04 028-040 Abdullah Zaidi 02
-
Upload
zulfakhribinzakaria -
Category
Documents
-
view
252 -
download
0
Transcript of 04 028-040 Abdullah Zaidi 02
-
7/31/2019 04 028-040 Abdullah Zaidi 02
1/13
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
28
Syaikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari:
Allamah Unggul Rantau Melayu
Abdullah Zaidi Hassan
Perpustakaan Islam Nur Az-Zahrah, Kota Bharu, Kelantan
PENGENALAN
Apabila kita membicarakan tentang SyaikhMuhmmad Arsyad al-Banjari, ertinya kita
membicarakan seorang tokoh unggul yang besarjasanya kepada ummah di rantau ini, kitamembicarakan tokoh yang pengaruh ilmu serta
fahamnya mendalam jangkau kesan pengaruhnya keatas ummah rantau ini. Kita berbicara tentangseorang alim yang begitu lama bertungkus-lumus
menuntut ilmu, seorang alim yang begitu gigihmenyebar faham dan amal agama dalammasyarakatnya,seorang tokoh yang meninggalkan
kesan yang mendalam ke atas stuktur pentadbirammasyarakatnya, seorang tokoh yang meninggalkanzuriat yang terus-menerus berkhidmat kepada agama
dan seorang tokoh ulama yang menjadi rujukan
kepada ulama Melayu yang datang kemudiannya.Seorang tokoh yang kita harapkan dapat
menumpang berkat ilmu dan amalnya di dunia dandi akhirat kelak.
Kelahiran: Syaikh Muhammad Arsyad BinAbdullah dilahirkan di Kampong Lok Gabang,Martapura pada 15 Safar 1122H, bersamaan 19 Mac
1710M, (ada sarjana yang mengatakan beliaudilahirkan pada tahun 1707M). Ayahnya bernamaAbdullah serta ibunya bernama Aminah,
sebagaimana nama kedua ayah-bonda RasulullahSollalluhu alaihi wasallam. Mereka merupakan
pasangan yang kuat berpegang kepada agama.Moyangnya Abu Bakar dikatakan adalah raja diMindanao. Titihan keturunan beliau dikatakan darihababib Hadramaut, dari keluarga Habib Abu Bakar
as-Sakran as-Saggof dari Maula ad-Duwailah dariFaqih al-Muqaddam Muhammad bin Ali Baalawisehingga kepada Imam al-Muhajir Ahmad bin Isa
sete.rusnya kepada Sayyidina Ali Karramallahuwajhahu dan Saiyyidatina Fatimah binti Rasulullah.
1
Beliau merupakan anak sulung kepada
pasangan ini, selepas sekian lama mereka tidakmendapat zuriat, kelahiran Muhammad Arsyadkemudiannya diikuti dengan kelahiran adik-adiknya,
Abidin, Zainal Abidin, Nurmein dan Nurul Amin.
Muhammad Arsyad membesar sebagai seorang anak
yang cergas-pintar serta berkebolehan dalammelukis pemandangan menggunakan arang.Kepintaran dan kebolehannya ini telah menarik
perhatian pemerentah ketika itu yang kebetulanmelawat Lok Gabang, Sultan Tahlilullah (1700-1735) untuk mempelawa Muhammad Arsyad yang
berumur 7 tahun serta keluarga untuk tinggal didalam kawasan istana baginda di Martapura.Baginda menjanjikan yang Muhammad Arsyad akan
diberi pendidikan sebaik mungkin. MuhammadArsyad mendapat pendidikan sebagaimana yangdijanjikan oleh Sultan, sehingga mencapai umur 30
tahun. Sultan kemudiannya mengkahwinkanMuhammad Arsyad dengan perempuan bangsawanyang dikenali sebagai Tuan Bajut. Ketika Tuan
Bajut sarat mengandung anak pertama, Muhammad
Arsyad mengambil keputusan untuk menyambungbelajar di Makkah.
Pendidikan: Di Makkah, Syaikh MuhammadArsyad menuntut ilmu kepada guru-guru di sana
antaranya; Syaikh Ataillah bin Ahmad al-Misri,Syaikh Ahmad bin Abdul Mumin ad-Damanhuri,Syaikh Sayyid Muhammad Murtada az-Zabidi,
Syaikh Hassan bin Ahmad al-Yamani, SyaikhAbdullah bin Hijazi ash-Syarqawi, Syaikh Salim binAbdullah al-Basri, Syaikh Syaikh Abdul Rahman
bin Abdul Aziz al-Maghribi, Syaikh Syed AbdulRahman bin Sulaiman al-Ahdal, Syaikh Abdul
Rahman Abdul Mubin al-Fatani (Pauh Bok), SyaikhMuhammad Zain bin Faqih Jalaluddin al-Asyi(pengarang kitab jawi Bidayatul al-Hidayah)
2dan
lain-lainnya. Dikatakan keberadaan syaikh di Hejaz
telah disokong biayanya oleh Sultan Tamjidullahdan kemudiannya Sultan Tahmidullah II.
Selepas 30 tahun menuntut di Makkah, Syaikh
telah menyambung belajar di Madinah, guruutamanya di Madinah ialah Syaikh Muhammad binSulaiman al-Kurdi dan Syaikh Muhammad bin
Abdul Karim as-Sammani. Syaikh dikata sebenarnyaberhasrat untuk menyambung belajar ke Masir tetapidinasihati oleh Syaikh Muhammad Sulaiman al-
Kurdi agar segera pulang ke tanahair untukberkhidmat kepada agama di kalangan anak bangsa
Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV: Ulama Pemacu Transformasi Negara
disunting oleh: Azmul Fahimi Kamaruzaman, Ezad Azraai Jamsari, Ermy Azziaty Rozali, Farid Mat Zain, Hakim Zainal,
Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad, Maheram Ahmad, Md Nor Abdullah, Napisah Karimah Ismail & Zamri Arifin
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor
ISBN 978-983-9368-57-4 (2011), http://www.ukm.my/nun/prosiding%20atas%20talian.htm
-
7/31/2019 04 028-040 Abdullah Zaidi 02
2/13
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
29
sendiri. Selama 5 tahun pengajian di Madinah ini,Syaikh juga telah mempelajari tasauf danmemasukki suluk di bawah pengawasan Syaikh
Muhammad Abdul Karim as-Sammani. Di sinilahhubungan syaikh, Syaikh Abdul Samad al-Falembani yang sama-sama menuntut di Makkah
sebelumnya serta Syaikh Abdul Wahab Bugis danAbdul Rahman al-Misri dari Betawi yang keduanyabelajar di Masir sebelumnya menjadi sangat akrab.
Keempat-empat ulama ini yang dikenali sebagaiempat serangkai ulama jawi telah memperolihiijazah dari Syaikh Muhammad Abdul Karim as-
Sammani untuk mentalqin serta menyebarkantariqah as-Sammaniyyah, yakni asasnya merupakanfuru bagi tariqah al-Khalwatiyyah.
Mereka berempat telah bersama pulang keNusantara, mereka singgah di Betawi. Ada pengkajiyang mengatakan mereka terlibat dalam perjuangan
menentang pemerentahan Belanda ketika berada di
sana. Syaikh telah mengunjungi beberapa buahmasjid di Batawi untuk beribadat dan berdakwah,
memanafaatkan ilmu falak yang dikuasainya, Syaikhtelah membetulkan arah qiblat bagi masjid-masjidyang arah qiblatnya tidak tepat, seumpama Masjid
Pekojan dan Masjid Luar Batang. Sementara diMasjid Jembatan Lima terdapat catitan dalam bahasaarab sehingga sekarang yang mengatakan yang arah
qiblat masjid ini ditelah dipalingkan ke kanansebanyak 25 darjah pada tahun 1186H (1772M) olehSyaikh Muhammad Arsyad al-Banjari.
Syaikh kemudiannya menyambungpelayarannya dari Betawi ke Martapura, dia
ditemani oleh rakannya yang dijadikan menantunyaiaitu Syaikh Abdul Wahab Bugis. KepulanganSyaikh pada bulan Ramadan 1186H (1772M) setelahmerantau menuntut ilmu selama 35 tahun telah
disambut meriah oleh Sultan Tahmidullah II danrakyat jelata.
Sultan telah menganugerahi tanah di pinggir
Sungai Martapura kepada Syaikh, dimanafaatkankawasan ini sebagi perkampongan keluarganya,kawasan pertanian yang mempunyai sistem
pengairan yang dikenali sebagai Sungai Tuan, jugamenempatkan pondok pesantren. Kawasan inidikenali sebagai Dalam Pagar. Para santri yang
datang untuk menuntut ilmu di Pesantren DalamPagar juga didedahkan kepada aktiviti pertanian.
Perkahwinan: Sekurang-kurangnya Syaikh telahberkahwin empat sebanyak kali, Tuan Bajut(mendapat 2 orang anak) dan Tuan Markida dari
bubuhan orang kebanyakan, Tuan Guwat @Go HuatNio (6 orang anak) dari bubuhan cina sementaraAminah binti Taha bin Sultan Tahmidullah (7 orang
anak)dari bubuhan diraja. Dikatakan Syaikh jugamempunyai isteri selain yang empat ini seperti TuanBaiduri (4 orang anak) mendapat dan Tuan Lipur (5orang anak), begitu juga dengan Tuan Kadarmanik,
Tuan Liuh, Tuan Dayi dan Tuan Palung (3 oranganak).
3
Sebagaimana yang diketahui yang Syaikhmengkahwini Tuan Bajut sebelum belayar keMakkah dan kembali ke Martapura selepas 35 tahun
kemudiannya, pada ketika umur Syaikh hampirmencecah 65 tahun.(Sekiranya benar Syaikh belayarke Makkah ketika berusia hampir 30 tahun dan telah
menuntut di bumi Hejaz selama 35 tahun), agaksukar pada kebiasaan kita untuk membayangkansyaikh sempat berkahwin sekelian ramai isteri,
walaupun Syaikh meninggal dunia pada usia yangluar biasa lanjut.
Syaikh telah mempunyai 30 orang anak dari
semua perkahwinan ini. Ramai daripada anak-anaknya serta zuriatnya yang menjadi ulama dan adayang memegang jawatan resmi seperti mufti
(seramai 10 orang) dan qadi (seramai 25 orang).Dari perkahwinannya dengan Tuan Bujut, sebagaicontoh telah melahirkan anak perempuan, Syarifah.
Dari perkahwinan Syarifah dengan Othman
mehirkan Muhammad Asad yang kemudiannnyamenjadi mufti pertama Matrapura, perkahwinan
kedua Syarifah dengan Syaikh Abdul Wahab Bugismelahirkan Fatimah, seorang alimah yang mengajarsantri perempuan di Pesantran Dalam Pagar dan juga
merupakan penulis yang berkebolehan4.
Pembentukan Lembaga Kegamaan:Sekembalinya Syaikh dari Tanah Hejaz denganpersiapan ilmu yang sangat memadai danpenghormatan serta kepercayaan masyarakat
terhadap beliau membolehkan Syaikh berperanansecara berkesan di dalam masyarakatnya.Sultan
Tahmidullah telah meminta nasihat Syaikh tentangpembentukan lembaga keagamaan di Martapura.Dengan itu Sultan telah mewujudkan jawatan mufti,sebagai pegawai tertinggi dalam penyeliaan
perlaksanaan hukum dan juga untuk mengeluarkanfatwa. Sultan juga melantik qadi untukmelaksanakan sistem perundangan Islam yang
meliputi urusan perselisihan,pusaka, dan nikah cerai.Mufti pertama yang dilantik ialah SyaikhMuhammad Asad bin Othman, cucunya Syaikh
sendiri sementara jawatan qadi dijawat oleh SyaikhSuud, anak Syaikh sendiri.
Pembentukan lembaga keagamaan ini semakin
mengukuhkan peranan Islam di Martapura, sehinggadi atas usulan dari Syaikh, sultan jugamemperkenankan perlaksanaan hukum jinayah
seperti hukuman bunuh bagi orang yang murtad,potong tangan bagi yang mencuri, dera bagi yangberzina dan selainnya. Pengukuhan ini berlanjutan
dan mencapai kemuncaknya pada zamanpemerentahan Sultan Adam yang yangmemperlembagakan Undang-Undang Sultan Adam
pada tahun 1835.5
Tariqah al-Sammaniyah: Syaikh sebagaimana jugamenantunya, Syaikh Abdul Wahab Bugis
merupakan khalifah kepada Syaikh MuhammadAbul Karim as-Sammani semenjak di Madinah lagi.
-
7/31/2019 04 028-040 Abdullah Zaidi 02
3/13
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
30
Mereka berperanan menyebarkan ajaran tasauf danmengadakan majlis zikir serta menyelia murid-muridtertentu untuk menjalani suluk kerohanian.
Penyebaran aliran sufi yang kuat berpaut kepadaaqidah ahlu as-sunnah dan terikat kepada amalanfeqah yang muktabar bertapak menjadi faham dan
pembawaan tasauf yang meluas di kerajaanMartapura. Syaikh memang diakui sebagai perintispada penyebaran Tariqah as-Sammaniyyah di
Kalimantan Selatan.Pada zaman itu terdapat aliran tariqah yang
tidak selari dengan ajaran Ahlu as-Sunnah, antara
tokoh yang tertonjol ialah Dato Abulong, SyaikhAbdul Hamid. Dikatakan ketika Sultan menitahkanagar Abulong menghadap untuk dibicarakan dia
menjawab: di sini tiada Haji Abdul Hamid,yangada Tuhan. Lalu Sultan menyuruh pegawai bagindamemanggil agar Tuhan datang ke istana, lalu dia
menjawab Tuhan tidak bisa diperentah6. Akhirnya
Sultan mejatuhkan hukum bunuh ke atas Abulong.Timbul polemik di antara pengkaji semada hukuman
bunuh ke atas Syaikh Abdul Hamid itu di atasnasihat Syaikh Muhammad Arsyad atau tidak, jugaapakah hukuman bunuh itu di atas kesalahan faham
agama Abulong atau kerana sebagai usahapengekalan kuasa oleh Sultan yang ketika ituterdapat usaha-usaha untuk menjatuhkan baginda
dariapada takhta kekuasaan7.
Pada itupun, kita membaca catitan tentanghubungan antara Syaikh dengan Datu Sanggul atau
yang dikenali sebagi Datu Muning yang dikatakanberasal semada dari Acheh (ada yang menyebut dari
Hadramaut atau Palembang), nama tubuhnya SyaikhAbdul Samad. Pengajaran tasauf yang dibawa olehSyaikh bersifat dari langit ke bumi, bermula dari nasal-Quran, hadith serta athar dan perkataan ulama
kepada pengamalan tasauf dan pengalamankerohanian. Sedangkan pendekatan Datu Sanggulpula ialah dari bumi ke langit, bermula dengan
pemerhatian, tafakkurnya terhadap unsur-unsur alamyang membimbangnya kepada pengesaan danpengagungan Allah. Mereka saling memanafaat
antara satu sama lain, Datu Sanggul meninggalselepas setahun syaikh kembali ke Martapura.Ketinggian kedudukan kerohanian Datu Sanggul
hanya terkuak dan dimaklumi umum hanyalahselepas mendapat pengiktirafan dari Syaikh.Pertemuan dua tokoh dari dua kaedah suluk yang
berlainan (satunya salik satunya majzub) inilah yangdikatakan melahirkan kitab misteri yang digelarkitab Berencong (sekiranya ianya benar-benar
wujud; serta sekiranya didakwa sebagai kandungankitab Berencong, maka kesahihannya hendaklahditimbal balik dengan kandungan Kitab Tuhfatu ar-
Raghibin). Bagaimanapun cerita-cerita ini memberikita isyarat yang syaikh tidak menolak pengalamankerohanian seseorang hanya kerana berlainanmasyrab ataupun kaedah. Sikap sebegini
memerlukan kepada ilmu yang cukup tajam dan
sikap lapang dada dalam menerima kerencamanwajah kebenaran.
Kita juga dapat menyelusuri ketajaman
pengamatan ilmu yang ada pada syaikh apabilabeliau membahagikan wujudiyyah kepada dua
8,
bukannya memborong semuanya dalam suatu acuan.
Syaikh menulis selepas beliau menyebut golonganyang sesat serta dihukumkannya sebagai itiqadyang kufur:
(syahadan) adalah wujudiyyah itu dua kaum (suatu) wujudiyyah
yang muwahidun (kedua) wujudiyyah yang mulhidun (maka)
wujudiyyah yang muwahidun itu iaitu segala ahlu as-sufi yang
sebenarnya (dan) dinamakan mereka itu wujudiyyah (kerana)
adalah bahath dan perkataan dan itiqad mereka itu pada wujud
Allah Taala9
Syaikh menjelaskan kumpulan-kumpulan yang
mendakwa sufi sangat merbahaya kepada agama,sehingga beliau menyenaraikan kumpulan-kumpulanmulhid yang bersufi dirinya sebagaimana yang
disebut oleh Imam al-Ghazali, Syaikh Abu NajibSuharwardi, Imam Najmuddin Umar Nasafi danlainnya, sehingga Syaikh mengatakan tiada
sepatutnya mereka dinamakan sufi, hanyasepatutnya dinamakan kafir atau fasiq. Syaikhmenyenaraikan 13 kumpulan daripada mereka.
Syaikh menekankan kewajiban kita mengikut syariatyang dibawa oleh rasul:
Bahawasanya tiada diperolehi jalan mengenal hukum Allah
Taala daripada suruh-Nya dan tegah-Nya (melainkan) daripada
pihak pesuruh-Nya jua maka (barangsiapa) menyangka-nyangka
bahawa diperolih jalan mengenal yang demikian itu lain daripada
jalan yang pada pihak pesuruh-Nya (maka) iaitu kafir (kerana)
disangkanya sampai kepada martabat nubuwwah (kata Imam al-Ghazali) jikalau menyangka seorang wali akan bahawasanyanya
antaranya dan antara Allah Taala martabat dan hal yang
menggugurkan wajib sembahyang (dan) menghalalkan minum
arak (seperti) disangka oleh kaum yang bersufi-sufi dirinya
(maka) tiadalah syak pada wajib membunuh dia Ikerana)
murtadnya dan membunuh seorang orang itu terlebih baik
daripada membunuh seratus kafir yang asli10
Usaha Islah: Syaikh juga telah berusaha untukmengislahkan masyarakatnya daripada amalan-amalan tradisi yang bertentangan dengan aqidahahlu as-sunnah dan ketentuan syara. Dalam kitabTuhfatu al-Raghibin, syaikh begitu ralikmembincangkan amalan-amalan khurafat yang
terdapat di dalam masyarakatnya, sehingga nisbahruang yang digunakan untuk perkara tersebut jauhmengatasi ruang yang telah diberikan pada mana-
mana faham aqidah sesat yang dibahaskannya.Beliau memulakannya:
(hubaya-hubaya) hendaklah engkau ketahui hai talib [penuntut]
bahawasanya pekerjaan yang telah teradat pada setengah negeri di
bawah angin [ rantau kita] (seperti) membuang pasilih dan
menyanggar dan barang yang seumpamanya (iaitu) bidah pada
perbuatan hamba yang bersalah-salahan dengan al-Quran dan
hadith dan qaul [pendapat] sahabat dan ijma sekelian ulama
(maka iaitu) bidah dolalah yang amat keji, wajib atas orang yang
mengerjakan dia segera bertaubat daripadanya (dan) wajib atas
segala raja-raja dan orang besar menghilangkan dia dikeranakanyang demikian itu daripada pekerjaan maksiat yang mengandung
beberapa bagai daripada yang mungkar (dan) tiap-tiap pekerjaan
-
7/31/2019 04 028-040 Abdullah Zaidi 02
4/13
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
31
yang mungkar itu wajib menegahkan dia dan menghilangkan dia
dengan [dalil] suruh Allah Taala dan Rasul-Nya di dalam
beberapa nas Quran dan hadith11
Syaikh membawa dalih-dalih yang digunakanoleh anggota masyarakat untuk membolehkan
diadakan upacara-upacara tersebut12
, lalu
dibangkangnya satu demi satu secara yangbersungguh-sungguh. Syaikh bertegas sehingga dia
menganggapkan:
(syahdan) bahawa telah terdahulu perkataan bahawa sanyanya
pekerjaan sangkar dan berbuang pasilih itu bidah dan haram yang
amat keji kerana mengandungi ia akan beberapa perkerjaan yang
ijma sekelian ulama atas haramnya (maka) barangsiapa
menghalalkan pekerjaan itu jadilah ia kafir murtad dengan tiada
ikhtilaf semada dikerjakan pekerjaan itu atau tiada (dan) barang
siapa mengerjakan itu dengan tiada dihalalkannya akan dia
(tetapi) di itiqadkannya bahawa sangkar dan pasilah itu memberi
bekas [kesan] ia dengan tabiatnya pada mengurusi [mengurangi]
dan menolakkan bahaya (maka) orang itu jadi kafir dengan ittifaq
sekelian ulama (dan barang siapa) mengitiqadkan yang demikian
itu memberi bekas dengan kuat yang dijadikan Allah Taala di
dalamnya (maka) orang itu jadi kafir (tetapi) dengan ikhtilaf
mereka itu [ulama] dan jadi bidah fasiq dengan tiada ikhtilaf
mereka itu (dan barang siapa) mengerjakan pekerjaan itu dengan
tiada halalkannya akan dia dan tiada diitiqadkannya akan dia
member bekas pada suatu juapun (maka) orang itu jadi bidah
fasiq dengan perbuatannya yang demikian itu (maka) atas tiap-
tiap hal wajiblah atas orang yang menghalalkannya (dan)
mengerjakan pekerjaan itu segera bertaubat daripadanya dan
minta ampun daripada Allah dengan segala syaratnya13
Syaikh juga menyentuh tentang kepercayaan
kepada perkataan orang yang menyarung(dirasukmakhluk halus)
14dan ruh manusia boleh memasukki
tubuh orang lain (tahdiru al-arwah):
(dan setengah) mereka itu adalah itiqadnya bahawa ruh apabilakeluar ia dari suatu badan (maka) masuk ia kepada lembaga yang
lain (maka) itiqad itu kufur15
Syaikh menerangkan biasanya yang merasuk
manusia itu adalah jin, walaupun malaikat jugamempunyai upaya untuk memasukki jasad manusia:
(Dan demikian lagi) perkataannya orang kesarungan itu sekali-
kali itu tiada sah jadi dalil yang menunjukkan atas bahawa yang
menyarung itu manusia [ruh manusia yang lain]m hanya adalah
yang demikian itu jadi dalil yang menunjukkan atas bahawa sanya
yang menyarung itu syaitan jua kerana beberapa nas Quran dan
Hadith dan perkataan segala ulama yang menunjukkan atas
bahawa yang boleh menyarung dan masuk ke dalam badan itu
malaikat atau syaitan jua kerana malaikat dan syaitan itu dijadikanAllah kuasa atas mengerjakan yang sukar hingga dapat masuk ia
ke dalam tubuh manusia (tetapi) perbezaannya bahawa sanya
malaikat tiada menyeru ia (melainkan) kepada jalan petunjuk dan
kebajikan dan syaitan tiada menyeru ia (melainkan) kepada jalan
sesat dan kejahatan16
Dalam syaikh menolak kesesatan kumpulan-
kumpulan yang terseleweng, syaikh menyebut antaraciri-ciri kesesatan yang ada pada kumpulan-kumpulan itu, yang sebenarnya secara amalannyaberlaku juga di dalam masyarakat seperti perbuatantidak menutup aurat, melihat perempuan yang elukparasnya, menari dan menyanyi disertakan dengan
alat muzik seperti rebana, bangsi, mure, rebab dankecapi, mengutamakan syair kerohanian daripada al-Quran sehingga perbuatan zina
17. Walaupun semua
ini tidaklah menjadi pegangan, tetapi amalannyajuga adalah bercanggah dengan ajaran agama,kerana kita ditegah dari menyerupai golongan yang
sesat dalam kesesatan mereka.Syaikh juga memperingat ahli masyarakatnya
kaedah berfikir yang perlu dalam menentukan
kebenaran sesuatu amalan tradisi, antaranya:
(maka) tiap-tiap dakwa dengan tiada dalil itu tiada harus
diperpegang dan dijadikan itiqad.18
Bahawa ceritra orang tuha-
tuha [tua] dan katanya hikayat itu tiada sah jadi dalil yang di atas
itu dikerana ia semata-mata sangka dan waham dan jua tiada
sertanya dalil yang menunjukkan kebenarannya19
Penghayatan Akidah yang Luhur: Penekanansyaikh kepada kefahaman dan penghayatan aqidahyang luhur sangat jelas. Kitabnya Tuhfatu al-Raghibin jelas menunjukkan kesungguhan syaikhdalam bidang ini. Aqidah ahlu as-sunnah wajibdiperpegang:
(hubaya-hubaya) hai saudaraku yang beriman wajib atasmu
beritiqad dengan Itiqad Ahlu as-Sunnah wa al-Jamaah (kerana)
iaitulah Jalan Nabi Allah dan sahabatnya dan segala mereka yang
mengikut mereka itu hingga Hari Kiamat dan wajib atasmu
menjauhi sekelian Itiqad bidah yang sesat.20
Syaikh menyebut ciri kesederhanaan manhaj
Ahlu as-Sunnah:
(syahdan) adalah Jalan Ahlu as-Sunnah wa al-Jamaah itu antara
mazhab Jabariyyah dan Qadariyyah, dan mazhab Tasybih dan
Tatil, dan antara mazhab Khariji dan Rafidi (sekali) peristiwa ada
ditanyai orang Imam radiyyallahu anhu daripada mazhab ahlu as-
Sunnah wa al-Jamaah (maka) jawabnya bahawa mazhab ahlu as-
Sunnah wa al-Jamaah itu tiada khariji dan tiada Rafidi, dan tiada
Jabariyyah dan tiada Qadariyyah, dan tiada Tasybih dan tiadatatil21
Syaikh membilang firqah-firqah yang tersesatserta menyebut ciri-ciri kesesatan mereka yangmerosakkan iman22. Dimulainya:
(kata) segala ulama Ahlu as-Sunnah wa al-Jamaah radiyallahu
anhum (bahawa) adalah kaum yang tujuh puluh dua kaum itu
asalnya enam kaum jua (pertama) Rafidoh (kedua) kaum
Kharijiyyah (ketiga) kaum Jabariyyah (keempat) kaum
Qadariyyah (kelima) kaum Jahmiyyah (keenam)kaum Murjiah.
(kemudian) maka jadi pula pada tiap-tiap suatu yang keenam
[enam] kaum dua belas maka jadilah perhimpunan mereka itu
tujuh puluh dua sekeliannya sesat daripada isi neraka23
Agaknya kerana syaikh juga adalah seorang
pengamal tariqah, dia memandang berat tentangpenyelewengan aqidah atas nama ajaran sufiyyah,maka munasabahlah beliau menyenaraikan 13 aliran
yang sesat dari golongan yang bersufi-sufikan diri,walaupun ianya bukan daripada enam yang pokok.Perbincangan Syaikh tentang pegangan yang sesat
yang ada pada firqah-firqah yang disebutnya masihsangat relevan di zaman kita ini. Perkataan-perkataan dan sendaan yang mempermudah-
mudahkan agama tidak disedari ramai yang ianyamerosakkan iman.Seumpama yang diperingatkanoleh Syaikh:
(dan barang siapa) berkata bagi orang yang mengucap
(bahawa) itutidak mengenyang dari lapar (maka)
-
7/31/2019 04 028-040 Abdullah Zaidi 02
5/13
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
32
jadi kafir (dan jikalau) diberi kafir yang baru masuk Islam akan
harta zakat kerana menjinakkan dia (maka) berkata seorang Islam
mudah-mudahan kiranya aku jadi kafir kemudian masuk Islam
pula aku supaya diberi orang akan daku harta seperti orang itu
jadi kafir (dan barang siapa) menjawab perkataan orang yang
berkata aku pertaruhkan hartaku kepada Allah Taaladengan
katanya engkau pertaruhkan hartamu akan yang tiada mengikat
[menangkap] pencuri apabila curinya hartamu oleh pencuri,
maka orang itu jadi kafir.
Syaikh juga menyebut tentang tergelincirnya
aqidah golongan yang meringan-ringankan syariahdi banyak tempat, antaranya:
(atau) di itiqadkannya Allah Taala memberi dia makanan dan
minumannya dan digugurkan Allah daripadanya membezakan
antara halal dan haram (dan) didakwanya bahawasanya dirinya
sampai kepada Allah Taala dengan jalan yang lain daripada
ubudiyyah (atau) didakwanya dirinya sampai kepada martabat
yang gugur daripada taklif syara (maka) jadi kafir ia dengan yang
tersebut itu24
(apabila) adalah kamu suci daripada hawa nafsu lagi ikhlas
kepada Allah ia itulah ia kesudah-sudahan segala maksud[maqasid?] (adapun) mengerjakan amal syariat itu maka iaitu
mereka itu segala awam yang kurang [ilmu dan pengalaman
kerohanian] lagi turut-turutan [taqlid?] (maka adalah) itiqad yang
demikian itu kufur (iaitu) itiqad mulhid lagi zindiq25
Syaikh juga menyebut tentang tergelincirnya
faham perrenial atau pluralism kebenaran padaagama-agama:
(dan barang siapa) tiada mengkafirkan akan orang yang beragama
yang lain daripada agama Islam (seperti) agama Yahudi dan
Nasrani atau syak ia pada mengkafirkan mereka itu atau
disahkannya akan mazhabnya mereka itu [yang ada di dalam
agama selain Islam] maka jadi kafir26
(dan) setengah mereka itu adalah itiqadnya bahawa segaka Kitab
Allah Taala yang diturunkan dari langit itu tiada mansukh makawajib mengamalkan barang yang di dalamnya (maka)itiqad yang
demikian itu kufur27
Syaikh juga menyentuh tentang tergelincirnya
faham musyabbihah dan mujassimah:
(adapun kaum mujassimah) maka setengah daripada mereka itu
itiqad bahawa Allah Taala itu jauhar yang maujud dan
(setengah) mereka itu bahawa Allah Taala itu jisim tetapi tiada
seperti jisim yang lain (dan setengah) mereka itu itiqadnya
bahawa Allah Taala seperti rupa manusia dan (setengah) mereka
itu itiqadnya bahawa ada bagi Allah daging dan darah dan
anggota muka dan tangan dan kaki dan jari (dan) setengah mereka
itu itiqadnya bahawa ada Allah Taala bagi-Nya rupa (tetapi)
tiada kami mengetahui betapa rupa-Nya (dan) setengah merekaitu bahawa Allah Taala datang dan turun dengan Zat-Nya serta
bergerak dan berpindah daripada suatu tempat kepada suatu
tempat (dan setengah) mereka itu itiqadnya bahawa Allah duduk
di atas Arasy (dan setengah) mereka itu itiqadnya bahawa Allah
masuk pada Arasy dan Arash itulah tempat kediamanan-Nya
(syahdan adalah) perpegangan setengah kaum mujassimah itu
pada itiqadnya yang tersebut itu zahir (ayat) [ Quran secara
bahasa langsung] dan hadith yang mutasybihah dan dinamakan
pula kaum mujassimah itu musyabbihah (kata Imam Fakhruddin
al-Razi) yang mujassimah itu musyabbihah dan yang
musyabbihah itu kafir (kerana) diithbatkannya bagi hak Allah
Taala berjisim dan akan jisim itulah yang disembahnya (dan
barang siapa) menyembah jisim maka sanya jadi kafir (kerana)
menyembah yang lain daripada Allah Taala (kata Imam Ahmad
radiyyallahu anhu) barang siapa mentasybihkan Allah Taala
dengan makhluk (maka) sanya jadi kafir28
Syaikh juga menyentuh tentang mereka yangmempunyai sangka yang menyeleweng tentangkeutamaan tafakkur:
(dan setengah) mereka itu adalah itiqadnya bahawa tafakkur itu
terutama daripada berbuat ibadat (pada) hal mengambil dalil
mereka itu dengan hadith ini ( ) yakni
tafakkur seketika itu terlebih baik daripada berbuat ibadat tujuhpuluh tahun (disangkanya) bahawa murad [maksud] daripada
ibadat itu ibadat fardu jua (maka) yang demikian itu kufur (sebab)
dilebihkannya sunnat daripada fardu (dan) murad[[maksud]
daripada ibadat yang pada hadith itu iaitu ibadat sunnat jua
(yakni) tafakkur saah yang hasil daripada makrifah dan taubah,
(dan) ibarat terlebih baik daripada ibadat sunnah tujuh puluh
tahun yang tiada di dalamnya demikian itu29
(dan setengah) mereka itu adalah itiqadnya bahawa seorang
hamba apabila sampai kepada martabat kesudah-sudahan kasih
akan allah Taala (maka) gugurlah daripadanya segala ibadat yang
(zahir) dan adalah ibadatnya adalah tafakkur jua (maka)
itiqadnya yang demikian itu kufur (dan setengah) mereka itu
adalah itiqadnya bahawa seorang hamba apabila sampai kepada
martabat kesudah-sudahan kasih akan Allah Taala (maka)
haruslah baginya segala perempuan yang lain dan sahaya orang(maka) itiqad yang demikian itu kufur30
Syaikh begitu memperincikan sebab-sebab
yang membawa tergelincirnya aqidah dari jalanAhlu as-Sunnah wa al-Jamaah, dalam kaitan inilahbeliau menyebut persoalan bidah, yang asas nya
merupakan lawan kepada sunnah:
(dan) dihikayatkan daripada Imam as-Syafie bahawa segala
perkerjaan yang bersalahan dengan Quran dan hadith atau qaul
sahabat atau ijma (maka) iaitu bidah dolalah (dan kata Syaikh
Abu Syakur Salami qaddasallahu sirrahu) dalam kitab Tamhid
bahawa adalah bidah itu lima perkara (pertama) bidaah pada Zat
Allah (kedua) bidah pada Kalam Allah (ketiga) bidah pada Sifat
Allah (keempat) bidah pada segala perbuatan hamba (kelima)bidah pada segala sahabat Rasulullah (adapun) bidah pada Zat
Allah (dan) pada Afal Allah (dan) pada Kalam Allah (dan) pada
segala sifat Allah dengan tiada sebenarnya (maka) iaitu kufur
sekali-kali tiada ikhtilaf sekali-kali ulama pada mengatakan dia
kufur (adapun) bidah pada segala perbuatan hamba atau pada
segala sahabat Rasulullah ada ia bersalahan dengan Firman Allah
Taala yang nyata atau hadith yang ittifaq segala pada sahnya
(atau) bersalahan mereka itu padanya (maka) bidah yang
demikian itu mewajibkan kufur jua sekali-kali [tiada?] bersalah-
salahan ulama (dan) jika ada bidah itu bersalahan dengan qiyas
atau hadith yang tiada ittifaq segala ulama pada sahihnya (atau)
ada pada hadith itu takwil sekira-kira hasil syubhah (maka) bidah
yang demikian itu tiada mewajibkan kufur (hanya) jadi bidah
sayyiah jua (maka) iaitu maksiat yang amat keci wajiblah taubat
daripadanya. 31
Syaikh membezakan bidah di dalam perkarapokok aqidah daripada bidah dari segi amalan:
(soal) apa murad [maksud] daripada bidah itu (jawab) bahawa
murad daripada bidah itu mengadakan mengadakan dan
membaharui sesuatu pekerjaan yang tiada daripada agama Nabi
kita sollallahu alaihi wasallam samaada perkerjaan itu itiqad
atau perbuatan (maka) pekerjaan yang diadakan itu jika tiada
memberi maslahah pada agama (maka) iaitu ada kalanya haram
dan ada kalanya makruh 9dan0 ada kalanya mubah (dan) jika ada
ia memberi maslahah pada agama (maka) iaitu ada kalanya wajib
dan ada kalanya sunnat (maka) dikerana inilah terbahagi
pekerjaan bidah itu atas lima bahagi (seperti) yang diriwayatkan
Imam Nawawi daripada Syaikh Izzudin ibn Abdul Salam32
Syaikh juga telah memberi contoh jenis-jenisbidah dari lima bahagian ini dengan cara yang jelas.
-
7/31/2019 04 028-040 Abdullah Zaidi 02
6/13
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
33
Selepas menyenaraikan kegelinciran aqidah danketerjerumusan dalam dalam amalan bidah, syaikhmembentangkan hukum ke atas orang yang murtad
dan cara taubat. Orang yang terjerumus dalamriddah serta thabit perkara itu dengan bayyinah atauiqrar maka wajib di suruh dia segera bertaubat tanpa
tangguh, sekiranya dia bertaubat dengan segalasyaratnya, maka pengakuan taubatnya diterima,sekiranya dia enggan maka dia dihukum bunuh.33
Hukuman bunuh itu adalah hak raja atau naibnya,sekiranya dibunuh oleh selainnya, maka pembunuhitu dihukum tazir.34
Ketika membicarakan tentang taubat syaikhmenyenaraikan perbuatan dosa-dosa besar sebanyakempat puluh dua perkara mengikut sebagaimana
yang disebut oleh Syaikh Ibnu al-Muqari dan Syaikhal-Islam IZakariyya al-Ansari. Sekiranyabermanafaat menyedut sedikit daripada catitan
syaikh dalam bab ini:
(dan jika) ada maksiat itu mewajibkan had bagi Allah Taala
(seperti) zina dan minum arak maka ditilik jika tiada berdiri
dengan dia saksi dan tiada ia masyhur (maka) harus
menyembunyikan yang demikian dan harus ia iqrar dengan dia
supaya didirikan had atasnya tetapi menyembunyikan terafdal
daripada iqrar (dan) jika telah berdiri saksi dengan dia dan telah
masyhur ia maka sunnatlah baginya datang kepada raja-raja atau
naibnya pada hal iqrar dengan dia supaya didirikan had atasnya
(maka) jika tiada didirikan had atasnya sahlah taubatnya (tetapi)
dosa atas raja sebab meninggalkan had.35
Pemahaman Ahlis Sufi tentang AspekKetuhanan: Syaikh menulis risalah pendek bagimenjelaskan pemahaman ahli sufi tentang aspekketuhanan serta huraian berkaitan Wahdatu al-Wujud dalam kitabnya Fathu al-Rahman bi Syarhi
Risalah Wali al-Ruslan36
.
Syaikh memulai dengan menyatakan tuntutanagar kita bertauhid kepada Allah serta menjauhi
syirik, semada syirik jali (zahir) dan juga syirik khafi(batin). Imam al-Ghazali serta imam-imam yang laintelah banyak membicarakan tentang syirik zahir,
syaikh menyebut syirik batin:
Yang dinamakan syirik yang tersembunyi seperti keinginan nafsu
manusia untuk menguasai dan mencintai akwan (sesama kejadian-
Nya).Kerana saking cintanya kepada akwan lupa kepada yang
menjadikannya iaitu Allah, hal inilah yang menyebabkan
terhalang menerima pertolongan Allah
Untuk menolak syirik khafi ini, Syaikh menyebut:
Syaikh Wali Al-Ruslan berkata: seluruh kejadianmu wahai
hamba Allah, baik jasad, sifat mahupun afal dinamakan syirik
khafi [sekiranya menghalangmu dari Allah], kerana terbitnya dari
angan-angan dan khayal, kedua itulah [angan-angan dan khayal]
yang memalingkannya ke bentuk lain seperti [daripada?] martabat
dan maqamat, kerana angan-angan dan khayal inilah ia menolak
martabat dan maqamat yang baik, sekalipun dari dirinya sendiri
seperti pandangan batinnya terhadap wujud dieinya hanya wujud
majazi sedang wujud Allah adalah wujud hakiki. Kerana wujud
selain Allah didahului oleh tiada atau akan kembali menjadi tiada,
kerana itulah seoalh-olah tiada ada wujudnya.
Syaikh menjelaskan lagi:
Hubungan semua bentuk perbuatanmu kepada dirimu hanya
merupakan hubungan kasbiyyah [usaha] sedang hubungan kepada
allah adalah hubungan Khalqiyyah [penciptaan]. Allah yang
mencipta dan engkaulah yang mengusahakan, kerana itulah diberi
pahala atau dosa. Kalau engkau telah mampu mengeluarkan
dirimu dari pandangan yang demikian itu [yang engkau
mempunyai kuasa menjadikan], niscaya dibukakan (kesedara)
bagimu [yang sesungguhnya] Allah jua yang menjadikan segala
yang maujud, bukan engkau
Syaikh melanjutkan:
Manakala engkau telah memperolihi salah satu dari tiga macam
tauhid tadi [Tauhid az-Zat, Tauhid as-Sifat dan Tauhid al-Afal],
maka akan nyatalah bagi engkau lawannya ialah syirik, ialah
setiap yang dihubungkan kepada makhluk, yang seperti ini
dinamakan maqam al-farq Kerana itu perbaharuilah dan
kuatkanlah tauhid mu pada setiap saat dan waktu bahkan setiap
nafas yang keluar diisi dengan tauhid bahawa yang menjadikan
segala yang maujud adalah Allah dengan keyakinan yang
sungguh-sungguh sampai ke tingkat yang sempurna. Dan
manakala imanmu telah meningkat dari maqam al-farq kepada
maqam al-jama, niscaya tauhid dan imanmu juga akan
meningkat.
Syaikh menyebut keasyikan terhadap usahazahir ibadat semata-mata mungkin mampumenghijabkan kita daripada Mabud (Allah):
Orang seperti ini terpedaya kerana hanya memandang kepada
ibadat kepada maqam dan mukasyafah, terperosoklah ia kerana
cintanya kepadanya. Orang yang seperti ini diisyaratkan dalam
ungkapannya. Wahai orang yang menjadi hamba [bagi] syahwat
dan ibadah [yang zahir semata-mata], wahai orang yag menjadi
tawanan [bagi]maqam dan kasyaf. Engkau adalah orang yang
terjatuh [direbahkan] oleh angan-angan dan khayal yang
menyebabkan engkau disibukkanoleh dirimu sendiri sehingga
terjauh daripada Allah. Siapa yang lebih baik, [antara] orang yang
disibukkan kerana dirinya sendiri [berbanding] dengan orang
yang sibuk menghadapi hatinya kepada Allah. Dan orang yangsibuk menghadapi dirinya keadaannya seperti orang yang ditawan
oleh orang lain. Setiap orang yang mencintai sesuatu ia menjadi
tawanan barang yang dicintainya.
Syaikh menyebut tentang yang sepatutnyapandangan hati yang jilah terhadap ibadat:
Orang yang melakukan mujahadah dengan mengerjakan syariat
memandang semua macam ibadat yang dilakukannya adalah
kurniaan Allah, dan orang yang menganggap mereka berbuat
[ibadat] kerana kurniaan Allah adalah mereka yang melaksanakan
hak Tuhan, tidak memandang kepada perbuatan [amal ibadatnya]
kerana fananya kepada selain Allah, kerana fananya pada Allah.
Syaikh menyatakan keterbatasan akal dalam
perjalanan kerohanian untuk sampai mengenalAllah:
Kerana itu kalau ingin mengenal Allah hanya melalui akal
jasmani, manusia akan menemui kesesatan kerana makrifahnya
tidak akan sampai kepada allah dan demikian juga kalau menuntut
akhirat melalui nafsu keinginan seperti yang telah disebut tidak
akan mencapainya [kebahagian di akhirat]
Syaikh turut membincangkan istilah-istilahtasauf dengan tingkatannya seperti kasyaf, yaqin.,
maqam orang salik, maqam fana, khawatir serta lain-lain istilah secara yang dikira rumit bagi kita sebagaiorang awam untuk mengerti maksud-maksud yang
tersirat, apa lagi bagi mendakwa telah merasai apayang telah dicatitkan oleh syaikh di dalam risalah
-
7/31/2019 04 028-040 Abdullah Zaidi 02
7/13
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
34
ini, kerana yang disebut oleh syaikh adalahperjalanan, pengalaman dan kesaksian kerohanian.
Kaedah Berzikir: Kita dapat mengikuti kaedahberzikir bagi yang bersuluk secara bertariqah yangtelah dianjurkan oleh Syaikh dalam risalah kecilnya
Kanzu al-Maarif, kitab ini seakan berbentuk bukupanduan (manual) bagi salik, sedangkan kitab Fathuar-Rahman lebih bersifat penjelasan tentang konsep
dan kefahaman tentang paradigm sufi (atau world-view) dalam pendakian mereka menuju Allah.Syaikh menyebut tentang kepentingan pembentukan
orientasi dalaman: mengenal asal kejadian, matisebelum mati, memfanakan diri dalam Qudrah,Iradah dan Ilmu Allah, lalu Syaikh menyatakan:
Kita wajib mengikut amar (perentah) Nabi Sollallahu alaihi wa
sallam dan menjauhi segala nahi (larangan), supaya masuk ke
dalam kandungan makna abdullah (hamba Allah) yang kamil
pada sifat kehambaannya. Setelah itu hendaklah memantapkan
musyahadah terhadap keesaan Allah, muraqabah dan muhadarah,serta selalu mengucap:
Syaikh menerangkan adab-adab zikir seperti
menghadirkan makna lafaz yang disebut, sebelumberzikir di dahului dengan mandi dan berwudu,beristighfar, memakai pakaian yang putih,
mengambil tempat yang sunyi, mengerjakan solatdua rakaat, memohon taufiq dan hidayah serta dudukbersila dengan sopan dalam keadaan menghadap
Qiblat.Kemudian dibincangkan tingkatan lafaz zikir
dari ( ) kepada () kepada ( ) dengantumpuan hati yang khusus bagi setiap tingkatan lafaz
zikir tersebut. Ianya pula untuk tingkatan pendakiandan kesedaran kerohanain yang berbeza-beza.
Disiplin seumpama ini juga telah dibincangkan olehSyaikh Daud bin Abdullah al-Fatani dlam kitabnyaDiya al-Murid dan Syaikh Abdul Samad al-
Falembani dalam kitabnya Sairu as-Salikin.
Pemahaman Amalan Feqah: Syaikh memberi
kesan yang besar kepada pemahaman danpengamalan feqah bagi ummah di rantau kita.Walaupun kitab Sabilu al-Mubtadi sahaja kitab yang
dikarang oleh Syaikh yang tersebar luas sebagaibahan rujukan dan bahan pembelajaran di kalanganguru dan penuntut di rantau kita, pengaruh Syaikh
juga kuat berakar umbi di kalangan ummah melaluikitab karangan anaknya (Syaikh Jamaluddin) ataucucunya (Syaikhah Fatimah) iaitu kitab Perukunan.
Perukunan merupakan kitab rujukan terasas yangdianggap muktabar oleh anggota masyarakatNusantara. (Insyaallah, akan dibincangkan tentang
Perukunan secara khusus)Sabilu al- Mubtadi seumpama kitab-kitab
feqah yang lain dalam rubu ibadat; susunan tajuk
dan perbicaraannya tidak menyalahi kitab-kitabfeqah muktabar di dalam mazhab, begitupun ianyamempunyai beberapa keistimewaannya yang tidak
terdapat dalam kebanyakan kitab-kitab feqahberbahasa jawi yang lain; yakni pada perbincangan
lanjutan (secondary discussion) bagi perkara utama.Kita tidak mempunyai upaya serta ruang untukmendatangkan perkara-perkara yang terdapat dalam
mana-mana kitab feqah jawi yang ada, hanya kitaberhasrat mendatangkan naqalan dari perbincanganlanjutan yang menarik yang terdapat dalam kitab ini.
Antaranya ketika membincang Bab Najasah, Syaikhmembincangkan tentang madu:
(faedah) bermula madu yang keluar ia daripada waci ( ) [lebah]itu suci ia lagi halal memakan dia dengan nas, dan ikhtilaf ulama
pada menyatakan tempat keluarnya daripada waci, kata setengah
mereka itu keluar madu itu daripada mulut waci, maka iaitu di-
isthisnakan daripada muntah, dan kata setengah mereka itu
keluar ia daripada duburnya, maka iaitu di-isthisna ia daripada
tahi, dan kata setengah mereka itu keluar ia daripada lubang di
bawah sayapnya, maka di-istishnakan daripada najis laban [susu]
haiwan yang tiada dimakan, jika ada ia seperti laban, dan kata
setengah mereka itu tiada diketahui hakikat tempat keluarnya
daripada waci, kerana barang yang telah diriwayatkan bahawa
Nabi Allah Sulaiman alaihi a-salam adalah ia menghendaki
mengenal hakikat tempat keluar madu dari waci, maka
diperbuatkannya baginya tempat daripada kaca dan dimasukkansekelian waci itu ke dalam kaca supaya dilihatnya dan
diketahuinya betapa keluar madu daripada waci, maka tiba-tiba
dilipakan [meliputkan/menutupkan] oleh waci akan sekelian
keliling kaca dengan tanah hingga tiadalah kelihatan barang yang
di dalamnya, maka jadi tiada diketahui oleh Nabi Allah Sulaiman
akan hakikat yang demikian itu.37
Syaikh juga telah membincangkan tentangnajis atau tidaknya makanan seumpama kopi luwak(kitab feqah yang lain juga menyebut perkara yang
sama):
(masaalah) jikalau memakan binatang akan biji-bijian kemudian
maka dimuntahkannya atau diberakkannya akan dia, maka ditilik
kepada biji itu, jika ada ia keras sekira-kira jika ditanam niscayatumbuh ia, maka iaitu suci dengan dibasuh dan halal dimakan,
dan jika tiada ia seperti demikian itu maka iaitu najis.38
Terserlah kepakaran syaikh dalam ilmu falaqketika membincangkan masuk waktu sembahyang,salah suatu daripada syarat sah sembahyang, yakni
menghadao qiblat dan ketika membincangkanpenentuan awal puasa dan hari raya. Syaikhmembincangkan tentang dalil untuk ijtihad dalammenentu arah qiblat, serta pendapat Imam IbnuHajar yang terkuat dalilnya secara zahir dan mahsus[yang boleh dirasai oleh pancaindera] adalah bintang
Kutub Utara, lalu Syaikh membincangkan tentang
bintang Kutub Utara:
(syahdan) adalah Bintang Qutb Syamali [Kutub Utara]itu tiada
kelihatan ia pada tiap-tiap negeri yang ada ia pada Khatu al-Istiwa
dan pada tiap-tiap negeri yang ada ia pada pihak junub yakni
selatan seperti negeri Banjar dan negeri Jawa, maka tiada dapat
dalam negeri itu mengambil dalil atas qiblat dengan bintang
kutubinah dan kerana tiada kelihatan ia melainkan dengan wasitah
baitu al-ibrah yakni pedoman [kompas] atau barang sebagainya
kerana hujung jarum pedoman yang berhadap kepada pihak utara
itu berbetulan ia dengan bintang kutub (dan) kelihatan bintang
Kutub pada tiap-tiap negeri yang pihak syamali yakni utara
seperti negeri Makkah dan Madinah dan Negeri Acheh dan
kebanyakan negeri Melayu, dan adalah tinggi bintang itu dari tepi
langit dengan kadar jauh negeri itu daripada khatu al-istiwa, maka
tinggi Bintang Kutub di Negeri Makkah dua puluh satu darjah
kerana jauh Makkah daripada Khatu al-istiwa seperti demikianitu, dan tinggi di Madinah dua puluh empat darjah majburah
kerana jauh Madinah daripada Khatu al-istiwa seperti demikian
-
7/31/2019 04 028-040 Abdullah Zaidi 02
8/13
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
35
itu (maka jika) adalah jauh negeri daripada Khat al-Istiwa
Sembilan puluh darjah niscaya adalah tinggi bintang itu Sembilan
puluh darjah iaitu berbetulan dengan atas kepala isi negeri itu,
maka dlam negeri itu tiada dapat mengambil dalil dengan Bintang
Kutub kerana tiada baginya dilalah atas qiblat.39
Kemudian Syaikh membincang enam dalil qiblat:
(pertama) taul [garis longitude] yakni jauh negeri atau tempatdaripada Laut Khalidat di Maghrib (kedua) arad yakni kadar
jauhnya daripada Khatu al-istiwa serta daerah handasiyyah atau
yang lain daripada asykal handasiyyah (ketiga)bintang Kutub dan
kaukab (keempat) matahari (kelima)bulan (keenam) angin.40
Syaikh membincang dengan panjang lebar tentangkedudukan Makkah yang taul-nya 67 darjah danarad-nya 21 darjah berbanding dengan negeri yangmempunyai semada darjah taul yang lebih ataukurang daripada Makkah, begitu juga dengan garisan
ard yang menentukan darjah serong kiblat bagisetiap negeri. Syaikh sangat mengambil berattentang dalil-dalil arah kiblat ini sehingga membuat
catitan:
(dan) barang siapa dapat akan dia belajar dalil kiblat wajiblah
atasnya belajar ia seperti belajar wudu dan seumpamanya, maka
belajar dia itu fardu ain atas orang yang menghendaki pergi-
pergian yang sedikit dalamnya orang yang tahu akan dalil kiblat
dan fardu kifayah atas orang yang di dalam negeri atau yang
menghendaki pergi-pergian yang banyak di dalamnya orang yang
tahu akan dalil kiblat, maka barang siapa fardu ain atasnya belajar
dalil kiblat derhakalah ia sebab meninggalkan belajar dia dan
haram atasnya taqlid jika pihak waktu daripada belajar dia
sembahyanglah ia kepada barang jihah [arah] yang
dikehendakinya menghadap dia dan wajib atasnya
mengkembalikan sembahyang, dan barang siapa fardu kifayah
atasnya belajar dalil kiblat tiada durhaka ia sebab meninggalkan
dia dan harus baginya taqlid dan tiada dikembalikannya akan
sembahyang yang dengan taqlid41
Begitu juga kenyataan tentang perbezaan waktusembahyang dari suatu tempat dari suatu tempat:
(tanbih) telah menyebut oleh ulama bahawa sanya sekelian waktu
bersalah-salahan ia sebab bersalahan-salahan wada [kedudukan]
matahari dengan nisbah kepada kurrah [globe] dunia, maka tiada
jua ada pada satu darjah daripada segala darajat falak yang ada
matahari di dalamnya melainkan adalah matahari itu terbit ia
dengan nisbah kepada satu negeri dan masuk ia dengan nisbah
kepada negeri yang lain dan rembang ia dengan nisbah kepada
negeri yang lain dan dalam waktu asar dengan nisbah kepada
negeri yang lain dan di dalam waktu isya dengan nisbah kepada
negeri yang lain dan di dalam waktu subuh dengan nisbah kepada
negeri yang lain, demikianlah tersebut di dalam Tuhfah.
42
Syaikh mengikuti pendapat masyhur di dalammazhab yang awal bulan Ramadan tidak bolehditentu secara hisab atau kiraan astronomy, hasilan
daripada hisab itu hanya boleh diamalkan oleh yangmelakukan hisaban, sementara masyarakat luasmenentukan permulaan Ramadan dengan melihat
anak bulan. Syaikh menyebut tentang melihat anakbulan:
Dan apabila dilihat anak bulan pada suatu negeri wajiblah puasa
atas isi negeri yang hampir dengan dia iaitu yang muafakat pada
matali( ) mereka itu dengan dengan matali isi negeri yang
melihat bulan dan tiada wajib puasa atas isi negeri yang jauh iaitu
yang bersalahan matali mereka itu dengan matali negeri yang
melihat bulan kerana melihat bulan itu bersalah-salahan sebab
bersalahan matali dan bersalahan jauh negeri dari khatu istiwa,
jika dihukumkan qadi mukhalif (?) ertinya yang menyalahi
mazhabnya seperti Hanafi umpamanya dengan thabit bulan pada
negeri jauh yang tiada melihat bulan, maka tatkala itu wajib atas
kita Syafieyyah mengamalkan hukumnya wajib puasa43
Diikuti dengan perbahasan yang panjang tentangyang dimaksudkan persamaan pada matali; Syaikh
nampaknya bersetuju yang dua negeri di dalamlingkungan yang tidak melebehi 8 darjah di kiramuafakat pada matali, kerana 8 darjah itu adalah
sekurang-kurang masa yang didobitkan ( )sebagai perhentian bulan di tepi langit kemudiandaripada masuk matahari. Syaikh mendatangkan
contoh perkiraan bagi menjelaskan penetapannyaini.
Syaikh akhiri kitab besarnya Sabilu al-Mubtadi
dengan Kitab al-Atimah ( ), awal-awalnya Syaikh mengatakan:
(bermula) mengenal yang halal dan yang haram daripada
makanan itu wajib, naka iaitu setengah daripada selebih-lebih
muaakad yang mafhum daripada agama kerana adalah memakan
atau meminum yang haram itu janji siksa yang amat sangat yang
telah mengisyaratkan kepada setengahnya sabda Nabi sollallahu
alaihi wasallam.44
Syaikh menyebut tentang tugas mendapatkan mata
pencarian yang halal:
(syahdan) sunnat bagi manusia bahawa berusaha pada
menghasilkan nafkah dan belanja bagi dirinya dan isi rumahnya
barang sedapatnya, maka [sekiranya] lemah ia daripadanya maka
hendaklah dihasilkannya nafkah dan belanja dirinya jua, dan tiada
haram berjual-beli dengan orang yang kebanyakan daripada
hartanya itu haram dan tiada haram memakan daripada hartanya
(bermula) usaha yang terafdal itu berhuma [bertani] kerana bahaw
sanya manafaatnya itu terlebih umum dan yang mengerjakannyaterlebih hampir kepada tawakkal dan terlebih sejahtera dari
perdaya dan khianat, dan yang mengiringi berhuma itu berusaha
dengan kepandaian dirinya seperti menjahit atau menyurat atau
bertukang atau barang sebagainya kerana bahawa sanya pada
yang demikian itu lelah pada menuntut yang halal terbanyak dan
yang mengiringi berniaga45
Syaikh menyebut tentang kehormatan diri yangbegitu tinggi sehingga berbanding dengan
keselamatan nyawa sekalipun:
(dan jikalau)sangat hajat seorang perempuan kepada makanan dan
enggan seorang laki-laki yang ada baginya makanan daripada
memberikan dia melainkan dengan zina ia dengan dia, niscaya
tiadalah harus [haram] bagi perempuan itu zina kerana bahawa
sanya menggagahi atas zina dengan bunuh umpamanya [masih]tiadamengharuskan ia akan zina46
Meninggal Dunia: Syaikh telah mengisi hayatnya
yang panjang dengan belbagai kebajikan, sebagaipakar rujuk yang sangat dihormati oleh pemerentah,
sebagai ulama yang memimpin pesantren di DalamPagar, sebagai ketua keluarga yang demikian besarsehinggalah menjelang 5 Rajab 1224H Syaikh
membawa ahli keluarganya ke Kalampayan untuk kekebun dan melawat kubur kedua ibu bapanya.Syaikh tinggal di Kalampayan sehinggalah 29Jamadi al-Akhir 1225H apabila Syaikh bermusafir
ke Pingaran untuk menziarahi sahabatnya, barangditaqdirkan Allah di dalam perjalanan syaikh sakitdengan tiba-tiba dan lumpuh di sebelah kiri
-
7/31/2019 04 028-040 Abdullah Zaidi 02
9/13
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
36
badannnya. Syaikh telah dibawa balik oleh keluargake rumahnya di Dalam Pagar pada 4 Jamadi al-Awwal 1226 dalam keadaan yang sakit. Beliau
berpesan kepada anak cucunya sekiranya beliaumeninggal di musim kemarau, kebumikan diKarangtangah bersebelahan kubur-kubur isteri dan
menantunya, sekiranya beliau meninggal di musimhujan, kebumikan di Kelampayan, hampir kepadasurau beliau di dalam kebunnnya. Syaikh
menghembuskan nafas terakhirnya di antara waktumaghrib dan isya 6 Syawal 1227H (13 Oktober1812)47. Syaikh dikebumikan di Kelampayan
sebagai mana wasiatnya, kuburnya sehingga kini diziarahi orang ramai.
48
Karya: Syaikh telah menulis beberapa kitab:
(1) Sabilu al-Muhtadi lil Tafaqquhi fi Amri ad-Din: Kitab ini merupakan di antara kitab feqah
terpenting di rantau kita. Ianya ditulis di ataspermintaan Sultan Tahmidullah bin Sultan
Tamjidullah49
pada tahun 1193H. Kitab ini ditulissebagai lanjutan [bukan syarh] bagi kitab Siratu al-
Mustaqim tulisan Syaikh Nuruddin ar-Raniri yang
dianggap oleh Syaikh sebagai sebaik-baik kitab yangdibahasakan dengan bahasa jawi. Bagaimanapunkitab Siratu al-Mustaqim itu mengandungi beberapa
perkatan Acheh yang tidak difahami oleh golonganlain serta terdapat perubahan pada naskhah-naskhahsalinan bagi kitab tersebut. Untuk tujuan itulah
Syaikh telah mengarang Sabilu al-Mubtadi, sebuahkarangan yang jauh lebih lengkap perbicaraannya
dan mengekalkan susunan bab-bab dan uslubperbicaraan sebagaimana yang telah dilakukan olehSyaikh Nuruddin dan fuqaha yang lainnya.
Kitab ini merupakan kitab jawi yang pertama
dicetak dengan izin Sultan Uthmaniyyah, SultanAbdul Hamid II di Istanbul atas dayausaha SyaikhAhmad bin Muhammad Zain al-Fatani. Syaikh
Ahmad menyebut tentang Syaikh MuhammadArsyad dan kitabnya yang ini:
Ialah yang mempunyai kelebihan yang nyata dan kebuktian yang
limpah lagi rata yang tiada dapat diadu-adukan kemulian dan
ketinggiannya dan tiada boleh dikira-kirakan kebajikan dan
kebudiannya [ ] ialah Kiyai yang mempunyai bijaksana dan
kepetahan yang amat sempurna ialah yang pada segala sifatkepujian itu ketunggalan ialah yang mempunyai taqwa dan amal
yang soleh yang berkekalan kelebihan itu seperti barang yang
engkau ketahui sangat masyhur, adakah diingkarkan matahari
yang pada ketika rembangnya yang bersangatan zuhur memadalah
akan dikau bahawa jika lihatkan kitab ini dan engkau ketahuikan
bicaraan niscaya engkau dapatkan ia laut ilmu yang indah-indah
mutiaranya dan laut marifah yang berhiasan segala matahari dan
bulan dan bintangnya, maka ceracalah kamu segala masaalah
yang payah dengan cahaya dan cemerlangnya, betapa padahal
Tuhfah dan Nihayah di dalam kandungannya demikian Mughni
dan irsyad dan lainnya, maka sayugialah bagi tiap-tiap yang
mempunyai ketinggian hemmah dan gemar hendak
mengetahuikan segala rasia ilmu feqah yang lepas dengan dia
daripada sesat dan samar bahawa bersegeralah ia mendapati akan
ini kitab yang nafis yang terjemahlah dengan dia pada bahasa
Melayu MazhabImam Muhammad bin Idris., telah mudahlahsekarang ini wihamdulillah mendapati dia kemudian daripada
adalah ia sangat payah dan mahal harganya atas segala yang
menuntuti dia50
Kitab ini dicetak pada tahun 1300 H di Makkahpada bulan Syaaban. di masir pada akhir bulan Zu
al-Qadah dan di Istanbul pada bulan Syawal 1302H.Kemudiannya ia diulang cetak di merata tempat
sehingga sekarang51Kitab ini telah dijadikan rujukan kepada ulama
Melayu yang datang kemudiannya, dan yang sempat
saya temui secara pasti dengan menyebut nama kitabini, Syaikh Daud bin Abdullah dalam kitabnyaBughyatu at-Tullab, Syaikh Muhammad Husein bin
Abdul Latif (Tok Kelaba) dalam kitabnya Hada-iquas-Solawat fi al-Khalawati wa al-Jalawat
- dan kitabnyaHidayatu al-
Saili fi Bayani al-Masail. {beliau juga menyalin
kitabLuqtatual-Ajlan karangan Syaikh
(2) Tuhfatu al-Raghibin: Terdapat tiga ulama
Melayu yang dikaitkan dengan kitab Tuhfatu al-Raghibin; Syaikh, Syaikh Abdul Samad al-
Falembani dan Syaikh Daud al-Fatani.Bagaimanapun terdapat pertikaian Tuhfatu al-Raghibin semada di tulis oleh Syaikh Muhammad
Arsyad atau sahabatnya Syaikh Abdul Samad.
Tuhfatu al-Raghibin ditulis pada 1188H kerana memenuhi
tuntutan oleh: seorang yang tiada boleh akan daku menyalahi dia
daripada segala orang besar pada masa ini, barang diterangkan
Allah Taala kiranya akan hatiku dan hatinya dengan cahaya
tauhid dan makrifah.
Ianya menyebut istilah yang agak khusus bagi
masyarakat Banjar, seumpama menyanggar banuadan membuang pasilih. Menyanggar benua dikaitkandengan dogeng Datu Taruna yang tidak pulang-
pulang ke desa Barikin selepas memerangiperompak telah dicari isterinya Mayang Sari.Selepas kembalinya Datuk Taruna ke desanya, dia
pula yang mencari isterinya yang telah bertukarmenjadi orang ghaib. Sebelum beliau keluar daridesanya untuk mencari isterinya, dia berpesan agardijalankan upacara menyanggar banua pada setiaptahun di desa Barikin. Upacara menyanggar banuamenjadi suatu upacara berwarna-warni, diiringi
muzik gamelan dan menyembahkan makanan serta
ada yang kesurupan (dimasukki makhluk halus).Sementara membuang pasilih pula merupakan
upacara mandi-mandian yang juga dikenali sebagaibadudus, biasanya dilaukan pada bulan Muharamatau pertengahan Jamadi al-akhir. Ianya dilakukan
oleh mereka yang mengaku keturunan raja-rajaBanjar dahulu-kala yang tinggal di Amuntai, ianyamelibatkan permainan muzik dan penyeruan
makhluk ghaib dari keturunan raja-raja Banjar dizaman Hindu. Asalnya dikatakan sebahagiandaripada upacara dalam majlis penobatan raja-raja di
zaman Hindu52
Pada kulit kitab ini yang merupakan cetakan
kedua Matbaah al-Ahmadiyyah Singapura padatahun 1347H yang terdapat catitan: ini kitab sudah di
-
7/31/2019 04 028-040 Abdullah Zaidi 02
10/13
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
37
cap dari negeri Istanbul fi Matbaah al-HajMuharram Afandi terdapat catitan talif al-Alimal-Allamah as-Syaikh Muhammad Arsyad al-
Banjari. Ianya juga memuatkan kenyataan: telahditashihkan risalah oleh seorang daripada zuriatmualif-nya sendiri Abdul Rahman Siddiq bin
Muhammad Afif bagi khat mualif sendiri.
53
SyaikhDaud bin Abdullah al-Fatani di dalam kitabnyaManhalu as-Sufi menyebut: maka disebut oleh
empunya karangan Tuhfatu ar-Raghibin fi Bayanihaqiqati imani al-Mukmin bagi alim al-Fadil al-Allamah Syaikh Muhammad Arsyad54
(3) Luqtatu al-Ajlan fi al-Haidi wa al-Istihadatiwa an-Nifasi: Pernah dicetak oleh zuriatnya Syaikhpada tahun 1992M.Kitab ini membicarakan hukumbersuci dan jenis-jenis darah yang keluar daripadaperempuan.Ianya siap ditulis pada tahun 1192H.
(3) Qauli al-Mukhtasar fi al-Mahdi al-Muntazar:Membicarakan tentang peristiwa akhir zamanterutamanya tentang Imam Mahdi.Karangan Syaikh
Daud bin Abdullah al-Fatani sangat menyerupaitulisan ini. Ianya siap ditulis 1196H
(4)Kanzu al-Maarif fi Bayani al-Haqiqati
(5)Fathu ar-Rahman
(6) Mazhab Ahli as-Sunnah wa al-Jamaah,Qadariyyah dan Jabariyyah. Kitab-kitab (dari no.2sehingga no.7 kecuali no.3) telah dirumikan dan
dikemaskinikan bahasanya oleh Prof H.M AsywadieSyukur sebagai yang termuat dalam Pemikiran-
Pemikiran Syeh Muhammad Arsyad al-Banjari [m/s213-219]. Lain-lain kitab yang ditulis oleh syaikhialah:
Kitab al-Faraid Kitab an-Nikah Kitab Tuhfatu al- Ahbab. Kitab al-Arkan li Talimi as-Sibyan
Dan beberapa lagi sebagaimana pernahdiiklankan dalam lampiran cetakan Tuhfatu al-
Raghibin Singapura 1928. Dikatakan manuskripkitab-kitab yang disenaraikan tersimpan pada KiyaiHaji Abdul rahman al-Banjari, Inderagiri, Sumatra.
55
Kitab Perukunan Sembahyang: Agaknyabermanafaat untuk kita sentuh tentang dua versikitab Perukunan Sembahyang yang terdapat dalam
masyarakat kita, memandangkan dari segi amalinyakitab Perukunan merupakan antara kitab yang sangatmemberi kesan kepada rupa-bentuk amalan ibadat
kita. Perukunan merupakan manual untuk beramal,ianya mudah dan praktikal.
Salah satu dari Perukunan adalah karangan
bagi al-alim al-allamah Mufti Jamaluddin ibnAlmarhum al-Fadil as-Syaikh Muhammad Arsyad
al-Banjari Mufti Banjar. Dikatakan juga yang ianyasebenarnya dikarang oleh Syaikhah Fatimah bintiAbdul Wahab al-Bugisi, cucunya Syaikh.
Memandangkan masyarakat ketika itu masih kekokuntuk menerima kitab agama tulisan seorangperempuan, maka dinisbahkan karangan itu kepada
Syaikh Jamaluddin, bapa saudara Syaikhah Fatimah.Versi ini dicetak di Mesir, sebelum ianya dicetak dirantau kita.
Satu lagi versi Perukunan Sembahyang (Besar)telah disusun oleh Syaikh Abdul Rashid al-Banjari,
56
pada muka depannya dicatit: Diambil daripada
setengah karangan Syaikh Muhammad ArsyadBanjar. Kandungan kedua Perukunan ini hampirsama, kedua-duanya bersumberkan pengajaran dari
Syaikh. Hanyalah Perukunan Haji Abdul Rashidtelah memuatkan beberapa tambahan seperti RatibHaddad, doa-doa dan wirid, terutama wirid selepas
sembahyang dan ibadat Haji. Ianya juga mempunyai
perbincangan khas tentang haidh (pada m/s 21-22).Ianya memuatkan kaifiat sembahyang terawih serta
terjemahan bacaan-bacaan penting di dalamsembahyang juga khutbah jumaat dan khutbahnikah.
Sekiranya kita amati, kita akan dapati susunanamalan wirid selepas sembahyang kita, kaifiatsembahyang terawih, sembahyang hadiah (atau
sembahyng teman) serta banyak lagi amalan-amalankeagamaan dalam masyarakat kita dibina darihuraian kedua kitab Perukunan ini. Kitab-kitab yang
datang kemudian turut memperkukuhkan amalan-amalan yang terdapat di dalam kitab Perukunan.
Keilmuan di Kedah: Tanah Melayu, khususnyaNegeri Kedah telah mendapat sekian banyakmanafaat selain dari warisan ilmu dari Syaikh juga
daripada ulama dari keturunan Syaikh. AnaknyaSyaikh dengan isterinya Tuan Baiduri, Qadi AbuSuud bin Muhammad Arsyad al-Banjari dalam
perjalanan pulang dari Makkah telah melaluiperairan Kuala Kedah. Beliau dan rombongan telahditangkap oleh tentera Sultan Kedah kerana
disangka yang kapal mereka itu sebagai kapaltentera Siam. Sultan Kedah kemudiannya telahmemohon agar Syaikh Abu Suud agar menetap dan
mengembangkan ilmu agama di Kedah. Beliauberkahwin dengan perempuan dari kerabat dirajaKedah dan menetap di Titi Gajah. Salah seorang
daripada anak dari perkahwinan ini dinamakanMasud (beliau menemui syahid-nya ketika berjihadmelawan serangan Siam pada tahun 1821)yang
merupakan ayah kepada ulama besar Kedah SyaikhMuhammad Taib. Syaikh Muhammad Taib telahmembuka pondok sekitar 1870an di Titi Gajah,
disamping dilantik mejadi mufti kedah dan penasihatkepada SultanTajuddin Mukarram Shah (1853-1879). Beliau juga telah menghasilkan beberapabuah kitab. Cucu kepada Syaikh Muhammad Taib
yang awlanya mendapat pendidikan di pondok TitiGajah adalah ulama kedah yang terkenal, Tuan
-
7/31/2019 04 028-040 Abdullah Zaidi 02
11/13
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
38
Hussein Kedah. Beliau ini telah membuka enampondok di tempat yang berbeza serta telahmeninggalkan sekelian banyak karangan kitab57.
Kebelakangan ini, Kedah masih terus mendapatkeberkatan dari ulama Banjar dengan kehadiranSyaikh Ahmad Fahmi Bin Zamzam al-Banjari serta
guru kami, Syaikhuna Nuruddin Marbu al-Banjari.
KESIMPULAN
Kita dapat perhatikan kehidupan Syaikhmengambarkan bagaiman hampir semua doa-doa
yang kita panjatkan telah dimakbukan Tuhan kepadaSyaikh dengan limpah rahmat-Nya. Lanjut usiadalam ketaatan, sihat dan afiat, ilmu yang
dimanafaatkan manusia, harta yang bermanafaat,dimuliakan oleh anggota masyarakat, zuriat yang58soleh, zikirullah yang berterusan dan kefahaman di
dalam urusan agama.
Semoga Allah memberi kita manafaat darikhazanah ilmu dan amalan Syaikh Muhammad
Arsyad Bin Abdullah al-Banjari serta kita dikira-kiradi sisi Allah sebagai penerima pusaka ilmu, amaldan kebijaksanaan dari Syaikh sehingga Allah
kiranya memberi anugerah kepada kira sebagaimanaAllah telah memberi anugerah-Nya kepada Syaikhdan golongan solihin muqarrabin yang lainnya, amin
bi jahi Saiyyidina al-Awwalin wa al-Akhirin.
NOTA HUJUNG
1Salsilah keturunan Syaikh ini telah disebut secara
terperincinya oleh Ustaz Wan MuhammadSaghir dalam buku kecil Penyebaran Islam &Silsilah Ulama Jilid 8 m/s 28. Ianyakemudiannya dipetik oleh M.Rusydi dalamkertsanya The Influence of Muhammad Arsyad
al-Banjari On The Religiosity Of Banjarese
Society dan lain-lain tulisan pengkaji yang lain.2 Syaikh ini juga merupakan guru kepada Syaikh
Abdul Samad al-Palembani, saya terjumpacatitan sanad kitab Bidayatu al-Hidayah yangbertulisan tangan oleh seorang penuntut ilmu asal
Pattani: faqir ijazahkan haza al-Kitab Bidayatual-Hidayah an Syaikhu Wan Ismail bin Wan
Abdul Qadir an ammihi Pak Cik WanMuhammad Daud bin Mustafa Fatani ansyaikhihi Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatanidaripada syaikhihi Muhammad Nur bin
Muhammad Fatani daripada syaikhihiMuhammad bin Ismail daripada syaikhihiMuhammad Zainu al-Abidin bin Muhammad
Fatani dan syaikhihi Uthman bin SyihabuddinFuntianaq daripada syaikhihi Muhammad Daudbin Abdullah al-Fatani darupada syaikhihi Abdul
Samad bin Abdul Rahman al-Falembanidarupada mualif Syaikh Muhammad Zain ibnFaqih Jalaluddin
3Terdapat sedikit perbezaan pada nama-namaisteri syaikh dalam tulisan-tulisan pengkaji,Mungkin begitu juga pada bilangan anak bagi
setiap isterinya.4
Buku Maulana Syeikh Muhammad Arsyad al
Banjari (Tuan Haji Besar) tulisan Abu Daudimengupas dengan begitu terperinci keturunanSyaikh sehingga dari m/s100 sehingga m/s492hanya membincang teantang perkara itu. Tebalbuku itu ialah 492 m/s.
5Undang-undang ini mempunyai 38 pasalsebagaimana yang telah diterbitkan oleh A.M
Joekes dalam majallah Indusche Gids pada 1891,selain itu ianya juga diterbitkan oleh Helderman,penolong Residen di Amuntai pada tahun 1910.
Kedua penerbitan ini sama dari pasal 1 hingga30. Dan berbeza pada pasal-pasal yangkemudiannya. Pada muqaddimahnya disebut:
Pada Hijrah Sanah 1251 pada hari khamis yangke 15 haribulan al-Muharram jam pukul 9 padaketika itulah aku Sultan Adam membuat undang-
undang pada sekelian rakyatku supaya sempurnaagama rakyatku dan itiqad mereka itu supayajangan jadi banyak perbantahan mereka itu dan
supaya jadi kemudahan segala hakimmenghukumkan mereka itu, aku harap jugabahawa dijadikan baik sekelian hal mereka itu
dengan sebab undang-undang ini, maka adalahundang-undang ini maka undang-undang kubeberapa perkara.
Perkara 1 menyebut: Adapun perkara yang pertama akusuruhkan sekelian rakyatku laki-laki dan bini-bini beritiqad
dalal al-Sunnah wa al-Jamaah dan jangan ada seorang
beritiqad dengan Itiqad ahli al-bidah, maka siapa-siapa
yang terdengar orang yang beritiqad lain daripada Itiqad
Sunnah wa al-Jamaah ku suruh bapada [bawa] kepada
hakimnya, lamun [sekiranya] salah Itiqadnya itu ku suruh
hakim itu menobatkan dan mengajari Itiqad yang betul,
lamun [sekiranya] enggan ianya dari pada taubat, bapadah
[bawa] hakim itu kajah di aku [kepadaku]
Undang-undang ini menyentuh tentangnikah kahwin dan penceraian, tanggung-jawaborang tua membina langgar, kesepakatn antara
rakyat, pendakwaan dan urusan mahkmah,
urusan pentadbiran tanah dan lain-lainnya. Ianyamemelukan kajian yang khusus serta ianya
tersangat sebagai dokumen undang-undang yangperlu dicontohi.
6 Terdapat versi-versi yang berbeza tentang dialogAbulong dengan pegawa-pegawai Sultansebelum membawa beliau untuk dibicarakan,juga perbezaan cerita tentang bagaimana saat-
saat kematian Abulong. Kita tidak dapatpastikan, kita serahkan kepada Allah yang MahaMengetahui
7Ada pengkaji yang menyalahkan Syaikh keranaseakan memihak kepada Sultan Tahmidullah II,
yang naik takhta apabila Sultan sebelumnya
-
7/31/2019 04 028-040 Abdullah Zaidi 02
12/13
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
39
Tahmidullah I mangkat, kerana puteramahkotanya, Pengeran Abdullah masih kecil.Dikatakan apabila Pengeran Abdullah dewasa,
baginda dibunuh oleh Sultan Tahmidullah II,Abulong telah menyokong saudara kepada
Pengeran Abdullah, Pengeran Amir yang telahberjuang menentang sultan untuk menuntuttakhta. (lihat The Influence Of MuhammadArsyad al-Banjari On The Religiosity of
Banjarese Soceity oleh M.Rusydi).Sekiranya ianya benar sekalipun, agaknya
kita hendaklah memahami pola pemikiran
Syaikh yang sangat berdasarkan kerangkahuraian usuluddin dan feqah. Apabila seseorangitu telah ditabalkan sebagai seorang sultan
(penguasa), maka baginda hanya dapat dilucutdengan sebab-sebab yang diiktiraf oleh syara,dan ini dilakukan oleh ahlu al-hal wa al-aqdi,
ianya bukan perkara sembarangan. Atau Syaikhtidak mencampuri urusan percaturan kuasa,beliau hanya menumpukan kepada usaha
pengislaman kerajaan dan masyarakat tanpasangat mengira siapa yang berkuasa.(bandingkan dengan sikap Mujaddid Alif ath-
Thani dalam usaha dakwahnya terhadap kuasadan pemerentahan di India Mughul).
Sekiranya Abulong yang dikatakan
mempunyai keganjilan dalam dakwanya(mungkin juga aqidahnya dan amalannya)memihak kepada Pengeran Amir dalam
menentang Sultan, maka sangatlah munasabah
bagi syaikh untuk cenderung kepada pihak yangbersedia menjadi pelaksana kepada tersebarnyaaqidah dan amalan ahlu as-Sunnah di dalammasyarakat (lihat sikap Syaikh Nuruddin ar-Raniri sebelumnya dalam kisah perebutan takhta
di Acheh). Siyasah seorang ulama ialah untukmenegakkan ajaran agama yang luhur di dalammasyarakat serta melestarikan kesejahteraan
ummah, tidak sangat dipacu oleh permainancaturan kuasa antara yang merebut.
8Syaikh telah berhujjah dengan pandangan Imam
Ibnu Arabi dari kitabnya Futuhat al-Makiyyah,pemuka ahli sufi aliran Wahdatu al-Wujud
tentang bahayanya amalan bersahabat dengan jin.Syaikh menyebut Ibn Arabi sebagai SyaikhMuhyuddin pada tiga tempat di m/s 24 Tuhfatual-Raghibin. Ini menunjukkan syaikh menerima
huraian Ibnu Arabi dan mengiktirafkewibawaannya dalam bidang kesufian. Tidaktimbul syaikh menolak semua faham yang
dinisbahkan sebagai wujudiyyah. Insyaallah halini akan di sentuh kemuidannya dalam kertas ini.
9Tuhfatu al-Raghibin m/s:17. Ahlu as-Sufi dari
kalangan ahlu as-Sunnah tidak membincangakanWahdatu al-Wujud pada bahagian aqidah dalamtulisan mereka, mereka bincangkannya pada
bahagian pengalaman dan penyaksian kerohanian
mereka. Sudah tentu implikasi dari sikap danfaham ini sangat berbeza daripada sikap danfaham golongan yang menjadikan wahdatu al-
wujud sebagai doktrin aqidah mereka, walaupunlafaznya seruapa ataupun seiras antara keduanya.
Itulah yang syaikh membezakan penyataanwujudiyyah golongan sufi golongan ahlu as-Sunnah daripada penyataan wujudiyyahgolongan yang sesat dan zindiq.
10 Tuhfatu al-Raghibin m/s;1611
Tuhfatu al-Raghibin m/s:18-19.12 Upacara berbuang pasilih, menyanggar banua
dan beranyung itu belum ditemui maksudnyayang muktamad, terdapat perbezaan takrifandalam tulisan yang berbeza. Tetapi yang jelas
terdapat dalam Tuhfatu al-Raghibin yyang ianyaupacara-upacara yang disediakan makananberwarna warni dihiasi sebagai persembahan,
diletakkan pada sesuatu tempat (atau dilepaskan)dengan tertib bertujuan untuk menghindarbahaya, memohon keselamatan dan berubat.
Persembahan makanan itu seakan ditujukansemada kepada syaitan. jin (penunggu), atau raja-raja terdahulu atau orang-orang tua yang
dianggap telah menjadi orang-orang gahib (rijalual-ghaib?). Catitan Arti Kata oleh Abu Daudidalam Transliterasi Kitab Tuhfatu ar-Raghibin
sangat menolong kita dalam hal ini, atau secaraterperincinya pada Ensklopedia Muzik TariDaerah Kalimantan Selatan, Proyek Penelitian
Dan Pencatatan Kebudayaan Daerah yang
dipetik kemudiannya oleh Asywadie Syukurdalam buku Pemikiran-Pemikiran SyehMuhammad Arsyad.
13Ibid m/s:22-23
14 Ibid m/s:2115
Ibid m/s:916
Ibid m/s:2117 Ibid m/s:15-1618
Ibid m/s:2119
ibid20
Tuhfatu al-Raghibin m/s 921
ibid22
Kertas Ustazuna Muhammad Uthman el-
Muhammady Pendidikan Dan Dakwah OlehSyaikh Muhammad Arsyad al-Banjari telahmenyentuh subjek ini dengan cara yang agakdetail. Sementara Irina Katkova merumikan dan
menterjemahkan ke dalam bahasa Inggerissebahagian kandungan kitab ini (bahagiankumpulan sufi yang sesat) di dalam kertasnya
Sufism in Indonesia, Studying MalayManuscript From Collection Of The
St,Petersburg Of Oriental Studies
[kandungannya sama dengan naskhah yang syagunakan, tetapi dinisbahkan kepada SyaikhAbdul Samad al-Falembani. Ini akan kita
bincangkan, Insyaallah apabila mnyentuh kitab-
-
7/31/2019 04 028-040 Abdullah Zaidi 02
13/13
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
40
kitab tinggalan Syaikh]. Sementara dariMartapura sendiri, pencatit ini mendapat duatrasliterasi kitab ini, satunya yang diusahakan
oleh Abu Daudi dan satu laginya diusahakan oleh Prof H.M Asywadie Syukur.
23
Tuhfatu al-Raghibun m/s:924Tuhfatu al-Raghibin m/s:8
25Ibid m/s:16
26Ibid m/s:7
27 Ibid m/s:1328
Tuhfatu al-Raghibin m/s:1729 Tuhfatu al-Raghibin m/s:1130
Ibid m/s:1531
Ibid m/s:1832
ibid33
Tokoh-tokoh dunia Islam yang sezaman denganSyaikh adalah Syaikh Muhammad bin AbdulWahab (1703-1792) di Najd Semenanjung Arab,
Syah Waliyullah (1703-1762) di India sertaShehu Uthman Dan Fodio (1754-1817) diNegeria. Kesemua tokoh ini telah berusaha untuk
meluruskan fahaman dan amalan ummah dirantau masing-masing memerangipenyelewengan aqidah dan bidah. Terdapat
persamaan antara 3 tokoh; Syaikh, SyahWaliyullah dan Shehu Uthman Dan Fodio,kesemuanya beraqidah Asyairah, beramal
dengan tariqah Sufiyyah, Shah WaliyullahNaqsyabandi, Shehu Uthman Dan FodioQadiriyyah, Syaikh dengan Khalwatiyyah.
Mereka meninggalkan tulisan yang menyentuh
beberapa aspek di dalam agama, dari aqidah,kepada feqah seterusnya tasauf. Berlainan pulaSyaikh Muhammad Abdul Wahab yang tersangatketat dan sempit dalam perbincangan aqidah,yang menumpukan kepada mengkafirkan muslim
yang bertawassul, tanpa menyentuh perkara yanglain sepatutnya ada dalam perbincangan aqidah.
34 Tuhfatu al-Raghibin m/s:2535
Ibid m/s:2836
Saya manafaatkan transliterasi yang diusahakanoleh Prof H.M Asywadie Syukur dalam bukunya
Pemikiran-Pemikiran Ayeh Muhammad Arsyadal-Banjari Dalam Bidang Tauhid dan Tassauf.
Bermula m/s 165 sehingga 211.37
Sulam al-Mubtadi, juzu awal m/s:37.38
Ibid m/s 3439 Sabilu al-Muhtadi.Jilid 1 m/s:18040
Ibid m/s:18141
Ibid m/s:182
42Sabilu al-Mubtadi Jilid 1 m/s:147
43Ibid jilid 2 m/s:125
44Ibid m/s:241
45Sabilu al- Mubtadi Jilid 2 m/s: 246
46Ibid m/s:247
47
Tuan Guru Hj Hashim Pasir Tumbuh meninggalpada 1 Syawwal 1432 yang jatuh pada hariselasa, ketika hayatnya beliau memangmemberitahu kenalan yang beliau mahumeninggal pada hari selasa, saya telah bertanyaseorang sahabat tentang apakah sebabnya TuanGuru mahu meninggal pada hari selasa. Sahabat
saya ini menjawab yang Rasulullah sollallahualaihi wasallam dikuburkan pada hari selasa,guru kami Ustaz Hj Musa juga meninggal pada
malam selasa dan sempat dikebumikan padaesuknya (tengah hari selasa).
48Maulana Syekh Muhammad Arsyad al Banjari
m/s:98, 443-44649Syaikh menyifatkan Sultan Tahmidullahseorang raja yang amat besar hemmahnya lagi
yang mempunyai cerdik dan bicara yangsempurna lagi suci zihin lagi banyak faham, ialahmempunyai tadbir atas sekelian isi daerah Banjar
lagi yang berdiri dengan memperbaiki segalapekerjaan agama dan pekerjaan dunia iaitupersandaran kita yang dibesarkan dan ikutan kita
yang dimuliakan50
Sabilu al- Mubtasi Jilid 1 m/s:351
Ismail Che Daud Syaikh Muhammad Arsyad
Banjar Pengasuh: Julai Ogos 1990 m/s:27-28
52 Pemikiran-pemikiran Syeh Muhammad Arsyadal-Banjari m/s:10-16
53Sebagaimana yang terdapat pada rakaman fotokulit kitab ini yang disertakan di dalam TulisanIsmail Che Daud Syaikh Muhammad Arsyad
Banjar Pengasuh Julai-Ogos 1990.54
Petikan ini didatangkan oleh W.Mohd Saghirdalam Penyebaran Islam & Silsilah Ulama Jilid
8.m/s 34. Manhalu as-Sufi yang ada di dalamsimpanan saya tidak diketemui ketikamenyiapkan catitan ini.
55Ismail Che Daud Syaikh Muhammas Arsyad al-Banjari Pengasuh Julai-Ogos 1990 m/s:30
56 Kitab Perukunan Sembahyang Besar Bagi HajiAbdul Rashid Banjar Singapura Jawi press1356H (1937M)
57 Matlumat ini bersumberkan kertas Sumbangan
Ulama Banjar di Kedah oleh suhanim bintiAbdullah