1 Garis Panduan Latihan Industri Pusat Pengajian Sains Komputer ...

3
SLL\INDUSTRY\PPSKOMP\BM\SEPT2016\V1 1 Garis Panduan Latihan Industri Pusat Pengajian Sains Komputer untuk Organisasi Hos Pusat Pengajian Sains Komputer, USM selepas ini dirujuk sebagai "Pusat Pengajian". Pihak Industri selepas ini dirujuk sebagai "Organisasi Hos". 1. Tanggungjawab Organisasi Hos I. Sebaik sahaja Organisasi Hos telah mengesahkan perlantikan Pelatih, Organisasi Hos perlu memenuhi perjanjian kerja dan terma-terma serta syarat-syarat yang telah dipersetujui oleh Pusat Pengajian, di antara Pelatih dan Organisasi Hos, sepanjang tempoh latihan seperti skop, waktu kerja, tempat kerja, dan gaji (jika berkenaan). II. Organisasi Hos diminta untuk menjadualkan aktiviti atau tugas-tugas yang akan dilakukan oleh Pelatih dalam premis Organisasi Hos. Pelatih tidak dibenarkan untuk bekerja di rumah sama ada sepenuh masa atau separuh masa, di kafe atau di mana-mana tempat lain yang tidak ditetapkan sebagai kawasan kerja Organisasi Hos. Organisasi Hos juga hendaklah memastikan bahawa persekitaran kerja yang selamat dan kondusif bagi Pelatih. III. Organisasi Hos hendaklah menyediakan ruang kerja yang diperlukan (seperti meja dan kerusi dan lain-lain), sumber, peralatan, perisian berlesen dan lain-lain yang diperlukan untuk Pelatih melaksanakan tugas-tugas mereka. IV. Organisasi Hos hendaklah dengan segera melaporkan kepada Pusat Pengajian sekiranya terdapat sebarang salah laku seperti tidak hadir kerja, tindakan memudaratkan atau ketidaksesuaian Pelatih yang boleh berlaku bila-bila masa sepanjang tempoh latihan. V. Organisasi Hos boleh melantik kakitangan yang berpengalaman (contohnya pengurus jabatan, jurutera kanan, dan lain-lain) sebagai penyelia latihan untuk menyelia, membimbing, melatih dan menjadi mentor kepada Pelatih. VI. Sebarang kontrak tambahan, borang tanggung rugi, perjanjian sulit, surat hasrat bagi lain-lain pekerjaan yang ditandatangani oleh Pelatih dalam tempoh latihan, adalah semata-mata antara Pelatih dan Organisasi Hos. Pusat Pengajian tidak bertanggungjawab bagi kontrak yang ditandatangani antara Pelatih dan Organisasi Hos. VII. Organisasi Hos tidak dibenarkan untuk memendekkan tempoh latihan. Semua Pelatih mesti melengkapkan latihan mereka berdasarkan tempoh yang diluluskan. Sebarang pelanjutan tempoh latihan itu perlu dipersetujui oleh kedua-dua Pelatih dan Organisasi Hos. VIII. Dalam keadaan di mana Organisasi Hos gagal dalam mematuhi garis panduan yang dinyatakan di sini, Organisasi Hos mungkin berrisiko dikeluarkan daripada program latihan industri Pusat Pengajian.

Transcript of 1 Garis Panduan Latihan Industri Pusat Pengajian Sains Komputer ...

Page 1: 1 Garis Panduan Latihan Industri Pusat Pengajian Sains Komputer ...

SLL\INDUSTRY\PPSKOMP\BM\SEPT2016\V1

1

Garis Panduan Latihan Industri Pusat Pengajian Sains Komputer untuk

Organisasi Hos

Pusat Pengajian Sains Komputer, USM selepas ini dirujuk sebagai "Pusat Pengajian". Pihak Industri

selepas ini dirujuk sebagai "Organisasi Hos".

1. Tanggungjawab Organisasi Hos

I. Sebaik sahaja Organisasi Hos telah mengesahkan perlantikan Pelatih, Organisasi

Hos perlu memenuhi perjanjian kerja dan terma-terma serta syarat-syarat yang

telah dipersetujui oleh Pusat Pengajian, di antara Pelatih dan Organisasi Hos,

sepanjang tempoh latihan seperti skop, waktu kerja, tempat kerja, dan gaji (jika

berkenaan).

II. Organisasi Hos diminta untuk menjadualkan aktiviti atau tugas-tugas yang akan

dilakukan oleh Pelatih dalam premis Organisasi Hos. Pelatih tidak dibenarkan

untuk bekerja di rumah sama ada sepenuh masa atau separuh masa, di kafe atau

di mana-mana tempat lain yang tidak ditetapkan sebagai kawasan kerja Organisasi

Hos. Organisasi Hos juga hendaklah memastikan bahawa persekitaran kerja yang

selamat dan kondusif bagi Pelatih.

III. Organisasi Hos hendaklah menyediakan ruang kerja yang diperlukan (seperti meja

dan kerusi dan lain-lain), sumber, peralatan, perisian berlesen dan lain-lain yang

diperlukan untuk Pelatih melaksanakan tugas-tugas mereka.

IV. Organisasi Hos hendaklah dengan segera melaporkan kepada Pusat Pengajian

sekiranya terdapat sebarang salah laku seperti tidak hadir kerja, tindakan

memudaratkan atau ketidaksesuaian Pelatih yang boleh berlaku bila-bila masa

sepanjang tempoh latihan.

V. Organisasi Hos boleh melantik kakitangan yang berpengalaman (contohnya

pengurus jabatan, jurutera kanan, dan lain-lain) sebagai penyelia latihan untuk

menyelia, membimbing, melatih dan menjadi mentor kepada Pelatih.

VI. Sebarang kontrak tambahan, borang tanggung rugi, perjanjian sulit, surat hasrat

bagi lain-lain pekerjaan yang ditandatangani oleh Pelatih dalam tempoh latihan,

adalah semata-mata antara Pelatih dan Organisasi Hos. Pusat Pengajian tidak

bertanggungjawab bagi kontrak yang ditandatangani antara Pelatih dan Organisasi

Hos.

VII. Organisasi Hos tidak dibenarkan untuk memendekkan tempoh latihan. Semua

Pelatih mesti melengkapkan latihan mereka berdasarkan tempoh yang diluluskan.

Sebarang pelanjutan tempoh latihan itu perlu dipersetujui oleh kedua-dua Pelatih

dan Organisasi Hos.

VIII. Dalam keadaan di mana Organisasi Hos gagal dalam mematuhi garis panduan yang

dinyatakan di sini, Organisasi Hos mungkin berrisiko dikeluarkan daripada

program latihan industri Pusat Pengajian.

Page 2: 1 Garis Panduan Latihan Industri Pusat Pengajian Sains Komputer ...

SLL\INDUSTRY\PPSKOMP\BM\SEPT2016\V1

2

2. Skop Latihan Industri

I. Memandangkan program latihan industri adalah sebahagian daripada keperluan

bagi pelajar untuk lulus dengan ijazah Sains Komputer, tugas-tugas yang penting

dan tanggungjawab kerja perlu di bawah bidang yang berkaitan dengan sains

komputer.

II. Skop latihan mesti termasuk satu (1) atau lebih daripada yang berikut.

a. Kajian, dokumentasi, penggunaan pengujian aplikasi perisian baru untuk

sokongan operasi, pengurusan dan lain-lain.

b. Penilaian idea-idea aplikasi baru.

c. Penyelidikan mengenai tawaran yang diberikan oleh pesaing.

d. Pembangunan aplikasi (cth pengkodan, pengaturcaraan, peralatan perisian,

perpustakaan dan lain-lain).

e. Ujian pengguna

f. Penulisan laporan projek/teknikal.

III. Di samping itu, Organisasi Hos adalah amat digalakkan untuk melibatkan Pelatih

dalam aktiviti-aktiviti yang meningkatkan perkembangan kemahiran insaniah.

Sebagai contoh:

a. Komunikasi dengan pengguna-sebenar dan warga tua.

b. Persembahan projek.

c. Aktiviti sosial.

IV. Organisasi Hos tidak harus melibatkan Pelatih dalam mana-mana tugas berikut.

a. Telemarketing.

b. Pemasukan data.

c. Kerja Perkeranian.

d. Pengemasan.

e. Pembantu Peribadi.

f. Runner.

V. Jika Pelatih terlibat dalam satu (1) atau lebih daripada tugas-tugas yang berikut,

peratusan semua gabungan tugas-tugas itu tidak boleh melebihi dua puluh

peratus (20%) daripada keseluruhan skop kerja latihan atau lima minggu (5) dalam

gabungan tempoh latihan keseluruhan.

a. Pembaikan Perkakasan.

b. Sokongan teknikal.

c. Reka bentuk laman sesawang statik.

d. Dokumentasi berkaitan bukan-LI syarikat (tidak termasuk laporan latihan).

e. Pengendalian kursus dan latihan kepada kakitangan dalaman dan

pelanggan.

VI. Pelatih yang turut terlibat dalam program-program universiti (cth, pertandingan,

kem) dalam tempoh latihan, perlu mengemukakan surat penganjur acara kepada

kedua-dua Pusat Pengajian dan Organisasi Hos.

Page 3: 1 Garis Panduan Latihan Industri Pusat Pengajian Sains Komputer ...

SLL\INDUSTRY\PPSKOMP\BM\SEPT2016\V1

3

3. Waktu Kerja dan Cuti

I. Pelatih harus mengikuti waktu biasa pejabat dan kerja Organisasi Hos. Hari kerja

dan waktu operasi Organisasi Hos (seperti kerja lebih masa, perjalanan dan lain-

lain) hendaklah dinyatakan dengan jelas semasa penerimaan tawaran latihan.

II. Pelatih perlu diberikan faedah cuti yang diwartakan dan cuti berbayar yang sama.

Organisasi Hos tidak dibenarkan untuk memberikan cuti tambahan seperti rehat

yang panjang yang akan memberi kesan kepada keperluan minimum pusat

pengajian bagi tempoh latihan (26 minggu). Jika keperluan itu timbul, Organisasi

Hos harus menghubungi terlebih dahulu pusat pengajian untuk kelulusan.

III. Cuti sakit semasa latihan adalah tertakluk kepada garis panduan Organisasi Hos.

Walau bagaimanapun, dalam kes di mana Pelatih perlu mengambil cuti sakit

panjang yang akan memberi kesan kepada tempoh latihan minimum, Organisasi

Hos perlu memastikan bahawa Pelatih memberikan sijil perubatan yang sah sama

ada daripada klinik panel Organisasi Hos, klinik kerajaan, hospital kerajaan atau

hospital swasta. Salinan sijil perubatan hendaklah dikemukakan kepada Pusat

Pengajian untuk rekod.

4. Keselamatan

I. Organisasi Hos hendaklah memberi taklimat kepada Pelatih tentang apa-apa garis

panduan keselamatan, dan melengkapkan mereka dengan peralatan perlindungan

yang sesuai bila mana berkenaan.

II. Organisasi Hos hendaklah memastikan bahawa Pelatih ditempatkan di dalam

persekitaran yang selamat.

III. Semua kemalangan mestilah dilaporkan kepada Pusat Pengajian.

IV. Dalam kes apa-apa aduan diskriminasi atau gangguan, Pusat Pengajian akan

menyiasat dan mengambil tindakan mengikut polisi dan prosedur dalaman kami.

5. Penamatan Latihan

I. Organisasi Hos tidak boleh menamatkan atau membatalkan latihan tanpa terlebih

dahulu berunding dengan Pusat Pengajian.

II. Dokumentasi dan komunikasi yang betul adalah diperlukan untuk menamatkan

Pelatih.

III. Pusat Pengajian mempunyai hak untuk menamatkan latihan jika Organisasi Hos

didapati tidak sesuai atau gagal untuk mematuhi garis panduan di atas sebelum

atau semasa latihan.