1. definisi,sejarah & kelebihan

download 1. definisi,sejarah & kelebihan

of 16

Transcript of 1. definisi,sejarah & kelebihan

RASM UTHMANIPENGENALAN Rasm Uthmani ialah tulisan mashaf-mashaf Al Quran yang digunakan dan dipersetujui oleh Saidina Uthman r.a untuk menulis kalimah-kalimah Al Quran dan huruf-hurufnya. Ia juga ditakrifkan sebagai satu ilmu untuk mengetahui perbezaan antara mashaf-mashaf Rasm Uthmani dengan mashaf-mashaf Rasm Qiyasi. Sebahagian ulama mendefinisikannya sebagai sebarang penulisan yang menyalahi cara penulisan lafaz-lafaz disebabkan ziyadah, hadhf, ibdal dan sebagainya. Dr. Syaaban Muhammad Ismail pula mendefinisikannya dengan lebih terperinci sebagai satu keterangan yang membicarakan mengenai mashaf-mashaf yang ditulis pada zaman Saidina Uthman r.a dan diutus ke kota-kota Islam ketika itu. Kaedah penulisannya pula merangkumi tujuh huruf Al Quran, ditulis tanpa mempunyai titik dan baris serta terdapat dalam semakan terakhir dan tidak dimansuhkan bacaannya. Rasm Uthmani ini juga dikenali sebagai Rasm Istilahi kerana dinisbahkan kepada para sahabat yang bertanggungjawab untuk menulis mashaf-mashaf dengan menggunakan rasm tersebut. Di samping itu, ia juga dinamakan sebagai Rasm Taufiqi kerana kebanyakan ulama berpendapat bahawa rasm tersebut merupakan kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w dan bagindalah yang memerintahkan supaya ianya digunakan dalam penulisan al Quran pada ketika itu. Daripada definisi-definisi yang dikemukakan oleh para ulama, dapat disimpulkan bahawa Rasm Uthmani itu ialah tulisan asal Al Quran yang diwahyukan oleh Allah s.w.t kepada Rasulullah s.a.w dan rasm inilah yang digunakan oleh para sahabat untuk menulis ayat-ayat Al Quran dan dinisbahkan kepada Saidina Uthman r.a kerana beliaulah yang mengarahkan supaya Al Quran disalin semula kepada beberapa buah mashaf dengan menggunakan rasm tersebut.

PENGERTIAN RASM Rasm ialah pembentukan lafaz atau perkataan melalui penggabungan huruf-huruf hijaiyah atau gamabran-gambaran kalimah yang seterusnya dapat dituturkan. Ia juga boleh diertikan sebagai apa sahaja yang berkaitan dengan apa-apa jenis khat.

ILMU RASM Ilmu Rasm ialah satu ilmu yang membincangkan cara menulis lafaz-lafaz atau ucapan untuk memelihara pengucapan huruf-hurufnya dari segi lafaz, huruf-huruf asal dan ilmu yang membahaskan kaedah menambah, mengurang, menyambung, memisah dan menggantikan huruf penulisan (rasm) Al Quran ini adalah satu sunnah Rasulullah s.a.w yang diikuti secara ijma (sepakat) oleh seluruh ulama mujtahidin kerana tulisan ini adalah berbentuk taufiqiyah dan ia dibuat di bawah pengawasan Nabi Muhammad s.a.w.

PEMBAHAGIAN RASM Rasm Al Quran terbahagi kepada dua bahagian iaitu: 1. Rasm Qiyasi / Imlaie Penulisan menurut ucapan atau pertuturan.

2. Rasm Istilahi / Uthmani

Penulisan menurut kaedah tertentu yang mana ia tidak sama dengan penulisan biasa dari segi sebutan disebabkan ia menggunakan beberapa keadah seperti membuang, menambah, mengganti, menyambung, atau memisahkan huruf dan penulisan hamzah. Kebanyakan mashaf ditulis mengikut kaedah ini. Oleh itu, penulisan mashaf Uthmani ini diakui sebagai penulisan yang bersifat taufiqiyah. Maka, penggunaan tulisan Imlaie tau Qiyasi tidaklah diharuskan.

PERBEZAAN RASM UTHMANI DENGAN RASM IMLAI Terdapat perbezaan antara Rasm Uthmani dengan Rasm Imlaiy. Perbezaan ini hanyalah pada kedudukan sesuatu huruf, hazaf dan ziadah. Konsep ini berkait rapat dengan kaedah bahasa Arab. Contoh-contoh perbezaan: Rasm Uthmani

Rasm Imlaiy