1 GARIS PANDUAN MENULIS LAPORAN TINDAKAN.pdf

download 1 GARIS PANDUAN MENULIS LAPORAN TINDAKAN.pdf

of 12

Transcript of 1 GARIS PANDUAN MENULIS LAPORAN TINDAKAN.pdf

  • 7/21/2019 1 GARIS PANDUAN MENULIS LAPORAN TINDAKAN.pdf

    1/12

    PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN

    PENYELIDIKAN TINDAKAN

    PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

    DENGAN KEPUJIAN

    JABATAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI

    PROFESIONALISME KEGURUAN

    INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

    OGOS 2011

  • 7/21/2019 1 GARIS PANDUAN MENULIS LAPORAN TINDAKAN.pdf

    2/12

    GARIS PANDUAN PENULISAN TESIS PENYELIDIKAN TINDAKAN

    (BERDASARKAN PANDUAN UMUM PENULISAN LAPORAN

    PENYELIDIKAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DAN

    KEPUTUSAN MESYUARAT PADA 11 OGOS 2011)

    1.0 PENDAHULUAN

    Garis panduan ini adalah untuk kegunaan pelajar Institut Pendidikan Guru, Kementerian

    Pelajaran Malaysia (IPG-KPM) yang perlu menyediakan laporan penyelidikan tindakan

    sebagai memenuhi keperluan kurikulum Ijazah Sarjana Muda Perguruan.

    2.0 KERTAS

    2.1 Saiz : A4 (berkualiti tinggi; 210 mm x 297 mm, 80gsm)

    2.2 Warna: Putih

    3.0 PENAIPAN

    3.1 Jenis Huruf: Times New Roman bersaiz 12 yang ditaip justify

    3.2 Selang Baris:

    - DUA (2) langkau double spacing bagi teks am.

    - SATU (1) langkau digunakan untuk Abstrak , Terjemahan Abstrak dan

    Rujukan

    3.3Ukuran: Ukuran Muka Surat seperti berikut:

    -

    Atas : 2.5 cm daripada jidar atas- Bawah : 2.5 cm daripada jidar bawah

    - Kanan : 2.5 cm daripada jidar kanan

    - Kiri : 4.0 cm daripada jidar kiri

    Peringatan:

    i. Setiap permulaan tajuk hendaklah ditaip 5.0 cm daripada birai atas

    kecuali tajuk laporan penyelidikan, rujukan dan lampiran.

    ii. Pada setiap perenggan terakhir dalam sesuatu halaman mengandungi

    sekurang-sekurangnya DUAbaris teks bertaip. Sekiranya tidak,

    pindahkan teks tersebut ke halaman berikutnya sebagai perenggan

    baru

    iii. Perkataan terakhir sesuatu halaman tidak boleh menggunakan tanda

    sempang.

    iv. Sesuatu halaman yang baru hendaklah mengandungi sekurang-

    kurangnya DUA baris teks.

  • 7/21/2019 1 GARIS PANDUAN MENULIS LAPORAN TINDAKAN.pdf

    3/12

    3.4 Format Am : Semua tajuk ditaip dengan huruf besar

    2.0 FOKUS KAJIAN

    Kecuali subtajuk.

    2.1 Pengenalan2.0 Isu Kajian

    3.5Nombor Halaman : Kedudukan nombor halaman bagi teks am adalah 1.5 cm

    daripada birai bawah dan 2.5 cm daripada birai kanan. Gunakan huruf yang

    sama dengan huruf teks (Times New Roman) tanpa hiasan.

    i. Pada halaman permulaan (bermula daripada halaman

    judul) hendaklah dinomborkan dengan angka kecil

    roman secara berturut-turut sepertimana

    berikut: i, ii, iii, iv .

    Peringatan: halaman permulaan dianggap sebagai

    halaman (i), tetapi tidak ditaip pada halaman pertama.

    BUTIRAN CATATAN

    1 Kertas kosong

    2 Halaman Judul Tidak bernombor tetapi dikirasebagai (i)

    3 Halaman Pengesahan Penyelia Bernombor Roman kecil iaitu

    (ii)

    4 Halaman Pengakuan Bernombor Roman kecil iaitu

    (iii)

    5 Halaman Dedikasi Bernombor Roman kecil iaitu

    (iv)

    6 Halaman Penghargaan Bernombor Roman kecil iaitu

    (v)7 Halaman Abstrak Bernombor Roman kecil iaitu

    (vi)

    8 Halaman Abstract Bernombor Roman kecil iaitu

    (vii)

    9 Halaman Isi Kandungan Bernombor Roman kecil iaitu

    (viii)

    10 Halaman Senarai Jadual Bernombor Roman kecil

    11 Halaman Senarai Rajah Bernombor Roman kecil

    12 Halaman Senarai Lampiran Bernombor Roman kecil

    13 Teks Berangka numerik 1,2,3.....

  • 7/21/2019 1 GARIS PANDUAN MENULIS LAPORAN TINDAKAN.pdf

    4/12

    ii.

    PP

    Peringatan: halaman pertama teks dianggap sebagai

    halaman (1), tetapi tidak ditaip sebagai (1). Begitu juga

    bagi halaman permulaan setiap bab yang tidak perlu

    ditulis nombor halamannya, tetapi diambil kira ketika

    menomborkan halaman berikutnya.

    4.0 CETAKAN

    Cetakan pada sebelah halaman sahaja iaitu semasa menjilid hendaklah pada

    sebelah kanan.

    5.0 PENJILIDAN

    5.1 Serahan : Menyediakan LIMA (5) naskhah tesis. Naskah

    untuk pemeriksaan (penyelia/penilai kedua) hendaklah dijilid

    menggunakan kulit keras jenis biasa SAHAJA.

    Nota:Sebelum dijilid, calon hendaklah terlebih dahulu memastikan setiap

    pembetulan telah diuruskan selepas melaksanakan pembentangan dalam

    seminar penyelidikan.

    5.2 Penduaan : Bagi salinan berikutnya, calon hendaklah

    menggunakan kertas mempunyai mutu yang baik

    sekurang-kurangnya 80 g dan ke atas sahaja.

    5.3 Warna : Tesis hendaklah dijilid kekal berkulit keras dengan

    kulit jenis buckram dan bertulisan emas. Warna

    kulit adalah Merah Tua (maroon).

    6.0 KETERANGAN PADA KULIT LAPORAN KAJIAN

    6.1 Halaman judulmestilah mempunyai maklumat yang disusun mengikut

    urutan berikut:

    Judul lengkap penyelidikan

    Nama penuh penulis seperti dalam kad pengenalan Penyataan tujuan penyelidikan

    14 Rujukan Berangka numerik ..... 70, 71,

    72.....bersambung dengan teks

    15 Lampiran Berangka numerik ..... 80, 81,

    82.... bersambung dengan

    rujukan

  • 7/21/2019 1 GARIS PANDUAN MENULIS LAPORAN TINDAKAN.pdf

    5/12

    Nama Institut Pendidikan Guru (IPG) tempat penulis berdaftar

    Bulan dan Tahun diserahkan

    Maklumat yang tersebut di atas hendaklah ditaip bermula dengan Tajuk

    Penyelidikan(dalam bentuk piramid terbalik)dengan ukuran 5.0 cmdaripada birai atas dan berakhir dengan Tahun 5.0 cm daripada birai

    bawah.

    Sila lihat contoh di Lampiran A.

    6.2 Tulang Kulit

    Maklumat pada ruang tulang laporan penyelidikan hendaklah dicetak

    dengan jenis dan saiz huruf yang sama sepertimana pada muka hadapan

    laporan dan hendaklah mengikut susunan yang berikut:

    Nama IPG (singkatan)

    Nama Calon

    Ijazah

    Tahun

    Contoh:

    5.0 cmIPG-KBA MOHD. KAHIRUL BIN IDZHAR PISMP 2010

    5.0 cm

    7.0 FORMAT LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

    Laporan penyelidikan ini mengandungi beberapa bahagian yang disusun mengikut format

    Penyelidikan Tindakan.

    8.0 SUSUNAN DAN URUTAN KANDUNGAN LAPORAN

    Laporan penyelidikan hendaklah disusun mengikut urutan seperti yang berikut:

    8.1 Kertas Kosong

    8.2 Halaman Judul

    Halaman judul mestilah mempunyai maklumat yang disusun mengikut

    urutan berikut:

    Judul lengkap Penyelidikan Tindakan

    Nama penuh pelajar seperti dalam kad pengenalan

  • 7/21/2019 1 GARIS PANDUAN MENULIS LAPORAN TINDAKAN.pdf

    6/12

    Pernyataan tujuan tesis (seperti contoh di LAMPIRAN A)

    Nama Institut tempat pelajar berdaftar

    Bulan dan Tahun diserahkan

    8.3 Pengesahan PenyeliaLaporan penyelidikan yang hendak diserahkan untuk tujuan penilaian

    hendaklah mendapat pengesahan penyelia terlebih dahulu. Sila lihat

    contoh pada Lampiran B.

    8.4 Halaman Pengakuan Penulis

    Halaman ini mengandungi pengakuan penulis tentang keaslian

    penyelidikan. Ia hendaklah ditandatangani oleh penulis. Sila lihat contoh

    pada Lampiran C.

    8.5 Halaman Dedikasi (Pilihan)

    Penyataan dedikasi hendaklah ringkas, iaitu tidak lebih daripada satu

    perenggan dan tidak mengandungi sebarang nombor, carta atau gambar.

    Sila lihat contoh pada Lampiran D.

    8.6 Halaman Penghargaan (Pilihan)

    Halaman ini hendaklah ditulis satu muka surat sahaja. Penghargaan

    dirakamkan kepada orang perseorangan atau organisasi yang telah

    memberikan sebarang bantuan dalam penyediaan kajian. Sila lihat contoh

    pada Lampiran E.

    8.7 Abstrak

    Abstrak hendaklah ditulis dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan

    diikuti terjemahannya dalam bahasa Inggeris atau bahasa yang digunakan

    dalam kursus major di muka surat yang berikutnya. Abstrak mestilah

    ringkas, ditulis dalam satu perenggan serta tidak melebihi 250 patah

    perkataan dalam satu muka surat sahaja. Ia hendaklah menyatakan dengan

    ringkas tujuan penyelidikan, kumpulan sasaran (sampel), instrumen

    penyelidikan, tindakan yang dijalankan, keputusan yang diperoleh dantindakan susulan. Sila lihat contoh pada Lampiran Fdan G.

    8.8 Halaman Kandungan

    Halaman kandungan hendaklah dimulakan pada halaman baru dan

    mengandungi senarai tajuk dan pecahan-pecahan utama daripada tajuk

    yang terdapat dalam penyelidikan. Sila lihat contoh pada Lampiran H.

    8.9 Halaman Senarai Jadual

  • 7/21/2019 1 GARIS PANDUAN MENULIS LAPORAN TINDAKAN.pdf

    7/12

    Senarai ini mengandungi semua tajuk jadual yang dimuatkan dalam

    penyelidikan ini. Nombor halaman tempat jadual diletakkan hendaklah

    dicatatkan dalam senarai ini. Sila lihat contoh pada Lampiran I.

    8.10 Halaman Senarai RajahRajah merangkumi gambarajah, fotograf, lukisan, graf, carta dan peta.

    Senarai rajah mengandungi tajuk rajah dan muka surat yang memuatkan

    rajah tersebut. Sila lihat contoh pada Lampiran J.

    8.11 Halaman Senarai Lampiran

    Senaraikan semua lampiran yang dimuatkan dalam penulisan penyelidikan

    dengan memberi perhatian kepada perkara berikut:

    a Laporan penyelidikan tidak semestinya mengandungi lampiran.

    Sekiranya diperlukan seperti data penyelidikan, jadual, soal-selidik,

    peta, gambar dan sebagainya yang terlalu panjang untuk

    dimasukkan ke dalam teks atau yang tidak diperlukan secara

    langsung bagi menjelaskan perkara yang dibincangkan dalam teks

    bolehlah dimasukkan ke dalam lampiran.

    b Lampiran boleh diberi nama seperti Lampiran A, Lampiran B dan

    seterusnya bergantung kepada jenis dan banyaknya bahan yang

    disertakan sebagai lampiran. Lampiran juga boleh diberi tajuk-

    tajuk tertentu. Sila lihat contoh pada Lampiran K.

    8.12 Teks

    a Tajuk/judul.

    Teks dalam penulisan laporan penyelidikan hendaklah

    mengandungi tajuk/judul yang membayangkan kandungannya

    berdasarkan format penulisan Penyelidikan Tindakan. Setiap

    tajuk/judul boleh dipecahkan kepada sub tajuk/judul dan

    dinomborkan.

    i. Pecahan sub tajuk dibuat sehingga aras ke tiga sahaja.

    Contoh : 5.1.2.

    ii.

    Tekan 2 kali enter bagi menjarakkan tajuk dengan sub tajuk.iii. Tekan 2 kali enter bagi menjarakkan sub tajuk dengan sub tajuk

    yang lain

    b Perenggan

    Teks ditulis dalam perenggan demi perenggan. Elakkan menulis

    perenggan yang panjang. Setiap perenggan sebaiknya dapat

    menerangkan satu isu atau perkara yang ada kesinambungan

    dengan perenggan berikutnya.

    i. Setiap mula perenggan mesti tab sekali.

    ii.

    Tekan 1 kali enter bagi menjarakkan satu perengan dengan

  • 7/21/2019 1 GARIS PANDUAN MENULIS LAPORAN TINDAKAN.pdf

    8/12

    perenggan yang lain

    iii. Perenggan awal setiap tajuk hendaklah mengandungi maklumat

    pengenalan manakala perenggan akhir tajuk berkenaan seharusnya

    mengandungi maklumat seperti merumus/penutup/kesimpulan

    tajuk tersebut. Dalam erti kata lain pengenalan dan rumusan tidakmenjadi sub tajuk.

    c Objektif

    i. Mesti boleh diukur dan tidak ada 2 perkara yang berbeza dalam

    satu objektif.

    Contoh: Mengenalpasti pengetahuan pelajar dalam aspek

    mengingat semula fakta.

    ii. Tidak boleh ada hipotesis.

    d Gambar

    Gambar-gambar (bukti) boleh dimasukkan dan fokus

    kepada bahagian kemahiran sahaja, muka subjek tidak perlu

    ditunjukkan. Sebarang perubahan emosi tidak boleh digambarkan

    melalui gambar sebenar tetapi hanya perlu ditulis sahaja.

    e Jadual dalam teks

    i. Jadual yang dimuatkan ke dalam teks hendaklah dinomborkan dengan

    nombor numerik (Contoh: Jadual 1, Jadual 2)

    ii. Setiap jadual diberi tajuk yang diletak di atas jadual tersebut pada jaraksatu baris. Di bold, single spacing,santak ketepi

    (Contoh: Jadual 3: Bilangan Subjek Kajian Mengikut Jantina)

    iii. Jadual sebaik-baiknya diletak selepas sahaja dirujuk buat kali pertama

    dalam teks.

    f Rajah dalam teks

    i. Bahan ilustrasi contohnya peta, carta, lukisan, graf, gambarajah dan

    fotograf disebut "Rajah". Setiap rajah hendaklah jelas dan bermutu tinggi

    dan bernombor numerik. (Contoh : Rajah 1, Rajah 2)

    ii. Tajuk rajah diletak di bawah bahan ilustrasi tersebut pada jarak satu

    baris. Di bold, single spacing,ditulis ketengah.

    (Contoh: Rajah 2: Analisis Pencapaian Pelajar dalam Ujian Sebelum

    dan Ujian Selepas)

    iii. Rajah sebaik-baiknya diletak selepas sahaja dirujuk buat kali pertama

    dalam teks.

  • 7/21/2019 1 GARIS PANDUAN MENULIS LAPORAN TINDAKAN.pdf

    9/12

    Berikut adalah contoh tajuk/judul teks dalam laporan Penyelidikan

    Tindakan.

    1.0 PENDAHULUAN

    1.1 Pengenalan

    1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

    1.3 Refleksi Nilai Pendidikan

    2.0 FOKUS KAJIAN

    2.1 Isu Kajian

    2.2 Tinjauan Literatur Berkaitan dengan Isu Kajian

    3.0 OBJEKTIF KAJIAN/SOALAN KAJIAN

    4.0 KUMPULAN SASARAN

    5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

    6.0 CARA PENGUMPULAN DATA

    7.0 KEPUTUSAN/ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI

    8.0 RUMUSAN/REFLEKSI SELEPAS DAPATAN

    9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

    10.0 SENARAI RUJUKAN

  • 7/21/2019 1 GARIS PANDUAN MENULIS LAPORAN TINDAKAN.pdf

    10/12

    8.12 Sistem Rujukan

    8.12.1 Menulis Rujukan Dalam Teks

    Bagi maklumat atau idea yang diambil daripada sesuatu sumber, penulis

    hendaklah menyatakan sumber tersebut dalam teks. Rujukan dalam teks

    dan dalam Senarai Rujukan hendaklah ditulis mengikut sistemAmerican

    Psychological Association(APA) yang terkini. Contoh rujukan dalam teks

    adalah seperti yang berikut:

    (a) Menyatakan hasil karya seorang pengarang:

    Sepanjang kajiannya, Wong (2000) telah menunjukkan

    Sistem pendidikan di Malaysia menggalakkan

    perkembangan individu yang menyeluruh (Choy, 2006).

    (b) Menyatakan hasil karya dua orang pengarang:

    Laporan Harton dan Smith (1995) menyatakan

    Pelajar IPG didapati mempunyai bakat yang pelbagai (Lee

    & Boon, 2005).

    (c) Menyatakan hasil karya beberapa orang pengarang:

    Goromon (2003); Hector (2001) dan Victor dan Michael(2006) menyatakan

    Banyak kajian yang lepas (contoh, Francis, 1995; Garmon,

    1998; Goon & Koh, 2003) telah menunjukkan

    (d) Menyatakan hasil karya sumber sekunder:

    Sistem pendidikan di Malaysia terlalu mementingkanpeperiksaan (Man, 1982, seperti dinyatakan dalam Lim,

    1990).

    Mengikut Man (1982, seperti dinyatakan dalam Lim,

    1990), sistem pendidikan di Malaysia terlalu

    mementingkan peperiksaan.

  • 7/21/2019 1 GARIS PANDUAN MENULIS LAPORAN TINDAKAN.pdf

    11/12

    8.12.2 Menulis Rujukan dalam Senarai Rujukan

    Contoh rujukan dalam Senarai Rujukan adalah seperti yang berikut:

    (a) Buku

    Kleeman, G. (1995).Kemahiran pemetaan topografi. Sydney:

    Hodder Headline.

    (b) Jurnal

    Lindsay, A. W. (1982). Institutional performance in higher

    education: The efficiency dimension [Prestasi institusi

    dalam pendidikan tinggi: Dimensi kecekapan.]Review of

    Educational Research, 2,175-199.

    (c) Surat khabar

    Ball, S. (1986, February 27). Tiada hadiah bagi HSC. Utusan

    Malaysia, hlm. 15.

    (d) Tesis tidak diterbitkan

    Aeria, L. A. (1980). Burnout dalam kalangan guru-guru

    Wilayah Persekutuan. Tesis tidak diterbitkan, Universiti

    Malaya, Kuala Lumpur: Malaysia.

    (e) Media elektronik

    Fatimah Buang (2006).Komputer dan saya. Diperoleh Jan

    15, 2007 dari http://www.gvu.gatech.edu/user_surveys/

    survey-1997-10/

    (f) Media elektronik (tiada tarikh, tiada pengarang)

    GVU's 8th WWW user survey. (n.d.). Diperoleh Mac 30, 2004

    dari http://www.gvu.gatech.edu/user_surveys/

    survey-1997-10/

  • 7/21/2019 1 GARIS PANDUAN MENULIS LAPORAN TINDAKAN.pdf

    12/12

    8.12.3 Menulis Rujukan untuk Nama Pengarang Asia

    Dalam Teks

    Pengarang Melayu

    Pengarang Cina

    Pengarang India

    Dalam Senarai Rujukan

    Dalam senarai rujukan, tulis nama

    penuh pengarang yang tidak

    mempunyai nama keluarga.

    Mohd. Ali (2005) menyatakan

    Lim (2006) menyokong

    Krishnan (2003) menerangkan

    Mohd. Ali b. Mohd. Bakar.

    (2005).Merdeka. Kuala Lumpur:

    Penerbit Taufik Intelek Sdn. Bhd.

    Lim, C. B. (2006).Politik dansaya. Kuala Lumpur: Azrizad Sdn.

    Bhd.

    Krishnan a/l Thambipillay.

    (2003).Dunia politik. Kuala

    Lumpur: Tasha Publications.

    9.0 Had Maksimum

    Had panjang laporan Projek Ijazah Sarjana Muda Perguruan tidak melebihi 10 000

    patah perkataan.