03 Umrah-Tawaf

5
LAFAZ NIAT TAWAF UMRAH Ya Allah, aku tawaf Baitul Lahil Haram tujuh keliling Tawaf Sunat kerana Allah Ta’ala maka permudahkanlah bagiku dan terimalah daripadaku. ISTILAM HAJAR ASWAD , Dengan nama Allah dan allah Yang Maha Besar, semua pujian adalah tertentu kepada Allah Lalu mengucup tapak tangan kemudian turunkan. DOA Tawaf Pusingan Pertama Istilam di Rukun Yamani (angkat tangan kanan) Lalu mengucup tapak tangan kemudian turunkan. Doa menuju ke garisan Hajar Aswad Tawaf Pusingan Kedua Lakukan Istilam di Hajar Aswad , Lalu mengucup tapak tangan Istilam di Rukun Yamani (angkat tangan kanan) Lalu mengucup tapak tangan Doa menuju ke garisan Hajar Aswad Tawaf Pusingan Ketiga Lakukan Istilam di Hajar Aswad , Lalu mengucup tapak tangan DOA Tawaf Pusingan Kedua Istilam di Rukun Yamani (angkat tangan kanan) Lalu mengucup tapak tangan Doa menuju ke garisan Hajar Aswad

description

doa-doa semasa tawaf..semoga bermanfaat..

Transcript of 03 Umrah-Tawaf

Page 1: 03 Umrah-Tawaf

LAFAZ NIAT TAWAF UMRAH

Ya Allah, aku tawaf Baitul Lahil Haram tujuh keliling Tawaf Sunat kerana Allah Ta’ala maka

permudahkanlah bagiku dan terimalah daripadaku.

ISTILAM HAJAR ASWAD

,

Dengan nama Allah dan allah Yang Maha Besar, semua pujian adalah tertentu kepada Allah

Lalu mengucup tapak tangan kemudian turunkan.

DOA Tawaf Pusingan Pertama

Istilam di Rukun Yamani (angkat tangan kanan)

Lalu mengucup tapak tangan kemudian turunkan.

Doa menuju ke garisan Hajar Aswad

Tawaf Pusingan Kedua

Lakukan Istilam di Hajar Aswad

, Lalu mengucup tapak tangan

Istilam di Rukun Yamani (angkat tangan kanan)

Lalu mengucup tapak tangan

Doa menuju ke garisan Hajar Aswad

Tawaf Pusingan Ketiga

Lakukan Istilam di Hajar Aswad

, Lalu mengucup tapak tangan

DOA Tawaf Pusingan Kedua

Istilam di Rukun Yamani (angkat tangan kanan)

Lalu mengucup tapak tangan

Doa menuju ke garisan Hajar Aswad

Page 2: 03 Umrah-Tawaf

Tawaf Pusingan Keempat

Lakukan Istilam di Hajar Aswad

, Lalu mengucup tapak tangan

DOA Tawaf Pusingan Ketiga

Istilam di Rukun Yamani (angkat tangan kanan)

Lalu mengucup tapak tangan

Doa menuju ke garisan Hajar Aswad

Tawaf Pusingan Kelima

Lakukan Istilam di Hajar Aswad

, Lalu mengucup tapak tangan

DOA Tawaf Pusingan Kelima

Istilam di Rukun Yamani (angkat tangan kanan)

Lalu mengucup tapak tangan

Doa menuju ke garisan Hajar Aswad

Tawaf Pusingan Keenam

Lakukan Istilam di Hajar Aswad

, Lalu mengucup tapak tangan

DOA Tawaf Pusingan Keenam

Istilam di Rukun Yamani (angkat tangan kanan)

Lalu mengucup tapak tangan

Doa menuju ke garisan Hajar Aswad

Tawaf Pusingan Ketujuh

Lakukan Istilam di Hajar Aswad

, Lalu mengucup tapak tangan

DOA Tawaf Pusingan Ketujuh

Istilam di Rukun Yamani (angkat tangan kanan)

Lalu mengucup tapak tangan

Doa menuju ke garisan Hajar Aswad

Page 3: 03 Umrah-Tawaf

BERDOA DI MULTAZAM

Di antara Hajar Aswad dan Pintu Ka’abah

• tempat makbul DOA

• Lekapkan dada dan muka menghadap Ka’abah degnan

kedududukan tangan ke atas paras kepala menekap Ka’abah

MAKNA DOA DI MULTAZAM

Wahai Allah, Tuhan yang mempunyai Al-baitil Atiq (baitullah).

Bebaskanlah diri kami, diri bapa-bapa kami, ibu-ibu kami, saudara-

saudara kami dan anak-pinak kami dari neraka. Ya Tuhan yang

mempunyai kebaikan, kemurahan, kelebihan kurniaan dan belas

kasihan. Ya Allah ya Tuhan, kurniakanlah ganjaran dalam segala

urusan kami dan jauhkan kami daripada kehinaan dunia dan azab

akhirat. Ya Allah ya Tuhan, sesungguhnya aku ini hambaMu dan anak

hambaMu, berdir di bawah pintuMu mencium jenang pintuMu,

merendah di ri di hadapanMu dengan mengharapkanrahmatMu dan

takutkan azabMu. Wahai Tuhan yang sentiasa bersifat ihsan. Ya Allah

ya Tuhan, seusngguhnya aku meminta kepadaMu supaya Engkau

muliakan sebutan namku, gugurkanlah dosaku, bersihkanlah hatiku

serta terangkanlah kuburku, ampunkanlah dosaku dan aku memohon

kepadaMu supaya Engkau mengurniakanku dengan darjat-darjat yang

tinggi di dalam syrga, amin.

SOLAT SUNAT TAWAF

Tempat : Di belakang Makam Nabi Ibrahim.

Sahaja aku bersolat sunat Tawaf dua rakaat kerana Allah Ta’ala

Surah Rakaat Pertama :

Surah Rakaat Kedua :

Doa selepas Solat sunat Tawaf

Doa solat sunat Tawaf (sambungan)

Wahai allah, sesungguhnya Engkau mengetahui segala (perbuatanku) yang kaku

lakukan secara rahsia dan perbuatanku yang terang-terangan, maka terimalah

keusuranku dan Engkau mengetahui hajatku, maka kurniakanlah permintaanku. Engkau

mengetahui segala yang ada di dalam sanubariku, maka ampunilah disaku. Ya Allah ya

tuhan, sesungguhnya aku meminta kepadaMu iman yang kukuh di hatiku dan

keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui bahawa tidak akan

menimpa sesuatu kepadaku melainkan apa yang Engkau telah tetapkan. Aku redha

dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku. Engkaulah yang menolongku di dunia

dan akhirat, maka matikanlah aku dalam Islam dan sertakanlah diriku bersam-sama

orang yang soleh. Wahai Allah, janganlah Engkau tinggalkan pada kami di tempat yang

ulia ini sebarang dosa pun, melainkan Engkau mengampunkannya. Jangan Engkau

biarkan kesedihan yang wujud di hati kami melainkan Engkau menghapuskan dan tidak

ada sesuatu hajat yang diminta melainkan Engkau telah mengurniakannya,

mudahkanlah segala urusan kami dan lapangkan dada kami, terangkanlah hati kami

dan sudahi amalan-amalan kami dengan kebaikan, ya Allah ya Tuhan, matikanlah kami

dalam Islam, hidupkanlah kami dalam Islam dan sertakanlah kami bersama-sama orang

yang soleh dengan tiada mendapat kehinaan dan bala bencana.

Page 4: 03 Umrah-Tawaf

Solat Sunat di Hijr Ismail

Niat :

Sahaja aku bersolat sunat dua rakaat kerana Allah Ta’ala

Surah Rakaat Pertama :

Surah Rakaat Kedua :

Doa selepas Solat sunat di Hijr ismail

Doa selepas Solat sunat di Hijr ismail (sambungan)

Ya Allah, Engkaulah Tuhan, tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan

Ebkau. Engkaulah yang telah menciptakanku, aku adalah hambaMu, aku berpegang kepada

perjanjain dan taat setia terhadapMu dengan sedaya-upayaku. Aku memohon perlindungan

denganMu dariapda dosa yang telah aku lakukan. Aku mengakui limpah kurnia Engkau ke

atasku, aku mengakui juga segala dosa yang telah aku lakukan, maka ampunilah

kiranyadosaku itu, kerana tiada siapa yang boleh mengampunkannya melainkan Engkau juga

ya Allah ya Tuhan, aku memohon kepada Engkau apa yang paling baik yan gpernah dipohon

oleh hamba-hambaMu yang soleh dan aku berlindung denganMu daripada sejahat-jahat apa

yang pernah diminta perlindungan oleh hamba-hambaMu. Wahai Allah dengan nam-namMu

yang Maha Suci dan Mulia dan sifat-sifatmu yang tinggi, bersihkanlah hati kami

daripadasegalakeadaan yang menjauhkan kami untuk memandang kebesaran dan belas kasih

sayangMu, matikanlah kami di atas perjalanan Sunnah dan Jemaah dengan rasa kecintaan

untuk berjumpa denganMu wahai Tuhan yang mempunyai ketinggian dan kemuliaan. Ya

Allah ya Tuhan, terangkanlah hatiku denga ilmu pengetahuan dan pergunakanlah tubuh

badanku untuk mentaatiMu, bersihkan hatiku daripada fitnah dan sibukkanlah fikiranku

untuk mengambil iktibar. Peliharakanlah aku daripada was-was syitan dan keluarkanlah aku

daripada bahaya, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih sehingga syaitan itu tiada berkuasa ke

atasku. Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman denganMu, maka

ampunilah dosa-dosa kami dan peliharalah kami daripada azab seksa neraka.

DOA KETIKA MINUM AIR ZAM-ZAM

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Allah sesungguhnya aku

bermohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas dan penawar bagi segal penyakit.

DOA KETIKA MENUJU KE BUKIT SAFA

Aku mulakan dengan apa yang dimulakan oleh Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Safa dan Marwah

dari syiar-syiar Allah, sesiapa yang menunaikan haji dan umrah maka tidak mengapa mereka bersa’I

di antara keduanya, dan sesiapa yang melakukan kelebihan ibadat, sesungguhnya Alah Maha

memberi syukur dan Maha mengetahui.

Ketika menaiki Bukit Safa:

Alah Maha Besar (3x), segala puji-pujian bagi Allah.

Page 5: 03 Umrah-Tawaf

DOA Tawaf pusingan 1

Maha Suci Allah dan segala kepujian itu adalah kepunyaanNya, tidak ada Tuhan yang

berhak disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah. Allah yang Maha Agung,

tidak ada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Alah Yang Maha

Tinggi lagi Maha Agung. Selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah s.a.w. Ya Allah

Tuhanku! Aku kerjakan ibadah ini kerana beriman kepada Engkau dan membenarkan

kitab dan menyempurnakan janji dengan Engkau dan menurut perjalanan (sunah) Nabi

Engkau dan kekasih Engkau Syaidina Muhammad s.a.w. Ya Allah, sesungguhnya aku

bermohon keampunan dariMu, kesihatan yang sempurna dan kesejahteraan yang

berkekalan dari bala bencana sama ada terhadap agama, dunia dan akhirat serta

mendapat kejayaan dengan beroleh syurga dan keselamatan daripada api neraka.

DOA Tawaf pusingan 2

Wahai Allah! Sesungguhnya Ka’bah ini rumahMu, Tanah Haram ini, milikMu, keamanan

yang ada ini kepunyaanMu. Aku ini adalah hambaMu, dan anak hambaMu, disinilah

tempat orang yang berlindung denganMu dari api neraka, maka haramkanlah daging

kami dan kulit kami daripadanya. Wahai Allah! Jadikanlah diri kami cintakan iman,

hiaskanlah iman itu di dalam hati sanubari kami dan jadikanlah kami daraipada

golongan orang-orang yang benci kepada kufur, derhaka dan ma’siat, jadikanlah kami

dari golongan mereka yang bijak. Wahai Allah! Peliharakanlah diriku daripada azabMu

di hari yang Engkau akan bangkitkan hamba-hambaMu. Ya Allah ya Tuhanku kurniakan

kepadaku syurga tanpa penghisaban.

DOA Tawaf pusingan 3

Wahai Allah, ya Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada ragu-ragu,

syirik, permusuhan, munafik, perangai jahat, pandangan buruk dan daripada

perubahan yang tidak baik terhadap harta benda, isteri dan anak. Ya Allah,

sesungguhnya aku memohon daripadaMu keredhaan dan syurgaMu, aku berlindung

denganMu daripada kemurkaanMu dan neraka. Ya Allah, ya Tuhanku! Sesungguhnya

aku berlindung dengaMu dariapda fitnah kubur, dan daripada fitnah hidup dan mati

DOA Tawaf pusingan 4

Wahai Allah, ya Tuhanku, jadikanlah hajiku Haji Mabrur (haji yang diterima) usaha yang

disyukuri, dosa yang diampunkan, amal soleh yang diterima dan perdagangan yang

tidak rugi. Ya Tuhan Yang Maha Mengetahui isi hati, keluarkan diriku daripada gelap-

gelita kea lam nur cahaya terang benderang. Ya Allah, ya Tuhanku, sesungguhnya aku

memohon daripadaMu perkara-perkara yang menyebabkan turunnya rahmatMu serta

mendapat keampunan, keselamatan daripada segala dosa, memperolehi segala jenis

kebajikan, berjaya mendapat syurga dan selamat daripada api neraka. Ya Allah ya

Tuhanku, jadikanlah diriku berpuas hati dengan pemberian yang Engkau kurniakan

kepadaku, berkatilah apa yang Engkau anugerahkan kepadaku dan gantikanlah apa

yang hilang daripadaku dengan apa yang lebih baik daripada Engkau.

DOA Tawaf pusingan 5

Wahai Allah! Kurniakanlah untukku naungan ArasyMu pada hari yang tidak ada

naungan melainkan naungan ArasyMu, tidak ada yang kekal melainkan zatMu dan

kurniakanlah kepadaku minum dari kolam Nabi Muhammad s.a.w satu minuman yang

sedap dan lazat di mana kami tidak akan mengalami kedahagaan sesudahnya selama-

lamanya. Wahai Allah! Sesungguhnya aku memohon dariMu kebaikan sebagaimana

yang dipohon oleh junjungan Nabi Muhammad s.a.w dan aku berlindung denganMu

daripada kejahatan sepertimana yang telah dipohon perlindungan darinya oleh

NabiMu junjungan Muhammad s.a.w. Wahai Allah! Sesungguhnya aku memohon

daripadaMu syurga dan nikmatnya dan daripada apa juga perkara yang

menghampirkan aku kepadanya sama ada dengan perkataan, perbuatan atau amalan.

Aku berlindung denganMu daripada neraka dan daripada apa-apa juga perkara yang

menghampirkan daku kepadanya sama ada dengan perkataan, perbuatan atau amalan.

DOA Tawaf pusingan 6

Wahai Allah ya TuhanKu, sesungguhnya hak-hakku terhadapMu sebagaimana

banyaknnya hak-hakMu terhadap makhlukMu. Oleh itu, ampunilah aku dan ampunilah

juga apa-apa kesalahan di antara ku dengan makhlukMu, maka aku memohon dariMu

supaya Engkau mempertanggungjawabkan ke atasku. Dan kayakan daku dengan apa

yang halal dari yang haram, dengan ketaatan dari kemaksiatan dan dengan kurniaanMu

daripada pemberian yang lain. Wahai Tuhan Yang Maha Luas Kemapunan. Wahai Allah,

sesungguhnya Baitullah ini Maha Bear, zat Engkau itu Maha Mulia dan Engkau ya Allah

Tuhan Yang Maha Lemah-Lembut, Maha Pemurah, Maha Agung sukakan keampunan,

maka ampunilah dosaku.

DOA Tawaf pusingan 7

Wahai Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku memohon dikurniakan iman yang

sempurna, keyakinan yang sebenar-benarnya, rezeki yang luas, hati yang khusyuk, lidah

yang sentiasa berzikir, taubat yang sebenar sebelum mati, keampunan dan rahmat

sesudah mati, kemaafan ketika dinisabkan amalan, kejayaan dengan mendapat syurga

dan keselamatan daripada neraka, dengan belas kasihanMu yan Tuhan Yang Maha

Kuasa lagi Yang Maha Pengampun, ya Tuhan, tambahkanlah ilmu pengetahuan

kepadaku dan masukkan aku ke dalam golongan orang-orang yang soleh.

Doa dari RUKUN YAMANI menuju ke GARISAN HAJAR ASWAD

Wahai Allah, ya Tuhan, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di

akhirat serta hindarkanlah kami ini daripada seksa azab api neraka, dan masukkanlah

kami ke dalam syrga bersama-sama orang yang berbuat kebaikan. Ya Tuhan Yang Maha

Perkasa, Tuhan Yang Maha Pengampun, Tuhan yang mentadbirkan seluruh Alam.