikan tiada kertas peperiksaan bagi mata pelajaran lain yang bercampur ke dalam bekalan

Page 32: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

2.8 Menuliskan nama dan menurunkan tandatangan di ruangan yang disediakan pada label bungkusan

2.9 Mengedarkan kertas peperiksaan kepada semua calon dengan muka depan kertas peperiksaan di bahagian atas

2.10 Membuat pengumuman, iaitu jika calon menerima kertas peperiksaan yang salah, atau bilangan halamannya kurang, atau tidak mempunyai soalan pada mana-mana halaman, calon mestilah mengangkat tangan dengan segera

Page 33: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

3. Pengurusan Calon Peperiksaan Yang Menjawab Kertas Jawapan Objektif Bermaklumat () Dan Kertas Objektif Tidak Bermaklumat (JOTB)

3.1 Selepas 30 minit peperiksaan dijalankan, mengenal pasti calon tidak hadir

 

 

 

Page 34: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

3.2 Bagi calon yang tidak hadir, membantu Ketua Pengawas melakukan tindakan berikut

3.2.1 Menghitamkan ruang TIDAK HADIR, di Bahagian B kertas jawapan objektif

3.2.2 Pengawas mengutip kertas jawapan objektif calon dengan mengikut bilangan calon yang hadir dan tidak hadir mengikut turutan selepas peperiksaan tamat serta akur dengan bilangan calon di pusat berkenaan

Page 35: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

3.3 Bagi calon tercicir, calon menumpang, calon bantahan,

calon hospital, calon tahanan, calon pusat pemulihan, calon penjara dan calon berkeperluan khas

3.3.1 Menandakan ruang berkenaan pada skrip jawapan objektif

 

3.3.2 Menyusun skrip jawapan objektif calon yang hadir mengikut urutan dalam Jadual Kedatangan

 

 

 

Page 36: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

3.3.3 Mengambil kira skrip jawapan objektif ini sebagai skrip jawapan peperiksaan calon hadir semasa mengisi ruang berkenaan pada pembalut dalam (LP/Am 12) atau (LP/Am 13), Borang Kawalan Kertas Jawapan Objektif dan Borang Mengesan Pergerakan Calon (LP/Am 29)

3.3.4. Mengutip kertas jawapan objektif dan kertas peperiksaan calon yang telah siap awal dan tidak mahu menjawab lagi serta ingin menghantar kertas jawapan lebih awal dari masa sepatutnya

Page 37: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

4. PENGURUSAN CALON PEPERIKSAAN YANG MENJAWAB KERTAS JAWAPAN SUBJEKTIF 4.1 Calon tidak hadir dikenalpasti selepas 30 minit peperiksaan dijalankan.

4.2 Bagi calon yang tidak hadir, dikehendaki

4.2.1 Menyediakan sehelai helaian tambahan dan mengisi maklumat nombor angka giliran, nombor kad pengenalan, nama mata pelajaran dan kod kertas mata pelajaran

Page 38: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

4.2.2 Menulis perkataan TIDAK HADIR dengan jelas secara menyilang, menandatangani dan menulis nama Ketua Pengawas atau Pengawas pada helaian tambahan

4.2.3 Menyusun helaian tambahan ini bersama skrip jawapan peperiksaan calon yang hadir mengikut urutan dalam Jadual Kedatangan.

Page 39: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

4.2.4 Mengambil kira helaian tambahan ini sebagai skrip jawapan peperiksaan calon tidak hadir semasa mengisi ruang berkenaan pada pembalut dalam (LP/Am 12) atau (LP/Am 13) dan Borang Mengesan Pergerakan Calon (LP/Am 29).

Page 40: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

4.3 Bagi calon tercicir, calon menumpang, calon bantahan, calon hospital, calon tahanan, calon pusat pemulihan, calon penjara dan calon berkeperluan khas, dikehendaki

4.3.1 Menyediakan buku jawapan dan mengisi maklumat nombor angka giliran, nombor kad

pengenalan, nama mata pelajaran dan kod kertas mata pelajaran

Page 41: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

4.3.2 Menyusun buku jawapan di bahagian atas bersama skrip jawapan peperiksaan calon pusat itu

4.3.3 Mengambil kira helaian tambahan ini sebagai skrip jawapan peperiksaan calon hadir semasa mengisi ruang berkenaan pada pembalut dalam (LP/Am 12) atau (LP/Am 13) dan Borang Mengesan Pergerakan Calon (LP/Am 29)

Page 42: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

4.4 Bagi calon yang hadir tetapi tidak menjawab

4.4.1 Membantu Ketua Pengawas membuat catatan perkataan HADIR TETAPI TIDAK MENJAWAB secara menyilang, menanda tangani dan menulis nama pada helaian tambahan atau kertas peperiksaan calon berkenaan

4.5 Mengedarkan benang untuk calon mengikat kertas jawapan

Page 43: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

4.6 Mengutip kertas jawapan subjektif calon yang telah siap awal dan tidak mahu menjawab lagi serta ingin menghantar kertas jawapan lebih awal dari masa sepatutnya

4.6.1 Kertas peperiksaan dibawa oleh dua orang Pengawas dalam sampul berpelekat keselamatan ke hospital atau pusat tahanan atau pusat pemulihan atau penjara

Page 44: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

4.6.2 Membantu Ketua Pengawas melengkapkan Borang Laporan Pengendalian Peperiksaan(LP/Am 90)

4.6.3 Membantu Ketua Pengawas mencatatkan perkara ini dalam Buku Rekod Pengawasan Peperiksaan

Page 45: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

4.7 Kekurangan Bekalan Kertas Peperiksaan

4.7.1 Membantu Ketua Pengawas memasukkan kertas peperiksaan itu ke dalam sampul asalnya

dengan segera. Bahagian sampul yang telah dipotong hendaklah ditutup dan diseal dengan pita pelekat dan simpan sampul kertas peperiksaan dalam almari berkunci atau di

tempat yang selamat

Page 46: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

4.7.2 Memastikan calon dikuarantin sehingga bekalan kertas peperiksaan mencukupi untuk semua calon serta mengikuti langkah berikut

(i) Membantu Ketua Pengawas menerangkan kedudukan yang sebenar kepada calon dan meminta mereka bertenang dan bersabar

(ii) Calon tidak keluar dari dewan atau bilik peperiksaan tanpa ditemani oleh Pengawas

Page 47: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

(iii) Tidak ada orang luar menghampiri dewan atau bilik peperiksaan

(iv) Jika kuarantin itu terlalu lama, perlu mendapatkan kerjasama guru bertugas untuk menguruskan makan minum dan kebajikan calon

Page 48: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

( v ) Menunggu bekalan kertas peperiksaan yang dibawa oleh Penyelia Kawasan atau Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan

( vi ) Jika arahan diterima untuk membuat salinan kertas peperiksaan, urusan ini mestilah dibuat di sebuah sekolah kerajaan atau lain- lain premis kerajaan

(vii) Mencatatkan perkara ini dalam Buku Rekod Pengawasan Peperiksaan

Page 49: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

( viii ) Membantu Ketua Pengawas menyediakan satu laporan lengkap dan mesti disampaikan kepada Pengarah Pelajaran Negeri dan Pengarah Peperiksaan dengan segera

( ix) Membantu Ketua Pengawas melengkapkan Borang Laporan Pengendalian Peperiksaan (LP/Am 90) dan menyerahkannya kepada Penyelia Kawasan pada hari kes itu berlaku

Page 50: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

4.8 Kesilapan Membuka Sampul Kertas Peperiksaan

4.8.1 Mengambil tindakan berikut sekiranya sampul yang sudah dibuka itu tidak mengandungi kertas peperiksaan untuk hari dan masa yang berkenaan

( i ) Memasukkan kertas peperiksaan itu ke dalam sampul asalnya dengan segera, bahagian sampul yang telah dipotong hendaklah ditutup dan diseal dengan pita pelekat dan disimpan dalam almari berkunci dalam dewan atau bilik peperiksaan

Page 51: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

( ii ) Membantu Ketua Pengawas memulangkan kertas peperiksaan yang tersalah buka itu kepada Penyelia Kawasan untuk disimpan di bilik kebal

( iii ) Mengawasi calon yang perlu dikuarantin sehingga ke suatu masa yang ditetapkan, calon diminta duduk di tempat masing masing dalam keadaan bertenang dan bersabar

( iv ) Membantu Ketua Pengawas mencatatkan perkara ini dalam Buku Rekod Pengawasan Peperiksaan

Page 52: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

( v ) Membantu Ketua Pengawas menyediakan satu laporan lengkap dan mesti disampaikan kepada Pengarah Pelajaran Negeri dan Pengarah

Peperiksaan dengan segera

( vi ) Membantu Ketua Pengawas melengkapkan Borang Laporan Pengendalian Peperiksaan (LP/Am 90)

Page 53: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

4.9 Kertas peperiksaan peperiksaan rosak atau bilangan halamannya kurang, atau tidak mempunyai soalan pada mana-mana halaman

4.9.1 Membantu Ketua Pengawas mengambil tindakan berikut sekiranya sampul yang sudah dibuka itu mengandungi kertas peperiksaan yang rosak atau bilangan halamannya kurang atau tidak mempunyai soalan pada mana-mana halaman

Page 54: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

( i ) Mengambil semula kertas peperiksaan yang tersilap atau rosak dan membekalkan kertas peperiksaan yang betul serta lengkap

( ii ) Membantu Ketua Pengawas menyediakan laporan dan mengembalikan kertas peperiksaan yang tersilap atau rosak kepada Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan

4.10 Membantu Ketua Pengawas melengkapkan Borang Laporan Pengendalian Peperiksaan (LP/Am 90)

Page 55: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

5. Memulakan peperiksaan mengikut masa yang ditetapkan dalam Jadual Waktu Peperiksaan

6. Memastikan tiada pengumuman semasa peperiksaan sedang dijalankan kecuali pengumuman penting yang tidak dapat dielakkan dan pengumuman masa hanya boleh dibuat 10 minit sebelum peperiksaan tamat

Page 56: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

7. PENGURUSAN JADUAL KEDATANGAN (JK)

7.1 Kehadiran calon disemak dan ditanda tiap kertas mata pelajaran yang diambil selepas

30 minit pertama

7.2 Menggunakan Jadual Kedatangan untuk merekod kehadiran calon bagi setiap kertas mata pelajaran dalam semua peperiksaan awam

7.3 Memastikan maklumat yang sedia ada dalam Jadual Kedatangan tidak boleh dipinda sama sekali dan salinannya tidak boleh diasingkan

sebelum tamat peperiksaan

Page 57: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

7.4 Merekodkan kehadiran calon dengan betul dan mengikut peraturan di bawah

7.4.1 Menanda Jadual Kedatangan mengikut panduan yang ditetapkan

7.4.2 Memastikan kehadiran calon ditanda berpandu kan angka giliran calon

Page 58: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

7.4.3 Menanda Jadual Kedatangan seperti berikut

Tanda Maksud Warna Dakwat

√ calon hadir hitam atau biruT calon tidak hadir merah

H calon hospital/ merah calon tahanan/

calon pusat pemulihan/ calon penjara

Page 59: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

7.4.4 Memastikan bahawa kehadiran yang menggunakan tandakan (√) dan (H) dikira sebagai calon yang hadir

7.4.5 Memastikan bahawa jumlah calon yang hadir dan tidak hadir bagi sesebuah pusat peperiksaan berdasarkan Jadual Kedatangan pusat berkenaan

7.4.6 Menceraikan, menyusun mengikut aturan asal dan mengokot Jadual Kedatangan sebaik sahaja tamat peperiksaan pada hari terakhir

Page 60: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

7.4.7 Menyerahkan kesemua salinan Jadual Kedatangan tersebut kepada Ketua Pengawas

7.4.8 Bagi Calon Tercicir, pengurusan Jadual Kedatangan (JK) calon, Pengawas hendaklah membantu Ketua Pengawas mengambil tindakan berikut dengan menggunakan pen dakwat merah pada ruangan yang kosong dalam Jadual Kedatangan

Page 61: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

7.4.9 Mengisikan nama calon tercicir dan nombor kad pengenalan atau sijil kelahiran

7.4.10 Mencatatkan kod mata pelajaran dan kod kertas mata pelajaran pada ruangan kosong dan tandakan (√) pada petak kehadiran

7.4.11 Menandakan (√) di sebelah kotak TERCICIR pada ruangan CATATAN

Page 62: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

7.5 Bagi calon menumpang, pengurusan Jadual Kedatangan (JK) calon, membantu Ketua Pengawas mengambil tindakan berikut dengan menggunakan pen dakwat merah pada ruangan kosong dalam Jadual Kedatangan

7.5.1 Mengisikan nama calon menumpang dan nombor kad pengenalan atau sijil kelahiran

Page 63: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

7.5.2 Mencatatkan angka giliran asal

7.5.3 Mencatatkan kod mata pelajaran dan kod kertas mata pelajaran pada ruangan kosong dan tandakan (√) pada petak kehadiran

7.5.4 Menandakan (√) di sebelah kotak MENUMPANG pada ruangan CATATAN

Page 64: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

7.6 Bagi Calon Bantahan, pengurusan Jadual Kedatangan (JK) calon, membantu Ketua Pengawas mengambil tindakan berikut dengan menggunakan pen dakwat merah pada Jadual Kedatangan

7.7 Memotong kod mata pelajaran dan kod kertas mata pelajaran yang 'dibatalkan' dan tandakan ‘T’ pada petak kehadiran

Page 65: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

7.8 Mencatatkan kod mata pelajaran dan kod kertas mata pelajaran baru pada ruangan kosong dan tandakan (√) pada petak kehadiran

7.9 Menandakan (√) di sebelah kotak BANTAHAN pada ruangan CATATAN

Page 66: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

8 Bagi penyemakan dokumen pengenalan diri calon, perlu memastikan tindakan berikut dipatuhi 8.1 Memastikan calon meletakkan dokumen pengenalan diri dan penyataan pendaftaran calon peperiksaan di

penjuru atas sebelah kanan meja sepanjang tempoh peperiksaan berjalan

8.2 Menyemak dokumen pengenalan diri calon dan angka giliran calon pada penyataan pendaftaran calon peperiksaan

8.3 Menerima dokumen berikut sebagai dokumen pengenalan diri calon

8.3.1 Kad Pengenalan Malaysia (Mykad) atau Tentera atau Polis Kad atau Surat Akuan bergambar yang dikeluarkan oleh Pengarah Pelajaran Negeri berkenaan

Page 67: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

8.3.2 Surat Pendaftaran Sementara (bergambar) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara 8.3.3 Pasport Antarabangsa 8.3.4 Lesen memandu 8.3.5 Borang Perakuan Calon yang disahkan oleh Pengetua atau Guru Besar 8.4 Memeriksa dokumen pengenalan diri calon semasa

peperiksaan bagi setiap kertas peperiksaan

8.5 Memastikan butiran dokumen pengenalan diri calon bertepatan dengan butiran yang tercatat pada skrip jawapan peperiksaan, label meja dan Jadual Kedatangan untuk memastikan tidak berlaku penyamaran

Page 68: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

8.6 Calon tidak dibenarkan mengambil peperiksaan sekiranya tiba di dewan atau bilik peperiksaan lebih daripada 30 minit setelah peperiksaan dimulakan kecuali atas budi bicara Ketua Pengawas

8.7 Melengkapkan sendiri butiran peribadi Petugas Pengawasan dalam Buku Rekod Pengawasan Peperiksaan dengan menggunakan tulisan sendiri

8.8 Membantu Ketua Pengawas memastikan Buku Rekod Pengawasan Peperiksaan disimpan di tempat yang selamat dan tidak dapat diakses oleh pihak yang tidak berkenaan

Page 69: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

9 Bagi pengurusan Borang Mengesan Pergerakan Calon (LP/Am 29), Pengawas hendaklah membantu Ketua Pengawas memastikan tindakan berikut dipatuhi

9.1 Menggunakan Borang LP/Am 29 untuk merekodkan pergerakan calon bagi setiap kertas mata pelajaran dalam peperiksaan awam

9.2 Meletakkan salinan pertama Borang LP/Am 29 di

bahagian atas skrip jawapan peperiksaan bagi setiap kertas mata pelajaran sebelum ianya dibungkus

9.3 Menyerahkan dua salinan Borang LP/Am 29 yang telah diasingkan kepada Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pelajaran Negeri melalui Penyelia Kawasan setelah tamat peperiksaan

Page 70: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

10 Mengutip lebihan kertas peperiksaan setelah calon mula menjawab dan memasukkan semula

ke dalam sampul asal kertas peperiksaan dan disimpan di dalam almari yang berkunci

11 Tidak membaca atau menyimpan kertas peperiksaan yang sedang dijawab atau membawa keluar kertas peperiksaan yang sedang dijawab dari dewan atau bilik peperiksaan

Page 71: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

12 Memastikan calon yang meninggalkan dewan/bilik peperiksaan sebelum tamat peperiksaan bagi sesuatu kertas peperiksaan tidak dibenarkan membawa keluar kertas peperiksaan dan kertas peperiksaan (kecuali kertas peperiksaan tertutup) boleh diserahkan kepadanya

setelah tamat sesi peperiksaan kertas itu jika dituntut

• Membantu Ketua Pengawas mengisi butiran yang dikehendaki pada Pembalut Skrip (LP/Am 12) atau (LP/Am 13)

Page 72: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

14 Mengawas mengikut prosedur yang ditetapkan dan memastikan tidak ada peluang untuk calon melakukan salahlaku

15 Memastikan calon tidak dibenarkan keluar dalam tempoh 10 minit terakhir Pengumuman yang berikut hendaklah dibuat: “Masa ada 10 minit lagi. Calon tidak dibenarkan keluar.”

Page 73: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

PENGURUSAN CALON

BEKEPERLUAN KHAS

Page 74: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

< 1 > CALON BUTA

  

1.1 Ditempatkan dalam sebuah bilik berasingan yang dilengkapi dengan kemudahan yang cukup dan sesuai

1.2 Sekurang-kurangnya seorang Pengawas yang dilantik mestilah berkemahiran dalam Braille

1.3 Sekurang-kurangnya seorang Pengawas yang dilantik mestilah boleh membaca ayat al-Quran dan Hadis bagi kertas Pendidikan Islam

Page 75: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

  1.4 Sekurang-kurangnya seorang Pengawas yang dilantik mahir dalam Bahasa Inggeris bagi kertas Sains dan Matematik

1.5 Pengawas memeriksa mesin Braille, peralatan dan perisian khas pada setiap hari sebelum peperiksaan dimulakan

1.6 Pengawas menulis perkataan yang dikehendaki atau disebut oleh calon di sebelah atas perkataan yang salah dibraillekan dan menandatangani di ruang tepi sebelah kiri skrip jawapan peperiksaan

Page 76: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

1.7 Tambahan masa diberi mengikut Jadual Masa Tambahan yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan

1.8 Pengawas memastikan calon menaip angka giliran di sudut kiri dan nombor muka surat di sudut kanan sebelah atas tiap-tiap helai skrip jawapan peperiksaannya

1.9 Pengawas memastikan setiap helaian skrip jawapan peperiksaan disusun mengikut urutan dan diikat dengan kemas

Page 77: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

 

1.10 Pengawas memasukkan skrip jawapan peperiksaan calon mengikut mata pelajaran ke dalam kotak berasingan

1.11 Pengawas memasukkan kotak skrip jawapan peperiksaan ke dalam sampul khas dan melengkapkan maklumat pada bahagian luar sampul

1.12 Menghantar sampul skrip jawapan peperiksaan calon kepada Penyelia Kawasan

Page 78: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

< 2 > CALON RABUN

  

2.1 Ditempatkan dalam sebuah bilik berasingan yang dilengkapi dengan kemudahan yang cukup dan sesuai

2.2 Tambahan masa diberi mengikut Jadual Masa Tambahan yang ditetapkan oleh LP

2.3 Pengawas memastikan setiap helaian skrip jawapan peperiksaan calon disusun mengikut urutan dan diikat dengan kemas

Page 79: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

2.4 Pengawas memasukkan skrip jawapan peperiksaan calon ke dalam sampul khas dan melengkapkan maklumat pada bahagian luar sampul

Page 80: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

< 3 > CALON PEKAK

  

3.1 Ditempatkan dalam sebuah bilik berasingan yang dilengkapi dengan kemudahan yang cukup dan sesuai bagi mereka

3.2 Sekurang-kurangnya seorang Pengawas yang dilantik berkemahiran dalam bahasa isyarat

3.3 Tambahan masa diberi mengikut Jadual Masa Tambahan yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan

Page 81: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

3.4 Pengawas memastikan setiap helaian skrip jawapan peperiksaan calon disusun mengikut urutan dan diikat dengan kemas

3.5 Pengawas hendaklah memasukkan skrip jawapan peperiksaan calon ke dalam sampul khas dan melengkapkan maklumat pada bahagian luar sampul

Page 82: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

< 4 > CALON SPASTIK( CEREBRAL / PALSY )

  

4.1 Ditempatkan dalam sebuah bilik berasingan yang dilengkapi dengan kemudahan yang cukup dan sesuai

4.2 Tambahan masa diberi mengikut Jadual Masa Tambahan yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan

4.3 Pengawas memastikan setiap helaian skrip jawapan peperiksaan calon disusun mengikut urutan dan diikat dengan kemas

Page 83: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

4.4 Pengawas memasukkan skrip jawapan peperiksaan calon ke dalam sampul khas dan melengkapkan maklumat pada bahagian luar sampul

Page 84: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

< 5 > CALON AUTISME

  

Calon Autisme atau Down Syndrome atau Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) atau Attention Deficit Disorder (ADD)

5.1 Ditempatkan dalam sebuah bilik berasingan yang dilengkapi dengan kemudahan yang cukup dan sesuai bagi mereka

5.2 Ketua Pengawas membenarkan kehadiran guru pendamping di luar bilik atau dewan peperiksaan sekiranya ada keperluan

5.3 Ketua Pengawas membenarkan calon membawa keperluan khas atau peralatan khusus atas nasihat guru pendamping

Page 85: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

5.4 Tambahan masa diberi mengikut Jadual Masa Tambahan yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan

5.5 Pengawas memastikan setiap helaian skrip jawapan peperiksaan calon disusun mengikut urutan dan diikat dengan kemas

Page 86: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

< 6 > CALON DISLEKSIA

  

6.1 Ditempatkan dalam sebuah bilik berasingan yang dilengkapi dengan kemudahan yang cukup dan sesuai

6.2 Tambahan masa diberi mengikut Jadual Masa Tambahan yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan

6.3 Sekurang-kurangnya seorang Pengawas yang dilantik memahami disleksia dan Pengawas juga boleh ditugaskan sebagai pembaca sekiranya dipohon

Page 87: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

6.4 Pengawas memastikan setiap helaian skrip jawapan peperiksaan calon disusun mengikut urutan dan diikat dengan kemas

6.5 Pengawas memasukkan skrip jawapan peperiksaan calon disleksia ke dalam sampul khas dan melengkapkan maklumat pada bahagian luar sampul

Page 88: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

< 7 > CALON CACAT ANGGOTA

  

7.1 Ditempatkan dalam sebuah bilik berasingan yang dilengkapi dengan kemudahan yang cukup dan sesuai bagi mereka

7.2 Pengawas memastikan setiap helaian skrip jawapan peperiksaan calon disusun mengikut urutan dan diikat dengan kemas

7.3 Pengawas memasukkan skrip jawapan peperiksaan calon cacat anggota ke dalam sampul khas dan melengkapkan maklumat pada bahagian luar sampul

Page 89: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

PENGURUSAN KES KECEMASAN

( KES KHAS )

Page 90: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

< 1 > CALON SAKIT SECARA TIBA-TIBA

  

1.2 Menyimpan kertas peperiksaan dan skrip jawapan peperiksaan calon tersebut disimpan dalam almari berkunci

1.3 Mencatat masa dan waktu kejadian dalam Buku Rekod Pengawasan Peperiksaan

1.1 Mengasingkan calon di bilik khas dan diawasi oleh Pengawas

1.4 Menghubungi pihak sekolah untuk tindakan segera bagi memulihkan calon

Page 91: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

 1.5 Memberikan masa gantian (pada hari yang sama) bagi masa yang belum digunakan oleh calon

1.6 Membungkus skrip jawapan peperiksaan calon secara berasingan daripada skrip jawapan peperiksaan calon pusat peperiksaan berkenaan

Page 92: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

< 2 > PENYAKIT BERJANGKIT

  

2.1 Mengasingkan calon di bilik khas dan diawasi oleh Pengawas

2.2 Membungkus skrip jawapan peperiksaan calon secara berasingan daripada skrip jawapan peperiksaan calon pusat peperiksaan berkenaan dan dibungkus bersama dengan skrip jawapan kes khas yang lain

Page 93: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

< 3 > PENGURUSAN CALON

HOSPITAL TAHANAN

PUSAT PEMULIHANPENJARA

  

Page 94: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

3.1 Menghitamkan ruang HOSPITAL di Bahagian C kertas jawapan objektif di pusat asal calon

3.2 TIDAK menghitamkan ruang ’Tidak Hadir' di Bahagian B kertas jawapan objektif berkenaan

3.3 Memastikan Pengawas mendapatkan kertas peperiksaan dari pusat peperiksaan yang berhampiran

Page 95: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

3.4 Pengawas menggunakan budi bicaranya untuk memberi kemudahan kepada calon mengikut keadaan dengan mematuhi prosedur pengurusan dan keselamatan peperiksaan.

3.5 Pengawas memastikan calon mendapat masa gantian untuk menduduki peperiksaan mengikut tempoh masa yang diperuntukkan bagi kertas peperiksaan mata pelajaran berkenaan jika peperiksaan tidak dimulakan mengikut jadual waktu yang ditetapkan

Page 96: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

3.6 Memastikan Pengawas memasukkan skrip jawapan peperiksaan calon ke dalam sampul khas dan melengkapkan maklumat pada bahagian luar sampul

3.7 Memastikan Pengawas menghantar skrip jawapan peperiksaan kepada Penyelia Kawasan

Page 97: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

< 4 > PENGURUSAN KES SALAH LAKU

  

4.1 Mengambil eviden salah laku seperti nota/catatan/telefon bimbit/buku/sebarang peranti dan diserahkan kepada Ketua Pengawas

4.2 Membenarkan calon terus menjawab hingga tamat masa peperiksaan

4.3 Membungkus skrip jawapan peperiksaan calon tersebut bersama dengan skrip jawapan peperiksaan calon pusat peperiksaan berkenaan

Page 98: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

4.4 Memastikan calon mengisi Borang Pengakuan Calon Kes Salah Laku Peperiksaan (Pengakuan Calon/Penyamar) (LP/Am 31) dengan selengkapnya. Jika calon enggan berbuat demikian, sila nyatakan

Page 99: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

< 5 > PENGURUSAN KES LUAR JANGKAAN

  

Menerima dan melaksanakan arahan untuk mengendalikan kes luar jangkaan mengikut prosedur yang telah di tetapkan

Page 100: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

SELEPAS PEPERIKSAAN

Page 101: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

1. Bagi pengurusan Kertas Peperiksaan Tertutup, Pengawas perlu mengambil tindakan berikut:

1.1 Kertas peperiksaan tertutup dikutip dahulu dan pastikan bilangannya bertepatan dengan bilangan calon, dimasukkan ke dalam sampul, dibungkus dan diseal dengan pita pelekat.

1.2 Membantu Ketua Pengawas melengkapkan borang Bahan Kena Musnah(BKM) Kertas Peperiksaan Tertutup(LP/Am 51)dalam dua (2) salinan.

Page 102: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

1.3 Menyerahkan bungkusan skrip bersama borang BKM yang telah dilengkapkan dan

menyerahkan kepada Ketua Pengawas.

Page 103: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

2. Arahan sebelum membenarkan calon keluar dari dewan atau bilik peperiksaan.

2.1 Calon diarahkan supaya memastikan skrip jawapan peperiksaannya telah dikutip.

2.2 Calon diarahkan supaya membawa keluar kertas peperiksaan yang telah dijalankan kecuali kertas peperiksaan tertutup.

2.3 Calon dilarang membawa keluar helaian tambahan dan kertas jawapan mengikut keperluan mata pelajaran.

Page 104: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

2.4 Calon diingatkan tentang mata pelajaran dan waktu peperiksaan berikutnya.

2.5 Calon diarahkan keluar dengan tertib.

3. Memastikan helaian tambahan dipungut dan disimpan sebelum dimusnahkan selepas tamat peperiksaan.

Page 105: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

4. Bagi pengurusan kertas Jawapan Objektif Bermaklumat (JOB) dan kertas Jawapan Objektif Tidak Bermaklumat (JOTB), memastikan tindakan berikut diambil selepas sesi peperiksaan berakhir.

4.1 Mengingatkan calon supaya tidak keluar dari dewan atau bilik peperiksaan sehingga diberi arahan.

4.2 Mengutip kertas jawapan objektif mengikut urutan kedudukan calon dalam dewan atau bilik peperiksaan dan menyusun mengikut urutan dalam Jadual Kedatangan.

Page 106: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

4.3 Memastikan jumlah kertas jawapan objektif yang dikutip akur dengan jumlah calon yang hadir dalam Jadual Kedatangan sebelum calon dibenarkan keluar.

4.4 Bagi Pembungkusan kertas Jawapan Objektif Bermaklumat (JOB) dan kertas Jawapan Objektif Tidak Bermaklumat (JOTB), memastikan tindakan berikut diambil:

4.4.1 Membantu Timbalan Ketua Pengawas memastikan kertas jawapan objektif bagi calon tidak hadir dibungkus bersama kertas jawapan objektif calon yang hadir dan disusun mengiku urutan dalam Jadual Kedatangan.

Page 107: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

4.4.2 Membantu Timbalan Ketua Pengawas memastikan kertas jawapan objektif calon tercicir, calon menumpang, calon bantahan, Borang Kawalan Kertas Jawapan Objektif dan Borang Khas

Mengesan Pergerakan Calon (LP/Am 29) dibungkus bersama dengan skrip jawapan peperiksaan yang lain.

4.4.3 Membantu Timbalan Ketua Pengawas memastikan kertas jawapan objektif diapit dengan kad pelapik yang dibekalkan oleh Lembaga Peperiksaan dan balut dengan Pembalut Skrip (LP/Am 12)

Page 108: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

4.4.4 Membantu Timbalan Ketua Pengawas memasukkan skrip peperiksaan ke dalam plastik pembungkus bersaiz kecil untuk kertas jawapan objektif.

4.4.5 Membantu Timbalan Ketua Pengawas melekatkanlakri keselamatan dengan cara:

i. buka bahagian atas pita keselamatan berwarna biru.

ii. rapatkan dengan menekan bahagian yang berpelekat dengan plastik pembungkus dan memastikan kedua- dua permukaan bertutup rapat.

Page 109: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

4.4.6 Membantu Ketua Pengawas menampal label alamat Lembaga Peperiksaan.

4.4.7 Membantu Timbalan Ketua Pengawas mengikat bungkusan skrip jawapan peperiksaan dengan kemas dan kuat.

4.5 Bagi kertas Jawapan Objektif Bermaklumat (JOB) dan kertas Jawapan Objektif Tidak Bermaklumat (JOTB), membantu Ketua Pengawas mengisi borang kawalan kertas jawapan objektif dengan maklumat berkaitan pengendalian kertas jawapan objektif sesuatu kertas mata pelajaran.

Page 110: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

5. Bagi pengurusan kertas jawapan subjektif, memastikan tindakan berikut diambil selepas sesi peperiksaan berakhir.

5.1 Mengingatkan calon supaya menyemak butiran yang ditulis, menyusun kertas jawapan mengikut tertib nombor soalan dan mengikatnya dengan kemas dan kuat dan calon juga diarahkan supaya mengikat skrip jawapan peperiksaan walaupun sehelai

Page 111: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

5.2 Mengutip kertas jawapan subjektif mengikut urutan kedudukan calon dalam dewan atau bilik peperiksaan dan menyusun mengikut urutan dalam Jadual Kedatangan

5.3 Memastikan jumlah kertas jawapan subjektif yang dikutip akur dengan jumlah calon yang hadir dalam Jadual Kedatangan sebelum calon dibenarkan keluar

Page 112: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

5.4 Bagi pembungkusan skrip jawapan peperiksaan, membantu Timbalan Ketua Pengawas

5.4.1 Memastikan kertas jawapan subjektif bagi calon tidak hadir dibungkus bersama skrip jawapan peperiksaan calon yang hadir dan disusun mengikut urutan dalam Jadual Kedatangan.

Page 113: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

5.4.2 Memastikan Borang Mengesan Pergerakan Calon (LP/Am 29) dibungkus bersama dengan skrip jawapan peperiksaan.

5.4.3 Memastikan skrip jawapan peperiksaan dibalut dengan Pembalut Skrip (LP/Am 12 atau LP/A 13)

Page 114: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

5.4.4 Memasukkan skrip jawapan peperiksaan ke dalam plastik pembungkus

i. bersaiz kecil untuk skrip jawapan peperiksaan dalam bilangan yang kurang dari 50 naskhah.

ii. bersaiz besar untuk skrip jawapan peperiksaan yang bilangannya melebihi 50 naskhah.

Page 115: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

5.4.5 Melekatkan lakri keselamatan dengan cara

i. membuka bahagian atas pita keselamatan berwarna biru.

ii. menekan bahagian yang berpelekat dengan bahagian plastik pembungkus supaya kedua- dua permukaan tertutup rapat.

Page 116: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

5.4.6 Menulis nombor bungkusan pada bahagian depan di penjuru atas sebelah kanan pada setiap bungkusan sekiranya terdapat lebih dari satu bungkusan, contohnya jika 2 bungkusan catat:

i. 1/2) pada bungkusan pertama ii. (2/2) pada bungkusan kedua

5.4.7 Membantu Ketua Pengawas merujuk Jadual Pengiriman skrip jawapan peperiksaan bagi tujuan menghantar skrip jawapan peperiksaan kepada pemeriksa

Page 117: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

5.4.8 Membantu Ketua Pengawas menulis alamat penerima skrip jawapan peperiksaan dengan berpandukan Jadual Pengiriman menggunakan pena mata bulat pada bahagian hadapan, tepi kiri dan kanan (maklumat ini boleh ditulis terlebih dahulu sebelum skrip jawapan peperiksaan dimasukkan ke dalam plastik pembungkus)

Page 118: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

5.4.9 Membantu Timbalan Ketua Pengawas mengikat bungkusan skrip jawapan peperiksaan dengan kemas dan kuat.

5.5 Bagi penghantaran bungkusan skrip jawapan peperiksaan Pengawas membantu Ketua Pengawas mengambil tindakan berikut

5.5.1 Menggunakan Borang Kiriman Domestik (Pos PL1A Pin.1/2009) untuk tujuan mengepos skrip jawapan peperiksaan kepada pemeriksa atau Lembaga Peperiksaan

Page 119: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

5.5.2 Mendapatkan Borang Kiriman Domestik (Pos PL1A Pin. 1/2009) dari Pejabat Pos yang ditetapkan dan sah dipergunakan semasa peperiksaan.

5.5.3 Melengkapkan Borang Kiriman Domestik

(Pos PL1A Pin. 1/2009) untuk setiap bungkusan dan mencatatkan nombor bungkusan tambahan di ruang Pengirim, contohnya jika dua bungkusan catatkan:

i. (1/2) pada Borang Kiriman Domestik (Pos PL1A Pin.1/2009) bungkusan pertama.

Page 120: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

ii. (2/2) pada Borang Kiriman Domestik (Pos PL1A Pin.1/2009) bungkusan kedua.

5.6 Memastikan Borang Kiriman Domestik (Pos PL1A Pin. 1/2009) ditampal pada bungkusan yang betul oleh petugas pos

5.7 Mengepos skrip jawapan peperiksaan kepada penerima seperti yang tercatat dalam Jadual Pengiriman pada hari peperiksaan berkenaan

Page 121: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

5.8 Menghantar bungkusan skrip jawapan peperiksaan yang beralamat Lembaga Peperiksaan kepada Penyelia Kawasan sebaik sahaja tamat peperiksaan pada hari berkenaan.

5.9 Menyerahkan salinan pengirim Borang Kiriman Domestik (Pos PL1A Pin. 1/2009) kepada Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan melalui Penyelia Kawasan selepas tamat peperiksaan

Page 122: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

5.10 Menjaga keselamatan bungkusan skrip jawapan peperiksaan di mana bungkusan skrip jawapan peperiksaan tidak boleh dibawa balik ke rumah atau singgah di mana-mana sebelum dipos atau dihantar ke bilik kebal atau balai polis

5.11 Bungkusan skrip jawapan peperiksaan sesi pagi yang tidak sempat dipos atau diserahkan kepada Penyelia Kawasan pada waktu rehat tengah hari, hendaklah disimpan dalam peti atau almari besi keselamatan di bilik Pengetua atau Guru Besar sementara menunggu untuk dipos atau diserahkan pada sebelah petang

Page 123: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

5.12 Menghantar bungkusan skrip jawapan peperiksaan yang tidak sempat diposkan kepada Penyelia Kawasan untuk disimpan di dalam bilik kebal atau balai polis dan nombor siri bungkusan direkodkan dalam Buku Rekod Pengawasan Peperiksaan.

5.13 Bungkusan skrip jawapan peperiksaan tersebut hendaklah diposkan pada keesokan harinya dan sekiranya bungkusan skrip jawapan peperiksaan disimpan di balai polis, arahan berikut hendaklah dipatuhi.

Page 124: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

i. Memasukkan bungkusan skrip jawapan peperiksaan ke dalam karung keselamatan dan dijerut dengan pengikat keselamatan.

ii. Menyimpan karung keselamatan yang berisi bungkusan skrip bungkusan skrip jawapan peperiksaan yang telah dijerutkan dengan pengikat keselamatan ke dalam peti atau almari besi keselamatan dalam lokap setelah mendapat kelulusan daripada Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia.

Page 125: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

iii. Merekod dalam buku log maklumat berkaitan personel yang terlibat dan penyerahan karung keselamatan yang berisi bungkusan skrip jawapan peperiksaan.

iv. Mengambil karung keselamatan yang berisi bungkusan skrip jawapan peperiksaan daripada Ketua Polis Balai untuk tujuan pengeposan dan merekod dalam Buku Rekod Pengawasan Peperiksaan.

Page 126: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

SELEPAS TAMAT

KESELURUHAN PEPERIKSAAN

Page 127: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

  < 1 > 1.1 Borang Akuan Penerimaan Maklumat dan Arahan Lampiran B1.2 Borang Mengesan Pergerakan Calon (LP/Am 29) – salinan kedua dan ketiga

1.3 Borang Kiriman Domestik (Pos PL1A Pin. 1/2009) – salinan pengirim

1.4 Borang tuntutan pengawasan dan perjalanan (LP/Am 17, LP/Am 17A)

1.5 Borang lain yang berkaitan

Page 128: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

 < 2 > Lebihan bahan peperiksaan dan alat tulis

2.1 Menyerahkan bahan peperiksaan dan alat tulis yang berlebihan kepada Ketua Pengawas

< 3 > Sampul kosong kertas peperiksaan

3.1 Menyerahkan semua sampul kosong kertas peperiksaan kepada Ketua Pengawas

Page 129: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

< 4 > Lebihan/baki kertas peperiksaan

4.1 Menyerahkan lebihan/baki kertas peperiksaan kepada Ketua Pengawas selepas tamat peperiksaan

< 5 > Memusnahkan Buku Jawapan dan Helaian Tambahan yang telah digunakan/rosak mengikut arahan Buku Arahan Keselamatan Kerajaan Malaysia Perkara 8 Fasa 7

Page 130: 02Tugas Pengawas Peperiksaan

Selesai