05b Standard 4

12
STANDARD 4 PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN Aspek 4.1 Penglibatan Murid Kriteria Kritikal Penglibatan aktif murid membolehkan berlakunya pembelajaran berkesan. SKOR DESKRIPSI SKOR SKOR 6 Untuk memperoleh skor 6, semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 perlu dipenuhi. Terdapat unsur inovasi/kreativiti yang menambah nilai pada usaha meningkatkan pencapaian murid. Contohnya: Keseluruhan (90-100%) murid berinteraksi secara aktif dalam pelbagai hala seperti murid dengan murid/ murid dengan guru/murid dengan bahan. atau inisiatif lain yang sesuai. (Nyatakan inisiatif yang telah dilaksanakan sebagai Justifikasi Skor 6) SKOR 5 Hampir keseluruhan murid terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran yang menjurus ke arah pencapaian objektif seperti perbincangan/memberi respons terhadap soalan guru/membuat catatan/kerja amali/membuat gerakan fizikal/arahan guru. Hampir keseluruhan murid berinteraksi secara aktif dalam pelbagai hala seperti murid dengan murid/murid dengan guru/murid dengan bahan. Hampir keseluruhan murid memberi tumpuan terhadap pelajaran sepanjang waktu pembelajaran. SKOR 4 Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 3 dipenuhi. Terdapat banyak kekuatan yang nyata tetapi belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 5. SKOR 3 Kebanyakan murid terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran yang menjurus ke arah pencapaian objektif seperti perbincangan/memberi respons terhadap soalan guru/membuat catatan/kerja amali/membuat gerakan fizikal/arahan guru. Kebanyakan murid berinteraksi secara aktif dalam pelbagai hala seperti murid dengan murid/ murid dengan guru/murid dengan bahan. Kebanyakan murid memberi tumpuan terhadap pelajaran sepanjang waktu pembelajaran . SKOR 2 Mempunyai kekuatan yang memenuhi keperluan minimum tetapi masih belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 3. SKOR 1 Sangat sedikit murid terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran yang menjurus ke arah pencapaian objektif seperti perbincangan/memberi respons terhadap soalan guru/membuat catatan/kerja amali/membuat gerakan fizikal/arahan guru. Sangat sedikit murid berinteraksi secara aktif dalam pelbagai hala seperti murid dengan murid/murid dengan guru/murid dengan bahan. Sangat sedikit murid memberi tumpuan terhadap pelajaran sepanjang waktu pembelajaran.

description

ceramah pdp

Transcript of 05b Standard 4

STANDARD 4PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

Aspek 4.1Penglibatan Murid

Kriteria KritikalPenglibatan aktif murid membolehkan berlakunya pembelajaran berkesan.

SKORDESKRIPSI SKOR

SKOR 6Untuk memperoleh skor 6, semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 perlu dipenuhi. Terdapat unsur inovasi/kreativiti yang menambah nilai pada usaha meningkatkan pencapaian murid. Contohnya:

Keseluruhan (90-100%) murid berinteraksi secara aktif dalam pelbagai hala seperti murid dengan murid/ murid dengan guru/murid dengan bahan. atau inisiatif lain yang sesuai.(Nyatakan inisiatif yang telah dilaksanakan sebagai Justifikasi Skor 6)

SKOR 5 Hampir keseluruhan murid terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran yang menjurus ke arah pencapaian objektif seperti perbincangan/memberi respons terhadap soalan guru/membuat catatan/kerja amali/membuat gerakan fizikal/arahan guru. Hampir keseluruhan murid berinteraksi secara aktif dalam pelbagai hala seperti murid dengan murid/murid dengan guru/murid dengan bahan. Hampir keseluruhan murid memberi tumpuan terhadap pelajaran sepanjang waktu pembelajaran.

SKOR 4Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 3 dipenuhi. Terdapat banyak kekuatan yang nyata tetapi belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 5.

SKOR 3 Kebanyakan murid terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran yang menjurus ke arah pencapaian objektif seperti perbincangan/memberi respons terhadap soalan guru/membuat catatan/kerja amali/membuat gerakan fizikal/arahan guru. Kebanyakan murid berinteraksi secara aktif dalam pelbagai hala seperti murid dengan murid/ murid dengan guru/murid dengan bahan. Kebanyakan murid memberi tumpuan terhadap pelajaran sepanjang waktu pembelajaran.

SKOR 2Mempunyai kekuatan yang memenuhi keperluan minimum tetapi masih belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 3.

SKOR 1 Sangat sedikit murid terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran yang menjurus ke arah pencapaian objektif seperti perbincangan/memberi respons terhadap soalan guru/membuat catatan/kerja amali/membuat gerakan fizikal/arahan guru. Sangat sedikit murid berinteraksi secara aktif dalam pelbagai hala seperti murid dengan murid/murid dengan guru/murid dengan bahan. Sangat sedikit murid memberi tumpuan terhadap pelajaran sepanjang waktu pembelajaran.

Aspek 4.2Penguasaan Pembelajaran Murid

Kriteria KritikalPenguasaan pembelajaran murid selaras dengan objektif yang ditetapkan.

SKORDESKRIPSI SKOR

SKOR 6Untuk memperoleh skor 6, semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 perlu dipenuhi. Terdapat unsur inovasi/kreativiti yang menambah nilai pada usaha meningkatkan pencapaian murid. Contohnya:

Keseluruhan murid dapat memberi respons dengan tepat terhadap arahan/soalan guru. atau inisiatif lain yang sesuai.(Nyatakan inisiatif yang telah dilaksanakan sebagai Justifikasi Skor 6)

SKOR 5 Hampir keseluruhan murid dapat memberi respons dengan tepat terhadap arahan/soalan guru. Murid memberi pandangan atau idea yang sesuai dengan tajuk pelajaran. Hampir keseluruhan murid dapat mencapai objektif pembelajaran.

SKOR 4Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 3 dipenuhi. Terdapat banyak kekuatan yang nyata tetapi belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 5.

SKOR 3 Kebanyakan murid dapat memberi respons dengan tepat terhadap arahan/soalan guru. Murid memberi pandangan atau idea. Kebanyakan murid dapat mencapai objektif pembelajaran.

SKOR 2Mempunyai kekuatan yang memenuhi keperluan minimum tetapi masih belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 3.

SKOR 1 Sangat sedikit murid dapat memberi respons dengan tepat terhadap arahan/soalan guru. Murid tidak memberi pandangan atau idea berkaitan tajuk pelajaran. Sangat sedikit murid dapat mencapai objektif pembelajaran.

Aspek 4.3Hasil Kerja Murid

Kriteria KritikalHasil kerja murid yang berkualiti dapat mengukuhkan pembelajaran

SKORDESKRIPSI SKOR

SKOR 6Untuk memperoleh skor 6, semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 perlu dipenuhi. Terdapat unsur inovasi/kreativiti yang menambah nilai pada usaha meningkatkan pencapaian murid. Contohnya:

Keseluruhan murid dapat menghasilkan tugasan atau latihan dengan kemas serta mematuhi format dan prosedur/menyiapkan semua tugasan atau latihan yang diberikan/melakukan pembetulan bagi tugasan atau latihan secara konsisten. atau inisiatif lain yang sesuai.(Nyatakan inisiatif yang telah dilaksanakan sebagai Justifikasi Skor 6)

SKOR 5 Hampir keseluruhan murid menghasilkan tugasan atau latihan (evidens) dengan kemas serta mematuhi format dan prosedur. Hampir keseluruhan murid menyiapkan tugasan atau latihan (evidens) yang diberikan. Hampir keseluruhan murid berjaya melaksanakan tugasan atau latihan (evidens) dengan betul. Hampir keseluruhan murid melakukan pembetulan bagi tugasan atau latihan (evidens) secara konsisten.

SKOR 4Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 3 dipenuhi. Terdapat banyak kekuatan yang nyata tetapi belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 5.

SKOR 3 Kebanyakan murid menghasilkan tugasan atau latihan (evidens) dengan kemas serta mematuhi format dan prosedur. Kebanyakan murid menyiapkan tugasan atau latihan(evidens) yang diberikan. Kebanyakan murid berjaya melaksanakan tugasan/latihan (evidens) dengan betul. Kebanyakan murid melakukan pembetulan bagi tugasan atau latihan (evidens) secara konsisten.

SKOR 2Mempunyai kekuatan yang memenuhi keperluan minimum tetapi masih belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 3.

SKOR 1 Sangat sedikit murid menghasilkan tugasan atau latihan dengan kemas, mematuhi format dan prosedur. Sangat sedikit murid menyiapkan tugasan atau latihan yang diberikan. Sangat sedikit murid membuat pembetulan bagi tugasan atau latihan. Sangat sedikit tugasan atau latihan diberi.

Aspek 4.4Perancangan dan Persediaan Guru

Kriteria KritikalPerancangan dan persediaan yang rapi meningkatkan keberkesanan pengajaran.

SKORDESKRIPSI SKOR

SKOR 6Untuk memperoleh skor 6, semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 perlu dipenuhi. Terdapat unsur inovasi/kreativiti yang menambah nilai pada usaha meningkatkan pencapaian murid. Contohnya:

Rancangan Pelajaran Harian (RPH) disediakan memenuhi keperluan SPI yang berkuat kuasa dan mempunyai kelebihan seperti langkah-langkah pengajaran yang terperinci, sumber pendidikan yang sesuai, unsur Elemen Merentas Kurikulum (EMK) yang jelas, dan bahan penilaian mengikut kebolehan murid. atau inisiatif lain yang sesuai.(Nyatakan inisiatif yang telah dilaksanakan sebagai Justifikasi Skor 6)

SKOR 5 Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) yang disediakan meliputi sepanjang tahun persekolahan berdasarkan sukatan dan huraian sukatan pelajaran (HSP) /Dokumen Standard Kurikulum (DSK) terkini dan sesuai dengan takwim persekolahan. RPH disediakan berdasarkan RPT. Objektif pelajaran dinyatakan dalam bentuk perlakuan, boleh diukur dan sesuai dengan keupayaan murid. Aktiviti yang dirancang terarah untuk mencapai objektif pelajaran. Peraturan Penskoran PBS disediakan dengan tepat. Guru menyediakan sumber pendidikan yang sesuai sebelum PdP bermula. Refleksi dicatat bagi setiap pelajaran dengan merujuk objektif pelajaran.

SKOR 4Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 3 dipenuhi. Terdapat banyak kekuatan yang nyata tetapi belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 5.

SKOR 3 RPT yang disediakan meliputi sepanjang tahun persekolahan berdasarkan sukatan dan HSP/ DSK terkini. RPH disediakan berdasarkan RPT. Objektif pelajaran dinyatakan dalam bentuk perlakuan. Aktiviti yang dirancang terarah untuk mencapai objektif pelajaran. Guru menyediakan sumber pendidikan yang sesuai sebelum PdP bermula. Refleksi dicatatkan bagi setiap pelajaran.

SKOR 2Mempunyai kekuatan yang memenuhi keperluan minimum tetapi masih belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 3.

SKOR 1 RPT atau RPH atau kedua-duanya tidak disediakan.

Aspek 4.5Kaedah Penyampaian

Kriteria KritikalKaedah penyampaian yang sesuai meningkatkan pencapaian objektif pelajaran.

SKORDESKRIPSI SKOR

SKOR 6Untuk memperoleh skor 6, semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 perlu dipenuhi. Terdapat unsur inovasi/kreativiti yang menambah nilai pada usaha meningkatkan pencapaian murid. Contohnya:

Kaedah penyampaian yang berkesan membolehkan objektif PdP tercapai dengan mengambil kira keperluan murid, prinsip-prinsip pedagogi, persekitaran dan refleksi PdP sebelumnya. atau inisiatif lain yang sesuai. (Nyatakan inisiatif yang telah dilaksanakan sebagai Justifikasi Skor 6)

SKOR 5 Guru mewujudkan kesediaan belajar dalam kalangan murid. Kaedah pengajaran sesuai dengan keperluan dan keupayaan murid. Guru mengamalkan prinsip-prinsip pengajaran asas (berasaskan pengetahuan dan pengalaman sedia ada murid, mudah kepada kompleks, konkrit kepada abstrak). Aktiviti PdP yang dilaksanakan menarik dan menjurus kepada pencapaian objektif. Aktiviti pemulihan atau pengayaan dilaksanakan dengan berkesan. Aktiviti PdP memberi peluang murid berfikir aras tinggi dengan menggunakan soalan aras tinggi/peta pemikiran (i-Think)/ peta minda. Aktiviti PdP memupuk nilai dalam kalangan murid. Guru menyampaikan pelajaran dengan luwes mengikut situasi. Masa pelajaran digunakan secara optimum.

SKOR 4Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 3 dipenuhi. Terdapat banyak kekuatan yang nyata tetapi belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 5.

SKOR 3 Guru mewujudkan kesediaan belajar dalam kalangan murid. Kaedah pengajaran sesuai dengan keperluan murid. Guru mengamalkan prinsip-prinsip pengajaran asas (berasaskan pengetahuan dan pengalaman sedia ada murid, mudah kepada kompleks, konkrit kepada abstrak). Aktiviti PdP yang dilaksanakan menarik. Aktiviti pemulihan atau pengayaan dilaksanakan. Masa pelajaran digunakan secara optimum.

SKOR 2Mempunyai kekuatan yang memenuhi keperluan minimum tetapi masih belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 3.

SKOR 1 Guru kurang mewujudkan kesediaan belajar dalam kalangan murid. Kaedah pengajaran kurang sesuai dengan keperluan dan keupayaan murid. Aktiviti yang dilaksanakan tidak menarik. Masa pelajaran tidak digunakan secara optimum.

Aspek 4.6Kemahiran Komunikasi

Kriteria KritikalKomunikasi berkesan memudahkan pemahaman dan menggalakkan pembelajaran murid.

SKORDESKRIPSI SKOR

SKOR 6Untuk memperoleh skor 6, semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 perlu dipenuhi. Terdapat unsur inovasi/kreativiti yang menambah nilai pada usaha meningkatkan pencapaian murid. Contohnya:

Komunikasi guru (lisan dan bukan lisan) yang berkesan dapat menarik minat murid untuk menumpukan perhatian sepenuhnya dalam PdP. atau inisiatif lain yang sesuai.(Nyatakan inisiatif yang telah dilaksanakan sebagai Justifikasi Skor 6)

SKOR 5 Guru berkomunikasi dengan bahasa yang betul, mudah difahami, sebutan yang jelas, tepat dan nada suara yang sesuai. Guru berkemahiran mendengar dan memberi respons kepada soalan murid secara lisan atau bukan lisan dengan berkesan. Guru memotivasikan murid dengan memberi pujian atau galakan.

SKOR 4Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 3 dipenuhi. Terdapat banyak kekuatan yang nyata tetapi belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 5.

SKOR 3 Guru berkomunikasi dengan bahasa yang betul dan sebutan yang jelas. Guru berkemahiran mendengar dan memberi respons kepada soalan murid secara lisan atau bukan lisan. Guru memotivasikan murid dengan memberi pujian atau galakan.

SKOR 2Mempunyai kekuatan yang memenuhi keperluan minimum tetapi masih belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 3.

SKOR 1 Guru kurang kemahiran mendengar dan memberi respons kepada soalan murid secara lisan atau bukan lisan. Guru tidak memotivasikan murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti PdP.

Aspek 4.7Penggunaan Sumber Pendidikan

Kriteria KritikalPenggunaan sumber pendidikan yang berkesan membantu mengukuhkan pembelajaran murid.

SKORDESKRIPSI SKOR

SKOR 6Untuk memperoleh skor 6, semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 perlu dipenuhi. Terdapat unsur inovasi/kreativiti yang menambah nilai pada usaha meningkatkan pencapaian murid. Contohnya:

Guru memilih/menyediakan sumber pendidikan dan memanfaatkan sumber yang ada di persekitaran bagi mengukuhkan pembelajaran murid. atau inisiatif lain yang sesuai.(Nyatakan inisiatif yang telah dilaksanakan sebagai Justifikasi Skor 6)

SKOR 5 Guru menggunakan sumber pendidikan yang sesuai dengan tajuk/objektif pelajaran. Guru menggunakan sumber pendidikan yang sesuai untuk memudahkan murid memahami pelajaran. Guru menggunakan sumber pendidikan untuk mewujudkan suasana yang menarik bagi meningkatkan minat murid dalam pembelajaran. Guru memberi penekanan kepada cara penggunaan yang betul dan aspek keselamatan dalam penggunaan sumber pendidikan (jika berkaitan).

SKOR 4Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 3 dipenuhi. Terdapat banyak kekuatan yang nyata tetapi belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 5.

SKOR 3 Guru menggunakan sumber pendidikan. Guru memberi penekanan kepada cara penggunaan yang betul dan aspek keselamatan dalam penggunaan sumber pendidikan (jika berkaitan).

SKOR 2Mempunyai kekuatan yang memenuhi keperluan minimum tetapi masih belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 3.

SKOR 1

Guru tidak menggunakan sumber pendidikan yang sesuai.

Aspek 4.8Pentaksiran

Kriteria KritikalPentaksiran yang berterusan meningkatkan keberkesanan PdP.

SKORDESKRIPSI SKOR

SKOR 6Untuk memperoleh skor 6, semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 perlu dipenuhi. Terdapat unsur inovasi/kreativiti yang menambah nilai pada usaha meningkatkan pencapaian murid. Contohnya:

Guru berjaya memilih kaedah/instrumen pentaksiran yang sesuai dan menggunakannya secara berkesan untuk meningkatkan pembelajaran murid. atau inisiatif lain yang sesuai.(Nyatakan inisiatif yang telah dilaksanakan sebagai Justifikasi Skor 6)

SKOR 5 Guru menggunakan lebih daripada satu kaedah/instrumen untuk membuat pentaksiran formatif semasa PdP untuk mengukur dan mengesan kemajuan murid. Guru menggunakan Peraturan Penskoran PBS untuk memastikan ketepatan pentaksiran murid. Guru memberi pelbagai tugasan atau latihan yang mencukupi berdasarkan ketetapan kurikulum/deskriptor PBS. Guru menggunakan maklum balas pentaksiran formatif untuk tindakan pembetulan dan penambahbaikan segera dalam PdP. Hasil kerja murid disemak secara konstruktif dan konsisten.

SKOR 4Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 3 dipenuhi. Terdapat banyak kekuatan yang nyata tetapi belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 5.

SKOR 3 Guru membuat pentaksiran formatif semasa PdP untuk mengukur dan mengesan kemajuan murid. Guru menggunakan Peraturan Penskoran PBS. Guru memberi pelbagai tugasan atau latihan. Guru menggunakan maklum balas pentaksiran formatif untuk tindakan pembetulan dalam PdP. Hasil kerja murid disemak secara konsisten.

SKOR 2Mempunyai kekuatan yang memenuhi keperluan minimum tetapi masih belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 3.

SKOR 1 Guru tidak membuat pentaksiran formatif semasa PdP. Hasil kerja murid tidak disemak.

Aspek 4.9Teknik Penyoalan

Kriteria KritikalTeknik penyoalan yang berkesan meningkatkan pemahaman murid.

SKORDESKRIPSI SKOR

SKOR 6Untuk memperoleh skor 6, semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 perlu dipenuhi. Terdapat unsur inovasi/kreativiti yang menambah nilai pada usaha meningkatkan pencapaian murid. Contohnya:

Guru berjaya memilih teknik penyoalan yang sesuai dan menggunakannya secara terancang untuk meningkatkan pemahaman murid. atau inisiatif lain yang sesuai.(Nyatakan inisiatif yang telah dilaksanakan sebagai Justifikasi Skor 6)

SKOR 5 Guru mengemukakan soalan yang bertepatan dengan dokumen yang berkaitan dengan PBS, tahap penguasaan murid dan meliputi pelbagai aras kognitif. Guru mengemukakan soalan yang mudah difahami, bertumpu, bercapah dan disebarkan ke seluruh kelas. Guru memberi masa yang mencukupi kepada murid untuk memikirkan jawapan/respons. Guru memberi respons yang sesuai dan positif terhadap jawapan murid. Guru berjaya meningkatkan minat hampir keseluruhan murid untuk terlibat dalam PdP.

SKOR 4Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 3 dipenuhi. Terdapat banyak kekuatan yang nyata tetapi belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 5.

SKOR 3 Guru mengemukakan soalan yang mudah difahami dan disebarkan ke seluruh kelas. Guru memberi respons yang sesuai terhadap jawapan murid. Guru berjaya meningkatkan minat kebanyakan murid untuk terlibat dalam PdP.

SKOR 2Mempunyai kekuatan yang memenuhi keperluan minimum tetapi masih belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 3.

SKOR 1 Guru mengemukakan soalan yang sukar difahami dan tidak disebarkan ke seluruh kelas. Guru tidak memberi respons terhadap jawapan murid.

Aspek 4.10Penguasaan Isi Kandungan

Kriteria KritikalPenguasaan isi kandungan yang mendalam membolehkan pelajaran disampaikan dengan yakin, jelas dan tepat.

SKORDESKRIPSI SKOR

SKOR 6Untuk memperoleh skor 6, semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 perlu dipenuhi. Terdapat unsur inovasi/kreativiti yang menambah nilai pada usaha meningkatkan pencapaian murid. Contohnya:

Guru mempunyai pengetahuan yang terkini, merentasi kurikulum dan melangkaui keperluan dalam HSP/DSK serta berkemahiran memeringkatkan isi pelajaran mengikut potensi murid. atau inisiatif lain yang sesuai.(Nyatakan inisiatif yang telah dilaksanakan sebagai Justifikasi Skor 6)

SKOR 5 Guru berjaya menyampaikan isi pelajaran sesuai dengan objektif pelajaran. Guru berjaya menjelaskan konsep/fakta atau memberi jawapan dengan yakin, jelas dan tepat. Guru menghuraikan isi pelajaran dengan mengaitkan situasi semasa atau pengalaman murid.

SKOR 4Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 3 dipenuhi. Terdapat banyak kekuatan yang nyata tetapi belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 5.

SKOR 3 Guru menyampaikan isi pelajaran sesuai dengan objektif pelajaran. Guru dapat menjelaskan konsep/fakta. Guru menghuraikan isi pelajaran.

SKOR 2Mempunyai kekuatan yang memenuhi keperluan minimum tetapi masih belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 3.

SKOR 1 Guru tidak berjaya menyampaikan isi pelajaran sesuai dengan objektif pelajaran. Guru tidak dapat menjelaskan konsep/fakta. Guru tidak menghuraikan isi pelajaran.

Aspek 4.11Pengurusan Kelas (Bilik Darjah/ Makmal/ Bengkel/Padang)

Kriteria KritikalPengurusan kelas yang cekap mewujudkan suasana yang kondusif untuk meningkatkan keberkesanan PdP.

SKORDESKRIPSI SKOR

SKOR 6Untuk memperoleh skor 6, semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 perlu dipenuhi. Terdapat unsur inovasi/kreativiti yang menambah nilai pada usaha meningkatkan pencapaian murid. Contohnya:

Hasil kerja murid yang berkualiti atau sumber pendidikan yang sesuai dipamerkan di sudut mata pelajaran, dikemas kini, relevan dengan konsep yang dipelajari dan dimanfaatkan. atau inisiatif lain yang sesuai.(Nyatakan inisiatif yang telah dilaksanakan sebagai Justifikasi Skor 6)

SKOR 5 Guru memastikan kelas berada dalam keadaan kondusif untuk proses PdP. Guru berjaya mengawal tingkah laku murid dengan menegaskan pematuhan peraturan kelas serta memastikan murid memberi tumpuan terhadap pelajaran. Guru menegur salah laku murid (jika berlaku) dengan serta merta tanpa menjejaskan maruah mereka. Susun atur kedudukan murid sesuai dengan aktiviti yang dilaksanakan dan ruang kelas digunakan secara optimum untuk tujuan pembelajaran.

SKOR 4Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 3 dipenuhi. Terdapat banyak kekuatan yang nyata tetapi belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 5.

SKOR 3 Guru memastikan kelas berada dalam keadaan kondusif untuk proses PdP. Guru mengawal tingkah laku murid dan memastikan murid memberi tumpuan terhadap pelajaran. Guru menegur salah laku murid (jika berlaku).

SKOR 2Mempunyai kekuatan yang memenuhi keperluan minimum tetapi masih belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 3.

SKOR 1 Guru tidak memastikan kelas berada dalam keadaan kondusif untuk proses PdP. Guru gagal mengawal tingkah laku murid.

Aspek 4.12 Amalan Profesionalisme Keguruan

Kriteria KritikalPematuhan etika kerja dan amalan nilai yang positif mewujudkan keyakinan dan kepercayaan murid terhadap guru.

SKORDESKRIPSI SKOR

SKOR 6Untuk memperoleh skor 6, semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 perlu dipenuhi. Terdapat unsur inovasi/kreativiti yang menambah nilai pada usaha meningkatkan pencapaian murid. Contohnya:

Kesungguhan guru untuk memastikan murid menguasai pelajaran sangat menyerlah dan memperlihatkan perlakuan yang mencerminkan etika keguruan yang tinggi untuk dicontohi oleh guru-guru lain. atau inisiatif lain yang sesuai.(Nyatakan inisiatif yang telah dilaksanakan sebagai Justifikasi Skor 6)

SKOR 5 Guru bersemangat dan bersungguh-sungguh dalam menyampaikan pelajaran. Guru prihatin terhadap pendidikan murid dan bersikap adil serta bertimbang rasa terhadap pelbagai kumpulan kebolehan murid dalam kelasnya. Guru menepati masa. Guru bersikap mesra, sabar dan mudah didekati. Guru memperlihatkan perwatakan positif dan mengamalkan nilai murni yang boleh dicontohi murid.

SKOR 4Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 3 dipenuhi. Terdapat banyak kekuatan yang nyata tetapi belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 5.

SKOR 3 Guru bersungguh-sungguh dalam menyampaikan pelajaran. Guru prihatin terhadap pendidikan murid . Guru menepati masa.

SKOR 2Mempunyai kekuatan yang memenuhi keperluan minimum tetapi masih belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 3.

SKOR 1 Guru tidak bersungguh-sungguh dalam menyampaikan pelajaran. Guru tidak prihatin terhadap pendidikan murid. Guru tidak menepati masa.