04 Memilih Perniagaan Yang Sesuai · apakah masalah-masalah yang dihadapinya sekarang? Bolehkah...

5
Siri Panduan Bisnes #04: Memilih Perniagaan Yang Sesuai…1 Hakcipta Terpelihara ©2011 SPRINT HOLDINGS SDN. BHD. ISBN 983-41926-9-X T: 03-89221842, 019-2816520 F: 03-89251464 E: [email protected] www.sprintholdings.wordpress.com facebook: sprintholdings MEMILIH PERNIAGAAN YANG SESUAI Sebelum mula berniaga anda perlu tahu apa yang ingin dan sesuai untuk anda perniagakan. Langkah Pertama Perkara yang pertama sekali perlu anda lakukan ialah dengan melihat dan mengenali diri anda sendiri. Proses ini memerlukan anda berada di tempat yang jauh dari gangguan dan sunyi supaya anda dapat berfikir dengan lebih mendalam tentang kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri anda. Semua manusia diciptakan dengan kebolehan dan bakat tersendiri. Tidak kira bagaimana keadaan diri anda hari ini sama ada sempurna atau cacat, kaya atau miskin, berpelajaran tinggi atau tidak. Akui dan terima hakikat kelebihan dan kelemahan diri anda. Jangan jadikan keadaan diri anda sekarang sebagai satu alasan atau halangan kepada cita-cita anda untuk tidak memulakan perniagaan sendiri. Cuba fikirkan mungkin anda memiliki kelebihan dan minat di dalam bidang-bidang berikut yang boleh dijadikan sebagai satu usaha perniagaan:- Menulis Mengurus kanak-kanak Mengubah bunga Mendandan Memperbaiki peralatan elektrik Mengajar mata pelajaran khas Menghias rumah Bertani dan bercucuk tanam Menternak Melukis Mengurut atau apa sahaja ilmu pengetahuan khusus yang anda ketahui tetapi tidak ada pada orang lain. Langkah Kedua Setelah anda mengenalpasti bakat atau kebolehan diri, fikirkan bagaimana ianya dapat dimanfaatkan untuk kehidupan anda. Fikirkan juga sama ada pengetahuan anda dapat memenuhi keperluan masyarakat sekitar. Jika ya, bagaimanakah anda dapat meningkatkan serta memperbaiki pengetahuan yang sedia ada untuk dijadikan idea dan sumber yang boleh mendatangkan hasil.

Transcript of 04 Memilih Perniagaan Yang Sesuai · apakah masalah-masalah yang dihadapinya sekarang? Bolehkah...

Siri Panduan Bisnes #04: Memilih Perniagaan Yang Sesuai…1

Hakcipta Terpelihara ©2011 SPRINT HOLDINGS SDN. BHD. ISBN 983-41926-9-X

T: 03-89221842, 019-2816520 F: 03-89251464

E: [email protected] www.sprintholdings.wordpress.com facebook: sprintholdings

MEMILIH PERNIAGAAN YANG SESUAI

Sebelum mula berniaga anda perlu tahu apa yang ingin dan sesuai untuk anda

perniagakan.

Langkah Pertama

Perkara yang pertama sekali perlu anda lakukan ialah dengan melihat dan mengenali diri

anda sendiri. Proses ini memerlukan anda berada di tempat yang jauh dari gangguan dan

sunyi supaya anda dapat berfikir dengan lebih mendalam tentang kelebihan dan

kekurangan yang ada pada diri anda.

Semua manusia diciptakan dengan kebolehan dan bakat tersendiri. Tidak kira bagaimana

keadaan diri anda hari ini sama ada sempurna atau cacat, kaya atau miskin, berpelajaran

tinggi atau tidak. Akui dan terima hakikat kelebihan dan kelemahan diri anda. Jangan

jadikan keadaan diri anda sekarang sebagai satu alasan atau halangan kepada cita-cita

anda untuk tidak memulakan perniagaan sendiri.

Cuba fikirkan mungkin anda memiliki kelebihan dan minat di dalam bidang-bidang berikut

yang boleh dijadikan sebagai satu usaha perniagaan:-

♦ Menulis

♦ Mengurus kanak-kanak

♦ Mengubah bunga

♦ Mendandan

♦ Memperbaiki peralatan elektrik

♦ Mengajar mata pelajaran khas

♦ Menghias rumah

♦ Bertani dan bercucuk tanam

♦ Menternak

♦ Melukis

♦ Mengurut

♦ atau apa sahaja ilmu pengetahuan khusus yang anda ketahui tetapi tidak ada pada

orang lain.

Langkah Kedua

Setelah anda mengenalpasti bakat atau kebolehan diri, fikirkan bagaimana ianya dapat

dimanfaatkan untuk kehidupan anda. Fikirkan juga sama ada pengetahuan anda dapat

memenuhi keperluan masyarakat sekitar. Jika ya, bagaimanakah anda dapat

meningkatkan serta memperbaiki pengetahuan yang sedia ada untuk dijadikan idea dan

sumber yang boleh mendatangkan hasil.

Siri Panduan Bisnes #04: Memilih Perniagaan Yang Sesuai…2

Hakcipta Terpelihara ©2011 SPRINT HOLDINGS SDN. BHD. ISBN 983-41926-9-X

T: 03-89221842, 019-2816520 F: 03-89251464

E: [email protected] www.sprintholdings.wordpress.com facebook: sprintholdings

Langkah Ketiga

Lihat pula kepada pengalaman yang ada pada anda. Fikirkan bagaimana pengalaman dan

pengetahuan anda dapat disatukan dan dijadikan sesuatu yang lebih bermakna untuk

anda memulakan perniagaan.

Langkah Keempat

Buat perancangan bertulis tentang apa yang anda cita-citakan dari perniagaan yang bakal

anda mulakan. Sejauh manakah anda ingin pergi dan berjaya. Dapatkan seberapa banyak

maklumat tentang perniagaan yang anda ingin mulakan. Bermula dari pemerhatian sendiri

dan nasihat dari mereka yang telah berjaya di dalam bidang perniagaan berkaitan.

Perancangan yang dibuat akan melibatkan perancangan dari sudut pengurusan,

kewangan, pemasaran dan juga penghasilan produk yang anda ingin tawarkan.

Adalah penting untuk anda menulis segala idea atau perancangan anda di dalam buku

catatan khas walaupun ianya mungkin kelihatan tidak logik atau tidak masuk akal pada

waktu ini. Di peringkat ini anda hanya perlu mencatatkan semua idea tanpa perlu berfikir

dua kali. Setelah semua idea dicatatkan barulah anda mengambil masa yang secukupnya

untuk membuat penilaian dan memilih idea yang paling baik untuk diusahakan.

Di peringkat penilaian dan pemilihan idea anda perlu mengambilkira kesesuaian idea yang

akan dimajukan dengan melihat kepada perkara perkara berikut:-

♦ Adakah terdapat permintaan masyarakat sekeliling terhadap apa yang hendak anda

tawarkan? Siapa pelanggan sasaran anda? Adakah mereka mampu untuk membeli dari

anda?

♦ Berapakah perbelanjaan awal yang diperlukan untuk melaksanakan idea sama ada

ianya di dalam kemampuan anda atau tidak?

♦ Jika anda tidak mampu, adakah orang lain yang boleh bersama-sama anda membantu

melaksanakan idea tersebut?

♦ Berapa lama masa yang diperlukan sehingga idea boleh dilaksanakan di peringkat

pensampelan atau percubaan?

♦ Apakah risikonya kepada anda jika percubaan pertama anda mengusahakan idea

gagal. Adakah anda mempunyai modal lebihan, pelan susulan atau pelan tindakan luar

jangka?

♦ Adakah idea anda memerlukan sebarang bentuk pembaharuan yang akan

memerlukan perbelanjaan tambahan pada masa ini atau akan datang? Jika ya, berapa

diperlukan?

♦ Di mana dan bila anda perlu menyiapkan idea sebagai perniagaan sepenuhnya?

Siri Panduan Bisnes #04: Memilih Perniagaan Yang Sesuai…3

Hakcipta Terpelihara ©2011 SPRINT HOLDINGS SDN. BHD. ISBN 983-41926-9-X

T: 03-89221842, 019-2816520 F: 03-89251464

E: [email protected] www.sprintholdings.wordpress.com facebook: sprintholdings

♦ Adakah terdapat orang lain yang sudah pun melakukan idea yang sama? Jika ada,

apakah masalah-masalah yang dihadapinya sekarang? Bolehkah anda mengatasi

masalah-masalah tersebut?

♦ Apakah kelebihan idea anda berbanding pesaing sedia ada?

♦ Jika idea anda mendapat sambutan, adakah anda mampu meneruskan penawaran

produk? Adakah anda mempunyai tenaga, kakitangan, keupayaan dan modal sendiri

yang mencukupi atau perlukah anda memohon bantuan kewangan dari pihak lain?

♦ Bagaimana anda boleh meningkatkan kualiti tetapi pada masa yang sama

mengurangkan perbelanjaan pengeluaran dan operasi?

♦ Persoalan yang paling penting, adakah anda benar-benar berminat serta yakin dengan

idea yang ingin diusahakan dan yakin anda tidak akan mudah merasa bosan

melakukannya walaupun dalam jangkamasa yang panjang?

Jangan biarkan segala idea, cita-cita dan rancangan anda tinggal berlegar-legar di fikiran

kerana impian yang tidak dibuat secara bertulis hanyalah satu angan-angan. Oleh itu

mulalah berfikir sekarang. Dapatkan sebuah buku catatan/diari dan catatkan apa yang

anda mahu dari kehidupan ini dan bagaimana anda akan berusaha ke arah mencapai cita-

cita tersebut.

Proses Memilih Perniagaan Yang Sesuai

Sebelum anda boleh membuat keputusan mengenai jenis perniagaan yang ingin diceburi,

anda perlu memahami terdapat 4 kategori utama sektor perniagaan:

1. Peruncitan (Retailling)

Contoh : kedai runcit, jualan langsung, pasaraya kecil, kedai roti , restoran, gerai

makan.

2. Perkhidmatan (Service)

Contoh: kedai gunting rambut, kedai jahitan, perkhidmatan perakaunan, tuisyen.

3. Pembuatan (Manufacturing)

Contoh: kilang membuat mee, biskut, pembinaan.

4. Pemborongan (Wholesale)

Contoh: pasaraya hyper seperti GIANT, TESCO, pemborong kain yang membeli secara

pukal dan menjual kepada orang tengah

Soalan-soalan untuk membantu anda membuat pemilihan:-

♦ Apakah 3 jenis kemahiran bekerja/perniagaan utama yang pernah anda tunjukkan

sepanjang pekerjaan/karier anda? Contoh kemahiran: membuat jualan, perakaunan,

pemasaran, pengurusan, menulis, berkomunikasi, membuat penganalisaan, melantik

dan melatih pekerja, memotivasi individu, membangunkan produk, memberi

perkhidmatan pelanggan, menjalankan tugas secara cekap dan fokus serta lain-lain

lagi kemahiran yang positif.

Siri Panduan Bisnes #04: Memilih Perniagaan Yang Sesuai…4

Hakcipta Terpelihara ©2011 SPRINT HOLDINGS SDN. BHD. ISBN 983-41926-9-X

T: 03-89221842, 019-2816520 F: 03-89251464

E: [email protected] www.sprintholdings.wordpress.com facebook: sprintholdings

♦ Dengan menggunakan senarai contoh di atas, apakah kemahiran-kemahiran yang

anda paling lemah dan perlu diperbaiki?

♦ Sepanjang pengalaman bekerja anda (sama ada secara sambilan atau sepenuh masa),

apakah 3 pekerjaan yang sangat anda minati dan kenapa?

♦ Sepanjang pengalaman bekerja anda (sama ada secara sambilan atau sepenuh masa),

apakah 3 pekerjaan yang anda TIDAK minati dan kenapa?

♦ Pada keseluruhannya apakah 3 jenis kemahiran peribadi penting yang anda miliki?

Contoh kemahiran: kepimpinan, komunikasi, semangat, kerajinan, kebijaksanaan,

merancang, inovasi, kaunseling, mendengar, menyelesaikan masalah dan sebagainya.

♦ Jika anda berpeluang untuk membuat pilihan, apakah 3 jenis industri yang anda ingin

ceburi? Contoh industri: sukan, muzik, filem, makanan, pertanian, kewangan, hartanah,

insurans, fesyen, plastik dan sebagainya.

♦ Adakalanya hobi boleh dijadikan sumber pendapatan. Apakah 3 jenis kegemaran atau

hobi anda yang mungkin boleh dijadikan satu peluang perniagaan?

♦ Berdasarkan pengetahuan anda mengenai bidang peruncitan, perkhidmatan,

pembuatan dan pemborongan, senaraikan mengikut pilihan atau keutamaan minat

anda.

Membuat Pilihan Anda

Jika anda masih belum membuat keputusan atau telah pun memilih jenis perniagaan yang

anda ingin ceburi, anda perlu menilai keputusan anda dengan menjawab soalan-soalan di

bawah untuk memastikan anda telah membuat keputusan yang betul.

Adakah perniagaan yang dipilih sesuai dengan pesonaliti anda?

Peruncitan - Sesuai dengan anda sekiranya anda gemar berjumpa orang ramai, tiada

masalah untuk untuk bekerja lebih dari waktu biasa serta boleh bekerja di satu tempat

yang tetap untuk jangkamasa yang panjang. Jangan melibatkan diri di dalam bidang

peruncitan jika anda tidak sanggup menghadapi keadaan-keadaan di atas.

Perkhidmatan - Sesuai jika anda gemar berjumpa dengan orang ramai dan bekerja di

dalam keadaan-keadaan di atas. Perniagaan perkhidmatan juga memerlukan anda

mempunyai kemahiran tertentu yang jarang ada pada orang lain.

Pemborongan - Sesuai jika anda seorang yang boleh menguruskan stok/barangan di

dalam kuantiti yang besar dengan cekap, gemar melakukan tugas-tugas penyeliaan dan

sanggup mengambil risiko kerana menyimpan stok/barangan di dalam kuantiti yang

besar.

Pembuatan - Sesuai jika anda seorang yang sangat menjaga kualiti, teliti dan suka

mencipta sesuatu yang berkaitan dengan teknikal atau memerlukan kemahiran. Anda juga

perlu mempunyai kemahiran untuk menguruskan keseluruhan proses pembuatan dan

kakitangan yang terlibat.

Tambahan kepada di atas:

Siri Panduan Bisnes #04: Memilih Perniagaan Yang Sesuai…5

Hakcipta Terpelihara ©2011 SPRINT HOLDINGS SDN. BHD. ISBN 983-41926-9-X

T: 03-89221842, 019-2816520 F: 03-89251464

E: [email protected] www.sprintholdings.wordpress.com facebook: sprintholdings

♦ Jika anda gemar bekerja dengan angka, mungkin bidang perakaunan, kewangan atau

percukaian sesuai untuk anda ceburi.

♦ Jika anda tiada masalah untuk bekerja di luar waktu-waktu biasa dan panjang,

mungkin bidang restoran atau hiburan sesuai untuk anda ceburi.

♦ Jika anda boleh melakukan tugas-tugas di dalam pejabat dalam jangkamasa yang

panjang, mungkin perniagaan perkhidmatan perunding atau kaunseling sesuai untuk

anda.

Persoalan-persoalan Untuk Pemilihan

♦ Adakah anda mempunyai kemahiran di dalam bidang perniagaan yang dipilih?

Pengalaman merupakan guru yang terbaik untuk anda. Jika anda tiada pengalaman,

anda mungkin tidak akan mempunyai daya saing untuk menghadapi pesaing-pesaing

di pasaran dan menyukarkan anda untuk menyakinkan pelanggan.

♦ Adakah perniagaan yang dipilih sesuatu yang mampu untuk dimulakan?

Perkhidmatan merupakan bidang perniagaan yang memerlukan modal paling rendah

untuk anda bermula. Ini diikuti dengan bidang peruncitan, pemborongan dan yang

memerlukan modal terbanyak ialah bidang pembuatan. Anda perlu melihat kepada

keupayaan kewangan anda serta peluang membuat pinjaman sebelum menceburi

bidang perniagaan yang bermodal besar.

♦ Bolehkah anda menghadapi risiko dari perniagaan yang ingin diceburi? Semakin besar

modal yang diperlukan maka semakin besarlah risiko yang ada. Lihat kepada

keupayaan perniagaan anda. Jika anda perlu bekerjasama dengan pihak lain untuk

mengumpul modal tambahan, anda perlu mencari rakan niaga yang sesuai.

♦ Adakah anda selesa dan yakin dengan industri yang anda ingin ceburi? Pilih

perniagaan yang dapat memberi anda kepuasan bekerja dan ketenangan semasa

menjalankannya. Tidak semua orang boleh menjalankan perniagaan seperti

perkhidmatan mengutip hutang, menjual rokok, menarik kereta dan seumpamanya.

♦ Adakah industri yang dipilih tidak mempunyai terlalu ramai pesaing dan tidak

didominasi oleh beberapa syarikat besar sahaja? Melalui pengamatan adakah anda

berpeluang membuat keuntungan jika anda menceburi sesuatu perniagaan yang

sedia ada didominasi oleh beberapa syarikat besar. Anda perlu bersedia untuk

bersaing dari segi kualiti produk, imej profesionalism, bilangan kakitangan, lokasi yang

strategik dan harga yang kompetitif. Semua ini melibatkan penggunaan modal yang

agak banyak.

♦ Adakah pesaing anda mempunyai kelebihan dalam perniagaan yang anda ingin

ceburi? Jika ya, anda perlu merancang untuk mengatasi kelebihan mereka dan

menawarkan sesuatu yang berbeza kepada pelanggan. Adakah anda perlu bersaing

dari segi kualiti, perkhidmatan atau harga?

♦ Adakah perniagaan ini akan membolehkan anda menjadi seorang pakar? Peluang

anda untuk berjaya adalah lebih besar jika anda menjadi pakar dalam bidang anda.

Jika anda cuba melakukan semua perkara pada masa yang sama, anda akan

kehilangan tumpuan dan besar kemungkinan menawarkan produk yang sedia ada

banyak dalam pasaran serta kurang menguntungkan.