05 solat solat sunat

12

Click here to load reader

Transcript of 05 solat solat sunat

Page 1: 05 solat solat sunat

05/01/2023 1

Turutan solat-solat sunat mengikut fadhilatnya

1 Sunat dua hari raya ; al adha dan aidil fitri2 Sunat Kusuf ; iaitu gerhana matahari3 Sunat Khusuf ; iaitu gerhana bulan4 Sunat Istisqa’ ; iaitu solat minta hujan5 Sunat Witir

Page 2: 05 solat solat sunat

05/01/2023 2

6 Sunat Rawatib ; iaitu solat sunat dua rakaat yang mengiringi solat fardhu samada sebelum solat fardhu ,atau pun selepas solat fardhu ,dan rawatib yang paling afdhal adalah dua rakaat sebelum solat subuh.

7 Sunat Tarawih.8 Sunat Dhuha.9 Sunat-sunat yang lain seperti dua rakaat

ihram dan tawaf,sunat tahiyyatul masjid, dan sunat wuduk.

Page 3: 05 solat solat sunat

05/01/2023 3

Penerangan berkaitan beberapa solat-solat sunat.

Sunat Witir Wajib bagi mazhab Abi Hanifah.Waktu : Selepas solat Isyak hingga

terbit fajar , seafdhal- afdhalnya dilewatkan hingga akhir malam,sekiranya seseorang itu meyakini bahawa dia akan terkejut sebelum fajar.

Page 4: 05 solat solat sunat

05/01/2023 4

Witir (samb)Bilangan Rakaat :

i) sekurang-kurangnya: satu rakaat,dan dimakruhkan berkekalan atas satu rakaat sekiranya tanpa keuzuran.ii) sekurang-kurang yang terbaik : adalah sebanyak tiga rakaat.iii) paling sempurna : sebelas rakaat.Disunatkan pada bacaan surah pada tiga rakaat yang akhir ; rakaat pertama surah Al A’la,dan pada rakaat kedua ;surah Al Kafirun,dan pada rakaat ketiga ;surah Al Ikhlas dan Mu’awwizatain.

Page 5: 05 solat solat sunat

05/01/2023 5

Sunat DhuhaWaktu : Ketika matahari naik kadar segalah,

hinggalah sebelum gelincir matahari/masuk zohor Bilangan rakaat :

i) sekurang-kurangnya ;dua rakaat.ii) sebanyak-sebanyaknya dan sebaik-baiknya ; lapan rakaatSebaik-baiknya diberi salam pada setiap dua rakaat sekiranya rakaatnya lapan rakaat.Seafdhal-afdhalnya dibaca dua surah;iaitu surah As Syamsu dan Ad Dhuha ataupun surah Al Kafirun dan Al IKhlas.

Page 6: 05 solat solat sunat

05/01/2023 6

Sunat Rawatib Dinamakan Ar Raghaaib,iaitu sunat-sunat yang menghimpit

solat fardhu samada sebelum atau pun selepas .Dan sunat ini sebenarnya dibahagikan kepada dua bahagian iaitu;

1. Muakkadah ; sering dilakukan oleh Baginda SAW dan jarang sangat ditinggalkan olehnya,samada ketika musafir ataupun tidak musafir,dan ianya berjumlah sepuluh rakaat ; dua rakaat sebelum fardhu subuh(seafhdal-afhdal),dua rakaat sebelum fardhu zohor,dua rakaat selepas fardhu zohor,dua rakaat selepas fardhu maghrib,dua rakaat selepas fardhu isyak.

Page 7: 05 solat solat sunat

05/01/2023 7

2. Bukan Muakkadah jarang dilakukan oleh Baginda SAW dan sering ditinggalkannya,dan ianya berjumlah dua belas rakaat ; dua rakaat sebelum fardhu zohor yang lain dari yang pertama tadi dan dua rakaat selepas fardhu zohor,empat rakaat sebelum asar,dua rakaat sebelum maghrib dan dua rakaat sebelum isyak.

Page 8: 05 solat solat sunat

05/01/2023 8

sambWaktu : • Qobliyyah iaitu yang dilakukan

sebelum mana-mana solat fardhu,dilakukan apabila masuknya waktu solat fardhu,dan berakhirnya apabila keluarnya waktu solat fardhu.Ulama mengharuskan perlaksanaan qobliyyah ini walaupun selepas dilakukan solat fardhu dan tidak dikira qodo’

Page 9: 05 solat solat sunat

05/01/2023 9

• Ba’diyyah -dilakukan selepas mana-mana solat dan berakhir waktunya dengan berakhir waktu solat fardhu.–Ulama berpendapat bahawa solat

ba’diyyah ini tidak boleh dilakukan sebelum solat fardhu.

Page 10: 05 solat solat sunat

05/01/2023 10

Permasalahan di dalam solat-solat sunat.

1. Yang tidak mempunyai nama atau waktu atau sebab adalah ; sunat mutlaq (semata- mata).Boleh dikerjakan pada bila-bila masa kecuali pada waktu-waktu yang dilarang.

Page 11: 05 solat solat sunat

05/01/2023 11

Waktu-waktu yang haram

2. Diharamkan sembahyang sunat mutlaq (tanpa sebab) atau sebab yang terkemudian seperti istikharah melainkan di tanah Mekkah:

i. Ketika terbit matahari sehingga tinggi sepanjang lembing (kira-kira tujuh hasta mengikut pandangan mata).

ii. Ketika istiwa’(waktu matahari di tengah-tengah langit) hingga tergelincir matahari melainkan hari jumaat.

Page 12: 05 solat solat sunat

05/01/2023 12

iii. Ketika matahari telah menguning sehingga tenggelam matahari.

iv. Selepas mengerjakan sembahyang asar hingga terbenam matahari .

v. Selepas sembahyang subuh hingga terbit matahari.