08_a_isi_pelajaran_interaksi_1_3 Encik Yahya.docx

11
SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS TAJUK 3 BUMI: Lautan , Pinggir laut, dan Hakisan 3.1 Sinopsis Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui lautan,pinggir laut dan hakisan 3.2 Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat: i. Menerangkan kitaran air berkaitan sumber air ii. Menerangkan proses, kesan dan cara mengatasi hakisan terutamanya pinggir pantai 3.3 Kerangka Tajuk 3.3 GEOMORFOLOGI PINGGIR PANTAI 3.3.1 Lautan 26 Bumi Geomorfolo gi Pinggir Pantai Lautan Pinggir Laut Hakisan

Transcript of 08_a_isi_pelajaran_interaksi_1_3 Encik Yahya.docx

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

TAJUK 3BUMI: Lautan , Pinggir laut, dan Hakisan

3.1Sinopsis

Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui lautan,pinggir laut dan hakisan

3.2 Hasil PembelajaranPada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

i. Menerangkan kitaran air berkaitan sumber airii. Menerangkan proses, kesan dan cara mengatasi hakisan terutamanya pinggir pantai

3.3 Kerangka Tajuk

3.3 Geomorfologi pinggir Pantai

3.3.1 LautanLautan adalah laut yang luas dan merupakan himpunan air masin yang sambung menyambung meliputi permukaan bumi yang dibatasi oleh benua ataupun kepulauan yang besar.

Ada lima lautan di bumi iaitu: Lautan Artik Lautan Atlantik Lautan Hindi Lautan Pasifik Lautan SelatanUntuk Lautan Selatan, pada beberapa negara dan kebudayaan di dunia, tidak dikenal sebagai suatu lautan tersendiri, melainkan terbahagi atas Lautan Atlantik, Lautan Hindi dan Lautan Pasifik dengan batas selatannya pantai benua Antartika. Sementara pembahagian batas lautan oleh Pertubuhan Hidrografi Antarabangsa, Lautan Selatan adalah bermula dari pantai benua Antartika sampai batas 60 darjah Lintang Selatan.Lautan meliputi 71% permukaan bumi, dengan luas sekitar 361 juta kilometer persegi, isi lautan sekitar 1370 juta kilometer padu, dengan kedalaman rata-rata 3790 meter. (Perhitungan tersebut tidak termasuk laut yang tak berhubungan dengan lautan, seperti Laut Kaspia).Bahagian yang lebih kecil dari lautan adalah laut, selat, teluk.

3.3.2 Pinggir Pantai

Pinggir pantai boleh dibahagi kepada dua jenis yang utama iaitu : l. Pinggir pantai tenggelam - Ini terbentuk akibat penenggelaman kawasan daratan atau naiknya aras laut. Di antara pantai jenis ini termasuklah pinggir pantai ria, pantai fiord, pantai muara dan pantai dalmatia atau pinggir laut membujur. 2. Pinggir pantai timbul - Ini terbentuk akibat penimbulan bumi atau penurunan aras laut. Pinggir pantai jenis ini tidak banyak terdapat dan digambarkan oleh pinggir laut pamah timbul dan pinggir laut tanah tinggi timbul.

Pinggir Pantai Tenggelam 1. Pinggir pantai ria - Ais banyak yang tersimpan pada zaman ais dahulu. Sebahagian besar ais ini mencair apabila iklim berubah menjadi lebih panas. Sebagai akibatnya, air laut semakin bertambah banyak dan aras laut pun bertambah tinggi. Di setengah-setengah kawasan, aras laut ini dianggarkan naik hampir 90 meter tingginya. Di pinggir-pinggir laut tanah tinggi, gunung-ganangnya menganjur lalu membentuk sudut tepat dengan laut, iaitu melintang atau menganjur ke pinggir laut .Jadi aras laut yang naik akan menenggelamkan kawasan-kawasan lurah yang rendah lalu membentuk anak-anak teluk bercabang yang panjang serta sempit yang diceraikan oleh tanjung-tanjung tinggi. Bentuk ini berbeza dari bentuk fiord tentang dua segi yang penting. Bentuk ini tidak mengalami hakisan glasier dan semakin dalam hala ke laut. Pinggir laut ria merupakan sifat yang biasa bagi pinggir laut jenis Atlantik seperti yang terdapat di barat laut Perancis, barat laut Sepanyol, barat daya Ireland, Devon dan Cornwall. Pantai Ria biasanya membelakangkan kawasan-kawasan pergunungan dan oleh kerana itu tidaklah banyak pelabuhan-pelabuhan perdagangan yang terdapat di sini walaupun kawasan perairannya dalam dan boleh melindungi kapal-kapal yang berlabuh. Sungguhpun begitu kawasan-kawasan ini telah digunakan dengan luasnya untuk pelabuhan perikanan dan pangkalan angkatan laut seperti di Plymouth dan Brest. 2. Pinggir pantai fiord - Pantai Fiord merupakan lekukan hakisan glasier berbentuk U yang telah tenggelam. Fiord menandakan jalan yang diikuti oleh glasier yang turun dari kawasan tanah tinggi. Tebing-tebingnya curam dan biasanya naik terus dari laut. Fiord mempunyai cawangan-cawangan yang bercantum dengan anak-anak teluk utamanya mengikut sudut tepat. Hakisan ais yang terlalu kuat menyebabkan fiord ini dalam di sebelah pedalaman. Bahagian arah ke lautnya cetek kerana di sini terdapat sebuah permatang batuan yang dinamakan tubir. Di luar kawasan fiord banyak terdapat pulau atau pulau kecil. Pulau-pulau kecil ini adakalanya 60 meter sahaja dalamnya dan menyebabkan pelayaran di pinggir laut sukar jika terdapat pula tubir cetek. Hampir semua pinggir laut fiord terletak di kawasan garis lintang yang lebih tinggi di kawasan-kawasan hawa sederhana yang pernah mengalami tindakan glasier. Contohnya terdapat di Norway, Alaska, British Columbia, Chile Selatan dan Pulau Selatan New Zealand. Setengah-setengah fiord yang besar sangatlah panjang dan dalam pula. Umpamanya, Fiord Sogne di Norway panjangnya 177 km, 6 km lebar dan dalamnya hampir 1220 meter di bahagian tengahnya. Walaupun kawasan perairannya dalam dan terlindung tetapi pelabuhan-pelabuhan besar tidaklah banyak di sini. Latar belakangnya yang bergunung-ganang dan dengan jalan ke pedalamannya yang sukar menyebabkan kawasan ini tidak menarik hati untuk pembangunan dan petempatan. Usaha-usaha pertanian hanya terhad kepada kawasan-kawasan kipas delta yang telah terbina di kawasan-kawasan sungai yang turun mengalir ke fiord. Beberapa bandar yang ada di sini menjadi pusat perikanan ataupun pusat pemasaran. Misalnya Trondheim hanya penting di kawasan itu sahaja.

3. Pinggir pantai Dalmatia - Pinggir pantai ini mempunyai sistem pergunungan yang selari dengan pantai. Nama ini berpunca dari pinggir pantai Dalmatia di Yugoslavia yang terletak di sepanjang Laut Adriatic. Di sini pinggir laut yang tenggelam menghasilkan anak teluk yang panjang serta sempit, dengan rangkaian-rangkaian pulau yang selari dengan pinggir laut. Pulau-pulau yang memanjang ini sebenarnya merupakan kemuncak banjaran-banjaran gunung lama, dan selat-selat sempit itu pula merupakan lurah-lurahnya yang memanjang. Jenis pinggir pantai Dalmatia ini juga merupakan sifat yang biasa terdapat di pinggir laut Pasifik di mana banjaran-banjaran gunungnya selari dengan pantai. Contohnya ialah pinggir laut barat Amerika Utara dan Selatan tetapi pinggir laut di sini lebih lurus keadaannya. Seperti dengan pinggir-pinggir pantai fiord dan ria keadaannya yang bergunung-ganang menyebabkan perhubungan dengan kawasan pedalaman sukar dilakukan. Kawasan ini mempunyai pelabuhan-pelabuhan yang dalam dan terlindung. Sungguhpun demikian pelabuhan-pelabuhan yang baik tidak terdapat di sini. Walaupun begitu terdapat juga beberapa buah pelabuhan penting di pinggir-pinggir laut Pasif ik.

4. Pinggir pantai muara. - Di kawasan tanah pamah tenggelam, kuala-kuala sungai telah tenggelam. Dengan itu terbentuklah muara-muara yang berbentuk corong. Muara-muara ini boleh menjadi tapak bina pelabuhan yang baik jikalau jalan masuknya tidak terhalang oleh beting pasir. Umpamanya muara-muara Sungai Thames, Eibe dan Plate telah menjadi tapak bina pelabuhan-pelabuhan yang besar seperti London, Hamburg dan Buenos Aires. Pelabuhan ini menjadi lebih baik kalau ada pengaruh pasang surut. Bahkan kalaupun ada terdapat pemendapan kelodak di sini jentera-jentera pengorek moden dapat membuka pelabuhan-pelabuhan ini sepanjang masa. Pinggir Pantai Timbul 1. Pinggir pantai tanah pamah terangkat - Rusuk benua yang terangkat menjadi sebuah kawasan tanah pamah pinggir laut yang bercerun landai. Air di luar pinggir lautnya cetek dan mengandungi lagun, paya masin dan kukup. Pantai dan bukit pasir laut akan terjadi jikalau timbunan yang timbul dari pelantar benua itu terdiri daripada pasir dan batu kelikir. Pelabuhan-pelabuhan yang dahulunya terletak di pinggir laut sekarang ini telah menjadi bandar di pedalaman. Antara contoh tanah pamah pinggir pantai timbul termasuklah kawasan tenggara Amerika Syarikat, Finland Barat, Sweden Timur dan sebahagian daripada pinggir laut Argentina yang terletak di sebelah selatan Rio de La Plata. 2. Pinggir pantai tanah tinggi timbul.- Gelinciran dan gerakan bumi mungkin menaikan dataran tinggi pinggir pantai dan menghasilkan bentuk-bentuk penimbulan. Pinggir laut terangkat merupakan bentuk yang terkemuka kerana kawasan ini tidak dapat lagi dipengaruhi oleh tindakan ombak, tetapi tetap mempunyai sifat-sifat lamanya seperti gerbang laut, batu tunggul dan bentuk-bentuk pinggir pantai yang lain. Pinggir Iaut tanah tinggi terangkat ini boleh dikatakan lurus dan mempunyai tebing tinggi yang curam dan kawasan perairan luar pantai yang dalam. Keadaan ini wujud kerana ombak-ombak masih belum dapat menghakis kawasan-kawasannya yang lemah ataupun membina pelantar hakisan ombak di situ. Kawasan ini tidak berguna untuk dijadikan pelabuhan yang baik. Contoh-contoh pinggir laut tanah tinggi timbul terdapat di Scotland, pinggir laut barat Deccan di India dan pinggir laut barat Arab yang menghadap Laut Merah.

TANJUNG CIRI-CIRI Terbentuk di kawasan pinggir pantai yang mempunyai susunan batuan keras dan lembut yang berselang-seli Terbentuk di bahagian batuan keras yang tahan hakisan ombak

TELUK CIRI-CIRI Terbentuk di kawasan pinggir pantai yang mempunyai susunan batuan keras dan lembut yang berselang seli Terbentuk di bahagian batuan lembut yang dihakis oleh ombak

GERBANG LAUT CIRI-CIRI Teril daripada hakisan gua laut Hakisan ombak yang berterusan dan menembusi dinding dua buah gua laut yang bertentangan akan membentuk gerbang laut

BATU TUNGGUL CIRI-CIRI Teril akibat tindakan penggondolan terhadap gerbang laut Apabila bumbung gerbang laut runtuh, batu tunggul terbentuk

TUNGGUL SISA CIRI-CIRI Batu tunggul yang terhakis akan membentuk tunggul sisa secara lambat laun Tunggul sisa hanya boleh kelihatan ketika air laut surut

ANAK TANJUNG CIRI-CIRI Merupakan permatang berupa tanduk yang dibentuk oleh pemendapan pasir dihujung teluk atau muara sungai Anak tanjung menganjur ke laut manakala bahagian hujungnya bersambung dengan pinggir pantai Juga dikenali sebagai tetanjung

LAGUN CIRI-CIRI Merupakan kesan pembentukan anak tanjung yang paling ketara Lagun ialah kawasan perairan yang terlindung oleh tetanjung (anak tanjung)

BETING PASIR CIRI-CIRI Merupakan penimbunan pasir yang merentangi sesebuah teluk Terbentuk samada selari dengan garisan pantai atau bersudut tepat dengannya

TEBING TINGGI CIRI-CIRI Terbentuk apabila ombak menghakis kaki cerun tebing pantai semasa air pasang Apabila batuan atau lekukan yang terbentuk runtuh, maka tebing tinggi terbentuk

PENTAS HAKISAN OMBAK CIRI-CIRI Merupakan bentuk muka bumi yang terbentuk berlanjutan daripada pembentukan tebing tinggi Hakisan ombak yang berterusan menyebabkan tebing tinggi mengundur dan membentuk pentas hakisan ombak di kaki tebing tinggi tersebut

GUA CIRI-CIRI Merupakan kesan hakisan ombak di tanjung tinggi Hakisan tersebut akan menghakis batuan di tebing pantai dan membentuk gua laut

3.3.3 Hakisan Ombak merupakan kuasa hakisan laut yang kuat sekali dan terjadi disebabkan oleh tiupan angin di permukaan air yang membentuk satu siri alunan gelombang yang bergerak ke hadapan. Ha.l ini menyebabkan gelombang-gelombang ini menjadi lebih tinggi dan lebih deras. Ombak biasa di lautan lepas mungkin berukuran setinggi 6 m (20 kaki) sahaja (ukuran tegak di antara puncak dan lekung ombak) dan panjangnya 120 m (400 kaki), jarak gelombang atau jarak melintang di antara dua puncak ombak. Ukuran-ukuran ini akan bertambah bila ribut berlaku. Ini bergantung pula kepada kelajuan dan lamanya angin itu bertiup. Setibanya di perairan cetek dekat pinggir laut kelajuannya berkurangan dan ombak akan melengkung atau membias merentang jajaran pantai. Di perairan cetek, bila dalamnya kurang daripada ketinggian ombak, akan mengurangkan kemaraan ombak. Puncaknya akan bergulung dan memecah di pantai seperti kumpulan buih sebagai ombak pecah. Air yang menyerbu ke pantai dan menghempaskan puin-puin batu-batan ke daratan dinamakan damparan atau gedebur. Air itu akan turun semula ke laut sebagai ombak undur atau basuhan balik.. Satu lagi unsur hanyutan ke pinggir pantai ialah arus seret yang mengalir di bahagian dasar dari pinggir pantai ke laut. Arus ini mempunyai kuasa tarikan yang boleh membahayakan orang-orang yang mandi-manda di tepi laut. Ombak melakukan aktiviti hakisan di pinggir laut melalui beberapa cara iaitu :1. Lelasan. Ombak yang mengandungi puin-puin batu-batan yang berbagai saiz dan bentuk akan menghempas dasar-dasar cenuram dan menghakisnya secara lelasan. Arus dan pasang surut akan menyempurnakan kegiatan ini dengan memindahkan bahan-bahan terhakis itu ke laut. 2. Hakisan laga. Ombak yang sentiasa melanda pinggir laut itu membawa bahan-bahan yang terdapat di pantai yang berbagai bentuk dan saiz seperti batu tongkol, batu kelikir, batu lada dan pasir halus. Bahan-bahan itu berlaga sesama sendiri lalu pecah menjadi serpihan-serpihan yang lebih kecil dan halus. Bahan-bahan yang dilagakan oleh ombak ke tebing cenuram dan sesama sendiri itu merupakan satu-satunya faktor utama yang telah menghasilkan pasir halus yang telah membentuk pantai-pantai yang biasanya merupakan tempat peranginan pantai yang baik. 3. Tindakan hidraul. Bila ombak memukul pantai, ombak ini mungkin memasuki celah-celah retakan dan rekahan batuan pada dinding-dinding cenuram. Udara yang terperangkap di dalamnya akan serta-merta menjadi mampat. Apabila ombak rnengundur semula, udara yang mampat ini mengembang dengan serta-merta dan terjadi suatu letupan. Proses ini berlaku secara berterusan menjadikan retakan-retakan semakin besar dan serpihan-serpihan batu-batan akan menjadi pecah. 4. Tindakan larutan.

Di pantai-pantai batu kapur, tindakan air laut terhadap kalsium karbonat menyebabkan satu perubahan kimia berlaku pada batu kapur tersebut. Akhirnya batu-batan ini akan luluh. Pembebasan karbon dioksida oleh rumpair menambahkan keasidan air laut dan membantu proses larutan. Proses ini hanya berlaku di kawasan-kawasan pantai batu kapur sahaja. 5. Pelanggaran Pelanggaran air di kaki cenuram menghasilkan suatu daya yang kuat yang boleh menghancurkan muka cenuram tersebut. Hakisan ombak ini boleh menghasilkan bentuk muka bumi seperti teluk dan tanjung, gua, batu tunggul dan tunggul sisa. Kadar hakisan laut bergantung kepada sifat batu-batuan, banyaknya bahagian-bahagian batuan yang terdedah kepada laut, kesan-kesan tindakan pasang surut dan arus serta struktur geologi. Pengaruh-pengaruh lain juga perlu dipertimbangkan. Umpamanya, pengaruh kegiatan gunung berapi, pengglasieran, pergerakan bumi dan pemendapan bahan-bahan organan di pantai.

http://www.sabah.edu.my/mrc030.wcdd/ombak.html Layari Internet

Tutorial

1 . Terangkan proses, kesan dan langkah-langkah untuk mengatasi hakisan pada pinggir pantai.

Selesai bahagian ini. Rehatlah dulu.

Lutgens, F. K. & Tarbuck, E.J. (2005). Foundations of earth science. 4th Edition, New Jersey: Pearson Prentice Hall.Rujukan

34