1 EXT

7
1 EXT / MALAM / GERAI BURGER LS beberapa panorama KL waktu malam. ON SCREEN title PROJEK JJ & opening credit. INTERCUT 1A ESTABLISHED gerai burger. Beberapa orang sedang lalu lalang di depannya. CU signboard JENAL BURGER. CU dua kepingan daging ayam yang sedang digoreng. Diterbalikkan menggunakan sudip. Jenal angkat kepingan ayam, letak atas roti. Sebelahnya seorang budak sedang terlopong menunggu. CU burger yang siap disusun dibungkus menggunakan kertas. Jenal memasukkan dua bungkus burger ke dalam beg plastik. JENAL (Hulur beg plastik) Nah, dik! Dua burger ayam special siap! BUDAK Berapa bang? JENAL Empat ringgit, dik! Budak menghulurkan duit. Jenal ambil. Budak tu berlari balik.

description

1 EXT

Transcript of 1 EXT

Page 1: 1  EXT

1 EXT / MALAM / GERAI BURGER

LS beberapa panorama KL waktu malam.

ON SCREEN title PROJEK JJ & opening credit.

INTERCUT 1A ESTABLISHED gerai burger. Beberapa orang sedang lalu lalang di depannya.

CU signboard JENAL BURGER.

CU dua kepingan daging ayam yang sedang digoreng. Diterbalikkan menggunakan sudip.

Jenal angkat kepingan ayam, letak atas roti. Sebelahnya seorang budak sedang terlopong menunggu.

CU burger yang siap disusun dibungkus menggunakan kertas.

Jenal memasukkan dua bungkus burger ke dalam beg plastik.

JENAL

(Hulur beg plastik)

Nah, dik! Dua burger ayam special siap!

BUDAK

Berapa bang?

JENAL

Empat ringgit, dik!

Budak menghulurkan duit. Jenal ambil. Budak tu berlari balik.

JENAL

(Laung)

Terima kasih, dik! Kirim salam kat kakak!

Jenal mencekak pinggang, senyum sambil mengeleng kepala.

Page 2: 1  EXT

JENAL

(Mengeluh sendiri)

Hai... ada jugak sorang pelanggan aku malam ni! (Tengok jam) Kena tutup awal lagi nampaknya!

Jenal mengemaskan peralatan burgernya sambil bernyanyi perlahan (mengikut lagu di radio).

VO JAMAL

(Laung)

Nal! Nal!

Jenal terkejut, menoleh ke sebelah.

Jamal berjalan ke arah gerai burger. Jamal yang kepenatan duduk atas kerusi plastik sebelah gerai burger.

JAMAL

(Mengah)

Aduii... penatnya. (Menyeka peluh di dahi dengan lengan)

Jenal meletakkan kembali peralatan burgernya dan menyandar bahunya ke tiang gerai.

JENAL

Hah! Apa hal ni, bang? Kelam-kabut je!

JAMAL

(Mengah)

Aku ada hal nak cakap dengan kau ni, Nal. (Melambai) Sini jap!

Jenal mengerut kening. Dia mencapai gitar yang tersandar di gerai dan duduk di kerusi plastik sebelah Jamal.

JENAL

Page 3: 1  EXT

(Memetik gitar)

Pasal Kak Shila ke?

JAMAL

(Bengang)

Ahh... bukan pasal pompuan tulah! Banyak lagi benda lain yang aku kena pikir!

JENAL

(Mengerut kening)

Habis tu, pasal apa, bang?

JAMAL

(Berbisik)

Aku ada projek, nak mintak tolong kau ni.

JENAL

(Hairan)

Projek? Projek apa?

1/CUT TO:

Page 4: 1  EXT

HEADING

EXT / MALAM / GERAI BURGER

Ini dikenali sebagai Scene Heading kerana ia merupakan permulaan sesuatu scene. Di dalam istilah bahasa kita ialah ‘Kepala Babak’. Ia juga merupakan pemisah antara satu scene dengan scene yang lain.

INT. EXT. I/E - Merupakan istilah yang mewakili keadaan lokasi sama ada di dalam(INT.), di luar (EXT.) atau pun kedua-duanya sekali (I/E.)

ACTION

INTERCUT 1A ESTABLISHED gerai burger. Beberapa orang sedang lalu lalang di depannya.

CU signboard JENAL BURGER.

CU dua kepingan daging ayam yang sedang digoreng. Diterbalikkan menggunakan sudip.

Jenal angkat kepingan ayam, letak atas roti. Sebelahnya seorang budak sedang terlopong menunggu.

CU burger yang siap disusun dibungkus menggunakan kertas.

Jenal memasukkan dua bungkus burger ke dalam beg plastik.

Budak menghulurkan duit. Jenal ambil. Budak tu berlari balik.

Jenal mencekak pinggang, senyum sambil mengeleng kepala.

Jenal mengemaskan peralatan burgernya sambil bernyanyi perlahan (mengikut lagu di radio).

Jamal berjalan ke arah gerai burger. Jamal yang kepenatan duduk atas kerusi plastik sebelah gerai burger.

Jenal meletakkan kembali peralatan burgernya dan menyandar bahunya ke tiang gerai.

Jenal mengerut kening. Dia mencapai gitar yang tersandar di gerai dan duduk di kerusi plastik sebelah Jamal.

CHARACTER

JENAL

Berada di bahagian tengah untuk membezakan dengan elemen lain. Ini akan memudahkan pembaca skrip tersebut mengetahui bahawa itu adalah watak bagi skrip tersebut.

Page 5: 1  EXT

PARANTHETICAL

JAMAL

(Berbisik)

Merupakan rujukan kepada tingkahlaku atau aksi. Biasanya digunakan untuk aksi-aksi yang tidak memerlukan pergerakan yang banyak atau pun boleh juga digunakan untuk reaksi atau perasaan.Kedudukannya adalah selepas character dan sebelum dialog.

DIALOGUE

JENAL

Hai... ada jugak sorang pelanggan aku malam ni! (Tengok jam) Kena tutup awal lagi nampaknya!

Berfungsi sebagai kata-kata yang dituturkan oleh watak. Seharusnya dialog itu tidaklah terlalu panjang kerana filem atau drama bergerak di atas visual. Dialog yang panjang akan membuatkan situasi yang bosan. Dialog mestilah sentiasa membawa penceritaan bergerak kehadapan.

TRANSITION

CUT TO:

Transition merupakan pengakhir sesuatu babak. Ia juga berfungsi sebagai pemisah di antara babak.Kedudukannya adalah di bahagian kanan muka surat di di bahagian bawah scene.