1 malaysia

52
PENGENALAN Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur. Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat. Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara. 1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. ‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’. ‘1 Malaysia’ memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara. 1 Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau senjata paling ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara

Transcript of 1 malaysia

Page 1: 1 malaysia

PENGENALAN 

Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka

sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat.

Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu

diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan

makmur. 

Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak,

Perdana Menteri, adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat.

Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan

Prinsip-Prinsip Rukun Negara.

1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat

Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan

dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap

saling mempercayai antara kaum. ‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang

mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB

Perdana Menteri iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’. 

‘1 Malaysia’ memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Sifat jujur,

berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan

tanggungjawab kepada negara.  

1 Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi.

Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam

merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi

perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. 

Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau senjata

paling ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara memerlukan rakyat yang

berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh

iltizam, azam dan tekad demi kepentingan dan kemajuan negara. 

Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan sanggup berkorban masa,

tenaga dan kewangan serta mengetepikan kepentingan peribadi demi negara Malaysia.

Page 2: 1 malaysia

Pemimpin yang bekerja dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan mendapat sokongan

dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat. 

Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi

kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Negara ini adalah negara untuk semua rakyat,

tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik. Semua kaum perlu menganggap

bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama.

Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan

daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan. 

1 Malaysia adalah pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat membina

Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat.

Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti,

kebolehan, dedikasi dan kesetiaan. 

Pemimpin dan rakyat perlu memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia, iaitu budaya

kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi,

pendidikan dan integiti.

DEFINISI 

Konsep 1 Malaysia menurut penjelasan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul

Razak:

“Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One

People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak

semua kumpulan etnik dalam negara kita; 

Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk

menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan

cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera

yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan. 

Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita

amalkan sejak sekian lama”.

Page 3: 1 malaysia

Huraian

            Berdasarkan penjelasan di atas, dapat dirumuskan kesimpulan berikut : 

1. Konsep 1 Malaysia menuntut setiap warganegara dan pemimpin

memainkan peranan masing. 

Ayat yang menyebut “Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa

Malaysia. One People” menuntut rakyat daripada pelbagai kaum dan agama

berfikir melepasi sempadan kaum masing-masing. Mereka juga di tuntut

melahirkan tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum. 

Justeru, bangsa Melayu sebagai contoh, diminta tidak hanya berfikir dalam

skop bangsa mereka sahaja. Mereka juga diminta tidak hanya membataskan

tindakan mereka kepada perkara-perkara yang menjadi kepentingan mereka

sahaja. Demikianlah juga dengan kaum-kaum yang lain, mereka dituntut

melakukan perkara yang sama. 

Sementara ayat “dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan

kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita” lebih menjurus dan

bersangkutan dengan kepimpinan negara. Perenggan ini bermakna

kepimpinan negara akan melayani dan memenuhi segala keperluan dan hak

semua kaum dan etnik di Malaysia. 

2. Nilai tambah dan pembaharuan dalam Konsep 1 Malaysia 

“Mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan

etnik dalam negara kita” telah dilaksanakan kerajaan semenjak

kemerdekaan negara lagi. Perkara ini berjalan dalam bentuknya yang

tersendiri iaitu pihak kepimpinan negara melayani kehendak dan keperluan

setiap etnik melalui wakil kaum masing-masing. 

Page 4: 1 malaysia

Melalui konsep 1 Malaysia, YAB Perdana Menteri mahukan setiap wakil

rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan

khidmat mereka kepada kaum-kaum lain.

 KEDUDUKAN KONSEP 1 MALAYSIA 

Konsep 1 Malaysia bukanlah satu wawasan atau gagasan pemikiran baru.

Sebaliknya Konsep 1 Malaysia ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ lebih

merupakan satu konsep dalam bidang pentadbiran yang menyarankan pemimpin-

pemimpin Kerajaan menjalankan tugas dengan lebih cekap, amanah dan

bertanggungjawab demi kepentingan rakyat.

HUBUNGAN KONSEP 1 MALAYSIA DENGAN DASAR-DASAR KERAJAAN

TERDAHULU 

Perkaitan antara konsep 1 Malaysia dan dasar-dasar megara terdahulu dinyatakan

sendiri oleh YAB Perdana Menteri. Beliau menegaskan “konsep 1 Malaysia, Rakyat

Didahulukan. Pencapaian Diutamakan, adalah kesinambungan daripada dua konsep

yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri terdahulu.

Konsep ini bukanlah suatu perkara baru. Sebaliknya “1 Malaysia, Rakyat

Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, merupakan satu usaha yang telah lama

diamalkan. Usaha-usaha memelihara dan menjaga kepentingan rakyat serta negara

sudah dilaksanakan sejak zaman Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. 

Usaha-usaha membangunkan rakyat dan negara telah disambung oleh Perdana-

Perdana Menteri seterusnya. Setiap Perdana Menteri mempunyai gagasan

tersendiri, namun matlamatnya tetap sama iaitu untuk rakyat dan negara.

 

MATLAMAT 

‘1 Malaysia’ bermatlamat untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam

kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan

kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi

sebarang cabaran. 

Page 5: 1 malaysia

‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan

pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat seperti yang terpamer melalui slogan

YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian

diutamakan’.

Konsep 1Malaysia menurut penjelasan YAB Datuk Seri Najib adalah seperti berikut:

Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. dan kita mengambil tindakan tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita;

Ini bukan bererti kita mengenepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu di laksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada Kerajaan; dan

Kita Keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama...

HURAIANBerdasarkan penjelasan diatas, dapat dirumuskan kesimpulan berikut:1 - KONSEP 1Malaysia menuntut setiap warganegara dan pemimpin memainkan peranan masing-masing.

Ayat yang menyebut " Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. "One People" menuntut rakyat daripada pelbagai kaum dan agama berfikir melepasi sempadan kaum masing-masing. Mereka juga dituntut melahirkan tindakan tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum.

Jesteru, bangsa Melayu sebagai contoh, di minta tidak hanya berfikir dalam skop bangsa mereka sahaja. Mereka juga diminta tidak hanya membataskan tindakan mereka kepada perkara-perkara yang menjadi kepentingan mereka sahaja. Demikianlah juga dengan kaum-kaum yang lain, mereka dituntut melakukan perkara yang sama.

Sementara ayat " Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita " lebih menjurus dan bersangkutan dengan kepimpinan negara. Perenggan ini bermakna kepimpinan negara akan melayani dan memenuhi segala keperluan dan hak semua kaum dan etnik di Malaysia.

2 - Nilai tambah dan pembaharuan dalam konsep 1Malaysia

Mengambil tindakan tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita" telah dilaksanakan kerajaan semenjak kemerdekaan negara lagi". Perkara ini berjalan dalam bentuknya yang tersendiri, iaitu

Page 6: 1 malaysia

pihak kepimpinan negara melayani kehendak dan keperluan setiap etnik melalui wakil kaum masing-masing

Pemimpin - pemimpin yang mewakili kaum masing-masing hanya berkecimpung dan bergerak dalam ruang lingkup kaum mereka sahaja. Melalui konsep 1Malaysia, YAB Perdana Menteri mahukan keadaan ini di pertingkatkan lagi. Peningkatan ini dilakukan dengan cara wakil rakyat bangsa Melayu sebagai contoh, tidak lagi hanya berkhidmat kepada masyarakat Melayu sahaja.

Konsep ini menuntut mereka melepasi sempadan kaum bagi melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum lain. Demikian juga wakil rakyat kaum-kaum yang lain, turut diminta berkhidmat kepada kaum yang berlainan.

Inilah yang ditegaskan YAB Perdana Menteri dalam kata-kata beliau " kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama".

KESIMPULAN

Berpandukan huraian di atas, kesimpulan berikut dapat dirumuskan :-

Pertama : Makna Konsep 1Malaysia

Berdasarkan huraian diatas, boleh dirumuskan konsep 1Malaysia secara asasnya bermakna " rakyat dan pemimpin bertindak dan berfikir bagi kepentingan semua rakyat Malaysia dan tidak membataskan tindakan dan fikiran dalam tembok etnik masing-masing"

Frasa " Rakyat dan pemimpin bertindak dan berfikir bagi kepentingan semua rakyat Malaysia" dan frasa "tidak membataskan tindakan dan fikiran dalam tembok etnik masing-masing" adalah dua perkara yang berbeza.

Frasa pertama tidak semestinya bermakna wakil rakyat bangsa Melayu umpamanya, berkhidmat dan berkecimpung dalam komuniti India atau Cina. Bagi memenuhi kehendak " Rakyat dan Pemimpin bertindak dan berfikir bagi kepentingan semua rakyat Malaysia", memadai dengan kerajaan menyampaikan hak dan memenuhi keperluan setiap kaum melalui wakil masing-masing. Inilah yang berlaku hari ini sebagaimana yang dinyatkan YAB Perdana Menteri.

Frasa kedua pula bermaksud, wakil rakyat Melayu sebagai contoh, di minta merentasi sempadan bangsa Melayu dan seterusnya masuk ke dalam komuniti India dan Cina bagi memberikan khidmat dan sumbangan.

Kedua :- Elemen Utama konsep 1Malaysia.

Page 7: 1 malaysia

Huraian diatas menjelaskan bahawa konsep 1Malaysia mengandungi 2 elemen utama iaitu :-

Kerajaan melayani dan memenuhi kehendak dan keperluan semua kaum melalui pembentukan dasar-dasar dan tindakan-tindakan yang menjurus ke arah itu.

Rakyat dan pemimpin tidak hanya membataskan fikiran dan tindakan mereka kepada kepentingan kaum mereka sahaja, tetapi mesti melangkaui kaum-kaum lain.

Kedua-dua elemen ini akan terlaksana bila wujudnya sikap saling mempercayai antara satu sama lain dan saling menghormati. Jesteru itulah YAB Datuk Seri Najib menyatakan konsep "1Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan" ditunjangi dua prinsip utama, iaitu sikap saling menghormati dan keyakinan antara satu sama lain.

Ketiga : Konsep 1Malaysia bukan hanya mengandungi satu elemen sahaja iaitu menjaga kepentingan rakyat sebagaimana yang difahami daripada beberapa tulisan.

PERBEZAAN ANTARA KONSEP 1MALAYSIA DENGAN KONSEP MALAYSIAN MALAYSIA.

Berpandukan definisi konsep 1Malaysia yang dinyatakan di atas, konsep 1Malaysia memiliki kelainan seperti berikut:

Konsep Malaysian Malaysia adalah satu dasar yang mahu menanggalkan terus asas binaan kemasyarakatan yang wujud buat sekian lama. Keadilannya diambil secara membuta tuli dengan mengambil konsep kesamarataan versi total. Tetapi konsep 1Malaysia lebih kepada untuk mengharmonikan rakyat ruang lingkup yang berbeza.

Disamping menjaga kepentingan semua kaum, konsep 1Malaysia juga menekankan soal integrasi dan pengwujudan bangsa Malaysia. Berbeza dengan Malaysian Malaysia yang hanya terbatas kepada kesamarataan hak tanpa mengambil kira realiti dan sejarah negara Malaysia.

3 - NAMA KONSEP

Dicadangkan agar konsep ini disebut " 1MALAYSIA", bukannya ONE MALAYSIA, samada dalam tulisan mahupun ucapan. Ini bagi membentuk kesepaduan dan keseragaman.

4 - KEDUDUKAN KONSEP SATU MALAYSIA

Konsep 1Malaysia bukanlah satu wawasan atau gagasan pemikiran baru. Sebaliknya "konsep 1Malaysia ' Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan' lebih merupakan satu konsep dalam bidang pentadbiran yang menyarankan pemimpin-pemimpin kerajaan menjalankan tugas

Page 8: 1 malaysia

dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat.

Sehubungan itu, perkataan "konsep" hendaklah digunakan dalam memperkatakan 1Malaysia, bukannya gagasan atau wawasan.

5 - HUBUNGAN KONSEP 1MALAYSIA DENGAN DASAR-DASAR KERAJAAN TERDAHULU.

Perkataan antara Konsep 1Malaysia dan dasar-dasar negara terdahulu dinyatakan sendiri oleh YAB Perdana Menteri. Beliau menegaskan "Konsep 1Malaysia, Rakyat didahulukan, prestasi Diutamakan, adalah kesinambungan daripada dua konsep yang diperkenalkan Perdana Menteri terdahulu.

Konsep ini bukan suatu perkara baru. Sebaliknya " 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, merupakan satu usaha yang telah lama diamalkan. Usaha-Usaha memelihara dan menjaga kepentingan rakyat serta negara sudah dilaksanakan sejak zaman Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj.

Usaha-usaha membangunkan rakyat dan negara disambung oleh Perdana-Perdana Menteri seterusnya. Setiap Perdana Menteri mempunyai gagasan tersendiri, namun matlamatnya tetap sama iaitu untuk rakyat dan negara.

6 - SEBAB ATAU TUJUAN 1MALAYSIA DIPERKENALKAN.

Sebab atau tujuan konsep ini diperkenalkan seperti berikut:

1Malaysia adalah aspirasi untuk memperbaiki, memantap dan memperkasa hubungan kaum bagi memastikan rakyat di negara ini membina dan menjalin persahabatan berasaskan rasa hormat menghormati dan percaya mempercayai.

Memastikan haluan negara benar-benar dapat mencapai keunggulan dan kelangsungan masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang bagi memenuhi hasrat Wawasan 2020

KONSEP 1MALAYSIA   

REALISASINYA DALAM PENGURUSAN   IPT DAN ORGANISASI AWAM 

Ahmad Faiz Hamid, PhD

Universiti Utara Malaysia

1MALAYSIA: KONSEP 

Page 9: 1 malaysia

Satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai penting yang menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.

 

1Malaysia digagaskan sebagai satu formula bagi memastikan Wawasan 2020 tercapai.

 

Slogan – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Program pembangunan diutamakan kepada rakyat yang berteraskan kepada merit.

ASPEK UTAMA 1MALAYSIA 

    1. Penerapan Teras-Teras Perpaduan 

    Komponen asas yang menguatkan semangat bersatu padu di kalangan

    rakyat berbilang kaum. Didokong

    oleh nilai murni cara hidup rakyat Malaysia.  

TERAS-TERAS PERPADUAN 

Penerimaan – Setiap kaum menerima keunikan kaum lain. Hidup saling menghormati. Lebih tinggi dari toleransi.

Menghormati prinsip-prinsip kenegaraan. Berasaskan Perlembagaan Negara dan Rukunegara.

Pembelaan kepada semua kaum mengikut tahap pencapaian masing-masing. Tiada yang terpinggir.

ASPEK UTAMA 1MALAYSIA  

    2. Penerapan Nilai-Nilai Aspirasi 

    Nilai-nilai yang perlu ada pada masyarakat progresif dan dinamik. Mampu melahirkan tenaga kerja berdaya saing dan berupaya meingkatkan kedudukan ekonomi negara. 

PENERAPAN NILAI ASPIRASI 

Budaya Berprestasi Tinggi Budaya Ketepatan Budaya Ilmu Integriti Ketabahan

Page 10: 1 malaysia

Kesetiaan Kebijaksanaan Budaya Inovasi

REALISASI DI IPT - HIMPUN 

HIMPUN – Himpunan Patriot Negara. Tujuan meningkatkan patriotisme mahasiswa/i menjadikan mereka modal

insan terbilang. Kursus wajib kepada semua pelajar Tahun Pertama di semua IPTA. Dilaksanakan selama 3 hari 2 malam ikut zon - Utara, Tengah, Selatan,

Timur, Sabah dan Sarawak. PDK berkaitan Evolusi Pembinaan negara, Perlembagaan, Sistem

Pemerintahan, Hubungan Etnik, Patriotisme dan Ketahahanan Nasional dan Malaysia era Globalisasi.

Impak : Amat positif, peserta mempunyai deria sejarah, berdaya saing dan berhasrat meningkatkan perpaduan.

PATRIOTISM: ASAS PERPADUAN 

Iconoclastic Patriotism – Kecintaan pada negara melalui tindakan positif ke atas negara. Melakukan yang terbaik. Wujud deria mencintai.

Symbolic Patriotism – Kecintaan pada negara melalui tindakan hormat terhadap simbol negara spt Raja, Perlembagaan, Bendera. Wujud deria menghormati.

 

Capitalistic Patriotism – Kecintaan pada negara melalui usaha memajukan ekonomi negara. Ekonomi maju negara makmur. Wujud deria memiliki.

PATRIOTISM: ASAS PERPADUAN 

Instinctive Environmental Patriotism – Mencintai negara melalui kegiatan menjaga dan memulihara alam sekitar. Wujud deria menyayangi.

 

Nationalistic Symbolic Patriotism – Kecintaan melampau terhadap puak, kaum dan tokoh. Membentuk kefahaman sempit dan tidak rasional, fanatik dan pemujaan tokoh. Wujud deria membenci dan memusuhi.

Page 11: 1 malaysia

Pentingnya kokurikulum dan Penerapan Lapan Nilai Konsep 1 Malaysia di Dalamnya.

Konsep ‘1 Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’ merupakan sebuah

konsep yang diperkenalkan oleh perdana menteri Malaysia, YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul

Razak. Konsep ini adalah untuk memastikan rakyat Malaysia dapat menjalinkan perpaduan yang

lebih kuat dan erat. Melalui konsep ini juga, sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian

berdasarkan keutamaan rakyat dapat diwujudkan. Demi mencapai matlamat ini, ia perlulah bermula

dari awal iaitu memupuk semangat perpaduan dari kalangan pelajar kerana jika ingin melentur buluh

biarlah dari rebungnya. Oleh dengan ini, sifat perkauman dan perbezaan pendapat dapat dihapuskan.

Kaedah pelaksanaan yang sesuai untuk menjayakannya adalah melalui kokurikulum di sekolah

mahupun di universiti selain dari waktu pembelajaran. Dengan cara ini, konsep 1 Malaysia dalam

konteks pelaksanaan kokurikulum dapat menerapkan perpaduan yang jitu. Kepentingan pelaksanaan

kokurikulum kearah pembinaan konsep 1 Malaysia akan terbukti jika mengamalkan lapan nilai yang

terdapat dalam konsep ini.

Sebagaimana yang kita ketahui, setiap konsep dan dasar yang dibuat mempunyai tujuan

dan nilai-nilai murni yang mengemudi kita untuk menggapai apa yang diinginkan. Menurut penjelasan

perdana menteri, “pengamalan budaya cemerlang akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan serta

pencapaian yang lebih tinggi”. Di sini, kita dapat mengenalpasti bahawa nilai budaya cemerlang dapat

memangkin pembangunan Malaysia dan menjadikan Malaysia negara yang maju. Apa yang dapat

dikaitkan dengan kokurikulum adalah jika nilai ini diterapkan di dalam pengajaran kokurikulum dan

dipraktikkan ia mampu melahirkan modal insan yang mempunyai karisma dan gelagat yang dapat

menjadikan Malaysia lebih kehadapan. Perdana menteri turut menjelaskan bahawa “kejayaan dan

pencapaian masyarakat dan negara bergantung setakat mana budaya kecemerlangan diamalkan

oleh rakyatnya”. Oleh yang demikian, pentingnya sesebuah persatuan atau kelab kokurikulum yang

Page 12: 1 malaysia

mengamalkan budaya cemerlang akan menunjukkan hasil yang baik, dimana ahli persatuan yang

berbilang kaum dan agama bersatu padu menjayakan aktiviti yang dijalankan.

Ketabahan diri segelintir pelajar sering tercabar apabila mereka menjadi golongan minoriti

didalam sesebuah persatuan. Punca perkara ini berlaku disebabkan pergaulan hidup hanya di dalam

kelompok kaum atau agama yang sama. Pelajar akan menjadi kekok dan mendapati dirinya seperti

orang asing apabila digabungkan dangan golongan majoriti atau yang berbeza kaum atau agama

dengannya. Menggabungkan pelbagai kaum didalam persatuan kokurikulum merupakan perkara

yang baik dan amat penting bagi membentuk perpaduan. Atas sebab inilah nilai ketabahan diri yang

kuat akan mengubah sikap pelajar untuk bergaul dan mengenali sesama mereka walaupun berbeza

kaum dan agama. Perpaduan akan terbentuk jika saling memahami antara satu sama lain dan tabah

berhadapan dengan dugaan yang dihadapi oleh persatuan. Oleh itu, kepentingan kokurikulum

memperlihatkan ia mampu menjadikan pelajar mempunyai nilai tabah yang tinggi untuk berdepan

dengan dugaan dan cabaran umtuk kejayaan diri dan negara.

Kokurikulum juga sangat penting bagi menimbulkan rasa rendah hati para pelajar. Sifat

rendah hati dapat meningkatkan sifat hormat-menghormati dan ikhlas dalm perhubungan sesama

pelajar. Namun begitu, nilai rendah hati ini bukanlah satu tanda mengaku kalah atau tunduk kepada

orang lain. Dengan adanya nilai rendah hati ini, perasaan bangga diri dan menunjuk- nunjuk dapat

dielakkan. Apabila setiap pelajar saling hormat-menghormati sesama mereka, sudah pasti

persefahaman dan perpaduan menjadi lebih kuat dan tidak timbul masalah untuk memahami pihak

lain terutamanya dengan kaum yang berbeza. Walaupun begitu, pelajar tetap mempunyai

kekuatan dalaman dan pendirian yang tetap kepada pegangan atau kepercayaan

mereka tanpa dipengaruhi pihak lain.

Page 13: 1 malaysia

Di dalam pembinaan konsep 1 Malaysia haruslah ada nilai penerimaan antara rakyatnya

yang berbilang bangsa. Fungsi kokurikulum jelas memperlihatkan kemampuannya bagi memberi

kesedaran kepada pelajar bahawa pentingnya sifat penerimaan sesama mereka. Penerapan nilai

penerimaan ini mewujudkan sifat keikhlasan dan bukan paksaan untuk menerima kaum lain. Pelajar-

pelajar akan mendapat apa yang terbaik bagi mereka jika mereka sanggup menerima apa yang

terbaik bagi kaum lain. Sebagai contoh, penerimaan semua pelajar yang berbeza kaum terhadap

penggunaan bahasa Melayu dalam sistem pembelajaran kokurikulum adalah perkara terbaik bagi

semua pihak. Hal ini kerana, dengan penerimaan atau perkongsian bahasa ini akan melahirkan

palajar yang saling memahami. Perdana menteri juga berkata bahawa negara Malaysia amat

memerlukan rakyat yang dapat menerima apa jua perkara baik dan mendapat persetujuan secara

bersama.

“Satu Malaysia jadi pegangan, rukun negara teras perpaduan, satu Malaysia benteng

negara, rakyat Malaysia taat setia” merupakan sebahagian lirik dari lagu 1 Malaysia. Lagu yang

dicipta oleh Nik Nizam dan Errie Naham serta liriknya hasil nukilan Lokman Ghani. Melalui lagu

tersebut, secara terang memberitahu perpaduan akan dicapai jika rakyatnya mempunyai nilai

kesetiaan kepada pemimpin mereka. Pentingnya pelaksanaan kokurikulum disini adalah dengan

memasukkan elemen kesetiaan kepada pemimpin mereka seperti pengerusi persatuan atau kelab

dan guru mereka. Jika ahli persatuan setia dan patuh kepada pemimpinnya, segala apa yang

dirancang mudah dilaksanakan tanpa berlaku kepincangan. Namun begitu, sering kali kedengaran

apabila pemimpin yang dipilih sesebuah kaum, kaum lain tidak dapat menerimanya dan merasakan

diri mereka disishkan. Sebagai contoh, kebanyakan persatuan jika memilih pemimpinnya dari kaum

Melayu, maka kelebihan di dalam ahlinya hanya kepada kaum Melayu.

Page 14: 1 malaysia

Maka, kaum lain akan terasa dipinggirkan. Dengan sebab inilah timbul ketidaksetiaan

kepada pemimpin dan belaku perpecahan. Jadi, dengan adanya kokurikulum, masalah kesetiaan

akan diselesaikan dengan mengajar mereka supaya perhubungan antara pemimpin dan ahlinya

secara adil. Hasilnya nanti akan lahirlah satu pemahaman dan perpaduan yang diingini di dalam

pembinaan konsep 1 malaysia

Selain itu, pentingnya kokurikulum untuk pembinaan konsep 1 malaysia adalah unutuk

melahirkan pelajar yang mempunyai nilai meritokrasi. Meritokrasi ditakrifkan sebagai sebuah sistem

sosial yang menyanjung tinggi kedudukan seseorang kerana kebolehannya dan bukan atas sebab

keturunan atau kekayaan. Dengan takrifan tersebut, apa yang dapat dikaitkan dengan nilai

meritokrasi dengan kokurikulum adalah kokurikulum akan menjadikan pelajar menjadi seorang yang

berkebolehan dan mampu bersaing secara sihat antara mereka untuk mencapai prestasi yang tinggi.

Pelajar-pelajar yang mempunyai nilai meritokrasi dapat menghadapi segala rintangan jika diberi

peluang mengetuai persatuan untuk menjalankan aktiviti.

Nilai pendidikan merupakan salah satu dari lapan nilai di dalam konsep 1 Malaysia.

Sebagaimana yang kita tahu, sistem persekolahan di Malaysia masih terbahagi dengan adanya

sekolah kebangsaan, sekolah Cina dan sekolah Tamil. Oleh kerana adanya sistem begini, sudah

nyata sukar bagi pelajar untuk mewujudkan perpaduan. Demi mencapai pembinaan konsep 1

Malaysia, sudah pasti pentingnya pelaksanaan kokurikulum merupakan satu altenatif bagi

merealisaikan konsep tersebut. Bagi mewujudkan perhubungan antara sekolah-sekolah ini adalah

dengan melakukan aktiviti kokurikulum bersama. Ianya salah satu cara terbaik untuk membentuk

perpaduan. Sebagai contoh, persatuan dari sekolah-sekolah terbabit melakukan aktiviti perkhemahan

dimana menggabungkan ahlinya terdiri dari pelbagai kaum. Di sini, nilai-nilai bersama dapat dipupuk

dan membentuk peribadi yang murni dan bebas dari sifat perkauman.

Page 15: 1 malaysia

Akhir sekali, tidak lengkap jika tidak wujud nilai integriti atau kejujuran dalam kokurikulum.

Amatlah penting bagi sifat jujur ini ada dalam jiwa pelajar. Sudah pasti bidang kokurikulum

merupakan pihak yang amat penting bagi memupuk nilai integriti. Pelajar-pelajar akan mendapat

keyakinan dan kepercayaan oleh mana-mana pihak jika bersikap jujur. Perbuatan yang tidak jujur

akan memberi impak negatif kepada diri mereka. oleh sebab itu, perpaduan akan wujud jika semua

pelajar yang berbilang kaum bersifat jujur dalam perbuatan dan percakapan mereka. Segala kritikan,

teguran dan komen perlulah diterima dengan hati yang terbuka walaupun kadangkala ianya tidak

dapat diterima dan sungguh menyakitkan. Namun begitu, ianya bukanlah satu penghinaan,

sebaliknya sebagai petunjuk bagi memperbetulkan sesalahan yang telah dilakukan.

Kesimpulannya, kepentingan pelaksanaan kokurikulum terserlah bagi membina konsep satu

Malaysia. Namun begitu lapan nilai yang di dalam konsep 1 Malaysia iaitu budaya kecemerlangan,

ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti haruslah

diterapkan di dalam pelaksanaan kokurikulum. Dengan penerapan ini, akan tercapailah matlamat

untuk pembinaan konsep satu Malaysia. Perpaduan kaum sudah pasti menjadi lebih kuat dengan

adanya lapan nilai tersebut dalam pembelajaran kokurikulum. Semestinya golongan pelajarlah yang

perlu diutamakan dalam memupuk nilai-nilai ini. Apabila pendedahan diberi lebih awal, maka

mudahlah perpaduan, hormat-menghormati dan tolak ansur dibentuk. Masalah-masalah seperti

perkauman dan terpinggir haruslah dihapuskan dari kalangan pelajar kerana pemuda merupakan

harapan bangsa dan pemudi tiang negara yang akan meneraju negara pada masa hadapan.

Pelaksaan 1 Malaysia di sekolah

Biarkan orang politik menyelesaikan pertelingkahan tentang idea asal 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Bagi kakitangan perkhidmatan awam, peranan  mereka  dalam jentera kerajaan tidak lain tidak bukan ialah untuk memaksimumkan kebajikan rakyat. Maka, kebijaksanaan walau dari mana-mana pun datangnya, akan diterima dengan tangan terbuka.

Page 16: 1 malaysia

Keniche Ohmae dalam bukunya, Mind of the Strategies, mengatakan bahawa sesebuah organisasi yang hendak bertahan lama mesti mengenal 3 C's: company, client, competitor (diri sendiri, pelanggan, pesaing). Selepas itu, ada yang menambah kepada 5 C's dan seterusnya. Dalam sebuah hadith disebutkan al-hikmah dholatul-mukmin (au kama qala), iaitu kebijaksanaan ialah barang yang hilang daripada orang-orang yang beriman.

Bubuhlah apa-apa gagasan, slogan atau kata-kata yang muluk. Perspektif ekonomi tetap mengatakan bahawa fungsi tunggal kerajaan ialah memaksimumkan kebajikan rakyat. Maknanya, kerajaan kena mencari jalan supaya kek kemakmuran negara dapat dikongsi menerusi pertumbuhan ekonomi tanpa inflasi, tanpa pengangguran, di samping memastikan pengagihan semula yang adil. Rakyat yang berpendapatan tinggi bukan sahaja memiliki kuasa beli untuk menjana aktiviti ekonomi domestik, bahkan berdaya saing dalam persekitaran ekonomi global yang dicengkam oleh segelintir negara kaya yang angkuh, serta haloba lagi rakus.

Sekolah juga hanya mempunyai fungsi tunggal, iaitu memupuk pembelajaran. Letaklah apa-apa nama: sekolah cemerlang, sekolah kluster, sekolah berprestasi, sekolah harapan, sekolah lima bintang, sekolah luar bandar, sekolah bantuan modal... Semua sekolah, tanpa mengira kategori dan status, berkewajipan menunaikan fungsinya untuk menyediakan pendidikan bermutu untuk semua murid, iaitumemupukpembelajaran.

Maka, slogan lebih kurang sama dengan tag line, jenama dan bungkusan. Tujuannya bagi  memikat perhatian, menjana sokongan, dan seterusnya mempengaruhi keputusan yang bakal dibuat. Pakar perhubungan awam, pemasaran, pengiklanan, pereka fesyen dan perunding imej berjaya menjual penciptaan slogan yang ringkas sebagai punca pendapatan yang lumayan dan moncah. Manusia mudah terpesona dengan lafaz atau penampilan zahir terlebih dahulu.

Secara mudah, sekolah juga ialah wadah untuk pencapaian kebajikan rakyat. Dengan akses ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap yang dipupuk menerusi aktiviti pembelajaran, murid dapat dibimbing ke arah kehidupan yang bermakna, produktif, dan sejahtera.  Nilai murni merentas kurikulum dan kokurikulum memantapkan pembinaan jati diri murid.

Sekolah wujud kerana ada murid. Pembelajaran murid ditolong oleh para guru dengan sokongan kepimpinan sekolah, ibu bapa, masyarakat dan pelaksanaan segala dasar pendidikan negara yang diturunkan hingga ke peringkat sekolah. Tiap-tiap komponen kumpulan berkepentingan (stake-holders) dan komponen aktiviti pembelajaran menyumbang terhadap fungsi memaksimumkan kebajikan rakyat.

Page 17: 1 malaysia

Analisis tentang hubung kait gagasan 1Malaysia dengan pembelajaran di sekolah harus dilihat sebagai penyediaan penanda aras, petunjuk atau piawaian pencapaian dasar-dasar kerajaan menerusi organisasi pendidikan. Pihak Kementerian Pelajaran turut menetapkan bidang keutamaan (NKRA) selaras dengan persetujuan jemaah menteri. Pelbagai langkah telah diumumkan supaya kemudahan dan persekitaran pembelajaran di semua sekolah dapat menggambarkan bahawa rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Huraian terperinci pelaksanaan gagasan 1Malaysia di sekolah boleh merangkumi:1    Peluang akses dan ekuiti pembelajaran;2    Kepimpinan dan organisasi sekolah;3    Pembaharuan dan transformasi pembelajaran (dalam dan luar bilik darjah);4    Permuafakatan pihak berkepentingan;5    Penambahbaikan dan perubahan.

Pihak sekolah harus dapat memindahkan gagasan 1Malaysia dalam bentuk program yang memenuhi ciri SMART (spesifik, boleh ukur, boleh capai, munasabah, berjangka masa). Sebagai permulaan, bidang tujahan (niche area) tertentu hendaklah dikenal pasti. Sesuatu usaha menagih pengorbanan, kegigihan dan keyakinan yang jitu..

Pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak dapat dinafikan bahawa sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan dan pembentukan warga negara dan rakyat yang bersatu padu. Sememangnya telah dicatatkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan bahawa ”Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkemampuan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara

Secara tidak langsung dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan

berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam Rukun Negara melalui penggunaan dan penghayatan

kurikulum yang bersepadu, penggunaan bahasa pengantar dan sistem peperiksaan yang sama serta

penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dirancang dan dilaksanakan sepanjang

persekolahan pelajar.

Kurikulum yang dibina bukan saja bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan maklumat

berbentuk akademik sahaja, bahkan ia juga dapat membentuk sahsiah, keperibadian dan

perwatakan murid yang diingini bagi memupuk perpaduan. Kurikulum ini berorientasikan

Page 18: 1 malaysia

. suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun 1983. Mata pelajaranPendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al Quran Dan Assunnah danPendidikan Moral yang diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama, menanam sifat-sifat mulia serta membentuk tingkahlaku yang bersopan santun dan saling menghormatisesama manusia

Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah

Semasa merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2000 di Melaka, Yang

Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah Bin Hají Ahmad Badawi selaku Timbalan Perdana Menteri

pada ketika itu, telah menyarankan supaya Kelab Rukun Negara ditubuhkan di sekolah.

Sebelum itu, dalam perasmian Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 1999 di Pahang, beliau

menyeru seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa berpegang teguh kepada prinsip-prinsip Rukun

Negara untuk menjamin perpaduan dan kemakmuran negara agar terus berkekalan. Dengan

tertubuhnya Kelab Rukun Negara di sekolah melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 17/2000

yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia berkaitan Penubuhan Kelab Rukun

Negara Di Sekolah, maka pengetahuan, pemahaman, penghayatan warga sekolah terutamanya

golongan relajar terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara ke arah menjana semangat perpaduan

yang lebih jitu dapat dipertingkat dan diperkukuhkan

KAEDAH DAN LANGKAH YANG BOLEH DI AMBIL DI PERINGKAT SEKOLAH Sekolah Penyayang –

Satu program yang dilaksanakan di sekolah dengan menekankan konsep ”Sekolahku Syurgaku” dan

”Yang Tua Dihormati, Yang Muda Disayangi” dengan penyertaan bersama ibubapa pelajar melalui

Persatuan Ibubapa dan Guru. Amalan ini dapat mewujudkan golongan pelajar yang cinta kepada sekolah,

membentuk peribadi pelajar yang suka menolong dan menghormati orang lain, berbudi pekerti mulia, serta

menimbulkan perasaan kasih sayang dan hubungan mesra antara warga sekolah dan sesama ibubapa

para pelajar.

Pelaksanaan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) – Sebagai sebuah sekolah berasrama penuh yang majoriti pelajarnya terdiri dari pelajar Melayu, namun mereka berasal dari daerah dan negeri yang berlainan termasuk dari Sabah dan

Sarawak. Program RIMUP secara kelompok turut diadakan di mana pelajar-pelajar dari sekolah ini terlibat dengan program yang dirancang bersama dengan sekolah–sekolah lain yang, mempunyai pelajar

Page 19: 1 malaysia

berbilang kaum. Jawatankuasa RIMUP peringkat sekolah dan kelompok dianggotai kaum yang pelbagai. Kesan penglibatan pelajar dan warga sekolah dalam program ini adalah sangat baik. Ia membolehkan mereka berinteraksi dan bergaul secara lebih erat dan mesra seterusnya menyumbang kepada perpaduan dan integrasi rakyat yang lebih erat.

Penyertaan Dalam Kokurikulum –

Semua pelajar diwajibkan mengambil bahagian dalam persatuan, permainan dan pakaian seragam.

Penyertaan aktif dalam kokurikulum dan pembabitan mereka dalam perkhemahan, persembahan dan

pertandingan di pelbagai peringkat akan mendedahkan mereka kepada situasi yang berlainan dan

beragam. Terdapat peraturan dan disiplin tetrtentu semasa mengikuti program-program yang dijalankan.

Pemilihan ahli jawatankuasa dilakukan secara demokrasi

dengan bimbingan guru penasihat dan jurulatih dari pelbagai agensi. Mereka dapat berinteraksi secara sihat serta mematuhi peraturan dan disiplin yang ditentukan. Hasil dari penglibatan pelajar secara aktif dalam aktiviti yang dilaksanakan adalah sangat memuaskan terutama dalam usaha untuk membentuk dan membina kehidupan masa depan pelajar dan sebuah masyarakat yang berdisiplin, berharmoni bersatu padu dan berintegrasi.

Sambutan Bulan Patriotisme dan Kemerdekaan –

Setiap tahun sekolah mengadakan pelbagai program sempena memperingati hari ulangtahun kemerdekaan negara. Jawatankuasa sambutan peringkat sekolah ditubuhkan dengan kerjasama Kelab Rukun Negara, Unit Bimbingan Dan Kaunseling, Kelab Guru dan Kakitangan, Persatuan Sejarah dan Persatuan-persatuan pelajar. Sekolah juga turut melibatkan penyertaan PIBG, Alumni, tokoh-tokoh dan sejarawan, Agensi dan Badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan dalam aktiviti yang dilaksanakan. Acara yang dilaksanakan ialah seperti ceramah kemerdekaan, tayangan gambar berbentuk patriotik, pembacaan sajak, sketsa, pentomen, kibaran ”Jalur Gemilang”, hiasan bilik darjah dan asrama, pidato, forum, penulisan esei, derma darah, pameran, melukis potret tokoh negara, perbarisan dan perarakan serta sambutan detik kemerdekaan. Pelajar juga terlibat dengan program sambutan yang dianjurkan oleh pihak lain di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Penyertaan pelbagai pihak dalam menjayakan program ini dapat membina keyakinan semua warga sekolah berkaitan pembinaan bangsa Malaysia yang merdeka dan bertanggungjawab, bersifat patriotisme yang tinggi dan cintakan kehidupan bersatupadu dan kestabilan negara.

Lawatan dan ziarah di peringkat sekolah–

Sekolah menggalakan para pelajar membuat program lawatan ke tempat-tempat bersejarah, Parlimen,

Putrajaya, Bandaraya Melaka, Memorial, Tugu Negara, Muzium Negara, Rumah- rumah kebajikan, asrama

anak-anak Yatim dan miskin, Penjara, Rumah perlindungan kanak- kanak, asrama orang kurang upaya,

sekolah, universiti dan sebagainya. Pelbagai acara diadakan semasa lawatan dan ziarah tersebut

diadakan seperti perbincangan, gotong royong, persembahan kesenian dan kebudayaan, pertukaran

maklumat dan sebagainya. Kesan dari program lawatan dan ziarah ini sangat bermakna dan memberi

kesedaran kepada pelajar peri

pentingnya berbudi bahasa, mengamalkan toleransi dan perhubungan baik sesama rakyat

Page 20: 1 malaysia

berbilang kaum dan keturunan

Perkhemahan Bina Insan bagi pelajar sekolah–

Program ini melibatkan semua pelajar dan guru-guru serta sebahagian kakitangan sokongan sekolah.

Kerjasama diperolehi dari pelbagai pihak seperti Kerajaan Negeri, Bomba, Polis dan sebagainya. Acara-

acara yang dijalankan ialah seperti ceramah motivasi, pembinaan jati diri, kerohanian, kembara, ikhtiar

hidup, kewarganegaraan dan riadah. Suasana perkhemahan yang dijalankan di luar kawasan sekolah

sangat menyeronokkan para pelajar. Selain dari mendapat maklumat dan kemahiran baru, mereka dapat

merasai keindahan alam Malaysia, nikmat kehidupan dalam sebuah negara yang aman dan damai.

PENUTUP:

Kejelekitan perpaduan dan integrasi rakyat dalam sebuah negara berbilang kaum sukar dicapai tanpa

pendedahan awal yang berstrategik, keintiman, persefahaman semua pihak, kepercayaan dan pegangan

kukuh terhadap ajaran agama, di samping menghayati dengan

jitu dilaksanakan di negara ini melalui proses pendidikan dan pembelajaran berdasarkan kurikulum

Kebangsaan, pembabitan dalam kokurikulum yang teratur dan terancang, penghayatan keagamaan dalam

kehidupan seharian, penyertaan semua warga organisasi dalaman sekolah dan di luar sekolah mahupun

seluruh anggota masyarakat yang juga warga negara Malaysia dalam pelbagai aktiviti yang menjurus

kepada pembentukan kehidupan rakyat yang bersatu padu secara kolektif serta jalinan perhubungan yang

baik dan mesra yang diamalkan secara ikhlas dan penuh keinsafan oleh semua pihak berdasarkan prinsip-

prinsip Rukun Negara Malaysia.

Kini kita berada dalam era globalisasi dan liberalisasi. Pelbagai usaha dijalankan adalah demi

menuju ke arah membentuk sebuah masyarakat majmuk yang bersatu padu. Walaupunterdapat beberapa cabaran, tetapi dengan adanya perancangan yang teliti, usaha yang gigihdan strategi yang lebih berkesan dan dilaksanakan pula dengan penuh tanggungjawab danbersifat pro aktif oleh semua pihak sudah pasti keharmonian, perpaduan dan integrasi nasionalakan tercapai dengan restu dan perkenan Tuhan Yang Maha Berkuasa

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN PERPADUAN NEGARA;

Page 21: 1 malaysia

Pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak dapat dinafikan bahawa

sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan dan

pembentukan warga negara dan rakyat yang bersatu padu. Sememangnya telah dicatatkan

dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan bahawa ”Pendidikan di Malaysia adalah suatu

usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh

dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek,

rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha

ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkemampuan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”

Secara tidak langsung dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan

berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam Rukun Negara melalui penggunaan dan penghayatan

kurikulum yang bersepadu, penggunaan bahasa pengantar dan sistem peperiksaan yang sama serta

penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dirancang dan dilaksanakan

sepanjang persekolahan pelajar.

Kurikulum yang dibina bukan saja bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan

maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan ia juga dapat membentuk sahsiah,keperibadian dan perwatakan murid yang diingini bagi memupuk perpaduan. Kurikulumini berorientasikan suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum BersepaduSekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulaitahun 1983. Mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, PendidikanAl Quran Dan Assunnah dan Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat mengukuhkanpegangan agama, menanam sifat-sifat mulia serta membentuk tingkahlaku yang bersopansantun dan saling menghormati sesama manusia.

PENUBUHAN KELAB RUKUN NEGARA DI SEKOLAH;

berpegang teguh kepada prinsip-prinsip Rukun Negara untuk menjamin perpaduan dan

kemakmuran negara agar terus berkekalan. Dengan tertubuhnya Kelab Rukun Negara di

sekolah melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 17/2000 yang dikeluarkan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia berkaitan Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah,

maka pengetahuan, pemahaman, penghayatan warga sekolah terutamanya golongan

relajar terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara ke arah menjana semangat perpaduan yang

lebih jitu dapat dipertingkat dan diperkukuhkan..OBJEKTIF PENUBUHAN KELAB RUKUN NEGARA DI SEKOLAH;

Objektif penubuhan Kelab Rukun Negara di sekolah ialah;

- Memperkenalkan prinsip-prinsip Rukun Negara.

- Memberi pengertian dan kefahaman tentang lima prinsip Rukun Negara.

- Menyubur dan mempertingkatkan kesedaran kerohanian dan kepentingan Rukun

Negara sebagai asas norma kehidupan.

- Menjadikan prinsip-prinsip Rukun Negara sebagai satu amalan cara hidup yang

berterusan bagi melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri, setia, bersatupadu

berwawasan, bermaruah, bersikap terbuka dan beretika sejajar dengan wawasan negara.AMALAN DAN PENGHAYATAN PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA DI SEKOLAH; Di antara amalan dan penghayatan berkaitan prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilaksanakan di Kolej Islam Sultan Alam Shah ialah;

Page 22: 1 malaysia

Melafazkan ikrar Rukun Negara –

Amalan ini dilaksanakan oleh semua warga sekolah dalam perhimpunan mingguan, hari

sukan tahunan dan semasa majlis ulang tahun kemerdekaan. Kesannya sangat positif

kerana semua warga sekolah dapat mengingati dan menghayati falsafah serta prinsip-

prinsip Rukun Negara.

Mempamerkan prinsip-prinsip Rukun Negara-

Semua prinsip Rukun Negara dipamer di tempat strategik seperti di pejabat, bilik

mesyuarat, perpustakaan, dewan besar, dewan kuliah, kantin dan pada bangunan sekolah.

Kesannya ialah semua warga sekolah dapat mengingat dan sentiasa sedar kepentingan

Rukun Negara sebagai seorang rakyat Malaysia yang cintakan perpaduan dan kehidupan

yang harmonis untuk mencapai wawasan negara.

Nyanyian Lagu Negaraku dan lagu Negeri Selangor-

Amalan ini dilaksanakan pada setiap perhimpunan resmi sekolah. Semua warga sekolah

bingkas bangun dengan sendirinya apabila dimaklumkan oleh pengacara majlis dan

menyanyikan lagu-lagu tersebut dengan penuh semangat. Amalan ini dapat membina

perasaan setia, cinta dan bangga kepada negara dan raja yang menjadi lambang

perpaduan seluruh rakyat Malaysia.

Sekolah Penyayang –

Satu program yang dilaksanakan di sekolah dengan menekankan konsep ”Kolejku

Syurgaku” dan ”Yang Tua Dihormati, Yang Muda Disayangi” dengan penyertaan

bersama ibubapa pelajar melalui Persatuan Ibubapa dan Guru. Amalan ini dapat

mewujudkan golongan pelajar yang cinta kepada sekolah, membentuk peribadi pelajar

yang suka menolong dan menghormati orang lain, berbudi pekerti mulia, serta

menimbulkan perasaan kasih sayang dan hubungan mesra antara warga sekolah dan

sesama ibubapa para pelajar.

Pemuafakatan Sekolah dan Masyarakat –

Sekolah juga mewujudkan program pemuwafakatan dengan masyarakat setempat melalui

program-program ilmiah seperti ceramah agama, kuliah subuh, bacaan Yasin, solat hajat,

Makan Beradab, majlis khatam Al Quran, sambutan Maulidur Rasul, Ma’al Hijrah,

gotong royong membersih tanah perkuburan, majlis perkahwinan dan sebagainya.

Sekolah juga memberi kerjasama kepada penduduk dan masyarakat setempat apabila

mereka memohon kerjasama dari pihak sekolah untuk menggunakan kemudahan padang

dan dewan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti, majlis-majlis dan permainan tertentu.

Pelaksanaan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) -

Sebagai sebuah sekolah berasrama penuh yang majoriti pelajarnya terdiri dari pelajar

Melayu, namun mereka berasal dari daerah dan negeri yang berlainan termasuk dari

Sabah dan Sarawak. Program RIMUP secara kelompok turut diadakan di mana pelajar-

pelajar dari sekolah ini terlibat dengan program yang dirancang bersama dengan sekolah–

sekolah lain yang, mempunyai pelajar berbilang kaum. Jawatankuasa RIMUP peringkat

sekolah dan kelompok dianggotai kaum yang pelbagai. Kesan penglibatan pelajar dan

warga sekolah dalam program ini adalah sangat baik. Ia membolehkan mereka

berinteraksi dan bergaul secara lebih erat dan mesra seterusnya menyumbang kepada

perpaduan dan integrasi rakyat yang lebih erat.

Penyertaan Dalam Kokurikulum –

Semua pelajar diwajibkan mengambil bahagian dalam persatuan, permainan dan pakaian

Page 23: 1 malaysia

seragam. Penyertaan aktif dalam kokurikulum dan pembabitan mereka dalam

perkhemahan, persembahan dan pertandingan di pelbagai peringkat akan mendedahkan

mereka kepada situasi yang berlainan dan beragam. Terdapat peraturan dan disiplin

tetrtentu semasa mengikuti program-program yang dijalankan. Pemilihan ahli

Pemilihan ahli

jawatankuasa dilakukan secara demokrasi dengan bimbingan guru penasihat dan jurulatih

dari pelbagai agensi. Mereka dapat berinteraksi secara sihat serta mematuhi peraturan dan

disiplin yang ditentukan. Hasil dari penglibatan pelajar secara aktif dalam aktiviti yang

dilaksanakan adalah sangat memuaskan terutama dalam usaha untuk membentuk dan

membina kehidupan masa depan pelajar dan sebuah masyarakat yang berdisiplin,

berharmoni bersatu padu dan berintegrasi.

Penghayatan Ibadat Dan Aktiviti Keagamaan –

Pelajar diwajibkan menunaikan kewajipan ibadat Solat lima waktu secara berjemaah dan

ibadat-ibadat lain di surau dan di masjid. Amalan ini dapat membentuk peribadi pelajar

yang ta’at kepada suruhan Tuhan. Mereka terasa bersalah jika suruhan Tuhan tidak

ditunaikan. Amalan ini berjaya membentuk golongan pelajar yang bersifat mulia dan

terpuji seterusnya menjadikan mereka warganegara yang cintakan kedamaian, keamanan

dan perpaduan yang sejati sebagai warga yang baik kerana kepercayaannya yang kuat

kepada Tuhannya. Mereka akan bersatu padu dan bekerjasama untuk membina kehidupan

terbaik dalam negara yang tercinta.

Sambutan Bulan Patriotisme dan Kemerdekaan –

Setiap tahun sekolah mengadakan pelbagai program sempena memperingati hari

ulangtahun kemerdekaan negara. Jawatankuasa sambutan peringkat sekolah ditubuhkan

dengan kerjasama Kelab Rukun Negara, Unit Bimbingan Dan Kaunseling, Kelab Guru

dan Kakitangan, Persatuan Sejarah dan Persatuan-persatuan pelajar. Sekolah juga turut

melibatkan penyertaan PIBG, Alumni, tokoh-tokoh dan sejarawan, Agensi dan Badan

Kerajaan dan Bukan Kerajaan dalam aktiviti yang dilaksanakan. Acara yang

dilaksanakan ialah seperti ceramah kemerdekaan, tayangan gambar berbentuk patriotik,

pembacaan sajak, sketsa, pentomen, kibaran ”Jalur Gemilang”, hiasan bilik darjah dan

asrama, pidato, forum, penulisan esei, derma darah, pameran, melukis potret tokoh

negara, perbarisan dan perarakan serta sambutan detik kemerdekaan. Pelajar juga terlibatdengan program sambutan yang dianjurkan oleh pihak lain di peringkat daerah, negeridan kebangsaan. Penyertaan pelbagai pihak dalam menjayakan program ini dapatmembina keyakinan semua warga sekolah berkaitan pembinaan bangsa Malaysia yangmerdeka dan bertanggungjawab, bersifat patriotisme yang tinggi dan cintakan kehidupanbersatupadu dan kestabilan negara.

Pengurusan Disiplin Secara Kolektif, Telus dan Adil

–Jawatankuasa Disiplin dan Lembaga Disiplin sekolah diwujudkan. Pelajar didedahkanberkenaan pengurusan disiplin dan peraturan sekolah dan asrama sejak hari pendaftaranatau hari pertama persekolahan bermula. Peraturan sekolah dimaklumkan kepada semuapelajar dan dipamerkan di setiap lokasi penting seperti bilik darjah, papan-papankenyataan sekolah dan asrama. Pelajar selalu diingatkan supaya mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan mengikut pekeliling yang dibenarkan. Pelajardiberi peringatan, amaran dan nasihat supaya berkelakuan baik sepanjang persekolahan.Setiap kes kesalahan diambil perhatian dan segala tindakan adalah mengikut proseduryang dibenarkan. Tindakan dan hukuman yang dikenakan ke atas pelajar yang

Page 24: 1 malaysia

bermasalah adalah adil, menggunakan budi bicara yang sepatutnya dan bertujuan untuk

mendidik serta mengambil kira situasi dan masa depan pelajar terbabit. Keadaan ini

menjadikan suasana sekolah berada dalam keadaan tenteram dan harmoni sesuai sebagai

tempat mulia untuk mereka menimba pengalaman dan ilmu pengetahuan seterusnya

menjadi pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Pelajar menikmati suasana

kondusif di sekolah dan di asrama di mana. Budaya ”Sekolahku Syurgaku” dapat

diwujudkan. Mereka dapat merasakan kepentingan undang-undang, peraturan, etika, tata

susila dan perlembagaan di sesebuah institusi dan masyarakat serta menyedari

tanggungjawab semua pihak agar sentiasa menghormati dan mematuhinya.

Hari Keluarga dan Sukan Rakyat –

Program yang melibatkan seluruh warga pendidik, kakitangan dan beberapa orang pelajar

telah diadakan. Pelbagai acara dijalankan melibatkan semua eserta. Selain dapat

menghilangkan perasaan tertekan dengan bebanan tugas, program ini dapat membina

persefahaman, keteguhan perpaduan dan perasaan kasih sayang dalam kalangan seluruh

warga sekolah.

Acara kebudayaan dan kesenian-

Pelbagai acara berbentuk kebudayaan dan kesenian rakyat telah diadakan seperti

permainan tradisi, boria, dikir barat, nasyid, marhaban, berzanji dan lain-lain lagi yang

disertai oleh pelajar, kakitangan dan guru sekolah. Selain dapat berhibur, semua yang

terlibat dapat memahami dan mematuhi peraturan yang digariskan.

Perkhemahan Bina Insan –

Program ini melibatkan semua pelajar dan guru-guru serta sebahagian kakitangan

sokongan sekolah. Kerjasama diperolehi dari pelbagai pihak seperti Kerajaan Negeri

Selangor, Bomba, Polis dan sebagainya. Acafa-acara yang dijalankan ialah seperti

ceramah motivasi, pembinaan jati diri, kerohanian, kembara, ikhtiar hidup,

kewarganegaraan dan riadah. Suasana perkhemahan yang dijalankan di luar kawasan

sekolah sangat menyeronokkan para pelajar. Selain dari mendapat maklumat dan

kemahiran baru, mereka dapat merasai keindahan alam Malaysia, nikmat kehidupan

dalam sebuah negara yang aman dan damai.

Majlis Sambutan Hari Raya, Ucapan Tahun Baru Cina dan Hari Depavali-

Setiap kali menjelang hari perayaan, sekolah mengatur program yang melibatkan seluruh

warga sekolah. Beraneka jenis makanan yang dihidang dinikmati bersama. Sumbangan

yang diperolehi dari pelbagai pihak disampaikan kepada mereka yang kurang

berkemampuan. Ucapan selamat yang diberikan, disambut dengan penuh kemesraan dan

dapat membentuk perasaan kasih sayang dan perpaduan rakyat berbilang kaum dalam

dunia sekolah yang kecil.

Tabung kebajikan –

Sekolah mengadakan tabung kebajikan guru, kakitangan dan juga pelajar. Selain dari

kutipan yuran, derma kilat, sumbangan juga diperolehi dari pihak luar seperti PIBG,

Alumni, Bank Islam, Bank Rakyat, Pusat Zakat, Yayasan-yayasan Negeri, Koperasi

Muslimin, para dermawan dan orang perseorangan. Sumbangan ini diagihkan kepada

pelajar yang terdiri dari keluarga yang kurang berada untuk membayar yuran sekolah,

peperiksaan, wang saku, perubatan, zakat, pakaian, melanjutkan pelajaran, kematian atau

kemalangan dan sebagainya. Amalan sebegini dapat menyemai perasaan simpati, kasih

mengasihi, mengukuhkan ikatan muhibbah, perpaduan dan integrasi nasional seperti yang

dihasrat dan dicita-citakan dalam Rukun Negara.

Page 25: 1 malaysia

3. Strategi Pendekatan Pendidikan

Sistem pendidikan merupakan salah satu cara memupuk integrasi dan mewujudkan

perpaduan di antara kaum dan etnik. Dari situlah pelbagai kaum atau etnik dapat mempelajari

nilai-nilai murni sesuatu kaum dan sterusnya menghayati proses sosialisasi secara mudah.

Dengan cara tersebut bolehlah mereka mewujudkan perpaduan sebagaimana yang diharapkan

oleh sekolah, masyarakat dan bangsa.

Menerusi Dasar Pendidikan Kebangsaan, pelbagai strategi telah digubal untuk mencapai

matlamat perpaduan kaum antaranya ialah menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa

pengantar utama. Penggunaan satu bahasa rasmi akan dapat mengeratkan perhubungan dan

perpaduan di kalangan murid-murid dan seterusnya di kalangan masyarakat pelbagai kaum.

Kurikulum yang

seragam dan berorientasikan Malaysia di semua sekolah tanpa mengira bahasa

pengantarnya juga telah diperkenalkan.

Unsur-unsur pendidikan kewarganegaraan juga telah diterapkan ke dalam semua mata

pelajaran. Melalui dasar ini juga, kerajaan mengamalkan pendemokrasian pendidikan dari segi

peluang dan mutu pendidikan untuk memastikan agar semua kaum atau etnik dapat menikmati

kemudahan yang sama. Peruntukan dan perhatian diberikan dengan adil, tidak kira sama ada

bersekolah di dalam bandar atau di luar bandar mahupun golongan yang tidak bernasib baik.

Dasar pendidikan kebangsaan juga turut digubal di peringkat maktab dan universiti bagi

mencapai matlamat perpaduan yang lebih kukuhMengadakan dan Mempergiatkan Program-program Integrasi

Menurut Mohd Salleh Lebar (1998), integrasi yang diterima atau yang biasa dikehendaki

ramai adalah satu proses yang cuba menyatupadukan masyarakat majmuk atau pelbagai kaum

dan mewujudkan pula pembentukkan kebudayaan kebangsaan atau nasional yang tersendiri di

kalangan mereka. Program integrasi perlu dianjurkan di sekolah-sekolah agar budaya integrasi

antara pelbagai etnik dan budaya dapat dipupuk.

Perpaduan dapat dipupuk melalui program-program integrasi seperti aktiviti ko-kurikulum

dengan menyertai kelab-kelab, persatuan-persatuan, badan- badan beruniform, aktiviti-aktiviti

sukan dan sebagainya. Penglibatan pelajar secara tidak langsung dapat memupuk

persefahaman dan perpaduan di kalangan mereka yang berbilang kaum. Kementerian

Pendidikan telah mengeluarkan arahan kepada semua sekolah agar menggalakkan penyertaan

Page 26: 1 malaysia

murid-murid dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum daripada semua kaum dan segenap lapisan

masyarakat.

) Menanamkan Konsep Anak Malaysia di Kalangan Para Pelajar

Konsep ‘Saya Anak Malaysia’ ini patut diserapkan di kalangan rakyat Malaysia yang

berbilang kaum dan pelbagai kepercayaan semasa di peringkat sekolah rendah lagi. Melalui

konsep ini, pelajar yang berjiwa patriotisme dapat dilahirkan. Konsep ‘Saya Anak Malaysia’ ini

juga adalah pemangkin kepada masa depan bangsa Malaysia seperti yang dirancang dalam

Wawasan 2020. Selain dapat menanamkan semangat bersatu padu dan mengeratkan

perpaduan di kalangan rakyat yang pelbagai bangsa dan agama, konsep ini juga menjamin

Malaysia ke arah negara yang aman dan makmur

Rujukan

1. Sejarah Malaysia, Fajar Bakti Sdn. Bhd2. Malaysia Kita, Institut Tadbiran Awam Negara, JPN, 19913. Malaysia Kita, International law book Services, 2007.4. Buku Panduan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan, KPM, 2005.5. Pengajian Am Kenegaraan Malaysia, Mohd. Thajudin Abd. Muthalib, East View, 1997.6. Pengajian Am Kertas 900/1, Prof Madya Dr. Cheu Hock Tong, Pustaka Sarjana, 2001.7. Negara Kita, INTAN, Kuala Lumpur, 1986.8. Perlembagaan Persekutuan, Pindaan 1987, Jabatan Percetakan Kerajaan, Kuala Lumpur,1988.9. Mengenal Perlembagaan Malaysia, Tun Mohammad Suffian Hashim, DBP, 1984.

Page 27: 1 malaysia
Page 28: 1 malaysia

Salah satu langkah untuk mengekalkan keharmonian negaradalam menyokong aspirasi 1Malaysia ialah dengan penubuhansekolah wawasan. Sekolah wawasan merupakan tempat yang terbaikuntuk memulakan proses integrasi antara kaum. Sekolah wawasanmenyediakan ruang dan peluang untuk murid-murid pelbagai kaumberinteraksi secara langsung kerana mereka berkongsi kantin, padangpermainan, dewan dan kemudahan lain di sekolah. Merekaberpeluang untuk saling mengenai dan memahami antara satu samalain. Dengan itu, mereka akan membesar dengan sikap toleransi danhormat terhadap budaya dan agama kaum lain. Tegasnya, sekolahwawasan mampu memupuk persefahaman kaum dan seterusnyamempercepat integrasi nasional

Secara tuntasnya, rakyat Malaysia perlu bersatu padu dalammenjayakan aspirasi 1Malaysia umpama ³bulat air keranapembentung, bulat masyarakat kerana muafakat´. Aspirasi 1Malaysiayang membawa dasar bahawa rakyat didahulukan dan pencapaiandiutamakan dapat direalisasikan untuk keharmonian dan kemakmurannegara. Semua bangsa Malaysia akan hidup bersama secara aman,damai dan sejahtera.

w w w . 1 m a l a y s i a . c o m . m y ASPEK PERTAMA TERAS-TERAS PERPADUAN Penerimaan Prinsip-prinsip Kenegaraan

Keadilan Sosial Hormat-menghormati Rendah hati (Tawadhuk) Kesederhanaan Berbudi-bahasa

Objektif kokurikulum

Tujuan aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah adalah untuk menyemai

kesedaran murid-murid terhadap agama dan kepercayaan kepada tuhan. Selain itu, aktiviti kokurikulum juga dapat mengimbangkan antara perkembangan mental, rohani, jasmani dan emosi murid-murid. Aktiviti kokurikulum juga dapat mengukuhkan perhubungan dan pergaulan dalam kalangan murid-murid di sekolah dan antara sekolah. Aktiviti kokurikulum juga dapat meningkatkan disiplin murid. Akhirnya aktiiviti kokurikulum dapat mengukuhkan integriti nasional.

Page 29: 1 malaysia

.1.1 Visi ” KOKURIKULUM SMKBC TERBILANG TAHUN 2010 ” 4.1.2 Misi

Memastikan Program dan Jadual tahunan aktiviti kokurikulum dipatuhi

Berusaha melahirkan pelajar yang berbakat di dalam bidang kokurikulum yang disertai

Membentuk sikap kepimpinan dan disiplin dikalangan pelajar

Memastikan pencapaian atau pelunjuran di dalam ‘ Fokus Kecemerlangan Kokurikulum ‘ menepati sasarannya 4.1.3 . Konsep

Pada dasarnya kokurikulum adalah pelengkap kurikulum. Aktiviti-aktiviti kokurikulum yang bersepadu

dan mempunyai tujuan khusus perlu dilaksanakan supaya mencapai matlamat yang dirancang

melalui pendekatan pendekatan berikut: •

Penyertaan Aktif Semua Pelajar •

Ke Arah Kecemerlangan •

Aktiviti Sepanjang Tahun •

Murid Berbuat, Guru Membimbing •

Perkemahan •

Kepimpinan

.1.1 Visi ” KOKURIKULUM SMKBC TERBILANG TAHUN 2010 ” 4.1.2 Misi

Memastikan Program dan Jadual tahunan aktiviti kokurikulum dipatuhi

Berusaha melahirkan pelajar yang berbakat di dalam bidang kokurikulum yang disertai

Membentuk sikap kepimpinan dan disiplin dikalangan pelajar

Memastikan pencapaian atau pelunjuran di dalam ‘ Fokus Kecemerlangan Kokurikulum ‘ menepati sasarannya 4.1.3 . Konsep

Pada dasarnya kokurikulum adalah pelengkap kurikulum. Aktiviti-aktiviti kokurikulum yang bersepadu

dan mempunyai tujuan khusus perlu dilaksanakan supaya mencapai matlamat yang dirancang

melalui pendekatan pendekatan berikut: •

Penyertaan Aktif Semua Pelajar •

Ke Arah Kecemerlangan •

Aktiviti Sepanjang Tahun •

Murid Berbuat, Guru Membimbing •

Perkemahan •

Kepimpinan

4 Matlamat •

Pelaksanaan kokurikulum di sekolah adalah untuk mengembangkan potensi dan minat individu

ke arah melahirkan insan seimbang dan harmonis berlandaskan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan bagi membantu sekolah tanpa kegagalan4.1.5 Objektif •

Page 30: 1 malaysia

Untuk menyeimbangkan diantara emosi, jasmani, intelek dan rohani pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan •

Membantu mengembangkan potensi dan minat pelajar ke tahap optimum •

Menggalakkan pelajar berinteraksi untuk mewujudkan keharmonian • Menjadikan kokurikulum sebagai pelengkap kurikulum

SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JK KOKURIKULUM Bidang Tugas

1) Menghadiri Mesyuarat ,Taklimat dan Perjumpaan untuk merancang aktiviti kokurikulum

2) Melibatkan diri secara aktif dalam mesyuarat serta program sekolah

3) Membantu PK KOKU menyelaras semua aktiviti kokurikulum, Sukan dan Permainan,i) Kelab dan Persatuan, Unit Berunifom, Pasukan Elit Sekolah (Khas). 4) Membantu PK KOKU menyelia, menilai dan memantau aktiviti kokurikulum sekolah a) Sukan dan Permainan i) Membantu PK KOKU merancang, melaksanakan dan menyelia kegiatan sukan dan

permainan disemua peringkat

ii) Membantu merancang takwim sukan dan permainan sekolah

iii) Membantu mengawal dan menilai setiap kegiatan sukan dan permainan supayamencapai matlamatnya

b) Kelab dan Persatuan

i) Membantu menyelaras dan menyelia aktiviti persatuan

ii) Membantu dalam pelaksanaan program kelab dan persatuan mengikut jadual indukc) Unit Berunifom

i) Membantu merancang strategi penglibatan Unit Berunifom di sekolah

ii) Membantu menyelaras pelaksanaan kegiatan Unit Berunifom di sekolah

iii) Membantu memastikan kegiatan dirancang mengikut jadual

iv) Membantu menyelaraskan kegiatan dan takwim Unit Berunifom di semua peringkatd) Pengurusan

i) Membantu mengurus dan melaksanakan setiap bidang kokurikulum

ii) Membantu menyediakan anggaran belanjawan setiap unit dan peringkat

iii) Membantu menentukan langkah-langkah keselamatan dalam setiap program danaktiviti telah diambil iv) Membantu menguruskan semua dokumentasi untuk majalah sekolah, penerbitan,

v) Menyediakan kertas kerja perancangan untuk dibentangkan dan dihantar seperti

Anggaran Belanjawan Unit, Program Kecemerlangan, Program Khas Sekolah, Projek

Inovasi dsbnya

vi) Menyediakan laporan-laporan untuk dibentangkan dan dihantar seperti Laporan Aktiviti Tahunan, Laporan Program Khas, Laporan Sukan dan sebagainya

vii) Membantu dalam proses pembahagian dan pendaftaran pelajar dalam kumpulan, data-

data pelajar dalam kokurikulum, pendaftaran rumah sukan, pendaftaran unit- unit

kokurikulum

viii)Membantu Setiausaha Sukan dalam pengurusan dan penyeliaan alatan sukan dan alatan kokurikulum di semua peringkat

Page 31: 1 malaysia

ix) Membantu memastikan rekod dan data kokurikulum disimpan dan dipamerkan dengan sempurna apabila dikehendaki x) Membantu memastikan aktiviti kokurikum dan sukan yang dijalankan mematuhi undang-undang negara dan tidak menyalahi hukum agama Islam

SENARAI TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB MAJLIS SUKAN Bidang Tugas 1) Merancang kegiatan dan pembangunan sukan sekolah, merentas desa sekolah, aktiviti sukan dan rekreasi disekolah dan pasukan MSSD sekolah. 2) Membuat perancangan dan melaksanakan program latihan untuk pasukan masing masing bagi menghadapi pertandingan antara sekolah 3) Membantu setiausaha sukan dalam pertandingan sukan, merentas desa, aktiviti di padang atau gelanggang serta penyelenggaran padang dan gelanggang 4) Memastikan peralatan yang ingin digunakan dalam latihan pasukan mencukupi dan bersesuaian dengan kemampuan dan kebolehan pelajar 5) Memastikan keselamatan pelajar sentiasa dalam keadaan baik sama ada ketika latihan atau pun

pertandingan

6) Memastikan kebajikan pelajar sentiasa terjaga sepanjang latihan dan pertandingan

7) Membuat pemilihan ahli pasukan masing-masing mengikut kemampuan dan prestasi pelajar

8) Memastikan tuntutan perjalanan dan perbelanjaan makan minum guru dan pelajar mengikut

prosedur

9) Membuat laporan pertandingan untuk majalah sekolah, dokumentasi dan untuk simpanan fail

10) Membantu setiausaha sukan menyelenggara stor sukan dan peralatan dengan baik

11) Membantu setiausaha sukan mengemaskinikan data dan maklumat pelajar seperti pendaftarankeahlian rumah sukan dan no peserta, rekod sukan dsb

.5TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB SETIAUSAHA SUKAN BIDANG TUGAS

1) Menyelaras semua aktiviti sukan sekolah 2) Menyediakan Takwim dan Jadual Sukan yang sesuai dengan takwim aktiviti MSSD, MSSS dan MSSM 3) Membantu Pengetua dan PK KOKU mengagihkan tugas guru di dalam kegiatan sukan

olahraga dan permainan

4) Menetapkan rumah sukan pelajar dan menyediakan nombor siri pada setiap tahun

5) Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk pembelian aktiviti dan peralatan

6) Menyelaras penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan untuk peringkat MSSD

7) Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan sekolah dengan baik

8) Menyimpan dan mengemaskinikan Buku Stok dan Inventori peralatan sukan bersama-sama

Ketua Panitia PJPK sekolah

9) Menyediakan Laporan Penggunaan Peralatan dan kemudahan sukan

10) Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan dalaman sekolah dan luar sekolahuntuk tujuan edaran, rujukan, rekod dan simpanan 11) Sentiasa berbincang dengan Pengetua /PK KOKU. dan semua pentadbir untuk memantapkan pengurusan sukan sekolah 12) Merekod pencapaian cemerlang dan penyertaan pelajar dan pasukan sekolah dalam Buku

Page 32: 1 malaysia

Rekod Pencapaian Sukan Sekolah

9TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA DAN GURU PEMBIMBING( GP) PERSATUAN AKADEMIK/KELAB DAN UNIT BERUNIFOM BIDANG TUGAS

1) Kehadiran Guru a) Ketua GP diminta menyediakan Jadual tugasan kepada semua GP unit masing-masing b) Guru yang hadir untuk menjalankan tugas untuk aktiviti kokurikulum hendaklah

merekodkan kehadiran masing-masing

2) Membentuk Jawatan Kuasa Persatuan/Kelab

3) Memastikan adanya Peraturan dan Perlembagaan

4) Menjadi fasilitator kepada AJK dan ahli unit di bawah jagaannya

5) Melatih dan memberi pendedahan kepada AJK dalam mentadbir, merancang dan menjayakansesuatu aktiviti berdasarkan pengalaman sedia ada mereka dan diberi pengkayaan dalam mentadbir unitnya dengan lebih berkesan

6) Memastikan keselamatan ahli-ahli unitnya dalam sebarang gerakkerja yang diprogramkan

seperti Perkemahan, Lawatan, Taklimat, Perjumpaan dsbnya.

a) GP perlu mendapatkan surat kebenaran daripada penjaga /ibubapa sebelum sesuatu programitu dijalankan. b) Surat kebenaran tersebut ada disediakan oleh pihak sekolah. Surat kebenaran hendaklah difailkan dan dihantar salinannya kepada GPK HEM dan PK KOKU.

c) Maklumat penting hendaklah ditulis dan diberikan kepada Pengawal Keselamatan Sekolah seperti

senarai nama peserta, No. Telefon, Tempat Dituju, Masa pergi dan balik dan senarai nama guru

pengiring

7) Membantu AJK dan ahli unit dibawah jagaannya membuat kertas projek atau sesuatu aktiviti

yang dirancangkan serta

a) Menyediakan laporan hasil daripada pelaksanaan aktiviti tersebut

9TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA DAN GURU PEMBIMBING( GP) PERSATUAN AKADEMIK/KELAB DAN UNIT BERUNIFOM BIDANG TUGAS

1) Kehadiran Guru a) Ketua GP diminta menyediakan Jadual tugasan kepada semua GP unit masing-masing b) Guru yang hadir untuk menjalankan tugas untuk aktiviti kokurikulum hendaklah

merekodkan kehadiran masing-masing

2) Membentuk Jawatan Kuasa Persatuan/Kelab

3) Memastikan adanya Peraturan dan Perlembagaan

4) Menjadi fasilitator kepada AJK dan ahli unit di bawah jagaannya

5) Melatih dan memberi pendedahan kepada AJK dalam mentadbir, merancang dan menjayakansesuatu aktiviti berdasarkan pengalaman sedia ada mereka dan diberi pengkayaan dalam mentadbir unitnya dengan lebih berkesan

6) Memastikan keselamatan ahli-ahli unitnya dalam sebarang gerakkerja yang diprogramkan

seperti Perkemahan, Lawatan, Taklimat, Perjumpaan dsbnya.

a) GP perlu mendapatkan surat kebenaran daripada penjaga /ibubapa sebelum sesuatu programitu dijalankan. b) Surat kebenaran tersebut ada disediakan oleh pihak sekolah. Surat kebenaran hendaklah difailkan dan dihantar salinannya kepada GPK HEM dan PK KOKU.

Page 33: 1 malaysia

c) Maklumat penting hendaklah ditulis dan diberikan kepada Pengawal Keselamatan Sekolah seperti

senarai nama peserta, No. Telefon, Tempat Dituju, Masa pergi dan balik dan senarai nama guru

pengiring

7) Membantu AJK dan ahli unit dibawah jagaannya membuat kertas projek atau sesuatu aktiviti

yang dirancangkan serta

a) Menyediakan laporan hasil daripada pelaksanaan aktiviti tersebut

b) Kertas kerja perlu dibuat salinan untuk simpanan PK Koku. dan satu salinan dalam fail unitmasing-masing untuk rujukan.

8) Berusaha memajukan dan mengaktifkan unit masing-masing dengan pelbagai kegiatan yang

sesuai dengan waktu dan cuaca agar unit tersebut dapat merasai kesan dan faedah menjadi ahli

unit tersebut

a) Memperkembangkan minat, kecenderungan dan keupayaan pelajar ahli unitnya selarasdengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

9) Memastikan perjalanan dan aktiviti unit masing-masing tidak menyalahi peraturan sekolah dan undang-

undang negara Malaysia ; malah dikehendaki memastikan aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan

mengikut jadual yang ditetapkan 10) Mengawasi kewangan dan harta milik unit di bawah jagaannya dan a)menyerahkan wang lebihan kepada Bendahari Kokurikulum/Pengetua pada akhir

tugasnya. Sila rujuk Nota Serah Tugas JPA melalui surat Bil. JPA.193/6/3-4(20) bertarikh 19. Julai 1985. –Sila Rujuk di pejabat sekolah untuk maklumat lanjut. 11) Berperanan sebagai PRO bagi pihak sekolah dengan badan luar yang ada hubungkait dengan aktiviti yang dirancangkan

4.10SENARAI TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB GURU RUMAH SUKAN Bidang Tugas 1) Mengendalikan mesyuarat Agong dan perjumpaan rumah sukan 2) -melantik AJK

3) -membincangkan tentang yuran ahli …tidak lebih drp RM 3.00..

4) -membincangkan aktiviti sukan

5) Memberikan bimbingan tentang pemilihan atlit untuk mewakili rumah sukan

6) Mengadakan program latihan ahli-ahli rumah sukan

7) Menentukan jadual tugas latiihan untuk guru ahli dan AJK pelajar

8) Mencatat kehadiran guru dalam latihan rumah sukan dan merentas desa

9) Memastikan langkah-langkah keselamatan telah dipatuhi untuk mengelakkan kemalangan dankecelakaan 10) Memastikan semua peralatan sukan diambil dan dipulangkan semula dalam keadaan yang baik dan buat laporan kpd QM jika berlaku sebarang kerosakan 11) Memastikan ( pendaftaran acara ) senarai nama atlit yang mengambil bahagian dihantar kepada

urusetia sukan mengikut tarikh yang ditentukan

12) Membantu setiausaha sukan menjayakan sukan sekolah dan merentas desa

13) Membantu setiausaha membuat laporan dan post mortem sukan dan merentas desa

14) Membantu setiausaha sukan membuat dokumentasi dan laporan untuk majalah sekolah

15) Mencatat kehadiran pelajar pada Kad kokurikulum semasa latihan dan acara sukan danmerentas desa sekolah 16) Menyerahkan semua dokumentasi dan fail yang telah dikemaskinikan kepada s/u sukan selepas

Page 34: 1 malaysia

tamat acara sukan dan merentas desa peringkat sekolah

w w w . 1 m a l a y s i a . c o m . m y

1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupukperpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Ia bukan satu dasar baru yang terpisah dari dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, sebaliknya ia merupakan

pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang

sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan, ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara Malaysia. Dalam erti kata lain 1Malaysia digagaskan sebagai satu formula yang akan membantu memastikan aspirasi negara,

iaituWawasan 2020 tercapai jika ia diterapkan ke dalam sanubari rakyat dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat.

Menjadi asas kepada semua ini adalah prinsip keadilan untuk

semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib

semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan.

1Malaysia adalah penerusan agenda membina negara. Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada

Page 35: 1 malaysia

perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.

w w w . 1 m a l a y s i a . c o m . m y • Perpaduan adalah pra-syarat dalam usaha merealisasikan aspirasi negara iaitu mencapai status Negara Maju menjelang tahun 2020. •

1Malaysia adalah penerusan agenda membina negara • Perpaduan sememangnya telah membentuk teras utama dalam hala tuju negara menuju kecemerlangan bermula sejak kemerdekaan dicapai. 1Malaysia bertujuan menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan di kalangan rakyat Malaysia. • Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap

penerimaan antara kaum, yang membawa kepada

perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.

Konsep 1Malaysia digagaskan akan terlaksana dalam dua aspek utama seperti berikut:

•Aspek Pertama – Penerapan Teras-Teras

Page 36: 1 malaysia

Perpaduan Menerapkan teras-teras perpaduan sebagai budaya dan amalan semua rakyat Malaysia. Teras perpaduan ini adalah komponen- komponen asas yang menguatkan semangat bersatu padu di kalangan rakyat berbilang kaum. Teras Perpaduan ini didokongi oleh nilai-nilai murni yang seharusnya mendasari cara hidup rakyat Malaysia.

Aspek Kedua – Penerapan Nilai-Nilai Aspirasi Nilai-nilai Aspirasi yang digagaskan dalam konsep 1Malaysia ialah nilai-nilai yang perlu ada pada masyarakat progresif dan dinamik yang akan memacu negara ke arah mencapai status negara maju. Nilai-nilai aspirasi akan membantu dalam mewujudkan tenaga kerja yang berdaya maju dan mampu bersaing dalam persekitaran global dan ini seterusnya membantu melonjakkan kedudukan ekonomi negara ke tahap yang lebih kukuh dan mantap.

TERAS-TERAS PERPADUAN 1.Penerimaan 1Malaysia menekankan sikap Penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.

Ia adalah peningkatan ketara dari sikap toleransi

TERAS-TERAS PERPADUAN 1.Penerimaan 1Malaysia menekankan sikap Penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.

Page 37: 1 malaysia

Ia adalah peningkatan ketara dari sikap toleransi

semata-mata. 2.Prinsip-prinsip Kenegaraan yang berasaskan: a. Perlembagaan Persekutuan b. Rukun Negara

3.Keadilan Sosial Semua rakyat Malaysia akan terbela dan tiada mana-mana

pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah

mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang

berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan- peruntukan

Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan.

PENERAPAN NILAI-NILAI MURNIKetiga-tiga Teras Perpaduan ini pula didokongi oleh nilai- nilai murni termasuk nilai-nilai berikut:

•Hormat-menghormati : Hormat menghormati antara semua kaum termasuk menghormati adat resam serta budaya kaum lain. Rasa hormat ini juga menuntut kita tidak mengeluarkan kata-kata kesat tentang kaum lain dan juga tidak mempersoalkan peruntukan-peruntukan undang-undang yang menyentuh

Page 38: 1 malaysia

sensitiviti kaum.

•Rendah hati (Tawadhuk): Rasa rendah hati atau Tawadhuk adalah perasaan insaf bahawa kita semua adalah rakyat dalam satu negara yang sama dan kita perlu hidup bersama secara harmoni. Ia juga merangkumi pengertian bahawa setiap kaum, malah setiap individu ada kelemahan dan kelebihan nya yang sendiri, dan seharusnya kita memanfaatkan kelebihan masing- masing demi untuk memperkukuhkan masyarakat dan negara.

Kesederhanaan: Ialah pendekatan sederhana dalam apa jua isu yang berbangkit. Dalam negara bermasyarakat majmuk seperti Malaysia, tindakan atau tutur kata bersifat ekstrem tidak langsung boleh diterima kerana ia boleh membawa kepada masalah ketidakstabilan sosial yang lebih parah.

•Berbudi-bahasa: Budi-bahasa ialah tuturkata dan tingkah laku yang tertib dan berpaksikan kesantunan dalam segala interaksi dan perhubungan dengan pihak lain bagi menjana kerjasama dan permuafakatan yang lebih erat

w w w . 1 m a l a y s i a . c o m . m y •

Ketabahan: Ketabahan dalam mengharungi masalah

dan cabaran yang mendatang. Rakyat Malaysia seharusnya bersifat tidak mudah mengaku kalah, sebaliknya perlu memiliki keyakinan diri yang tinggi serta semangat juang yang kental dalam apa jua bidang yang diceburi. •

Kesetiaan: Kesetiaan sepenuhnya kepada negara

Malaysia

Page 39: 1 malaysia

dan kesediaan untuk berbakti dan berkorban demi negara yang tercinta. •

Kebijaksanaan: Ialah cara berhadapan dengan

sebarang masalah dengan penuh berhemah dan teliti agar tidak berlaku perkara-perkara yang menyinggung hati dan perasaan mana- mana pihak yang lain. •

Budaya Inovasi: Adalah kesediaan kita sebagai

rakyat Malaysia untuk mencuba perkara baru danberinovasi dalam apa jua lapangan yang kita ceburi. Rakyat Malaysia perlu dikenali sebagai individu-individu yang mampu menjadi pemimpin dalam bidang masing-masing. Kita mesti berani berubah untuk kebaikan, berani mencari penyelesaian baru dalam menangani masalah dan sentiasa bersedia untuk menjadi perintis.

Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

diyakini akan menjana satu transformasi ketara,kearah sebuah negara Malaysia yang maju,

didokongioleh rakyat yang utuh perpaduan nya dan tinggi

mertabatnya pada pandangan dunia.

Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

diyakini akan menjana satu transformasi ketara,kearah sebuah negara Malaysia yang maju,

Page 40: 1 malaysia

didokongioleh rakyat yang utuh perpaduan nya dan tinggi

mertabatnya pada pandangan dunia.

w w w . 1 m a l a y s i a . c o m . m y