1. BANTUAN KEPADA INDIVIDU sebanyak RM23.89 … Negeri Johor (MAIJ) di mana sahaja. Anda boleh...

2
buletin Al-Infaq Bil. 5 (sisipan Buletin Majlis) Nov 2016 / 1438 H Terbitan Pentadbiran Zakat, Wakaf dan Baitulmal MAIJ U MUM mengetahui Pendidikan merupakan tiket penting dalam mengubah kehidupan golongan asnaf terutama di kalangan fakir dan miskin. Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ), Tuan Haji Md. Rofiki Dato’ Haji A. Samsuddin berkata, pendidikan dan pembelajaran yang berterusan di setiap peringkat sekolah dapat membuka peluang pekerjaan dan menjamin masa depan yang baik. Menurutnya, kerjaya yang baik terhasil daripada pendidikan yang berterusan dapat membatu golongan asnaf fakir daripada kepompong kemiskinan. “Di samping itu, kelulusan yang baik di peringkat pengajian tinggi dapat menjamin kerjaya yang baik dan menangani masalah pengangguran dikalangan remaja,” katanya. Menurutnya, apabila disebut wang zakat ia berkait dengan agihan zakat kepada asnaf yang lapan iaitu fakir, miskin, mualaf, amil, gharim, riqab, ibnu sabil dan fi sabilillah. “Peruntukan kepada MINDA PENGARANG Agihan Zakat Pendidikan KEPADA PEMBAYAR ZAKAT TERIMA KASIH Senjata Basmi Kemiskinan SIDANG Pengarang Buletin Al-Infaq (BI) mengalu-alukan sumbangan anda berupa idea dan sumber berita yang mempunyai hubung kait dengan kemaslahatan agama di negeri ini khususnya membabitkan program Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) di mana sahaja. Anda boleh menghubungi kami melalui: Ketua Pengarang Buletin Infaq, Bahagian Zakat, Majlis Agama Islam Johor, Tel 07-228 2999, Fax 07-223 8752 Buletin Al-Infaq (BI) diterbitkan sebulan sekali. Konsep, penyuntingan dan rekabentuk serta penerbitannya dibantu oleh Bahagian Perhubungan Awam dan Penerbitan Majlis Agama Islam Negeri Johor. Sisipan BI ini turut diterbitkan dalam Buletin Majlis yang menemui pembaca setiap 3 bulan sekali. Info Nota Sila hubungi : Pentadbiran Zakat Dan Fitrah, Majlis Agama Islam Negeri Johor, Aras 5, Blok B, Pusat Islam Iskandar Johor, 80000 Johor Bahru. Tel : 07-228 2929 / 07-224 3918 Fax : 07-223 8752, E-mail: [email protected] INGIN BERZAKAT? Kutipan ZAKAT sehingga Oktober 2016 RM193,499,673.06 4 buletin Al-Infaq Agihan ZAKAT sehingga Oktober 2016 1. BANTUAN KEPADA INDIVIDU 2. SUMBANGAN PEMBANGUNAN PRASARANA PENDIDIKAN AGAMA 4. SUMBANGAN KHAS PENDIDIKAN AGAMA 3. SUMBANGAN PENGURUSAN PENDIDIKAN AGAMA, TAHFIZ DAN SEKOLAH ARAB Bantuan ini dilaksanakan melalui lapan skim melibatkan peruntukan sebanyak RM23.89 juta pada tahun 2016. Sumbangan ini dilaksanakan kepada keperluan yang dirancang secara berkala mahupun mengikut keperluan semasa. Sebanyak RM11,790,000.00 diperuntukan pada tahun 2016. Sumbangan kepada program-program pendidikan dan galakan kepada masyarakat. Sumbangan zakat bagi program pendidikan dilaksanakan terus melalui Bahagian pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam negeri Johor. Sebanuak RM13,743,200.00 diperuntukan untuk programpendidikan yang dinyatakan sebagaimana di bawah: ASNAF 2.5% Dari Harta Anda Milik RM236,205,121.26 1 buletin Al-Infaq Dari Jarir bin Abdullah r.a., katanya Rasulullah SAW. bersabda: “Apabila Amil Zakat datang untuk mengumpulkan zakat daripadamu, maka hendaklah dia pulang kembali dengan merasa puas terhadap mu.” -Hadis Sahih Muslim- Zakat kita bahagiakan mereka MAJLIS AGAMA ISLAM JOHOR mainj_official telegram.me/MainjZakat setiap asnaf tidak sama banyak dan ia ditetapkan berdasarkan kepada keutamaan serta keperluan, selaras dengan kebenaran Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor. Beliau berkata, MAIJ memperuntukan sebanyak RM 272 juta untuk pengagihan kepada Lihat m.s 2 B antuan pendidikan merupakan salah satu bentuk bantuan terpenting kepada golongan asnaf fakir dan miskin kerana pendidikan merupakan salah satu kaedah atau tiket penting yang dapat mengubah kehidupan dan mengeluarkan golongan ini daripada kepompong kemiskinan. Disebabkan kepentingan pendidikan kepada golongan asnaf, maka institusi zakat giat memainkan peranan dalam menyalurkan dana zakat dalam bentuk bantuan pendidikan kepada golongan asnaf di Malaysia. Pembayar zakat perlu menyedari bahawa wang zakat digunakan bagi membantu para pelajar bukan sahaja di dalam negara malah di luar negara. Sedar atau tidak, bantuan zakat kepada sektor pendidikan membolehkan ibubapa dan juga pelajar mampu membayar yuran, membeli kelengkapan persekolahan, menanggung kos perbelanjaan harian di sekolah dan sebagainya. Begitu besar manfaat dana zakat yang disumbangkan oleh orang ramai untuk pendidikan ummah sebenarnya. Pengurusan dana yang baik oleh institusi zakat telah banyak membantu golongan asnaf untuk meningkatkan taraf hidup. Jika ada dalam kalangan masyarakat kurang berpuas hati dengan agihan yang dilakukan oleh institusi zakat, maka bertandanglah ke institusi tersebut bagi mendapatkan maklumat yang tepat. - Shafie Mustapha RM 14,411.71 * Kadar Nisab semasa adalah berdasarkan nilai 85 gram emas. * Nisab ialah kadar minima yang ditetapkan oleh syarak bagi sesuatu harta untuk dikeluarkan zakat. KADAR NISAB ZAKAT: Ikhtiar Jangka Panjang HAJI MD. ROFIKI DATO’ HAJI A. SAMSUDDIN Atau Pejabat-Pejabat Agama Daerah JOHOR BAHRU (Tel : 07-2282941, Faks: 07-2271549) MUAR (Tel : 06-9534263, Faks: 06-9537209) BATU PAHAT (Tel : 07-4343566, Faks: 07-4327357) SEGAMAT (Tel : 07-9312254, Faks: 07-9314179) KLUANG (Tel : 07-7728690, Faks: 07-7713542) PONTIAN (Tel : 07-6879493, 07-6861395) KOTA TINGGI (Tel : 07-8832444, Faks: 07-8826859) MERSING (Tel : 07-7991073 , Faks: 07-7996946) TANGKAK (Tel : 06-9783479 , Faks : 06-9537209) KULAI (Tel : 07-598 5104 , Faks : 07-599 5214) PASIR GUDANG (Tel : 07-2544406 , Faks :07-2551105) BIL JENIS BANTUAN BELANJA SEBENAR (RM) PENERIMA 1 Bantuan Pakaian Sekolah 4,050,212.50 29,815 2 Bantuan Yuran Sekolah 2,000,000.00 20,000 3 Bantuan Basikal 200,000.00 500 4 Bantuan Pendaftaran Di IPT 3,647,291.00 5,756 5 Bantuan Dermasiswa Pelajar Luar Negara Mesir - 124 orang pelajar Jordan - 67 orang pelajar 1,280,000.00 191 6 Bantuan Pinjaman Pendidikan Luar Negara Kuota - 200 orang pelajar 5,800,000.00 199 7 Bantuan Tambang Ke Pusat Pengajian 147,250.04 86 8 Program Makanan Sihat 4,000,000.00 12,411 Jumlah 21,124,753.54 68,956 BIL PROGRAM/SUMBANGAN PERUNTUKAN (RM) 1 Bantuan Baikpulih Sekolah Agama Rakyat 1,300,000.00 2 Pembelian Perabot dan Kelengkapan Sekolah Agama Kerajaan Johor 2,000,000.00 3 Sumbangan Pembinaan 121 Buah Sekolah Agama Kerajaan Johor 3,700,000.00 4 Sumbangan Baikpulih Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) 4,630,000.00 5 Penyelenggaraan Asrama Pelajar Johor Di Mesir 60,000.00 6 Pengurusan Keselamatan dan Pentadbiran Asrama Johor DI Mesir 100,000.00 Jumlah 11,790,000.00 BIL PROGRAM/SUMBANGAN PERUNTUKAN (RM) 1 Program Pemantapan Ahli Sunnah Wal Jamaah 150,000.00 2 Program Pemurnian Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah 150,000.00 3 Kempen Amal Maaruf Nahi Mungkar 80,000.00 4 Bantuan Pelajar Tahfiz di Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) 780,000.00 5 Bantuan Pelajar IPT 2,000,000.00 6 Elaun Mengajar Kelas Al-Quran Negeri Johor 2,039,000.00 7 Saguhati Galakan Hafaz Al-Quran 2,000,000.00 Jumlah 7,199,000.00 BIL PROGRAM/SUMBANGAN PERUNTUKAN (RM) 1 Anugerah Kecemerlangan Pelajar Sekolah Agama Rakyat 150,000.00 2 Bantuan Sekolah Agama Anak Orang Asli 320,000.00 3 Pembiayaan Pengurusan Kolej Pengajian Tinggi Islam Johor (MARSAH) 3,720,000.00 4 Bantuan Percetakan Kitab Sekolah Agama 3,000,000.00 5 Bantuan Kepada Sekolah Tahfiz Swasta 1,600,000.00 6 Program Khatam Pintar Al-Quran 120,000.00 7 Program Ihtifal Sekolah Agama Rakyat 50,000.00 8 Sumbangan Bayaran Gaji Guru Sekolah Agama Rakyat 615,000.00 9 Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah Agama Rakyat 638,200.00 10 Elaun Mengajar Guru Kelas Fardhu Ain Orang-Orang Pekak 30,000.00 11 Elaun Mengajar Guru Sekolah Kalan-Kanak Buta Princes Elizabeth 30,000.00 12 Elaun Mengajar Guru Tahfiz Di Maahad Tahfiz dan Sek. Men. Agama Kerajaan Johor 500,000.00 13 Pengurusan Maahad Tahfiz Negeri Johor 130,000.00 14 Sumbangan Kepada Badan kebajikan Sekolah Agama Negeri Johor (564 sekolah) 2,840,000.00 Jumlah 13,743,200.00

Transcript of 1. BANTUAN KEPADA INDIVIDU sebanyak RM23.89 … Negeri Johor (MAIJ) di mana sahaja. Anda boleh...

Page 1: 1. BANTUAN KEPADA INDIVIDU sebanyak RM23.89 … Negeri Johor (MAIJ) di mana sahaja. Anda boleh menghubungi kami melalui: Ketua Pengarang Buletin Infaq, Bahagian Zakat, Majlis Agama

buletin

Al-Infaq Bil. 5 (sisipan Buletin Majlis)Nov 2016 / 1438 H

Terbitan Pentadbiran Zakat, Wakaf dan Baitulmal MAIJ

UMUM mengetahui Pendidikan

merupakan tiket penting dalam mengubah kehidupan golongan asnaf terutama di kalangan fakir dan miskin. Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ), Tuan Haji Md. Rofiki Dato’ Haji A. Samsuddin berkata, pendidikan dan pembelajaran yang berterusan di setiap peringkat sekolah dapat membuka peluang pekerjaan dan menjamin masa depan yang baik. Menurutnya, kerjaya yang

baik terhasil daripada pendidikan yang berterusan dapat membatu golongan asnaf fakir daripada kepompong kemiskinan. “Di samping itu, kelulusan yang baik di peringkat pengajian tinggi dapat menjamin kerjaya yang baik dan menangani masalah pengangguran dikalangan remaja,” katanya. Menurutnya, apabila disebut wang zakat ia berkait dengan agihan zakat kepada asnaf yang lapan iaitu fakir, miskin, mualaf, amil, gharim, riqab, ibnu sabil dan fi sabilillah. “Peruntukan kepada

MINDA PENGARANG

Agihan Zakat PendidikanKEPADA PEMBAYAR ZAKATTERIMA KASIH

Senjata Basmi Kemiskinan

SIDANG Pengarang Buletin Al-Infaq (BI) mengalu-alukan sumbangan anda berupa idea dan sumber berita yang mempunyai hubung kait dengan kemaslahatan agama di negeri ini khususnya membabitkan program Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) di mana sahaja. Anda boleh menghubungi kami melalui: Ketua Pengarang Buletin Infaq, Bahagian Zakat, Majlis Agama Islam Johor, Tel 07-228 2999, Fax 07-223 8752

Buletin Al-Infaq (BI) diterbitkan sebulan sekali. Konsep, penyuntingan dan rekabentuk serta penerbitannya dibantu oleh Bahagian Perhubungan Awam dan Penerbitan Majlis Agama Islam Negeri Johor. Sisipan BI ini turut diterbitkan dalam Buletin Majlis yang menemui pembaca setiap 3 bulan sekali.

Info

Nota

Sila hubungi :Pentadbiran Zakat Dan Fitrah, Majlis Agama Islam Negeri Johor, Aras 5, Blok B, Pusat Islam Iskandar Johor, 80000 Johor Bahru. Tel : 07-228 2929 / 07-224 3918 Fax : 07-223 8752, E-mail: [email protected]

INGIN BERZAKAT?

KutipanZAKAT sehingga Oktober 2016 RM193,499,673.06

4buletinAl-Infaq

Agihan ZAKAT sehingga Oktober 2016

1. BANTUAN KEPADA INDIVIDU

2. SUMBANGAN PEMBANGUNAN PRASARANA PENDIDIKAN AGAMA

4. SUMBANGAN KHAS PENDIDIKAN AGAMA

3. SUMBANGAN PENGURUSAN PENDIDIKAN AGAMA, TAHFIZ DAN SEKOLAH ARABBantuan ini dilaksanakan melalui lapan skim melibatkan peruntukan sebanyak RM23.89 juta pada tahun 2016.

Sumbangan ini dilaksanakan kepada keperluan yang dirancang secara berkala mahupun mengikut keperluan semasa. Sebanyak RM11,790,000.00 diperuntukan pada tahun 2016.

Sumbangan kepada program-program pendidikan dan galakan kepada masyarakat.

Sumbangan zakat bagi program pendidikan dilaksanakan terus melalui Bahagian pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam negeri Johor. Sebanuak RM13,743,200.00 diperuntukan untuk programpendidikan yang dinyatakan sebagaimana di bawah:

ASNAF2.5% Dari Harta Anda Milik

RM236,205,121.26

1buletinAl-Infaq

Dari Jarir bin Abdullah r.a., katanya Rasulullah

SAW. bersabda: “Apabila Amil Zakat datang untuk

mengumpulkan zakat daripadamu, maka

hendaklah dia pulang kembali dengan merasa

puas terhadap mu.”-Hadis Sahih Muslim-

Zakat kita bahagiakan mereka

MAJLIS AGAMA ISLAM JOHOR mainj_official telegram.me/MainjZakat

setiap asnaf tidak sama banyak dan ia ditetapkan berdasarkan kepada keutamaan serta keperluan, selaras dengan kebenaran Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor. Beliau berkata, MAIJ memperuntukan sebanyak RM 272 juta untuk pengagihan kepada

Lihat m.s 2

Bantuan pendidikan merupakan salah satu bentuk bantuan terpenting kepada

golongan asnaf fakir dan miskin kerana pendidikan merupakan salah satu kaedah atau tiket penting yang dapat mengubah kehidupan dan mengeluarkan golongan ini daripada kepompong kemiskinan. Disebabkan kepentingan pendidikan kepada golongan asnaf, maka institusi zakat giat memainkan peranan dalam menyalurkan dana zakat dalam bentuk bantuan pendidikan kepada golongan asnaf di Malaysia. Pembayar zakat perlu menyedari bahawa wang zakat digunakan bagi membantu para pelajar bukan sahaja di dalam negara malah di luar negara. Sedar atau tidak, bantuan zakat kepada sektor pendidikan membolehkan ibubapa dan juga pelajar mampu membayar yuran, membeli kelengkapan persekolahan, menanggung kos perbelanjaan harian di sekolah dan sebagainya. Begitu besar manfaat dana zakat yang disumbangkan oleh orang ramai untuk pendidikan ummah sebenarnya. Pengurusan dana yang baik oleh institusi zakat telah banyak membantu golongan asnaf untuk meningkatkan taraf hidup. Jika ada dalam kalangan masyarakat kurang berpuas hati dengan agihan yang dilakukan oleh institusi zakat, maka bertandanglah ke institusi tersebut bagi mendapatkan maklumat yang tepat.- Shafie Mustapha

RM 14,411.71* Kadar Nisab semasa adalah

berdasarkan nilai 85 gram emas.

* Nisab ialah kadar minima yang ditetapkan oleh syarak

bagi sesuatu harta untuk dikeluarkan zakat.K

AD

AR

NIS

AB

ZA

KAT

:

Ikhtiar Jangka Panjang

HAJI MD. ROFIKI DATO’ HAJI A. SAMSUDDIN

Atau Pejabat-Pejabat Agama Daerah

JOHOR BAHRU (Tel : 07-2282941, Faks: 07-2271549)MUAR (Tel : 06-9534263, Faks: 06-9537209)BATU PAHAT (Tel : 07-4343566, Faks: 07-4327357)SEGAMAT (Tel : 07-9312254, Faks: 07-9314179)KLUANG (Tel : 07-7728690, Faks: 07-7713542)PONTIAN (Tel : 07-6879493, 07-6861395)

KOTA TINGGI (Tel : 07-8832444, Faks: 07-8826859)MERSING (Tel : 07-7991073 , Faks: 07-7996946)TANGKAK (Tel : 06-9783479 , Faks : 06-9537209)KULAI (Tel : 07-598 5104 , Faks : 07-599 5214)PASIR GUDANG (Tel : 07-2544406 , Faks :07-2551105)

BIL JENIS BANTUAN BELANJA SEBENAR (RM) PENERIMA

1 Bantuan Pakaian Sekolah 4,050,212.50 29,815

2 Bantuan Yuran Sekolah 2,000,000.00 20,000

3 Bantuan Basikal 200,000.00 500

4 Bantuan Pendaftaran Di IPT 3,647,291.00 5,756

5Bantuan Dermasiswa Pelajar Luar NegaraMesir - 124 orang pelajarJordan - 67 orang pelajar

1,280,000.00 191

6 Bantuan Pinjaman Pendidikan Luar NegaraKuota - 200 orang pelajar 5,800,000.00 199

7 Bantuan Tambang Ke Pusat Pengajian 147,250.04 86

8 Program Makanan Sihat 4,000,000.00 12,411

Jumlah 21,124,753.54 68,956

BIL PROGRAM/SUMBANGAN PERUNTUKAN (RM)

1 Bantuan Baikpulih Sekolah Agama Rakyat 1,300,000.00

2 Pembelian Perabot dan Kelengkapan Sekolah Agama Kerajaan Johor 2,000,000.00

3 Sumbangan Pembinaan 121 Buah Sekolah Agama Kerajaan Johor 3,700,000.00

4 Sumbangan Baikpulih Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) 4,630,000.00

5 Penyelenggaraan Asrama Pelajar Johor Di Mesir 60,000.00

6 Pengurusan Keselamatan dan Pentadbiran Asrama Johor DI Mesir 100,000.00

Jumlah 11,790,000.00

BIL PROGRAM/SUMBANGAN PERUNTUKAN (RM)

1 Program Pemantapan Ahli Sunnah Wal Jamaah 150,000.00

2 Program Pemurnian Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah 150,000.00

3 Kempen Amal Maaruf Nahi Mungkar 80,000.00

4 Bantuan Pelajar Tahfiz di Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) 780,000.00

5 Bantuan Pelajar IPT 2,000,000.00

6 Elaun Mengajar Kelas Al-Quran Negeri Johor 2,039,000.00

7 Saguhati Galakan Hafaz Al-Quran 2,000,000.00

Jumlah 7,199,000.00

BIL PROGRAM/SUMBANGAN PERUNTUKAN (RM)

1 Anugerah Kecemerlangan Pelajar Sekolah Agama Rakyat 150,000.00

2 Bantuan Sekolah Agama Anak Orang Asli 320,000.00

3 Pembiayaan Pengurusan Kolej Pengajian Tinggi Islam Johor (MARSAH) 3,720,000.00

4 Bantuan Percetakan Kitab Sekolah Agama 3,000,000.00

5 Bantuan Kepada Sekolah Tahfiz Swasta 1,600,000.00

6 Program Khatam Pintar Al-Quran 120,000.00

7 Program Ihtifal Sekolah Agama Rakyat 50,000.00

8 Sumbangan Bayaran Gaji Guru Sekolah Agama Rakyat 615,000.00

9 Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah Agama Rakyat 638,200.00

10 Elaun Mengajar Guru Kelas Fardhu Ain Orang-Orang Pekak 30,000.00

11 Elaun Mengajar Guru Sekolah Kalan-Kanak Buta Princes Elizabeth 30,000.00

12 Elaun Mengajar Guru Tahfiz Di Maahad Tahfiz dan Sek. Men. Agama Kerajaan Johor 500,000.00

13 Pengurusan Maahad Tahfiz Negeri Johor 130,000.00

14 Sumbangan Kepada Badan kebajikan Sekolah Agama Negeri Johor (564 sekolah) 2,840,000.00

Jumlah 13,743,200.00

Page 2: 1. BANTUAN KEPADA INDIVIDU sebanyak RM23.89 … Negeri Johor (MAIJ) di mana sahaja. Anda boleh menghubungi kami melalui: Ketua Pengarang Buletin Infaq, Bahagian Zakat, Majlis Agama

BENCANA... Kebakaran di Kampung Rimba Terjun, Pontian mendorong wakil MAIJ menyampaikan sumbangan segera kepada mangsa, Saudara Rahmat di lokasi kejadian.

PERIHATIN... Penasihat MAINJ YB Dato’ (Dr.) Haji Nooh Gadot menyerahkan sumbangan kepada keluarga adik Muhammad Faiz Irfan dari Perumahan Rakyat Desa Mutiara sebanyak RM700 bulanan dan RM2,200 sebulan untuk keperluan makanan kesihatan.

HULUR... Wakil MAIJ Batu Pahat membuat kinjungan ziarah mangsa kebakaran di Kampung Parit Sumarto, Parit Raja, Batu Pahat.

MAIJ tidak ketinggalan menghulur sumbangan berupa makanan dan minuman kepada mangsa kebakaran yang berlaku baru-baru ini di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.

BANTU... Amil Agihan manggalas tugas menyampaikan bantuan MAIJ kepada keluarga Zayuah Abu Bakar, 43, di Kampung Tenang, bagi meringankan beban menyara lima orang anaknya setelah hilang tempat bergantung.

SIASAT... Pegawai MAIJ membuat siasatan berikutan aduan orang ramai atas kedaifan hidup penduduk di Kampung Pasir, Skudai, Johor Bahru.

PEGAWAI MAIJ Tangkak, Farhan Maan menyerahkan bantuan segera kepada Mariam Kahar. Rumah Mariam mengalami kebakaran di Taman Tun Syed Nasir, baru-baru ini.

SUMBANGAN... Mangsa ribut Zainon Ismail di Kampung Bukit Benda, Bukit Kepong, Muar menerima bantuan MAIJ disampaikan oleh Penghulu Mukim.

ZIARAH...Pegawai MAIJ Muar, Shaari Md. Yatim menyampaikan bantuan kepada Ida Suryanti Yunus, yang terlibat kemalangan jalan raya.

MENJUNJUNG KASIH...Seramai 10 pesakit kanser dan 140 pesakit lainnya menerima kurniaan bantuan MAIJ sempena kunjungan Permaisuri Johor, DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, baru-baru ini.

KEJADIAN kebakaran turut berlaku di Pekan Nenas, Pontian. Pegawai MAIJ daerah berkenaan turun padang menziarahi saudara Torel Mochtar di tempat kejadian di alamat, Lorong A13, Pekan Nenas. Semoga Allah memberikan ketabanah dan kesabaran kepada keluarga yang terbabit dengan musibah.

2buletinAl-Infaq 3buletin

Al-Infaq

semua asnaf di mana asnaf fakir dan miskin merupakan golongan penerima terbesar dengan peruntukan RM 138.2 juta atau 50.7% daripada agihan keseluruhan. “Ini membuktikan besarnya sumbangan zakat di Johor dalam mewujudkan masyarakat yang sejahtera terutama dalam menangani kos sara hidup dan kebajikan masyarakat Islam melalui 20 skim bantuan zakat yang disediakan. Selain itu, peruntukan asnaf fi sabilillah juga antara yang tertinggi iaitu sebanyak RM83.3 juta yang merangkumi empat skop pengagihan iaitu pembangunan syiar Islam, pembangunan masjid dan surau, pengurusan sekolah arab dan sekolah agama serta pendidikan dan kebajikan.

Agihan Zakat Pendidikan Pencetus Anjakan Paradigma

Katanya, sumbangan kewangan zakat kepada pembangunan pendidikan di negeri ini boleh dikategorikan kepada empat perkara utama iaitu bantuan kepada individu (asnaf fakir, miskin, ibnu sabil dan fi sabilillah), bantuan kepada program dan pengurusan pendidikan (fi sabilillah), pembangunan prasarana pendidikan (fi sabilillah) dan sumbangan khas pendidikan masyarakat. “Pengagihan zakat bagi pembangunan pendidikan ini perlu dilaksana dengan lebih menyeluruh bagi memastikan tidak hanya individu fakir atau miskin sahaja dapat menikmati bantuan wang zakat malahan dapat dirasai oleh keseluruhan masyarakat melalui pelbagai program yang dilaksanakan khususnya melibatkan asnaf fi sabilillah,”katanya. Menurut beliau, peruntukan bagi empat kategori tersebut adalah sebanyak RM 56,622,200.00 atau 20.8%

daripada bajet agihan zakat tahun 2016. Beliau berkata, bantuan zakat pendidikan dapat menyuntik kesedaran dan semangat ingin berjaya setelah melihat asnaf fakir lain yang berjaya keluar daripada belenggu kefakiran dan kesusahan hidup. “Bantuan zakat pendidikan seharusnya dapat mengubah mentaliti dan persepsi golongan fakir untuk tidak terus mewarisi kehidupan sebagai fakir kepada generasi yang seterusnya. “Asnaf fakir yang berjaya menjadi model dan sumber ikutan yang berkesan kepada asnaf fakir yang lain dalam memberi kesedaran untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik,” katanya. Di samping itu katanya, asnaf fakir perlu memanfaatkan bantuan yang diberikan dan tidak mensia-siakan peluang yang ada sebaliknya membuktikan

Dari m.s 1

Sekitaragihan zakat

kepada masyarakat yang mereka juga layak dan berhak untuk berubah nasib dan berjaya. Sehubungan itu, Haji Md. Rofiki berkata, MAIJ dari semasa ke semasa akan mengkaji dan menilai kesesuaian pemberian bantuan dan agihan zakat bagi memastikan setiap asnaf memperolehi manfaat yang maksimum daripada bayaran zakat umat Islam di Johor. Beliau berkata demikian kepada Buletin Al-Infaq baru-baru ini.