080311-AIRCOND KERETA-DAYANG

download 080311-AIRCOND KERETA-DAYANG

of 2

Transcript of 080311-AIRCOND KERETA-DAYANG

  • 7/29/2019 080311-AIRCOND KERETA-DAYANG

    1/2

    BAHAGIAN PENYEJUKBEKUAN DAN PENYAMANAN UDARA

    MASALAH AIRCOND KERETA

    Oleh: Dayang Fazilah Binti Borhan

    Setiap hari kita akan memandu kereta itupun bagi yang ada lesen lah atau pun yang hanya sebagai

    penumpang. Masalah yang timbul jika dalam kesesakan jalan, dan cuaca panas anda tentu berasa

    gelisah dan tidak selesa jika sistem pendingin udara kereta tidak berfungsi air-cond tidak sejuk,

    angin yang keluar berbau hapak dan saluran paip bocor. Lebih lebih lagi jika cuaca panas... terasa

    bahang haba di dalam kereta dari luar dan dalam.

    Sebenarnya untuk makluman secara teknikalnya, sistem pendingin udara (air-cond) sebenarnya

    berfungsi menggunakan gas yang dimampatkan oleh pemampat ataupun yang biasa kita sebut

    compressor. Gas ini akan mengalir melalui penyejat atau bahasa inggerisnya cooling coil yang

    berada di dalam kabin kereta dan blower akan meniup angin melalui cooling coil dan akan

    mengeluarkan angin yang sejuk. Selepas itu gas ini perlu disejukkan kembali dan akan melalui

    radiator kondenser yang akan menyejukkan gas itu. Begitulah secara asasnya bagaimana pendingin

    hawa kereta berfungsi.

    Tapi jika perkara di bawah ini terjadi maka ia adalah ciri ciri yang aircond kereta tu perlu di servis

    segera kerana telah rosak. Di antaranya ialah :-

    MASALAH 1

    Angin panas atau air-cond t idak sejuk.

    Sebaiknya periksa kandungan gas air-cond kereta dengan melihat tingkap di atas penapis gas air-

    cond (tabung berwarna perak yang mempunyai bahagian kaca di atas) jika ada buih, pada kaca

    cerap tu maksudnya gas masih ada. Jadi kerosakan bukan disebabkan kebocoran. Kemudian

    pasangkan air-cond. Perhatikan kipas di depan radiator kondenser.

    Air-cond tidak cukup sejuk juga menimbulkan masalah. Perkara ini biasanya berlaku kepada kereta

    yang diimport sepenuhnya (CBU) atau selepas air-cond diservis. Tiada kerosakan sebenarnya kerana

    suhu air-cond dikawal oleh satu suis yang meng'ON'kan dan meng'OFF'kan air-cond kereta secara

    automatik. Apakata apabila kita pergi ke servis kereta minta mekanik melaraskan suis ini supaya air-

    cond lebih lama 'ON'

    MASALAH 2

    Sekiranya kipas tidak bergerak.

    Maksudnya kipas itu rosak dan perlu ditukar. Sekiranya kipas bergerak tetapi pergerakannya tidak

    laju, kipas perlu juga ditukar.

  • 7/29/2019 080311-AIRCOND KERETA-DAYANG

    2/2

    MASALAH 3

    Sekiranya kipas bergerak laju dan air-cond masih tidak sejuk,

    Cuba biarkan air-cond terpasang dan perhatikan salah satu paip yang menyalurkan gas air-cond.

    Sekiranya ada kelihatan, bintik-bintik air mula kelihatan maka aliran gas daripada kompresor ke

    cooling coil tidak ada masalah.

    Tapi jika air-cond masih juga tidak sejuk, besar kemungkinan, injap yang mengawal kemasukan gas

    ke dalam cooling coil tersumbat atau rosak. Untuk menukar injap ini cooling coil perlu dibuka dan gas

    perlu dibuang.

    MASALAH 4

    Dalam perjalanan jauh, selepas beberapa ketika, air-cond tidak sejuk.

    Perkara ini berlaku kerana suis yang mengawal 'ON' dan 'OFF' air-cond tidak dapat berfungsi denganbaik atau injap yang mengawal gas masuk ke dalam cooling coil rosak menyebabkan kemasukan gas

    ke dalam cooling coil berlebihan dan menjadikan cooling coil beku atau ais terjadi sehinggakan

    menghalang pengaliran gas keluar dan menyebabkan hanya sebahagian cooling coil yang sejuk dan

    sebahagian lagi panas.

    Sekiranya ini terjadi, berhentikan kereta anda selama beberapa ketika (sehingga tiada lagi ais di paip

    gas) dan laraskan thermostat ke suhu yang paling kurang sejuk. Sekiranya berlaku lagi, maksudnya,

    injap atau suis air-cond anda perlu di tukar.

    MASALAH 5

    Angin air-cond berbau hapak dan t idak selesa.

    Ini berlaku kerana terdapat angin luar yang masuk ke dalam sistem saluran angin air-cond kereta

    anda atau air-cond anda telah terlalu lama tidak di servis hingga menyebabkan semua habuk dan

    basah telah berkulat dan mengeluarkan bau busuk.

    MASALAH 6

    Corong keluar angin aircond berminyak,

    Jika ini berlaku, maksudnya cooling coil anda telah mengalami kebocoran dan lama kelamaan gas

    akan habis dan angin air-cond akan panas.

    Kesimpulan

    Akhir kata secara teknikalnya,adalah lebih baik air-cond diservis setiap tahun dan untuk perjalanan

    jauh di lebuh raya, jangan melaras thermostat pada suhu tersejuk kerana ini akan merosakkan injap

    cooling coil. Dan untuk pengguna kereta buatan Malaysia, jangan terlalu 'bermain' dengan thermostat

    air-cond anda kerana ia sangat sensitif. Kos untuk membaikinya agak mahal..