08.2 Hadis-Hadis Berkaitan Kelebihan Hafazan Al-Quran

download 08.2 Hadis-Hadis Berkaitan Kelebihan Hafazan Al-Quran

of 47

description

hadis berkaitan kelebihan hafaz alquranaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Transcript of 08.2 Hadis-Hadis Berkaitan Kelebihan Hafazan Al-Quran

TAJUK 2HADIS-HADIS BERKAITAN KELEBIHAN HAFAZAN AL-QURAN

SINOPSISTajuk ini memfokuskan kepada tiga perkara penting berkaitan dengan hafazan al-Quran iaitu Hadis-Hadis berkaitan kelebihan hafazan Al-Quran, Adab Hamlah Al-Quran dan Faktor Memudahkan dan Mengekalkan Hafazan.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menyenarai hadis-hadis yang berkaitan dengan kelebihan menghafaz al-Quran2. Mengenalpasti perkara-perkara penting mengenai adab hamlah al-Quran3. Menghuraikan faktor yang memudahkan dan mengekalkan hafazan

Kerangka Tajuk-tajuk

HADIS-HADIS BERKAITAN KELEBIHAN HAFAZAN

ADAB-ADAB HAMLAHAL-QURANFAKTOR MEMUDAH DAN MENGEKAL HAFAZAN

Allah S.W.T telah menjanjikan kelebihan kepada mereka yang menghafal Al-Quran seperti yang digambarkan di dalam himpunan hadis-hadis ini nanti, di samping dapat membuka pintu rezeki dan kekayaan.

2.1. Dijadikan sebagai keluarga Allah

Daripada Anas r.a. ia berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : Sesungguhnya Allah mempunyai keluarga yang terdiri daripada manusia. Rasulullah S.A.W ditanya : Siapakah mereka itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab : Iaitu ahli Quran (orang yang membaca atau menghafal Al-Quran dan mengamalkan isinya). Mereka adalah keluarga Allah dan orang-orang yang istimewa bagi Allah. 2.2. Ditempatkan di Syurga Yang Tinggi

Daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a., dari Nabi S.A.W, baginda bersabda : Di akhirat kelak, para ahli Al-Quran diperintahkan : Bacalah dan naiklah ke syurga dan bacalah Al-Quran dengan tartil (tertib) seperti engkau membacanya dengan tartil di dunia. Tempat tinggalmu di syurga berdasarkan ayat paling akhir yang engkau baca.

2.3. Dianugerahkan Kearifan

Daripada Anas r.a., bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda : Para pembaca Al-Quran itu adalah orang-orang yang arif di antara penghuni syurga.

2.4. Mengagungkan Allah

Daripada Abu Musa al-Asyaari r.a., ia berkata bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda : Di antara perbuatan mengagungkan Allah adalah menghormati orang Islam yang telah tua, menghormati orang yang menghafal Al-Quran yang tidak berlebih-lebihan dalam mengamalkan isinya dan tidak membiarkan Al-Quran tidak diamalkan serta menghormati kepada penguasa yang adil.

2.5. Hatinya Tidak Diseksa

Daripada Abdullah bin Masud r.a., daripada Nabi S.A.W, baginda bersabda : Bacalah Al-Quran kerana Allah tidak akan menyeksa hati orang yang menghafal Al-Quran. Sesungguhnya Al-Quran itu adalah hidangan Allah. Siapa yang memasukkannya, ia akan aman dan barangsiapa yang mencintai Al-Quran, maka hendaklah ia bergembira.

2.6. Berhak Menjadi Imam Dalam Solat

Daripada Ibnu Masud r.a., dari Rasulullah S.A.W yang bersabda : Yang menjadi imam dalam solat suatu kaum hendaklah yang paling pandai membaca Al-Quran.

2.7. Disayangi Rasulullah S.A.W

Daripada Jabir bin Abdullah r.a., bahawa Nabi S.A.W menyatukan dua orang daripada orang-orang yang gugur dalam perang Uhud dalam satu liang lahad. Kemudian Nabi S.A.W menyoal : Dari mereka berdua, siapakah paling banyak menghafal Al-Quran? Apabila ada orang yang menunjukkan salah seorang daripadanya, maka Nabi memasukkan mayat itu terlebih dahulu ke liang lahad.

2.8. Dapat Memberikan Syafaat Kepada Ahli Keluarga

Daripada Ali bin Abi Thalib, ia berkata : Barangsiapa membaca Al-Quran dan menghafalnya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan memberikannya hak syafaat untuk 10 orang ahli keluarganya di mana mereka semuanya telah ditetapkan untuk masuk neraka.

2.9. Memakai Mahkota Kehormatan

Daripada Abu Hurairah r.a., daripada Nabi S.A.W, baginda bersabda : Orang yang menghafal Al-Quran, kelak pada hari kiamat nanti akan datang Al-Quran yang akan berkata : Wahai Tuhan, pakaikanlah dia dengan pakaian yang baik lagi baru. Maka orang tersebut diberikan mahkota kehormatan. Al-Quran berkata lagi : Wahai Tuhan, tambahkanlah pakaiannya. Maka orang itu diberi pakaian kehormatannya. Lalu Al-Quran berkata lagi : Wahai Tuhan, redailah dia. Maka kepadanya dikatakan : Bacalah dan naiklah. Untuk setiap ayat, ia diberi tambahan satu kebajikan.

2.10. Bekalan Yang Paling Baik

Daripada Jabir bin Nufair, katanya Rasulullah S.A.W bersabda : Sesungguhnya kamu tidak akan kembali menghadap Allah dengan membawa sesuatu yang paling baik daripada sesuatu yang berasal daripadaNya iaitu Al-Quran.

2.11. Memperoleh Pahala Khusus

Daripada Buraidah al-Aslami r.a., ia berkata bahawasanya ia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : Pada hari kiamat nanti, Al-Quran akan menemui penghafalnya ketika penghafal itu keluar dari kuburnya. Al-Quran akan wujud sebagai seseorang dan ia bertanya kepada penghafalnya : Apakah engkau mengenaliku? Penghafal itu menjawab : Aku tidak mengenalimu. Al-Quran berkata : Aku adalah kawanmu, Al-Quran yang membuatmu kehausan di tengah hari yang panas dan membuatmu tidak tidur pada waktu malam. Sesungguhnya setiap pedagang akan mendapat keuntungan di belakang dagangannya dan kamu pada hari ini di belakang semua dagangan. Maka penghafal Al-Quran itu diberi kekuasaan di tangan kanannya dan diberi bekalan di tangan kirinya serta di atas kepalanya diletakkan mahkota perkasa. Manakala kedua orang tuanya diberi dua pakaian baru lagi baik yang harganya tidak dapat dibayar oleh penghuni dunia keseluruhannya. Kedua orang tuanya bertanya : Kenapa kami diberi dengan pakaian begini? Kemudian dibalas : Kerana anakmu menghafal Al-Quran. Kemudian kepada penghafal Al-Quran tersebut diperintahkan : Bacalah dan naiklah ke tingkat-tingkat syurga dan kamar-kamarnya. Maka ia pun terus naik selagi ia tetap membaca, sama ada bacaannya cepat atau perlahan (tartil).

2.12. Dijamin masuk Syurga

Sabda Rasulullah S.A.W daripada Aisyah r.a. ia berkata, bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda :Jumlah tingkat syurga sama dengan jumlah ayat-ayat Al-Quran. Maka tingkat syurga yang dimasuki oleh penghafal Al-Quran adalah tingkat yang paling atas, di mana tiada tingkat lagi selepas itu.

3.ADAB HAMLAH AL-QURANAdab Hamlah Al-Quran menekankan tentang bagaimana seseorang muslim dapat menjaga tingkah laku, tutur cara dan perbuatan dengan Al-Quran selain mengamalkan setiap tuntutan dan garis panduan yang tertulis di dalamnya. Adab Hamlah Al-Quran dapat dinyatakan mengikut pembahagiannya seperti adab dengan Al-Quran (sebelum, semasa dan selepas), adab dengan muallim,adab dengan sahabat, dengan dirinya sendiri dan adab dengan tempat.Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:Orang yang paling baik di antara kalian ialah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain. (Riwayat Bukhari, Abu Daud, Tarmizi).

3.1 ADAB-ADAB SEBELUM MEMBACA AL-QURANSebelum kita memulakan bacaan Al-Quran, kita digalakkan berwudhuk terlebih dahulu. Ia adalah bertujuan membersih pakaian lahiriah dan anggota jasmani lahiriah serta batiniah bagi memastikan kita mendapat ketenangan dan kekhusyukan semasa membaca Al-Quran.

Sekiranya kita membaca Al-Quran dalam keadaan tidak berwudhuk dan tidak menghadap kiblat, kita akan tetap mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT. Akan tetapi, para ulamak Salaf iaitu ulamak yang hidup pada zaman sahabat dan pengikutnya lebih mengutamakan berwudhuk dan menghadap kiblat sebelum memulakan bacaan ayat suci Al-Quran.

Sebenarnya, kita boleh membaca Al-Quran sambil berdiri, duduk, tidur, berbaring di lantai kerana kita sememangnya digalakkan membaca Al-Quran pada setiap masa tidak kira di mana jua. Tetapi, kita dilarang sama sekali duduk bersilang kaki atau menyandar ke dinding kerana perbuatan tersebut menunjukkan keangkuhan terhadap Kitab Suci Al-Quran.

Sebagaimana dalam firman Allah SWT: 191. (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan Ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, Maka peliharalah kami dari seksa neraka.(Surah Ali-Imran: 191)

Selain itu, terdapat juga riwayat hadith yang menjelaskan: Sebaik-baik duduk adalah duduk menghadap kiblat.(Riwayat Imam Nawawi, buku Etika Mempelajari Al-Quran)

Apabila kita berwudhuk, hati menjadi yakin untuk berzikir dan membaca Al-Quran yang mana dapat member petunjuk kepada kita. Oleh yang demikian, kita akan mendapat rahmat dan barakah melalui bacaan Al-Quran.Allah SWT turut berfirman: 12. Hai Yahya, ambillah Al Kitab (Taurat) itu dengan sungguh-sungguh. dan kami berikan kepadanya hikmah selagi ia masih kanak-kanak,(Surah Maryam: 12)Di samping itu, untuk mendapat kemuliaan isi dan hikmah Al-Quran, kita mestilah membacanya dengan kekuatan serta kebersihan hati dan jiwa. Sebagaimana dalam firman Allah SWT: Sesungguhnya Al-Quran Ini adalah bacaan yang sangat mulia,Pada Kitab yang terpelihara (Lauhul Mahfuzh),Tidak menyentuhnya kecuali orang-orang yang disucikan.Diturunkan dari Rabbil 'alamiin.Maka apakah kamu menganggap remeh saja Al-Quran ini? (Surah Al-Waqiah: 77-81)

Sebelum membaca Al-Quran, kita hendaklah memastikan tempat untuk membaca Al-Quran adalah tempat yang suci dan bersih. Para ulama berpendapat bahawa sunat untuk membaca Al-Quran di masjid iaitu tempat yang bersih dan mulia selain dapat menambah kelebihan pahala-pahala iktiqaf. Di samping itu, kita hendaklah memakai pakaian yang bersih, cantik dan kemas.

Kita hendaklah bersugi dan membersihkan mulut kerana mulut adalah tempat mengeluarkan suara bagi menyebut ayat-ayat Al-Quran. setelah sudah bersiap sedia untuk memulakan bacaan Al-Quran, maka kita digalakkan memulakannya tanpa ragu-ragu lagi.

3.2ADAB-ADAB SEMASA MEMBACA AL-QURAN

Semasa membaca Al-Quran, kita hendaklah menundukkan sedikit kepala dan berada dalam keadaan yang tenang. Orang yang membaca Al-Quran juga dimakruhkan untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang lain semasa membaca Al-Quran. Oleh itu, kita mestilah mengelakkan melakukan perkara-perkara yang melalaikan sehingga selesai membacanya. Selain itu, kita mestilah menjauhi daripada gelak ketawa, bersorak, bergurau, melihat sesuatu yang melalaikan atau melihat perbuatan yang sia-sia dan boleh mengganggu pembacaan kita terhadap Al-Quran.

Bacaan ayat suci Al-Quran seeloknya dimulai dengan membaca istiazah. Lafaz istiazah ini juga dikenali sebagai taawudz. Istiazah adalah bertujuan memohon perlindungan kepada Allah SWT supaya hati dan jiwa manusia tidak terkena gangguan serta godaan syaitan. Dengan itu, tidak ada lagi sebarang keraguan dan kebimbangan semasa membaca Al-Quran serta lebih mudah untuk memahami makna ayat-ayat suci Al-Quran.

Allah SWT berfirman: Apabila kamu membaca Al Quran hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk.(Surah An-Nahl: 98)

Memohon perlindungan ialah mengharapkan pemeliharaan dan penjagaan daripada Allah SWT daripada segala kejahatan syaitan serta daripada perbuatan sesiapa sahaja yang berniat jahat. Apabila kita membaca lafaz istiazah, mereka tidak akan dapat menyesatkan umat yang beriman dan memegang petunjuk Al-Quran yang benar di sisi Allah SWT.Iblis atau syaitan tidak akan dapat mengganggu manusia yang mempunyai pegangan iman yang kuat terhadap agama Allah SWT. Allah SWT menegaskan dalam firmanNya: Sesungguhnya syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya. (Surah An-Nahl: 99)

Terdapat di dalam sebuah hadith, Nbi Muhammad SAW membaca istiazah apabila bangun untuk solat malam:

Aku berindung kepada Allah daripada godaan syaitan yang terkutuk.

Menurut Profesor T.M. Hasbi Ash-Shiddieqy di dalam tafsir An-Nur berendapat: Membaca taawudz itu di permulaan membaca Al-Quran, kerana sama dengan suruhan berwudhuk sebelum membaca Al-Quran. Manusia yang dapat digoda oleh syaitan iaitu manusia yang lalai disebut al-mufsidin manakala manusia yang suka membuat kerosakan dengan huru-hara disebut al-fasad. Allah SWT telah menyeru kepada umatNya yang beriman dan kepada semua kaum Adam a.s seperti dalam firmanNya: Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu (Adam dan Hawa) dari syurga, (Surah Al-Araf: 27)

Selepas membaca lafaz istiazah, kita dikehendaki membaca Al-Quran dengan lafaz basmalah. Ia sangat dituntut kerana dalam segala pekerjaan yang baik telah disunnahkan dan diajarkan agar dimulai dengan lafaz basmalah iaitu: Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Umat Islam sentiasa mengamalkan bacaan basmalah semasa melakukan setiap pekerjaan seperti menyembelih haiwan, makan, minum, dan sebagainya. Oleh yang demikian, sebelum memulakan bacaan Al-Quran, kita mestilah membaca lafaz basmalah agar kita lebih diberkati oleh Allah SWT.

Di samping itu, ketika membaca ayat-ayat Al-Quran ataupun semasa mendengar seseorang membaca Al-Quran, kemudian bertemu ayat-ayat sajadah, kita digalakkan untuk melakukan sujud Tilawah atau sujud Syukur. Ia dilaksanakan dengan takbir iaitu takbiratul ihram dalam keadaan duduk dan diakhiri dengan salam.

Terdapat juga para ulamak yang berpendapat apabila membaca ayat-ayat tasbih, kita hendaklah membaca tasbih dan takbir. Manakala apabila membaca ayat doa dan istighfar, kita hendaklah berdoa meminta sesuatu dan juga beristighfar. Sekiranya membaca ayat-ayat yang memberikan harapan kita hendaklah memohon perlindungan daripada Allah SWT agar dijauhi daripada sebarang musibah dan bencana yang membahayakan diri kita, keluarga dan sahabat-sahabatnya.

Ibnu Abbas r.a pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW membaca ayat: Sucikanlah nama Tuhanmu yang Maha Tinggi. (Surah Al-Ala: 1)Maka, Baginda SAW membaca: Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi.

Oleh yang demikian, semasa membaca ayat tauzih atau tasbih, ucapkanlah tasbih atau tahmid kerana ayat tersebut menunjukkan keagungan dan kesucian Allah SWT.

Seperti dalam firman Allah SWT: Dan sebutlah (nama) Tuhannmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.(Surah Al-Araf: 205)Menurut Syaltut, iaitu Rektor Universiti A-Azhar Kairo-Mesir, di dalam tafsir Al-Quranul Karim menulis tentang hikmah sujud tilawah.

Antaranya berdasarkan firman Allah SWT: 206. Sesungguhnya malaikat-malaikat yang ada di sisi Tuhanmu tidaklah merasa enggan menyembah Allah dan mereka mentasbihkan-Nya dan Hanya kepada-Nya-lah mereka bersujud(Surah Al-Araf: 206)Berdasarkan ayat di atas, Allah SWT meminta kaum mukminin supaya bersujud apabila mereka membaca atau mendengarnya. Sujud ini dikenali sebagai sujud Tilawah iaitu sujud di antara dua takbir. Syarat yang diperlukan untuk melakukan sujud ini adalah sepertimana syarat di dalam solat iaitu bersuci,niat dan menghadap kiblat.

Melalui sujud tilawah, kita dapat melahirkan kepatuhan kepada Allah SWT sebagaimana di dalam firmanNya: Hanya kepada Allah-lah sujud (patuh) segala apa yang di langit dan di bumi, baik dengan kemauan sendiri ataupun terpaksa (dan sujud pula) bayang-bayangnya di waktu pagi dan petang hari. (Surah Ar-Radu: 15)

Selain melakukan sujud tilawah, kita juga diingatkan untuk membaca Al-Quran dengan bacaan tartil. Tartil ialah bacaan yang teratur dan tertib susunan huruf-huruf dan ayat-ayatnya. Bacaan ini sangat baik kerana ia bertepatan dengan ilmu Makharijal Huruf dan ilmu Tajwid Al-Quran.

Anas bin Malik r.a menerangkan, sekiranya Rasulullah SAW membaca basmalah dengan tartil iaitu dengan memanjangkan mad, huruf demi huruf, ayat demi ayat dibaca dengan terpisah secara tenang dan khusyuk. Hal ini menunjukkan sesungguhnya Rasulullah SAW sangat memuliakan dan mengagungkan wahyu Allah SWT.

Semasa membaca Al-Quran, kita hendaklah menghayati dan memahami isi serta makna yang terkandung di dalam Al-Quran. Oleh itu, kita tidak boleh membaca Al-Quran secara tergesa-gesa atau terburu-buru untuk segera mengkhatamkan Al-Quran. Rasulullah SAW sendiri menghabiskan al-Quran dalam masa tiga hari adalah paling cepat.

Di samping itu, haruslah membaca Al-Quran dengan hati yang ikhlas, penuh penghayatan untuk merenungkan dan berfikir tentang isi serta makna ayat-ayat Al-Quran supaya kita mendapat hasil yang bermanfaat selepas membaca Al-Quran. Dengan itu, ayat-ayat Al-Quran tersebut dapat member harapan dan kegembiraan kepada kita yang akan mendorong perasaan menjadi bersyukur kepada Allah SWT dan menimbulkan rasa takut terhadap ayat-ayat yang memberikan peringatan dan ancaman azab seksaan.

Seterusnya, kita juga digalakkan menangis ketika membaca Al-Quran keranan ia amat dituntut oleh Islam. Semasa menghayati ayat Al-Quran, akan timbul rasa hiba di hati memikirkan ayat-ayat yang berunsur ancaman serta janji-janji Allah SWT kepada orang-orang yang melanggar perintahNya.

Kita juga dituntut untuk membaca Al-Quran dengan suara yang merdu, baik, berlagu, susunan huruf dan ayat yang betul, tekanan suara dan gelombang suara yang teratur. Akan tetapi, kita dilarang sama sekali untuk membaca Al-Quran dengan berlagu yang boleh menimbulkan riya iaitu seseorang yang menunjuk-nunjuk bacaannya dan ingin dipuji mengenai suaranya yang merdu.

Di samping itu, semasa membaca Al-Quran hendaklah dengan suara yang rendah. Ia dapat mengelakkan daripada perasaan riak dan menunjuk-nunjuk kepada orang ramai. Namun begitu, pembacaan yang nyaring adalah dituntut selagi ia tidak mengganggu orang lain di sekeliling. Oleh itu, kita digalakkan untuk memperindahkan dan mentertibkan bacaan supaya tidak dibaca terlalu panjang sehingga boleh merosakkan susunan ayat Al-Quran.

Allah SWT juga berfirman untuk memberi jaminan ayat-ayat Al-Quran adalah mudah dibaca dan dihafal. Seperti dalam firmanNya:

Janganlah kamu gerakkan lidahmu untuk (membaca) Al Quran Karena hendak cepat-cepat (menguasai)nya.Sesungguhnya atas tanggungan kamilah mengumpulkannya (di dadamu) dan (membuatmu pandai) membacanya.Apabila kami Telah selesai membacakannya Maka ikutilah bacaannya itu.Kemudian, Sesungguhnya atas tanggungan kamilah penjelasannya.(Surah Al-Qiyaamah:16-19)Rasulullah SAW juga menganjurkan kita supaya memperbaiki nada suara semasa membaca Al-Quran dengan cara belajar irama dan lagu dengan baik, bacaan yang baik iaitu menyebut makhraj huruf beserta tajwidnya.

Rasulullah SAW pernah bersabda: Hiasilah Al-Quran dengan suaramu (yang baik).(Riwayat Ahmad, Ibnu Majah, NasaI dan Hakim)

Semasa membaca Al-Quran, kita hendaklah mejauhkan diri daripada menganggu suasana jamaah yang lain terutamanya orang lain yang sedang mendirikan solat. Oleh itu, kita mestilah membaca Al-Quran dengan khusyuk dan tenang dengan suara yang perlahan sambil menghayatinya dengan sepenuh hati.

Allah SWT berfirman: 204. Dan apabila dibacakan Al Quran, Maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat.(Surah Al-Araf: 204)

3.3ADAB-ADAB SELEPAS MEMBACA AL-QURANSelepas selesai membaca Al-Quran, kita hendaklah membaca lafaz ( ). Selepas itu, kita haruslah berdoa untuk memohon keberkatan dan kerahmatan daripada Allah SWT.

Dalam sebuah riwayat dijelaskan, bahawa sahabat apabila khatam membaca al-Quran, mereka berkumpul untuk berdoa dan mengucapkan: Semoga rahmat turun atas selesainya membaca al-Quran.

Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a dijelaskan bahawa apabila dia sudah khatam membaca Al-Quran, dia mengumpulkan keluarganya dan berdoa. (Hadis Riwayat: Abu Dawud)

Kemudian kita digalakkan untuk mengucup Al-Quran sebanyak tiga kali untuk melahirkan rasa sayang dan hormat kepada Al-Quran. selain itu, kita mestilah menyimpan dan meletakkan Al-Quran di tempat yang tinggi dan bersih. Kemudian, kita wajib mengamalkan dan mengambil iktibar daripada bacaan ayat-ayat Al-Quran tersebut dan dijadikan panduan di dalam kehidupan seharian.

3.4ADAB-ADAB BELAJAR AL-QURAN

Mempelajari Al-Quran adalah sangat dituntut ke atas setiap umat Islam. Terlebih dahulu kita perlu mengetahui tujuan sebenar kita mempelajari Al-Quran. Pertama sekali adalah untuk mencari dan mendapatkan rahmat serta keredhaan daripada Allah SWT. Bagi mendapat rahmat Allah, kita mestilah mempunyai niat yang ikhlas kerana Allah SWT untuk belajar mengenai ilmu ini.Sabda Nabi Muhammad SAW: Orang yang paling baik di antara kamu adalah yang belajar dan mengajarkan Al-Quran.(Riwayat Bukhari)Menurut perspektif Islam, seseorang pelajar mestilah mempunyai beberapa ciri sebagai seorang pelajar Islam. Ianya bertujuan untuk memperolehi keberkatan daripada Allah SWT. Adab antara pelajar dengan guru sangat penting dalam mewujudkan keharmonian hubungan dan juga dapat mempercepatkan serta memudahkan proses penimbaan ilmu pengetahuan.

Terdapat beberapa adab-adab belajar Al-Quran yang telah digariskan menurut perspektif Islam. Antaranya ialah seseorang pelajar Al-Quran itu mestilah menyucikan hati lahiriah dan juga menjauhi sifat-sifat mazmumah yang tercela. Ilmu Al-Quran adalah merupakan ilmu yang boleh mendekatkan jiwa kepada Allah. Jadi, kita hendaklah memastikan hati kita suci daripada sifat-sifat yang dibenci oleh Allah sebelum memulakan pelajaran ilmu Al-Quran.

Sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW:Ditegakkan agama atas kebersihan.

Di samping itu juga, seseorang pelajar hendaklah mengurangkan kesibukan dan menjauhkan diri daripada terlibat dengan urusan duniawi. Setelah mempelajari Al-Quran, pelajar janganlah sekali-kali bersifat sombong dengan ilmunya dan jangan menentang guru yang telah banyak mencurahkan ilmu kepada kita. kita juga janganlah hanya memilih guru yang hanya terkenal dengan kealimannya kerana setiap tunjuk ajar guru itu mestilah dihargai.

Seperti firman Allah SWT yang menceritakan kisah Nabi Khidir a.s dengan Nabi Musa a.s: Dia menjawab: "Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup sabar bersama Aku.Dan bagaimana kamu dapat sabar atas sesuatu, yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu?"Musa berkata: "Insya Allah kamu akan mendapati Aku sebagai orang yang sabar, dan Aku tidak akan menentangmu dalam sesuatu urusanpun".Dia berkata: "Jika kamu mengikutiku, Maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu apapun, sampai Aku sendiri menerangkannya kepadamu".(Surah Al-Kahfi: 67-70)Tambahan lagi, seseorang pelajar hendaklah rajin bertanya kepada gurunya mengenai apa yang tidak difahaminya tetapi ianya hanya berkaitan dengan hal pelajarannya sahaja. Seperti firman Allah SWT: Dan kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki yang kami beri wahyu kepada mereka; Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan[828] jika kamu tidak mengetahui,(Surah Al-Nahl: 43)

Selain itu juga, seseorang pelajar hendaklah memelihara tatatertib dalam menuntut ilmu pengetahuan khususnya dalam pelajaran Al-Quran. Salah satunya adalah kita perlu menumpukan satu-satu tajuk terlebih dahulu sehingga dapat menguasainya dengan mahir sebelum berpindah ke tajuk seterusnya. Ini kerana seseorang itu perlulah mempelajari Al-Quran secara ilmiah untuk mencapai kebenaran.

Saidina Ali r.a berkata: Engkau tidaklah mengetahui kebenaran dari orang. Tetapi ketahuilah (pelajarilah) kebenaran itu barulah engkau akan mengetahui ahlinya (orang yang benar).

Pelajar yang mempelajari ilmu Al-Quran hendaklah mengenali ilmu yang paling mulia dengan melihat kepada hasilnya yang akan membawa kita ke arah kebahagiaan abadi di dunia dan di akhirat kelak. Di samping itu, pelajar hendaklah sedar bahawa tujuan belajar adalah untuk menghiasi dan mencantikkan hati dengan sifat-sifat mahmudah.

Kita dilarang sama sekali menuntut ilmu adalah kerana niat untuk menjadi pemimpin, mendapatkan harta atau kemegahan dan membangga diri. Seseorang yang mempelajari ilmu akhirat atau ilmu Al-Quran tidak boleh memandang rendah terhadap pelajar yang mempelajari ilmu duniawi. Ini kerana ilmu keduniaan tersebut adalah sebahagian daripada ilmu akhirat.

Menurut Ustaz Ismail Mahmood (1989), beliau telah menggariskan beberapa adab belajar mengikut perspektif Islam iaitu belajar Al-Quran didahului dengan niat yang ikhlas kerana Allah SWT. Ianya selaras dengan hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:Sesungguhnya amalan-amalan itu dengan niat dan sesungguhnya bagi tiap-tiap seorang perkara itu dia niatkan.Begitu juga di dalam firman Allah SWT: Barang siapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan kami tambah keuntungan itu baginya dan barang siapa yang menghendaki keuntungan di dunia kami berikan kepadanya sebagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagianpun di akhirat.(Surah Al-Suura: 20)

Adab belajar Al-Quran yang seterusnya ialah seseorang pelajar itu tidak dibenarkan belajar kecuali daripada guru yang sempurna keahliannya, diyakini keilmuannya dan masyhur penjagaannya. Sesungguhnya Muhammad bin Sirim, Malik bin Anas dan golongan Salaf yang lain telah berkata yang bermaksud:Ilmu ini sebagai agama, maka lihatlah kamu daripada siapa yang kamu ambil agama kamu.(Adab-adab Berkaitan Dengan Al-Quran, 1989, hal. 43)

Oleh itu, seseorang pelajar hendaklah memandang gurunya dengan hormat, percaya dan yakin dengan kepakarannya yang sempurna dan menandingi orang di peringkatnya. Selain itu juga, Islam menggalakkan seseorang itu untuk mendoakan gurunya dengan doa yang bermaksud:Wahai Tuhanku, tutuplah keaiban guruku daripada aku dan jangan hilangkan keberkatan ilmunya daripadaku.(Adab-adab Berkaitan Dengan Al-Quran, 1989, hal. 43)

Para pelajar Al-Quran haruslah menjaga adab dan ketenteraman majlis ilmu tersebut. Mereka hendaklah mengawasi diri agar tidak meninggikan suaranya yang nyaring tanpa sebab, ketawa, bermain dan lain-lain lagi. Selain itu, kita dilarang untuk berpaling ke kiri dan kanan tanpa sebab. Pelajar juga hendaklah merebut peluang dengan cergas dan berupaya memberi tumpuan perhatian terhadap pengajaran guru.

3.5ADAB-ADAB MENGAJAR AL-QURANMenurut Imam Nawawi dalam bukunya Adab Mempelajari Al-Quran telah menerangkan hukum mengajar Al-Quran. Hukumnya adalah fardhu kifayah bagi setiap orang Islam yang mampu dan dapat mengajar Al-Quran. Sekiranya sesuatu masyarakat itu tidak mempunyai orang yang mengajar Al-Quran, maka hendaklah seorang daripada mereka memainkan peranan sebagai guru Al-Quran.

Imam al-Suyuti berkata bahawa Ketahuilah bahawa menghafaz Al-Quran itu fardhu kifayah ke atas umat demikian juga mengajar Al-Quran, ia adalah sebaik-baik ibadah kepada Allah SWT.

Kita sebagai umat Islam perlu memainkan peranan sebagai pengajar Al-Quran kepada orang lain yang masih tidak tahu membaca Al-Quran agar ilmu ini sentiasa diwarisi dari masa ke semasa. Sebagai pengajar ilmu Al-Quran, kita mestilah berakhlak dan mempunyai adab-adab yang baik agar mendapat rahmat dan keredhaan Allah SWT terhadap perkerjaan yang kita lakukan.

Seseorang pengajar Al-Quran mestilah mempunyai akhlak yang mulia, berkeperibadian dan mempunyai tingkah laku yang baik dan tinggi. Selain itu, kita hendaklah memiliki sifat terpuji seperti yang dituntut dalam Al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Sebagai contoh sikap zuhud, tawadhu, peramah, lemah lembut, sabar, taat dan bertakwa kepada Allah SWT dan banyak lagi sifat-sifat terpuji yang perlu di dalam diri seorang pengajar.

Sebagai pengajar ilmu Al-Quran, kita perlu mengikhlaskan niat adalah kerana Allah SWT, melakukan tugas ini tanpa paksaan semata-mata. Tambahan lagi, kita mestilah meneladani akhlak Rasulullah SAW mengenai kebersihan lahiriah seperti memotong kuku dan kumis, menghilangkan bau yang kurang selesa pada diri dan pakaian, menjauhi sifat riya, merendahkan orang sekeliling dan sebagainya.

Semasa mengajar Al-Quran, kita hendaklah mengamalkan sikap menepati waktu untuk menghadiri kelas tersebut. Selain itu, kita mestilah mengajar murid-murid kita dengan penuh yakin dan bersiap sedia untuk mengajar mereka. Kita sebagai pengajar perlu diingatkan agar tidak memegang sesuatu yang tidak diperlukan semasa mengajar seperti membawa atau membaca majalah hiburan semata-mata. Di samping itu, pandangan mata mestilah dijaga agar kita tidak memandang sesuatu tanpa tujuan.

Tambahan juga, seseorang guru yang mengajar Al-Quran hendaklah menjaga sikap dan akhlak terhadap murid-murid yang diajar. Pertama sekali, kita mestilah mengajar atau mendidik murid kita dengan penuh kasih sayang, lemah lembut, menunjukkan akhlak yang mulia dan ikhlas membantu mereka untuk terus mempelajari dan menguasai ilmu Al-Quran.Sebagaimana Rasulullah SAW pernah bertanya:

Aku ini di hadapan kamu semua (yakni para sahabat) adalah sebagaimana seorang ayah terhadap anaknya(Riwayat Abu Daud, Nasai, Ibnu Majah Dan Ibnu Hibban)

Berdasarkan hadith Rasulullah tersebut, kita dapat melihat bahawa Rasulullah SAW ingin memelihara umatnya daripada ancaman api neraka.

Selain itu juga, seseorang pengajar Al-Quran hendaklah sentiasa memberikan nasihat kepada murid-murid. Kita boleh member nasihat dalam pelbagai bentuk seperti bercerita, bermain, pengajaran sesuatu ayat supaya mereka dapat menerima nasihat-nasihat yang diberikan dan mengamalkannya di dalam kehidupan seharian.

Al-Quran mahupun hadith Rasulullah SAW mempunyai banyak cerita pengajaran yang boleh diambil untuk memberi nasihat mengenai berbuat baik dan menjauhi perkara-perkara yang mungkar. Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa: , : .Agama adalah nasihat. Para sahabat bertanya: Untuk siapakah nasihat itu? Rasulullah SAW menjawab: Bagi Allah, KitabNya, RasulNya, bagi imam-imam muslimin dan kaum muslimin yang lain.(Riwayat Muslim)Di samping itu, seseorang pengajar Al-Quran perlu sentiasa berusaha untuk mendidik dan mengajar murid-murid agar mereka berfikier berdasarkan pandangan Islam dan sesuai dengan syariat Islam serta mengamalkan akhlak yang mulia seperti yang dikehendaki oleh Al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.

Kita juga harus mendidik mereka supaya bersikap sabar dalam mengahdapi pelbagai dugaan dan musibah serta perlu bertawakkal dan berani untuk menghadapi pelbagai musibah tersebut. Kita sebagai guru perlu menasihati mereka agar tidak mudah berputus asa apabila mengahadapi sebarang masalah dalam kehidupan.

3.6ADAB DENGAN MUALLIM

Sebagai seorang pelajar atau seseorang yang menuntut ilmu, kita seharusnya mempunyai adab-adab dan etika yang baik dengan guru kita. Perbuatan ini adalah amat dituntut dalam Islam kerana setiap guru atau Muallim yang menyampaikan ilmu adalah dianggap sebagai seorang yang mulia dan layak dihormati. Firman Allah S.W.T:

Allah menerangkan (kepada sekalian makhluk-Nya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Surah ali-Imran:18)

Berdasarkan firman Allah S.W.T, jelaskan menunjukkan tiada seorang pun dalam kehidupan insan, selain daripada kedua ibubapa yang lebih berjasa dan layak dihormati melebihi daripada guru. Tetapi guru adalah pewaris ilmu dan pewaris ilmu ialah ulama, sementara ulama pula adalah pewaris para nabi. Begitulah kedudukan ilmu, guru dan ulama adalah saling berkaitan.

Seraya dengan itu, adalah wajar seseorang murid itu merendah diri semasa belajar atau ketika bersemuka dengan gurunya. Perbuatan merendah diri ini bukanlah sehingga menyembah dan terlalu mengagung-agungkan guru itu, namun cukuplah dengan bertutur dengan perkataan yang sopan, gaya bahasa yang baik dan tidak kasar.

Seseorang murid juga perlu memandang guru dengan penuh hormat. Walau apa sekalipun ilmu yang diajar oleh seseorang guru itu, tidak semestinya yang berkaitan dengan ilmu keagamaan sahaja, malah ilmu lain-lain seperti sejarah, matematik, sains dan sebagainya juga, guru itu perlu kita hormati. Tanda hormat kepada seseorang guru itu adalah seperti sentiasa mematuhi setiap nasihat dan ajarannya, dan senantiasa menerima dengan patuh akan segala arahannya selagi tidak bertentangan dengan kehendak agama.

Al-Khatib berkata: Hendaklah dia berkata Wahai guru, apakah pendapat kamu mengenai hal ini? dan kata-kata seumpamanya. Dan tidak menggelarkannya dengan namanya kecuali disertakan dengan gelaran-gelaran yang menunjukkan penghormatan serta takzim kepadanya. Misalnya syeikh ataupun ustaz atau syeikh kami. Maksudnya di sini, mereka memanggil guru dengan gelaran yang penuh adab serta penghormatan. Jika nama guru tersebut Muhammad misalnya, maka mereka akan memanggilnya dengan nama ustaz, cikgu, guru kami dan sebagainya dan tidak menyebutkan namanya kecuali disertakan dengan gelaran yang penuh penghormatan seperti Ustaz Muhammad, Cikgu Muhammad dan sebagainya meskipun sewaktu ketiadaan guru itu. Jelas bahawa tanda seseorang itu beradab dengan muallim atau guru mereka juga dapat dilihat dari segi cara mereka memanggil atau menggelarkan guru mereka. Seseorang murid yang baik tidak akan memanggil guru dengan panggilan-panggilan yang buruk dan mampu menyakitkan hati guru. Gelaran atau panggilan kepada seseorang guru adalah perlu menggunakan panggilan yang mulia dan baik, biarlah apa sifat peribadi guru itu sekalipun. Walaupun hal ini sepertinya biasa, namun bayangkan apa yang terjadi kepada guru tersebut seandainya dia mengetahui tentang gelaran yang diberi oleh muridnya kepadanya? Apabila hati seseorang guru itu terasa atau terguris, bagaimana pula keberkatan ilmu yang diberikan. Keberkatan ilmu yang diberi bergantung kepada keredhaan dan keikhlasan hati seseorang guru itu dalam menyampaikan sesuatu ilmu.

Setiap kali bercakap mengenai sesuatu topik pelajaran, kita seringkali memikirkan hak kita untuk belajar dengan keadaan dan kehendak kita sendiri. Contoh kita inginkan cara penyampaian yang mudah daripada guru, tiada kerja atau tugasan yang terlalu membebankan, dan suasana pembelajaran yang menarik. Namun pernahkah kita memikirkan apa yang guru perlukan daripada kita? Sebagai guru atau pengajar, mereka juga mempunyai hak dan kehendak ke atas kita, dan selalunya semuanya dilakukan untuk kebaikan kita juga. Hak mereka seperti ingin rasa dihormati, ingin kerjasama daripada murid ketika proses pembelajaran, serta inginkan satu disiplin yang baik daripada murid adalah antara hak-hak yang patut kita fikirkan dan selayaknya diberi dan diiktiraf kepada guru.

Sebagai seorang murid, pelajar atau penuntut ilmu, kita mesti sentiasa mendoakan kesejahteraan guru-guru kita. Penghargaan ini kita beri atas segala pengorbanan mereka , penat lelah mereka dalam berusaha memberikan kita ilmu. Kita sebagai seorang pelajar sememangnya tiada apa-apa yang dapat diberikan untuk membalas segala jasa yang diberikan oleh guru selain hanya dapat mendoakan mereka.

Dalam menuntut ilmu semasa di dalam kelas, pelajar atau murid perlulah berkelakuan sopan dan mendengar setiap bait-bait kata yang diujarkan oleh guru. Adab sopan ini perlulah dijaga bukan sahaja memudahkan pelajar untuk belajar dan memperoleh ilmu dengan baik, malah juga dapat memudahkan guru menyampaikan ilmu. Contohnya, sekiranya seseorang pelajar tiba lewat ke kelas, adalah perlu untuknya meminta izin guru sebelum memasuki kelas. Selain itu juga, sekiranya pelajar sudah pun mengetahui tentang sesuatu topik yang diajar, perlajar seharusnya tetap berada dalam keadaan tekun mendengar pengajaran guru, sebagai tanda hormat guru, dan mengambil peluang untuk meningkatkan pemahaman tentang topik tersebut. Elakkan mengemukakan pertanyaan bagi sesuatu masalah yang telah diketahui jawapannya.

Seelok-eloknya murid yang mencari gurunya. Adab murid mencari guru ini adalah satu cara yang betul di mana seseorang yang berkehendak akan sesuatu akan berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang diingininya. Namun dewasa ini, seringkali berlaku guru yang mencari murid, guru sudah masuk menunggu di dalam kelas, namun pelajar masih lagi tidak hadir ke kelas. Kejadian begini tidak seharusnya berlaku, dan semestinya seseorang pelajar itu perlu memahami peranan dirinya sebagai seorang pelajar. Pun begitu, perlulah ditegaskan di sini bahawa seseorang murid tidak boleh memsuki tempat diam gurunya tanpa izin walaupun dengan niat ingin mencari gurunya.

Apa yang penting, seseorang pelajar mestilah mengikhlaskan niat untuk belajar al-Quran. Seiring dengan itu, air muka pelajar hendaklah manis, manakala pakaian yang dipakai ketika menuntut ilmu mestilah dalam keadaan bersih dan kemas. Sekiranya pelajar ada melakukan sebarang kesilapan sama ada besar atau kecil, perbuatan meminta maaf adalah keputusan yang terbaik untuk dilakukan. Kemaafan amat diperlukan daripada guru bagi memastikan al-Quran yang dihafaz berkat di sisi Allah dan berkekalan di dalam hati penghafaz hingga akhir hayat.

3.7ADAB DENGAN DIRI DAN TEMPAT3.7.1ADAB DENGAN DIRIAl-Quran adalah sebagai mukjizat yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad dan kewujudan Allah SWT dengan segala sifat-sifat kesempurnaannya. Membaca al-Quran serta menghayati dan mengamalkannya dikira satu ibadat. Ia merupakan satu kitab panduan hidup manusia dan rujukan utama di samping sunnah Rasulullah.

Al-Quran berfungsi sebagai petunjuk ke jalan yang lurus, cahaya dan pembersih hati, peringatan, rahmat kepada yang mengamalkannya penyembuh penyakit rohani dan jasmani, pemberi khabar gembira kepada orang yang beriman, pemberi ancaman kepada orang yang ingkar, hujjah dan syafaat kepada pembaca yang menunaikan haknya serta meninggikan darjat ahlinya di dunia dan di akhirat.

Hadith Rasulullah yang diriwayatkan Muslim dari Abu Umamah: Terjemahan: Bacalah al-Quran! Kerana pada Hari Kiamat al-Quran akan datang sebagai penolong bagi pembacanya.

Membaca al-Quran, baik mengetahui ertinya ataupun tidak adalah termasuk ibadah, amal soleh dan memberi rahmat serta manfaat bagi yang melakukannya. Bacaan al-Quran juga memberi cahaya ke dalam hati yang membacanya sehingga terang benderang serta kepada keluarga rumahtangga tempat al-Quran itu dibaca.

Ali bin Abi Thalib mengatakan bahawa tiap-tiap orang yang membaca al-Quran dalam sembahyang akan mendapat pahala lima puluh kebajikan untuk tiap-tiap huruf yang diucapkannya. Membaca al-Quran di luar sembahyang dengan berwuduk pula, pahalanya dua puluh lima kebajikan bagi tiap-tiap huruf yang diucapkannya dan membaca al-Quran di luar sembahyang dengan tidak berwuduk, pahalanya sepuluh kali kebajikan bagi tiap-tiap huruf yang diucapkannya.

Al-Quran bukan sahaja dipelajari dan dibaca oleh murid-murid di sekolah, para ulama untuk mendalami hukum malah perlu dibaca oleh setiap Muslim di mana-mana sahaja seperti di rumah, masjid, pertemuan atau tempat suci. Keyakinan mendapat pahala dari bacaan al-Quran mendorong umat Islam mendalami tentang pengajian yang berkaitan bidang al-Quran. Membaca al-Quran adalah ibadah yang sangat mulia dan diredhai Allah. Ia mengandungi banyak petunjuk, penghibur dan pendidikan jiwa. Semakin banyak diulang membaca al-Quran, semakin meresap ke dalam jiwa dan tidak membosankan.Menjadi kewajipan kepada kita untuk menjaga adab-adab apabila membacanya agar setiap amalan kita diterima Allah. Kita mestilah melakukan sesuatu bersandarkan niat kerana Allah. Apabila ingin membaca dan menghafal ayat al-Quran, ikhlaskan niat kerana Allah kerana niat membezakan ibadah dan adat ataupun rutin. Dengan berniat kerana Allah, moga mendapat pahala dan keberkatan.

Sebelum membaca al-Quran, hendaklah sentiasa suci pada zahir dan batin kerana membacanya adalah zikir yang paling afdal daripada segala zikir yang lain. Sesiapa yang hendak membaca al-Quran disunatkan berwuduk walaupun boleh membacanya dalam keadaan tidak berwuduk. Wanita yang dalam keadaan haid atau nifas harus membaca al-Quran untuk belajar atau mengajar kerana darurat.

Mengikut mazhab Syafie, perkara yang wajib dengan ada wuduk apabila menyentuh atau membawa kitab al-Quran termasuk helaian kertasnya biarpun sudah terpisah daripada kitab tersebut, menyentuh atau membawa rehal yang dikhususkan untuk meletakkan kitab al-Quran, menyentuh atau membawa beg atau sarung yang ada al-Quran di dalamnya sekiranya beg atau sarung itu memang dikhususkan untuk mengisi kitab al-Quran. Manakala tidak haram tanpa ada wuduk apabila menyentuh atau membawa kitab al-Quran yang huruf terjemahannya lebih banyak daripada huruf Al-Quran, menyentuh atau membawa beg yang ada al-Quran di dalamnya dan beg itu bukan dikhususkan untuk mengisi kitab al-Quran. Jika dibawa beg itu, maka diniatkan membawa beg bukan membawa al-Quran.

Rasulullah ketika berwuduk selalu mencuci giginya dengan sebatang siwak atau sugi. Seseorang mengeluarkan suara menyebut ayat al-Quran melalui mulut. Membaca al-Quran dalam keadaan mulut bernajis adalah terlarang dan sesetengah ulama mengatakan haram dan sebahagian lagi mengatakan makruh.Hadith Rasulullah: Terjemahan: Sesungguhnya mulut-mulut kamu adalah merupakan jalan-jalan lalunya al-Quran maka peliharalah dengan bersugi.

Mulut kita juga bukan hanya perlu dijaga dengan bersugi malah menjaga mulut daripada memakan makanan-makanan yang haram dan perkataan-perkataan keji. Disunatkan juga untuk menghilangkan bau badan yang tidak enak dan memakai pakaian yang bersih, cantik, kemas dan menutup aurat serta berwangi-wangian sebelum membaca al-Quran untuk mendapatkan ketenangan serta kekhusyukan. Adab-adab semasa membaca Al-Quran juga mesti diikuti. Setiap kali memulakan bacaan, kita hendaklah membaca istiazah bagi memohon perlindungan Allah daripada syaitan yang direjam berdasarkan firman Allah: (An-Nahl: 98)Terjemahan: Oleh itu, apabila Engkau membaca al-Quran, maka hendaklah Engkau terlebih dahulu memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan syaitan yang kena rejam. Terjemahan: Aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang direjam.

Prof. T.M. Hasbi as-Siddiq dalam Tafsir an-Nur berpendapat bahawa membaca istiazah sebelum memulakan bacaan al-Quran sama dengan suruhan berwuduk sebelum membaca al-Quran.Selepas membaca istiazah, hendaklah membaca basmalah pada tiap-tiap awal surah kecuali pada surah At-Taubah. Sabda Rasulullah: Terjemahan: Setiap pekerjaan yang baik tidak dimulakan dengan bismillahirrohmanirrahim (dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang), ia adalah terputus.Sekiranya bacaan terputus, hendaklah diulang kembali membaca istiazah di luar solat.

Selain itu, bacaan al-Qurannul Karim hendaklah dibaca dengan tartil iaitu menurut istilah tajwid, membaca al-Quran dalam keadaan tenang dan dapat melahirkan makhraj huruf dengan baik serta meletakkan makhraj setiap huruf tepat pada tempat-tempatnya. Hal ini dapat menambah lagi minat kepada penghayatan ayat-ayat yang dibawa dan melahirkan kesan yang mendalam di dalam jiwa. Ia merupakan tanda penghargaan dan penghormatan. Firman Allah dalam Surah Al-Furqan ayat 32: Terjemahan: Dan Kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu.

Menurut Ibnu Abbas, membaca dengan tartil ialah membaca dengan terang manakala Saidina Ali bin Abi Talib karramallahu wajhahu menyatakan bahawa tartil adalah membaguskan pembacaan huruf dan mengenal wakafnya. Membaca dengan teratur dan perlahan-lahan pula merupakan pendapat Mujahid. Ummu Salamah r.a. bila membaca al-Quran sering mencontohi bacaan Rasulullah s.a.w dan membacanya seolah-olah ia sedang mentafsirkan huruf demi huruf dari al-Quran itu. Ibnu Abas r.a. pula berkata:Terjemahan: Bagiku jika membaca surah al-Baqrah dan surah Ali Imran dengan penuh tartil dan memahami semua maksud-maksudnya adalah lebih aku utamakan daripada membaca seluruh al-Quran secara sambil lalu saja.

Apabila membaca al-Quran, haruslah berusaha memahami ayat-ayat yang dibaca sehingga dapat mengetahui tujuan al-Quran diturunkan oleh Allah. Seluruh perasaan dan perhatian hendaklah ditumpukan pada bacaan itu agar dapat menyelami makna dan maksud-maksud ayat yang dibaca. (Surah Al-Isra: 9)Terjemahan: Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam) dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh bahawa mereka beroleh pahala yang besar.

Seseorang itu hendaklah menjauhkan diri dari ketawa, bermain-main dan bercakap kosong ketika ingin membaca al-Quran. Kita hendaklah mengikhlaskan niat untuk mendapat keredhaan Allah. Ganjaran yang diberikan Allah bergantung kepada niat dan perlakuan.Sebelum menghafal, fikiran mestilah dikosongkan dan diri kita benar-benar bersedia untuk menghafal. Hafalan tidak boleh dilakukan semasa berasa bosan atau fikiran terganggu. Kemudian, beristighfar, membaca selawat dan berdoa. Sebelum memulakan hafalan, digalakkan membaca ayat 164 Surah al-Baqarah.

Selain daripada untuk hukum dan petunjuk, Al-Quran bertujuan untuk tadabbur dan tafakkur dan akan menghasilkan perasaan serta sikap untuk melaksanakan perintah Allah. (Surah Sad: 29)Terjemahan: (Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu Wahai Muhammad), Kitab ang banyak faedah-faedah dan manfaatnya untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayat-Nya dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.

Adab yang seterusnya adalah memperelok bacaan dan menghiaskannya dengan suara yang baik iaitu lunak dan merdu. Walaupun begitu, membaca al-Quran dengan suara rendah lebih selamat daripada riya' dan menunjuk-nunjuk kepada orang ramai. Sekiranya seseorang tidak bimbang dirinya akan timbul perasaan riak serta tidak menggangu orang lain yang sedang solat maka membaca al-Quran dengan suara yang tinggi atau nyaring itu lebih utama kerana kebanyakan bacaan yang diamalkan ialah dengan suara yang tinggi. Selain itu, membaca dengan suara yang tinggi akan menghidupkan hati dan menarik perhatian untuk memikirkan ayat-ayat yang dibacanya dan ia juga akan mengurangkan rasa mengantuk.

Di samping itu, sekiranya terasa mengantuk dan menguap, hendaklah berhenti membaca kerana apabila seseorang itu sedang membaca al-Quran, dia sedang bermunajat kepada Allah dan menguap akan menghalang munajat disebabkan perbuatan menguap itu datang daripada syaitan.

Berdoalah dan memohon rahmat serta kelebihan daripada Allah apabila membaca dan melalui ayat rahmat. Contohnya: Terjemahan: Ya Allah, aku memohon kepada-Mu akan kelebihan-Mu yang besar.

Manakala ketika membaca dan melalui ayat azab, mintalah perlindungan daripada Allah serta menangis ketika membacanya. Hal ini sangat dituntut dan dapat menimbulkan kehibaan di hati ketika memikirkan tentang ayat-ayat yang berunsur ancaman serta janji-janji Allah yang disediakan terhadap orang-orang yang melanggar perintah-perintah-Nya. Pada masa yang sama, hendaklah bermuhasabah kerana sering mengabaikan tanggungjawab. Contoh doa: Terjemahan: Ya Allah, lindungilah kami daripada azab-Mu dan janganlah kami termasuk dalam golongan yang zalim.

Selepas membaca Al-Quran, kita hendaklah membaca: Terjemahan: Telah benar Allah yang Maha Agung dan telah menyampaikan oleh Nabi-Nya yang mulia dan kami menjadi saksi atas yang demikian itu.Kemudian, berdoa untuk kebaikan diri, keluarga dan masyarakat Islam setelah selesai membaca. Terdapat beberapa cara dan adat tentang kadar bacaan Al-Quran setiap hari sama ada panjang atau pendek. Cara yang dipilih oleh Usman, Zaid bin Tsabit, Ibnul Mas'ud dan Ubai bin ka'ab radhiallahuanhum, bacaan dibahagikan kepada tujuh hizib dan khatam setiap hari Jumaat. Pada hari khatam Al-Quran, seseorang disunatkan berpuasa dan berkumpul bersama ahli keluarga serta sahabat handai pada hari tersebut.

3.7.2ADAB DENGAN TEMPAT

Pemilihan tempat yang sesuai iaitu tempat suci dan bersih layak dengan ketinggian Al-Quran. Para ulama berpendapat sunat membaca Al-Quran di masjid di samping dapat menambah kelebihan pahala-pahala iktikaf. Minda seseorang itu lebih tenang daripada gangguan serta menghalang pergaduhan dan bualan keduniaan. Waktu yang sesuai juga haruslah dipilih waktu di mana Allah nampak bagi hamba-hamba-Nya dan turun rahmat contohnya pada sepertiga malam. Kemudian, duduk menghadap kiblat, menundukkan kepala, tidak duduk secra bersilang kaki, tidak bersandar ataupun duduk seperti duduknya orang-orang yang sombong (takabbur). Sekiranya membaca Al-Quran dalam keadaan tidak berwuduk dan tidak menghadap kiblat, tetap mendapat pahala tetapi para ulama salaf lebih mengutamakan adab tersebut. Firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat 191:

Maksud: (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi.

Selain itu, tempat-tempat untuk membacakan al-Quran dilarang di dalam tandas dan bilik air. Menurut Al-Halimi, tidak baik al-Quran itu dibacakan di tepi-tepi jalan secara nyaring begitu juga dalam bilik air. Imam Nawawi pula membolehkan kita membaca al-Quran di jalan-jalan secara perlahan-lahan sahaja.

Al-Quran haruslah diletakkan di tempat yang tinggi dan jangan sesekali meletakkannya di lantai atau di tempat yang rendah kerana ia merupakan kitab suci dan mulia.

3.7Adab dengan Sahabat

Dalam meniti kehidupan di dunia, seseorang itu tidak akan dapat hidup seorang diri tanpa mempunyai sekurang-kurangnya seorang sahabat baik. Sahabat adalah seseorang yang rapat dan sentiasa bersama dengan kita sama ada susah atau senang. Mereka menjadi peneman dan akan sentiasa mendorong kita untuk melakukan kebaikan. Islam juga menyarankan seseorang itu untuk menjaga adab-adab dalam bersahabat.

Bagi menjaga sesuatu perhubungan persahabatan yang baik, kita hendakalah saling menjaga pergaulan satu sama lain. Pergaulan yang baik, contoh menggunakan perkataan yang baik dan positif, menggunakan nada yang rendah, dapat mengekalkan hubungan harmoni dalam sesuatu hubungan persahabatan. Ini kerana dalam menjaga hubungan persahabatan, hatinya adalah sesuatu yang amat penting untuk kita jaga. Baik hatinya, baik juga perangai dan tingkah lakunya. Perlu diingat sahabat ialah teman kita yang akan bersama membantu kita susah dan senang, jadi jagailah mereka dengan baik dan penuh adab sopan.

Sahabat juga perlu kita hormati sepertimana kita menghormati muallim atau guru kita. Sahabat seperjuangan kita, yang belajar bersama-sama, dan seguru merupakan orang yang penting. Jika terdapat sebarang masalah atau sesuatu yang tidak kita fahami dalam pelajaran, maka mereka dapat kita jadikan tempat merujuk, selain daripada guru kita. Oleh itu mereka layak untuk dihormati sama seperti guru kita. Sahabat sejati tidak akan membiarkan kita terkontang kanting keseorangan apabila kita memerlukan bantuan, justeru membantu kita semampu mungkin.

Dalam memastikan hubungan yang baik antara sahabat, kita perlu menjauhkan perasaan benci-membenci antara sahabat. Perasaan yang wujud atas dasar cemburu atau iri hati ini perlulah kita elakkan sama sekali. Perasaan-perasaan perlu dielak kerana tidak ada apa yang perlu kita cemburu atau iri hati atas sesuatu kebolehan atau kejayaan sahabat, justeru turut bersama gembira akan sesuatu yang diperolehi mereka.

Dalam sebuah hadis ada menyebut tentang kerjasama dan bertimbang rasa dengan jiran dan sahabat handai. Sabda Nabi SAW yang maksudnya:Hak jiran jika ia sakit hendaklah diziarahi, jika ia meninggal dunia, hendaklah dihebahkan kematiannya, jika ia minta pinjam hendaklah diberi pinjam, jika ia berada dalam kesusahan hendaklah menolongnya. Jika ia mendapat kebaikan hendaklah mengucapkan tahniah, jika ia ditimpa kesedihan hendaklah mengucapkan takziah, janganlah engkau meninggikan binaan rumah engkau melebihi binaan rumahnya kerana itu akan menghalang angin ke rumahnya. Janganlah engkau mengganggu dengan bau masakanmu kecuali engkau berikan sedikit kepadanya. (Riwayat al-Munziri). Berdasarkan hadis ini, ternyata bahawa perlunya seseorang itu menjaga adab dan akhlak sesama sahabat.

4.FAKTOR MEMUDAH DAN MENGEKALKAN HAFAZAN AL-QURAN

Al-Quran adalah kalamullah dan merupakan kitab terakhir yang diturunkan sebagai pembimbing manusia ke jalan yang benar. Disebabkan ia adalah yang terakhir maka ia lebih lengkap berbanding kitab-kitab yang telah diturunkan sebelumnya. Al-Quran juga merupakan kitab yang mu`jiz. Lughah atau bahasanya tinggi, sasteranya indah, maknanya mendalam, pengajarannya luas dan isi kandungannya meliputi segenap aspek kehidupan manusia. Malah, lebih hebat lagi, ia boleh dihafaz oleh manusia dan jin yang mempunyai niat yang ikhlas untuk berbuat demikian. Tentu ada sesuatu hikmah disebaliknya, justeru kita dianjurkan supaya menghafaz al-Quran. Menghafaz al-Quran bukanlah satu perkara baru yang asing. Ini kerana, sejak ia diturunkan, ia telah pun dihafaz. Nabi Muhammad s.a.w. merupakan orang pertama menghafaz Al-Quran. Dengan demikian baginda s.a.w. digelarkan Saiyidul-Hufaaz (Penghulu bagi penghafaz Al-Quran). Semua sahabat juga merupakan para huffaz. Ada di antara mereka yang menghafaz seluruh Al-Quran, dan ada di antaranya yang menghafaz sebahagiannya sahaja. Bagi setiap orang Islam dikehendaki menghafaz Al-Quran sekurang-kurangnya mencukupi untuk dibaca di dalam solat.Untuk menghafaz dan mengekalkan hafazan al-Quran bukan sesuatu yang mudah. Oleh yang demikian, ia hendaklah dihafaz dengan tekniknya yang tersendiri serta mengambil cakna terhadap faktor yang boleh membantu dan memudahkan kita untuk mengekalkan hafazan al-Quran. Antaranya ialah :

4.1Faktor umurUmur Zahabiah atau waktu emas merupakan umur terbaik untuk menghafaz. Menurut pakar-pakar al-Quran, umur Zahabiah ialah ketika seseorang itu berumur belasan tahun. Ini kerana, waktu ini ingatan seseorang itu masih kuat jika hendak dibandingkan dengan umur yang lebih tua.

4.2Menggunakan langkah yang betul ketika hendak menghafaz.Berikut merupakan lima cadangan peringkat yang boleh kita amalkan untuk memudah dan mengekalkan hafazan al-Quran :

4.3Niat yang ikhlasSebelum memulakan hafazan, kita perlulah mengqasadkan niat dalam hati bahawa, kita menghafaz adalah kerana Allah dan bukanlah untuk menunjuk-nunjuk. Ini kerana, Rasulullah ada bersabda :Maksudnya:Sesungguhnya, setiap amalan itu bermula dengan niat.Dan bagi setiap orang itu apa yang dia niatkan. Maka barangsiapa yang hijrahnya kerana Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya adalah kerana Allah dan rasul-Nya. Dan barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia atau perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya adalah kerana apa yang dikehendaki. (HR Bukhari dan Muslim)Kita juga perlu jelas sebab apa kita menghafaz al-Quran. Jadi dengan niat kerana Allah,hafazan akan menjadi lebih mudah dan kekal dalam ingatan serta insyaAllah ia akan menjadi penolong kepada kita di akhirat kelak.Dalam sebuah hadith, Rasulullah telah bersabda : : , , , , , , : : .Maksudnya : Belajarlah al-Quran, sesungguhnya akan datang al-Quran pada hari Qiamat dalam rupa seorang pemuda yang cantik lalu berkata : Akulah al-Quran yang menyebabkan kamu berjaga malam, merasa dahaga, kering air liur, lalu ia diberi sebuah mahkota dan diletakkan di atas kepalanya dan diberi keamanan di kanannya dan kekal syurga di kirinya dan diberi pakai pakaian yang bagus kemudian dikatakan padanya: Bacalah dan naiklah. Maka setiap kali dia membaca satu ayat akan bertambah tinggi martabatnya dan ibu bapanya juga akan diberi pakaian yang bagus (jika mereka adalah orang yang beriman), kemudian dikatakan kepada mereka : Kamu mendapatkan ganjaran ini disebabkan kamu mengajarnya al-Quran.

4.4Memelihara dab-adab sebelum menghafaz Al-Quran. Al-Quran merupakan kitab yang suci. Oleh yang demikian, kita perlu muliakannya sesuai dengan kesucian dan ketinggiannya. Jika kita tidak menjaga adab dan kemuliaannya, ia boleh mengganggu hafazan kita dan menyukarkan untuk kita mengekalkan ingatan pada ayat-ayat yang telah dihafaz.. Antara adab-adab yang harus dipelihara sebelum menghafaz al-Quran ialah: Bersuci dan berwuduk Memakai pakaian yang bersih Berada di tempat yang bersih dan sunyi Mengadap kiblat Ikhlaskan niat. Menghafaz kerana hendak menghafaz, sebab Allah dan rasulNya menyukai orang yang menghafaz Al-Quran, bukan kerana sebab-sebab lain yang bersifat keduniaan

4.5Penjagaan makanan (yang halal dan berkhasiat)Untuk memudahkan kita dalam menghafaz dan mengekalkan ingatan tersebut, kita hendaklah sentiasa memastikan makanan yang dimakan adalah halal dan diperolehi daripada sumber yang halal. Elakkanlah memakan atau minum makanan yang mengandungi semut serta kurangkan pengambilan makanan ringan dan benda-benda yang masam seprti jeruk buah dan asam. Perbanyakkan memakan kismis dan juga madu lebah untuk menajamkan ingatan kita.Sesetengahulama menyebut,terdapat beberapa jenis makanan yang dapat menambahkan ingatanseperti madu lebah dan kismis. Imam Az-Zuhri menyebut Kamu patutmengambil madu sebab ia baik untuk memori. Barangsiapa inginmenghafal hadith, ia patut memakan kismis. Ada juga yang menyebut,mengambil banyak makanan yang berasid adalah penyebab kepada kemalasandan lemah ingatan. Selain itu, kita juga digalakkan agar tidak mengambil makanan terlalu banyak dan berlebihan.Kerana makanterlalu banyak akan membuatkan seseorang mengantuk dan malas selainmenambahkan penyakit. Kebanyakan daripada penyakit datang daripadamakanan dan minuman.4.6Menjauhi dosa dan maksiat (maksiat mata, telinga dan hati) Allah SWT menganugerahkan pancaindera kepada kita untuk dimanfaatkan sebaiknya sebagaimana berikut : Mata : untuk kita melihat dan membaca dengan lancar ayat tersebut sebelum kita menghafalnya. Telinga : menggunakan alat bantuan pendengaran seperti radio, mp3, cakera padat atau kaset untuk melazimkan kita mendengar ayat-ayat Al-Quran. Tangan : menulis ayat-ayat al-Quran supaya kita akan lebih mengingatinya. Oleh yang demikian,gunakan sepenuhnya nikmat pancaindera yang telah Allah kurnikan kepada untuk kita menghafal ayat-ayatNYA dan menjauhi segala maksiat dan perbuatan dosa. Ini kerana, dosaakan membawa kesan yang buruk kepada ingatan atau memori dan kemampuan untukmengingati ilmu termasuk hafazan al-Quran. Kehitaman dosa tidak dapat wujud sekaligus seiring dengankecerahan ilmu. Imam al-Syafie pernah bersyair:Aku mengadukan kepada Waki (guru beliau) tentang buruknya hafalan,Maka beliau membimbingku untuk meninggalkan perbuatan maksiat,Dan berkata, Ketahuilah bahwa ilmu adalah cahaya,Dan cahaya Allah tidak diberikan kepada pelaku maksiatAl-Khateebmenulis dalam Al-Jamie, Yahya Ibn Yahya berkata: Seorang lelakibertanya kepada Malik bin Anas; Wahai Abu Abdullah, apakah yang dapatmemperbaiki ingatan saya?. Malik berkata: Sekiranya ada yang dapatmemperbaikinya, maka ia adalah menjauhkan diri daripada dosa.Apabilaseseorang individu melakukan dosa, ia akan menyebabkan pelakunya berada dalamkeadaan bimbang dan bersalah. Jadi, ini akan membuatkan dirinya sentiasa sibukmemikirkan perbuatan tersebut sehingga mengganggu dirinya untuk berfikir berkenaan banyakperkara-perkara berfaedah, termasuk menghafaz dan mencari ilmu pengetahuan.4.7 Sentiasa menggandakan usaha dan keazaman untuk menghafaz

Faktor lain yang membantu kita untuk mudah dan ingat apa yang telah kita hafaz ialah, kita sentiasa berusaha dan mempunyai keazaman untuk menghafaz ayat-ayat al-Quran. Yakinlah bahawa, Allah akan bantu kita jika kita kerana Allah tidak pernah memungkiri janji. Firman Allah Taala : Maksudnya :17. Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?Dalam ayat di atas terdapat jaminan untuk dapat menghafal al-Quran bagi yang berusaha menghafalkannya. Imam Qurtubi dalam menjelaskan ayat tersebut menyatakan sebagai berikut, Ertinya : Aku (Allah) memudahkan menghafalnya dan membantu bagi yang berusaha menghafalnya. Adakah orang yang berusaha menghafalkannya, sehingga dimudahkan dalam menghafalnya? (lihat tafsir al-Qurtubi: surah al-Qamar).

4.8Tidak menghafaz dalam keadaan tidak letih atau mengantukJika kita ingin memudahkan hafazan kita,elakkanlah menghafaz dalam keadaan letih atau mengantuk. Ini kerana, apabila kita letih, ingatan kita menjadi tidak focus kerana badan letih dan tidak cerdas. Kita perlulah menghafaz dalam keadaan jiwa yang tenang, fikiran yang lapang dan tidak stress serta tumpuan yang mendalam agar apa yang kita hafaz itu kekal berada dalam ingatan kita.

4.9Banyakkan ulang baca dalam solat.

Setelah kita menghafaz sesuatu ayat ataupun juzu, perbanyakkanlah pengulangan hafazan tersebut agar kita tidak lupa. Salah satu cara pengulangan ayat hafazan ialah membacanya ketika kita solat. Jika kita sentiasa mengamalkan hafazan kita dalam solat, ia akan membantu secara tidak langsung untuk mengulangi bacaan secara sistematik dan berkala.4.10Solat hajat dan solat Taqwiyatul Hifzi.Sebagai seorang hamba, sememangnya manusia ini bersifat lemah dan sentiasa mendambakan pertolongan daripada Allah SWT. Perbanyakkan solat hajat untuk memohon kepada Allah agar dipermudahkan dan dikekalkan hafazan kita. Kita juga dianjurkan untuk melaksanakan solat Taqwiyatul Hifzi untuk mengekalkan ingatan terhadap hafazan al-Quran.

Solat Taqwiyatul Hifzi ( ) atau Solat menguatkan hafalan diambil dari sebuah hadith yang panjang, dan diantara isi kandungannya ialah dikatakan Rasulullah saw mengajar Ali bin Abi Thalib ra bagaimana untuk melakukan satu solat sunat yang menguatkan hafalan al-Qurannya didada.Selain itu, perbanyakkanlah mengingati Allah dengan berzikir agar sentiasa memelihara hafazan kita. Semoga dengan mengingati Allah itu jika menjadi tenang dan mengingatkan kita kembali dengan apa yang kita lupa sebagaimana firmanNya : Maksudnya :24. Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya Allah". dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika Engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini". (Surah Al-Kahf 18: 24)

4.11Sentiasa beristighfar dan berselawat

Kita dianjurkan agar sentiasa beristighfar dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Moga dengan amalan ini, ia akan membantu untuk menyucikan diri daripada dosa-dosa kecil serta mempermudahkan kita dalam menghafaz dan kekalkan hafazan tersebut. Imam Syafie ada menyebut : Barangsiapa ingin agar Allah membukakan hatinya atau meneranginya, maka dia harus meninggalkan pembicaraan yang tidak bermanfaat, meninggalkan dosa-dosa, menghindari perbuatan-perbuatan maksiat dan menyembunyikan amalan yang dikerjakan antara dia dan Allah. Jika dia mengerjakan hal tersebut, maka Allah akan membukakan ilmu baginya yang akan menyibukkan dia dari yang lainnya. Sesungguhnya dalam kematian terdapat perkara yang menyibukkan.

4.12Membaca doa sebelum dan selepas menghafazBerikut merupakan doa yang boleh kita amalkan untuk memudahkan kita menghafaz dan mengekalkan hafazan tersebut.

Doa sebelum menghafaz.

Doa selepas menghafaz al-Quran.Kesimpulan Berdasarkan apa yang telah diperbincangkan di atas, diharapkan agar kita sentiasa cakna tentang factor-faktor yang dapat membantu kita untuk mudah hafaz dan mengekalkan ingatan terhadap ayat-ayat al-Quran yang telah dihafaz. Ingatlah bahawa, jika kita dapat menghafaz, memahami dan mendalaminya, kita dapat mengajarkannya kepada orang lain. Dengan menghafaz, kita dapat memelihara Al-Quran daripada hilang, dan dengan mengajarnya kita dapat menyelamatkan orang Islam daripada kehilangan punca agama dan aqidah. Dalam sebuah hadith riwayat Uthman bin 'Affan bahawa Nabi s.a.w. bersabda : Maksudnya : Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.Dalam sebuah hadith lain yang diriwayatkan oleh ad-Darimi, daripada Ibnu Mas'ud r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Bacalah Al-Quran, kerana sesungguhnya Allah Ta`ala tidak menyiksa hati yang menyimpan Al-Quran (hafaz Quran). Dan sesungguhnya Al-Quran itu hidangan Allah, maka sesiapa yang masuk padanya, maka dia mendapat keamanan, dan sesiapa yang kasihkan Al-Quran, maka hendaklah ia bergembira (dengan berita baik daripada Allah Ta'ala".(Riwayat ad-Darimi) Sebaliknya rugilah orang yang tidak ada Al-Quran di dalam hatinya walaupun satu ayat. Rasulullah s.a.w. menganggapkan orang yang tidak membaca Al-Quran dan tidak menghafaznya, seterusnya tidak pula beramal dengan ajarannya ialah orang yang sangat rugi seperti rumah buruh yang hampir runtuh. Sabda baginda s.a.w. bermaksud:Maksudnya : "Sesungguhnya orang yang tidak ada sesuatu daripada Al-Quran di dalam dirinya adalah seperti rumah usang, buruk dan hampir runtuh" (Hadith riwayat Tirmizi) Berdasarkan kepada ayat-ayat Al-Quran dan hadithseperti yang dibentangkan di atas, kita hendaklah sentiasa bermuhasabah dan kembali kepada Al-Quran. iaitu dengan mempelajarinya, memahami, menghafaz dan mengamal serta menghayati ajarannya, insyaAllah.Wallahualam.

57