07_Panduan Menyedia Dan Menjilid Laporan PT2

8
PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 25 Mei 2010 1.0 PENDAHULUAN Garis panduan ini adalah untuk kegunaan pelajar Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG-KPM) yang perlu menyediakan laporan penyelidikan tindakan sebagai memenuhi keperluan kurikulum Ijazah Sarjana Muda Perguruan. 2.0 KERTAS 2.1 Saiz : A4 (berkualiti tinggi; 210 mm x 297 mm, 80gsm) 2.2 Warna: Putih 3.0 PENAIPAN 3.1 Jenis Huruf: Times New Roman’ bersaiz 12 yang ditaip justify3.2 Selang Baris: DUA (2) langkau ‘double spacing’ bagi teks am. Manakala SATU (1) langkau digunakan untuk Abstrak dan Terjemahan Abstrak dan Rujukan 3.3 Ukuran: Ukuran Muka Surat seperti berikut: Atas : 2.5 cm daripada jidai atas Bawa : 2.5 cm daripada jidai bawah Kanan: 2.5 cm daripada jidai kanan Kiri : 4.0 cm daripada jidai kiri Peringatan: i. Setiap permulaan tajuk hendaklah ditaip 5.0 cm daripada birai atas kecuali tajuk laporan penyelidikan, rujukan dan lampiran. 1

Transcript of 07_Panduan Menyedia Dan Menjilid Laporan PT2

PANDUAN MENYEDIA DAN MENJILID TESIS

PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKANPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

25 Mei 2010

1.0PENDAHULUAN

Garis panduan ini adalah untuk kegunaan pelajar Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG-KPM) yang perlu menyediakan laporan penyelidikan tindakan sebagai memenuhi keperluan kurikulum Ijazah Sarjana Muda Perguruan.

2.0KERTAS

2.1Saiz: A4 (berkualiti tinggi; 210 mm x 297 mm, 80gsm)

2.2Warna: Putih

3.0PENAIPAN

3.1Jenis Huruf: Times New Roman bersaiz 12 yang ditaip justify

3.2Selang Baris: DUA (2) langkau double spacing bagi teks am.

Manakala SATU (1) langkau digunakan untuk Abstrak dan

Terjemahan Abstrak dan Rujukan

3.3Ukuran: Ukuran Muka Surat seperti berikut:

Atas:2.5 cm daripada jidai atas

Bawa:2.5 cm daripada jidai bawah

Kanan:2.5 cm daripada jidai kanan

Kiri:4.0 cm daripada jidai kiri

Peringatan:

i. Setiap permulaan tajuk hendaklah ditaip 5.0 cm daripada birai atas kecuali tajuk laporan penyelidikan, rujukan dan lampiran.ii. Pada setiap perenggan terakhir dalam sesuatu halaman mengandungi sekurang-sekurangnya DUA baris teks bertaip. Sekiranya tidak, pindahkan teks tersebut ke halaman berikutnya sebagai perenggan baru.

iii. Perkataan terakhir sesuatu halaman tidak boleh menggunakan tanda sempang.

iv. Sesuatu halaman yang baru hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya DUA baris teks.

3.4Format Am: Semua tajuk ditaip dengan huruf besar kecuali subtajuk.3.5Nombor Halaman:

i. Kedudukan nombor halaman bagi teks am adalah 1.5 cm daripada birai bawah dan 2.5 cm daripada birai kanan. Gunakan huruf yang sama dengan huruf teks, tanpa hiasan.

ii. Pada halaman permulaan (bermula daripada halaman judul) hendaklah dinomborkan dengan angka kecil roman secara berturut-turut sepertimana berikut: i, ii, iii, iv .

Peringatan: halaman permulaan dianggap sebagai halaman (i), tetapi tidak ditaip pada halaman pertama.

iii. Manakala pada halaman teks am hendaklah menggunakan angka numerik iaitu: 1, 2, 3, 4 .

Peringatan: halaman pertama teks dianggap sebagai halaman (1), tetapi tidak ditaip sebagai (1). Begitu juga bagi halaman permulaan setiap bab yang tidak perlu ditulis nombor halamannya, tetapi diambil kira ketika menomborkan halaman berikutnya.

4.0CETAKAN

Cetakan pada sebelah halaman sahaja iaitu semasa menjilid hendaklah pada sebelah kanan.

5.0PENJILIDAN

5.1Serahan : Menyediakan LIMA (5) naskhah tesis. Naskah untuk pemeriksaan (penyelia/penilai kedua) hendaklah dijilid menggunakan kulit keras jenis biasa SAHAJA.

Nota: Sebelum dijilid, calon hendaklah terlebih dahulu memastikan setiap pembetulan telah diuruskan selepas melaksanakan pembentangan dalam seminar penyelidikan.5.2Penduaan : Bagi salinan berikutnya, calon hendaklah menggunakan kertas mempunyai mutu yang baik sekurang-kurangnya 80 g dan ke atas sahaja.

5.3Warna : Tesis hendaklah dijilid kekal berkulit keras dengan kulit jenis buckram dan bertulisan emas. Warna kulit adalah Merah Tua (maroon).

6.0KETERANGAN PADA KULIT LAPORAN KAJIAN6.1Kulit Laporan mestilah mempunyai maklumat yang disusun mengikut urutan berikut:

Judul lengkap penyelidikan

Nama penuh penulis seperti dalam kad pengenalan

Nama Institut Pendidikan Guru (IPG) tempat penulis berdaftar

Bulan dan Tahun diserahkan

Maklumat yang tersebut di atas hendaklah ditaip bermula dengan Tajuk Penyelidikan (dalam bentuk piramid terbalik) dengan ukuran 5.0 cm daripada birai atas dan berakhir dengan Tahun 5.0 cm daripada birai bawah.

Sila lihat contoh di Lampiran A1.6.2 Tulang Kulit

Maklumat pada ruang tulang laporan penyelidikan hendaklah dicetak dengan jenis dan saiz huruf yang sama sepertimana pada muka hadapan laporan dan hendaklah mengikut susunan yang berikut:

Nama IPG (singkatan)Nama Calon

Ijazah

Tahun

Contoh:5.0 cm

IPG-KBA MOHD. KAHIRUL BIN IDZHAR PISMP 20105.0 cm7.0FORMAT LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKANLaporan penyelidikan ini mengandungi beberapa bahagian yang disusun mengikut format Penyelidikan Tindakan.

8.0SUSUNAN DAN URUTAN KANDUNGAN LAPORANLaporan penyelidikan hendaklah disusun mengikut urutan seperti yang berikut:

8.1Kertas Kosong

8.2Halaman Judul (Rujuk Lampiran A2)

8.3Abstrak

Abstrak hendaklah ditulis dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan diikuti terjemahannya dalam bahasa Inggeris atau bahasa yang digunakan dalam kursus major di muka surat yang berikutnya. Abstrak mestilah ringkas, ditulis dalam satu perenggan serta tidak melebihi 250 patah perkataan dalam satu muka surat sahaja. Ia hendaklah menyatakan dengan ringkas tujuan penyelidikan, kumpulan sasaran (sampel), instrumen penyelidikan, tindakan yang dijalankan, keputusan yang diperoleh dan tindakan susulan. Sila lihat contoh pada Lampiran F dan G.

8.4Pengesahan PenyeliaLaporan penyelidikan yang hendak diserahkan untuk tujuan penilaian hendaklah mendapat pengesahan penyelia terlebih dahulu. Sila lihat contoh pada Lampiran B.8.5Halaman Pengakuan Penulis

Halaman ini mengandungi pengakuan penulis tentang keaslian penyelidikan. Ia hendaklah ditandatangani oleh penulis. Sila lihat contoh pada Lampiran C.8.6Halaman Dedikasi (Pilihan)

Penyataan dedikasi hendaklah ringkas, iaitu tidak lebih daripada satu perenggan dan tidak mengandungi sebarang nombor, carta atau gambar. Sila lihat contoh pada Lampiran D.8.7Halaman Penghargaan (Pilihan)

Halaman ini hendaklah ditulis tidak melebihi dua muka surat. Penghargaan dirakamkan kepada orang perseorangan atau organisasi yang telah memberikan sebarang bantuan dalam penyediaan kajian. Sila lihat contoh pada Lampiran E.8.8Halaman Kandungan

Halaman kandungan hendaklah dimulakan pada halaman baru dan mengandungi senarai tajuk dan pecahan-pecahan utama daripada tajuk yang terdapat dalam penyelidikan. Sila lihat contoh pada Lampiran H.8.9Halaman Senarai Jadual

Senarai ini mengandungi semua tajuk jadual yang dimuatkan dalam penyelidikan ini. Sila lihat contoh pada Lampiran I.8.10Halaman Senarai Rajah

Rajah merangkumi gambarajah, fotograf, lukisan, graf, carta dan peta. Senarai rajah mengandungi tajuk rajah dan muka surat yang memuatkan rajah tersebut. Sila lihat contoh pada Lampiran J.8.11Halaman Senarai Lampiran

Senaraikan semua lampiran yang dimuatkan dalam penulisan penyelidikan dengan memberi perhatian kepada perkara berikut:

a.Laporan penyelidikan tidak semestinya mengandungi lampiran. Sekiranya diperlukan seperti data penyelidikan, jadual, soal-selidik, peta, gambar dan sebagainya yang terlalu panjang untuk dimasukkan ke dalam teks atau yang tidak diperlukan secara langsung bagi menjelaskan perkara yang dibincangkan dalam teks bolehlah dimasukkan ke dalam lampiran.

b.Lampiran boleh diberi nama seperti Lampiran A, Lampiran B dan seterusnya bergantung kepada jenis dan banyaknya bahan yang disertakan sebagai lampiran. Lampiran juga boleh diberi tajuk-tajuk tertentu. Sila lihat contoh pada Lampiran K.8.12Teksa.Teks dalam penulisan laporan penyelidikan hendaklah mengandungi tajuk/judul yang membayangkan kandungannya berdasarkan format penulisan Penyelidikan Tindakan. Setiap tajuk/judul boleh dipecahkan kepada sub tajuk/judul dan dinomborkan, jika perlu.b.Teks ditulis dalam perenggan demi perenggan. Elakkan menulis perenggan yang panjang. Setiap perenggan sebaiknya dapat menerangkan satu isu atau perkara yang ada kesinambungan dengan perenggan berikutnya.

c.Berikut adalah tajuk teks dalam laporan Penyelidikan Tindakan.

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1.2Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran 1.3Pengumpulan Data Awal 2.0 FOKUS KAJIAN2.1Huraian Fokus Kajian

2.2Tindakan/Intervensi 3.0 OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN

4.0KUMPULAN SASARAN 5.0PELAKSANAAN TINDAKAN

5.1Prosedur Pelaksanaan

5.2Cara Mengumpul Data

6.0DAPATAN: ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA7.0PERBINCANGAN DAN REFLEKSI

8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

9.0SENARAI RUJUKAN

LAMPIRAN8.12Sistem Rujukan

8.12.1Menulis Rujukan Dalam Teks

Bagi maklumat atau idea yang diambil daripada sesuatu sumber, penulis hendaklah menyatakan sumber tersebut dalam teks. Rujukan dalam teks dan dalam Senarai Rujukan hendaklah ditulis mengikut sistem American Psychological Association (APA) yang terkini. Contoh rujukan dalam teks adalah seperti yang berikut:

(a) Menyatakan hasil karya seorang pengarang:

Sepanjang kajiannya, Wong (2000) telah menunjukkan

Sistem pendidikan di Malaysia menggalakkan perkembangan individu yang menyeluruh (Choy, 2006).

(b) Menyatakan hasil karya dua orang pengarang:

Laporan Harton dan Smith (1995) menyatakan

Pelajar IPG didapati mempunyai bakat yang pelbagai (Lee & Boon, 2005).

(c)Menyatakan hasil karya beberapa orang pengarang:

Goromon (2003), Hector (2001) dan Victor dan Michael (2006) menyatakan

Banyak kajian yang lepas (contoh, Francis, 1995; Garmon, 1998; Goon & Koh, 2003) telah menunjukkan

(d)Menyatakan hasil karya sumber sekunder:

Sistem pendidikan di Malaysia terlalu mementingkan peperiksaan (Man, 1982, seperti dinyatakan dalam Lim, 1990).Mengikut Man (1982, seperti dinyatakan dalam Lim, 1990), sistem pendidikan di Malaysia terlalu mementingkan peperiksaan.

8.12.2Menulis Rujukan dalam Senarai Rujukan

Contoh rujukan dalam Senarai Rujukan adalah seperti yang berikut:(a)Buku

Kleeman, G. (1995). Kemahiran pemetaan topografi. Sydney: Hodder Headline.

(b)Jurnal

Lindsay, A. W. (1982). Institutional performance in higher education: The efficiency dimension [Prestasi institusi dalam pendidikan tinggi: Dimensi kecekapan.] Review of Educational Research, 2, 175-199.

(c)Surat khabarBall, S. (1986, February 27). Tiada hadiah bagi HSC. Utusan Malaysia, hlm. 15.

(d)Tesis tidak diterbitkanAeria, L. A. (1980). Burnout dalam kalangan guru-guru Wilayah Persekutuan. Tesis tidak diterbitkan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.

(e)Media elektronik Fatimah Buang. (2006). Komputer dan saya. Diperoleh Jan 15, 2007 dari http://www.gvu.gatech.edu/user_surveys/survey-1997-10/

(f)Media elektronik (tiada tarikh, tiada pengarang)

GVU's 8th WWW user survey. (n.d.). Diperoleh Mac 30, 2004 dari http://www.gvu.gatech.edu/user_surveys/survey-1997-10/

8.12.3 Menulis Rujukan untuk Nama Pengarang Asia

Dalam Teks

Pengarang Melayu

Pengarang Cina

Pengarang India

Dalam Senarai Rujukan

Dalam senarai rujukan, tulis nama penuh pengarang yang tidak mempunyai nama keluarga. Mohd. Ali (2005) menyatakan

Lim (2006) menyokong

Krishnan (2003) menerangkan

Mohd. Ali b. Mohd. Bakar. (2005).

Merdeka. Kuala Lumpur: Penerbit

Taufik Intelek Sdn. Bhd.

Lim, C. B. (2006). Politik dan saya.

Kuala Lumpur: Azrizad Sdn. Bhd.

Krishnan a/l Thambipillay. (2003).

Dunia politik. Kuala Lumpur:

Tasha Publications.

9.0Had Maksimum

Had panjang laporan Projek Ijazah Sarjana Muda Perguruan tidak melebihi 10 000 patah perkataan (50 55 muka surat tidak termasuk lampiran).6