03) Penulisan Modul Pedagogi PdP T6-2015

19
MODUL KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI PdP DALAM SISTEM PENTAKSIRAN STPM GURU TINGKATAN ENAM TAHUN 2014 KANDUNGAN PERKARA 1.0 Kandungan 2.0 Panel Pengubal 3.0 Tajuk 4.0 Pengenalan 5.0 Objektif 6.0 Isi Kandungan 7.0 Pelaksanaan Modul Lampiran Lampiran 1 Slaid Pembentangan Lampiran 2 Pemetaan BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA 1

description

PERKONGSIAN

Transcript of 03) Penulisan Modul Pedagogi PdP T6-2015

KANDUNGAN

MODUL KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI PdP DALAM SISTEM PENTAKSIRAN STPM

GURU TINGKATAN ENAM TAHUN 2014

KANDUNGAN

PERKARA

1.0 Kandungan

2.0 Panel Pengubal

3.0 Tajuk

4.0 Pengenalan

5.0 Objektif

6.0 Isi Kandungan

7.0 Pelaksanaan Modul

Lampiran

Lampiran 1 Slaid Pembentangan

Lampiran 2 Pemetaan

PEMANTAPAN KEMAHIRAN PEDAGOGI PdP ABAD KE-21: PENDEKATAN DAN STRATEGI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

TAJUK

Pendekatan Dan Strategi Pembelajaran Dan Pengajaran

2. PENGENALAN

Kursus ini adalah berkaitan dengan pembugaran dan pemerkasaan pengetahuan dan kemahiran guru dalam pembelajaran dan pengajaran berkesan.

3. OBJEKTIF

3.1

Mengupayakan guru-guru:

3.1.1membuat perancangan dan persediaan yang rapi meningkatkan keberkesanan pengajaran;

3.1.2melaksanakan pendekatan dan strategi penyampaian yang sesuai meningkatkan pencapaian murid;

3.1.3Menimbulkan perubahan baru dalam amalan terbaik pembelajaran dan

pengajaran; dan

3.1.4mematuhi etika kerja dan amalan nilai yang positif mewujudkan keyakinan dan kepercayaan murid terhadap guru.

.

4.ISI KANDUNGAN

Pengenalan tentang ciri-ciri kelas tradisional dan futuristik

Ciri-ciri Kelas Tradisional Susunan kerusi meja adalah rigid dan mengikut baris demi baris Interaksi guru-murid hanya boleh dilakukan sehala Menggunakan kaedah syarahan dan kaedah secara kelas Penglibatan murid dalam aktiviti PdP amat kurang Potensi JERI+S sukar untuk dikembangkan

4.1.2 Ciri-ciri Kelas Futuristik Mempunyai ruang pembelajaran termasuk ruang persendirian untuk murid-murid, ruang untuk aktiviti dan ruang untuk bahan-bahan pembelajaran Persekitaran bilik darjah yang positif supaya murid dapat melalui proses pembelajaran dengan baik. Murid berasa tenang, seronok dan bermotivasi untuk belajar

Definisi Kemahiran pembelajaran Abad ke-21

Kemahiran pembelajaran abad 21 merujuk kepada beberapa kompetensi teras iaitu kolaborasi, celik digital, kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah.

Pelajar perlu disediakan dengan kemahiran menangani cabaran dunia pendidikan yang terdedah kepada pelbagai interpretasi dan kontoversi yang mencabar pemikiran individu.

Siapa Guru?

What is a teacher? I'll tell you: it isn't someone who teaches something, but someone who inspires the student to give of her best in order to discover what she already knows.

Peranan Guru

Bina persekitaran pembelajaran kondusif yang konstruktif

Rangsang pemikiran kritis secara hands-on & minds-on

Galak pembelajaran aktif pelajar secara koperatif dan kolaboratif

Galak kreativiti & inovasi pelajar berbantukan TMK

Penerapan inovasi dalam PdP berbantukan TMK

Memberi maklum balas berkesan & berterusan

Pendekatan PdP

Terdapat TIGA pendekatan pengajaran:

Berpusatkan guru

Guru menggunakan kaedah-kaedah seperti syarahan, demonstrasi, bercerita serta pengajaran secara kelas. Pendekatan ini tidak memberi peluang kepada palajar untuk mengambil bahagian dalam sesi P&P. Murid hanya mendengar sahaja apa yang disampaikan oleh guru.

Berpusatkan pelajar

Pendekatan berpusatkan murid Aktiviti PdP lebih menarik dan berkesan. Murid berpeluang untuk: mengambil bahagian serta memberi pendapat dan idea berkenaan dengan topik yang dipelajari. menyampaikan apa yang ada dalam fikiran mereka. Aktiviti PdP seperti lawatan, penyelesaian masalah, projek, simulasi dan bermain. Pelajar terlibat secara 'hands-on' dalam aktiviti PdP.

Berpusatkan bahan

Guru perlu lebih kreatif dalam mencari dan menggunakan bahan-bahan pengajaran Menggunakan sudut dan ruang bilik darjah, Bahan Bantu Mengajar (BBM) dan Bahan Bantu Belajar (BBB) Menggunakan sumber seperti bahan dari internet (padlet), audio visual, gambar, graf, carta, dan poster

Lima strategi PdP

Pembelajaran Koperatif

Penyelesaian Masalah

Kontekstual

Kajian Masa Depan

Konstruktivisme

Pembelajaran Koperatif

Fokus utama berkisar kepada pencapaian akademik dan penerimaan kepelbagaian kemahiran sosial (Arends,2001)

Pembelajaran aktif yang mengubah situasi pembelajaran pasif kepada pembelajaran yang dinamis serta berpusatkan pelajar (Slavin, 2006).

Satu pasukan yang heterogen,saling bergantung, tidak bersaing sesama sendiri ke arah pencapaian matlamat yang sama ( Heinich , 2005)

Mengapa Perlunya Pembelajaran Koperatif? P I E S

4.8.1Positive Interdependence: kebergantungan positif

4.8.2Individual Accountability: akauntabiliti individu

Equal Participation: penglibatan seimbang

Simultaneous Interaction: interaksi bersemuka

Critical Questions

4.8.2.1 Is a gain for one, a gain for another? Is help necessary ?

Is individual performance required ?

How equal is the participation? What percent are overtly active at once ?Enam konsep utama pembelajaran koperatif

Pasukan

Inisiatif

Pengurusan

Kemahiran Sosial

Inovatif

Strategi Koperatif

Prosedur aplikasi Pembelajaran Koperatif dalam PdP

Menyampaikan isi pengajaran baru

Memberi tajuk tugasan

Memberi struktur pelaksanaan tugasan

Mengagih kumpulan (Kagan Cooperative learning: Rally Robin & Round Robin)

Mengagih tugasan bagi mencapai hasil pembelajaran

Membimbing kelompok pelajar; Pelajar melaksanakan perbincangan

Proses: Pengumpulan dan pembentangan bahan tugasan

Maklum balas/penilaian oleh guru

Memberi penghargaan

Penyelesaian Masalah/Inkuiri Penemuan

Fokus pada pengalaman & kemahiran melalui daya usaha sendiri

Bermula dengan bertanya soalan,cari penyelesaian, peroleh pengetahuan & pengalaman sambil mencari maklumat untuk selesai masalah & buat refleksi

Berpeluang menjalani proses pembelajaran secara langsung & autentik

Mengapa Kaedah Penyelesaian Masalah Dalam PdP

Mengembangkan intellectual curiosity

Mengembangkan kemahiran berfikir

Menyesuaikan diri untuk mengambil tindakan mengikut situasi

Menjadi asas kepada pendekatan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan

Menggalakkan pembelajaran kendiri

Mengukuhkan kemahiran belajar

Menggalakkan pembelajaran koperatif dan mengembangkan nilai-nilai sosial yang positif

Prosedur Aplikasi Penyelesaian Masalah Dalam PdP

Mengenalpasti Masalah

Merancang Cara Penyelesaian

Mengumpul Maklumat

Mengkaji / Analisis maklumat

Membuat Rumusan/ Generalisasi

Pembelajaran Berasaskan Masalah

Laporan-laporan akhbar menunjukkan kes jenayah juvana dalam kalangan pelajar sekolah semakin menjadi-jadi, yang sedikit sebanyak menjejaskan peranan sekolah sebagai pembentuk jati diri dan pendidikan generasi masa hadapan negara. Kes buli di Kuching yang melibatkan lima pelajar perempuan sekolah menengah yang melakukan kekerasan terhadap mangsa secara beramai-ramai juga telah melahirkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat, khususnya para ibu bapa kerana kes ini mula menular dalam kalangan pelajar perempuan pula.

Tugasan : Berdasarkan petikan di atas, rancangkan satu aktiviti PdP dengan menggunakan kaedah penyelesaian masalah

Pembelajaran Kontekstual

Menyediakan situasi PdP yang melibatkan pelbagai pengalaman dalam konteks sosial, budaya, fizikal dan psikologi

Berasaskan aktiviti, pembelajaran eksperiential, sesi hands-on dan minds-on, seminar, bengkel dan program pelajar melakukan sendiri projek

Pelajar diberi motivasi dengan perbincangan masalah berbantukan bahan yang sesuai untuk meningkatkan kefahaman. Pelajar dapat mengaitkan dengan pengetahuan asas yang ada pada mereka

Maklumat yang dicari dan dikumpul melalui pengalaman sendiri dapat membantu menjana idea, mengukuh serta menilai apa yang difahami

Kepentingan Pembelajaran Kontekstual

Membantu pelajar mengaitkan kandungan pembelajaran kepada situasi sebenar dan mencari makna tentang apa yang dipelajari (minds-on and hands-on)

embelajaran berlaku apabila pelajar berupaya memproses maklumat atau pengetahuan baru yang diperoleh dengan cara yang memberi makna kepada mereka.

Pelajar faham sesuatu yang dipelajari dalam situasi yang lebih luas yang berkait dengan isu sebenar.

Pembelajaran mengikut konteks berlaku apabila pelajar mengaitkan pengetahuan dan pengalaman dalam kehidupan

Elemen Dalam Kontekstual

R (Relating (hubung kait) pengalaman hidup dgn pengetahuan baru

R (Experiencing (alami) - penerokaan, penemuan, mereka cipta)

A (Applying (aplikasi) - aplikasi pengetahuan dan maklumat dalam situasi lain)

C (Cooperating (kerjasama) kerjasama, komunikasi)

T (Transfering (pindahkan) pengetahuan sedia ada dan menggunakannya atau bina baru)

Prosedur Aplikasi Kontekstual Dalam PdP

Motivasi pengenalan Isu perbincangan sumber PdP

Pemahaman- Penerangan konsep dan perbincangan kelas bacaan dan melakukan contoh kajian

Kemahiran - Aktiviti hands-on menyelesaian masalah

Penilaian - Ingat kembali Penilaian Kemajuan

Pembelajaran Kajian Masa Depan (KMD)

Strategi saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan pelajar menghadapi pelbagai cabaran hidup dan perubahan

Mengupayakan pelajar mengambil bahagian dalam merangka masa depan mereka secara berkaedah, bermakna dan bertanggungjawab

Mengajar pelajar bersikap futuristik agar lebih kritis dan sentiasa membuat perancangan sebelum berbuat sesuatu

Memberi kesedaran dan merangsang pelajar berfikir tentang isu, masalah dan peluang yang bakal dihadapi

Pelajar diasuh dgn konsep dimensi masa depan yang akan berubah dengan pembaharuan dan inovasi

Gambaran yang boleh di dapati:

Persekitaran

Kehidupan Anda

Apa Pilihan Anda

Seluruh Dunia

Negara

Masa Depan:Perubahan

Masa Kini:Trend Utama

Masa Lalu : Perspektif

Kemahiran KMD Dalam PdP

Kemahiran Khusus

Membuat Ramalan

Menjangka Akibat

Mengendali Perubahan

Kemahiran Asas

Pemahaman Konsep Masa Depan

Pengumpulan Maklumat dan Analisa Trend

Ramalan dan Analisis

Penggunaan Imaginasi dan Kreativiti

Strategi Mengatasi Kebimbangan

Proses Inovasi Sosial

Pembinaan Senario

Penjelasan Nilai dan Masa Depan

Pemahaman Dimensi Kemapanan

Kepentingan Kajian Masa Depan (KMD)

Berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang hal berkaitan masa depan

Berkomunikasi secara berkesan tentang hal berkaitan masa depan

Membina sikap dan nilai tentang masa depan

Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang kajian masa depan

Membuat kajian dan mengurus maklumat tentang hal berkaitan masa depan

Empat Prinsip Dalam KMD

Prinsip Perubahan

Prinsip pandangan jauh

Prinsip Perancangan Strategik

Prinsip Pengupayaan

Pengajaran Dan Pembelajaran Berasaskan Kajian Masa Depan: Perancangan Seorang Guru

Perancangan Yang Strategik

Isu dan Tema Yang Relevan

Berpusatkan pelajar

Aplikasi Sebagai Projek, Kerja Kokurikulum atau Sepanjang Hayat

Peranan Guru Sebagai Fasilitator

Prosedur Aplikasi KMD Dalam PdP

Tajuk & Konsep

Senaraikan kemungkinan yang akan berlaku (masa depan)

Sediakan eviden-eviden bagi asas kemungkinan

Cadangkan langkah langkah penyelesaian/penambahbaikan /pelan tindakan

Pembentangan/ Simulasi/ Hasil kerja

Contoh/ Sumber PdP

Tema: Malaysia Negaraku

Tanggungjawab mengekalkan kemerdekaan

Semangat patriotik

Perpaduan rakyat

Keharmonian dan

Keselamatan negara

Bagaimana?

Kemungkinan berlaku jika negara kita kehilangan kemerdekaannya?

Senaraikan kemungkinan apa yang bakal berlaku?

Kaitkan kemerdekaan dengan kejayaan dan masa depan

Gunakan sumbangsaran untuk mendapatkan pandangan pelajar

Guna gambar negara-negara yang sering dilanda kekacauan

Cadangan

Bina senario masa depan jika langkah tidak diambil

(melalui teknik sumbang saran)

Pelan tindakan mengekalkan kemerdekaan

Refleksi

Pembelajaran Konstruktivisme

A collection of theories including reconstruction of experience,(Dewey,1897), generative learning (Witrock,1990), discovery learning (Bruner,1961) and situated learning(Brown, Collins, & Dugid,1989) that focus on the idea that individuals actively construct knowledge by working to solve realistic problems, usually in collaboration with others. (Duffy,

Lowyck & Jonasen,1992)

Mengapa Perlu Konstruktivisme?

Pelajar bina sendiri secara aktif pengetahuan/ konsep berdasarkan pengetahuan/ pengalaman yang sedia ada

Pembelajaran baharu bergantung pada pemahaman atau pengetahuan sedia ada

Komunikasi dan interaksi sosial menjurus kepada pemikiran aras tinggi.

Pengetahuan; Idea; Konsep; Kemahiran; Maklumat

Pengetahuan yang diterima

Pengetahuan sedia ada

Pengetahuan baru yang telah dibina

Prosedur Aplikasi Pembelajaran Secara Konstruktivisme Dalam PdP

Engage

Explore

Explain

Eloborate

Evaluate

Bengkel

Berdasarkan salah satu tema dalam mana-mana Sukatan Pelajaran Subjek T6 dan mengikut kumpulan, rancangkan satu contoh PdP bilik darjah dengan menggunakan satu pendekatan/strategi PdP yang telah dibincangkan.

Kesimpulan

There is quite likely no substitute for the experience of feeling empowered. . . if we hope for children to pursue learning enthusiastically within the structure of a classroom or a school. Learning and power are inextricably linked.

(The Game of School, p. 65)

To the world you may be just a teacher but to your students you are a HERO!.

5.PELAKSANAAN MODUL

5.1LANGKAH 1 (5 minit)

Fasilitator:

Menerangkan dan membincangkan ciri-ciri bilik darjah alaf baru

5.2LANGKAH 2 (5 minit)

Peserta:

Berkongsi pengalaman dan membanding beza ciri-ciri bilik darjah yang diamalkan di sekolah (Sumbang Saran)

Fasilitator:

Membimbing dan merumus

5.3LANGKAH 3 (30 minit)

Fasilitator:

Menerangkan pendekatan dan pelbagai strategi yang digunakan dalam pembelajaran dan pengajaran yang selaras dengan keperluan dan amalan pembelajaran dan pengajaran alaf baru

Peserta:

Berkongsi pengalaman tentang amalan pengajaran di bilik darjah.

5.4LANGKAH 4 (40 minit)

Fasilitator:

Beri arahan aktiviti perbincangan kumpulan membina pemetaan PdP tentang pendekatan dan strategi PdP di bilik darjah berdasarkan lampiran yang diberi ( Lampiran)Peserta:

Berbincang, membina pemetaan pengajaran (guna kertas) mahjong.

Pembentangan5.5LANGKAH 5 (30 minit)

Peserta:

Wakil kumpulan membentang hasil perbincangan.

Membuat kesimpulan

5.6LANGKAH 6 (10 minit)

Fasilitator:

menjelaskan aspek-aspek berikut sebagai input kepada peserta:

Kreativiti & inovasi

Gabung jalin alat-alat berfikir I-Think iaitu peta

pemikiran dan Habits Of Mind (HOM)

Rumusan & Kesimpulan

Refleksi6.0Rujukan

Slavin, R. (2006). Educational psychology (8th ed.). Boston: Pearson/Allyn & Bacon.

Heinich, G & Hildebrand, V (2005). Returns to Education in the European Union: a re-assessment from comparative data. European Journal of Education: Volume 40, Issue 1, pages 1334

The classroom discussion model of teaching (*arends, 2001). StudyMode.com. Retrieved 04, 2013, from http://www.studymode.com/essays/The-Classroom-Discussion-Model-Of-Teaching-1566385.htmlKagan, S. & Kagan, M. (2009).Cooperative Learning. San Clemente, CA: Kagan Publishing,

Anderson, L.W,J & Krathwohl, D. R. (2001). A taxonomy for learning, teaching, and assessing: a revision of Blooms taxonomy of educational objectives. New York: Addison Wesley Longman.

Dewey, J.(1897). My pedagogic creed. In: early works of John Dewey. Op. cit., vol. 5, p. 84-95.

Wittrock, M. C. (1990). Generative processes of comprehension. Educational Psychologist, 24, 345-376.

Bruner, J. S. (1961). The act of discovery. Harvard Educational Review, 31, 21-32.

Brown, J. S., Collins, A., & Duguid, P. (1989). Situated cognition and the culture of learning. Educational Researcher, 18 (1), 32-42.

Duffy, T. and Jonassen, D. (1992). Constructivism and the Technology of Instruction. Laurence Erlbaum Assocviates, Hillsdale, Ney Jersey.

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA 1