06 Tajuk 3 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 3Kurikulum.pdf · pemahaman...

25
31 Tajuk 3 KURIKULUM PERSEKOLAHAN Sinopsis Topik-topik dalam tajuk ini merangkumi konsep dan jenis kurikulum, model-model kurikulum, faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan kurikulum, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) serta peranan dan kewajipan guru sebagai pelaksana kurikulum. Hasil Pembelajaran Setelah selesai mengikuti modul ini, diharap anda dapat: 1. Menjelaskan konsep dan jenis kurikulum (1.1). 2. Menterjemah model-model kurikulum secara umum dan spesifik kepada aktiviti pembelajaran yang bermakna (2.3). 3. Berkomunikasi dengan berkesan dalam menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan kurikulum (5.2) 4. Mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk memperoleh pemahaman yang koheren tentang KBSR dan KSSR (6.3) 5. Menterjemahkan kandungan kurikulum secara umum dan spesifik kepada aktiviti pembelajaran yang bermakna (2.3)

Transcript of 06 Tajuk 3 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 3Kurikulum.pdf · pemahaman...

Page 1: 06 Tajuk 3 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 3Kurikulum.pdf · pemahaman yang koheren tentang KBSR dan KSSR (6.3) 5. ... Jawab soalan-soalan berikut untuk

31

Tajuk 3 KURIKULUM PERSEKOLAHAN Sinopsis Topik-topik dalam tajuk ini merangkumi konsep dan jenis kurikulum, model-model

kurikulum, faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan kurikulum, Kurikulum

Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

(KBSM), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard

Sekolah Menengah (KSSM) serta peranan dan kewajipan guru sebagai pelaksana

kurikulum.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai mengikuti modul ini, diharap anda dapat:

1. Menjelaskan konsep dan jenis kurikulum (1.1).

2. Menterjemah model-model kurikulum secara umum dan spesifik kepada aktiviti

pembelajaran yang bermakna (2.3).

3. Berkomunikasi dengan berkesan dalam menghuraikan faktor-faktor yang

mempengaruhi pembentukan kurikulum (5.2)

4. Mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk memperoleh

pemahaman yang koheren tentang KBSR dan KSSR (6.3)

5. Menterjemahkan kandungan kurikulum secara umum dan spesifik kepada aktiviti

pembelajaran yang bermakna (2.3)

Page 2: 06 Tajuk 3 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 3Kurikulum.pdf · pemahaman yang koheren tentang KBSR dan KSSR (6.3) 5. ... Jawab soalan-soalan berikut untuk

32

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)& Kurikulum Bersepadu Sek Men

Kerangka konsep tajuk ini

3.1 Konsep dan jenis kurikulum

3.1.1 Konsep Kurikulum

Perkataan ‘kurikulum’ berasal daripada perkataan Latin yang merujuk kepada

‘laluan dalam sesuatu pertandingan’. Berdasarkan konsep ini, kurikulum berkait

rapat dengan perkataan ‘laluan’. Ia juga merujuk kepada kandungan dan bahan

pembelajaran yang berkembang, iaitu ‘apa’ itu persekolahan. Ahli progresif dan

behavioris membincangkan tentang kurikulum dengan memasukkan unsur-

unsur seperti kepelbagaian, keperluan kemasyarakatan dan strategi-strategi

pengajaran.

Terdapat beberapa definisi kurikulum:

a. Urutan pengalaman yang ditetapkan oleh sekolah untuk

mengdisiplinkan

cara berfikir dan bertindak (Valiga,T. & Magel,C. 2001)

b. Isi kandungan dan proses formal dan tidak formal yang mana pelajar

memperoleh ilmu dan kefahaman, mengembangkan kemahiran dan

Kurikulum Persekolahan

Konsep dan jenis

Kurikulum

Model-model

Kurikulum

Faktor-faktor yang

mempengarui

pembentukan

Kurikulum

Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) & Kurikulum Standard Sek Men

Peranan dan kewajiban guru sebagai pelaksana kurikulum

Page 3: 06 Tajuk 3 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 3Kurikulum.pdf · pemahaman yang koheren tentang KBSR dan KSSR (6.3) 5. ... Jawab soalan-soalan berikut untuk

33

mengubah sikap serta menghargai dan mempelajarari nilai-nilai murni

di sekolah (Doli,R. 1996)

c. Pengalaman pembelajaran yang dirancang dan dibimbing serta hasil

pembelajaran yang diinginkan, yang dibentuk secara sistematik

dengan pembinaan semula ilmu dan pengalaman di sekolah, bagi

pertumbuhan dalam hal kecekapan sosial peribadi secara berterusan

dan bersungguh-sungguh.

d. Kurikulum sekolah adalah satu siri peristiwa yaqng terancang yang

bertujuan untuk memberi kesan pendidikan kepada murid di sekolah

e. Kurikulum seharusnya mempunyai matlamat awalan untuk dicapai, isi

kandungan, proses dan pengalaman yang dipilih untuk memudahkan

pembelajaran, tahap tanggungjawab yang perlu diambil oleh guru dan

pelajar untuk pembelajaran, bagaimana dan di mana kurikulum

dilaksanakan (Dillard & Laidig, 1998)

f. Semua perancangan pendidikan yang dilaksanakan oleh sekolah atau

institusi pendidikan adalah untuk mencapai matlamat pendidikan.

Kurikulum mengandungi dua aspek:

Sukatan dan kandungan mata pelajaran dengan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran

Kokurikulum seperti sukan, persatuan dan unit beruniform

(Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979, dalam konteks

Malaysia)

g. Kurikulum Kebangsaan adalah program pendidikan yang merangkumi

aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang mencakupi semua ilmu

pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, elemen budaya,dan

kepercayaan untuk membantu mengembangkan murid sepenuhnya

dari aspek fizikal, rohani, mental, dan emosi serta memupuk dan

memperkembangkan nilai murni yang diingini serta untuk

menyebarkan ilmu pengetahuan.

Akta Pendidikan 1996, Peraturan Kurikulum Kebangsaan 1997

Jawab soalan-soalan berikut untuk mendapat penjelasan konsep

kurikulum.

a. Apakah yang harus diajar?

b. Kepada siapa ia harus diajar?

Page 4: 06 Tajuk 3 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 3Kurikulum.pdf · pemahaman yang koheren tentang KBSR dan KSSR (6.3) 5. ... Jawab soalan-soalan berikut untuk

34

c. Mengapa ia harus diajar?

d. Bagaimana ia harus diajar?

e. Bila (berapa lama; dan bagaimana susunannya?) harus ia diajar?

f. Bagaimana kita harus tahu bahawa pembelajaran telah berlaku?

g. Apakah sumber yang akan digunakan (buku teks, buku aktiviti,

video, audio, majalah, bahan internet, dll)

h. Dalam keadaan bagaimanakah kurikulum akan dilaksanakan?

Apakah kumpulan (kooperatif, homogenous, individu) yang akan

digunakan?

i. Apakah aspek situasi bilik darjah (susunan meja kerusi, ekologi

bilik darjah) yang akan digambarkan dalam kurikulum?

a. Apakah definisi anda tentang kurikulum?

b. Adakah anda rasa kurikulum itu statik? Mengapa?

3.1.2 Jenis-jenis kurikulum

Apakah jenis kurikulum yang anda tahu? Sebenarnya, terdapat dua jenis

kurikulum utama, iaitu kurikulum formal dan tersembunyi. Kurikulum formal

ialah rancangan di mana aktiviti pembelajaran dijalankan supaya matlamat atau

objektif pendidikan dan sekolah tercapai. Kurikulum formal ini merupakan satu

set dokumen yang digunakan sebagai rujukan untuk dilaksanakan. Ia

mengandungi hal sebenar yang berlaku di bilik darjah dan apa yang telah

disediakan dan dinilai. Setiap sekolah ada kurikulum terancang, iaitu, satu set

objektif yang berstruktur dengan kandungan dan pengalaman belajar serta

hasil yang dijangkakan. Ia merupakan rancangan eksplisit dan operational yang

dihasratkan, lazimnya dikelolakan mengikut mata pelajaran dan gred di mana

peranan guru didefinisikan dengan jelas.......Ornstein,A.C. & Hunkins,F. 1993.

Kurikulum tersembunyi adalah sesuatu yang tidak terancang dan tidak formal.

Ia mungkin disebut sebagai kurikulum ‘tak rasmi’. Ia merupakan perlakuan dan

sikap yang dibawa ke dalam bilik darjah dan sekolah tanpa disedari dan

disebut kerana tidak dinyatakan secara eksplisit. Ia dibentuk oleh faktor-faktor

seperti status sosioekonomi dan latar belakang pengalaman guru dan murid.

Page 5: 06 Tajuk 3 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 3Kurikulum.pdf · pemahaman yang koheren tentang KBSR dan KSSR (6.3) 5. ... Jawab soalan-soalan berikut untuk

35

Jadi, apakah peranan anda sebagai guru dalam kurikulum tersembunyi? Anda

harus berupaya untuk mengenal pasti aspek-aspek kurikulum tersembunyi,

terutamanya kemungkinan ketidakfungsian potensi atau pengalaman

pembelajaran negatif dan di mana-mana kemungkinan untuk mengawal dan

memperbaiki situasi.

Fikirkan beberapa tingkah laku yang dapat anda kenal pasti sebagai

kurikulum tersembunyi ketika anda mengajar dalam bilik darjah.

Dapatkah anda mengawal tingkah laku ini?

Berikut adalah huraian ringkas yang boleh membezakan antara pelbagai jenis

kurikulum:

Kurikulum tersembunyi

Ø Terletak di luar konteks pengajaran rasmi; belajar secara implisit

Ø Mengandungi peraturan tak bertulis, konvensi, adat resam, nilai

budaya yang dikenali sebagai sekolah, seperti sopan santun, menjaga

kebersihan, dan jujur

Ø Dibentuk oleh faktor seperti status sosioekonomi dan latar belakang

pengalaman guru dan murid

Cadangan kurikulum

Ø Kurikulum dicadangkan oleh pakar-pakar pendidik, pertubuhan

profesional, suruhanjaya pembentuk dan pembuat dasar

Kurikulum bertulis/yang dihasratkan

Ø Kurikulum yang dimuatkan dalam panduan kurikulum negeri dan

daerah seperti Kurikulum Kebangsaan, iaitu KBSR/KBSM/Kurikulum

Kebangsaan Prasekolah

Kurikulum sokongan

Ø Kurikulum yang digambarkan dan dibentuk oleh sumber yang

disediakan untuk menyokong atau menyampaikannya

Kurikulum yang diajarkan

Ø Kurikulum yang dapat dilihat ketika memerhati pengajaran guru

Kurikulum yang diuji

Ø Set pembelajaran yang dinilai dalam ujian yang digubal oleh guru,

ujian dibina di peringkat daerah dan ujian piawaian

Kurikulum yang dialami/dipelajari

Page 6: 06 Tajuk 3 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 3Kurikulum.pdf · pemahaman yang koheren tentang KBSR dan KSSR (6.3) 5. ... Jawab soalan-soalan berikut untuk

36

Ø Semua perubahan pada nilai, persepsi, dan tingkah laku yang berlaku

adalah hasil daripada pengalaman persekolahan

Kurikulum masa depan

Ø Merangkumi pendekatan berpusatkan murid yang membolehkan

mereka memahami kekuatan dan kelemahan masing-masing serta

berupaya belajar sepanjang hayat

Ø Pengalaman belajar direka untuk membantu murid menyepadukan

pengetahuan baru dan memurnikannya bagi melahirkan celik akal

melalui banding beza, membuat induksi, deduksi dan menganalisis.

Ø Pengalaman belajar memberikan murid peluang untuk menggunakan

pengetahuan secara bermakna bagi membolehkan mereka membuat

keputusan dan untuk membentuk pemikiran kritikal, kreatif dan

futuristik serta penyelesaian masalah seperti Kajian Masa Depan.

Ø 3 pendekatan boleh digunakan untuk melaksanakan visi ini:

1. Kandungan akan dibekalkan melalui pelbagai cara

penyampaian dengan menggunakan pelbagai strategi

2. Kurikulum akan dibina sebagai modul dan diakses melalui

rangkaian jaringan

3. Bahan, pengalaman dan sokongan akan diperolehi daripada

pelbagai sumber dan disepadukan ke dalam struktur teras

kurikulum

3.2 Model-model kurikulum

Terdapat pelbagai model kurikulum. Di sini yang akan dibincangkan adalah

model kurikulum oleh Ralph Tyler (1949), Hilda Taba (1966), dan Stenhouse

(1975).

3.2.1 Model Perkembangan Kurikulum Tyler

MODEL TYLER

Berdasarkan 4 persoalan asas

Apakah tujuan pendidikan yang perlu dicapai oleh sekolah?

Apakah pengalaman pendidikan yang boleh diberikan yang mungkin dapat

Page 7: 06 Tajuk 3 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 3Kurikulum.pdf · pemahaman yang koheren tentang KBSR dan KSSR (6.3) 5. ... Jawab soalan-soalan berikut untuk

37

mencapai tujuan tersebut?

Bagaimanakah pengalaman pendidikan ini boleh disusun secara

berkesan?

Bagaimanakah dapat kita tentukan sama ada tujuan ini boleh dicapai atau

sebaliknya?

Penekanan pada pembentukan objektif tingkah laku sebagai tujuan sebenar

pendidikan bukanlah untuk guru melakukan sesuatu aktiviti tertentu tetapi untuk

membawa perubahan signifikan dalam pola tingkah laku murid. Adalah penting

untuk mengenal pasti bahawa sebarang penyataan objektif sekolah adalah

merupakan penyataan perubahan yang berlaku di kalangan murid.

Sistematik

memberi panduan yang kukuh untuk menentukan objektif tingkah laku

menyediakan hasilan yang jelas supaya kandungan kurikulum dan kaedah

penyampaiannya dapat disusun dan hasilannya boleh dinilai

3.2.2 Model Perkembangan Kurikulum Taba

MODEL TABA

Kurikulum sebagai rancangan untuk bertindak

Pendekatan bawah ke atas (bottom-up) terhadap kurikulum di

mana guru memainkan peranan utama

Terdapat peraturan tertentu untuk membina kurikulum dan guru

harus membantu dalam proses perkembangannya

7 langkah dalam perkembangan kurikulum:

Ø Mendiagnos keperluan

Ø Pembentukan objektif

Ø Pemilihan kandungan

Ø Pengurusan kandungan

Ø Pemilihan pengalaman pembelajaran

Ø Pengelolaan aktiviti pembelajaran

Ø penilaian

Page 8: 06 Tajuk 3 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 3Kurikulum.pdf · pemahaman yang koheren tentang KBSR dan KSSR (6.3) 5. ... Jawab soalan-soalan berikut untuk

38

3.2.3 Perkembangan Kurikulum oleh Stenhouse

MODEL STENHOUSE

kurikulum sebagai satu proses

kurikulum bukan berbentuk fizikal tetapi berkaitan dengan

interaksi guru, murid dan ilmu

kurikulum ialah perkara sebenar yang berlaku dalam bilik darjah

dan dilakukan oleh seseorang untuk membuat persediaan dan

penilaian

proses yang aktif dan dihubungkaitkan dengan set penaakulan

oleh Aristotle

suatu cubaan untuk menyampaikan prinsip-prinsip dan ciri-ciri

pendidikan dalam satu bentuk terbuka untuk penelitian kritis dan

boleh diterjemahkannya ke bentuk praktikal

perlu menyediakan asas untuk merancang sesuatu kursus,

mengkajinya secara empirikal dan mempertimbangkan alasan

untuk membuat justifikasi. Ia harus menawarkan perancangan:

Ø prinsip-prinsip bagi pemilihan kandungan apa yang perlu

dipelajari dan diajar

Ø prinsip-prinsip bagi perkembangan strategi pengajaran

bagaimana ia dipelajari dan diajar

Ø prinsip-prinsip bagi membuat keputusan tentang urutan

Ø panduan untuk guru dari segi kesesuaian untuk melaksanakan

kurikulum dalam pelagai konteks sekolah, konteks murid,

suasana dan situasi kumpulan rakan sebaya

Ø maklumat tentang kepelbagaian kesan dalam konteks yang

berbeza dan ke atas murid yang berbeza dan memahami

sebab-sebab variasi tersebut

justifikasi kurikulum dibentuk bermatlamatkan mudah diakses

untuk diteliti dan di kritik

melihat kurikulum sebagai suatu bentuk spesifikasi tentang

amalan pengajaran (cara menterjemahkan sebarang idea

pendidikan ke dalam bentuk hipotesis yang boleh uji, bersedia

untuk dikritik, direka bentuk bukan untuk diguna disebarang

tempat).

Hasil kurikulum bukan lagi menjadi ciri utama jika objektif dibina

Page 9: 06 Tajuk 3 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 3Kurikulum.pdf · pemahaman yang koheren tentang KBSR dan KSSR (6.3) 5. ... Jawab soalan-soalan berikut untuk

39

secara sempit dan keadah ditentukan lebih awal, apa yang berlaku

di dalam model teori kurikulum ini dan amalannya adalah

disebabkan oleh kandungan dan cara berkembang hasil daripada

kerjasama antara guru dan murid.

Pembelajaran adalah berpusatkan murid. Fokus adalah pada

interaksi (tumpuan beralih dari pengajaran kepada pembelajaran

dimana proses pembelajaran menjadi fokus utama guru)

3.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan kurikulum

Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan dan perubahan kurikulum:

KERAJAAN Memilih polisi untuk melaksanakan kurikulum

MATLAMAT & PRIORITI PROGRAM Tujuan, matlamat dan objektif untuk program pendidikan

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN & PERUBAAN

KURIKULUM

KANDUNGAN KURIKULUM Pemilihan kandungan

KEPERLUAN INDIVIDU Ø Minat, kemahiran asas 3M Ø Untuk membolehkan murid memperoleh

kemahiran sosial, berupaya memahami diri sendiri, mengembangkan minat & potensi,pembentukan perwatakan

KEPERLUAN NEGARA & MASYARAKAT Ø Memperoleh kemahiran

asas, konsep & teknik dalam kehidupan dari sudut politik, sosial & ekonomi

Ø Untuk memenuhi aspirasi masyarakat, cita-cita & ideologi negara

KEPERLUAN UNIVERSAL Ø Untuk menyebarkan ilmu & latihan

kepada murid untuk membolehkan murid menerapkan pemahaman dan kerjasama secara universal

Ø Penambahbaikan cara hidup masyarakat

Ø Menekankan nilai, sentimen, ilmu & kemahiran untuk memastikan kestabilan masyarakat, motivasi individu & kawalan tingkah laku

Page 10: 06 Tajuk 3 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 3Kurikulum.pdf · pemahaman yang koheren tentang KBSR dan KSSR (6.3) 5. ... Jawab soalan-soalan berikut untuk

40

Di semua negara, kandungan baru pendidikan harus mencerminkan ilmu dan

kemahiran yang diperlukan untuk pertumbuhan peribadi individu, keupayaan

dan kebolehan untuk menyertai tenaga kerja serta menghadapi cabaran

baharu, terutamanya dengan kemajuan pesat dalam sains dan teknologi.

3.4 Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum

Bersepadu

Sekolah Menengah (KBSM)

3.4.1 Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

Pendidikan sekolah rendah terbahagi kepada dua tahap. Pada tahap satu,

iaitu dari Tahun Satu hingga Tahun Tiga, penekanan adalah kepada

penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). Pada tahap

kedua, iaitu dari Tahun Empat hingga Tahun Enam, penguasaan kemahiran

tertumpu kepada pengukuhan dan penekanan terhadap pembinaan yang

kukuh pada isi kandungan dan asas sains. Peperiksaan pada Tahun Enam

digunakan untuk menilai prestasi. Sebaliknya penilaian berasaskan sekolah

dijalankan pada semua peringkat.

3.4.1.1. Matlamat KBSR

Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan

perkembangan keseluruhan potensi individu secara seimbang dan bersepadu

yang termasuk aspek intelek, rohani, emosi dan fizikal untuk menghasilkan

individu yang seimbang dan berharmoni dengan piawai moral yang tinggi.

( Pusat Perkembangan Kurikulum, 1997)

3.4.1.2. Prinsip-prinsip KBSR

KBSR digubal berdasarkan prinsip-prinsip berikut:

Murid di peringkat sekolah rendah lazimnya lebih mudah memperoleh

ilmu dan kemahiran melalui aktiviti pembelajaran di bilik darjah

berbanding dengan pengalaman hidup harian mereka. Oleh itu,semua

aktiviti pembelajaran harus dihubungkaitkan dengan pengalaman

hidup mereka mengikut peringkat-peringkat perkembangan aspek

intelek, rohani dan fizikal.

Page 11: 06 Tajuk 3 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 3Kurikulum.pdf · pemahaman yang koheren tentang KBSR dan KSSR (6.3) 5. ... Jawab soalan-soalan berikut untuk

41

Suasana kondusif di sekolah adalah untuk menyediakan peluang dan

menggalakkan interaksi sosial, bertukar pendapat dan kerjasama

dalam kalangan murid-murid itu.

Aktiviti bilik darjah harus membolehkan murid mengembangkan

pemikiran kritis dan kreatif serta melibatkan diri mereka secara aktif

dalam proses menguasai kemahiran asas yang diperlukan.

Aktiviti organisasi dan pengurusan bilik darjah perlu fleksibel

Penekanan pada nilai (nilai merentas kurikulum).

Penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira)

Penilaian perlu diintegrasikan dalam semua aktiviti pembelajaran

dalam bilik darjah).

3.4.1.3 Objektif KBSR

Objektif KBSR adalah seperti berikut:

Menguasai Bahasa Melayu

Menguasai kemahiran asas bahasa

Mengembang dan meningkatkan kemampuan intelek termasuk pemikiran

rasional, kritis dan kreatif

Menguasai kemahiran mengira dan menggunakannya dalam kehidupan

seharian

Menguasai kemahiran belajar dan berfikir

Menguasai Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua

Mengembangkan sifat kepimpinan dan keyakinan diri

Menjadi peka terhadap manusia dan persekitaran

Menguasai kemahiran saintifik dan teknikal

Memahami dan menghargai budaya serta menyertai aktiviti riadah

Menjaga kesihatan dan kecergasan fizikal

Menguasai asas keusahawanan dan produktiviti

Memperoleh kemahiran membaca, melafaz dan memahami makna ayat-

ayat dalam Al-Quran

Mengukuhkan asas akidah (kepercayaan pada Tuhan) dan amalan nilai

murni

Menyemai semangat kenegaraan

Mengembangkan bakat dan kereativiti

Mengembangkan sikap positif

Page 12: 06 Tajuk 3 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 3Kurikulum.pdf · pemahaman yang koheren tentang KBSR dan KSSR (6.3) 5. ... Jawab soalan-soalan berikut untuk

42

3.4.1.4 Ciri-ciri KBSR

Buat rujukan (sama ada dari buku atau internet) dan huraikan dengan

lebih mendalam tentang prinsip dan ciri-ciri KBSR. Seterusnya

terangkan struktur dan komponen yang terdapat pada KBSR.

3.4.1.5 Pengubahsuaian dalam Sukatan KBSR

Program KBSR memulakan percubaannya pada 1982 sementara KBSM

dilaksanakan berperingkat-peringkat mulai tahun 1988. Selepas tahun 1988,

program KBSR disemak semula untuk melihat kekuatan dan kelemahannya.

Akibatnya, KBSR yang dikenali sebagai Kurikulum Baru Sekolah Renda

ditukar menjadi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah untuk mencerminkan

matlamat dan objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020,

globalisasi dan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Draf

baru sukatan Tahun 1 disediakan pada November 1992 dan kemudian

dilaksananakan pada Disember 1994.

Antara perubaan besar dalam KBSR ialah:

Penerapan nilai dalam pengajaran dan pembelajaran

Penguasaan dan aplikasi kemahiran asas dalam aktiviti harian

Menyusun semula kemahiran belajar daripada yang paling asas kepada

yang paling kompleks mengikut topik

Mengulang kaji sukatan bagi setiap mata pelajaran

Kemahiran Berfikir

Nilai Merentas Kurikulum

Patriotisme Merentas Kurikulum

Bahasa Melayu Merentas Kurikulum CIRI-CIRI KBSR

Pemulihan dan pengayaan

Kemahiran Asas (3M)

Strategi Berpusatkan Murid

Penilaian Berterusan

Page 13: 06 Tajuk 3 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 3Kurikulum.pdf · pemahaman yang koheren tentang KBSR dan KSSR (6.3) 5. ... Jawab soalan-soalan berikut untuk

43

Mengintegrasikan penyelesaian masalah dan arithmatik perniagaan ke

dalam topik berkaitan seperti wang, ukuran panjang dan berat.

Mata pelajaran Alam dan Manusia dibahagikan kepada dua mata

pelajaran, iaitu mata pelajaran Sains dan Kajian Tempatan

Penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran Matematik, Sains dan

semua mata pelajaran teknikal bagi Tahun 1 sekolah rendah, Tingkatan 1

dan Tingkatan 6 Rendah mulai Januari 2003

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam

pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains.

Sejauh manakah objektif KBSR tercapai di sekolah anda? Bincangkan isu

ini dengan rakan sejawat untuk memikirkan apa-apa yang boleh dilakukan

bagi objektif yang belum lagi tercapai.

Buat carian dari internet berkenaan isu-isu yang terdapat

berkenaan kurikulum diluar negara.

3.5 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard

Sekolah Menengah (KSSM)

Kementerian Pelajaran akan melaksanakan kurikulum persekolahan baru

iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah - Semakan Semula (KSSR) mulai

2016 dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) pada 2017 dalam

usaha melonjak sistem pendidikan negara.

Kurikulum baru itu dirangka berdasarkan tanda aras antarabangsa bagi

memastikan murid dan pelajar yang dilahirkan oleh sistem persekolahan di

negara ini memiliki kemahiran yang diperlukan untuk bersaing di peringkat

global. Ia merangkumi dimensi intelek, emosi dan fizikal setiap murid serta

menekankan aplikasi pengetahuan serta perkembangan pemikiran kritis,

kreatif dan inovatif selain memberi peluang melibatkan diri dalam aktiviti

sukan dan kurikulum.

Pengenalan kurikulum baru itu juga selaras dengan pemansuhan Penilaian

Menengah Rendah (PMR) mulai 2014 serta perubahan penilaian ke atas

murid tahun enam yang tidak lagi dibuat berdasarkan keputusan Ujian

Page 14: 06 Tajuk 3 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 3Kurikulum.pdf · pemahaman yang koheren tentang KBSR dan KSSR (6.3) 5. ... Jawab soalan-soalan berikut untuk

44

Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) semata-mata. Ini kerana mulai 2016

juga gred pencapaian UPSR murid tahun enam tidak akan lagi ditentukan

melalui peperiksaan awam sahaja tetapi digabung sekali dengan pentaksiran

sekolah dan pentaksiran pusat.

Pelaksanaan kurikulum baru ini pula akan melalui tiga fasa iaitu gelombang

satu (2012-2015) iaitu fasa persediaan, gelombang kedua (2016-2020) iaitu

fasa pelaksanaan dan gelombang ketiga (2021-2025) iaitu fasa pentaksiran.

Menurut Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025,

sebagai persiapan sebelum memperkenalkan kurikulum baru itu kementerian

akan memurnikan kurikulum sedia ada dan mempergiatkan sokongan kepada

guru bagi meningkatkan sistem penyampaian.

Transformasi Kurikulum Kebangsaan bertitik tolak daripada keputusan

Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil.6/2008 yang dipengerusikan oleh

Y.B. Menteri Pelajaran pada 23 Mei 2008. Satu usaha penambahbaikan

dalam sistem pendidikan negara terutamanya di peringkat sekolah rendah

perlu dilaksanakan supaya kurikulum persekolahan memenuhi keperluan

dan cabaran semasa serta akan datang. Sehubungan itu, Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan satu kajian dan mendapati

wujudnya keperluan untuk melakukan transformasi kurikulum sekolah

rendah.

Transformasi kurikulum sekolah rendah merupakan penyusunan semula dan

penambahbaikan kurikulum persekolahan rendah sedia ada. Tujuan

transformasi adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan

pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa

bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Fokus transformasi kurikulum

persekolahan rendah adalah kepada kemahiran membaca, menulis dan

mengira (3M), sebaliknya mengambil kira kemahiran penaakulan, kreativiti

dan inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) serta elemen

keusahawanan.

Dalam proses transformasi kurikulum persekolahan rendah, KPM telah

melakukan penandaarasan dengan kurikulum persekolahan negara maju

bagi memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan yang dibangunkan

setanding dengan pendidikan global. Di samping itu, KPM turut

Page 15: 06 Tajuk 3 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 3Kurikulum.pdf · pemahaman yang koheren tentang KBSR dan KSSR (6.3) 5. ... Jawab soalan-soalan berikut untuk

45

mendapatkan input daripada pelbagai pihak berkepentingan seperti

Pertubuhan Bukan Kerajaan, industri, akademik dan ibu bapa. Berdasarkan

kepada input-input tersebut maka konsep kurikulum persekolahan rendah

berasaskan standard dibangunkan.

Lanjutan daripada itu, konsep kurikulum persekolahan rendah mendapat

kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil.3/2009 pada 2

Oktober 2009. KPM membangunkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah

(KSSR) berasaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

(KBSR) dan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum

yang dibangunkan turut melibatkan kurikulum Pendidikan Khas. Bagi

memastikan kurikulum tersebut mantap, pelaksanaan rintis telah dilakukan di

sekolah rendah terpilih di seluruh negara. Kurikulum Standard Sekolah

Rendah berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif,

kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi,

perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan

kerohanian, sikap dan nilai

Kurikulum Standard Sekolah Rendah berteraskan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. KSSR mengambil kira

cabaran abad ke-21, Model Baru Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran

terkini. KSSR juga mengguna pakai empat tonggak pendidikan UNESCO,

iaitu belajar untuk mengetahui (learning to know), belajar untuk bertindak

(learning to do), belajar untuk hidup bersama (learning to live together) dan

belajar untuk membentuk peribadi (learning to be).

Murid yang mengikuti KSSR akan mempunyai asas-asas berikut:

- Insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial

- Warganegara yang bertanggungjawab

- Warganegara yang boleh berperanan di arena global (Global Player)

- Pekerja berilmu

Page 16: 06 Tajuk 3 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 3Kurikulum.pdf · pemahaman yang koheren tentang KBSR dan KSSR (6.3) 5. ... Jawab soalan-soalan berikut untuk

46

Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM

Rajah 1: Teras Pembangunan Kurikulum

Kurikulum Standard Sekolah Rendah mengekalkan kesemua prinsip KBSR.

Prinsip ini dikekalkan kerana masih sesuai dan relevan untuk melahirkan

insan yang seimbang dan holistik. Prinsip-prinsip tersebut adalah seperti

berikut:

Rajah 2 : Prinsip-prinsip KSSR

Page 17: 06 Tajuk 3 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 3Kurikulum.pdf · pemahaman yang koheren tentang KBSR dan KSSR (6.3) 5. ... Jawab soalan-soalan berikut untuk

47

Sumber : Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM Pendekatan Bersepadu

Tumpuan utama diberikan kepada pendekatan bersepadu. Unsur-

unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujud

kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial.

Perkembangan Individu Secara Menyeluruh

KSSR digubal untuk memastikan semua mata pelajaran berperanan

untuk memenuhi keperluan intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial.

Setiap potensi murid dikembangkan secara bersepadu.

Pendidikan Saksama Untuk Semua Murid

KSSR memberi peluang yang luas dan saksama kepada semua murid

untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang

menyeluruh dan seimbang.

Pendidikan Seumur Hidup

KSSR menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan

oleh semua murid sebagai asas untuk menghadapi cabaran

kehidupan seharian dan pendidikan sepanjang hayat.

Konsep tunjang yang diperkenalkan dalam KSSR, merupakan satu bentuk

pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai. Konsep ini berfokus

kepada pembentukan modal insan seimbang dari segi jasmani, emosi,

rohani, intelek dan sosial.

Enam tunjang dikenal pasti mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang

menjadi asas kepada pembangunan insan yang berfikiran kreatif, kritis dan

inovatif. Tunjang-tunjang tersebut menggambarkan penstrukturan secara

eksplisit bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai murid. Setiap

tunjang saling berhubung kait dan bersepadu.

Page 18: 06 Tajuk 3 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 3Kurikulum.pdf · pemahaman yang koheren tentang KBSR dan KSSR (6.3) 5. ... Jawab soalan-soalan berikut untuk

48

Rajah 3: Tunjang Dalam KSSR Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM

Huraikan tunjang-tunjang yang terdapat dalam KSSR.

KSSR memastikan selepas enam (6) tahun persekolahan murid mencapai

standard pengetahuan, kemahiran dan nilai yang ditetapkan bagi setiap

tahap. KSSR memberi penekanan kepada 4M iaitu kemahiran membaca,

menulis, mengira dan menaakul. Kemahiran menaakul adalah keupayaan

membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal atau logik.

Page 19: 06 Tajuk 3 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 3Kurikulum.pdf · pemahaman yang koheren tentang KBSR dan KSSR (6.3) 5. ... Jawab soalan-soalan berikut untuk

49

Rajah 4: Fokus KSSR

Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM

Pada Tahap I, pengajaran dan pembelajaran menekankan

penguasaan asas 4M. Rujuk kepada Rajah 4 di atas. Penekanan

diberikan untuk literasi dan numerasi bagi membolehkan murid

menguasai kemahiran tersebut. Penekanan juga diberikan kepada

kemahiran nilai tambah iaitu kreativiti dan inovasi, keusahawanan

dan TMK.

Pada Tahap II, penekanan diberikan kepada pengukuhan dan

aplikasi kemahiran 4M di samping menguasai kemahiran TMK,

penguasaan kemahiran yang lebih kompleks, pemerolehan

pengetahuan, dan perkembangan sahsiah.

KSSR diorganisasikan dalam bentuk modular dengan

mengelompokkan mata pelajaran dalam kumpulan tertentu yang

dikenali sebagai modul. Mata pelajaran juga diorganisasikan secara

modular iaitu kandungan mata pelajaran disediakan dalam bentuk

modul yang kendiri-lengkap (self-contained). Setiap modul

mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal

pasti untuk dikuasai oleh murid.

KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan

standard terdiri daripada standard kandungan dan standard

pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh

dan tahap persekolahan.

Page 20: 06 Tajuk 3 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 3Kurikulum.pdf · pemahaman yang koheren tentang KBSR dan KSSR (6.3) 5. ... Jawab soalan-soalan berikut untuk

50

Standard Kandungan Standard Pembelajaran

Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan

dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi

aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Satu penetapan kriteria atau petunjuk (indicator) kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh

diukur bagi setiap standard kandungan.

Rajah 5: Pernyataan Standard dalam KSSR

Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM

Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard

kandungan. Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan

kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat

menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Elemen merentas

kurikulum yang sedia ada adalah seperti Bahasa, Sains dan Teknologi,

Pendidikan Alam Sekitar, Nilai Murni dan Patriotisme.

Elemen merentas kurikulum yang baharu, iaitu Kreativiti dan Inovasi,

Keusahawanan, serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi dikenal pasti

sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR.

Guru hendaklah memastikan kesemua elemen merentas kurikulum

diterapkan secara efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran demi

melahirkan insan yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Hubungan elemen merentas kurikulum yang sedia ada dan baharu dalam

pembangunan insan yang seimbang digambarkan melalui Rajah 6 di bawah.

Page 21: 06 Tajuk 3 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 3Kurikulum.pdf · pemahaman yang koheren tentang KBSR dan KSSR (6.3) 5. ... Jawab soalan-soalan berikut untuk

51

Rajah 6 : Elemen Merentas Kurikulum

Sumber : Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM

Rajah 7 dibawah menggambarkan perbezaan KSSR dan KBSR.

Rajah 7 : Perbezaan KSSR dan KBSR

Page 22: 06 Tajuk 3 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 3Kurikulum.pdf · pemahaman yang koheren tentang KBSR dan KSSR (6.3) 5. ... Jawab soalan-soalan berikut untuk

52

Sebelum ini, Bahagian Pendidikan Khas bertanggungjawab sepenuhnya

terhadap pembangunan kurikulum Pendidikan Khas yang digunapakai oleh

murid-murid berkenaan. Sekarang Kurikulum Standard Sekolah Rendah

(KSSR) Pendidikan Khas dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan, berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu,

perkembangan individu secara menyeluruh, peluang dan kualiti pendidikan

yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR

Pendidikan Khas merangkumi kurikulum bagi murid bermasalah

pendengaran, bermasalah penglihatan dan bermasalah pembelajaran.

Murid Pendidikan Khas (Masalah Pendengaran) dan murid Pendidikan Khas

(Masalah Penglihatan) secara umumnya menggunakan kurikulum aliran

perdana. Sungguh pun begitu, terdapat beberapa pengubahsuaian dilakukan

terhadap beberapa mata pelajaran aliran berkenaan (khususnya dari segi

pendekatan pengajaran dan pembelajaran) selaras dengan keperluan khas

pembelajaran. Murid Pendidikan Khas (Masalah Pendengaran) dan murid

Pendidikan Khas (Masalah Penglihatan) masing-masing turut diwajibkan

mempelajari mata pelajaran tambahan iaitu Bahasa Isyarat Komunikasi

(BIK) dan Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan (KAIMaL).

Kurikulum Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina berdasarkan

tahap keupayaan dan keperluan murid. Kurikulum bagi kumpulan murid ini

lebih berfokus kepada penguasaan kemahiran bagi memenuhi keperluan

individu, dan tidak terlalu menekankan akademik. Di Tahap I, murid

Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) disediakan mata pelajaran Asas

3M, Pengurusan Kehidupan, Seni Kreatif, Pendidikan Islam, Pendidikan

Moral dan Pendidikan Jasmani. Sementara itu di Tahap II, disediakan mata

pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam,

Pendidikan Moral, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Sains,

Sosial dan Alam Sekitar, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik,

Kemahiran Hidup Asas, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, dan

Pengurusan Kehidupan.

Program pengajaran dan pembelajaran bagi ketiga-tiga kategori ini juga

dibentuk secara fleksibel selaras dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan

(Pendidikan Khas) 1997.

Page 23: 06 Tajuk 3 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 3Kurikulum.pdf · pemahaman yang koheren tentang KBSR dan KSSR (6.3) 5. ... Jawab soalan-soalan berikut untuk

53

3.6 Peranan dan kewajipan guru sebagai pelaksana kurikulum

Mentafsir

Ø Memahami dan menghargai FPK dan Matlamat Pendidikan (sikap

positif, beriltizam untuk mengembangkan kurikulum membaca,

memahami, organisasi pengalaman & menghargai objektif sukatan)

Ø Mentafsir sukatan (mengkaji sukatan, Panduan Khas oleh PPK:

mengubah suai di mana perlu)

Ø Memindahkan matlamat, objektif dan domain yang terpilih sesuai

dengan keperluan

Merancang

Ø Rancangan Semester, Rancangan Pelajaran Harian (Objektif

pengajaran dan pembelajaran, topik dan kandungan, strategi,

penilaian)

Ø Mengatur aktiviti-aktiviti pengajaran untuk murid dengan cara yang

sesuai bagi memudahkan pembelajaran (Gagne & Briggs, 1979)

Ø Pemilihan strategi pengajaran, bahan, isi kandungan dan pengalaman

pembelajaran untuk mencapai hasil yang diinginkan.

Mengubah suai

Ø Berdasarkan keperluan (murid, persekitaran)

Ø Sumber yang ada

Ø Penggunaan ICT

Melaksanakan

Ø Melaksanakan dalam bilik darjah

Menilai

Ø Untuk mendapatkan hasil/keputusan tentang prestasi

Ø Analilsis keputusan

Ø Mendapat maklum balas untuk pengubahsuaian

Fikir tentang pengalaman pengajaran dan pembelajaran anda sendiri.

Buat analisa tentang peranan anda dalam melaksanakan KBSR

di sekolah anda. Sediakan senarai aspek yang perlu disemak

semula. Huraikan secara ringkas.

Page 24: 06 Tajuk 3 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 3Kurikulum.pdf · pemahaman yang koheren tentang KBSR dan KSSR (6.3) 5. ... Jawab soalan-soalan berikut untuk

54

TUGASAN TERARAH 1. Sebagai seorang guru sekolah rendah, analisis dan tafsirkan

ciri-ciri utama KBSR dan KSSR.

2. Pada pendapatanda, sejauh manakah KBSR berjaya mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan?

3. Sebagai seorang guru, huraikan bagaimana anda boleh mainkan peranan melaksanakan KBSR dalam era teknologi maklumat dan komunikasi

RUJUKAN

Egan,G. 1990 The Skilled Helper. 4th Edition, Pasific Grove, Books, Gole Publishing Bondi, W. 1989, Curriculum Development : A Guide to Practice. 3th ed. Ohio. Merrill Publishing Co. Pusat Perkembangan Kurikulum 1994. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Secara Menyeluruh. Kuala Lum[ur. Kementerian Pendidikan Malaysia Stenhouse 1975 An Introduction to Curriculum Research and Development, London, Heinemann

PORTFOLIO Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk ‘soft’ dan ‘hard’ copy.

LAMAN WEB www.moe.gov.my

www.prenhall.com www.infed.org www.soe.purdue.edu

Page 25: 06 Tajuk 3 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 3Kurikulum.pdf · pemahaman yang koheren tentang KBSR dan KSSR (6.3) 5. ... Jawab soalan-soalan berikut untuk

55

IKON

Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat