1. ISU DAN MASALAH - aburedza.files.wordpress.com ini disepakati berdasarkan hadith yang...
Transcript of 1. ISU DAN MASALAH - aburedza.files.wordpress.com ini disepakati berdasarkan hadith yang...
1
PANDANGAN MENGENAI STATUS IBU BAPA NABI MUHAMMAD S.A.W. MATI DALAM KEADAAN KAFIR ATAU SEBALIKNYA
1. ISU DAN MASALAH
Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah
menerima surat aduan bertulis mengenai status keislaman ibu bapa Nabi Muhammad
S.A.W yang disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan bertarikh 30 April 2010 (Jumaat).
Persoalan tersebut telah dijawab secara panjang lebar oleh seorang pendakwah dari
sebuah IPTS. Dengan menggunakan hujah beberapa hadith, pendakwah tersebut
menyimpulkan bahawa ibu Nabi (Aminah) dan bapa Nabi (Abdullah) mati dalam
keadaan bukan dalam Islam dan kedua-duanya akan masuk api neraka dan diazab.
Berikutan penjelasan isu di atas, ianya telah menimbulkan sensitif di kalangan umat
Islam dan terdapat rungutan supaya jawapan tersebut dikaji semula. Berikut adalah
sanggahan terhadap isu tersebut. 2. PENJELASAN MENGENAI HADITH BERKAITAN BAPA NABI DI DALAM
NERAKA
2.1. Berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Muslim dengan lafaz: ن ة ع لم ن س اد ب م ن ح ع
ال قال ج س أن ر ن أن ابت ع ن أبي؟ قال :ث ل هللا أی و س ا ر قال : ی اه، ف ع ا قفى د ، فلم اك في النار : في النار أب إن أبي و .
Daripada Hammad ibn Salamah daripada Thabit, daripada Anas ibn Malik RA:
“Sesungguhnya seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah S.A.W. "Wahai
Rasulullah! Di manakah bapaku?" Rasulullah S.A.W. menjawab, "Di dalam
neraka." Tatkala lelaki tersebut berpaling, Rasulullah S.A.W. memanggilnya lalu
berkata, "Sesungguhnya bapaku dan bapamu di dalam neraka.”
Keterangan daripada pendakwah tersebut menterjemahkan maksud lafaz hadith
secara harfiah: “Sesungguhnya bapaku dan bapamu di dalam neraka.” Tanpa
2
meneliti dengan lebih mendalam pelbagai disiplin ilmu, maka dengan tergesa-
gesa beliau menyatakan bahawa ayahanda Nabi mati dalam kekufuran.
Bahagian Penyelidikan & Pembangunan, JAIS menyanggah pandangan
tersebut di atas. Jika diteliti dalam kesepakatan para ahli hadith, mereka
mengesahkan bahawa lelaki yang bertanya kepada Rasulullah S.A.W. itu ialah
seorang A’rabi (Badwi). Pendapat ini disepakati berdasarkan hadith yang
menceritakan kisah yang sama, yang diriwayatkan oleh Mu’ammar daripada
Thabit. Tetapi, perbezaan di antara kedua-dua jalan ialah hadith yang
diriwayatkan melalui jalan Mu’ammar tidak mempunyai lafaz: اك في النار أب إن أبي و
Maksudnya : “Sesungguhnya bapaku dan bapa kamu di dalam neraka.”
Berdasarkan maksud hadith berkenaan jelaslah bahawa lafaz di atas tidak
disepakati oleh para perawi hadith.
Hadith yang diriwayatkan oleh Mu’ammar tanpa lafaz tersebut lebih diyakini dari
aspek riwayat dan lafaz, menurut ahli hadith, Mu’ammar adalah seorang yang
lebih terpelihara hafazannya dan dia tidak menerima sebarang kritikan dari
ulama Jarah dan Ta’dil. Tambahan lagi al-Bukhari dan Muslim bersepakat dalam
menyatakan keyakinan mereka terhadap Mu’ammar. Ini berbeza dengan situasi
Hammad yang hanya diyakini oleh Muslim tetapi tidak di sisi al-Bukhari.
Katakanlah lafaz Hammad ibn Salamah dalam Sahih Muslim di atas adalah dari
lafaz Nabi S.A.W. sendiri, maka ia tidak juga boleh dijadikan sandaran dalam
menghukum kekufuran ayah Nabi S.A.W. kerana ‘illah dari aspek matan
menunjukkan bagaimana Rasulullah S.A.W. menggunakan teknik dan kaedah
yang membawa erti kesamaran supaya keadaan menjadi lebih tenang dan
terkawal. Rasulullah S.A.W. menggunakan lafaz persamaan kedudukan bagi
kedua-dua bapa untuk tujuan-tujuan tertentu. Di antaranya:
3
a) Tujuan menyemarakkan semangat mendalami ajaran Islam. Apabila
Rasulullah S.A.W. menyatakan persamaan kedudukan kedua-dua bapa
mereka di dalam neraka, wujud persamaan dan tautan hati lelaki A’rabi
terhadap Rasulullah S.A.W. dan lebih bersemangat untuk mendalami ajaran
Islam.
b) Tujuan mengelak kontroversi ke agama asal. Sekiranya Rasulullah S.A.W.
menyatakan bahawa bapa A’rabi tersebut di dalam neraka, sedangkan bapa
Baginda S.A.W. di dalam syurga, maka lelaki A’rabi itu akan merasakan
jurang perbezaan di antara mereka berdua dan dikhuatiri perkara ini akan
menyebabkan lelaki A’rabi tersebut menjauhi Islam serta kembali murtad.
c) Tujuan menang-menang. Sekiranya Rasulullah S.A.W. membezakan
kesudahan bagi kedua-duanya, dikhuatiri lelaki A’rabi yang terkenal dengan
sikap degil dan keras hati akan mengeluarkan kata-kata sumpahan dan caci-
maki terhadap Rasulullah S.A.W. yang bakal mengundang laknat dan
kemurkaan Allah S.W.T.
d) Tujuan dakwah secara bijaksana. Teknik yang dilakukan oleh Rasulullah
S.A.W. bertujuan untuk mengelakkan fitnah dan sebarang kejadian yang tidak
diingini terhadap kaum A’rabi dan kaum kerabatnya. Ini juga bertujuan untuk
menarik lebih ramai kaum kerabat lelaki A’rabi tersebut memeluk Islam.
Sekiranya dikaji dengan lebih luas lagi, terdapat banyak lafaz-lafaz dari hadith
Nabi S.A.W. yang menunjukkan gaya kaedah sebegini. Kerana Nabi S.A.W.
adalah seorang yang bijak dalam berdakwah dan berbicara dengan manusia
sekadar mana pencapaian akal para pendengarnya. Apabila berurusan dan
berbicara dengan orang Arab Badwi, maka mu’amalah Nabi S.A.W. lebih lembut,
mengalah, bertolak ansur dan lunak berbanding dengan mereka yang telah lama
memahami serta mendalami Islam.
Selanjutnya jika dikaji secara teliti, terdapat pandangan daripada Hafiz al-Suyuti
mengatakan bahawa hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim ini
4
diriwayatkan oleh Hammad ibn Salamah dengan makna, bukan dengan lafaz.
Manakala lafaz itu berbunyi : اك في النار أب إن أبي و
Ianya merupakan lafaz yang tidak disepakati oleh para perawi dari jalan hadith
yang lain. Berdasarkan riwayat Mu’ammar daripada Thabit pula, tidak kedapatan
lafaz di atas, akan tetapi diriwayatkan dengan lafaz yang lebih umum.
Dalam riwayat yang lain, dikeluarkan oleh al-Bazzar dalam Musnadnya dan al-
Tabrani di dalam kitab al-Mu’jam al-Kabir dengan sanad rijal yang sahih,
daripada Sa’ad ibn Abi Waqqas: بي ا أتى الن ابی ر ن أبي؟ : فقال ) ص(أن أع ل هللا أی و س ا ر في : قال ی
؟ قال : قال . النار ك و ن أب أی ه بالنار : ف شر افر فب ر ك ب ت بق ر ر ث م ی ح .
Maksudnya, “Sesungguhnya seorang A’rabi datang bertemu Nabi S.A.W. lalu
bertanya, "Wahai Rasulullah! Di manakah bapaku?" Rasulullah S.A.W.
menjawab, "Di dalam neraka." Maka lelaki Badwi tadi bertanya pula, "Di mana
pula bapamu?" Rasulullah S.A.W. menjawab, "Tatkala kamu berjalan
berhampiran kubur seorang kafir, beritakan kepadanya bahawa dia di dalam
neraka.”
Hadith yang diriwayatkan dari Sa’ad ibn Waqqas ini secara jelas menerangkan
bahawa lelaki yang bertanya soalan kepada Rasulullah S.A.W. ini adalah
seorang badwi. Disebabkan oleh Badwi tersebut dikhuatiri akan murtad kerana
imannya belum mantap, kefahamannya mengenai Islam masih cetek. Kerana itu,
secara psikologi Rasulullah S.A.W. menjawab sedemikian.
Para ulama menyatakan bahawa lafaz “Abi” di dalam riwayat Muslim bukanlah
ditujukan kepada Abdullah kerana tradisi masyarakat Arab ialah mereka
memanggil ayah, bapa saudara dan datuk dengan gelaran “Abi”. Ini yang harus
difahami dengan jelas oleh para penafsir hadith.
5
3. RUMUSAN 3.1. Jika diteliti kesimpulan yang diberikan oleh pendakwah dari IPTS itu, beliau
menegaskan bahawa berdasarkan hadith-hadith sahih yang dipetik dari
Bukhari dan Muslim, jelaslah ibu bapa Nabi meninggal dunia berstatus
kafir. Walaupun hadith tersebut sahih dari segi sanadnya tetapi jumhur
ulama berpendapat bahawa teks hadith ini tidak boleh difahami secara zahir semata-mata. Ia adalah suatu yang biasa berlaku ketika penafsir
berinteraksi dengan hadith. Bukan hanya kesahihan sanad menjadi
penentuan hukum daripada sesuatu hadith. Terdapat juga kaedah-kaedah tertentu dalam memahami teks hadith itu sendiri yang perlu dipatuhi.
3.2. Berdasarkan kaedah-kaedah dalam memahami sesuatu teks hadith,
jelaslah bahawa penafsiran hadith di atas tidak mendokong kesimpulan
bahawa ibu dan bapa Nabi S.A.W. kufur dan diazab. Pertamanya, makna zahir hadith ini tidak boleh diterima kerana ia bertentangan dengan nas-nas al-Quran. Antaranya, ayat-ayat yang mensabitkan bahawa Nabi
S.A.W. adalah berasal daripada keturunan yang mulia dan terpelihara
seperti dalam Surah al-Syu’ara' 26 : 219 yang bermaksud, "dan (Allah
melihat) pergerakanmu di antara orang-orang yang sujud". Ibnu 'Abbas
r.a, seperti yang diriwayatkan oleh al-Bazzar, al-Tabrani dan Abu Nuaim
serta dalam tafsir al-Tabari dan al-Qurtubi, berpendapat bahawa ayat ini
bermaksud bahawa Nabi sa.w. telah berpindah dari satu sulbi ke satu
sulbi di kalangan nenek moyang yang sujud dan beriman.
3.3. Maksud zahir hadith ini juga bertentangan dengan nas-nas al-Quran. Hal ini menurut satu kaedah bahawa Allah SWT tidak akan mengazab
sesuatu kaum sebelum dikirimkan para rasul-Nya untuk menyampaikan
agama yang benar. Lihat al-Qur’an Surah al-Isrā' 17 : 15, Surah al-An’ām
6 : 131, Surah al-Syu’arā' 26 : 208 dan Surah al-Nisā' 4 : 165. Terdapat
pula ayat-ayat yang menafikan bahawa terdapat rasul yang dikirim kepada
kaum Nabi Muhammad S.A.W. sebelum kebangkitan Baginda. Lihat juga
6
Surah Sabā' 34 : 44 dan Surah al-Qasas 28 : 46. Maka kesimpulan yang lebih tepat adalah kedua-dua ibu dan bapa Nabi S.A.W. sama ada beriman dengan peninggalan risalah rasul-rasul yang terdahulu ataupun tergolong dalam kalangan Ahlul Fatrah, iaitu mereka yang berada di zaman yang tiada rasul, menyebabkan mereka secara prinsipnya tidak akan diazab.
3.4. Adalah menjadi suatu kewajipan bagi semua umat Islam termasuk para
pendakwah hendaklah meneliti sesuatu hukum itu dengan mendalam dan
mengambil kira kesan positif terhadap umat Islam sejagat. Pandangan
yang bersifat membina kekuatan umat Islam lebih afdal berbanding
mengeluarkan sesuatu kenyataan yang bersifat merendahkan maruah
umat Islam di kalangan bukan Islam. Adalah lebih baik dan berakhlak
dengan mencontohi akhlak seperti yang ditunjukan dalam al-Qur`an. Jika
diteliti dalam al-Qur`an, terdapat satu ayat berbunyi: لھ و س ر ن هللا و و ذ ؤ ن ی ی إن الذ
ا ن ی ھ ا م اب ذ د لھم ع أع ة و اآلخر ا و ی ن ھم هللا في الد ن لع
Maksudnya “Sesungguhnya mereka yang menyakiti Allah dan RasulNya, mereka dilaknat oleh Allah di dunia dan akhirat serta disediakan bagi mereka azab yang menghinakan.”
Dalam satu kenyataan yang lain disebut : Dan tiadalah perkara yang lebih
menyakitkan Rasulullah S.A.W. selain menyatakan bapa Baginda diazab
di dalam neraka.
Berdasarkan maksud ayat di atas dapatlah difahamkan bahawa umat
Islam diperintahkan supaya sentiasa menjaga adab dan menghormati
Nabi S.A.W. dan ahli keluarga termasuk kedua ibu bapanya. Umat Islam
tidak dibenarkan untuk menyakiti hati Rasulullah S.A.W. dengan
mengeluarkan apa-apa kenyataan sama ada secara tulisan mahupun
secara lisan. Adalah amat tidak beradab bagi orang yang sanggup
mengeluarkan kata-kata yang secara langsung menyakiti ibu bapa
7
Rasulullah S.A.W. dengan berpandukan hadith-hadith seperti yang
dinyatakan di atas.
3.5. Justeru, JAIS berpandangan, ibu bapa Rasulullah S.A.W. mati dalam keadaan tidak diazab dan tidak dimasukkan dalam neraka kerana
berpandukan ayat al-Qur`an Surah Al-Isra 17 : 16 yang maksudnya : “Dan
Kami tidak akan mengazab seseorang pun kecuali telah sampai padanya
utusan (dakwah) dan dia enggan menerima”.
3.6. Dalam istilah yang lebih mudah difahami, dapat dikatakan bahawa kedua
ibu bapa Nabi Muhammad iaitu Aminah dan Abdullah termasuk dalam
golongan ahli fatrah iaitu golongan manusia yang tidak sampai dakwah
dan golongan tersebut tidak diazab oleh Allah S.W.T. Sementara itu,
kebanyakan ulama Shafie berpendapat bahawa ibu bapa Nabi dan ahli
keluarganya sebelum kedatangan Islam, adalah berpandukan kepada
agama al-Hanifiyyah dan tiada bukti mereka menyembah berhala. Sila
lihat Fatwa Mantan Mufti Mesir Asy-Syeikh Muhammad Bakhit al-Muti’iy
dalam Al-Fatawa Al-Islamiyyah, 1982.
4. PENUTUP 4.1. Adalah dicadangkan supaya umat Islam tidak membincangkan hadith-
hadith yang menjurus kepada timbulnya isu percanggahan pendapat di
kalangan para ulama secara terbuka. Dikhuatiri ianya boleh memberi
impak negatif terhadap masyarakat awam yang kurang memahami
tentang percanggahan pendapat tersebut.
4.2. Perbincangan ilmiah berkaitan sesuatu hadith secara tertutup sama ada di
kalangan pelajar atau golongan akademi adalah sesuatu yang amat
digalakkan, tetapi perbincangan secara terbuka khususnya melalui media
massa seperti surat khabar dan sebagainya tidak digalakkan dan
hendaklah dihentikan serta merta.
4.3. Semua pihak hendaklah berhati-hati dengan mana-mana media yang
didapati mempunyai tendensi yang kuat bagi membuka ruang dan peluang
memperagakan lslam dengan permasalahan remeh temeh dan sensitif.