09. Topik 5 HBEF 2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikanhamparan+elektronik.pdf · 120 TOPIK 5...

22
PENGENALAN Setelah melalui topik persembahan elektronik, apakah pula pandangan anda berhubung dengan hamparan elektronik? Tahukah anda bahawa penggunaan hamparan elektronik adalah menjadi keutamaan dalam menguruskan sistem kewangan sesebuah institusi? Penggunaan hamparan elektronik untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran masih dianggap berada pada tahap rendah. Adalah diharap pendedahan penggunaan hamparan elektronik untuk tujuan pendidikan dapat mempertingkatkan penggunaannya di kalangan pendidik untuk mempertingkatkan mutu pendidikan. Topik ini akan menjelaskan tentang, fungsi hamparan elektronik dalam menghasilkan lembaran kerja. Turut dijelaskan adalah komponen asas hamparan elektronik, cara memformat sel, jenis data dan fungsi operasi matematik. Bimbingan diberi bagi menjalankan beberapa fitur asas seperti menyusun dan menapis data, serta membina jadual dan carta. Penggunaan hamparan elektronik secara diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dibuat secara amali melalui pembinaan jadual serta carta markah kelas dan pembinaan ujian mudah. T T o o p p i i k k 5 5 Hamparan Elektronik Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mendefinisi dan menjelaskan perisian hamparan elektronik; 2. Menjelaskan sejarah dan perkembangan hamparan elektronik; 3. Menyatakan ciri-ciri utama hamparan elektronik serta proses penyusunan dan penapisan data menggunakan hamparan elektronik; 4. Menghasilkan jadual dan carta menggunakan hamparan elektronik; dan 5. Membina satu ujian mudah menggunakan hamparan elektronik. HASIL PEMBELAJARAN

Transcript of 09. Topik 5 HBEF 2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikanhamparan+elektronik.pdf · 120 TOPIK 5...

Page 1: 09. Topik 5 HBEF 2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikanhamparan+elektronik.pdf · 120 TOPIK 5 HAMPARAN ELEKTRONIK Perisian Microsoft Excel membenarkan pengguna: (i) ... TOPIK 5

PENGENALAN

Setelah melalui topik persembahan elektronik, apakah pula pandangan anda berhubung dengan hamparan elektronik? Tahukah anda bahawa penggunaan hamparan elektronik adalah menjadi keutamaan dalam menguruskan sistem kewangan sesebuah institusi? Penggunaan hamparan elektronik untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran masih dianggap berada pada tahap rendah. Adalah diharap pendedahan penggunaan hamparan elektronik untuk tujuan pendidikan dapat mempertingkatkan penggunaannya di kalangan pendidik untuk mempertingkatkan mutu pendidikan. Topik ini akan menjelaskan tentang, fungsi hamparan elektronik dalam menghasilkan lembaran kerja. Turut dijelaskan adalah komponen asas hamparan elektronik, cara memformat sel, jenis data dan fungsi operasi matematik. Bimbingan diberi bagi menjalankan beberapa fitur asas seperti menyusun dan menapis data, serta membina jadual dan carta. Penggunaan hamparan elektronik secara diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dibuat secara amali melalui pembinaan jadual serta carta markah kelas dan pembinaan ujian mudah.

TTooppiikk 55 Hamparan

Elektronik

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mendefinisi dan menjelaskan perisian hamparan elektronik; 2. Menjelaskan sejarah dan perkembangan hamparan elektronik; 3. Menyatakan ciri-ciri utama hamparan elektronik serta proses

penyusunan dan penapisan data menggunakan hamparan elektronik; 4. Menghasilkan jadual dan carta menggunakan hamparan elektronik;

dan 5. Membina satu ujian mudah menggunakan hamparan elektronik.

HASIL PEMBELAJARAN

Page 2: 09. Topik 5 HBEF 2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikanhamparan+elektronik.pdf · 120 TOPIK 5 HAMPARAN ELEKTRONIK Perisian Microsoft Excel membenarkan pengguna: (i) ... TOPIK 5

TOPIK 5 HAMPARAN ELEKTRONIK118

5.1 PENGENALAN Sebelum hamparan elektronik diperkenalkan, penyimpan-penyimpan rekod dan akaun biasanya menggunakan kertas dan pensil untuk mencatat data ke dalam ledger, iaitu sebuah buku yang mengandungi beberapa helai hamparan kerja. Catatan rekod dan pengiraan dibuat menggunakan tangan dan dimasukkan semula ke dalam halaman kerja setiap kali pengiraan semula dibuat. Mengikut sejarah, idea untuk mencipta hamparan elektronik dimulakan oleh Dan Bricklin ketika menjadi pelajar MBA di Harvard Business School pada tahun 1978. Ketika memerhatikan pensyarah beliau memadam dan menulis semula keseluruhan jalan kerja pada hamparan kerja di papan tulis apabila membuat pengiraan semula, beliau cuba memikirkan satu cara mudah untuk membuat pengiraan semula hanya dengan memadam satu angka pada hamparan kerja. Dan Bricklin dan Bob Frankston mencipta perisian hamparan elektronik yang pertama iaitu untuk komputer Apple II dan menamakannya VisiCalc. Perisian hamparan elektronik seterusnya dikeluarkan pada tahun 1983 oleh Mitch Kapor untuk syarikat Lotus Development Corp untuk penggunaan pada komputer IBM PC dan menamakannya Lotus 1-2-3. Kemudian dari itu timbullah hamparan elektronik lain termasuk SuperCalc, Works, Quattro Pro, Microsoft Excel dan Apple Calc.

5.1.1 Fungsi Hamparan Elektronik dalam Menghasilkan Lembaran Kerja

Hamparan elektronik kini merupakan satu ledger perakaunan atau helaian kerja saintifik yang disusun mengikut baris dan lajur yang dicipta, diedit, diolah dan dipaparkan oleh komputer. Kesan elektronik membolehkan data dipaparkan, dipadam dan diedit dengan mudah. Hamparan elektronik mempunyai ciri-ciri untuk mengolah data termasuk mengira seperti kalkulator termasuk pengiraan menggunakan formula matematik dan saintifik. Fitur lanjutan hamparan

Di sepanjang pengalaman anda, pernahkah anda menggunakan buku ledger. Tahukah anda halaman buku ledger tersebut dikenali sebagai hamparan. Apakah yang anda faham dengan perkataan hamparan? Apakah yang membezakan antara hamparan elektronik dengan hamparan bukan elektronik?

Aktiviti 5.1

Page 3: 09. Topik 5 HBEF 2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikanhamparan+elektronik.pdf · 120 TOPIK 5 HAMPARAN ELEKTRONIK Perisian Microsoft Excel membenarkan pengguna: (i) ... TOPIK 5

TOPIK 5 HAMPARAN ELEKTRONIK ! 119

elektronik membolehkan paparan dibuat dalam bentuk jadual dan carta untuk memudahkan pengguna menggarap maklumat hasil olahan data. Perisian hamparan elektronik boleh membantu pengguna menyimpan data, melaksanakan pengiraan yang kompleks dan menghasilkan output samada dalam bentuk elektronik atau bentuk cetakan, dan dengan itu menjimatkan masa dan tenaga manusia berbanding hamparan yang berasaskan kertas dan pensil. Aplikasi hamparan elektronik termasuk membolehkan pengguna

(i) menyimpan rekod

(ii) memadam rekod

(iii) mengedit rekod

(iv) menyusun dan mengisih rekod

(v) membuat pengiraan matematik, statistik, kewangan dan kejuruteraan berdasarkan formula dan function

(vi) memaparkan maklumat dalam bentuk jadual dan carta Topik ini akan tertumpu kepada perisian hamparan elektronik Microsoft Excel untuk kegunaan dalam pengajaran dan pembelajaran. Sebagai sebahagian dari aplikasi bersepadu Microsoft Office, terdapat banyak ciri yang dikongsi sama dengan aplikasi Microsoft Word dan Microsoft PowerPoint. Perhatian perlu diberi kepada fitur-fitur yang dipilih semasa proses instalasi perisian aplikasi bersepadu Microsoft Office. Terdapat rungutan pengguna-pengguna Microsoft Excel bahawa sesetengah fitur yang mereka perlukan tidak ada apabila mereka menggunakan perisian tersebut. Hal sedemikian selalunya timbul akibat dari tidak memilih untuk diinstalasi fitur berkenaan semasa proses instalasi perisian aplikasi bersepadu Microsoft Office.

Senaraikan fungsi hamparan elektronik yang anda ketahui, apakah kesan yang anda dapati sekiranya perisian ini tidak dicipta.

Semak Kendiri 5.1

Page 4: 09. Topik 5 HBEF 2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikanhamparan+elektronik.pdf · 120 TOPIK 5 HAMPARAN ELEKTRONIK Perisian Microsoft Excel membenarkan pengguna: (i) ... TOPIK 5

TOPIK 5 HAMPARAN ELEKTRONIK120

Perisian Microsoft Excel membenarkan pengguna:

(i) menyimpan data dan mengolahnya,

(ii) melakukan format pada worksheet seperti memasukkan simbol matawang dan perpuluhan, memberi kesan warna, alignment dan protection,

(iii) menghasilkan carta berdasarkan data,

(iv) melaksanakan pengiraan matematik, stastitik, kejuruteraan dan kewangan,

(v) membuat unjuran berdasarkan penggunaan analisis what-if ,

(vi) mengautomasikan tindakan-tindakan berdasarkan penggunaan macro,

(vii) menyimpan dan mengurus data dalam bentuk pangkalan data dengan mudah,

(viii) menyelit grafik,dan

(ix) mengakses internet berdasarkan penggunaan hyperlink.

5.1.2 Komponen Asas

Fail Microsoft Excel dikenali sebagai Excel Workbook dengan file extension .xls. Setiap workbook terdiri dari hamparan kerja elektronik yang dikenali sebagai Excel Worksheet. Bilangan worksheet boleh ditambah dan setiap worksheet diaktifkan (dipaparkan) dengan cara menekan tab worksheet berkenaan yang terdapat di bahagian bawah kiri paparan di skrin. Worksheet Microsoft Excel adalah seperti sehelai kertas elektronik yang terbina bersama sebatang pensil, pemadam dan mesin kira. Ia mempunyai column (lajur) dan row (baris). Secara default terdapat 256 column dengan kepala abjad bermula A hingga Z, kemudian AA hingga AZ dan seterusnya. Terdapat 65,536 row dengan kepala numerik 1 hingga 65536. Column dan Row boleh ditambah (add), dibuang (delete) dan disorokkan (hide). Tindanan (intersection) column dan row dinamakan cell. Setiap cell mempunyai nama rujukan (cell reference) berdasarkan column dan row. Sebagai contoh, Cell yang menjadi tindanan antara Column C dan Row 32 dirujuk sebagai Cell C32.

Berdasarkan senarai keupayaan perisian Microsoft Excel, cadangkan bagaimana Microsoft Excel boleh dimanfaatkan oleh guru untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Semak Kendiri 5.2

Page 5: 09. Topik 5 HBEF 2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikanhamparan+elektronik.pdf · 120 TOPIK 5 HAMPARAN ELEKTRONIK Perisian Microsoft Excel membenarkan pengguna: (i) ... TOPIK 5

TOPIK 5 HAMPARAN ELEKTRONIK ! 121

Sekumpulan cell yang dihighlightkan dikenali sebagai range. Dari segi notasi, range dinotasikan dari sel paling atas kiri hingga ke sel paling kanan bawah melalui simbol: (contoh C32:G46). (a) Pengenalan kepada Tetingkap Microsoft Excel

Rajah 5.1: Tetingkap Microsoft Excel

File Name adalah nama kepada fail yang dibuka. Apabila satu fail baru dibuka, secara default, fail tersebut akan mengambil nama Book1 (Book1.xls). Nama fail ini akan dipaparkan pada Application Bar. Apabila anda menyimpan fail tersebut atas nama baru, nama baru itu pula akan dipaparkan di tempat yang sama.

Rajah 5.2: Tetingkap Toolbar

Seperti Microsoft Word, Microsoft Excel mempunyai arahan-arahan yang

boleh dicapai sama ada dengan membuka pull down menu dari Main Menu Bar atau mengklik icon yang terdapat pada mana-mana toolbar.

Page 6: 09. Topik 5 HBEF 2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikanhamparan+elektronik.pdf · 120 TOPIK 5 HAMPARAN ELEKTRONIK Perisian Microsoft Excel membenarkan pengguna: (i) ... TOPIK 5

TOPIK 5 HAMPARAN ELEKTRONIK122

(b) Main Menu Bar Terdapat kelainan pada Main Menu Excel berbandiing aplikasi Microsoft

office lain. Antara yang ketara adalah: Pada sub menu Insert terdapat keupayaan khas seperti menambah cell,

row, column, worksheet, function dan chart. Lain-lain keupayaan adalah hampir sama dengan menu di Microsoft Word.

Rajah 5.3: Sub Menu (insert)

Pada sub menu Format terdapat keupayaan mengubah ciri cell, row, column dan sheet.

Rajah 5.4: Sub Menu (format)

Pada sub menu Tools terdapat Protection tool untuk melindungi worksheet dan workbook bagi mengelakkan data atau operasi matematik diubah oleh pengguna. Options tool pula membolehkan pengguna mengubah ciri asas hamparan kerja dibuka.

Page 7: 09. Topik 5 HBEF 2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikanhamparan+elektronik.pdf · 120 TOPIK 5 HAMPARAN ELEKTRONIK Perisian Microsoft Excel membenarkan pengguna: (i) ... TOPIK 5

TOPIK 5 HAMPARAN ELEKTRONIK ! 123

Rajah 5.5: Sub Menu (tool)

Pada sub menu Data terdapat keupayaan mengisih dan menapis data serta beberapa pilihan lain yang boleh digunakan untuk memanipulasi data.

Rajah 5.6: Sub Menu (data)

(c) Toolbar pada Paparan Microsoft Excel Microsoft Excel membekalkan beberapa toolbar yang boleh tinjau dengan

memilih View di Main Menu dan klik Toolbars.

Page 8: 09. Topik 5 HBEF 2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikanhamparan+elektronik.pdf · 120 TOPIK 5 HAMPARAN ELEKTRONIK Perisian Microsoft Excel membenarkan pengguna: (i) ... TOPIK 5

TOPIK 5 HAMPARAN ELEKTRONIK124

Toolbar berkaitan boleh dikeluarkan pada paparan skrin dengan memilihnya dari senarai yang terpapar. Setiap toolbar mempunyai set icon tersendiri bagi membantu memudahkan pengguna Excel melaksanakan tugas format, mengedit, dan melaksanakan arahan matematik.

Antara icon yang biasa digunakan termasuk dalam jadual berikut:

Jadual 5.1: Ikon dalam Toolbar pada Paparan Microsoft Excel

Ikon Keterangan

Menjumlah nilai dari jeda yang ditetapkan

Mengeluarkan dialog box untuk function

Melakukan isihan ke bawah atau ke atas

Mengurang atau menambahkan nombor perpuluhan

Memulakan chart wizard

Mengetengahkan teks melangkaui beberapa cell yang dipilih

Mewarnakan sempadan cell yang dipilih

Ikon boleh ditambah kepada setiap Toolbar dengan memilih Customize dan memilih icon yang diinginkan serta mengheret icon berkenaan ke atas toolbar berkaitan.

Setelah anda pelajari mengenai Hamparan Elektronik. Apakah langkah yang perlu bagi menghapuskan icon yang sedia ada pada toolbar yang terpapar?

Aktiviti 5.2

Page 9: 09. Topik 5 HBEF 2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikanhamparan+elektronik.pdf · 120 TOPIK 5 HAMPARAN ELEKTRONIK Perisian Microsoft Excel membenarkan pengguna: (i) ... TOPIK 5

TOPIK 5 HAMPARAN ELEKTRONIK ! 125

5.1.3 Format Cell

Cell boleh diformat dalam pelbagai format. Kaedah untuk memformat cell atau sekumpulan cell pengguna perlu highlight cell berkenaan dahulu sebelum mengeluarkan paparan untuk memformat cell. Cara untuk highlight boleh dilakukan dengan mana-mana cara berikut:

(a) Cell - mengklik mana-mana satu sel untuk mengaktifkannya (b) Range - klik dan drag tetikus melangkaui beberapa cel (c) Column - klik pada column header column berkaitan (d) Row - klik pada row header row berkaitan Sub window Format Cells adalah menu utama untuk memformat cell. Paparan berkenaan dikeluarkan menerusi klik Format di Main Menu dan klik Cells. Dengan menggunakan sub window Format Cells pengguna boleh menukar ciri cell dari aspek sifat angka yang dimasukkan ke dalam cell, alignment kandungan cell, ciri font, cell border, cell pattern dan menukar protection bagi cell.

Pada menu Alignment pengguna dapat memperkemaskan kedudukan dan orientasi paparan kandungan cell. Pengguna juga dapat mencantumkan beberapa cell secara Merge cells.

Senaraikan semua jenis toolbar yang ada dalam Microsoft Excel.

Semak Kendiri 5.3

Rajah 5.7: Tetingkap Format Cells

Page 10: 09. Topik 5 HBEF 2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikanhamparan+elektronik.pdf · 120 TOPIK 5 HAMPARAN ELEKTRONIK Perisian Microsoft Excel membenarkan pengguna: (i) ... TOPIK 5

TOPIK 5 HAMPARAN ELEKTRONIK126

Pada Menu Font pengguna dapat menukar ciri font yang dipaparkan dari aspek jenis muka huruf, style, saiz, kesan garis dan warna. Terdapat satu tetingkap Preview yang membenarkan pengguna mengetahui kesan pilihan sebelum OK diklik.

Protection bagi cell hanya berfungsi apabila protection bagi worksheet telah dilaksanakan.

Secara default semua cell berada dalam keadaan Locked. Ini bermakna apabila protection bagi worksheet dilaksanakan, semua cell tidak boleh diubah oleh pengguna. Oleh itu mana-mana cell yang memerlukan perubahan input (misalnya untuk murid memasukkan jawapan) perlu dihapuskan ciri 'Locked'terlebih dahulu. Terdapat keupayaan mamberikan password bagi tujuan kawalan protect dan unprotect.

Ciri Hidden pula akan meyebabkan kandungan sesuatu cell tidak dipaparkan apabila protection bagi worksheet dilaksanakan. Satu situasi di mana ciri Hidden digunakan ialah apabila guru tidak mahu murid mengetahui formula yang digunakan untuk mendapat jawapan hasil input murid.

Rajah 5.8: Tetingkap Format Cells (menu Font)

Rajah 5.9: Tetingkap Format Cells (Protection)

Page 11: 09. Topik 5 HBEF 2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikanhamparan+elektronik.pdf · 120 TOPIK 5 HAMPARAN ELEKTRONIK Perisian Microsoft Excel membenarkan pengguna: (i) ... TOPIK 5

TOPIK 5 HAMPARAN ELEKTRONIK ! 127

5.1.4 Jenis Data Input dan Fungsi Operasi Matematik

Cell boleh mengambil sifat blank (tiada apa input) atau mempunyai input samada constant atau formula. Constant merupakan:

(a) input yang tidak berubah termasuk teks, tarikh, masa atau

(b) nombor yang mempunyai nilai numerik seperti integer, decimal, peratus atau pecahan yang mana jika perlu diubah perlu kemasukan yang baru.

Formula pula adalah kemasukan yang merupakan operasi dan fungsi matematik kepada constant yang ada, yang jika diubah, akan mengubah keseluruhan pengiraan. Ini juga bermakna, dengan menggunakan formula, jika mana-mana constant diubah, perubahan kepada hasil pengiraan akan dilakukan secara automatik. Formula perlu dimulakan dengan simbol =. Operasi matematik yang biasa digunakan bersama formula termasuk:

+ Tambah

- Totak

* Darab

/ Bahagi

Terdapat banyak fungsi matematik yang boleh digunakan yang boleh digunakan untuk memudahkan pengiraan. Senarai penuh fungsi matematik untuk excel boleh dilihat dengan mengklik Insert di Main Menu dan memilih Function. Antara fungsi matematik yang biasa digunakan oleh guru termasuk yang terdapat dalam jadual di bawah:

Page 12: 09. Topik 5 HBEF 2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikanhamparan+elektronik.pdf · 120 TOPIK 5 HAMPARAN ELEKTRONIK Perisian Microsoft Excel membenarkan pengguna: (i) ... TOPIK 5

TOPIK 5 HAMPARAN ELEKTRONIK128

Jadual 5.2: Fungsi Matematik, Tujuan dan Contoh Formula

Fungsi Tujuan Contoh Formula

SUM Carikan jumlah =SUM(A1+B1)

=SUM(C2:F2)

=SUM(P10*(60/100))

=SUM((AE8/48)*100)

AVERAGE Carikan nilai purata bagi satu range

=AVERAGE(C12:H12)

COUNTIF Kirakan kekerapan suatu nilai dalam satu range

=COUNTIF(G13:G60, ‰LULUS ‰)

IF Memberi respon jawapan yang pelbagai bagi input yang berbeza

=IF(C19=‰‰,‰‰,IF(C19=‰baju‰,1,0))

Cell yang mengandungi formula dan function boleh ditukarkan nilai kepada teks apabila dimasukkan diawalnya dengan simbol '. Teknik ini biasanya dilakukan untuk membolehkan guru mempamerkan formula yang digunakan untuk mendapat sesuatu hasil apabila memberi penerangan kepada murid.

Rajah 5.10: Contoh penggunaan Formula di Cell

5.1.5 Formula Bar

Paparan di Formula Bar adalah amat penting dalam Excel. Apa sahaja yang ditaip masuk dalam mana-mana cell akan dipaparkan pada formula bar. Oleh itu, paparan di formula bar boleh digunakan untuk mengetahui kandungan sebenar sesuatu sel.

Page 13: 09. Topik 5 HBEF 2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikanhamparan+elektronik.pdf · 120 TOPIK 5 HAMPARAN ELEKTRONIK Perisian Microsoft Excel membenarkan pengguna: (i) ... TOPIK 5

TOPIK 5 HAMPARAN ELEKTRONIK ! 129

Rajah 5.11: Paparan perbezaan Formula Bar ketika berada di Cell C, dengan semasa di kedudukan Cell D, paparan Formula Bar kosong

Pengguna juga boleh mengedit teks atau formula dengan menaip terus pada formula bar.

Rajah 5.12: Paparan pada formula bar yang mempunyai pengisian formula

Paparan di formula bar memaparkan formula dan fungsi sebagai paparan lazim dan tidak sebagai hasil formula atau fungsi berkenaan. Ini memudahkan pengguna mengesan kesilapan pada formula atau fungsi yang digunakan jika ada.

1. Jelaskan empat simbol asas operasi matematik yang digunakan dalam

Microsoft Excel.

2. Jelaskan empat fungsi matematik dalam Microsoft Excel yang biasa digunakan guru untuk membina bahan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Semak Kendiri 5.4

Page 14: 09. Topik 5 HBEF 2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikanhamparan+elektronik.pdf · 120 TOPIK 5 HAMPARAN ELEKTRONIK Perisian Microsoft Excel membenarkan pengguna: (i) ... TOPIK 5

TOPIK 5 HAMPARAN ELEKTRONIK130

5.2 FITUR-FITUR ASAS HAMPARAN ELEKTRONIK

5.2.1 Menyusun dan Mengisih Data

Selain berfungsi untuk menjalankan operasi matematik Excel juga berguna untuk kerja-kerja routin seperti penyusunan data dalam bentuk jadual dan carta untuk persembahan dan cetakan. Isian data dapat dilaksanakan dengan menggunakan arahan Sort. Untuk tujuan itu, data perlu dihighlight terdahulu kemudian klik Data pada Main Menu, pilih Sort.

Sub-Window yang terpapar akan membenarkan pengguna mengisih data dalam column berkaitan mengikut abjad dan kekuatan nilai secara menurun atau menaik.

Rajah 5.13: Tetingkap ÂSortÊ

Kemudahan Sort membolehkan data dipaparkan kepada pengguna dengan lebih kemas.

5.2.2 Menapis Data

Apabila koleksi data menjadi terlalu besar keupayaan mencapai data menjadi lebih sukar. Excel menyediakan kemudahan menapis data bagi memudahkan capaian data yang hendak dipaparkan. Penapisan data dilakukan dengan cara: klik Data pada Main Menu, klik Filter pada sub menu dan pilih AutoFilter.

Page 15: 09. Topik 5 HBEF 2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikanhamparan+elektronik.pdf · 120 TOPIK 5 HAMPARAN ELEKTRONIK Perisian Microsoft Excel membenarkan pengguna: (i) ... TOPIK 5

TOPIK 5 HAMPARAN ELEKTRONIK ! 131

Rajah 5.14: Tetingkap data (filter)

Dengan menggunakan Filter, pengguna dapat menapis data supaya data yang terpilih sahaja dipaparkan.

Rajah 5.15: Contoh data yang dihasilkan dengan penggunaan filter

5.2.3 Pembinaan Jadual

Penggunaan prinsip reka bentuk visual adalah penting dalam merekabentuk bahan persembahan. Sejauhmanakah prinsip reka bentuk visual perlu diaplikasikan dalam membina jadual yang dapat memaparkan data dengan jelas kepada pengguna?

Aktiviti 5.3

Page 16: 09. Topik 5 HBEF 2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikanhamparan+elektronik.pdf · 120 TOPIK 5 HAMPARAN ELEKTRONIK Perisian Microsoft Excel membenarkan pengguna: (i) ... TOPIK 5

TOPIK 5 HAMPARAN ELEKTRONIK132

Jadual digunakan untuk mempersembahkan data berbentuk teks dan nombor agar dapat difahami dengan lebih jelas oleh pengguna. Jadual dalam Excel terbentuk hasil kesan formatting ke atas cell yang mengandungi data. Antara kesan format yang biasa dikenakan ke atas cell termasuk memberikan warna untuk table header, mewujudkan border disekeliling cell dan range, kesan kepada alignment teks dalam cell termasuk kesan orientation.

5.2.4 Pembinaan Carta

Carta digunakan sebagai representasi grafik untuk data yang dimasukkan ke dalam Excel. Cara biasa menghasilkan carta adalah dengan menggunakan Chart Wizard. Sub Window Chart Wizard dikeluarkan untuk paparan dengan mengklik pada icon Chart Wizard pada toolbar atau mengklik Insert pada Main Menu dan memilih Chart.

Rajah 5.16: Tetingkap Chart Wizard

Excel memberikan keupayaan membentuk pelbagai jenis carta dari data yang telah disediakan. Antara carta yang biasa digunakan termasuk Column, Bar, Pie dan Line. Sesetengah jenis carta boleh dibuat dalam bentuk 3-dimensi untuk kelihatan lebih menarik. Pemilihan jenis carta bergantung kepada jenis maklumat yang hendak disampaikan. Carta Column dan Carta Bar biasanya digunakan untuk menunjukkan tahap pencapaian. Manakala Carta Line pula digunakan

Page 17: 09. Topik 5 HBEF 2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikanhamparan+elektronik.pdf · 120 TOPIK 5 HAMPARAN ELEKTRONIK Perisian Microsoft Excel membenarkan pengguna: (i) ... TOPIK 5

TOPIK 5 HAMPARAN ELEKTRONIK ! 133

untuk menunjukkan perubahan pencapaian atau prestasi. Kegunaan utama Carta Pie adalah untuk menunjukkan pecahan daripada satu dapatan. Pada asasnya apabila sekumpulan data dihighlight dan carta dibina menggunakan Chart Wizard, satu carta ringkas akan terbentuk.

Rajah 5.17: Contoh carta dihasilkan

Satu perkara penting yang perlu dilakukan ialah pengguna perlu menentukan sama ada data yang hendak dijadikan carta itu berada dalam Row (data disusun secara mendatar mengikut row) atau Column (data disusun secara menegak mengikut column) dan menandakannya pada Series in di Data Range pada sub window Chart Source Data.

Rajah 5.18: Contoh carta pemilihan susunan Column

Page 18: 09. Topik 5 HBEF 2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikanhamparan+elektronik.pdf · 120 TOPIK 5 HAMPARAN ELEKTRONIK Perisian Microsoft Excel membenarkan pengguna: (i) ... TOPIK 5

TOPIK 5 HAMPARAN ELEKTRONIK134

Carta yang lebih menarik dapat ditunjukkan membuat pilihan tertentu dengan memilih opsyen yang sesuai pada sub window Chart Options seperti: Titles : masukkan judul carta, kategori untuk paksi x dan paksi Y.

Data lables : masukkan nilai (value) sebenar di atas setiap bar.

Rajah 5.19: Contoh Carta yang telah diisi tajuk, paksi X dan Paksi Y

Anda boleh menyimpan carta sebagai satu worksheet tersendiri atau sebagai objek dalam worksheet yang sedang dibuka. Klik Finish setelah anda membuat pilihan.

5.3 INTEGRASI HAMPARAN ELEKTRONIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Di bahagian ini, peserta perlu melaksanakan beberapa aktiviti secara amali untuk menunjukkan bahawa hamparan elektronik boleh diintegrasikan ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

5.3.1 Amali1 - Membina Jadual

Dengan menggunakan kesan format yang bersesuaian, paparkan maklumat berikut dalam bentuk jadual yang dapat menarik perhatian murid tanpa menjejaskan keupayaan merujuk maklumat dengan cepat dan jelas.

Page 19: 09. Topik 5 HBEF 2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikanhamparan+elektronik.pdf · 120 TOPIK 5 HAMPARAN ELEKTRONIK Perisian Microsoft Excel membenarkan pengguna: (i) ... TOPIK 5

TOPIK 5 HAMPARAN ELEKTRONIK ! 135

Bilangan Murid Lelaki Bilangan Murid Perempuan

Tahun 4 Bijak 12 22

Tahun 4 Bestari 15 24

Tahun 4 Cerdik 11 28

Tahun 4 Pandai 19 22

Antara kesan format yang mungkin boleh anda gunakan termasuk:

(a) Alignment - menggunakan kesan orientation bagi header jadual dan align center bagi data.

(b) Font - saiz yang berbeza antara header jadual dan data.

(c) Border - border yang berlainan antara keliling jadual dan cell dalam jadual.

(d) Pattern - kesan shading bagi kawasan header jadual

5.3.2 Amali 2 - Membina Carta

Dengan menggunakan data di Amali 1, kirakan jumlah murid lelaki dan jumlah murid perempuan dalam tahun empat. Persembahkan data berkenaan menggunakan carta yang sesuai. Untuk melakukan tugasan ini anda perlu:

(a) menambah satu row dalam jadual dan mengira jumlah murid lelaki dan murid perempuan menggunakan fungsi matematik yang sesuai

(b) hide (sorok) row yang mengandungi data bagi empat kelas yang ada

(c) highlight baki jadual yang terpapar dan mulakan chart wizard.

(d) pilih chart type yang sesuai,

(e) tandakan orientasi data pada data range

(f) lengkap pilihan untuk chart options

5.3.3 Amali 3 - Membina Ujian

Anda akan membina satu ujian di mana murid akan melabelkan bahagian-bahagian pada sebuah picture dan mendapat respon samada jawapan mereka betul atau sebaliknya.

Page 20: 09. Topik 5 HBEF 2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikanhamparan+elektronik.pdf · 120 TOPIK 5 HAMPARAN ELEKTRONIK Perisian Microsoft Excel membenarkan pengguna: (i) ... TOPIK 5

TOPIK 5 HAMPARAN ELEKTRONIK136

Rajah 5.20: Contoh, hasil kerja dalam membina ujian

Pada satu worksheet baru:

(a) Insert satu gambar dari mana-mana sumber yang boleh anda perolehi ke atas satu worksheet baru,

(b) Bina arahan tugasan kepada murid untuk melabel bahagian-bahagian gambar berkenaan,

(c) Formatkan satu cell untuk murid memasukkan jawapan mereka contoh yang digunakan adalah cell jawapan murid (cell reference) adalah cell J7),

(d) Gunakan format TIDAK Locked (buang penanda di tepi Locked) bagi protection untuk cell di atas supaya murid boleh memasukkan jawapan apabila worksheet di protect selepas ini,

(e) Gunakan panah arah untuk memandu murid memasukkan jawapan yang sesuai bagi bahagian yang hendak dilabelkan,

(f) Sediakan satu cell lain untuk memaparkan respons kepada jawapan murid (contoh cell respons kepada jawapan murid adalah cell L7),

(g) Gunakan format Hidden bagi protection untuk cell di atas supaya murid tidak tahu jawapan yang digunakan dalam pemberian markah.

(h) Masukkan formula berikut ke dalam cell respons berkenaan:

=IF(J7=‰‰,‰‰,IF(J7=‰sambal‰,1,0))

Fungsi formula di atas bermaksud:

Jika cell J7 tidak ada jawapan, kosongkan cell tersebut, manakala jika J7 mengandungi input teks adalah sambal, berikan respons markah 1, jika bukan input bukan sambal berikan respons markah 0.

Page 21: 09. Topik 5 HBEF 2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikanhamparan+elektronik.pdf · 120 TOPIK 5 HAMPARAN ELEKTRONIK Perisian Microsoft Excel membenarkan pengguna: (i) ... TOPIK 5

TOPIK 5 HAMPARAN ELEKTRONIK ! 137

Catatan: Anda juga boleh memberi respons dalam bentuk teks seperti "BETUL" atau "SALAH".

(i) Ulang langkah c hingga g sehingga bagi melengkapi semua bahagian yang perlu dilabelkan. Jangan lupa - anda perlu menukar cell reference dan teks 'sambal' kepada cell dan teks yang berkaitan.

(j) Protect worksheet anda dengan mengklik Tools di Main Menu dan memilih Protection, Protect Sheet. Masukkan password pilihan anda - jangan lupa password yang digunakan.

Anda perlu Unprotect Sheet dan memasukkan password yang telah anda gunakan setiap kali anda ingin membuat perubahan kepada worksheet anda.

Di dalam topik ini, telah membincangkan sejarah hamparan elektronik, beberapa fitur asas dan contoh penggunaan hamparan elektronik dengan berfokuskan kepada perisian Microsoft Excel. Selain daripada itu, hamparan elektronik menjadi perisian penting dalam pengurusan pendidikan, ia juga menjadi alat yang berguna kepada guru dalam membina bahan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Seorang guru yang mahir mengendalikan fitur-fitur yang terdapat dalam perisian hamparan elektronik dapat membina bahan-bahan pendidikan yang sesuai digunakan dalam bilik darjah. Langkah lebih lanjut perlu diambil oleh guru untuk meneroka dan seterusnya memahirkan diri dengan fitur-fitur lanjutan hamparan elektronik agar dapat bertindak dengan lebih cemerlang dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

1. Jelaskan empat simbol asas operasi matematik yang digunakan dalam

Microsoft Excel.

2. Jelaskan empat fungsi matematik dalam Microsoft Excel yang biasa digunakan guru untuk membina bahan abgi tujuan pengajaran dan pembelajaran.

3. Anda bercadang hendak membina satu latihan berbentuk latih tubi menggunakan perisian Microsoft Excel. Jelaskan langkah-langkah yang perlu diambil untuk melaksanakan hasrat tersebut.

Semak Kendiri 5.5

Page 22: 09. Topik 5 HBEF 2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikanhamparan+elektronik.pdf · 120 TOPIK 5 HAMPARAN ELEKTRONIK Perisian Microsoft Excel membenarkan pengguna: (i) ... TOPIK 5

TOPIK 5 HAMPARAN ELEKTRONIK138

Cell Chart Wizard Column Filter Format Function Icon Main Menu

Protection Range Row Sort Sub window Toolbar Worksheet

Cushing, Steve (2001) GCSE: information and communication technology for OCR specification B. Oxford: Heinemann.

Gips, James (1991) Mastering Lotus 1-2-3: A problem-solving approach.

New York: John Wiley & Sons Inc. Noralila Mat et. al. (2004). Aplikasi Komputer. Kuala Lumpur: Prentice Hall. Sellapan, P. (2000) Excel 2000: through examples - a reference for beginners.

Shah Alam: Times.