09 TAJUK 3

3
MTE3153 PENYELIDIKAN TINDAKAN II TAJUK 3 Prosedur Mendokumentasi Hasil Kajian Tindakan Terdapat tiga tindakan yang perlu dilakukan oleh penyelaras kursus sebaik selepas seminar dijalankan untuk menyempurnakan sesuatu proses kajian tindakan. Tindakan-tindakan tersebut ialah: 1. Mengumpul semua kertas kajian tindakan. 2. Menyunting dan memurnikan semua kertas kajian tindakan. 3. Mendokumentasi hasil kajian tindakan. 1. Mengumpul Semua Kertas Kajian Tindakan Selepas sesuatu seminar kajian tindakan, semua kertas kajian tindakan pelajar yang telah dibentang dalam seminar tersebut hendaklah diserahkan kepada penyelaras kursus berdasarkan masa yang ditetapkan. Setelah semua kertas kajian tindakan terkumpul, penyelaras akan menyerahkan kertas-kertas kajian tersebut kepada pensyarah-pensyarah penyelia dan diserahkan semula kepada pelajar-pelajar di bawah penyeliaanya untuk dimurnikan oleh mereka. 2. Menyunting dan Memurnikan Semua Kertas Kajian Tindakan Pelajar dikehendaki meneliti kembali komentar dan cadangan penambahbaikan yang kemukakan oleh penilai dan para peserta 8

description

n

Transcript of 09 TAJUK 3

MTE3153 PENYELIDIKAN TINDAKAN II

TAJUK 3Prosedur Mendokumentasi Hasil Kajian Tindakan

Terdapat tiga tindakan yang perlu dilakukan oleh penyelaras kursus sebaik selepas seminar dijalankan untuk menyempurnakan sesuatu proses kajian tindakan. Tindakan-tindakan tersebut ialah:1. Mengumpul semua kertas kajian tindakan.2. Menyunting dan memurnikan semua kertas kajian tindakan.3. Mendokumentasi hasil kajian tindakan.

1. Mengumpul Semua Kertas Kajian TindakanSelepas sesuatu seminar kajian tindakan, semua kertas kajian tindakan pelajar yang telah dibentang dalam seminar tersebut hendaklah diserahkan kepada penyelaras kursus berdasarkan masa yang ditetapkan. Setelah semua kertas kajian tindakan terkumpul, penyelaras akan menyerahkan kertas-kertas kajian tersebut kepada pensyarah-pensyarah penyelia dan diserahkan semula kepada pelajar-pelajar di bawah penyeliaanya untuk dimurnikan oleh mereka.

2. Menyunting dan Memurnikan Semua Kertas Kajian TindakanPelajar dikehendaki meneliti kembali komentar dan cadangan penambahbaikan yang kemukakan oleh penilai dan para peserta yang menyertai seminar tersebut. Penyuntingan dan pemurnian terhadap kertas kajian tindakan pelajar dibuat dengan kadar segera berdasarkan tempoh masa yang ditetapkan. Pemurnian ini dibuat berdasarkan nota-nota penambahbaikan oleh penilai maupun dari borang rumusan penilai. Pelajar juga disarankan agar bertemu dengan penyelia masing-masing untuk mendapatkan bimbingan dan nasihat seterusnya membuat pemurnian dan penambahbaikan. Penyelia akan menyemak semula pemurnian dan penambahbaikan yang dibuat oleh pelajar sehingga ia berpuas hati dan memastikan penambahbaikan itu benar-benar mengikut cadangan penambahbaikan berdasarkan borang rumusan penilai. Selepas itu, barulah penyelia membenarkan pelajar menjilid kertas kajian tindakan tersebut.

3. Mendokumentasi Hasil Kajian TindakanSemua hasil kajian tindakan pelajar yang telah dijilid akan diserahkan kepada penyelaras kursus. Penyelaras akan mengkategorikan kajian tindakan pelajar mengikut markah yang diperolehi. Seterusnya penyelaras akan memilih kajian tindakan pelajar yang cemerlang dan bermutu untuk dijadikan rujukan di peringkat IPGK/ IPGM dan seterusnya boleh dijadikan bahan pembentangan di peringkat yang lebih tinggi samada di dalam maupun di luar negeri.

Penyelaras juga boleh memilih dapatan-dapatan kajian yang bernas untuk tujuan meluaskan dan memantapkan lagi bidang kajian yang berkaitan dan sebagai rujukan untuk kajian-kajian seterusnya.

Sebagai cadangan; pihak IPGK boleh memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada pelajar-pelajar yang menghasilkan kajian tindakan yang cemerlang dan berkualiti dengan mengadakan majlis khas penganugerahan seperti Anugerah Pengarah.

8