09_Tajuk 1 kecederaan sukan

11

Click here to load reader

description

ppg

Transcript of 09_Tajuk 1 kecederaan sukan

Page 1: 09_Tajuk 1 kecederaan sukan

TAJUK 1

KONSEP ASAS KECEDERAAN DALAM SUKAN DAN PRINSIP ASAS PERTOLONGAN CEMAS.SUKAN, PERUBATAN SUKAN DAN JURULATIH SUKAN . PENCEGAHAN KECEDERAAN DALAM SUKAN.

KONSEP ASAS KECEDERAAN DALAM SUKAN DAN PRINSIP ASAS PERTOLONGAN CEMAS.

PENGENALAN

-Setiap bidang sukan ada risiko kecederaan-Sebarang kecederaan berlaku akibat penglibatan dalam aktiviti sukan, digelar kecederaan sukan.-Mengamalkan kaedah-kaedah pencegahan adalah cara terbaik bagi mengelak atau mengurangkan kecederaan sukan.-Rawatan kecederaan adalah pertolongan kecemasan yang diberikan kepada atlit sukan yang mengalami kecederaan atau kesakitan dengan tiba-tiba.

KECEDERAAN SUKAN:

-satu keadaan kerosakan atau luka yang berlaku ke atas otot, ligamen, tendon, tulang dan tisu-tisu lain serta yang berkaitan dengan sistem musculoskeletal yang diperoleh melalui penglibatan dalam aktiviti sukan. Contoh: patah, terseliuh, terkehel, luka, melecet, terbakar, termasuk benda asing, terkejut, pengsan, tidak sedar diri, pitam, terhenti pernafasan dan denyutan jantung, pendarahan dalaman.

Jenis Kecederaan Sukan

1

Page 2: 09_Tajuk 1 kecederaan sukan

Bilangan Kecederaan Mengikut Sukan

DEFINISI PERTOLONGAN CEMAS

Pertolongan Cemas ditakrifkan/diertikan sebagai Bantuan Permulaan/Bantu Mula/Rawatan Awal yang diberikan kepada seseorang yang mengalami kecederaan dalam sebarang kemalangan atau sakit secara mengejut/tiba-tiba dengan menggunakan objek sekeliling

2

Page 3: 09_Tajuk 1 kecederaan sukan

sebelum ketibaan ambulans, doktor atau pakar perubatan atau sebelum mangsa dihantar ke hospital.

TUJUAN PERTOLONGAN CEMAS

1. Menyelamatkan nyawa Memberi bantuan awal untuk menyelamatkan nyawa di dalam situasi yang mengan-

cam nyawa seperti pendarahan yang banyak, terhenti pernafasan dan jantung, ter-bakar dan melecur dan lain lain lagi.

Sekiranya pengsan berikan bantuan pernafasan Setiap saat adalah penting Berhentikan pendarahan Pulihkan renjatan

2. Mengelakkan dari bertambah buruk Memberi rawatan pertolongan cemas yang betul dan pantas untuk mengelakkan

kecederaan atau keadaan pesakit menjadi bertambah buruk. Mengurangkan pergerakan, buat apa yang anda tahu sahaja Melindungi pesakit dengan bantuan persekitaran alam semulajadi Jangan memberi apa-apa makanan atau minuman melalui mulut, basahkan bibir

sekiranya perlu

3.  Mengurangkan kesakitan / Memberi kelegaan dan keselesaan Memberi keselesaan, keyakinan  dan kata-kata semangat untuk memberikan kele-

gaan kepada pesakit Memberi semangat yang teguh kepada pesakit yang masih sedar Jangan tinggalkan peskit berseorangan Pastikn keadaan pesakit, periksa nadi dan pernafasan

4. Penyediaan bagi pengambilalihan oleh doktor untuk rawatan lanjutan

INGAT BANTUAN YANG DIBERI ADALAH SEMENTARA SAHAJA

PERATURAN PERTOLONGAN CEMAS

Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu dengan cepat dan tenang

Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedarkan diri, perlu menjaga, terutamanya pernafasan pesakit itu

Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa, kita perl melonggarkannya sahaja dengan tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa, kemudian kita perlu memerhatikan pergerakan perbafasan mangsa.

Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital dengan tindakan serta merta seperti :

i. Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik contoh jumlah pernafasan normal dewasa antara 10 -12 @ 12-20 @ 12-18 kali seminit.

ii. Memberikan rawatan renjatan dengan segera.

3

Page 4: 09_Tajuk 1 kecederaan sukan

iii. Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah dengan cara membebat darah dari keluar.

iv. Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna, contoh pengambilan kadar nadi. v. Dapatkan bantuan orang yang berhampiran untuk membuat  panggilan ke polis,

ambulans, keluarga dan lain-lain.

TINDAKAN SERTA MERTA PERTOLONGAN CEMAS

Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik. Memberikan rawatan renjatan dengan segera. Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah. Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna

SELALU BERINGAT AKAN KEUTAMAAN- Adakah mangsa sedar- Adakah mangsa bernafas- Adakah mangsa berdarah teruk- Adakah mangsa keracunan

SIKAP YANG PERLU ADA PADA PEMBERI PERTOLONGAN CEMAS

Berpengetahuan        Tenang           Berkeyakinan               lemah lembut Tajam pengamatan     Bertanggungjawab Pantas bertindak       Amanah Adil Lemah lembut Sentiasa tersenyum Buat apa yang anda tahu Berkecuali Sukarela

KADAR NADI

Kadar nadi bagi setiap orang adalah berbeza-beza. Bayi mempunyai kadar nadi yang tinggi manakala seorang atlet yang mempunyai tahap kecergasan yang tinggi mempunyai kadar nadi yang rendah.

CARA MENGAMBIL KADAR NADI

Secara umumnya, kita boleh mengambil bacaan denyutan nadi di arteri radial iaitu di pergelangan tangan. satu lagi tempat yang paling sesuai untuk diambil bacaan nadi ialah di arteri karotid iaitu di bahagian leher. rasalah nadi anda menggunakan dua jari (jari telunjuk dan jari hantu).

4

Page 5: 09_Tajuk 1 kecederaan sukan

SUKAN, PERUBATAN SUKAN DAN JURULATIH SUKAN

Konsep Sukan

- Aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan - pertandingan keseronokan,

pembangunan, kemahiran dan kecemerlangan.

- Contoh - berenang secara bersaing di hadapan penonton dianggap sukan, tetapi

berenang bersendirian di kolam atau laut dianggap sebagai aktiviti rekreasi.

- Sukan menuntut pengorbanan - masa, wang dan keinginan - sama ada sebagai

peserta atau penonton.

- Sukan - aktiviti riadah, mengisi kegiatan lapang, bahan untuk media massa atau

elektronik dan sumber pendapatan.

- Sukan mengandungi;

( i ) latihan kemahiran berguna secara rekreasi,

( ii ) peraturan tertentu dalam mengejar kecemerlangan.

- Kecemerlangan - kemampuan mengatasi tanda ukur (benchmark) terdahulu, catatan

masa, rekod dunia dan sebagainya.

PERBEZAAN ANTARA SUKAN PERMAINAN DAN LATIHAN

5

Page 6: 09_Tajuk 1 kecederaan sukan

- Sukan melibatkan peserta berkemahiran (atlet atau individu berpengetahuan).

- Permainan tidak mempunyai tujuan yang jelas tetapi boleh berubah kepada sukan

seperti permainan kanak-kanak

- Latihan ialah aktiviti yang bertujuan membina kemahiran dan kemampuan seseorang

dalam sesuatu sukan

-

PERUBATAN SUKAN

- Perubatan salah satu cabang sains hayat yang berkaitan dengan menjaga dan

mengekalkan kesihatan dan rasa sihat (wellness).

- Perubatan sukan - bidang yang dapat membantu atlet pulih dari kecederaan yang

dialami sewaktu terlibat dalam aktiviti sukan, serta membincangkan hal-hal

pencegahan kecederaan semasa bersukan.

ENAM LANGKAH DALAM KITARAN KECEDERAAN

6

Page 7: 09_Tajuk 1 kecederaan sukan

KEPENTINGAN TERAPI DALAM SUKAN

- Terapi kecederaan terbahagi kepada dua :

i. Fisioterapi - hidroterapi, elektroterapi, terapi haba

ii. Urutan sukan.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB AHLI PERTOLONGAN CEMAS SUKAN

- Kenalpasti punca kemalangan atau kecederaan.

- Lakukan pertolongan dengan tertib, pantas, tenang dan senyap - elakkan terlalu

banyak bercakap perkara yang tidak patut dengan mangsa.

- Pulihkan pernafasan mangsa jika didapati pernafasan mangsa terhenti.

- Memberi perangsang kepada mangsa.

- Pindahkan mangsa ke tempat yang selamat.

1. Kenalpasti

tanda-tanda dan simpton

2. Kurangkan pergerakan

bahagian kecederaan,

dapatkan rawatan

3. Lakukan bantuan

awal mengikut

kecederaan4. Dapatkan

rawatan lanjut dan

susulan pakar

5. Dapatkan rehat

secukupnya mengikut

kadar kecederaan

6. Sesi latihan

simulasi

7

Page 8: 09_Tajuk 1 kecederaan sukan

- Segera hubungi pihak polis, ambulan dan keluarga mangsa jika kecederaan serius.

- Menjaga etika dan adab diri serta mangsa dalam menghadapi kecemasan.

- Menilai keberkesanan kaedah rawatan yang digunakan bagi memastikan keadaan

mangsa akan datang.

PENCEGAHAN KECEDERAAN DALAM SUKAN

DEFINISI

Pencegahan kecederaan - dalam kamus dewan edisi keempat , pencegahan kecederaan

memberi maksud mencegah dari berlakunya kecederaan yang tidak diingini ketika

melakukan aktiviti sukan.

ENAM PRINSIP PENCEGAHAN

PELAKSANAAN PRINSIP PENCEGAHAN

i. Menguasai teknik yang betul

- Biasanya pemain berkemahiran tinggi jarang mengalami kecederaan kerana mereka

1. Prinsip Latihan

2. Memanas kan Badan

3. Ansur Maju

Latihan4. Aktiviti Mengelak

kan Kecedera

an

5. Keselamatan kemudahan,

peralatan dan

persekitaran

6. Peralatan perlindung

an

8

Page 9: 09_Tajuk 1 kecederaan sukan

dilindungi oleh kemahiran mereka. Oleh itu, adalah penting bagi pemain teknik permainan

yang betul.

ii. Menguasai komponen-komponen kecergasan spesifik

- Pemain harus menguasai teknik kecergasan spesifik.

- Latihan yang dijalankan adalah untuk mengajar dan melatih pemain dalam mengelakkan

kecederaan dan bukan untuk memantapkan mutu permainan semata-mata.

-Pemain yang cergas biasanya jarang ditimpa kecederaan. Hal ini kerana :

(i) Reaksi yang tinggi terhadap bahaya dan biasanya tindak balas untuk mengelakkan

diri daripada bahaya tersebut adalah tinggi.

(ii) Jatuh dengan kendur (relax way) sekaligus dapat meminimumkan kecederaan.

(iii) Memiliki kelenturan yang tinggi. Ini dapat membantu mengurangkan hentakan ketika

jatuh.

iii. Menggunakan kemudahan dan pakaian yang sesuai

- Jersi, seluar pendek dan kasut yang digunakan harus sesuai dengan permainan.

- Elakkan menggunakan pakaian kurang sesuai yang boleh mendatangkan kecederaan

kepada anggota badan.

- Alat pelindung seperti pelindung siku dan lutut boleh digunakan untuk melindungi

kecederaan siku dan lutut apabila terjatuh.

Peraturan dan penguatkuasaan undang- undang

iv. Peraturan diwujudkan untuk menjadikan permainan menjadi lebih seronok.

- Pemain harus mematuhi undang-undang yang ditetapkan agar kecederaan dapat

dielakkan.

- Peraturan permainan harus dikuatkuasakan dengan tegas. Persediaan lengkap untuk

latihan dan pertandingan

- Jenis aktiviti yang dijalankan juga penting, sebelum pertandingan, elakkan latihan yang

terlalu keras yang menyebabkan pemain lesu ketika permainan. Ini kerana fokus utama

pemain adalan pertandingan. Jika mereka kurang stamina mereka akan mengalami

kecederaan ketika pertandingan.

v. Pengurusan Emosi

- Mental yang sihat memainkan peranan penting dalam membentuk jati diri seseorang atlit.

- Emosi yang stabil membantu atlit lebih bersedia melakukan aktiviti.

- Sekiranya berlaku kecelaruan emosi, mungkin menyebabkan perubahan tingkah laku yang

boleh menyebabkan berlakunya kecederaan.

9