1 7 M*p - nas.gov.sg · permulaan ucapan saya tadi, persediaan yang dilakukan untuk Persidangan ini...
Transcript of 1 7 M*p - nas.gov.sg · permulaan ucapan saya tadi, persediaan yang dilakukan untuk Persidangan ini...
N a tio n a l A rc h iv e s Singapore
UCAPAN HJ ABO BAKAR HASHIM, 1 7 M* pDI DPACARA PEMBUKAAN PERSIDANGAN SERANTAU
SEASA YANG KE-5 YANG DIADAKAN PADA BARI JOMAAT,26 FEB 88 JAM 9.00 MALAM DI ICS
Assalamualaikum wr wb
Sebagai Pengerusi, Jawatankuasa Sementara
SEASA Singapura, saya mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan
mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan puan-puan ke
Persidangan Serantau SEASA kali yang ke-5 ini.
Pemilihan Singapura sebagai tempat Persidangan kali
ke-5 ini merupakan satu penghormatan bagi masyarakat
Islam Singapura khususnya bagi mereka yang dijangka
menjadi tenaga penggerak SEASA Singapura di masa
hadapan.
Sebenarnya, sewaktu Presiden SEASA Pusat,
Prof Datok Dr Ahmad Ibrahim, seorang yang tidak
asing bagi kita semua, mengadakan kunjungan singkat
ke Singapura pada akhir bulan Disember tahun yang
baru lalu, dan beliau mengemukakan cadangan supaya
persidangan SEASA kali ke-5 diadakan di Republik
singapura ini, saya ...rasakan pada mulanya cadangan
r
itu tidak mungkin dapat terlaksa kerana masa yang
dicadangkan hanyalah dua bulan. Tetapi setelah
beliau sendiri mengadakan hubungan secara peribadi
dan juga selaku Presiden SEASA, sambutan yang diberi
oleh pihak JAMIYAH dan MAJLIS UGAMA ISLAM SINGAPURA
amatlah memberangsangkan. Sejak saat itu,
Jawatankuasa Sementara SEASA Singapura telah
mengadakan hubungan beberapa pihak termasuk
Sekretariat SEASA Pusat yang beribu-pejabat di
Jakarta. Akhirnya apa yang dicadangkan oleh
Presiden SEASA itu mula menampakkan tanda-tanda yang
positif.
Dalam kesempatan ini saya ingin menyampaikan
setinggi-tinggi penghargaan kepada Presiden SEASA
kerana usaha-usaha beliau di peringkat permulaan dan
seterusnya sehingga terbentuk Jawatankuasa
Persidangan SEASA kali ke-5 di bawah kelolaan MUIS.
Jawatankuasa ini mendapat dokongan dan sokongan dari
berbagai pihak termasuk yang menganggotai
badan-badan Islam setempat.
Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian
Selama 3 hari tuan-tuan dan puan-puan
mengikuti Persidangan SEASA kali ke-5 ini, apa yang
diharapkan ialah kesediaan tuan-tuan dan puan-puan
untuk mengkaji dan memberikan sumbangan fikiran dan
pendapat yang berguna. Sumbangan pendapat dan
pandangan yang berguna itu bukan sahaja akan memberi
faedah bagi negara-negara yang tuan-tuan dan
puan-puan wakili, bahkan pendapat-pendapat itu akan
mendapat perhatian secara langsung dari kesemua
negara-negara yang terlibat.
3
\
4
Adalah diharapkan buah fikiran yang membina
itu akan dijadikan bahan untuk mengadakan
perubahan-perubahan yang boleh meningkatkan lagi
mutu kehakiman Syariah di rantau inif insyaAllah.
Inilah semangat SEASA sejak ia diwujudkan. SEASA
adalah pertubuhan yang bercita-cita menimbulkan dan
melahirkan ilham untuk meningkatkan
pelaksanaan-pelaksanaan Undang-Undang Pentabdiran
Syariah di rantau ini.
Sepertimana yang saya jelaskan pada
permulaan ucapan saya tadi, persediaan yang
dilakukan untuk Persidangan ini hanya secara yang
agak singkat. Kepada para perwakilan yang datang
dari Negara Brunei, Indonesia, Malaysia, Philipina,
Sri Lanka dan Thailand, saya mengharapkan, jika
terdapat kekurangan atau ketidak-sempurnaan, saya
5
dengan rasa penuh tawadhu' menyusun sepuluh jari
memohon maaf semoga kekurangan-kekurangan itu dapat
dimaafkan. Sekiranya ada kesilapan yang menurut
pandangan tuan-tuan dan puan-puan hendak dimaafkan,
mungkin ini merupakan kelemahan kami yang tidak
disengajakan.
Kejayaan Persidangan SEASA kali ke-5 ini,
jika dapat disebut sebagai satu kejayaan, adalah
disebabkan adanya sokongan dari berbagai pihak.
Jika hendak disebut satu persatunya akan memakan
masa yang panjang. Antara yang telah menghulurkan
bantuan ialah berbagai Jabatan Pemerintah yang telah
mengadakan berbagai kemudahan untuk menyambut tetamu
kenamaan, Dr Ahmad Mattar, Menteri Sekitaran dan
merangkap Menteri Yang Bertanggungjawab Bagi Ehwal
Masyarakat Islam yang telah memberi galakkan dan
6
sokongan sejak mula cadangan mengadakan Persidangan
dikemukakan kepadanya, Presiden dan anggota MUIS
kerana dengan murah hati sanggup menganjurkan
Persidangan ini. MUIS juga telah sanggup
menyediakan anggota sekretariat yang dianggotai oleh
orang-orang perseorangan dan dari badan-badan Islam
setempat. Dan berbagai pihak lagi yang sudah dan
sedang bekerja keras untuk menjayakan Persidangan
ini. Segala sumbangan dan sokongan yang dihulurkan
itu akan tercatat dalam sejarah SEASA Singapura dan
didoakan semoga Allah (swt) akan melimpahkan
ganjaran pahala atas khidmat dan sokongan yang
tuan-tuan dan puan-puan berikan.
Sekian sahaja, selamat bersidang dan
wabillahitaufiq walhidayah. Wassalamualaikum wr wb.
0O0