1. BUSINESS LAW LEC. 1b (Contract)(22.03.2011)(Malay).ppt

118
BUSINESS LAW BUSINESS LAW UNDANG-UNDANG KONTRAK

Transcript of 1. BUSINESS LAW LEC. 1b (Contract)(22.03.2011)(Malay).ppt

  • BUSINESS LAW

    UNDANG-UNDANG KONTRAK

  • BUSINESS LAW- UNDANG-UNDANG KONTRAK

    Kandungan:

    Pengenalan Pembentukan KontrakKerelaan BerkontrakTerma-Terma KontrakPerjanjian-Perjanjian Batal dan Menyalahi Undang-Undang Pelepasan KontrakRemedi Bagi Kemungkiran Kontrak

  • UNDANG-UNDANG KONTRAK

    PENGENALAN

  • UNDANG-UNDANG KONTRAK- PENGENALAN

    Ditadbirkan dan dikuatkuasakan olehAkta Kontrak, 1950

    Rujukan pada undang-undang Inggeris dibenarkan melalui penguatkuasaan Seksyen 5 Akta Undang-undang Sivil, 1956

    Terdapat perbezaan antara Malaysia dengan England

  • UNDANG-UNDANG KONTRAK- PENGENALAN

    Definisi

    Seksyen 2(h) Akta KontrakSuatu perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang.

    Perjanjian yang mengikat pihak-pihak yang memasukinya.

    contoh:- kontrak jual beli tanah- kontrak sewaan- kontrak insurans

  • UNDANG-UNDANG KONTRAK

    PEMBENTUKANKONTRAK

  • UNDANG-UNDANG KONTRAK - PEMBENTUKAN KONTRAK

    Kontrak Mudah - pembentukan tidak melibatkan formaliti tertentu - secara lisan atau disiratkan melalui perlakuan - jual beli barangan keperluan harian di kedai runcit

    Kontrak Kompleks - dideraf dengan teliti - bertulis - dimasuki oleh syarikat-syarikat perniagaan

  • UNDANG-UNDANG KONTRAK- PEMBENTUKAN KONTRAK

    Elemen-elemen Pembentukan Kontrak

    Tawaran atau cadangan oleh seseorang yang ditujukan kepada seseorang yang lain

    Penerimaan oleh pihak yang ditujukan tawaran

    Balasan yang sah dan bernilai daripada kedua-dua pihak yang berkontrak

    Niat oleh kedua-dua pihak untuk saling mengikat di sisi undang-undang

    Keupayaan pihak-pihak terbabit untuk memasuki kontrak

    Ketentuan

  • UNDANG-UNDANG KONTRAK- PEMBENTUKAN KONTRAK

    Kesemua elemen pembentukan kontrak mesti dipenuhi secara serentak dan bukan alternatif.

    Kontrak tidak boleh wujud sekiranya hanya elemen tawaran dan penerimaan dipenuhi sedangkan elemen-elemen lain diabaikan.

    Seksyen 10 Akta KontrakSemua perjanjian adalah kontrak jika dibuat atas kerelaan bebas pihak-pihak yang layak membuat kontrak, untuk sesuatu balasan yang sah dan dengan sesuatu tujuan yang sah dan tidak ditetapkan dengan nyata di bawah Akta bahawa ianya batal.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 1 TAWARANDefinisi

    Undang-undang Inggeris tawaran / pembuat tawaran / penerima tawaran

    Akta Kontrak cadangan / pembuat janji / penerima janji

    Seksyen 2(a) Akta KontrakCadangan wujud apabila seseorang menyatakan kesudiannya kepada seseorang yang lain untuk melakukan atau menahan diri daripada melakukan sesuatu, dengan maksud memperolehi persetujuan orang itu untuk berbuat sesuatu atau menahan diri daripada berbuat sesuatu itu.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 1 TAWARANKepada Siapa Tawaran Boleh Ditujukan

    Tawaran boleh ditujukan kepada seseorang yang tertentu atau khusus yang mana penerimaan boleh dilakukan oleh orang itu sahaja dan tidak orang lain

    Contoh: A membuat tawaran kepada B untuk menjual kereta Proton Satrianya pada harga RM40,000. Tawaran A hanya boleh diterima oleh B dan tidak orang lain kerana ia ditujukan khusus kepada B.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 1 TAWARANKepada Siapa Tawaran Boleh Ditujukan

    Tawaran boleh juga ditujukan kepada umum atau khayalak ramai.

    Dalam situasi ini, penerimaan yang sah boleh dibuat oleh mana-mana orang yang mengetahui tentang tawaran tersebut dan melaksanakan apa sahaja obligasi yang diminta oleh tawaran itu.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 1 TAWARANKepada Siapa Tawaran Boleh Ditujukan

    Carlill lwn Carbolic Smoke Ball Co Ltd (1892)Pihak defendan adalah pengeluar sejenis ubat yang diberi nama The Carbolic Smoke Ball. Bagi tujuan mempromosikan ubat tersebut, mereka telah menyiarkan iklan yang menawarkan sejumlah wang kepada sesiapa sahaja yang membeli dan memakan ubat tersebut 3 kali sehari selama 2 minggu, tetapi masih mengidap selsema.

    Untuk menunjukkan niat jujur mereka, mereka mengatakan bahawa sejumlah wang yang banyak telah dideposit dengan sebuah bank.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 1 TAWARANKepada Siapa Tawaran Boleh Ditujukan

    Plaintif telah membeli dan memakan ubat tersebut mengikut arahan yang diberikan tetapi masih tidak sembuh.

    Plaintiff kemudian menuntut jumlah wang yang dijanjikan dalam iklan.

    Pihak defendan menafikan liabiliti mereka dengan mengatakan bahwa tidak wujudnya tawaran yang dibuat kepada mana-mana pihak tertentu kerana tawaran itu tidak pasti kepada siapa ia ditujukan.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 1 TAWARANKepada Siapa Tawaran Boleh Ditujukan

    Mahkamah tolak hujah tersebut dan menyatakan bahawa sesuatu tawaran boleh ditujukan kepada seluruh dunia. Niat sebenar bukanlah untuk berkontrak dengan seluruh dunia tetapi dengan sesiapa sahaja yang tampil melaksanakan apa jua perbuatan atau syarat yang diminta oleh tawaran itu.

    Dalam kes ini, apabila plaintif membeli dan memakan ubat itu dengan mengikut arahan yang ditetapkan, plaintif dikatakan telah menerima tawaran tersebut. Kontrak yang sah wujud antara plaintif dengan pihak defendan.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 1 TAWARANPerbezaan Tawaran dengan Pelawaan Tawaran

    Pelawaan Tawaran

    Rundingan-rundingan awal oleh pihak-pihak tetapi mereka tidak berhasrat untuk terikat dengan syarat-syarat yang disebut dalam rundingan berkenaan.

    Ianya pelawaan untuk membuat tawaran dan bukannya tawaran. Ia tidak semestinya berakhir dengan tawaran yang muktamad oleh sesuatu pihak.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 1 TAWARANPerbezaan Tawaran dengan Pelawaan Tawaran

    Contoh Pelawaan Tawaran

    -Pelelong mempelawa bida atau tawaran dalam majlis lelongan awam.

    - Pameran barang-barang di pasar raya atau kedai biasa.

    -Iklan

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 1 TAWARAN Perbezaan Tawaran dengan Pelawaan Tawaran

    Pharmaceutical Society of Great Britain lwn Boots Cash Chemist (Southern) Ltd (1953)Di bawah Akta Ubatan dan Racun, 1933, adalah menjadi suatu kesalahan sekiranya racun-racun tertentu dijual tanpa penyeliaan ahli farmasi yang berdaftar.

    Dalam kes ini pihak defendan telah meletakkan barangan yang hendak dijual di atas rak-rak dalam kedainya. Mereka telah di dakwa oleh pihak plaintif atas alasan bahawa tindakan mereka mempamerkan barangan tersebut adalah merupakan satu tawaran dan ini bermakna mereka telah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta Ubatan dan Racun, 1933.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 1 TAWARAN Perbezaan Tawaran dengan Pelawaan Tawaran

    Mahkamah memutuskan bahawa tindakan mempamerkan ubat-ubatan di atas rak adalah suatu pelawaan untuk tawaran.

    Tawaran belum berlaku lagi apabila seseorang pelangan itu memilih ubatan yang dipamerkan dan meletakkan ia di dalam bakulnya.

    Tawaran hanya berlaku apabila pelanggan mengemukakan barangan di kaunter pembayaran.

    Tawaran ini boleh diterima atau ditolak oleh ahli farmasi yang tugasnya ialah mengawal urus niaga di kaunter tersebut.

    Oleh itu kontrak hanya berlaku di kaunter pembayaran.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 1 TAWARAN Perbezaan Tawaran dengan Pelawaan Tawaran

    Coelho lwn Public Service Commission (1964)Satu jawatan Penolong Pegawai Pasport, telah diiklankan dalam akhbar The Malay Mail. Coelho memohon jawatan tersebut dan telah dipilih bagi mengisi jawatan berkenaan. Dia telah dikategorikan sebagai pegawai dalam tempoh percubaan. Tidak lama kemudian dia telah dipecat daripada jawatan tersebut.

    Coelho membantah pemecatan tersebut dan mendakwa bahawa pemecatan berkenaan tidak sah.

    Mahkamah memutuskan bahawa apabila tawaran melalui pemohonan mengisi jawatan kosong yang dibuat oleh Coelho diterima oleh Public Service Commission, satu kontrak yang mengikat telah wujud. Ini kerana dalam syarat jawatan yang ditandatangani oleh Coelho, tidak dinyatakan bahawa Coelho akan menjalani tempoh percubaan. Dengan itu, pemecatan tersebut tidak sah kerana melanggar kontrak yang telah wujud.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 1 TAWARANTawaran Mesti Jelas dan Dikomunikasikan

    Untuk menjadikan sesuatu tawaran itu efektif, ianya mestilah jelas dan lengkap. Tawaran yang kabur dan terdapat keraguan padanya tidak boleh mewujudkan kontrak yang mengikat.

    Ahmad Meah & Anor lwn Nacodah Merican (1890)Mahkamah memutuskan bahawa persetujuan untuk membina sebuah rumah yang sesuai merupakan perjanjian yang kabur untuk mewujudkan suatu kontrak yang mengikat.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 1 TAWARAN Tawaran Mesti Jelas dan Dikomunikasikan

    Tawaran juga mesti dikomunikasikan kepada pihak penerima.

    Tawaran boleh dikomunikasikan secara:

    Lisan Bertulis Disiratkan daripada perbuatan pihak yang berkenaan.

    Seseorang itu tidak boleh menerima tawaran yang dia sendiri tidak ketahui.

    Maka seseorang yang memberi maklumat tidak boleh menuntut balasan jika dia tidak tahu ada hadiah yang ditawarkan.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 1 TAWARAN Tawaran Mesti Jelas dan Dikomunikasikan

    Motif penerimaan adalah tidak penting asalkan si penerima mengetahui mengenai tawaran terebut.

    Williams lwn Carwardin (1883)Hadiah ditawarkan kepada sesiapa yang dapat memberikan maklumat tentang suatu kes pembunuhan.

    Plaintif di dalam kes ini mengetahui mengenai tawaran hadiah tersebut dan telah memberikan maklumat sehingga tertangkapnya penjenayah yang terlibat di dalam kes pembunuhan tersebut. Tetapi plaintif memberikan maklumat tersebut bukan kerana hadiah yang ditawarkan, tetapi niatnya ialah untuk mengharapkan ketenangan jiwa dan pengampunan pada hari kemudian.

    Mahkamah memutuskan bahawa plaintif berhak menerima hadiah tersebut walaupun motif penerimaannya tiada kaitan dengan tawaran tersebut.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 1 TAWARANBilakah Tawaran Akan Tamat atau Berakhir

    Sesuatu tawaran akan berakhir apabila ia diterima. Dengan penerimaan tersebut, maka terbentuklah suatu kontrak yang mengikat antara pihak-pihak yang terbabit.

    Ini tidak pula bermakna sesuatu tawaran yang masih belum diterima akan terus wujud buat selamanya.

    Seksyen 6 Akta KontrakSesuatu tawaran akan berakhir apabila a.Pihak pencadang membatalkan tawaranb.Luputnya waktuc.Pihak yang dijangka menerima tawaran itu menolak tawaran tersebutd.Pencadang mati atau sakit otak

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 1 TAWARAN Bilakah Tawaran Akan Tamat atau Berakhir

    Tawaran akan berakhir apabila pihak pencadang membatalkan tawaran

    Seksyen 5(1) Akta KontrakTawaran boleh dibatalkan pada bila-bila masa sebelum komunikasi penerimaannya adalah lengkap terhadap pencadang tetapi, tidak selepasnya.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 1 TAWARAN Bilakah Tawaran Akan Tamat atau Berakhir

    Walaupun tawaran boleh dibatalkan oleh pihak pencadang pada bila-bila masa sebelum penerimaan dibuat, pembatalan tersebut hanya dianggap efektif apabila ianya dikomunikasikan atau sampai kepada pengetahuan pihak yang bakal membuat penerimaaan.

    Selagi pembatalan tersebut tidak diketahui, penerimaan masih boleh dilakukan.

    Penerimaan tidak boleh dilakukan lagi apabila pembatalan tersebut telahpun sampai kepada pengetahuan pihak yang akan membuat penerimaan.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 1 TAWARAN Bilakah Tawaran Akan Tamat atau Berakhir

    Routledge lwn Grant (1928)G membuat tawaran untuk membeli rumah R dan memberinya masa selama 6 minggu untuk menerima tawaran tersebut.

    Dalam jangka masa tersebut, G telah membatalkan tawarannya.

    Mahkamah memutuskan bahawa G berhak membatalkan tawaran tersebut pada bila-bila masa sebelum penerimaan dibuat dan dengan pembatalan itu, R tidak boleh lagi membentuk kontrak yang mengikat dengan cara menerimanya.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 1 TAWARAN Bilakah Tawaran Akan Tamat atau Berakhir

    Sekiranya pembatalan tawaran diberitahu secara pos, pembatalan tersebut hanya menjadi efektif apabila ianya sampai kepada pengetahuan pihak yang akan membuat penerimaan dan bukannya dari saat surat pembatalan itu dipos.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 1 TAWARAN Bilakah Tawaran Akan Tamat atau Berakhir

    Byrne & Co lwn Leo Van Tienhoven & Co (1880)Defendan telah mengeposkan tawaran kepada plaintif pada 1 Oktober.

    Defendan kemudiannya membatalkan tawaran tersebut dan surat pembatalan tawaran berkenaan telah dipos kepada plaintif pada 8 Oktober.

    Pada 11 Oktober, plaintif yang belum lagi menerima surat pembatalan tawaran oleh defendan, telah membuat penerimaan secara pos.

    Hanya pada 20 Oktober, pihak plaintif menerima surat pembatalan tersebut.

    Mahkamah memutuskan pembatalan yang dibuat oleh defendan adalah tidak efektif kerana ia hanya sampai kepada plaintif selepas penerimaan dibuat.

    Dalam kes ini, kontrak wujud pada 11 Oktober apabila plaintif mengepos penerimaannya.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 1 TAWARAN Bilakah Tawaran Akan Tamat atau Berakhir

    Pembatalan tawaran tidak semestinya dikomunikasikan oleh pihak pencadang. Ia boleh juga dilakukan oleh pihak ketiga yang boleh dipercayai atau pihak ketiga yang telah diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh pihak pencadang.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 1 TAWARAN Bilakah Tawaran Akan Tamat atau Berakhir

    Dickinson lwn Dodds (1876)Dodd membuat tawaran untuk menjual hartanahnya kepada Dickinson dan memberitahunya bahawa tawaran tersebut terbuka sehingga hari Jumaat.

    Pada hari Khamis, Dickinson telah diberitahu oleh pihak ketiga yang boleh dipercayai bahawa Dodds telah menjual hartanah berkenaan kepada orang lain. Walaupun mengetahui hal ini, Dickinson masih berhasrat untuk menerima tawaran itu pada hari Jumaat.

    Mahkamah memutuskan bahawa penjualan hartanah berkenaan kepada pihak lain merupakan pembatalan tawaran dan pembatalan tersebut adalah efektif apabila ia dikomunikasikan oleh pihak ketiga yang boleh dipercayai.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 1 TAWARAN Bilakah Tawaran Akan Tamat atau Berakhir

    Tawaran akan berakhir apabila luputnya tempoh yang ditetapkan

    Jika penerimaan tidak dibuat dalam jangka waktu yang ditetapkan, tawaran akan tamat secara automatik dengan berakhirnya tempoh berkenaan.

    Sekiranya tawaran tidak menyatakan batas waktu, tawaran akan luput mengikut waktu yang munasabah.

    Samaada sesuatu tempoh itu munasabah atau tidak bergantung kepada fakta sesuatu kes itu.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 1 TAWARAN Bilakah Tawaran Akan Tamat atau Berakhir

    Ramsgate Victoria Hotel Co Ltd lwn Montefiore (1866)Defendan membuat tawaran untuk membeli saham-saham dalam sebuah syarikat melalui suratnya bertarikh 8 Jun.

    Defendan tidak mendapat maklumbalas terhadap tawarannya itu sehinggalah pada bulan November apabila syarikat berkenaan membuat penerimaan terhadap tawaran tersebut.

    Dalam tempuh tersebut, defendan tidak lagi menghendaki saham-saham itu.

    Mahkamah memutuskan bahawa tawaran yang dibuat oleh defendan telah luput waktunya memandangkan harga saham berubah-ubah setiap hari dan syarikat tersebut telah terlambat untuk menerima tawaran itu.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 1 TAWARAN Bilakah Tawaran Akan Tamat atau Berakhir

    Tawaran akan berakhir apabila pihak yang dijangka menerima tawaran itu menolak tawaran tersebut.

    Penolakan tawaran boleh dibuat secara nyata atau tersirat.

    - Penolakan nyata adalah efektif apabila notis penolakan sampai kepada pengetahuan pencadang.

    - Salah satu cara penolakan tersirat pula ialah apabila berlakunya tawaran balas.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 1 TAWARAN Bilakah Tawaran Akan Tamat atau Berakhir

    Apabila berlaku tawaran balas, kedudukan pihak-pihak yang terbabit juga berubah.

    A ialah pembuat tawaran dan B sebagai penerima. Sewaktu membuat penerimaan, B telah meminda satu syarat yang disebut dalam tawaran yang dibuat oleh A.

    B telah membuat suatu cadangan balas yang kesannya memansuhkan tawaran asal yang dibuat oleh A.

    Kedudukan pihak-pihak berubah. Asalnya A ialah pembuat tawaran dan B sebagai penerima. Dengan adanya tawaran balas, B menjadi pembuat tawaran (tawaran balas) manakala A pula menjadi pihak yang akan membuat penerimaan. Terpulang kepada A sama ada hendak menerima atau menolak tawaran balas yang dibuat oleh B.

    Sekiranya A menerima, kontrak terbentuk. Jika A menolak, kontrak tidak akan wujud.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 1 TAWARAN Bilakah Tawaran Akan Tamat atau Berakhir

    Hyde lwn Wrench (1840)Defendan membuat tawaran kepada plaintif untuk menjual sebidang tanah dengan harga 1,000. Plaintif membuat tawaran balas dengan harga 950 yang mana ianya ditolak oleh defendan.

    Plaintif kemudiannya bersetuju membayar 1,000 iaitu harga tawaran asal kepada defendan tetapi defendan enggan menjual tanah tersebut.

    Mahkamah memutuskan bahawa tawaran balas yang dibuat oleh plaintif pada harga 950 memansuhkan tawaran asal. Oleh itu plaintif tidak berhak untuk kembali kepada tawaran asal defendan. Justeru, defendan berhak menolak.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 1 TAWARAN Bilakah Tawaran Akan Tamat atau Berakhir

    Tawaran akan berakhir apabila pencadang mati atau sakit otak

    - Fakta ini mestilah diketahui oleh pihak penerima sebelum penerimaan dibuat.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 2 PENERIMAANDefinisi

    Definisi

    Seksyen 2(b) Akta KontrakSesuatu cadangan itu diterima apabila orang kepada siapa cadangan itu dibuat menyatakan persetujuannya terhadap cadangan tersebut.Penerimaan adalah suatu pernyataan persetujuan kepada syarat-syarat yang terkandung dalam sesuatu tawaran. Dengan adanya penerimaan, maka wujudlah suatu kontrak yang mengikat.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 2 PENERIMAANDefinisi

    Seksyen 7(a) Akta KontrakUntuk menjadikan sesuatu tawaran itu sebagai suatu janji, maka penerimaan mestilah mutlak dan tidak bersyarat. Penerimaan mestilah selaras dengan terma-terma tawaran. Sekiranya pihak yang sepatutnya membuat penerimaan mengubah atau meminda terma-terma yang disebut dalam tawaran, yang wujud bukanlah suatu penerimaan sebaliknya suatu tawaran balas.

    Sekiranya penerimaan itu bersyarat, selagi syarat tersebut tidak dilaksanakan, kontrak yang sah dan mengikat di sisi undang-undang belum lagi wujud.

    Contoh: Apabila penerimaan itu dikatakan sebagai tertakluk kepada kontrak atau tertakluk kepada suatu kontrak formal yang akan dibuat oleh peguam kami.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 2 PENERIMAANDefinisi

    National Land Finance Co-operative Society Ltd lwn Sharidal Sdn Bhd (1981)Responden menyatakan persetujuannya untuk menjual tanah kepada apellan, yang mana perjanjian tersebut tertakluk kepada kelulusan daripada Jawatankuasa PelaburanAsing.

    Jawatankuasa berkenaan tidak membenarkan penjualan tersebut. Responden mendakwa bahawa perjanjian itu tidak boleh dikuatkuasakan tetapi apellan menyatakan sebaliknya.

    Mahkamah memutuskan, kontrak yang sah belum lagi wujud. Justeru, rayuan apellan ditolak.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 2 PENERIMAANDefinisi

    Walaubagaimanapun, mahkamah akan tetap meneliti fakta sesuatu kes itu, yang mana sekiranya mahkamah berpendapat bahawa kedua-dua pihak berniat untuk menjadikan perjanjian sebagai berkuatkuasa serta merta, mahkamah akan memutuskan bahawa kontrak yang sah telahpun wujud.

    Esso Standard Malaya Bhd lwn Sourthern Cross Airways (Malaysia) Bhd (1972)Plaintif telah membekalkan minyak kapal terbang kepada defendan walaupun suatu kontrak formal belum wujud. Apabila plaintif menuntut bayaran, defendan cuba menafikan liabiliti.

    Mahkamah memutuskan, kontrak yang sah telahpun wujud antara kedua-dua pihak. Ini kerana berdasarkan apa yang terkandung dalam3 pucuk surat dan perjanjian 5 kad kredit antara mereka, tidak ada sebarang bukti yang menunjukkan bahwa suatu kontrak formal diperlukan sebelum kontrak yang mengikat antara mereka boleh terbentuk. Justeru defendan dikehendaki membayar tuntutan plaintif.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 2 PENERIMAANDefinisi

    Seksyen 7(b) Akta KontrakPenerimaan hendaklah dinyatakan secara biasa dan munasabah, melainkan jika cadangan itu menetapkan cara penerimaan.

    Sekiranya A membuat tawaran untuk menjual basikalnya kepada B yang rumahnya bersebelahan dengan rumah A, dan B menyatakan penerimaannya secara pos. Cara begini walaupun dianggap biasa tetapi tidak munasabah dalam situasi ini kerana B boleh menyatakannya secara lisan kepada A.

    Pembuat tawaran boleh menyatakan cara-cara penerimaan itu mesti dilakukan. Sekiranya ia ditentukan, penerima tawaran mestilah menyatakan penerimaannya dengan cara sedemikian. Penerimaan dengan cara selain daripada yang ditentukan dalam cadangan tidak akan mengikat pembuat tawaran.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 2 PENERIMAANDefinisi

    Eliason lwn Henshaw (1819)E telah menawarkan untuk membeli tepung daripada H dan meminta penerimaan dihantar kepadanya dengan kereta kuda yang membawa tawaran tersebut.

    H walau bagaimanapun telah menghantar penerimaan melalui mel biasa.

    Apabila surat tersebut sampai lewat, E mendakwa penerimaan adalah tidak efektif dan tidak sah kerana ianya tidak menepati cara yang telah ditetapkan.

    Mahkamah memutuskan bahawa E berhak menolak penerimaan H tersebut.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 2 PENERIMAANKomunikasi Penerimaan

    Penerimaan mestilah dikomunikasikan kepada pihak yang membuat tawaran. Komunikasi penerimaan ini dianggap efektif hanya apabila ianya tiba kepada pengetahuan pihak pencadang.

    Walaubagaimanapun kaedah am ini hanya terpakai apabila penerimaan dibuat secara lisan, melalui telefon atau telex dan seumpamanya.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 2 PENERIMAANKomunikasi Penerimaan

    Entores Ltd lwn Miles Far East Corporation (1955)Defendan berada di Amsterdam telah membuat penerimaan melalui teleks. Plaintiff, iaitu pembuat tawaran menerima teleks berkenaan di London. Apabila timbul pertelingkahan tentang kontrak, plaintif telah menggunakan mahkamah Inggeris untuk mendapatkan writ ke atas defendan. Sekiranya kontrak tidak wujud di London, mahkamah Inggeris tidak dapat memutuskan kes tersebut.

    Mahkamah memutuskan bahawa kontrak wujud di London dan dengan itu mahkamah Inggeris mempunyai bidang kuasa.

    Penerimaan melalui teleks dianggap sebagai serta merta dan kontrak terbentuk sebaik sahaja plaintif menerima teleks penerimaan defendan di London.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 2 PENERIMAANKomunikasi Penerimaan

    Jika penerima tawaran sekadar berniat untuk menerima tetapi tidak menzahirkan niatnya kepada pembuat tawaran, kontrak tidak wujud. Perbuatan mendiamkan diri oleh pihak yang ditujukan tawaran tidak boleh dianggap oleh pihak pencadang sebagai satu penerimaan kepada tawarannya.

    Felthouse lwn Bindley (1862)Defendan ditugaskan oleh anak saudara kepada Plaintif untuk menjual sebahagian daripada hartanya terrmasuk seekor kuda. Plaintif membuat tawaran untuk membeli kuda tersebut dengan harga 30. Dalam surat kepada anak saudaranya itu, beliau menyatakan, Jika saya tidak mendengar lebih lanjut mengenai kuda ini, saya akan menganggap kuda itu milik saya dengan harga 30.

    Anak saudaranya tidak menjawab surat itu tetapi telah mengarahkan defendan untuk menarik balik penjualan kuda tersebut. Malangnya kesilapan berlaku dan kuda berkenaan telah dijual oleh defendan. Plaintif kemudian membuat tuntutan.

    Mahkamah memutuskan, walaupun telah ada niat menerima dan menjual kuda tersebut pada harga itu, tetapi sikap berdiam diri bukanlah merupakan suatu penerimaan. Oleh itu kontrak tidak wujud antara plaintif dengan anak saudaranya.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 2 PENERIMAANKomunikasi Penerimaan

    Keadaan-keadaan yang mana penerimaan tidak perlu dikomunikasikan kepada pihak pencadang.

    1.Seksyen 8 Akta Kontrak

    Penunaian syarat-syarat sesuatu cadangan adalah penerimaan cadangan itu. Dalam kontrak unilateral misalnya, penerima tawaran tidak perlu memberitahu penerimaannya kepada pembuat tawaran. Penerimaan dianggap wujud apabila penerima melaksanakan syarat-syarat yang dikehendaki dalam tawaran.

    Kes Carlill -Puan Carlill tidak perlu memberitahu Smoke Ball Co. yang beliau menerima tawaran mereka. Tindakan Puan Carlill menggunakan smoke ball berkenaan mengikut arahan yang telah ditetapkan sebenarnya dianggap sebagai penerimaan.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 2 PENERIMAANKomunikasi Penerimaan

    2.Penerimaan yang dibuat secara pos

    Seksyen 4(2)(a) Akta KontrakKomunikasi adalah lengkap terhadap pencadang, bila komunikasi penerimaan itu telah dimasukkan ke dalam perjalanan pengiriman kepadanya, yang mana ianya berada di luar kuasa penerima.

    Sebaik-baik sahaja surat penerimaan diposkan, pencadang akan terikat untuk melaksanakan obligasinya di bawah tawaran tersebut walaupun surat itu kemudiannya sampai lewat ke pengetahuan pencadang ataupun hilang dalam perjalanan dan pencadang tidak mengetahui tentang penerimaan tersebut.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 2 PENERIMAANKomunikasi Penerimaan

    Henthorn lwn Fraser (1892)F yang mewakili sebuah persatuan pembangunan telah menawar untuk menjual rumah-rumah tertentu kepada H dan tawaran terbuka selama 14 hari. Pada sebelah tengahari keesokannya, persatuan tersebut mengepos surat kepada H membatalkan tawarannya. Pada jam 3.50 petang hari yang sama, H mengeposkan penerimaannya kepada persatuan. Surat pembatalan tawaran sampai ke tangan H pada jam 5.00 petang hari yang sama juga.

    Mahkamah memutuskan, kontrak yang sah wujud pada jam 3.50 petang sebaik sahaja H mengeposkan penerimaannya.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 2 PENERIMAANKomunikasi Penerimaan

    Pencadang boleh mengelakkan prinsip penerimaan melalui pos dengan menentukan syarat, contohnya dengan menyebut secara jelas bahawa sekiranya penerimaan dibuat secara pos, ia hanya akan efektif apabila surat penerimaan tersebut benar-benar sampai kepadanya dan dia mengetahui isi kandungan surat itu.

    Pencadang juga boleh meminta pihak yang dijangka menerima tawaran itu supaya membuat penerimaan dengan cara selain daripada pos.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 2 PENERIMAANKomunikasi Penerimaan

    Holwell Securites lwn Hughes (1974)Pihak pencadang meminta supaya penerimaan dibuat secara bertulis dan dihantar sendiri kepadanya.

    Penerima tawaran walau bagaimanapun telah mengeposkan surat penerimaan yang kemudiannya hilang dalam perjalanan.

    Mahkamah memutuskan, penerimaan yang dibuat selain daripada cara yang telah ditetapkan dalam tawaran adalah tidak efektif.

    Pencadang telah menetapkan bahawa penerimaan mesti dihantar sendiri oleh penerima kepadanya. Ini bermakna pencadang hanya mahu terikat dengan penerimaan tersebut apabila penerimaa itu sampai kepada pengetahuannya. Kontrak tidak wujud kerana penerimaan tidak efektif.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 2 PENERIMAANKomunikasi Penerimaan

    Seksyen 4(2)(b) Akta KontrakKomunikasi adalah lengkap terhadap penerima bila komunikasi penerimaan itu telah sampai kepada pengetahuan pencadang.

    Pihak penerima hanya akan terikat untuk menunaikan obligasinya di bawah penerimaan tersebut apabila surat penerimaan itu benar-benar sampai kepada pencadang dan pencadang mengetahuinya.

    Selagi surat penerimaan tersebut tidak sampai kepada pengetahuan pencadang, penerima masih berpeluang membatalkan penerimaannya.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 2 PENERIMAANPembatalan Penerimaan

    Seksyen 5(2) Akta KontrakSesuatu penerimaan boleh dibatalkan pada bila-bila masa sebelum komunikasi penerimaan itu adalah lengkap terhadap penerima tetapi tidak selepasnya.

    Jika dibaca bersama Seksyen 4(2)(b) Akta Kontrak, dapatlah disimpulkan bahawa sekiranya penerimaan dibuat secara pos, penerimaan tersebut boleh dibatalkan pada bila-bila masa sebelum ianya sampai kepada pengetahuan pihak pencadang.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 3 BALASANDefinisi

    Balasan adalah harga yang dibayar oleh satu pihak untuk membeli janji atau perbuatan pihak yang satu lagi.

    Seksyen 2(d) Akta KontrakMenurut kehendak pembuat janji, apabila penerima atau siapa sahaja yang telah membuat atau telah menahan diri daripada membuat sesuatu, atau berjanji untuk membuat atau menahan diri daripada membuat sesuatu, maka perbuatan atau penahanan diri atau janji itu adalah disebut balasan untuk janji itu.

  • ELEMENTS OF FORMATION OF CONTRACT3 CONSIDERATIONDefinition

    Balasan adalah harga yang dibayar oleh satu pihak untuk membeli janji atau perbuatan pihak yang satu lagi.

    Seksyen 2(d) Akta KontrakMenurut kehendak pembuat janji, apabila penerima atau siapa sahaja yang telah membuat atau telah menahan diri daripada membuat sesuatu, atau berjanji untuk membuat atau menahan diri daripada membuat sesuatu, maka perbuatan atau penahanan diri atau janji itu adalah disebut balasan untuk janji itu.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 3 BALASAN Definisi

    Currie lwn Misa (1875)Balasan boleh berupa suatu hak, kepentingan, keuntungan atau manfaat yang terakru kepada satu pihak, atau suatu penahanan daripada bertindak, kerugian, kehilangan atau kewajipan yang dibuat, dipikul atau ditanggung oleh pihak yang lain.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 3 BALASAN Definisi

    Balasan mestilah mempunyai unsur timbal balik iaitu pihak-pihak yang berkontrak mestilah mempunyai balasan masing-masing.

    Jika A bersetuju membekalkan 1,000 kg gula pasir pada harga RM1 sekilo kepada B, maka balasan B kepada A untuk bekalan gula pasir itu ialah membayar wang berjumlah RM1,000 sementara balasan A kepada B ialah menyerahkan bekalan tersebut.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 3 BALASAN Definisi

    Elemen balasan penting untuk mewujudkan suatu kontrak yang mengikat.

    Seksyen 26 Akta KontrakPerjanjian yang dibuat tanpa balasan adalah batal.

    Janji yang dibuat oleh seseorang pembuat janji yang tidak akan menerima apa-apa sebagai balasan kepada janjinya itu, tidak boleh dikuatkuasakan melainkan jika ianya dibuat dengan bermeterai.

    Jika A berjanji akan menghadiahkan B seutas rantai emas sempena harijadi B tetapi kemudiannya gagal menunaikan janji tersebut, B tidak boleh menguatkuasakan janji tersebut kerana balasan hanya wujud di pihak A. Perjanjian antara mereka adalah batal kerana elemen balasan hanya wujud di sebelah pihak sahaja.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 3 BALASANBentuk-Bentuk Balasan

    Terdapat 3 bentuk Balasan yang boleh dikuatkuasakan:

    Balasan eksekutoriBalasan tersempurnaBalasan lepas

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 3 BALASAN Bentuk-Bentuk BalasanBalasan eksekutori

    Balasan atau janji yang belum dilaksanakan tetapi akan dilaksanakan.

    A bersetuju untuk menjualkan motosikalnya kepada B dan B berjanji akan membayar RM1,500 apabila A menghantar motosikal tersebut kepadanya. Janji kedua-duanya belum dilaksanakan tetapi akan dilaksanakan pada masa akan datang.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 3 BALASAN Bentuk-Bentuk BalasanBalasan tersempurna

    Janji atau balasan yang perlu disempurnakan terlebih dahulu sebelum janji atau balasan pihak yang satu lagi dilaksanakan.

    A berjanji akan memberikan hadiah RM100 kepada sesiapa yang memulangkan dompetnya yang hilang. B menjumpai dompet tersebut dan memulangkannya kepada A. Tindakan B memulangkan dompet itu adalah suatu balasan tersempurna di pihak B dan A perlu mengotakan janjinya untuk membayar RM100.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 3 BALASAN Bentuk-Bentuk BalasanBalasan lepas

    Balasan lepas atau balasan lampau merujuk kepada balasan atau perbuatan yang sudahpun dilakukan sebelum janji pihak yang satu lagi dibuat. Janji ini dibuat bagi membalas perbuatan yang telahpun dilakukan itu.

    A telah menyelamatkan B daripada dilanggar oleh sebuah kereta. B kemudianya berjanji akan memberikan A RM200 sebagai ganjaran. Perbuatan A menyelamatkan B adalah balasan lampau kerana ianya sudahpun dilakukan sebelum B membuat janji.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 3 BALASAN Bentuk-Bentuk BalasanDi bawah undang-undang Inggeris balasan lampau/lepas tidak diterima sebagai suatu balasan yang sah.

    Roscorla lwn Thomas (1842)Plaintif telah membeli kuda daripada defendan dan kontrak jualan telah dilaksanakan. Selepas jualan, defendan kemudiannya membuat jaminan bahawa kuda berkenaan sihat dan tidak ganas. Kuda tersebut sebenarnya ialah seekor kuda ganas.

    Mahkamah memutuskan bahawa jaminan berkenaan ialah satu janji yang dibuat berdasarkan balasan yang sudah lepas. Balasan lampau tidak akan menjadikan sesuatu janji berkenaan mengikat.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 3 BALASAN Bentuk-Bentuk BalasanTetapi terdapat pengecualian terhadap prinsip balasan lampau di bawah undang-undang Inggeris. Jika tindakan yang dilakukan oleh penerima janji itu adalah pada asalnya atas kehendak pembuat janji, maka ia akan menjadi balasan yang sah dan bernilai.

    Lampleigh lwn Braithwait (1615)Defendan telah meminta bantuan plaintif untuk mendapatkan pengampunan daripada raja atas kesalahan yang telah dia lakukan.

    Plaintif berjaya mendapat pengampunan itu. Defendan kemudiannya berjanji akan membayar sejumlah wang kepada plaintif.

    Walaupun janji itu dibuat berdasarkan kepada balasan lampau daripada plaintif, tetapi kerana perbuatan itu dilakukan atas kehendak defendan, kontrak yang wujud adalah sah dan defendan terikat untuk menunaikan janjinya itu.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 3 BALASAN Bentuk-Bentuk BalasanSeksyen 2(d) Akta Kontrakmenurut kehendak pembuat janji, apabila penerima janji atau siapa sahaja yang telah membuat atau menahan diri daripada membuat sesuatu

    Perkataan telah menunjukkan bahawa walaupun sesuatu tindakan itu dilakukan sebelum sesuatu janji diucapkan, tindakan itu boleh menjadi balasan yang sah jika ia dilakukan atas kehendak pembuat janji.

    Peruntukan seksyen ini sedia merangkumi prinsip undang-undang dalam kes Lampleigh.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 3 BALASAN Bentuk-Bentuk Balasan

    Kepong Prospecting Ltd & Ors lwn A.E. Schimdt & Majorie Schimdt (1968)S, seorang jurutera perunding telah membantu seorang bernama Tan mendapatkan permit mencari gali bijih besi di Johor. Beliau seterusnya membantu menubuhkan Syarikat Kepong Prospecting dan telah dilantik sebagai Pengarah Urusan.

    Selepas penubuhan, suatu perjanjian elah dibuat antara mereka yang mana syarikat bersetuju membayar S, 1% daripada harga jualan semua bijih yang didapati daripada lombong tersebut. Ini adalah sebagai balasan kepada segala khidmat yang telah diberikan oleh jurutera perunding itu bagi pihak dan atas nama syarikat sebelum dan selepas penubuhannya dan bagi khidmat-khidmat yang akan datang. Tidak lama selepas itu, perselisihan berlaku dan S membuat tuntutan berdasarkan perjanjian tersebut.

    Mahkamah memutuskan bahawa tiada khidmat yang boleh diberi kepada syarikat yang belum ditubuhkan dan syarikat tidak terikat untuk membayar khidmat yang diberi sebelum tarikh penubuhannya. Tetapi bagi khidmat yang dilakukan selepas penubuhan tetapi sebelum perjanjian dibuat memadai bagi menjadikan balasan yang sah walaupun hal itu adalah perbuatan yang telah lepas. S berhak kepada jumlah yang dituntutnya.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 3 BALASAN Bentuk-Bentuk BalasanSeksyen 26(b) Akta Kontrakmenerima pakai konsep balasan lampau.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 3 BALASANBalasan Mestilah Balasan Yang Sah

    Mahkamah tidak akan membenarkan sebarang tindakan diambil berasaskan kontrak yang mana balasannya adalah menyalahi undang-undang atau tidak bermoral.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 3 BALASANBalasan Tidak Semesti Dari Penerima Janji Di bawah undang-undang Inggeris, balasan mesti datang daripada penerima janji itu sendiri dan bukannya daripada orang lain.

    Berdasarkan dokrin priviti kontrak seorang yang bukan merupakan pihak kepada sesuatu kontrak tidak mempunyai hak untuk mendakwa atas kontrak tersebut.

    Jika A berkontrak dengan B, hanya A dan B yang boleh menguatkuasakan kontrak tersebut. C yang bukan pihak kepada kontrak itu tidak boleh berbuat demikian.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 3 BALASAN Balasan Tidak Semesti Dari Penerima Janji

    Tweddle lwn Atkinson (1861)L dan W merupakan pasangan suami isteri. Selepas perkahwinan mereka, suatu perjanjian telah dibuat oleh kedua-dua bapa mereka untuk memberi sejumlah wang kepada L. L kemudiannya membuat tuntutan untuk mendapatkan wang berkenaan.

    Mahkamah memutuskan, memandangkan tidak ada priviti kontrak antara L dan kedua-dua bapa tersebut dan tambahan pula L tidak memberikan sebarang balasan untuk perjanjian itu, tuntutannya ditolak.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 3 BALASAN Balasan Tidak Semesti Dari Penerima Janji

    Seksyen 2(d) Akta KontrakBalasan boleh datang daripada siapa sahaja yang telah membuat atau

    Perkataan siapa sahaja menunjukkan bahawa balasan boleh diberi bukan sahaja oleh penerima janji, bahkan siapa sahaja yang tiada kaitan dengan kontrak tersebut.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 3 BALASAN Balasan Tidak Semesti Dari Penerima Janji

    Venkata Chinnaya lwn Verikatara Maya (1881)Seorang kakak bersetuju untuk memberi bayaran anuiti kepada adik-adik lelakinya yang tidak memberikan apa-apa balasan kepada janji kakak mereka itu.

    Pada hari yang sama, ibu mereka telah memberi si kakak beberapa bidang tanah yang menyatakan bahawa si kakak mestilah membayar anuiti tersebut.

    Si kakak kemudianya telah didakwa oleh adik-adiknya apabila beliau gagal membayar.

    Mahkamah memutuskan si kakak mesti menunaikan janjinya walaupun balasan datang daripada ibu mereka dan bukan daripada adik-adiknya.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 3 BALASANKeberpadaan Balasan

    Huraian 2 Seksyen 26 Akta KontrakSesuatu perjanjian yang mana persetujuan pembuat janji diberi secara bebas tidaklah batal semata-mata kerana balasan itu tidak memadai.

    Walaupun disisi undang-undang sesuatu balasan itu mestilah bernilai, tetapi ia tidak semestinya berpada.

    Mahkamah tidak akan campur tangan asalkan tawar-menawar yang dimasuki oleh pihak-pihak yang terlibat dalam sesuatu kontrak itu dicapai secara bebas, menurut kehendak dan niat mereka pada masa itu.

    Tiada sebab mengapa sesuatu pihak itu tidak terikat dengan janji untuk menjual sebuah banglo dengan harga RM100. Jika perjanjian itu dicapai secara bebas, maka kecukupan harga itu tidak penting kepada kewujudan kontrak yang mengikat.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 3 BALASAN Keberpadaan Balasan

    Sturlyn lwn Albany (1587)Apabila sesuatu itu perlu dilakukan oleh plaintif, tidak kira betapa kecil, ia adalah balasan yang cukup untuk mengasaskan tuntutan.

    Macon Works & Trading Sdn Bhd lwn Phang Hon chin & Anor (1976)Mahkamah memutuskan wang RM1 mencukupi sebagai balasan bagi suatu opsyen pembelian tanah.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 3 BALASAN Keberpadaan Balasan

    Walau bagaimanapun Huraian 2 Seksyen 26 Akta Kontrak juga menyatakan, ketakberpadaannya balasan itu boleh dipertimbangkan oleh mahkamah dalam menentukan persoalan sama ada persetujuan pembuat janji itu diberi secara bebas.

    Dalam menentukan sama ada sesuatu kontrak itu dimasuki secara rela atau tidak oleh pihak-pihak yang terlibat, fakta ketakberpadaan balasan boleh diambil kira oleh pihak mahkamah.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 3 BALASAN Keberpadaan Balasan

    Phang Swee Kim lwn Beh I Hock (1964)Responden telah bersetuju memindahmilik tanah kepada apellan dengan harga RM500 walaupun tanah itu bernilai lebih daripada harga tersebut.

    Responden kemudiannya enggan memindahmilik dengan memberi alasan bahawa janji itu tidak boleh dikuatkuasakan disebabkan ketakberpadaan balasan.

    Mahkamah memutuskan bahawa kegagalan responden membuktikan bahawa kerelaannya tidak diberi secara bebas menjadikan perjanjian tersebut sah, walaupun balasan yang diberikan tidak berpada. Oleh itu, balasan adalah mencukupi kerana tiada bukti menunjukkan kerelaan yang diberikan oleh responden tidak bebas.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 3 BALASANPengecualian Kepada Keperluan Umum BalasanSeksyen 26 Akta Kontrak menyatakan bahwa perjanjian tanpa balasan adalah batal. Keadah am ini tertakluk kepada beberapa pengecualian. Dalam situasi berikut, walaupun perjanjian itu dibuat tanpa balasan, perjanjian sedemikian tetap sah dan boleh dikuatkuasakan.

    a.Perjanjian yang dibuat berdasarkan kasih sayang semulajadi antara pihak-pihak yang ada hubungan karib boleh mewujudkan suatu perjanjian yang sah, jika dibuat secara bertulis dan didaftarkan jika ada undang-undang yang menghendakinya berbuat demikian.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 3 BALASANPengecualian Kepada Keperluan Umum Balasan

    b.Janji untuk memampas, sama ada secara keseluruhan atau sebahagian, seseorang yang telah melakukan sesuatu perbuatan secara sukarela, atau melakukan sesuatu yang pembuat janji boleh dipaksa di sisi undang-undang untuk membuat.

    c.Janji untuk membayar suatu hutang yang dibatas oleh statut tetap sah walaupun dibuat tanpa balasan.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 3 BALASAN Pengecualian Kepada Keperluan Umum Balasan

    Tan Soh Sim, Chan Law Keong & Ors lwn Tan Saw Keow & Ors (1951)Mahkamah telah menentukan kewujudan hubungan karib berdasarkan kepada adat resam kumpulan pihak terbabit serta keadaan keluarga berkenaan.

    Dalam kes ini, sebelum si ibu meninggal, dia telah menyatakan niatnya untuk menyerahkan hartanya kepada 4 orang anak angkatnya. Dia turut meninggalkan 10 orang waris yang telah membuat perjanjian menyatakan kesediaan mereka melepaskan harta berkenaan kepada keempat-empat anak angkat tersebut yang merupakan anak-anak saudara angkat mereka. Isu yang timbul di sini ialah sama ada perjanjian tersebut dibuat berdasarkan kasih sayang semulajadi antara pihak-pihak yang ada hubungan karib.

    Mahkamah memutuskan, seorang anak angkat lelaki Cna mempunyai hubungan karib dengan keluarga sebelah bapa angkatnya tetapi tidak berhubung karib, bagi maksud undang-undang kontrak, dengan keluarga sebelah ibu angkatnya. Oleh itu perjanjian tersebut adalah batal kerana ketiadaan elemen balasan memandangkan bapa-bapa dan ibu-ibu saudara tersebut tidak mempunyai hubungan karib dengan anak-anak saudara angkat mereka.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 3 BALASAN Pengecualian Kepada Keperluan Umum Balasan

    JM Wotherspoon & Co Ltd lwn Hencry Agency House (1962)Mahkamah memutuskan, untuk membuat tuntutan di bawah Seksyen 26(b) Akta Kontrak ini, penerima janji itu mestilah telah melakukan perbuatan terebut secara sukarela dan bukannya atas permintaan pembuat janji.

    Misalan (d) Seksyen 26 Akta KontrakJika A memelihara anak B yang belum dewasa, dan B kemudiannya berjanji akan membyar A belanja penanggungan anaknya itu, janji B itu merupakan suatu kontrak. Di sini, janji B itu boleh dikuatkuasakan memandangkan tindakan yang A lakukan itu merupakan sesuatu yang sepatutnya dilakukan oleh pembuat janji, iaitu B.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 3 BALASAN Pengecualian Kepada Keperluan Umum Balasan

    Sekiranya sesuatu hutang itu tidak boleh dituntut melalui tindakan undang-undang disebabkan oleh luputnya tempoh masa, hutang itu dikenali sebagai hutang yang dibatasi statut. Bagi tindakan dalam kontrak, Ordinan Pembatasan, 1953 menetapkan tempoh 6 tahun dari masa kuasa tindakan itu timbul iaitu kelazimannya dikira dari saat berlakunya kemungkiran kontrak.

    Pihak yang terkilan tidak berhak menuntut sekiranya tempoh 6 tahun itu telah berakhir melainkan pihak penghutang telah membuat suatu janji baru untuk membayar hutang yang dibatasi statut itu dan janji tersebut dibuat secara bertulis dan ditandatangani orang yang menanggungnya, atau oleh ejennya yang diberi kuasa untuk berbuat demikian.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 3 BALASAN Pengecualian Kepada Keperluan Umum Balasan

    Misalan (e) Seksyen 26 Akta KontrakA, terhutang RM1,000 kepada B, tetapi hutang itu dihalang oleh had masa. A menandatangani suatu perjanjian bertulis untuk membyar RM500 kepada B sebagai bayaran hutang itu. Ini adalah suatu kontrak.

    Penjanji atau si penghutang itu boleh dituntut atas janji barunya dan hanya bertanggungjawab untuk melaksanakan syarat-syarat yang terdapat dalam janji barunya itu.

    Sekiranya janji itu adalah untuk membayar sebanyak RM500 sahaja walaupun hutang sebenar berjumlah RM1,000, penjanji atau penghutang hanya perlu membayar sebanyak RM500.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 3 BALASANPelepasan atau Pengurangan Pelaksanaan Janji

    Seksyen 64 Akta KontrakMembenarkan penerima janji mengurangkan atau membebaskan keseluruhan atau sebahagian daripada pelaksanaan janji yang telah dibuat kepadanya, atau melanjutkan masa pelaksanaan atau menerima sebagai ganti sebarang bentuk pemenuhan janji yang difikirkan berpatutan.

    Penerima janji telah membebaskan pembuat janji daripada melaksanakan janji yang telah dipersetujui. Penerima janji boleh menerima sebahagian pembayaran untuk melangsaikan keseluruhan hutang.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 3 BALASANPelepasan atau Pengurangan Pelaksanaan Janji

    Di Malaysia, pembayaran separa boleh melangsaikan keseluruhan hutang.

    Kerpa Singh lwn Bariam Singh (1966)Bariam Singah berhutang dengan Kerpa Singh sebanyak RM8,869.94 bawah hutang penghakiman. Anak Bariam Singh menulis surat kepada Kerpa Singh menawarkan RM4,000 sebagai penjelasan sepenuhnya hutang bapanya dan menyertakan cek dengan jumlah tersebut. Bersama surat berkenaan disertakan juga syarat, iaitu jika Kerpa Singh enggan menerima tawarannya, dia harus mengembalikan cek tersebut.

    Peguam Kerpa Singh menunaikan cek tersebut dan menyimpan wang berkenaan.

    Mahkamah Persekutuan memutuskan, tindakan menunaikan cek berkenaan menunjukkan Kerpa Singh bersetuju bahawa bayaran RM4,000 berkenaan sebagai melangsaikan keseluruhan hutang dan dengan itu dia tidak boleh menuntut baki hutang sebanyak RM4,869.94 daripada anak Bariam Singh.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 3 BALASANPelepasan atau Pengurangan Pelaksanaan Janji

    Di bawah undang-undang Inggeris, pembayaran separa tidak dikira sebagai melangsaikan keseluruhanhutang tersebut.

    Pinnels (1602)Pinnel telah mengenakan tindakan terhadap Cole untuk menuntut bayaran bagi hutang berjumlah 8 pound 10 syiling. Cole mendakwa bahawa dia telah membayar kepada Pinnel sebanyak 5 pound 2 syiling dan Pinnel telah menerima ini sebagai melangsaikan keseluruhan hutang.

    Mahkamah memutuskan pembayaran sebahagian hutang tidak melangsaikan keseluruhan jumlah hutang tersebut.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 3 BALASANPelepasan atau Pengurangan Pelaksanaan Janji

    Foakes lwn Beer (1884)Dr. Foakes telah berhutang dengan dengan Puan Beer sebanyak 2,090. Puan Beer telah bersetuju bahawa sekiranya Dr. Foakes membayar sebanyak 500 secara tunai dan baki sebanyak 1,590 secara ansuran, dia tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Dr. Foakes. Dr. foakes bersetuju dan mebayar dengan cara terebut. Walau bagaimanapun, Puan Beer menuntut bayaran tambahan sebanyak 360 sebagai faedah hutang tersebut.

    Apabila tindakan diambil terhadapnya, Foakes mendakwa bahawa tanggungjawabnya untuk membayar faedah telah luput atas janji Puan Beer bahawa dia tidak akan mengambil tindakan undang-undang.

    Mahkamah memutuskan bahawa Dr. Foakes bertanggungjawab untuk membayar faedah berjumlah 390 berkenaan.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 3 BALASANPelepasan atau Pengurangan Pelaksanaan Janji

    Walau bagaimanapun terdapat pengecualian di mana dalan keadaan tertentu, mahkamah akan menggunakan prinsip promissory estoppel.

    Central London Property Trust, Ltd lwn High Trees House Ltd (1947)Defendan telah menyewa satu bangunan flat sejak 1937 daripada plaintif untuk tempoh 99 tahun dengan kadar sewa sebanyak 2,500 setahun. Dalam tahun 1940, akibat peperangan, defendan telah mendapati bahawa mereka gagal untuk menyewakan banyak flat dan plaintif telah bersetuju untuk menurunkan kadar sewa kepada 1,250.

    Dalam tahun 1945 keadaan kembali normal dan kesemua flat dapat disewakan. Tindakan dibawa pada tahun 1947 bagi pihak plaintif terhadap defendan untuk menuntut jumlah sewa yang asal, iaitu 2,500 untuk masa hadapan dan juga sewa masa lalu, iaitu dalam tahun 1945 apabila keadaan kembali normal.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 3 BALASANPelepasan atau Pengurangan Pelaksanaan Janji

    Mahkamah memutuskan bahawa plaintif berhak untuk menuntut. Walau bagaimanapun, mahkamah telah memutuskan satu prinsip dengan mengatakan bahawa tuntutan plaintif tidak akan berjaya jika mereka menuntut kadar sewa asal daripada tahun 1940 hingga 1945 apabila plaintif sendiri telah bersetuju mengurangkan kadar sewa berkenaan. Dalam keadaan ini doktrin promissory estoppel akan diterima pakai dan plaintif akan disekat daripada menuntut kerana janji yang telah dibuat.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 3 BALASANPelaksanaan Tanggungjawab Sedia Ada

    Pelaksanaan Tanggungjawab Awam

    Sekiranya penerima janji hanya melakukan tanggungjawab atau kewajipan undang-undang sedia ada, kewajipan ini bukanlah merupakan satu balasan yang sah.

    Tetapi jika penerima janji melakukan sesuatu yang melebihi daripad kewajipan yang diamanahkan terhadapnya oleh undang-undang, maka ini boleh diterima sebagai satu balasan yang sah.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 3 BALASANPelaksanaan Tanggungjawab Sedia Ada Collins lwn Godefroy (1831)Plaintif telah menerima sapina (perintah untuk hadir ke mahkamah) sebagai saksi bagi pihak defendan. Defendan telah berjanji untuk membayar plaintif sejumlah wang jika plaintif hadir.

    Mahkamah memutuskan, memandangkan seseorang yang menerima sapina untuk hadir ke mahkamah mempunyai tanggungjawab dan terikat untuk berbuat demikian, dengan itu tiada balasan untuk janji tersebut.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 3 BALASANPelaksanaan Tanggungjawab Sedia Ada Glassbrook Brothers Ltd lwn Glamorgan Country Council (1925)Pihak polis menuntut wang sejumlah 2,200 yang dijanjikan kepada mereka oleh sebuah syarikat perlombongan. Ini ialah janji yang diberikan oleh syarikat tersebut semasa pihak polis memberikan kawalan ketat semasa pekerja melancarkan mogok.

    Mahkamah memutuskan bahawa pihak polis berhak ke atas wang tersebut kerana mereka telah melakukan sesuatu yang melebihi kewajipan yang dituntut oleh undang-undang.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 3 BALASANPelaksanaan Tanggungjawab Sedia Ada

    Pelaksanaan Kewajipan terhadap Pembuat Janji

    Stilk lwn Myrick (1809)Sebuah kapal dalam pelayaran dari London ke Baltic dan balik ke London telah kehilangan 2 anak kapal. Kapten kapal yang gagal mencari pengganti telah berjanji kepada anak kapal yang lain bahawa sekiranya kapal berkenaan berjaya di bawa pulang ke London, maka gaji 2 anak kapal tersebut akan dibahagikan sesama mereka.

    Mahkamah memutuskan bahawa janji berkenaan tidak mengikat kapten kapal kerana adalah menjadi kewajipan sedia ada bagi anak-anak kapal untuk memastikan kapal tersebut selamat tiba ke destinasi yang ditetapkan. Mahkamah mengatakan lagi bahawa janji berkenaan akan mengikat jika ada kotnrak baru dengan gaji yang lebih tinggi ditandatanganai antara kapten dengan anak kapal yang sedia ada itu.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK4 NIATDefinisi Sesuatu perjanjian yang dicapai antara pencadang dan penerima hanya akan menjadi suatu kontrak yang mengikat sekiranya kedua-dua pihak meniatkan perjanjian itu harus mempunyai kuat kuasa undang-undang.

    Seksyen 10 Akta Kontrak tidak menyebut niat sebagai salah satu elemen yang perlu ada untuk membentuk suatu kontrak yang sah. Niat juga tidak ditakrif secara jelas dalam Akta Kontrak.

    Walaubagaimanapun, merujuk kepada perkataan dengan maksud dalam Seksyen 2(a) Akta Kontrak dan perkataan kehendak dalam Seksyen 2(d) Akta Kontrak, secara tersiratnya merujuk kepada element niat dan niat tersebut mestilah mengikat di sisi undang-undang.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK4 NIATDefinisi Undang-undang membahagikan semua perjanjian kepada 2 kategori :-

    (i)Perjanjian- perjanjian domestik, keluarga dan sosial

    (ii)Perjanjian-perjanjian perniagaan

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 4 NIATPerjanjian Domestik, Keluarga & Sosial

    Balfour lwn Balfour (1919)Pihak suami bersetuju mengirimkan kepada isterinya sejumlah wang setiap bulan sebagai nafkah si isteri semasa si suami bekerja di luar negara. Si suami kemudiannya gagal memenuhi janji tersebut dan si isteri telah membuat tuntutan di mahkamah.

    Mahkamah memutuskan bahawa tidak wujud kontrak antara mereka kerana perjanjian antara kedua-dua pihak adalah berbentuk kekeluargaan sahaja iaitu tidak diniatkan untuk mengikat di sisi undang-undang.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 4 NIAT Perjanjian Domestik, Keluarga & Sosial

    Merritt lwn Merritt (1970)Suami isteri berselisih faham dan si suami meninggalkan rumah yang dibeli bersama-sama isterinya untuk tinggal bersama wanita lain. Rumah itu masih dalam gadaian kepada syarikat gadaian harta.

    Si isteri telah bertemu suaminya dan hasil perbincangan, si suami bersetuju membayar sejumlah wang sebulan kepada isteri; sebahagian wang itu hendaklah digunakan untuk menjelaskan baki bayaran ansuran gadaian. Si suami bersetuju untuk menyerahkan rumah tersebut kepada isterinya sebagai pemilik tunggal sebaik-baik sahaja semua ansuran gadaian diselesaikan. Janji suami ini telah ditulis di atas sekeping kertas. Walau bagaimanapun, setelah semua ansuran diselesaikan, si suami enggan menepati janji.

    Mahkamah memutuskan bahawa perjanjian yang dimasuki di antara suami isteri ini boleh dikuatkuasakan memandangkan semasa perjanjian itu dibuat, kedua-duanya sudah tidak sehaluan dan tinggal berasingan. Tambahan pula, perjanjian tersebut telah dibuat secara bertulis. Justeru, nyata sekali kedua-dua pihak berniat untuk menghasilkan suatu perjanjian yang mengikat.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 4 NIAT Perjanjian Domestik, Keluarga & Sosial

    Simpkins lwn Pays (1955)Defendan bersama-sama dengan cucunya dan seorang yang lain telah memasuki satu pertandingan anjuran sebuah akhbar. Kos penyertaan dikongsi bersama tetapi hanya nama defendan yang ditulis sebagai peserta dalam borang pertandingan. Penyertaan tersebut akhirnya berjaya dan cucu defendan bersama seorang yang lain itu menuntut bahagian masing-masing.

    Mahkamah memutuskan, telah wujud suatu sindiket yang tidak formal antara mereka. Justeru, kesemua mereka berhak mendapat bahagian masing-masing kerana terdapat niat untuk mewujudkan kontrak yang sah di sisi undang-undang.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 5 KEUPAYAANDefinisi

    Seksyen 11 Akta KontrakHanya mereka yang dewasa, berakal sempurna dan tidak hilang kelayakan di bawah mana-mana undang-undang dikatakan layak membuat kontrak.

    Seseorang yang belum cukup umur atau tidak siuman atau telah hilang kelayakan adalah tidak berhak untuk menyertai urusan kontrak.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 5 KEUPAYAANKontrak Dimasuki oleh Kanak-Kanak

    Akta Umur Dewasa, 1971Seseorang dikatakan mencapai usia dewasa apabila mencapai umur 18 tahun.

    Mereka yang di bawah umur 18 tahun dikenali sebagai minor atau remajawan.

    Usia yang ditentukan oleh Akta Umur Dewasa tidak menyentuh perkara-perkara berikut:

    Perkahwinan, perceraian, pembahagian harta yang diterima oleh balu dan pengambilan anak angkatAgama dan upacara keagaman serta kelaziman bagi apa-apa kelas penduduk di MalaysiaSebarang undang-undang bertulis lain yang menentukan umur dewasa

    Umur dewasa boleh berbeza menurut peruntukan undang-undang yang lain.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 5 KEUPAYAANKontrak Dimasuki oleh Kanak-Kanak

    Akta Kontrak tidak menyebut secara jelas mengenai kesan kontrak yang dimasuki oleh mereka yang tidak berupaya, seperti kanak-kanak.

    Tetapi melalui tafsiran yang dibuat ke atas Seksyen 2, Seksyen 10 dan Seksyen 11 Akta Kontrak, kaedah am berhubung dengan keupayaan ialah segala kontrak yang melibatkan seseorang minor atau remajawan adalah tidak sah.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 5 KEUPAYAANKontrak Dimasuki oleh Kanak-Kanak

    Mohori Bibee lwn Dharmodas Ghose (1903)Seorang remaja telah meminjam sejumlah wang daripada seorang pemberi pinjaman wang dengan melaksanakan gadai janji ke atas rumahnya.

    Dia enggan membayar kembali pinjaman tersebut.

    Mahkamah memutuskan bahawa pemberi pinjaman wang tidak berhak untuk menguatkuasakan gadai janji untuk memaksa remaja membayar pinjaman tersebut kerana dia telah mengetahui semasa kontrak dipersetujui bahawa peminjam ialah seorang remaja.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 5 KEUPAYAANKontrak Dimasuki oleh Kanak-Kanak

    Tan Hee Juan lwn Teh Boon Keat (1934)Plaintif telah melaksanakan pindah milik tanah bagi pihak defendan. Pindah milik ini telah disaksikan dan pendaftaran juga telah dilaksanakan.

    Plaintif kemudiannya memohon suatu perintah mahkamah bagi membatalkan pindah milik dan untuk mendapatkan pelepasan bagi perkara tersebut.

    Mahkamah memutuskan bahawa pindah milik tersebut adalah batal memandangkan plaintif merupakan seorang minor semasa berkontrak.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 5 KEUPAYAANKontrak Dimasuki oleh Kanak-Kanak

    Walau bagaimanapun seseorang minor atau remajawan boleh memasuki kontrak-kontrak berikut:

    (a)Kontrak untuk keperluan hidup(b)Kontrak perkahwinan(c)Kontrak biasiswa(d)Kontrak insurans

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 5 KEUPAYAANKontrak Dimasuki oleh Kanak-Kanak

    (a)Kontrak untuk keperluan hidup Seksyen 69 Akta KontrakJika seseorang kanak-kanak atau sesiapa yang di bawah tanggungannya secara sah seperti isteri atau anaknya telah dibekalkan oleh pihak lain dengan keperluan-keperluan yang sesuai dengan keadaan-keadaan hidupnya, maka pihak yang membekalkan sedemikian berhak mendapatkan pembayaran yang munasabah bagi barang keperluan yang telah dibekalkan itu.

    Walaubagaimanapun, beban membayar harga yang munasabah itu dikenakan ke atas harta kanak-kanak itu dan bukan ke atas dirinya.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 5 KEUPAYAANKontrak Dimasuki oleh Kanak-Kanak

    Keperluan adalah benda-benda yang perlu kepada kewujudan dan kesenangan hidup seseorang kanak-kanak atau remajawan.

    Dalam kes Kerajaan Malaysia lwn Gurcharan Singh & Ors (1971), mahkamah menyatakan

    makanan dan pakaian sememangnya keperluan. Pelajaran dalam suatu bidang perniagaan yang boleh menjadikan kanak-kanak itu sebagai seorang warganegara yang berguna juga dianggap sebagai keperluan kanak-kanak

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 5 KEUPAYAANKontrak Dimasuki oleh Kanak-Kanak

    Kerajaan Malaysia lwn Gurcharan Singh & Ors (1971)Pihak kerajaan telah mendakwa defendan pertama dan penjamin-penjaminnya kerana memungkiri perjanjian. Tuntutan adalah berjumlah RM11,500 yang dikatakan jumlah sebenarnya yang dibelanjakan oleh pihak kerajaan bagi tujuan pendidikan defendan pertama.

    Pada masa kontrak itu dibuat defendan pertama adalah seorang remajawan.

    Mahkamah memutuskan, kontrak antara kedua-dua pihak adalah batal. Walau bagaimanapun, memandangkan pendidikan adalah suatu keperluan, defendan pertama boleh dituntut untuk membayar jumlah yang telah dibelanjakan untuknya.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 5 KEUPAYAANKontrak Dimasuki oleh Kanak-Kanak

    Keperluan yang dinikmati itu mestilah setakat yang munasabah sahaja dan artikel-artikel kemewahan adalah dikecualikan. Seseorang minor atau remajawan tidak akan terikat dengan kontrak yang melibatkan barang-barang bukan keperluan hidup.

    Beban membuktikan bahwa barangan yang dibekalkan adalah suatu keperluan hidup terletak pada pihak penjual.

    Nash lwn Inman (1908)Seorang tukang jahit telah mendakwa seorang minor atas kegagalan minor tersebut menjelaskan harga 11 helai pakaian yang telah ditempahnya.

    Mahkamah memutuskan, memandangkan minor tersebut telahpun mempunyai pakaian yang cukup untuk kegunaan hariannya, pakaian berkenaan tidak lagi dianggap sebagai suatu keperluan. Justeru, kontrak antara tukang jahit dengan minor tersebut adalah tidak sah dan tukang jahit berkenaan tidak berhak menuntut harga pakaian yang telah dibekalkan itu.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 5 KEUPAYAANKontrak Dimasuki oleh Kanak-Kanak

    (b)Kontrak perkahwinan Seksyen 4(a) Akta Umur Dewasa 1971Kanak-kanak boleh berkontrak untuk perkahwinan.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 5 KEUPAYAANKontrak Dimasuki oleh Kanak-Kanak

    Rajeswary & Anor lwn Balakrishnan & Ors (1958)Kedua-dua pihak adalah beragama Hindu Ceylon. Mengikut adat kaum India Ceylon, perjanjian untuk berkahwin antara kedua-dua pihak mestilah disertai dengan pembayaran dowri oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki dan ini telah dilaksanakan oleh pihak perempuan semasa majlis pertunangan antara mereka dijalankan.

    Kemudiannya pihak lelaki memutuskan pertunangan kerana telah terpikat dengan wanita lain. Pihak perempuan membuat tuntutan supaya dowri dan kerugian lain dibayar oleh defendan tetapi defendan enggan berbuat demikian dengan alasan semasa perjanjian pertunangan dibuat, pihak perempuan baru berusia 16 tahun iaitu masih minor lagi dan ini menjadikan kontrak itu sebagai batal.

    Mahkamah memutuskan, kontrak perkahwinan yang melibatkan pihak-pihak yang berusia di bawah umur dewasa merupakan suatu kontrak yang sah dan boleh dikuatkuasakan.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 5 KEUPAYAANKontrak Dimasuki oleh Kanak-Kanak

    (c)Kontrak biasiswa

    Seksyen 4(a) Akta Kontrak (Pindaan) 1976Sesuatu perjanjian biasiswa yang dibuat antara seorang pelajar dengan pihak kerajaan atau agensi-agensi kerajaan tidak dianggap batal hanya kerana pelajar itu belum mencapai usia dewasa.

    Apabila sesuatu pembayaran biasiswa diluluskan dan dilaksanakan, perjanjian tersebut adalah mengikat walaupun pihak yang menerima biasiswa itu adalah seorang kanak-kanak atau remajawan. Walau bagaimanapun, pindaan ini tidak terpakai kepada kontrak biasiswa yang dimasuki oleh remajawan dengan pertubuhan-pertubuhan persendirian.

    Pindaan ini telah memansuhkan keputusan mahkamah dalam kes Gurcharan yang telah memutuskan bahawa perjanjian biasiswa antara Kerajaan dengan seorang remaja adalah tidak sah di bawah Akta Kontrak.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK 5 KEUPAYAANKontrak Dimasuki oleh Kanak-Kanak

    (d)Kontrak insurans Seksyen 153(1) dan (2) Akta Insurans, 1996Seseorang kanak-kanak yang melebihi umur 10 tahun boleh memasuki kontrak insurans tetapi jika usianya kurang daripada 16 tahun, dia hanya boleh melakukannya dengan mendapatkan keizinan bertulis daripada ibu bapa atau penjaganya.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK5 KEUPAYAANKontrak Dimasuki Oleh Orang Tidak Berakal Sempurna

    Seksyen 12(1) Akta KontrakSeseorang itu dikatakan berakal sempurna bagi maksud membuat kontrak jika, pada masa dia membuatnya, dia mampu memahaminya dan membuat keputusan yang rasional tentang kesan kontrak itu terhadap kepentingan dirinya.

    Seseorang yang waras adalah seseorang yang mampu mempertimbangkan buruk dan baiknya atau faedah-faedah yang boleh diperolehinya sekiranya dia memasuki sesuatu kontrak itu.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK5 KEUPAYAANKontrak Dimasuki Oleh Orang Tidak Berakal Sempurna

    Seksyen 12(2) Akta KontrakSeseorang yang lazimnya tidak berakal sempurna tetapi sekali-sekala kembali siuman, orang itu boleh membuat kontrak ketika dia siuman.

    Jika seseorang yang lazimnya berakal sempurna tetapi sekali-sekala tidak siuman, dia tidak boleh membuat kontrak ketika dia tidak siuman.

    Seseorang yang waras adalah seseorang yang mampu mempertimbangkan buruk dan baiknya atau faedah-faedah yang boleh diperolehinya sekiranya dia memasuki sesuatu kontrak itu.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK5 KEUPAYAANKontrak Dimasuki Oleh Orang Tidak Berakal Sempurna

    Matthews lwn Baxter (1873)Defendan bersetuju untuk membeli rumah dan tanah plaintif dalam suatu jualan lelong. Ketika menyatakan persetujuannya, defendan berada dalam keadaan mabuk.

    Apabila sedar daripada keadaan mabuknya, defendan mengesahkan persetujuannya untuk membeli tetapi selepas itu menukar fikirannya.

    Mahkamah memutuskan bahawa kontrak yang sah terbentuk sebaik sahaja defendan menyatakan persetujuannya apabila dia sedar daripada keadaan mabuknya. Oleh itu, defendan terikat untuk menunaikan janjinya membeli rumah dan tanah plaintif.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK5 KEUPAYAANKontrak Dimasuki Oleh Orang Tidak Berakal Sempurna

    Kontrak yang ditandatangai oleh orang yang tidak sempurna akal ialah satu kontrak boleh batal. Kontrak tersebut boleh dibatalkan atas opsyen orang yang tidak sempurna akal tersebut dengan memenuhi syarat tertentu pembuktian di mahkamah.

    Dalam kes Che Som bte Yip & Ors lwn Maha Pte Ltd & Ors (1989), mahkamah memutuskan bahawa kontrak yang dibuat oleh orang tidak sempurna akal adalah boleh batal atas opsyen pihak yang tidak sempurna akal dengan membuktikan bahawa dia tidak sempurna akal semasa kontrak ditandatangai dan pihak lagi satu maklum bahawa dia tidak sempurna akal ketika berkontrak.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK5 KEUPAYAANKontrak Dimasuki Oleh Orang Tidak Berakal Sempurna

    Che Som bte Yip & Ors lwn Maha Pte Ltd & Ors (1989)Paintif pertama dan kedua ialah pentadbir harta bagi plaintif ketiga yang tidak sempurna akal. Plaintif ketiga telah melaksanakan gadai janji ke atas hartanya dengan pihak defendan.

    Plaintif pertama dan kedua telah memohon penyisytiharan bahawa kontrak yang dibuat itu adalah batal kerana plaintif ketiga tidak sempurna akal semasa berkontrak dan berjaya membuktikannya.

    Persoalannya ialah sama ada pihak defendan mengetahui dia berkontrak dengan orang yang tidak sempurna akal.

    Mahkamah mendapati bahawa pihak defendan mempunyai pengetahuan akan hal tersebut. Oleh itu mahkamah telah memberikan pengistiharan itu dan kesannya kontrak adalah batal.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK5 KEUPAYAANKontrak Dimasuki Oleh Orang Yang Telah Hilang Kelayakan

    Seseorang dikatakan hilang kelayakan untuk membuat kontrak jika dia dilarang oleh mana-mana undang-undang yang mana ia tertakluk.

    Seorang lelaki Islam dibenarkan mengahwini 4 wanita pada masa yang sama. Sekiranya lelaki tersebut berhasrat untuk berkahwin lagi, dia boleh ditegah daripada berbuat demikian. Lelaki itu dikatakan telah hilang kelayakan di bawah undang-undang Islam untuk memasuki kontrak perkahwinan.

    Gan Hong Hoe Lwn Gan Kian Kee (1939) Mahkamah memutuskan bahawa seseorang yang diisytiharkan bankrap masih boleh dan berkelayakan untuk membuat kontrak dengan pihak-pihak lain.

  • ELEMEN PEMBENTUKAN KONTRAK6 - KETENTUANSeksyen 30 Akta KontrakPerjanjian-perjanjian yang mana maknanya tidak tentu atau tidak boleh ditentukan adalah batal.

    Ketaktentuan sesuatu kontrak berlaku apabila:bahasa yang digunakan adalah kabur dan tidak jelas, ataukegagalan pihak-pihak terbabit untuk mencapai perjanjian terhadap perkara pokok atau syarat utama perjanjian.