1 •••.•••.•.••.. . ••••••.••••••.. I(enali...
Transcript of 1 •••.•••.•.••.. . ••••••.••••••.. I(enali...
KHAMIS 27 NOVEMBER 2014
Perjuangan Tetap Utuh .........................................................................•..•............... ··· .. ··.· .•. ·.·1 •....•...•.•....•.......•.•.•.............•.. . .....•......••.....•.......••.•••......••....•..
I(enali Presiden UMNO
TunkuAbdul Rahman Putra SELEPAS Onn meninggalkan UMNO, tugas memimpin parti itu diambil alih Tunku Abdul Rahman Putra pada 26 Ogos 1951 dan tanpa menoleh ke belakang lagi, beliau menumpukan sepenuhnya kekuatan orang Melayu yang digabungkan dengan pertubuhan politik bukan Melayu bagi menuntut kemerdekaan negara.
Sejajar dengan perjuangan tersebut, Tunku Abdul Rahman bertindak berani menukar slogan UMNO daripada 'Hidup Melayu' kepada 'Merdeka' dan beliau merintis jalan kerjasama politik antara UMNO dengan Malayan Chinese Association (MCA) dan Malayan Indian Congress (MIC) melalui Parti Perikatan.
Muncul antara Presiden UMNO yang paling lama iaitu selama 20 tahun sebelum mengambil keputusan berundur pada Januari 1971, Tunku Abdul Rahman berjaya mendapat mandat daripada rakyat apabila meraih 51 daripada 52 kerusi Majlis Perundangan Persekutuan dalam Pilihan Raya Umum pertama pada 1955.
Namun, tiada apa yang lebih besar daripada sumbangan tidak ternilai beliau, apabila Tunku Abdul Rahman bersama parti Perikatan berjaya mendapatkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu tanpa titisan darah daripada British 31 Ogos 1957, sekali gus dilantik sebagai Perdana Menteri yang pertama.
Selepas merdeka, bapa kemerdekaan negara itu kemudiannya melahirkan pula Malaysia pada 16 September 1963 dengan membawa masuk Sabah, Sarawak dan Singapura ke dalam Malaya bagi mengimbangi bilangan populasi antara penduduk burniputera dengan bukan bumiputera pada ketika itu.
KHAMIS 27 NOVEMBER 2014
Datuk Seri Najib Tun Razak SELEPAS mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada 2009, Najib terpaksa berdepan dengan persekitaran politik luar biasa dan cabaran yang perlu ditanggungnya cukup hebat. Beliau kemudiannya memperkenalkan Gagasan IMalaysia bagi memupuk perpaduan rakyat di antara kaum.
Teras Gagasan !Malaysia ialah mengubah asas perhubungan kaum di Malaysia daripada konsep toleransi kepada konsep penerimaan. Transformasi daripada toleransi kepada penerimaan amat penting kerana untuk Malaysia mencapai kemakmuran dan keharmonian, memerlukan iltizam rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum.
Di bawah pemerintahannya, baik sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO banyak transformasi yang diperkenalkan Najib merangkumi transformasi dalam kerajaan, ekonomi dan politik bagi merealisasikan matlamat untuk menjadi Malaysia sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.
nalam menjayakan transformasi tersebut, Najib memperkenalkan petunjuk prestasi utama (KPI) untuk mengukur hasil kerja pegawai, agensi dan anggota Kabinet. nalam aspek politik pula, beliau dengan penuh berani memberi hak memilih pucuk pimpinan kepada akar umbi iaitu sesuatu yang tidak pemah dilakukan sebelum ini.
Beliau juga memperkenalkan pelbagai produk IMalaysia bertujuan meringankan beban rakyat akibat peningkatan kos sara hidup antaranya, Bantuan Rakyat IMalaysia (BR!M), Kedia Rakyat !Malaysia (KRlM), Menu Rakyat !Malaysia, Klinik IMalaysia dan banyak lagi.