08_a_isi_pelajaran_interaksi_2_4 Encik Yahya.docx

download 08_a_isi_pelajaran_interaksi_2_4 Encik Yahya.docx

of 6

Transcript of 08_a_isi_pelajaran_interaksi_2_4 Encik Yahya.docx

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

TAJUK 4BUMI: Kitaran Air, Sungai, Tasik dan Air bawah tanah

1.1Sinopsis

Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui fenomena kitaran air, sungai, tasik dan air bawah tanah.

1.2 Hasil PembelajaranPada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

i. Menerangkan kitaran air berkaitan sumber air ii. Membuat inference hasil ujikaji iii. Membuat kajian keberkesanan aktiviti bagi memenuhi hasil pembelajaran PPIK. iv. Menulis rasional memilih aktiviti PPIKv. Membina strategi pentaksiran PPIK.

1.3 Kerangka Tajuk

Gambar Kitaran Hidrologi

4.3.1 Proses Kitaran Air (Hidrologi)

i. Proses mendatar

a. Larian air permukaan

Baki air hujan yang mengalir di atas permukaan tanah setelah ditolak dengan air yang mengalami sejatan, pintasan, susupan, dan juga yang digunakan oleh tumbuhan dan setelah semua liang pori tanah tepu dengan air dan hujan tidak lagi boleh meresap sebaliknya menuju ke sungai, tasik,kolam dan laut.

b. Aliran air bawah tanah

Air bawah tanah mengalir perlahan melalui liang dalam batuan di bawah permukaan. Air mengalir kerana terdapat perbezan tekanan dan kecerunan. Air dari Zon tepi mengalir menuruni cerun aras mata air hingga sampai ke sungai, tasik atau paya.

c. Alir Lintang atmosfera

Air tersejat ke dalam atmosfera dari lautan, membentuk wap-wap air yang akan berkumpul menjadi awan. Wap-wap air (awan) ini pula akan dialirkan secara melintang oleh angin ke bahagian daratan atau sebaliknya dari daratan ke lautan. Bila sampai ke tahap tepu akan turun sebagai kerpasan.

ii. Proses menegak

a.Sejatan

Proses penukaran bentuk air daripada cecair kepada wap air.Berlaku apabila tekanan wap pada permukaan air lebih tinggi daripada tekanan udara di atmosfera yang belum sampai ke peringkat tepu. Memerlukan bekalan tekanan haba dari matahari yang mencukupi untuk memanaskan permukaan air sama ada daripada lautan, sungai, tasik, kolam dll. Faktor-faktor mempengaruhi proses sejatan : Sila rujuk unsur sejatan di tema sistem atmosfera.

b.Sejatpeluhan(perpeluhan/ transpirasi)

Pemindahan wap air ke atmosfera melalui proses transiprasi dari tumbuhan dan sejatan daripada tanah dan tumbuhan. Terjadi kerana tekanan wap pada sel-sel permukaan daun lebih tinggi berbanding dengan tekanan udara dalam atmosfera terutama pada waktu siang yang panas.

Faktor-faktor mempengaruhi proses sejatpeluhan

a) suhu permukaan tersejat

semakin tinggi suhu air permukaan tersejat semakin tinggi kadar sejatpeluhan kerana partikel air akan mempunyai tenaga untuk bertukar ke wap air di atmosfera.

b) pengaruh angin

jika terdapat pengaliran udara yang baik, kadar sejatpeluhan akan tinggi kerana udara yang bergerak akan membawa udara yang tepu keluar dengan ini memberi ruang untuk proses sejatpeluhan yang seterusnya.

c) kandungan air

- air bersih akan mudah tersejat berbanding air masin. Jika kandungan air tanih banyak mineral ia akan melemahkan proses sejatpeluhan.

d) litupan tumbuhan

semakin banyak litupan tumbuhan di sesuatu kawasan ia akan menggalakkan proses transpirasi dan seterusnya sejat peluhan.

e) kandungan lembapan tanih

semakin tanah lembap semakin tinggi kadar sejatpeluhan kerana ketersediaan air untuk disejat.

4.3.2 EDARAN AIR TANIH

Semua bentuk pergerakan air yang menggunakan tanih sebagai medium(bahan antaranya) seperti aliran sub permukaan , susupan/infiltrasi(menegak), dan pergerakan air secara mendatar(rembesan) dalam sistem akuifer.

KOMPONEN EDARAN AIR TANIH

i. Pergerakan Mendatara. Larian air permukaan

b. Aliran air bawah tanah

Aliran secara perlahan melalui liang dalam batuan di bawah permukaan. Air mengalir kerana terdapat perbezan tekanan dan kecerunan. Air dari Zon tepu mengalir menuruni cerun aras mata air hingga sampai ke sungai, tasik atau paya.

Gambar pergerakan air

ii. Pergerakan menegak:

a) Resapan/infiltrasi

iii. KeporosanKeporosan ialah ruang rongga antara tanih

Faktor-faktor memepengaruhi keporosan tanih

a) susunan partikel tanah susunan partikel secara longgar akan menyebabkan keporosan yang tinggib) komposisi partikel tanah jika batuan homogenius ( partikel yang sejenis) keporosannya lebih tinggi . Berbanding batuan heterogenius ( partikel berlainan jenis) kerana celahan saiz partikel yang besar boleh dipenuhi saiz partikel yangkecil maka ini mengurangkan ruang rongga dalam tanah.c) saiz partikel semakin besar partikel tanah semakin rendah keporosan sebab kurang rekahan antara partikel.d) Pemadatan tanah jika sesuatu tanah itu semakin padat keporosan semakin rendah kerana ruang rongga telah dimampat.e) Proses geomorfologi semakin sesuatu tanah terdedah kepada proses geomorfologi seperti gerakan jisim akan meningkatkan keporosan tanah.

iv. Ketelapan.Ketelapan ialah kebolehan air mengalir melalui ruang rongga tanah.

v. Akuifer(ground water)

Takungan air di lapisan batu tidak telap air setelah proses resapan berhenti.

vi. Simpanan air tanihSimpanan air di permukaan bawah tanah dalam zon pengudaraan sebelum air diresap ke lapisan akuifer dan digunakan oleh tumbuhan.

Latihan Terangkan bagaimana manusia boleh mengganggu proses sejatpeluhan. Terangkan proses kitaran air.

. http://books.google.com.myLayari Internet

Selesai bahagian ini. Rehatlah dulu.

Lutgens, F. K. & Tarbuck, E.J. (2005). Foundations of earth science. 4th Edition, New Jersey: Pearson Prentice Hall.Rujukan

35