09_Tajuk 1

download 09_Tajuk 1

of 18

Transcript of 09_Tajuk 1

  • 7/28/2019 09_Tajuk 1

    1/18

  • 7/28/2019 09_Tajuk 1

    2/18

    Arahan

    Pelajar dikehendaki:

    1. Menjawab soalan pra yang disediakan2. Membuat rujukan perpustakaan dan mengakses maklumat dari internet3. Anda dikehendaki membaca dengan teliti bahan yang dilampirkan serta bahan

    rujukan yang dinyatakan.4. Anda digalakkan untuk menjawab soalan dalam modul ini secara ikhlas dan

    jujur.5. Perbincangan adalah digalakkan6. Anda seharusnya lebih kreatif dalam menjawab soalan-soalan yang

    dikemukakan.

    Ujian Pra

    Membezakan di antara Pendidikan Jasmani, Sukan, Rekreasi dan Main

    1. Apakah yang dimaksudkan dengan Pendidikan Jasmani ?

    2. Apakah perbezaan antara Pendidikan Jasmani, Sukan, Rekreasi dan Main?

    3. Nyatakan objektif-objektif Pendidikan Jasmani dalam pengajaran danpembelajaran PJ ?

    Persoalan ini memerlukan anda memikir untuk menjawabnya. Senaraikan beberapa fahamananda tentang definisi objektif Pendidikan Jasmani dan bina rumusan anda sendiri tentang persoalanyang dikemukakan berdasarkan fahaman yang diperolehi.

    Pengenalan

    Bidang ini memberi pengetahuan tentang perihal sejarah awal dan kini Pendidikan Jasmani

    dan sukan. Modul ini juga memberi penekanan tentang perkembangan PendidikanJasmani dahulu hingga kini dan kaitannya dengan perkembangan sukan di Malaysia.

    Objektif Pembelajaran

    Setelah mengikuti modul ini pelajar diharap dapat:1. mentakrif dan memahami sejarah pendidikan jasmani secara kritis serta dapat

    mengaitkannya dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan;2. memahami, mengetahui dan mengaplikasikan konsep ,teori dan falsafah kurikulum

    Pendidikan Jasmani

    2

  • 7/28/2019 09_Tajuk 1

    3/18

    3. menyatakan dan menghuraikan perkembangan sejarah perkembangan PJ hinggakini.

    Arahan:

    1. Baca dan fahami objektif modul2. Sila jawab soalan pra berdasarkan pengetahuan anda dalam Pendidikan

    Jasmani.3. Sila baca arahan dan isi kandungan dalam Unit.4. Setelah menyempurnakan bacaan dan mendapatkan bahan-bahan yang

    diperlukan anda dikehendaki menjawab tugasan yang berikan.

    SEJARAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN JASMANIObjektifDi akhir unit ini anda akan dapat :

    Menjelaskan kandungan ilmu yang berkaitan dengan bidang pengetahuan

    Menghuraikan kandungan ilmu yang berkaitan untuk memperkukuhkan

    kandungan dan pengetahuan pedagogi

    Sejarah dan PerkembanganPendidikan Jasmani

    Pengenalan

    Pendidikan Jasmani Pendidikan Jasmani ZamanPurba Zaman Renaisance

    Pendidikan Jasmani Pendidikan JasmaniModen Di Malaysia

    3

  • 7/28/2019 09_Tajuk 1

    4/18

    1.0 Pengenalan

    Sistem pendidikan di Tanah Melayu adalah sistem tidak formal seperti kelas-kelas agama

    dan Al-Quran, kelas kesenian dan pertukangan dan tiada pendidikan jasmani. Murid-murid

    melibatkan diri secara sukarela dalam pelbagai aktiviti kebudayaan dan permainan

    tradisional untuk mengisi masa lapang dengan cara yang menyeronokkan. Kerja-kerja

    pertukangan dan kebun serta kesenian yang mengutamakan seni mempertahankan diri

    dianggap sebagai Pendidikan Jasmani. Masyarakat melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti

    yang berbentuk rekreasi seperti bersilat, berdayung, berenang, menari, bermain permainan

    tradisional seperti congkak, layang-layang, sepak raga dan lain-lain lagi. Aktiviti tersebut

    adalah sebahagian daripada kebudayaan rakyat pada masa itu.

    Latihan jasmani dipertuntunkan secara tidak formal kepada kanak-kanak melalui peniruan

    orang dewasa. Kebanyakan penyertaan permainan berbeza mengikut kelas sosial masing-

    masing. Sebagai contoh, golongan orang biasa akan bermain sepak raga, gasing dan

    congkak, manakala golongan istana akan melakukan aktiviti seperti menunggang kuda,

    memanah dan memburu.

    Dalam masyarakat primitif, sukan dan pendidikan jasmani merupakan satu aspek yang

    amat mustahak dalam kehidupan seharian. Masyarakat primitif yang kurang stamina,

    kemahiran, keteguhan dan kegagahan akan merugikan komuniti mereka. Untuk

    mempertahankan komuniti dan kewujudan yang berterusan sesuatu suku itu, para belia

    harus membina kekuatan, daya tahan, ketangkasan dan kemahiran untuk menanggung

    kehidupan mereka.

    Kanak-kanak pula akan mempelajari kemahiran melalui peniruan. Para bapa akan

    mengajar anak lelaki tentang segala kemahiran yang diperlukan oleh seseorang pemburu

    atau pelayar. Di antara aktiviti kemahiran termasuklah memanah, melempar lembing,

    memburu binatang, membuat senjata dan sampan, menangkap ikan dan mendayung

    kolek. Aktiviti perkembangan fizikal adalah seperti berenang, berlari, dan mendaki gunung.

    Aktiviti-aktiviti ini adalah satu keperluan yang diwajibkan oleh setiap kanak-kanak dalam

    masyarakat primitif untuk menjamin kehidupan mereka.

    Menari pula adalah merupakan amalan mulia bagi masyarakat primitive kerana ia adalah

    salah satu media utama dalam proses komunikasi antara manusia dengan roh-roh atau

    4

  • 7/28/2019 09_Tajuk 1

    5/18

    tuhan. Masa dan tempat sesuatu upacara serta tarian diadakan akan ditentukan oleh adat

    resam suku kaum masing-masing.

    1.1 Pendidikan Jasmani Zaman Purba

    Dalam masyarakat primitif, sukan dan pendidikan jasmani merupakan satu aspek yang

    amat mustahak dalam kehidupan seharian. Masyarakat primitif yang kurang stamina,

    kemahiran, keteguhan dan kegagahan akan merugikan komuniti mereka. Pada masa ini

    manusia hidup dalam keadaan nomad dan aktiviti hanya tertumpu kepada memburu dan

    mengumpul makanan untuk terus hidup. Aktiviti memburu dan berkumpul ini merupakan

    kebudayaan mereka. Mereka akan meraikan sesuatu kejayaan dengan menari, permainan

    kebudayaan, dan berjalan hingga berbatu-batu untuk menziarahi komuniti mereka. Bagi

    mempertahankan komuniti dan kewujudan yang berterusan sesuatu suku itu, golongan

    para belia harus membina kekuatan, daya tahan, ketangkasan dan kemahiran untuk

    menanggung kehidupan mereka.

    Kanak-kanak pula akan mempelajari kemahiran melalui peniruan. Para bapa akan

    mengajar anak lelaki tentang segala kemahiran yang diperlukan oleh seseorang pemburu

    atau pelayar. Di antara aktiviti kemahiran termasuklah memanah, melempar gada dan

    lembing, memburu binatang, membuat senjata dan sampan, menangkap ikan dan

    mendayung kolek. Aktiviti perkembangan fizikal adalah seperti berenang, berlari, dan

    mendaki gunung. Aktiviti-aktiviti ini adalah satu keperluan yang diwajibkan oleh setiap

    kanak-kanak dalam masyarakat primitif untuk menjamin kehidupan mereka.

    Menari merupakan amalan mulia bagi masyarakat primitif. Ia adalah salah satu media

    utama dalam proses komunikasi antara manusia dengan roh-roh atau tuhan. Masa dan

    tempat upacara serta tarian diadakan akan ditentukan oleh adat resam suku kaum masing-

    masing.

    SUKAN DALAM MASYARAKAT YUNANI PURBA

    Perkembangan pendidikan di Yunani dibahagikan kepada empat tahap:

    1. Pendidikan Yunani Homer (zaman prasejarah hingga Olimpik 776 S.M).

    2. Pendidikan Yunani Sparta (meliputi seluruh zaman sejarah Sparta).

    5

  • 7/28/2019 09_Tajuk 1

    6/18

    3. Pendidikan Yunani Athens Awal (776 S.M hingga akhir Perang Parsi pada

    480 S.M).

    4. Pendidikan Yunani Athens Lewat (dari 480 S.M hingga penaklukan

    Mekadonia 338 S.M).

    Yunani Homer

    Tujuan utama pendidikan jasmani dan sukan adalah untuk membentuk manusia petindak.

    Peperangan sering berlaku. Maka, setiap warganegara merupakan perajurit dan keadaan

    fizikal yang sihat dan kuat adalah sangat penting. Senaman bertujuan menghasilkan kualiti-

    kualiti seperti kekuatan, daya ketahanan, kepantasan dan keberanian yang sangat

    diperlukan dalam peperangan.

    Di antara aktiviti-aktiviti sukan yang dimainkan oleh kelas aristocrat ialah perlumbaan

    kereta kuda, tinju, bergomol dan lari. Bagi golongan askar, aktivitinya adalah seperti

    membaling lembing, memanah dan mengangkat berat. Dalam zaman ini, penduduknya

    boleh dikatakan melibatkan diri dalam sukan yang memerlukan tenaga dan kekuatan.

    Yunani Sparta

    Sparta merupakan sebuah negara tentera. Semua rakyat hanya mempunyai satu profesion

    iaitu sebagai askar, maka pendidikan jasmani dan sukan serta semua pendidikan di Sparta

    merupakan latihan untuk peperangan. Ini bertujuan untuk membentuk setiap rakyat

    sebagai petindak yang mempunyai kekuatan yang ganas, daya ketahanan yang tinggi,

    semangat keteguhan dan kegagahan serta kemahiran yenyera yang amat diperlukan.

    Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti gimnastik, lari dan lompatan serta permainan

    bola.

    Aktiviti-aktiviti lain termasuk lawan pedang, acara lompat, berenang, memburu, gusti, tinju,

    berjalan kaki, lempar cakera dan baling lembing.

    Yunani Athens Awal

    Pendidikan jasmani di Athens mempunyai fungsi lagi selain daripada untuk menyediakan

    warganegara di medan perang, iaitu untuk nilai estetika dan harmoni. Bagi mereka, tubuh

    badan adalah sama penting dengan otak. Oleh demikian sukan dihubungkan dengan

    6

  • 7/28/2019 09_Tajuk 1

    7/18

    falsafah, muzik, sastera, lukisan dan ukiran. Orang Greek yang menghargai kecantikan

    (fizikal) menganggap bahawa gemuk, kurang segar, dan pertumbuhan yang tidak wajar

    sebagau mengaibkan dan sebagai tanda kurang pendidikan.

    Di antara program pendidikan jasmani dan sukan bagi kanak-kanak dalam lingkungan

    umur 7-12 tahun adalah seperti berlari, lompatan, memanjat tali, permainan bola, baling

    lembing dan lempar cakera bersaiz kecil. Bagi pelajar yang lebih besar (dari segi umur),

    aktiviti lebih bertenaga seperti perlumbaan, baling lembing dan lempar cakera bersaiz

    besar, lompatan, bertinju, bergomol dan perlumbaan kereta kuda disediakan.

    Yunani Athens Lewat

    Selepas perang Parsi, Athens yang dahulu merupakan masyarakat pertanian, telah

    berubah menjadi pusat perdagangan dan sebuah pusat kosmopolitan. Penduduknya

    mempunyai lebih banyak masa lapang untuk perkembangan intelektual. Tujuan sekarang

    ialah membentuk manusia bijak dan bukan lagi manusia petindak. Antara aktiviti-aktiviti

    fizikal termasuklah gimnastik, olahraga, lumba berperisai, baling lembing, memanah,

    equestrian dan tinju. Walaubagaimanapun, mereka lebih berminat menjadi penonton

    daripada peserta.

    SUKAN OLIMPIK

    Sukan Olimpik diadakan sekali setiap empat tahun mulai tahun 776 S.M. sukan ini

    dijalankan selama lima hari pada bulan Ogos tahun itu bersama-sama dengan upacara

    menghormati Zeus (tuhan orang-orang Greek). Boleh dikatakan segenap lapisan

    masyarakat seperti petani, golongan bangsawan, ahli politik dan lain-lain mengambil

    bahagian. Jadi, perayaan Olimpik merupakan satu acara mengadakan pertukaran

    kebudayaan yang berbeza antara negara-negara kota.

    Satu acara sahaja yang diadakan dalam sukan tahun 776 S.M itu, iaitu lumba lari, dan

    johan utama adalah Coroibos dari Olis yang memenangi perlumbaan stadium sejauh

    170meter. Acara-acara sukan mula ditambah dengan adanya perlumbaan jarak jauh,

    lempar cakera, lompat jauh, baling lembing, bergomol, tinju dan sebagainya. Dalam tahun

    393 (masihi), Maharaja Theodosius telah menamatkan Sukan Olimpik yang telah diadakan

    selama 1503 tahun itu.

    7

  • 7/28/2019 09_Tajuk 1

    8/18

    Usaha untuk menghidupkan semula Sukan Olimpik muncul pada akhir abad ke-19.

    Pengasas Sukan Olimpik moden adalah Baron Pierre de Coubertin (1863-1937), seorang

    Perancis. Berdasarkan pengaruh beliau, dipersetujui untuk mengadakan Sukan Olimpik

    sekali setiap empat tahun, di mana semua bangsa dijemput mengambil bahagian. Sukan

    pertama diadakan di Athens dalam tahun 1896. Sejak itu, setiap empat tahun sukan ini

    diadakan.

    1.2 Pendidikan Jasmani Zaman Renaisance

    Kejatuhan Empayar Rom pada kurun ke-5 telah membawa Eropah kepada Zaman Gelap

    atau dikenali sebagai Zaman Pertengahan. Pada awal Zaman Gelap ini berlaku

    perpecahan politik, kemerosotan ekonomi dan kongkongan agama Kristian ke atasmasyarakat. Agama Krisitian semakin berpengaruh dalam masyarakat Eropah. Menjelang

    kurun ke-11 dan 12 beberapa perubahan besar telah berlaku ke atas masyarakat Eropah

    pada Zaman Gelap itu termasuklah dalam bidang pendidikan. Pada kurun ke-11 telah

    wujud universiti di Cordova, Sepanyol.

    Pertembungan dengan orang Islam di Sepanyol banyak mempengaruhi pendidikan di

    Eropah. Dalam kurun ke-12 kebanyakan orang Sepanyol boleh membaca dan menulis,

    berbeza dengan England atau Perancis pada masa yang sama. Pada abad ke-13 pelajar-pelajar dari seluruh pelusok Eropah yang ingin menuntut ilmu telah pergi ke gereja besar

    lama dan sekolah biasa. Para guru telah menubuhkan persatuan untuk mengendalikan

    pelajar mereka yang ramai dan di kalangan pelajar juga telah menubuhkan persatuan

    untuk meminjam guru-guru bagi membantu mereka. Para guru telah menubuhkan

    persatuan untuk mengendalikan pelajar mereka yang ramai itu dikenali sebagai universiti.

    Di universiti-universiti, gereja mengekalkan kuasa mengawalnya.

    Semua tenaga pengajar di universiti-universiti itu adalah ahli gereja kerana pada ZamanPertengahan pendidikan terhad kepada golongan gereja. Mereka ini sering dikenali

    sebagai schoolmen. Di semua universiti di Eropah, mata pelajaran utama adalah sama.

    Tiga subjek utama yang diajar ialah tata bahasa (cara membuat ayat), logik (cara untuk

    berfikir) dan retorik (cara untuk berucap). Di samping 3 mata pelajaran asas itu terdapat

    juga fourfold course (quardrivium), mata pelajaran yang berkaitan dengan nombor seperti

    aritmetik, geometri, astronomi dan muzik, kemudian barulah diajar tentang perundangan

    dan perubatan.

    8

  • 7/28/2019 09_Tajuk 1

    9/18

    1.3 Pendidikan Jasmani Moden

    1.4 Pendidikan Jasmani di Malaysia

    Perkembangan pendidikan jasmani di Malaysia dibahagikan kepada tiga peringkat yang

    besar:

    1. Sistem pendidikan asal, iaitu system pendidikan yang telah ada sebelum kedatangan

    pengaruh Barat.

    2. Zaman penjajahan menghasilkan pendidikan yang formal yang telah menghasilkan

    pertumbuhan sekolah-sekolah Inggeris, Melayu, Cina dan India. Zaman ini berlanjutan

    hingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

    3. Zaman pendidikan moden, iaitu zaman selepas medeka.

    Sebelum datangnya pengaruh pendidikan Barat, sistem pendidikan merupakan sistem

    yang tidak formal seperti kelas-kelas agama dan al-Quran, kelas kesenian dan

    pertukangan. Sistem ini tidak memberatkan ciri-ciri pendidikan secara formal. Oleh itu,

    tidak ada langsung pendidikan jasmani.

    Sistem pendidikan yang formal diperkenalkan di negara ini selepas kedatangan Inggeris di

    negeri-negeri Selat. Ini adalah usaha penganjur Kristian dan Kompeni Inggeris. Sekolah

    yang pertama didirikan di Tanah Melayu ialah Penang Free School yang ditubuhkan dalam

    tahun 1816. Usaha mendirikan sekolah ini dibuat oleh Rev. R.S Hutching. Sekolah itu ialah

    dibawah pengelolaan Kompeni Inggeris. Pendidikan jasmani tidak dijalankan lagi.

    Sehingga tahun-tahun 1920-an masih belum ada sistem dan sukatan pelajaran yang formal

    walaupun peajaran pendidikan jasmani mula diajar secara tidakm formal. Keutamaan diberi

    kepada aktiviti senaman, latihan kawat dan permainan yang membawa pengaruh

    penjajahan Inggeris. Tahun 1924 dilantik seorang pengusaha pendidikan jasmani untuk

    negeri-negeri Selat.

    Sungguhpun begitu, sukatan pelajaran pendidikan jasmani belum tersusun. Guru-guru

    yang tidak pernah menerima latihan pendidikan jasmani ditugaskan mengajar pelajaran itu.

    Tahun-tahun 1930-an barulah usaha rancangan pendidikan jasmani untuk sekolah-sekolah

    dimulakan. Sukatan pelajaran itu merupakan asas untuk pelajaran pendidikan jasmani di

    9

  • 7/28/2019 09_Tajuk 1

    10/18

    Tanah Melayu. Ia berdasarkan kepada sukatan pelajaran Latihan Fizikal untuk sekolah-

    sekolah Inggeris di England, yang mana telah diperkenalkan dalam tahun 1933.

    Siri buku-buku Jefferson, How To Teach Physical Training dijadikan asas sukatan

    pelajaran Pendidikan Jasmani. J.W Jefferson yang dilantik sebagai penguasa pendidikan

    jasmani dalam tahun 1932, telah melancarkan rancangan latihan guru pendidikan jasmani

    ke seluruh negara. Kursus-kursus dalam perkhidmatan diadakan di seluruh negara. Tahun

    1946-48, suatu sukatan yang formal untuk sekolah-sekolah rendah dan menengah.

    Sukatan ini diterbitkan oleh Maktab Perguruan Sultan Idris, (MPSI) Tanjung Malim (kini

    Universiti Pendidikan Sultan Idris). Sistem latihan guru pendidikan jasmani dilancarkan

    secara berperingkat-peringkat, iaitu dari peringkat 1 hingga peringkat 4.

    Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu menunjukkan pengaruh penjajahan Inggeris dalam

    perkembangan pendidikan jasmani. Gimnastik, sukan dan rentakrama merupakan

    bahagian program-program yang terdapat di sekolah-sekolah rendah, sementara di

    sekolah-sekolah menengah, Inggeris memajukan satu program yang serupa dengan yang

    terdapat di negara-negara Asia di bawah British Komanwel. Bola sepak, bola keranjang,

    berenang d tenis adalah popular tetapi permainan badminton paling popular. Pada tahun

    1952 guru-guru tempatan mula dihantar ke luar negara untuk meluaskan pengetahuan

    mengenai pendidikan jasmani. Setahun kemudian, Pendidikan Jasmani dimasukkan

    sebagai satu mata pelajaran bagi kursus asas dan pilihan utama di Kirby.

    Kemudian diadakan pula kursus pendidikan dan kesihatan di Kirby dan Brinsford, England.

    Tahun 1955, Jawatan Penguasa Pendidikan Jasmani diambil oleh anak tempatan iaitu, En.

    Teoh Teik Lee. Pada tahun 1958, bahagian Penguasa Pendidikan Jasmani dipindahkan

    kepada Bahagian Nazir Sekolah-sekolah dan juga disatukan dengan Bahagian Latihan

    Guru. Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani IPSI dikekalkan dalam tahun 1950-an

    dengan beberapa penyesuaian dan pindaan.

    Pada tahun 1960, B.E Chamber diganti oleh E.D Clay sebagai Nazir Sekolah-sekolah

    Persekutuan, Bahagian Pendidikan Jasmani. Sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dikaji

    semula dan wujudlah sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani untuk kanak-kanak lelaki dan

    perempuan pada tahun 1966. Kursus tambahan, satu tahun Pendidikan Jasmani diadakan

    di Maktab Perguruan Ilmu Khas pada tahun 1960. Kemudian, diikuti dengan kursus

    tambahan untuk guru-guru perempuan dalam tahun 1961. Pada tahun 1971, sukatan

    pelajaran disemak semula,kemudiaanya sukatan itu dikeluarkan dalam 2 bahasa iaitu

    Melayu dan Inggeris. Sukatan ini lebih dinamik dan berkesan kerana memberatkan kepada

    10

  • 7/28/2019 09_Tajuk 1

    11/18

    kesan,pergerakan dan kemahiran. Dimasukkan juga aspek-aspek moden seperti tarian

    moden atau tarian pendidikan dan gimnastik untuk perempuan.

    PENGENALAN KEPADA PJ DAN PK

    Hasil Pembelajaran

    Pada akhir bab ini anda seharusnya dapat :

    1. memahami konsep PJ dan PK;

    2. menghuraikan definisi PJ dan PK;

    3. menghubungkaitkan matlamat, tujuan PJ dan PK dengan Falsafah PendidikanKebangsaan;

    4. mentafsir objektif tingkahlaku PJ dan PK;

    5. menjelaskan peranan PJ dan PK dalam pertumbuhan dan perkembangankanak-kanak normal dan berkeperluan khas.

    6. memahami kandungan dan huraian sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani danPendidikan Kesihatan sekolah rendah

    1.1 Konsep dan Definisi PJ dan PK

    Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses pembelajaran yang membantuperkembangan tingkah-laku manusia dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dansosial. Proses pembelajaran ini melibatkan aktiviti fizikal bertujuan untuk meningkatkan

    pengetahuan spesifik, kemahiran dan kefahaman untuk meningkatkan bakat semulajadiindividu. Perkembangan ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yangmementingkan kepada memperkembangkan dan mempertingkatkan potensi individu yangseimbang dan harmonis untuk membentuk individu yang berketrampilan.

    Freeman (dalam Wee 2002) menjelaskan bahawa PJ merupakan aktiviti fizikal yangbermatlamatkan pendidikan. PJ berbeza daripada bidang-bidang lain kerana iamenumpukan kepada pembangunan keseluruhan individu. Bidang PJ memberiperhatian kepada kualiti fizikal, mental dan emosi. Ini adalah selaras dengan FalsafahPendidikan Kebangsaan (FPK) yang menegaskan elemen JERIS (jasmani, emosi,rohani, intelek dan sosial) dalam pembangunan potensi individu.

    Dauer (dalam Wee 2002) pula berpendapat bahawa PJ adalah sebahagian daripadaprogram pendidikan yang menyeluruh yang memberi sumbangan kepada perkembangandan pembangunan keseluruhan kanak-kanak melalui pengalaman-pengalaman mengajar.

    Gabbard, Leblanc dan Lowy (dalam Wee 2002) menyatakan PJ membantu kanak-kanakmembangun sepenuhnya; merealisasikan potensi yang ada pada kanak-kanak tersebut.Pembangunan ini dinamakan oleh mereka sebagai total child. Pembangunansepenuhnya itu melibatkan pembangunan dan pembelajaran melalui aktiviti fizikal yangmembangunkan aspek iaitu psikomotor, kognitif dan afektif.

    Ringkasan daripada pendapat-pendapat di atas definisi PJ adalah merupakan pendidikan

    untuk jasmani dan pendidikan melalui aktiviti-aktiviti jasmani.

    11

  • 7/28/2019 09_Tajuk 1

    12/18

    Bagi PK, konsep kesihatan menurut takrif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) individuyang sihat adalah keadaan yang sempurna dari segi jasmani, mental, emosi, sosial jugarohani dan bukan cuma tidak berpenyakit atau bercacat-cedera. Oleh itu, PK banyakmenyumbang kepada kesejahteraan hidup seseorang dan sebagai satu usahapembentukan atau modifikasi tingkah-laku (behaviorial modification) yang menumpukan

    kepada empat aspek perkembangan seseorang pelajar.

    1. Penambahan dan peningkatan pengetahuan tentang kesihatan2. Pemupukan sikap yang positif terhadap isu kesihatan3. Menggalakkan amalan-amalan yang sihat dalam kehidupan harian4. Peningkatan kemahiran berfikir.

    LatihanDari Pengalaman rakan anda yang mengajar PJ & PK di sekolah, adakah

    mereka setuju bahawa mata pelajaran ini menyumbang kepada pertumbuhan

    individu yang seimbang

    1.1.2 Matlamat, tujuan dan objektif PJ & PK

    Dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani (1998) yang dihasilkan oleh KementerianPendidikan Malaysia, dinyatakan bahawa matlamat PJ bertujuan membantu murid menjadicergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan manakala matlamat PKpula bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikappositif terhadap kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Menurut Wee (2002), PJdan PK bertujuan melahirkan murid yang aktif dan sihat serta berpengetahuan melaluiproses bersepadu yang memberi tumpuan kepada kecergasan, kemahiran asas, gimnastikdan sukan, pendidikan sukan , kesihatan diri, perasaan, kekeluargaan, pemakanan dankesan penyalahgunaan bahan.

    Program PJ di sekolah rendah di Malaysia bertujuan untuk :

    Membantu individu mencapai pembangunan perkembangan diri yang optimum dan

    memberi sumbangan kepada masyarakat.

    Memperkembangkan kemahiran motor yang sesuai bermula dengan kemahiran

    motor asas yang menjurus ke arah kemahiran sukan khusus dan akhirnyamenititberatkan sukan seumur hidup.

    Memperkembangkan dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang sesuai untuk

    kesihatan dan memberi kesedaran kepentingan kecergasan.

    Objektif PJ adalah untuk :

    Mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan

    perlakuan motor;

    Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri;

    Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian.

    Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai

    pelbagai kegiatan fizikal;

    12

  • 7/28/2019 09_Tajuk 1

    13/18

    Membentuk sahsiah dan disiplin diri, dan

    Membuat keputusan dalam kehidupan.

    Pada pendapat anda, adakah objektif lain yang sepatutnya dimasukkandi dalam objektif PJ diatas? Nyatakan jawapan anda berdasarkanpengalaman anda disekolah

    Matlamat PK sekolah rendah adalah untuk membolehkan murid-murid meningkatkanpengetahuan, kemahiran dan pengalaman dalam hal kesihatan supaya mengamalkan

    hidup sihat, seimbang dan harmonis sebagai satu budaya Malaysia

    Objektif PK:-

    Pada akhir P&P murid dapat:-

    mempertingkatkan pengetahuan kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan alam

    sekitar;

    menguasai kemahiran bagi menghadapi dan menangani masalah dan isu berkaitan

    dengan kesihatan;

    membentuk sikap yang positif terhadap kesihatan berasaskan pengetahuan dan

    pengalaman;

    menjadikan gaya hidup sihat sebagai rutin harian; dan

    berperanan aktif dalam meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat secara

    keseluruhan.

    Daripada matlamat dan objektif yang dinyatakan secara tersurat dalam sukatan pelajaranPJ dan PK yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, maka sudah jelas apayang harus dicapai oleh seorang guru yang mengajar PJ dan PK.

    Walau bagaimanapun, guru haruslah peka terhadap kanak-kanak berkeperluan khasTumpuan haruslah kepada kebolehan dan potensi diri dan bukan kepada kekurangan ataukecacatannya.

    Latihan

    1. PJ dikatakan dapat membantu kanak-kanak membangun sepenuhnya danmerealisasikan potensi yang ada pada kanak-kanak tersebut. Pembangunansepenuhnya itu melibatkan pembangunan dan pembelajaran melalui aktiviti fizikalyang dapat membangun tiga aspek iaitu psikomotor, kognitif dan afektif.

    Sejauh manakah anda setuju dengan kenyataan di atas ? Berikan contoh-contohberdasarkan pengalaman anda di sekolah.

    13

  • 7/28/2019 09_Tajuk 1

    14/18

    KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI

    PERKEMBANGAN DARI ASPEK PERTUMBUHAN DAN FIZIKAL

    Dari segi kuantitatif

    Merangsang pertumbuhan fizikal murid

    Kesedaran pengambilan makanan yang betul

    Mengelakkan pertumbuhan terbantut

    Murid lebih peka terhadap kesihatan dan pertumbuhan fizikal mereka

    Murid lebih bijak menguruskan pemakanan yang betul

    Menambah kualiti hidup murid-murid

    Murid mengetahui amalan diet yang betul.

    Dari segi kualitatif, :

    Kemahiran asas pergerakan (kemahiran motor )

    Menguasai kemahiran mengikut kemampuan diri fizikal

    Menitikberatkan kefahaman dan pengetahuan sukan

    Contoh : aspek keselamatan ,kesihatan , pengurusan, etika,dan gaya hidup

    Menjamin kecergasan fizikal

    Menghadapi cabaran dalam fizikal harian

    Mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan

    Lebih sihat tidak mudah tercedera bila melakukan sesuatu aktiviti sukan.

    Peka terhadap kesihatan badan

    Mengetahui tentang kecMemaksimumkan fungsi fizikal murid

    Fleksibiliti membenarkan sendi bergerak dengan licin dengan rintangan

    yang minimum ( fleksibiliti dirujuk kepada julat pergerakan sendi)

    Menyelaraskan koordinasi anggota fizikal

    Dapat menambah ketangkasan sesuatu pergerakan yang melibatkan dua

    anggota badan secara serentak

    14

  • 7/28/2019 09_Tajuk 1

    15/18

    kederaan fizikal yang dialami dan merawatnya.

    BMI murid stabil (penjagaan makanan yang seimbang )

    Memaksimumkan fungsi fizikal murid

    Fleksibiliti membenarkan sendi bergerak dengan licin dengan rintangan

    yang minimum ( fleksibiliti dirujuk kepada julat pergerakan sendi)

    Menyelaraskan koordinasi anggota fiziKekuatan otot merujuk kepada

    keupayaan otot untuk mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya (kerja )

    Daya tahan otot keupayaan otot untuk melakukan aktiviti fizikal yang

    berulang-ulang atau berterusan bagi satu jangka masa yang lama dengan

    intensiti kerja yang ringan atau sederhana.

    Membentuk disiplin diri dan asertif

    Ketrampilan

    Perkembangan sosial

    Dapat menambah ketangkasan sesuatu pergerakan yang melibatkan dua

    anggota badan secara serentak Mengembangkan bakat dan kemahiran

    Beri sumbangan kepada negara

    Contoh : permainan olahraga,pergerakan kreatif,gimnastik

    Mengaplikasikan pengetahuan

    Perkembangan sistem tubuh (sistem rangka ,otot kardiovaskular )

    Logik,analitis, kreatif dan inovatif

    KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI DARI ASPEK PERKEMBANGAN MENTAL

    Dapat membentuk kognitif

    Melibatkan pengetahuan, keupayaan berfikir dan menginterpretasikan

    pengetahuan.

    Dapat melatih murid-murid membuat keputusan yang baik dan bijak dalam

    kehidupan seharian.

    Berfikiran secara Konstruktivisme

    15

  • 7/28/2019 09_Tajuk 1

    16/18

    Cara pembelajaran dengan membina pengetahuan baru dan menyesuaikannya

    dengan idea yang sedia ada.

    Meningkatkan pemikiran secara kreatif dan kritis.

    Penggunaan HOKA dan HOKI.

    Murid-murid juga dapat memahami dan mematuhi arahan serta peraturan dalam

    semua aktiviti.

    Dapat menggalak pembinaan kualiti mental murid-murid yang waras seperti

    berdisiplin.

    Dengan melibatkan diri dalam aktiviti PJ dapat meningkatkan kemahiran berfikir

    murid-murid seperti kemahiran bKejayaan yang diperolehi dalam bentuk fizikal

    dapat memberi kesan yang baik dalam diri pelajar seperti berkeyakinan dan

    berpuas hati dengan pencapaian dan seterusnya menghargai diri mereka.

    Pendidikan Jasmani dapat memberi peluang kepada individu untuk terlibat dalam

    pelbagai aktiviti dan menbangunkankemahiran-kemahiran asas bagi mencapai

    kejayaan.

    banding-beza, mengelas, membuat urutan, menganalisis, membuat kesimpulan,

    menyelesaikan masalah dan sebagainya.

    Dapat melahirkan sikap ingin tahu serta mengetahui isu-isu berkaitan PJ dan sukan

    yang boleh memperbaiki serta mempengaruhi gaya hidup.

    KEPENTINGAN PJ DARI ASPEK PERKEMBANGAN EMOSI

    Kejayaan yang diperolehi dalam bentuk fizikal dapat memberi kesan yang

    baik dalam diri pelajar seperti berkeyakinan dan berpuas hati dengan

    pencapaian dan seterusnya menghargai diri mereka.

    Pendidikan Jasmani dapat memberi peluang kepada individu untuk terlibat

    dalam pelbagai aktiviti dan menbangunkankemahiran-kemahiran asas bagi

    mencapai kejayaan.

    KEPENTINGAN PJ DARI ASPEK PERKEMBANGAN SOSIAL

    Perkembangan social

    Merupakan satu proses apabila kanak-kanak belajar berhubung dengan

    orang lain.

    16

  • 7/28/2019 09_Tajuk 1

    17/18

    Melibatkan cara berfikir tentang kendiri, orang lain dan perhubungan sosial.

    Melalui proses sosialisasi , diharapkan kanak-kanak dapat membuat

    penyesuaian sosial mengikut pengharapan masyarakat

    Mereka mempelajari peraturan-peraturan sosial yang diamalkan oleh

    sesuatu kumpulan sosial.

    Ia terdiri daripada:

    berinteraksi dengan orang lain

    I. pembentukan kendiri

    II. penghargaan kendiri

    III. kawalan kendiri.

    Sepanjang proses sosialisasi, kanak-kanak mempelajari tradisi,kepercayaan, nilai, dan adat yang dianut oleh kumpulan sosial mereka.

    Dalam lingkungan usia 5 tahun kanak-kanak mula menjalankan hubungan

    sosial semasa bermain dalam kumpulan serta saling bercakap antara satu

    sama lain.

    Tingkah laku sosial mereka terdiri daripada:

    IV. Meniru

    V. Bertanding

    VI. berkawan

    VII. Bekerjasama

    VIII. Bersimpati.

    or-faktor yang mempengaruhi perkembangan sosialAktiviti pj memainkan peranan penting dalam menanam semangat kekitaan dan bekerjasama dalam kalangan murid-m

    Dapat melahirkan murid-murid yang berketrampilan sosial.

    Ia juga dapat mewujudkan interaksi yang kreatif dengan guru, rakan, bahan dan alat pj semasa menjalankan aktiviti-a

    Dapat menimbulkan suasana yang sesuai untuk memupuk perhubungan dan penyatuan masyarakat dalam kalangan r

    penduduk pelbagai keturunan dan status sosial dan menghindarkan hidup berpuak dalam masyarakat.

    Mengeratkan hubungan muhibah serta persefahaman antara rakyat suatu bangsa dengan rakyat yang berbangsa lain

    keamanan dan kesejahteraan.

    17

  • 7/28/2019 09_Tajuk 1

    18/18

    18