1 April
-
Upload
nur-syazwani-idris -
Category
Documents
-
view
221 -
download
0
description
Transcript of 1 April
RPH KSSR PSV TAHUN 1 (Pendidikan Khas)
Mata Pelajaran : Pendidikan Seni VisualTarikh : 1 April 2015Kelas : PK 2Bil.Nama muridMasalah muridUmurKehadiran
1Dahlan Bin Mohd IsaMasalah pembelajaran, pertuturan14
2Muhammad Farid Bin NorhaDown Sindrom10
3Muhammad Syahmi Afiq Bin Mohd NazimMasalah pembelajaran, autisme, pertuturan11
4Nursyafiqah Binti MazlanMasalah pembelajaran9
5Siti Nursuhaidah Binti Abdul RazakFizikal14
Aktiviti : MewarnaTajuk : Ulat Bulu Bekas TelurMasa : 60 MinitBidang : 2. Membuat rekaan dan corak
Tema : Bahan kitar semula
Standard Kandungan: 2.4 Menghasilkan projek
Standard Pembelajaran: 2.4.1 Menghasilkan projek menggunakan hasil rekaan dan corak yang telah dipelajari
Objektif: Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
1) Menyebut teknik yang digunakan dengan betul
2) Menghasilkan warna ulat bulu dengan menggunakan warna poster
3) Menghasilkan karya dengan menggunakan teknik mewarna dengan betul
Unsur Terapi: Terapi seni, cara kerja
Nilai: Kerjasama, menghargai
EMK: Kreativiti dan Inovasi
Kemahiran sedia ada: Murid sudah boleh mengenal warna
BBM: Powerpoint
Keperluan : Alat : Berus lukisan
Bahan : Warna poster, sarang telur
LANGKAH 1ISI PELAJARANAKTIVITICATATAN
Set Induksi(5 minit)Bercerita Farid yang suka makan1. Guru menggunakan topeng muka2. Murid diceritakan oleh guru Farid yang suka makan :Farid adalah seorang budak yang sangat suka makan. Apa-apa makanan yang disediakan oleh ibunya dia tidak pernah menolak. Sebut sahaja apa jenis kuih, kek, ikan, sayur, semua makanan dia tetap makan. Tetapi ada 1 makanan yang sangat Farid gemari. Cuba teka makanan apa? Farid sangat suka makan telur. Ibu Farid menyediakan telur ayam setiap hari untuk Farid. Setiap pagi, Farid bersarapan samada telur rebus, telur dadar, telur bungkus, sup telur, sandwich telur, semuanya telur. Oleh kerana selalu sangat membeli telur, di dalam stor rumah Farid terdapat banyak sarang telur. Kamu tahu apa itu sarang telur? (guru menunjukkan sarang telur). Ibu Farid tidak tahu hendak buat apa dengan sarang telur tersebut. Kawan-kawan ada idea tak nak buat apa dengan sarang telur tersebut? Hendak dibuang, membazir pula.
BBM : Topeng muka
Kedah : Bercerita
Unsur terapi : Terapi bercerita
KB : Menganalisis
Langkah 1(10 minit)Penerangan teknik mewarna1. Murid diterangkan mengenai teknik mewarna dengan menggunakan warna poster
BBM : Powerpoint
Nilai: Tekun
Langkah 2( 15 Minit)Menunjukkan cara menghasilkan Ulat Bulu Telur Ayam1. Guru melakukan demonstrasi mengasilkan ulat bulu kepada murid Langkah-langkah : Celupkan berus ke dalam warna poster yang telah dibancuh Warnakan setiap bonggol sarang telur dengan warna yang berlainan Jemur ulat tersebut Lukiskan muka ulat setelah ulat tersebut kering
Bahan : Warna poster, sarang telur
Alat : Berus lukisan
Terapi: Seni dan carakerja
Langkah 3(15 Minit)Murid menghasilkan karya teknik mewarna1. Murid melaksanakan aktiviti mewarna seperti yang di demonstrasikan oleh guru2. Guru memantau aktiviti yang dilaksanakan murid3. Guru membetulkan kesilapan murid.
BBM : -
Nilai: Tekun
Terapi : Seni dan cara kerja
KB : Imbas kembali
Langkah 4(10 Minit)Membuat apresiasi terhadap hasil teknik gosokan1. Guru meminta murid menyusun hasil karya mereka di atas meja. 2. Murid diminta memberikan apresiasi terhadap karya mereka.3. Guru menyoal mereka tentang perasaan melaksanakan aktiviti hari ini.4. Guru memberikan peneguhan dan ganjaran terhadap murid yang berjaya menyiapkan karya.
Nilai: Menghargai, apresiasi seni, bertanggungjawab
KB : Membanding beza
Penutup(5 Minit)Penutup kognitif Guru bertanya kepada murid akan teknik-teknik yang telah mereka pelajari
Rumusan : Teknik yang dipelajari pada hari ini ialah teknik mewarna Teknik capan dihasilkan menggunakan 1 bahan iaitu warna poster
KB : Imbas kembali, menganalisis
Kaedah : Soal jawab
Refleksi guru :