08(d) Isi Pelajaran_Interaksi 4 (1)

31
PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 TAJUK 4 KEMAHIRAN KEFAHAMAN Sipnosis Tajuk ini membincangkan konsep kemahiran kefahaman dan tahap-tahap kefahaman dalam pengajaran Bahasa Melayu Pendidikan Pemulihan. Selain itu, bahagian ini juga akan membincangkan strategi pengajaran dan pembelajaran kemahiran kefahaman di samping integrasi terapi yang bersesuaian dalam kemahiran kefahaman pendidikan pemulihan. Hasil pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat: 1. Menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi dalam mengaitkan sebab-sebab dan akibat berkaitan dengan tahap kefahaman murid dalam bahan bacaan. 2. Menjelaskan strategi pengajaran dan pembelajaran kefahaman. 3. Menyusun strategi untuk melaksanakan sesuatu tugasan yang kritis, kreatif dan inovatif. Kerangka tajuk KEMAHIRAN KEFAHAMAN 1

Transcript of 08(d) Isi Pelajaran_Interaksi 4 (1)

PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

TAJUK 4

KEMAHIRAN KEFAHAMAN

SipnosisTajuk ini membincangkan konsep kemahiran kefahaman dan tahap-tahap kefahaman dalam pengajaran Bahasa Melayu Pendidikan Pemulihan. Selain itu, bahagian ini juga akan membincangkan strategi pengajaran dan pembelajaran kemahiran kefahaman di samping integrasi terapi yang bersesuaian dalam kemahiran kefahaman pendidikan pemulihan.

Hasil pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

1. Menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi dalam mengaitkan sebab-sebab dan akibat berkaitan dengan tahap kefahaman murid dalam bahan bacaan.2. Menjelaskan strategi pengajaran dan pembelajaran kefahaman.3. Menyusun strategi untuk melaksanakan sesuatu tugasan yang kritis, kreatif dan inovatif.Kerangka tajuk

KEMAHIRAN

KEFAHAMAN

Definisi

Tahap-Tahap Strategi

Integrasi

Kefahaman Pengajaran Dan Terapi

Pembelajaran

4.0 Kemahiran Kefahaman 4.1 Definisi

Kefahaman merupakan proses membina, mentafsir, dan menilai sesuatu perkara apa-apa sahaja yang dibaca. Lamberg dan Lamb (1980) menjelaskan kefahaman sebagai keupayaan seseorang dalam menterjemah idea daripada satu bentuk ke satu bentuk yang lain, menginterpretasi idea, kesan dan akibat.Apabila seseorang membaca, dia perlu memahami kandungan bahan yang dibaca sesuai mengikut tahap kematangan pemikirannya sama ada untuk mendapatkan maklumat, pengetahuan atau sekadar untuk hiburan. Kefahaman tentang kandungan bahan bacaan pula akan menjadi lebih bermakna sekiranya dapat dihubungkaitkan dengan pengalaman sedia adanya. Dengan cara ini seseorang itu mudah untuk membuat andaian, telahan, penaakulan dan kesimpulan. Dalam konteks ini, kefahaman dapat dimengertikan sebagai keupayaan seseorang membuat penghuraian atau meninterpretasi idea dan makna terhadap bahan bacaan yang dibaca.Kemahiran kefahaman melibatkan bahasa, pengalaman, dan proses kognitif. Proses kognitif merupakan asas terpenting dalam bacaan dan kefahaman. Jika seseorang kanak-kanak menterjemah lambang-lambang kepada bunyi-bunyi bahasa dengan intonasi yang betul tetapi masih agal untuk memahami idea, mengaitkan sesuatu fakta, dan membuat telahan atau kesimpulan maka kanak-kanak dikatakan mempunyai masalah dalam pemikiran khususnya kefahaman dalam bacaan.

Proses-proses kognitif yang terlibat dalam konteks kefahaman ialah:

i.keupayaan membuat perkaitan.

ii.mengetahui perkaitan atau perhubungan

iii.pemindahan pembelajaran

iv.membuat telahan

v.menilai dan menghayati

4.2Tahap-Tahap Kefahaman4.2.1 Memahami Maksud Perkataan Dan AyatTahap kefahaman merupakan sebahagian daripada tahap kefahaman literal dan menjadi sebahagian daripada proses kognitif selain daripada bacaan. Proses kognitif yang paling rendah dan asas ialah mengingat kembali dan kemahiran ini dapat dikuasai melalui latihan yang berterusan. Bagi murid-murid kelas pemulihan yang sebahagian besarnya mempunyai daya ingatan yang kurang baik, latihan ingatan pendenaran dan ingatan penglihatan mestilah diberikan penekanan yang lebih oleh guru-guru.Jumlah perkataan yang hendak disediakan pada tahap ini juga hendaklah dihadkan kepada jumlah yang kecil untuk satu-satu masa. Soalan-soalan yang dikemukakan juga haruslah disediakan dalam bentuk objektif manakala jawapan untuk soalan-soalan itu mestilah boleh didapati terus daripada teks bacaan berkenaan.4.2.2 Membuat Urutan IdeaTahap kefahaman pada peringkat ini merupakan sebahagian daripada tahap kefahaman inferens. pada tahap ini murid perlu menginterpretasi, membuat perkaitan atau perhubungan, penaakulan, dan membuat telahan. Keupayaan seseorang murid berfikir serta melakukan operasi kognitif tersebut akan mempengaruhi keupayaannya membuat urutan idea dari bahan yang dibaca.

Kanak-kanak pemulihan memang sering menghadapi masalah untuk berfikir secara abstrak. Oleh itu, guru pemulihan perlu membiasakan murid-murid denan bahan-bahan latihan kefahaman inferens ini secara lisan sebelum kefahaman inferens secara bacaan dilaksanakan. Untuk membantu perkembangan kefahaman ini, guru perlu menyediakan soalan-soalan yang berstruktur serta petunjuk-petunjuk lisan ke arah menampakkan kepada murid-murid isi-isi berkaitan agar mereka dapat menginterpretasi maklumat yang dibaca. Tujuan petunjuk-petunjuk tersebut adalah untuk membantu dan membimbing pelajar ke arah jawapan yang betul.4.2.3 Hubungan Sebab Dan AkibatTahap kefahaman ini merupakan sebahagian daripada tahap kefahaman kritis. Tahap kefahaman ini memerlukan murid-murid membuat hubungan sebab dan akibat di samping mampu membuat kritikan berdasarkan pemikiran bercapah. Kefahaman pada peringkat ini juga perlu dilatih dan dikembangkan secara lisan terlebih dahulu. Murid-murid memerlukan bimbingan dalam menentukan perkara-perkara yan mereka baca sama ada benar atau sebaliknya. Murid-murid juga perlu dibimbing untuk membuat penaakulan dan meramal kemungkinan serta membuat penghakiman berasaskan hubungan sebab dan akibat.Oleh sebab keupayaanproses kognitif yang terhad, murid-muridpemulihan mungkin menghadapi kesukaran untuk melakukan proses kognitif ini. Walau bagaimanapun guru-guru pemulihan masih boleh membantu mereka untuk maju dengan membiasakan mereka dengan soalan-soalan berdasarkan siri-siri cerita yang dibaca oleh mereka.

4.3 Membuat Andaian / TafsiranTahap kefahaman membuat tafsiran atau andaian boleh dikatakan sebagai sebahagian daripada tahap kefahaman kreatif dan merupakan tahap kefahaman tertinggi. Tahap kefahaman ini adalah hasil daripada tahap kefahaman murid-murid terhadap tahap-tahap kefahaman sebelumnya.Seseorang yang telah sampai ke tahap kefahaman kreatif ini sudah mampu untuk menghayati bahan-bahan yang dibacanya. Mereka jua mampu utnuk membuat hubungkait antara sebab dengan akibat sesuatu perkara daripada bahan-bahan yang dibacanya. Mereka juga mampu membuat kritikan berasaskan pemikiran bercapah serta membuat andaian dan tafsiran sehingga mampu membina satu situasi baharu berdasarkan andaian dan tafsiran tersebut. Justifikasi kepada kefahaman pada peringkat ini dapat dilihat menerusi tindak balas emosi mereka terhadap bahan yang dibaca seperti gembira, sedih, marah dan sebagainya.Tahap kreativiti seseorang itu juga turut terserlah apabila mereka telah mencapai tahap kefahaman ini menerusi penhasilan bentuk-bentuk penulisan yang boleh dinikmati oleh orang lain pula. Dengan lain perkataan seseorang yan telah mencapai tahap kefahaman kreatif ini dapat berindak balas dengan menunujukkan emosinya dan mampu mengunakan pemerolehan daripada bacaannya untuk menghasilkan daya kreativitinya.4.4 Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Kefahaman4.4.1 Pemetaan SemantikProses pemahaman yang berlaku dalam proses pembelajaran berlaku secara visual dan non-visual. Bahagian paling penting dari informasi non-visual yan cukup berperanan dalam proses pemahaman ialah skemata. Menurut prinsip teori skemata, proses pemahaman dimainkan oleh skemata-skemata yang dimiliki oleh seseorang pembaca serta tahap kedalaman pemahamannya terhadap sesuatu perkara. Hal ini turut dipengaruhi oleh latar belakang seseorang. Pengaktifan skemata ini dapat dilakukan menerusi pemetaan semantik.Antara rasional penggunaan pemetaan semantik ini ialah dapat disesuaikan serta mempunyai perkaitan dengan bentuk saraf otak manusia. Selain itu kaedah ini juga digunakan bagi menjana idea dalam operasi pemikiran kreatif yang boleh diinovasikan mengikut kesesuaian semasa seperti aktiviti yang dijalankan, keupayaan kognitif pelajar dan tahap kesediaan belajar mereka. Suatu perkara yang turut perlu diberikan perhatian ialah pemetaan yang dihasilkan perlu mengikut kefahman pembuatnya sendiri kerana pemetaan tersebut dibuat berdasarkan kefahaman, cara mengingat serta pengolahan yang amat tersendiri seta bersifat individu. Antara kegunaan pemetaan skematik ialah:

i. mengambil catatan nota

ii.simpanan nota ringkas

iii.mengembangkan sesuatu idea/isi

iv.menyelesaikan sesuatu masalah

v.memudahkan proses mengingatvi.mencatat nota dengan mudah.

vii.merancang sesuatu seperti penulisan karangan, persembahan, ucapan, projek dan sebagainya.

viii.menggabungkan dan menyeimbangkan kegunaan otak kanan dan otak kiri semasa belajar

Rajah 4.1 : Pemetaan Semantik German

Rajah 4.2 : Pemetaan Semantik Perancis

Antara bentuk pemetaan semantik ialah:i.pengkelasan

ii.rantai urutan

iii.kitaran

iv.kitaran berpusat

v.tangga hiraki

vi.pohon fikiran

4.4.2 Carta OrganisasiCarta organisasi merupakan suatu bentuk rajah grafik yang menunjukkan struktur susunan, kedudukan tempat atau posisi seseorang dalam sesuatu organisasi selaras dengan bidan kuasa, tugas dan tanggungjawabnya. Antara fungsi carta ini ialah memaparkan cara sesebuah orhanisasi ditadbir mengikut struktur operasi organisasi berkenaan. Selain itu carta tersebut turut berfungsi menggariskan dengan jelas bidang tanggungjawab setiap anggota organisasi berkenaan. Dalam hal ini setiap anggota organisasi hendaklah diberikan peranan yang khusus agar berlaku pertindihan tugas dan kekeliruan yang akan menjejaskan kelancaran perjalanan organisasi berkenaan. Bentuk struktur antara sesebuah organisasi dengan organisasi lain berbeza-beza mengikut saiz dan tujuan penubuhan sesuatu organisasi itu. Hal ini kadang kala menyebabkannya sukar untuk difahami. Dalam hal ini carta organisasi digunakan untuk menjelaskan sistem atau susunan pengorganisasian dalam sesuatu organisasi.Dalam carta organisasi di tunjukkan fungsi-fungsi jabatan, unit-unit atau individu dan bagaimana mereka berkaitan antara satu sama lain. Unit-unit yang berasingan ditunjukkan ditunjukkan dalam kotak-kotak yang berasingan. Seterusnya kotak-kotak ini dihubungkan antara satu sama lain menggunakan garisan terus. Garisan ini juga dapat menunjukkan rantaian perintah dan saluran rasmi komunikasi antara unit dalam organisasi. Secara umumnya, carta organisasi dapat menunjukkan aspek-aspek pengurusan berikut:i. pembahagian tugasan dan tanggungjawab.

ii.jenis tanggungjawab yang dijalankan.

iii.huungan antara ketua dengan pekerja.

iv.pengumpulan bahagian-bahagian kerja.

v.tingkat pengurusan.

4.4.3 Carta AliranCarta aliran merupakan alatan logik popular yan menunjukkan secara grafik jujukan operasi atau aliran kerja yang akan dilaksanakan bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Carta aliran juga boleh dikatakan sebagai carta alir yang menunjukkan algoritma dalam bentuk grafik. Selain itu carta ini juga boleh dimaksudkan sebagai gambaran secara grafik atau gambar rajah ke atas tindakan-tindakan yang perlu diambil dalam sesuatu aktiviti atau prosedur. Carta alir lazimnya dibentuk pada peringkat awal apabila sesuatu masalah pengaturcaraan hendak diselesaikan. Carta ini sangat efisien untuk memahami dan mengenal pasti logik masalah yang hendak diselesaikan. Apabila carta alir ini telah dibina, maka mudahlah untuk menulis atur cara komputer dalam apa juga bahasa.Seterusnya, carta aliran juga merupakan gambaran secara grafik atau gambar rajah ke atas tindakan-tindakan yang perlu diambil dalam sesuatu aktiviti. Setiap langkah yang diambil hendaklah mengikut urutan yang betul dan jelas dilihat iaitu dengan menunjukkkan secara jelas dan ringkas peringkat permulaan hinggalah ke peringkat penamat. Antara manfaat yang diperoleh dengan adanya carta aliran ialah;

i.memberikan kefahaman kepada kakitangan atau subordinat mengebnai tugas dan tanggungjawab masing-masing.

ii. menunjukkan di mana timbulnyamasalah kelewatan, kerja berulang-ulang, dan pertindihan kerja.

iii.menunjukkan gambaran menyeluruh mengenai aktiviti yang dilakukan.

Langkah-langkah bagi menyediakan carta aliran adalah seperti berikut:

i.merujuk pada proses kerja aktiviti yang berkenaan.

ii.menyediakan carta aliran kerja secara terperinci berdasarkan proses kerja aktiviti tersebut.

iii.menggunakan simbol-simbol carta aliran yang ditetapkan.

4.4.4Pengurusan GrafikPengurusan grafik (PG) adalah satu bentuk ilustrasi atau lakaran yang digunakan dengan tujuan untuk merancang, mengurus, meneliti, menganalisis atau menghasilkan sesuatu idea pemikiran yang lebih sistematik, jelas dan berkesan. Secara umumnya, PG ini berbentuk seperti borang dan jaringan yang perlu diisi dengan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan tajuk atau kemahiran yang sedang dipelajari (Som dan Mohd Dahalan, 1998). Melalui PG ini, sesuatu idea yang hendak disampaikan itu akan menjadi lebih jelas dan mudah difahami. Walaupun secara umumnya terdapat lapan jenis pengurusan grafik, tetapi penggunaannya adalah spesifik untuk tujuan tertentu seperti PG membanding beza hanya boleh digunakan khusus untuk menyelesaikan masalah atau disimpan sebagai rujukan bagi tujuan membanding beza suatu perkara. Rumusannya, penggunaan alat berfikir ini adalah terhad bagi suatu tujuan khusus dan fungsinya adalah tidak menyeluruh berbanding fungsi peta minda yang jauh lebih komprehensif khususnya dalam mengambil nota kuliah.

4.4.4.1 Contoh-Contoh Pengurusan Grafik

i. PG membanding dan membezakan

ii PG membuat kategori

iii PG meneliti bahagian-bahagian kecil dan keselurahan

iv PG menerangkan sebab

v PG membuat ramalan

vi PG membuat periksa andaian

vii PG membuat keputusan

viii PG menyelesaikan masalah

4.4.4.2 Penggunaan Pengurusan Grafik PG digunakan untuk membantu seseorang itu mengurus dan menyusun pemikirannya supaya menjadi lebih sistematik dan berkesan. Walau pun PG ini disediakan dengan contoh-contoh tertentu, kita boleh mereka cipta PG sendiri atau mengubah suai PG yang sedia ada mengikut keperluan dan peringkat pembelajaran pelajar.

Pelajar hendaklah dilatih menggunakan PG bagi setiap kemahiran yang berkaitan. Hal ini demikian kerana PG bukan sahaja dapat membantu mengurus pemikiran mereka dengan berkesan, malah juga dapat memudahkan mereka memahami sesuatu proses pemikiran itu dengan lebih baik. Mungkin apabila mereka telah mahir menggunakan PG ini, maka mereka tidak lagi perlu menggunakannya. Jadi, penggunaan PG adalah berdasarkan objektif-objektif tertentu.

LATIHAN

Dalam kumpulan kecil berdua, dapatkan maklumat berkaitan kaedah-kaedah terapi dapat diintegrasikan dalam kemahiran kefahaman.

Tutorial

Secara berkumpulan, dapatkan contoh-contoh pemetaan grafik seperti carta aliran, peta minda, carta organisasi, pengurusan grafik dan sebagainya.

TAJUK 5

PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN DALAM KEMAHIRAN LISAN, MEMBACA DAN KEFAHAMAN

Sinopsis

Tajuk ini akan menghuraikan konsep pentaksiran dan penilaian dalam kemahiran lisan, membaca dan kefahaman dalam Pendidikan Pemulihan. Selanjutnya bahgian ini juga akan membincankan kepentingan pentaksiran dan penilaian, jenis-jenis penilaian, instrument penilaian yang digunakan dan pelaksanaan penilaian serta tindakan susulan.Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:i. Menjelaskan jenis-jenis pentaksiran dan penilaian dalam kemahiran lisan, membaca dan kefahaman .

ii. mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk memperoleh pemahaman yang koheren tentaang teori dan amalan penilaian dan pentaksiran dalam pendidikan pemulihaniii. Menyusun strategi untuk melaksanakan sesuatu tugasan yang kritis, kreatif dan Inovatif.

iv. Menerangkan dengan jelas kaedah penilaian dilaksanakan terhadap klemahiran lisan, membaca, dan kefahaman dalam pendidikan pemulihan.

v. Menghuraikan tindakan susulan yang perlu dilakukan oleh guru-guru terhadap para pelajar pemulihan selepas mereka menjalani proses penilaian.

Kerangka tajuk

PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

DALAM KEMAHIRAN LISAN, MEMBACA

DAN KEFAHAMAN

Jenis-Jenis

Pelaksanaan

Penilaian Penilaian

Kepentingan

Instrument

Tindakan Pentaksiran

Penilaian

Susulan Dan Penilaian5.0 Pentaksiran Dan Penilaian Dalam Kemahiran Lisan, Membaca Dan Kefahaman Pentaksiran

Tuan Jah dan Faridah (2012) menjelaskan pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya melakukan penghakiman tentang sesuatu produk pendidikan. Maklumat tersebut meliputi hal-hal berkaitan topik, bukti dan prestasi. Penghakiman melibatkan hal-hal seperti pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan, manakala produk pula melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai.Penilaian:

Nitko (2004) mentakrifkan penilaian sebagai suatu proses dalam membuat pertimbangan tentang nilai sesuatu hasil kerja atau prestasi pelajar. Tuan Jah dan Faridah (2012) menyatakan bahawa perilaian ialah satu proses atau aktiviti yang sistematik bagi memperoleh maklumat yang berguna dalam menentukan sesuatu prestasi.

Rajah 5.1 : Konsep Penilaian, Pentaksiran dan Pengujian

5.1Kepentingan Pentaksiran Dan Penilaian Dalam Kemahiran Lisan, Membaca Dan Kefahaman

Pelbagai pendekatan digunakan oleh guru-guru untuk melaksanakan proses pentaksiran dan penilaian dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran kemahiran membaca. Kebanyakan pendekatan yang dipilih adalah adalah bergantung kepada latar belakang dan orientasi murid terbabit. Berdasarkan faktor itu, guru akan dapat menggunakan satu atau lebih pendekatan. Antara pendekatan yang lazimnya digunakan oleh guru-guru adalah seperti orientasi dalam kemahiran bacaan, bacaan berpandukan arahan dan sebagainya. Bagi kemahiran bacaan, pentaksiran ujian diagnostik perlulah dilakukan oleh guru untuk mendapatkan maklumat dan membantu guru mengenal pasti daerah kelemahan pelajar berkenaan. Ujian ini mengandungi beberapa komponen yang perlu dimahirkan dan dikuasai oleh murid-murid iaitu fonologi, morfolgi, sintaksis dan semantik. Kemahiran dalam pembacaan ini juga merangkumi pengecaman huruf dan perkataan penyebutan serta pemahaman terhadap bahan yang dibaca oleh murid-murid. Ujian ini perlu dijalankan secara individu di tempat kebiasaan murid.

Terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh murid-murid dalam bacaan. Antaranya adalah seperti masalah disleksia. Misalnya murid itu akan mengalami masalah apabila dua perkataan yang berbeza bunyi dilambangkan oleh huruf yang sama iaitu semak ( belukar) dan semak (lihat semula). Selain itu, murid ini juga akan membaca secara terbalik. Mereka juga tidak dapat membuat hubung kait antara bunyi perkataan dengan huruf yang menyebabkan mereka terpaksa membunyikan setiap perkataan yang dibaca. Dalam melaksanakan pentaksiran bacaan, terdapat beberapa aspek yang perlu dilihat terlebih dahulu. Antaranya ialah, pentaksiran tersebut perlulah dilakukan secara variasi dan mengambilkira tentang kebolehan untuk kebolehan memproses bacaan yang kompleks. Selain itu, ujian yang diberikan hendaklah berdasarkan umur murid. Pentaksiran yang dilakukan ini mestilah tidak berat sebelah dan perlu mengambil kira jenis ujian yang dijalankan. Pendekatan yang berbeza harus dilakukan semasa membuat pentaksiran yang melibatkan aspek bacaan, penulisan dan berbahasa.

Penilaian yang dilakukan semasa melakukan pentaksiran adalah berdasarkan prob, analisis kesalahan, think aloud, retelling, deskripsi lisan, hasil tulisan selepas bacaan, senarai semak dan soalan, temubual, perbualan, jurnal murid, persembahan oleh murid, dan juga penilaian kendiri. Dalam melakukan ujian diagnostik, aktiviti yang boleh dilakukan adalah dengan melakukan bacaan mekanis. Bacaan mekanis ini diuji melalui ketepatan sebutan dan kelancaran membaca. Pelajar boleh diuji membaca huruf, suku kata, perkataan, ayat dan teks. Antara kesilapan yang seringkali dilakukan adalah menyebut huruf kecil yang hampir sama bunyi seperti b-d iaitu buku-duku. Selain itu terdapat juga kesilapan dalam menyebut huruf yang hampir sama bentuk seperti m-n iaitu mama dan mana. terdapat juga kesilapan dalam meyebut bunyi konsonan bergabung iaitu kh, ng, ny, sy. Contoh perkataan khamis akan disebut sebagi kamis. Kesilapan yang dapat dinilai dalam bacaan mekanis juga dapat dilihat ketika menyebut perkataan yang mana kakak disebut katak dan sesetengah juga menterbalikkan perkataan seperti bala menja laba. Murid yang mengalami masalah bacaan juga akan mengalami kekeliruan dengan orientasi huruf iaitu u dengan n dan keliru huruf besar dan huruf kecil yang berbeza bentuk seperti A-a. Aktiviti bacaan mekanis akan diuji melalui ketepatan sebutan dan kelancaran membaca. Beberapa perenggan dan teks akan disusun daripada sangat mudah kepada semakin susah. Sementara itu guru akan menyemak teks untuk mengenal pasti jenis kesilapan yang dilakukan. Antara kesilapan yang seringkali dilakukan oleh murid semasa melakukan proses bacaan adalah seperti insertion, substitution , inversion , omission dan banyak lagi. Selain itu, murid juga akan diuji mengenai kefahaman mereka terhadap bacaan yang dibaca. Terdapat 3 jenis kefahaman yang dinilai ialah kefahaman literal, kefahaman inferens dan kemahiran mendengar. Kefahaman literal adalah merupakan kefahaman yang diuji selepas murid membaca teks. Murid akan disoal berdasarkan maklumat yang terdapat dalam teks. Kefahaman inferens pula memerlukan belajar untuk berfikir secara analitikal dan mampu memberikan huraian, pandangan atau penjelasan dan mampu mempamerkan kefahaman terhadap teks yang dibaca. Murid juga mampu membuat andaian atau ramalan. Bagi kemahiran mendengar pula, murid akan diperdengarkan teks terlebih dahulu, kemudian akan diuji dengan soalan sama ada berbentuk literal atau inferens.

5.2Jenis Penilaian

- ujian sumatif

- ujian formatif

- ujian kefasihan

- ujian pencapaian

- ujian kemajuan

- ujian bakat

5.2.1 Ujian Sumatif

Ujian ini merujuk kepada bentuk ujian yang bahan atau alat ujiannya dibina oleh guru bagi menguji pencapaian murid dalam beberapa kemahiran bahasa yang telah diajarkan dalam suatu tempoh masa yang panjang seperti selepas satu semester atau satu tahun persekolahan. Aspek-aspek yang diuji juga luas dan menyeluruh seperti meliputi aspek tatabahasa, lisan, bacaan dan sebagainya.

5.2.2 Ujian Formatif

Ujian formatif merujuk kepada bentuk penilaian yang dilakukan oleh guru untuk sesuatu bab atau bahagian yang telah diajarkan sahaja. Hal ini bermaksud ujian ini dijalankan selepas sesuatu tempoh pembelajaran yang pendek dan skop yang hendak diuji juga lebih terhad dan tidak meluas. Biasanya ujian ini bertujuan menguji sub kemahiran bahasa tertentu pelajar sama ada mereka telah menguasainya atau belum.

.

5.2.3 Ujian Kefasihan

Untuk memastikan sama ada seseorang pelajar telah dapat menguasai sesuatu kemahiran bahasa atau belum maka ujian kefasihan perlu dijalankan terhadap mereka. Dalam ujian kefasihan ini kebolehan umum seseorang murid terhadap bahasa yan dipelajarinya akan dinilai. Hasil ujian ini lazimnya akan dijadikan justifikasi kepada penetapan kumpulan murid dalam kelompok tertentu oleh guru.5.2.4 Ujian Pencapaian

Ujian pencapaian dijalankan untuk menguji sejauh manakah murid-murid telah menguasai kemahiran, bahan atau isi pelajaran yang telah diajarkan kepada mereka. Antara kepentingan ujian ini adalah dapat membantu guru menlihat tahap kesediaan murid terhadap sesuatu kemahiran sebelum guru boleh mengajarkan kemahiran bahasa yang seterusnya. Secara tidak langsung guru juga akan dapat menenalpasti aspek kelemahan pelajar yang perlu dibantu.5.2.5 Ujian Kemajuan

Ujian kemajuan ialah ujian yang bertujuan melihat progres kemajuan murid dari semasa ke semasa. Tujuannya adalah untuk mengukur keupayaan atau kecekapan mereka melakukan sesuatu tugas. Ujian ini boleh dilakukan dalam dua bentuk iaitu menerusi kompetensi diri murid dalam melakukan sesuatu tugas yang boleh dilakukan oleh uru menerusi pemerhatian sewaktu mereka sedang melaksanakan sesuatu tugasan. Seterusnya melalui laporan kendiri yang dilakukan dengan pelajar menjawab soal selidik tertentu yang dapat menilai prestasinya dirinya.5.2.6 Ujian Bakat

Ujian bakat dilakukan bagi mengenal pasti bakat seseorang murid dalam menguasai sesuatu bahasa asing. Menerusi ujian bakat ini murid-murid akan menjalani pelbagai aktiviti seperti meniru gaya penyebutan bunyi-bunyi, mengubah bentuk, atau struktur sesuatu bahasa, menentukan makna berdasarkan konteks dan sebagainya.5.3Instrumen

Instrumen merupakan material atau alat yang diunakan oleh guru-guru untuk menjalankan penilaian dan pentaksiran. Dengan menggunakan instrumen tertentu, guru-guru dapat mengumpul data dan maklumat tentang pencapaian seseorang murid. Seterusnya data dan maklumat yang terkumpul akan digunakan untuk membuat keputusan-keputusan tertentu berkaitan proses pengajaran dan pembelajaran selain mengetahui masalah yang dihadapi oleh murid.

Sumber-sumber yan diperlukan untuk mengumpul maklumat termasuklah:

1. rekod dan laporan berkaitan

2. sampel kerja.

3. Pengujian

4. Pentaksiran folio

5. Pemerhatian

6. Senarai semak

7. Skala pengkadaran

8. Temu bual

5.4 Pelaksanaan Penilaian

5.4.1 Rekod dan Laporan

Rekod dan laporan yang boleh digunakan berkenaan pencapaian seseorang murid termasuklah rekod latar belakang keluarga, rekod kesihatan, prestasi akademik terdahulu dan minat murid. Bagi memperoleh data tentang pencapaian pelajaran seseorang murid, guru pemulihan boleh mendapatkan catatan pelbagai pentaksiran yang pernah dilalui sebelumnya. Selain rekod-rekod akademik, rekod-rekod peribadi pelajar juga perlu diambil kira kerana data-data yang terkandung turut menjadi penentu kepada bentuk perancangan pengajaran dan pembelajaran yang hendak disediakan oleh guru.5.4.2Sampel kerja

Sampel kerja ialah sesuatu hasilan kerja yang dibuat oleh pelajar berdasarkan mata pelajaran yang dipelajarinya. Sampel kerja yang terhasil akan dianalisis oleh guru. Dari analisis yang dijalankan guru-guru pemulihan akan dapat mengenal pasti kekuatan dan kekurangan yang ada pada murid. Penilaian yang dilakukan adalah terhadap analisis ralat dan kualiti kerja yang kedua-duanya bertujuan menilai kekurangan dan kelemahan pelajar.5.4.3Pengujian

Jenis-jenis pengujian yang dijalankan untuk mentaksir dan menilai ialah ujian rujukan norma, ujian rujukan kriteria, intervensi tidak formal, kuiz, penyiasatan, dan analisis tugasan.

5.4.4Penilaian Melalui Portfolio

Portfolio merupakan satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui. Kaedah ini dikatakan kurang objektif, analitik, dan kuantitatif iaitu lebih bersifat subjektif kualitatif dan holistik.

5.4.4.1 Ciri-ciri Portfolio

1. Dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan dan

penilaian yang teliti. 2. Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk

mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secarakritis dan

kreatif. 3. Pemilihan maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga akhir. 4. Menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan

daripada pelbagai pihak. 5. Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah logik. 6. Portfolio bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan.

5.4.4.2 Jenis Portfolio

i. Porfolio kerja harian

Bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu yang diberikan.

ii. Portfolio hasil terbaikDipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio kerja harian. iii. Portfolio dokumen. Hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa tertentu untuk menyempurnakan kerja tugasan.

5.4.4.3 Penilaian Portfolio

1. Penilaian berbentuk lebih terbuka dan seimbang. 2. Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang boleh dinilai melalui bukti-bukti lain. 3. Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut kriteria yang telah dipersetujui bersama.

5.4.4.4 Kepentingan Portfolio

1. Membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru

untuk membuat penilaian secara holistik.2. Mengekalkan galakkan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan pelajar3. Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta perkembangan.4. Mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian, nota anekdot, rekod pelaksanaan tugaan dan kadar pencapaian hasil kerja pelajar.5. Membolehkan penilaian dalam bidang afaktif tentang usaha dan aplikasi dapatan

melalui pemerhatian tingkah laku, pengelibatan dalam kelas, inisiatif,

kerjasama, ketabahan dan komitmen sewaktu membina portfolio.5.4.4.5 Perancangan Portfolio

1. Tentukan tujuan pembinaan, ciri-ciri portfolio dan jenis portfolio yang dikehendaki.2. Kenalpasti isi kandungan portfolio.3. Pemilihan isi kandungan dan bahan isi kandungan portfolio.4. Penilaian portfolio dari segi kaedah penilaian samada secara keseluruhan, kumpulan, individu, termasuklah kriteria yang dipakai untuk menilai portfolio.5.4.4.6 Penilaian Bagi Portfolio1. Portfolio dinilai berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan.2. Fokus kepada aspek perkembangan pengetahuan dan perkembangan kefahaman.3. Peta perkembangan pelajar boleh digunakan bagi memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh bermula awal pembinaan portfolio sehingga tugasan tersebut selesai.

5.4.4.7 Merekod Penilaian Portfolio

- Terdapat dua cara merekod penilaian portfolio iaitu menggunakan skala dan menggunakan kaedah senarai semak.- Penilaian awal penilaian merentasi tugasan bertulis mengikut kriteria dengan skala - senarai ciri-ciri paling penting penentuan gred.

5.4.4.8 Kriteria penilaian

1. Struktur dan organisani2. Strategi pengurusan3. Variasi isi yang sesuai4. Struktur ayat dan gaya bahasa5. Senaraikan ciri. Ini akan menentukan markah portfolio, tentukan wajaran markah bagi setiap ciri.6. Mengambil kira markah yang diberikan kepada tiap-tiap peringkat dan bukti-bukti lain setiap nota anekdot serta refleksi pelajar.7. Skala berkadar atau berkala boleh digunakan.

5.4.5Penilaian Melalui PemerhatianKaedah pemerhatian ialah kaedah pengumpulan maklumat, yang kemudian dijadikan ukuran, secara memerhati dan merekod apa yang dilakukan oleh seseorang dan orang-orang lain yang berkenaan di sekelilingnya.

5.4.5.1. Kualiti Pemerhatian

- Pengetahuan mendalam dalam bidang tugasnya dan prihatin dengan persekitarannya. - Guru perlu peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan. - Yakin dengan keputusan yang dibuat dan keputusan yang diambil. - Ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan yang diambil terhadap sesuatu. - Tekal dan stabil dalam penilaiannya.

5.4.5.2. Bentuk perancangan

- Menyediakan alat yang releven dan menentukan kaedah untuk mentadbirnya. - Menetukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor. - Merangka tindakan susulan yang akan dijalankan mengikut konsekuan yang dijalankan daripada pemerhatian.

5.4.5.3. Merekod penilaian pemerhatian

Sewaktu merekod penilaian melalui pemerhatian, proses penilaian harus menggambarkan perubahan tingkah laku secara tersusun dari segi:

- Pendekatan, kaedah individu atau berkumpulan - Semasa menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu direkod dengan jelas. - Menjalankan tugasan - Cara individu mengendalikan tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh dihurai dengan tepat . - Cara merekodkan dapatan dan rumusan - Dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul. - Tindakan Susulan - Rekod pemerhatian hendaklah juga jelaskan tindakkan susulan hasil yang akan

dicapai.

5.4.5.4. Jenis Pemerhatian Dua jenis pemerhatian iaitu sistematik dan tidak sistematik.

- Mengikut tujuan dan aspek yang hendak diperhatikan atau dinilai. - Memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsiran dan tanggapan.

Melaporkan apa saja yang dilihat. Tafsiran bukan untuk penilaian semasa. - Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara berfikiran terbuka. Menilai

kemahiran, pengetahuan dan perlakuan. - Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang. Penilaian dalam bentuk sekuen.

5.4.5.5. Strategi pelaksanaan

- Secara berterusan mengikut keperluan yangbtelah dikenalpasti/ dirancang. - Menggunakan senarai semak. - Tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian - Jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan - Maklum balas diperolehi daripada guru dan pelajar. - Refleksi tentang pengalaman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian.

5.4.5.6. Fungsi penilaian melalui pemerhatian.

Mengesan hasil pembelajaran dengan serta merta dalam sesuatu proses pengajaran harian tanpa menggunakan sebarang instrumen khusus.

Mengesan kekuatan dan kelamahan murid selepas sesi pengajaran dan pembelajaran sama ada secara individu mahupun berkumpulan.

Mengesan pencapaian selepas beberapa sesi pembelajaran atau pada akhir program yang dijalankan secara individu.

Guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan objektif pelajar.

Guru membuat penilaian kendiri terhadap keberkesanan p&p sebagai penyampai maklumat, tutor, pemudah cara dan pendidik.5.4.6Senarai Semak

Senarai semak ialah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai item yang disediakan adalah untuk menentukan sama ada : sesuatu tingkahlaku/ciri-ciri yang dapat diperhatikan

sesuatu perlakuan telah dilakukan

- kekerapan sesuatu tingkah laku diperhatikan

Perkara yang perlu diberikan perhatian semasa menjalankan penilaian berdasarkan senarai semak ialah:

Disediakan lebih awal sebelum pemerhatian dibuat. Tingkah laku bahasa yang diperhatikan dinyatakan dengan ringkas dan jelas Digunakan untuk melihat/menilai tingkah laku mudah dalam konteks semula jadi Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak. Item disusun mengikut pemeringkatan supaya dapat memperlihatkan perkembangan tingkahlaku yang ingin diperhatikan Tidak menunjukkan darjah kemajuan hasil pembelajaran atau tingkah laku murid Pemerhatian hendaklah dilakukan beberapa kali untuk mendapat maklumat/amalan yang lebih tepat / tekal Senarai semak boleh digunakan bagi menilai murid secara individu, kumpulan atau kelas5.4.7Skala Pengkadaran

Skala pengkadarangrafik merupakan kaedah penilaian prestasi paling popular dan telah lama digunakan. Di samping itu kaedah ini menyediakan kaedah kuantitatif dan mempunyai kemungkinan untuk membuat perbandingan antara prestasi individu dengan individu lain. Skala pengkadaran grafik mempunyai satu set faktor yang mempengaruhi prestasi yang dipadankan dengan sikap peribadi seperti nilai-nilai yang diamalkan. Melalui kaedah ini guru akan menentukan titik (point) perkadaran di atas skala yang biasanya mengandungi lima titik. Sebagai contoh jika prestasinya dinilai sebagai sangat teruk pelajar berkenaan akan diberikan point 1 dan point 5 jika prestasinya dinilai sebagai sangat baik.

Leap dan Crino (1993) mengenal pasti terdapat dua jenis skala pengkadaran iaitu pertama pengkadaran berterusan yang membenarkan penilai untuk membuat mana-mana titik di atas garisan skala. Jenis skala pengkadaran kedua ialah pengkadaran terputus-putus yang mengehadkan penilaian kepada nombor di atas skala sahaja. Skala pengkadaran digunakan dalam proses pentaksiran dan penilaian dengan cara guru menentukan tahap pencapaian pelajar menggunakan skala tertentu seperti gred A,B.C. atau nombor.

5.4.8Temu Bual

Temu bual merupakan antara kaedah yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan (Tuan Jah dan Faridah, 2012). Kaedah ini sering digunakan kerana berupaya mewujudkan interaksi langsung antara guru dengan murid secara berkesan. Pelaksanaan kaedah ini dilakukan dengan guru mengemukakan soalan berkaitan isi pelajaran dan murid-murid dikehendaki memberikan respon yang sewajarnya.

Terdapat dua jenis temu bual iaitu:

Temu bual terbuka

Menerusi kaedah temu bual jenis ini pengkaji mendapatkan maklumat melalui perbualan yang tidak tertumpu kepada set soalan tertentu.

Temu bual tertutup

Menerusi kaedah ini pula pengkaji cuba mendapatkan maklumat melalui perbualan yan tertumpu kepada set soalan tertentu.5.5Tindakan susulan

Tindakan susulan merupakan tindakan lanjutan yang dilakukan oleh guru-guru berlandaskan maklumat dan data yang diperoleh hasil analisis ujian dan penilaian yang dilakukan. Analisis tersebut menjadi justifikasi sama ada seseorang murid itu menghadapi masalah yang perlu dibantu dengan segera atau sebagainya. Seterusnya hasil yang diperoleh juga menjadi panduan kepada guru-guru untuk mengubah suai kaedah, pendekatan, perancangan dan tindakannya dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.

Memikir

Cuba anda fikirkan, adakah kaedah pentaksiran dan penilaian yang dijalankan di sekolah-sekolah kini masih releven untuk terus dilaksanakan? Pendapat anda hendaklah disokong dengan alasan-alasan yang rasional.

Latihan

Sebagai seorang guru yan berpengalaman, tentu anda sering melakukan aktiviti pentaksiran dan penilaian terhadap hasil kerja mahupun pencapaian murid-murid dalam pelbagai bentuk sama ada yang berbentuk kerja kursus atau peperiksaan.Huraikan dengan jelas sebab-sebab aspek pentaksiran dan penilaian perlu dijalankan terhadap murid-murid sekolah.

EMBED Unknown

24