05 Homeostasis

22
06/10/22 1 HOMEOSTASIS SISTEM PERKUMUHAN

description

hope knowledge u alll..

Transcript of 05 Homeostasis

Page 1: 05 Homeostasis

04/13/23

1

HOMEOSTASISSISTEM PERKUMUHAN

Page 2: 05 Homeostasis

04/13/23

2

II. Berasal daripada 2 kata Yunani iaitu : homois~serupa stasis ~keadaan

I. Homeostasis ialah proses mengekalkan keseimbagan faktor fizikal dan kimia di

persekitaran dalam tubuh

III. Persekitaran dalam akan dipengaruhi oleh : faktor kimia~pH dan aras gula faktor fizikal~suhu,tekanan darah dan osmosis

KONSEP HOMEOSTASIS

Page 3: 05 Homeostasis

04/13/23

3

MEKANISME SUAP BALIK NEGATIF DAN POSITIF

Semua proses kawalan homeostasis melibatkan mekanisme pengawalaturan yang berdasarkan prinsip suap balik negatif dan suap balik positif

Kawalan homeostasis memerlukan komponen tersebut :

1.Stimulus (perubahan pada nilai persekitaran dalam)2.Reseptor (mengesan stimulus)3.Mekanisme pembetulan (mencetuskan pembetulan yang sesuai) 4.Efektor (yang akan melakukan pembetulan)

Page 4: 05 Homeostasis

04/13/23

4

Prinsip suap balik negatif•apabila nilai faktor meningkat melebihi nilai keadaan normal, mekanisme pembetulan badan akan bertindak untuk menurunkan nilai faktor tersebut pada normal•Sebaliknya, apabila nilai faktor menurun di bawah nilai normal, mekanisme pembetulan akan bertindak untuk menaikkan nilai faktor tersebut pada normal.

Prinsip suap balik positif •Terjadi sekiranya pusat kawalan atau mekanisme pembetulan terganggu, perubahan faktor tidak dapat dipulihkan menyebabkan nilai faktor yang berubah itu terus meningkat atau menurun

Page 5: 05 Homeostasis

04/13/23

5

Page 6: 05 Homeostasis

04/13/23

6

GINJAL1. Ginjal berbentuk seperti kekacang

panjangnya kira-kira 12cm dan terletak pada bahagian dorsal rongga abdomen.

2. Terdapat 3 salur yang menghubungi setiap ginjal, iaitu :

i. Arteri renal yang menyalurkan darah beroksigen yang mempunyai urea untuk dituraskan

ii. Vena renal yang mengembalikan darah yang telah dituraskan di dalam ginjal kembali ke vena kava

iii. Ureter yang membawa air kencing ke pundi kencing

Page 7: 05 Homeostasis

04/13/23

7

Arteri renal kiri

Ginjal kiri

ureter

Vena renal kanan

Ginjal kanan

Vena kava posterior

Page 8: 05 Homeostasis

04/13/23

8

Page 9: 05 Homeostasis

04/13/23

9

3. Pundi kencing merupakan satu organ berotot yang terletak di bahagian abdomen.

4. Pada bukaan ureter ke dalam pundi kencing, terdapat injap yang pengaliran balik air kencing serta mencegah gerakan bakteria ke arah ginjal.

5. Keratan memanjang ginjal menunjukkan tiga bahagian utama iaitu:

a. Korteks (bahagian luar)b. Medula( bahagian dalam)c. Pelvis ( ruang berbentuk corong)

Page 10: 05 Homeostasis

04/13/23

10

Pelvis

Ureter

Medula

Korteks

Page 11: 05 Homeostasis

04/13/23

11

Page 12: 05 Homeostasis

04/13/23

12

6. Setiap ginjal mempunyai berjuta-juta tubul yang disebut nefron.

7. Nefron ialah unit menjalankan tugas perkumuhan dalam ginjal.

8. Setiap nefron terdiri daripada satu gumpalan kapilari darah, iaitu :• glomerulus• Kapsul Bowman• Tubul uriniferus

9. Tubul uriniferus pula terbahagi kepada 3 bahagian iaitu :a. tubul berlingkar proksimal di dalam

korteksb.Liku Henle di dalam medulac.Tubul berlingkar distal di dalam

korteks

Page 13: 05 Homeostasis

04/13/23

13

10.Tubul berlingkar distal bersambung ke duktus pengumpul yang seterusnya menyalurkan kandungannya ke dalam pelvis.

11.Antara beberapa fungsi ginjal adalah seperti yang berikut :

• menyingkirkan bahan-bahan kumuh bernitrogen, khususnya urea• memelihara keseimbangan pH darah• memelihara keseimbangan osmosis darah• menyingkirkan bendasing daripada darah

Page 14: 05 Homeostasis

04/13/23

14

Page 15: 05 Homeostasis

04/13/23

15

PROSES PEMBENTUKAN AIR KENCING MELALUI PROSES ULTRATURASAN DAN PENYERAPAN

SEMULA

•Darah yang mempunyai bahan-bahan kumuh seperti urea disalurkan ke dalam ginjal melalui arteri renal.•Arteri renal bercabang-cabang untuk membentuk satu jaringan kapilari darah dalam kapsul Bowman. •Darah dari arteri renal akan memasukki glomerulus melalui arteriol aferen dan keluar melalui arteriol eferen

PROSES ULTRATURASAN

Page 16: 05 Homeostasis

04/13/23

16

•Oleh sebab diameter arteriol aferen lebih besar daripada arteriol eferen, ini akan menghasilkan tekanan hidrostatik di dalam glomerulus.

•Tekanan yang tinggi ini memaksa cecair dan bahan-bahan terlarut dalam glomerulus terturas keluar menerusi dinding kapilarinya yang nipis ke dalam lumen kapsul Bowman.

•Bendalir yang terkandung dalam kapsul Bowman dipanggil hasil turasan glomerulus.

Page 17: 05 Homeostasis

04/13/23

17

•Proses turasan terhasil akibat tekanan ini disebut ultraturasan.

•Kandungan hasil turasan glomerulus mempunyai semua komponen darah yang bermolekul kecil seperti air, glukosa, garam, asid amino, dan urea.

•Komponen-komponen yang bermolekul besar seperti sel-sel darah dan protein plasma tidak boleh menrentasi dinding glomerulus dan akan kekal di dalam salur darah.

Page 18: 05 Homeostasis

04/13/23

18

•Proses ini berlaku di sepanjang tubul uriniferus.

•Hasil turasan glomerulus dari kapsul Bowman akan mengalir ke dalam tubul berlingkar proksimal.

•Di sini, 75% glukosa dan asid amino diserap semula ke dalam kapilari darah melalui proses pengangkutan aktif yang menggunakan ATP dengan menentang kecerunan kepekatan.

•Penyerapan semula melalui pengangkutan aktif melibatkan penggunaan tenaga metabolik ATP.

PROSES PENYERAPAN SEMULA

Page 19: 05 Homeostasis

04/13/23

19

•Untuk tujuan ini sel epitelium yang melapisi dinding tubul diubahsuaikan dengan mempunyai banyak mitokondrion dan silium.

•Selain itu air diserap melalui proses osmosis.

•Lebih kurang 25% hasil turasan glomerulus daripada tubul berlingkar proksimal akan memasuki liku henle.

•Di liku Henle, lebih kurang 5% garam mineral dan air diserap semula ke dalam kapilari darah

Page 20: 05 Homeostasis

04/13/23

20

•Dari liku Henle, hasil turasan masuk ke dalam tubul berlingkar distal.

•Di tubul berlingkar distal dan tubul pengumpul, peratus garam mineral dan air yang diserap semula dikawal oleh sistem endokrin badan.

•Di tubul berlingkar distal, urea dirembeskan secara aktif ke dalamnya.

•Turasan terakhir muncul dari tubul pengumpul sebagai air kencing.

Page 21: 05 Homeostasis

04/13/23

21

• komposisi air kencing adalah terdiri daripada kira-kira 97% air, 2% urea, dan asis urik , dan 1% garam natrium, kalium, dan sulfat.

Komposisi Plasma darah (%)

Air kencing (%)

Air 90-93 95

Urea 0.03 2.0

Asid urik 0.003 0.05

Ammonia 0.0001 0.05

Natrium 0.3 0.6

Klorida 0.37 0.6

Fosfat 0.003 0.12Komposisi plasma darah dibandingkan dengan air

kencing

Page 22: 05 Homeostasis

04/13/23

22

Struktur Bahan yang diserap semula

Tubul berlingkar distal • glukosa, asid amino (pengangkutan aktif)• air (osmosis

Liku henle • garam mineral (pengangkutan aktif)• air (osmosis)

Tubul berlingkar distal • garam mineral (pengangkutan aktif)• air (osmosis)

Jadual penyerapan semula secara pilihan