08 Isi Pelajaran_1

29
(SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber) TAJUK 1 PENGURUSAN MAKMAL SAINS SINOPSIS Pengurusan Makmal Sains yang baik akan mengambilkira pengurusan jawatankuasa pengurusan makmal yang efisien dari segi peranan setiap personel yang terlibat, pengurusan belanjawan, pembelian, penyimpanan dan perekodan stok serta proses pelupusan bahan kimia. HASIL PEMBELAJARAN Diakhir tajuk ini, adalah diharapkan pelajar mendapat; 1. ilmu pengetahuan berkenaan pengurusan makmal sains yang melibatkan tugas setiap ahli dalam jawatankuasa pengurusan makmal sains 2. memahami prosedur belanjawan dan pembelian bahan dan alatan sains, penyimpanan dan pelupusan bahan kimia 3. mereka bentuk makmal sains yang betul. KERANGKA TAJUK 1

description

nota

Transcript of 08 Isi Pelajaran_1

Rangka Isi Pelajaran

(SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber)

TAJUK 1PENGURUSAN MAKMAL SAINS

SINOPSISPengurusan Makmal Sains yang baik akan mengambilkira pengurusan jawatankuasa pengurusan makmal yang efisien dari segi peranan setiap personel yang terlibat, pengurusan belanjawan, pembelian, penyimpanan dan perekodan stok serta proses pelupusan bahan kimia.HASIL PEMBELAJARAN Diakhir tajuk ini, adalah diharapkan pelajar mendapat; 1. ilmu pengetahuan berkenaan pengurusan makmal sains yang melibatkan

tugas setiap ahli dalam jawatankuasa pengurusan makmal sains

2. memahami prosedur belanjawan dan pembelian bahan dan alatan sains,

penyimpanan dan pelupusan bahan kimia

3. mereka bentuk makmal sains yang betul.Kerangka Tajuk ISI KANDUNGAN

1.1Struktur Organisasi Jawatan Kuasa Pengurusan Makmal Sains

Makmal Sains perlu diuruskan dengan cekap agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan berkesan. Pengurusan yang cekap memerlukan komitmen daripada semua pihak bermula dari Pengetua/Guru Besar sehingga ke Pembantu Am Pejabat. Rajah 1.1 menunjukkan carta organisasi pengurusan makmal sains yang biasa diamalkan di sekolah ketika ini.

Rajah 1.1: Carta Organisasi Pengurusan Makmal Sains Sekolah

Menengah

Bagi sekolah rendah pula, bilik sains diuruskan oleh Ketua Panitia Sains dan biasanya terdapat empat unit dibawah pengurusan bilik sains iaitu;

a. Unit Keceriaan Bilik Sains

b. Unit Penyimpanan Stok

c. Unit Keselamatan Bilikd. Unit Penyimpanan Bahan Bantu MengajarRajah 1.2 menunjukkan carta organisasi pengurusan bilik sains sekolah rendah.

Rajah 1.2: Carta Organisasi Pengurusan Bilik Sains Sekolah Rendah.

Perbincangan

Bincangkan carta organisasi pengurusan makmal/bilik sains di sekolah anda yang sedia ada dan bandingkan dengan maklumat di atas. Nyatakan fungsi setiap personal dalam carta organisasi tersebut.1.2Peranan Dan Tanggung Jawab Kakitangan Makmal Sains

Semua anggota di bawah struktur organisasi dalam bidang Sains terlibat secara langsung dalam pengurusan dan pentadbiran makmal dan bilik sains di sekolah. Pengetua dan Guru Besar sekolah bertanggungjawab atas keseluruhan pengurusan makmal dan bilik sains dalam pengendalian program kurikulum dan kokurikulum sains di sekolah dari segi perancangan, pelaksanaan, penyelarasan, penilaian dan pemantauan. Pengetua dan Guru Besar merupakan pemimpin kurikulum yang bertanggungjawab ke atas guru-guru dan kakitangan makmal dan bilik sains dalam aspek profesional dan pengurusan.Ketua Bidang Sains dan Matematik dan Ketua Panitia Sains bertanggungjawab membantu Pengetua dan Guru Besar dalam keseluruhan pengurusan makmal dan bilik sains.1.2.1 Fungsi Ketua Bidang Sains dan Matematik1. Bidang Sains dianggotai oleh semua guru sains dan kakitangan makmal sains yang diketuai oleh Ketua Bidang Sains dan Matematik.2. Tugas dan Tanggungjawab Ketua Bidang Sains dan Matematik adalah;a.Menyelia dan memastikan segala kemudahan fizikal seperti sistem bekalanelektrik, gas, air, kerusi dan meja secukupnya, berfungsi dan menepati ciri-ciri keselamatan.b.Merancang dan menyediakan :i. Pelan tindakan keselamatan semasa kecemasanii. Peraturan keselamataniii. Latihan kecemasan dan kebakaraniv. Kelengkapan pencegahan kebakaran dan jadual penyelenggaraanv. Kit pertolongan cemas yang lengkap dan tidak luput tarikh

penggunaannyac.Menyelia dan memastikan guru, murid dan kakitangan makmal sains mematuhi sepenuhnya peraturan makmal.d.Merancang serta menyediakan senarai tugas dan waktu kerja kakitangan makmal sains serta memastikan senarai dan waktu kerja tersebut dipatuhi.e.Mengurus dan memastikan penyemakan stok makmal sains dibuat sekurang-kurangnya enam bulan sekali.f. Memastikan kerja hapus kira dan pelupusan peralatan serta bahan sains dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan.g.Merancang dan menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan bagi pengajaran dan pembelajaran sains serta keperluan makmal sains.h.Merancang jadual waktu penggunaan makmal sains.i.Merancang, mengenal pasti dan melaksanakan program atau aktiviti perkembangan staf yang melibatkan guru sains dan kakitangan makmal.j.Menyelia dan menyelenggara semua kemudahan fizikal dan peralatan supaya menepati ciri-ciri keselamatan.k.Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa.1.2.2Fungsi Ketua Panitia Sains1.Panitia bertanggungjawab membantu Pengetua dan Guru Besar serta Ketua Bidang Sains dan Matematik dalam perancangan, perlaksanaan, penyelarasan dan penilaian daripada aspek pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan makmal dan bilik sains sekolah.2.Panitia sains yang diketuai oleh Ketua Panitia Sains terdiri daripada guru-guru yang bertanggungjawab mengajar mata pelajaran sains seperti Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi.3. Ketua Panitia Sains bertanggungjawab;a.Membantu merancang perbelanjaan tahunan bagi perolehan peralatan dan bahan sains.b.Menyemak dan mengemas kini stok makmal dan bilik sains dari segi keperluan peralatan dan bahan sains sepanjang tahun.c.Merekod peralatan dan bahan sains yang rosak dan hilang untuk tujuan hapus kira dan pelupusan.d.Memastikan kaedah penyimpanan peralatan, bahan sains dan manual operasi peralatan sains mengikut prosedur dan bersistem.e. Menyemak dan mengemas kini rekod pengurusan makmal dan bilik sains seperti berikut : i. Pesanan peralatan dan bahan sains ii. Stok makmal sains iii. Pinjaman atau pemindahan peralatan dan bahan sains iv. Kerosakan dan kehilangan v. Penyelenggaraan dan pemeriksaanvi. Kemalangan vii. Rekod penggunaan makmal sainsf.Menyelenggara peralatan dan bahan eksperimen dengan sempurna.g.Memastikan fizikal makmal dan bilik sains, sistem bekalan elektrik, air, gas, perabot dan kemudahan lain berfungsi dan menepati ciri-ciri keselamatan.h.Memastikan peraturan keselamatan makmal dan bilik sains dipatuhi dan diamalkan oleh semua pihak yang menggunakan makmal dan bilik sains.i.Memberi bimbingan dan menyelia kerja kakitangan makmal dan bilik sains.j.Memastikan makmal dan bilik sains sentiasa bersih, ceria dan selamat.k.Memberi bimbingan profesional kepada guru-guru dalam panitianya dan

kakitangan makmal dan bilik sains.l.Membantu merancang anggaran perbelanjaan tahunan bagi panitianya.m.Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dan Guru Besar dari

masa ke semasa.1.2.3Fungsi Guru Sains1. Seorang Guru sains merupakan ahli dalam Panitia Sains sekolah. 2.Tugas guru sains dalam pengurusan makmal dan bilik sains adalah seperti

berikut : a. Mematuhi jadual penggunaan makmal dan bilik sains.b. Memastikan murid mematuhi dan mengamalkan peraturan keselamatan makmal dan bilik sains.c. Memastikan makmal dan bilik sains sentiasa bersih, ceria dan selamat.d. Mengenal pasti keperluan peralatan dan bahan sains yang akan digunakan dalam kerja amali serta mengisi borang atau buku pesanan untuk tindakan kakitangan makmal dan bilik sains.e. Mengawasi penggunaan peralatan dan bahan sains supaya digunakan dengan betul, cermat, jimat dan mematuhi langkah keselamatan.f. Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik atau Ketua Panitia merekod, menyemak dan mengemas kini stok.g. Mengendalikan sistem maklumat bagi senarai dan bahan sains.h. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dan Guru Besar dari masa ke semasa.1.2.4Fungsi Pembantu Makmal1.Fungsi Pembantu Makmal adalah;a.Membuka pintu makmal dan pintu bilik persediaan makmal sains sebelum waktu sesi pembelajaran bermula dan mengunci pintu makmal apabila sesi pembelajaran makmal berakhir.b.Memastikan kerja-kerja pembersihan makmal sains agar sentiasa dalam keadaan bersih.c.Memastikan makmal dalam keadaan ceria dan selamat.d.Menyediakan alat, radas dan bahan sains seperti yang dipesan oleh guru sains dalam buku penyediaan alat / radas atau borang pesanan.e.Memastikan semua peralatan dan bahan sains berfungsi sebelum kerja amali dijalankan.f.Memelihara dan menjaga tumbuhan dan haiwan yang diperlukan untuk kerja amali.g.Melaksanakan semua langkah keselamatan dalam mengendalikan peralatan dan bahan sains.h.Mengambil tindakan yang sewajarnya jika berlaku sebarang kecemasan seperti kebakaran dan kecederaan.i.Membersih dan menyimpan peralatan dan bahan sains ke tempat asal yang telah ditetapkan setelah selesai kerja amali.j.Membersih meja makmal, sinki dan menutup paip gas, air, kipas dan lampu setelah selesai setiap kerja amali.k.Memeriksa dan menyelenggara kemudahan makmal sains termasuk perabot, bekalan elektrik, air dan gas.l.Membantu guru sains, mengawas dan membantu murid mendapatkan peralatan dan bahan sains semasa amali.m.Mengambil tindakan sewajarnya serta melapor dengan segera sebarang kehilangan, kerosakan dan kebocoran kepada guru sains, Ketua Panitia, Ketua Bidang Sains dan Matematik atau Pengetua.n.Membantu mengendalikan sistem maklumat makmal sains seperti mengemaskini stok dan sebagainya.o.Mencuci peralatan sains yang kotor.p.Membantu membuat pesanan untuk pembelian dan menerima bahan-bahan serta radas daripada pihak pembekal.q.Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa.Latihan

1. Nyatakan tiga tugas utama Ketua Panitia Sains, Guru Sains dan Pembantu Makmal Sains dalam pengurusan makmal sains.

2. Senaraikan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan oleh pembantu makmal

semasa cuti sekolah.

1.3 Belanjawan, Pesanan dan Pembayaran1.3.1Belanjawan

1.Belanjawan melibatkan perancangan sistematik pembelian bahan kimia dan peralatan sains serta pejabat berdasarkan peruntukan. Ianya memerlukan kebijaksanaan bagi memastikan pengggunaan yang optimum oleh sekolah.2. Dua komponen yang perlu diambilkira sebelum anggaran perbelanjaan dilakukan iaitu keperluan dan peruntukan. Keperluan dirancang berdasarkan stok semasa dalam simpanan makmal dan sistem rekod yang kemaskini sepanjang masa. Peruntukan pula dirancang berdasarkan kedudukan peruntukan semasa yang kemaskini supaya perbelanjaan tidak melebihi peruntukan.3. Perancangan dibuat dua atau tiga bulan sebelum akhir tahun. Ini membolehkan pertimbangan tentang apa yang perlu dibeli dan membuat pesanan awal. Perancangan adalah tanggungjawab Ketua Jabatan Sains dan gurru-gurukanan mata pelajaran sains. Namun demikian, keputusan akhir dibuat oleh Pengetua/Guru Besar.4. Semasa membuat belanjawan, perkara-perkara berikut perlu diambil kira;a. Semak semua stok dalam setiap makmal untuk menentukan kuantiti item-item dan; Tentukan kegunaan tahunan item-item pakai habis.

Bilakah dalam sesuatu tahun item-item pakai habis diperlukan.

Jenis-jenis peralatan yang sangat kurang.

Peralatan baru yang diperlukan pada tahun hadapan.

Item-item peralatan yang rosak dan kecurian.b. Periksa kemudahan dalam setiap makmal seperti bekalan air, elektrik,

gas, perabot dan lain-lain. c. Sediakan senarai keperluan tahunan.

d. Membuat senarai pendek keperluan tahunan peralatan dan bahan sains.

e. Mendapat senarai harga dari pembekal.

f. Mendapatkan jumlah peruntukan PCG.g. Membuat anggaran belanjawan dan senarai keutamaan.

h. Menyemak samada senarai keperluan ada dalam kontrak pusat.5. Mesyuarat penyelarasan perlu dilaksanakan untukmenentukan apa yang perlu dibeli berdasarkan peruntukan.1.3.2Pesanan dan Pembayaran1. Pembelian keperluan makmal diluluskan oleh Pengetua/Guru Besar.

2.Jika anggaran harga bagi satu item/jenis atau satu kelas item/jenis melebihi RM500,000 pembelian mestilah melalui cara tender. Bagi pembelian bagi satu item/jenis atau satu kelas item/jenis antara RM50,000 hingga RM500,000 pembelian adalah melalui sebut harga. Bagi pembelian bagi satu item/jenis atau satu kelas item/jenis kurang daripada RM50,000, pembelian terus (Direct Award) secara sebutharga (RM 500.00-RM50,000.00) atau petty cash (RM 500.00 kebawah).

3. Bekalan Pusat dibuat oleh Kementerian pelajaran Malaysia semasa sekolah baru dibina, kurikulum baharu diperkenalkan, atau program peruntukan khas diperuntukan oleh kerajaan. KPM akan menyelaras kontrak bekalan pusat dari segi mengenalpasti, membeli, menghantar, memasang dan menguji radas dalam satu jangka masa. Sekiranya peralatan atau bahan sains ada dalam senarai kontrak pusat tetapi sekolah ingin membuat pembelian dalam kuantiti yang minimum, makan pembelian secara terus bolehlah dilakukan kepada syarikat yang lain.4. Prosedur pembelian secara sebutharga adalah seperti berikut; a. Mendapatkan sebut harga.Sekolah menghantar surat kepada sekurang-kurangnya lima (5) pembekal meminta sebut harga. Nyatakan spesifikasi item dan kuantiti yang diperlukan. Nyatakan tarikh tutup sebut harga. Simpan salinan surat.

b.Pemilihan pembekal

Pihak sekolah memilih pembekal berdasarkan sebut harga. Kriteria utama ialah harga item yang berpatutan, kualiti barangan, status pembekal,perkhidmatan selepas jualan. Kadang kala perlu minta sampel untuk diperiksa dahulu. Satu senarai peralatan dan bahan mengikut syarikat yang telah dipilih perlu disediakan. c.Mengisi Borang Pesanan dan menghantar kepada pembekal yang berjaya.

Perlu kelulusan ketua jabatan.

d. Pesanan Tempatan (LO) kepada pembekal. e. Surat/nota tanda terima.

Pembekal menghantar nota akuan penerimaan pesanan. f.Nota hantaran.

Pembekal menghantar nota hantaran, menyatakan tarikh dan masa barangan akan dihantar ke sekolah seperti dinyatakan dalam borang pesanan.

g.Penerimaan barangan.

Pembekal menghantar barangan.

Tiga salinan nota hantaran disertakan. Sebelum menandatangani nota hantaran, semak barangan yang dihantar. Dua salinan nota yang telah ditandatangani dikembalikan kepada pembekal. Satu lagi disimpan oleh sekolah. h. Invois.

Pembekal menghantar invois bersama-sama satu salinan nota hantaran telah ditandatangani. Ketua Jabatan semak invois supaya sesuai dengan harga yang dibuat. Hantar invois ke pejabat sekolah untuk urusan pembayaran.5. Prosedur Pembelian Secara Terus

I) Secara sebutharga (Direct Award)a. Pembantu makmal mengisi borang permohonan dan ditandatangan oleh ketua bidang/panitia.

b. Pihak pentadbiran sekolah akan meminta coutation dari beberapa syarikat.

c. Pemilihan dibuat dan syarikat yang berjaya dihubungi.

d. Pihak sekolah akan menghantar borang pesanan dan syarikat akan menghantar peralatan/bahan bersama invois dan DO.

e. Pihak sekolah memeriksa alatan/bahan sebelum menandatangani pada invois dan DO.

II) Secara Petty Cash

a. Pembantu makmal mengisi borang permohonan dan ditandatangan oleh ketua bidang/panitia.

b. Pihak makmal boleh membeli dahulu dan mengemukakan resit pada pihak pentadbir sekolah bagi mengeluarkan wang dari petty cash.

Mengumpul Maklumat

1.Anda dikehendaki mengumpul maklumat berkenaan prosedur pembelian dan pembayaran peralatan/bahan sains beserta contoh-contoh borang pesanan, invois dan Delivery Order.Latihan

1. Berikan takrif PCG (Per Capita Grant). Bagaimanakah kaedah pengiraan PCG bagi pelajar sekolah rendah kerajaan ditentukan.1.3.3 Penyimpanan Stok1.Di makmal sekolah, peralatan sains biasanya disimpan di bahagian makmal sains atau di bilik persediaan manakala bahan kimia pula disimpan dalam stor kimia.2.Di stor dan makmal, terdapat ruang-ruang simpanan, iaitu laci, almari, kabinet,rak dan sebagainya. Setiap ruang mestilahdilabel mengikut apa yang disimpanpadanya. Selain label, ruang simpanan diberi kod yang sesuai supaya mudahmencari bahan/item semasa pemeriksaan stok.3. Cara menyimpan bahan-bahan Kimia adalah seperti berikut;a. Bahan-bahan kimia ( sama ada organik ataupun tak organik) hendaklah dipisahkan dari bahan dan peralatan yang lain kerana ada bahan kimia yangberacun, mudah terbakar,mengkakis dan sebagainya.b. Perlu selalu semak stok kerana bahan mudah rosak jika disimpan lama.c. Gunakan stok yang lama dahulu.

d. Tarikh penerimaan setiap botol mestilah ditulis dengan terang.

e. Simpan stok baru di belakang stok yang lama pada rak.4. Bagi bahan kimia tak organikpula, ianya haruslah diabel pada botol mengikut nama logam. Botol-botol bahan kimia tak organik disusun mengikut abjad di dalam almari bertutup.

5. Jangan disusun pada rak yang terdedah kerana mudah dihinggapi habuk.

6. Penambahan di, tri, ortho dan meta diabaikan dan disimpan mengikut nama logam. Contoh: Triammonium orthophosphate disimpan di bawah nama sebatian ammonium.

7. Asingkan bahan-bahan kimia yang boleh menyerap air dari udara dengan yang boleh menghilangkan air habluran ke udara.8. Bahan-bahan kimia yang boleh menyerap air dari udara adalah seperi asid sulfurik pekat,barium klorida, barium nitrat, ferum (III) klorida, kalium hidroksida, kaliumkarbonat, kalium tiosianat, kalsium klorida, kalsium oksida, kalsium nitrat,kobaltum (II) klorida, kobaltum (II) nitrat, kromium (II) sulfat, kuprum (II)klorida, kuprum (II) nitrat, magnesium klorida, natrium bromida, natriumhidroksida, natrium iodida, natrium nitrat, stanum (II) klorida, zink klorida,zink nitrat.9.Bahan-bahan yang boleh kehilangan air habluran ke udara seperti ammoniumkarbonat, boraks (dinatrium tetraborat), kalium heksasianoferat (II),magnesium sulfat, natrium asetat, natrium karbonat dan natrium sulfat.

10. Bahan kimia cecair yang mengkakis tidak boleh diletakkan di atas rak yang

tinggi.11. Logam alkali yang sangat aktif dan mudah teroksida jika bersentuhan dengan udara hendaklah disimpan terendam dalam minyak parafin. Jika hendak dikeluarkan,gunakan penyepit dan potong dengan pisau yang tajam. Jangan sentuh dengan tangan.

12. Bagi Fosforus kuning (putih), ianya sangat berbahaya dan sangat aktif . Maka bahan ini perlu disimpan di dalam air sejuk.

13. Bagi bahan kimia yang terurai oleh cahaya seperti argentum nitrat dan asid nitrik pekat, ianya perlu disimpan di dalam botol kaca berwarna gelap.

14. Bagi bahan kimia yang mudah rosak oleh panas seperti vitamin C (asid askorbik) dan hidrogen peroksida, ianya perlu disimpan di dalam peti sejuk.15. Bagi bahan kimia yang sangat berbahaya seperti sebatian arsenik dan garam sianida. Simpan di dalam almari khas yang berkunci dan rekodkan kuantitinya.

1.4Prosedur Pelupusan1. Pelupusan di makmal sains boleh dibahagikan kepada pelupusan bahan sisa pelupusan stok bahan kimia dan pelupusan aset alih kerajaan.

1.4.1Pelupusan Bahan Sisa 1.Setelah menjalankan amali, anda perlu memastikan semua bahan buangan dilupuskan dengan cara yang betul. Amalan membuang sisa ini ke dalam sistem saliran atau longkang perlu dielakkan kerana berkemungkinan bahan ini akan mengalir ke kawasan perumahan, tasik atau sungai.

2. Cara-cara pelupusan yang sesuai adalah;

a) Baha-bahan yang larut dalam air dan tidak reaktif boleh dibuang terus ke dalam sistem saliran air yang banyak.b) Bahan organik hendaklah dikumpulkan di dalam botol dan dilabelkan.

c) Bahan kimia berasid pula hendaklah dicairkan sehingga 10-4 molar dan kemudian dineutralkan. Selepas itu barulah boleh dibuang ke saliran air yang banyak.d) Garam-garam logam seperti merkuri dan kadmium hendaklah dimendakkan terlebih dahulu sebelum dibuang.e) Bahan-bahan pepejal yang merbahaya boleh dibuang terus ke dalam tong sampah. Walau bagaimanapun kaca dan bahan-bahan logam hendaklah dibungkus dan dibuang.f) Najis, bangkai haiwan dan sisa tumbuhan bolehlah ditanam.1.4.2 Pelupusan Stok Bahan Kimia

1. Pelupusan bahan kimia atau stok bernilai rendah biasanya dilakukan apabila bahan kimia tersebut telah sampai tarikh luput, berlebihan, tercemar, bocor atau tidak digunakan lagi.3. Sekolah perlu mengisi Borang Laporan Stok Bernilai Rendah KEW PS-19 dan mendapat tandatangan Pegawai Pemeriksa Stok yang terdiri dari Guru/Pensyarah Kimia/Biologi/Sains atau pembantu makmal. Pelupusan ini hendaklah mendapat kelulusan pengetua/Guru Besar.4. Maklumat kemudiannya perlu dihantar kepada Pihak Berkuasa Melulus beserta dokumen berikut untuk mendapatkan kelulusan pelupusan;a) Borang KEW PS-19b) Surat dari Jabatan Alam Sekitar

c) Surat dari Syarikat yang dilantik oleh Jabatan Alam Sekitar.5. Pelupusan dilaksanakan setelah mendapat kelulusan mengikut kaedah- kaedah yang telah ditentukan seperti buang, tanam atau bakar.1.4.3Pelupusan Aset Alih Kerajaan

1. Bahan peralatan sains yang terdiri dari harta modal dan inventori perlu dilupuskan mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 05 Tahun 2007 (Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan) dan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 05 Tahun 2009.2. Pelupusan aset alih merupakan satu tindakan mengeluarkan aset dari milikan, kawalan, simpanan dan rekod mengikut kaedah-kaedah yang ditetapkan.

3. Aset ini dilupuskan sekiranya mengalami kerosakan dan tidak ekonomik dibaiki, tidak boleh digunakan, melebihi keperluan, tidak bergerak dan disyorkan selepas verifikasi atau pemeriksaan aset dijalankan.

4. Jabatan perlu mengenalpasti aset yang perlu dilupuskan dan menyediakan Perakuan Pemeriksa PEP melalui borang KEW PA-16 (jika perlu). Kemudian lembaga pemeriksa melengkapkan Borang Laporan Lembaga Pemeriksa KEW PA-17 dan menghantar maklumat ke urusetia pelupusan untuk di hantar ke Jawatankuasa Melulus samada JPN atau KPM mengikut nilai aset tersebut.5. Setelah keputusan diterima dari pelulus, maka pelupusan perlu dilaksanakan segera dan sekolah perlu melengkapkan borang KEW PA-19 dan hantar semula ke kuasa melulus dan rekod aset di sekolah pula perlu dikemaskini di borang KEW PA-2 atau KEW PA-3.

Latihan

1.Anda telah selesai menjalankan amali melibatkan beberapa bahan seperti; Larutan asid hidroklorik cair

Larutan Natrium hidrksida cair

Hablur sulfur

Terangkan kaedah pelupusan bagi bahan sisa tersebut.

2. Nyatakan proses pelupusan bagi asid nitrik pekat yang telah tamat tempoh penggunaannya.1.5 Reka Bentuk Makmal SainsRak/almari radasRak Bahan Kimia

Bilik PersediaanStor Kimia

Meja

Staf

Pintu Bilik Persediaan

Pintu Masuk

MejaGuru

Meja

Pelajar

Sinki

Pintu

Keluar

Kebuk

Wasap

Almari

1. Makmal Sains yang lengkap haruslah mempunyai sebuah bilik untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, sebuah bilik persediaan dan stor bahan kimia.2. Meja makmal sains biasanya tetap pada kedudukannya dan dilengkapi dengan sinki dan paip gas. Bagi bilik sains pula, susunan meja boleh diubahsuai bagi tujuan aktiviti seperti main peranan, simulasi dan penyiasatan sains.

3. Bilik Persediaan biasanya menyimpan peralatan sains dan menempatkan seorang atau lebih pembantu makmal sains. Fail pengurusan makmal sains dan fail meja pegawai biasanya diletakkan disini.

4. Stor bahan kimia pula dilengkapi dengan rak untuk menyimpan bahan kimia samada dalam bentuk pepejal atau cecair dengan mengikut kaedah penyimpanan yang betul.5. Bahan kimia yang mudah meruap, menghakis, berbau dan berbahaya biasanya dikendalikan dalam kebuk wasap. Tutorial

1.Bincangkan perbezaan antara makmal sains dan bilik sains sekolah dari segi fungsi, susun atur dan kemudahan.Layari Internet

1. Sila layari internet dan mencari contoh reka bentuk makmal sains di beberapa sekolah dan bandingkan dari segi reka bentuknya.Rujukan:

Beng, D.C. & Yahya, M.K. (1982). Panduan makmal sains. Kuala Lumpur:

Dewan Bahan dan Pustaka.

Nasir, J. & Zakaria, N. (2001). Panduan makmal sains sekolah. Online 28.10.

2012 http://makmal.8m.com/index.htmPoh, S. H. (2001). Pedagogi sains 4: Pengurusan makmal dan sumber sains.

Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.Pengetua

Penolong Kanan

Ketua Bidang Sains dan Matematik SaidaMaMatematikMMatematik

Panitia Sains

Panitia Matematik

Guru Kanan Sains

Guru Sains

Pembantu Makmal

Pembantu Am Pejabat

(Makmal Sains)

Guru Besar

Guru Penolong Kanan

Panitia Sains

Guru Sains

4