1 Malaysia Teras Perpaduan Negara

8
1 MALAYSIA TERAS PERPADUAN NEGARA Dalam kerancakan penduduk jagatraya berjalan bersama-sama bayang- bayang keharmonian, riang berlagu gembira, pemimpin diumpamakan sebagai jantung sesebuah negara. Pemimpin perlu bijak mengorak langkah proaktif untuk mengekalkan kestabilan keharmonian dan keamanan negara.. Umum mengetahui, keunikan Malaysia adalah bersandarkan kesejahteraan hidup kesatuan tiga kelompok berbeza bangsa dan agama namun masih mampu mengekalkan keamanan sejagat. Perpaduan menjadi elemen penting dan merupakan cerucuk dominan dalam mengekalkan keamanan. Oleh hal yang demikian, idea yang dilontar dan dilemparkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke lima, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib dalam mengetengahkan gagasan 1 Malaysia merupakan satu tindakan yang wajar dicontohi oleh tampuk kepimpinan yang lain. 1 Malaysia mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagaimana slogan YAB Perdana Menteri ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan’. 1 Malaysia dikatakan membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan antara kaum bagi memastikan rakyat Malaysia menjalinkan perpaduan yang lebih erat. Sekadar memetik kata- kata Datuk Seri Najib, beliau berbicara “saya berharap semua rakyat Malaysia melihat hari muka dengan lebih optimis dan keazaman untuk membina satu Malaysia yang lebih kukuh dan dinamik”. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur. Konsep 1 Malaysia telah menjadi asas pegangan dalam menjaga keadilan untuk semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Umum mengetahui, perpaduan yang digambarkan oleh gagasan 1 Malaysia amat berbeza dari konsep asimilasi yang diamalkan di negara-negara lain, di mana identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti

Transcript of 1 Malaysia Teras Perpaduan Negara

Page 1: 1 Malaysia Teras Perpaduan Negara

1 MALAYSIA TERAS PERPADUAN NEGARA

Dalam kerancakan penduduk jagatraya berjalan bersama-sama bayang-bayang keharmonian, riang berlagu gembira, pemimpin diumpamakan sebagai jantung sesebuah negara. Pemimpin perlu bijak mengorak langkah proaktif untuk mengekalkan kestabilan keharmonian dan keamanan negara.. Umum mengetahui, keunikan Malaysia adalah bersandarkan kesejahteraan hidup kesatuan tiga kelompok berbeza bangsa dan agama namun masih mampu mengekalkan keamanan sejagat. Perpaduan menjadi elemen penting dan merupakan cerucuk dominan dalam mengekalkan keamanan. Oleh hal yang demikian, idea yang dilontar dan dilemparkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke lima, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib dalam mengetengahkan gagasan 1 Malaysia merupakan satu tindakan yang wajar dicontohi oleh tampuk kepimpinan yang lain. 1 Malaysia mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagaimana slogan YAB Perdana Menteri ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan’. 1 Malaysia dikatakan membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan antara kaum bagi memastikan rakyat Malaysia menjalinkan perpaduan yang lebih erat. Sekadar memetik kata-kata Datuk Seri Najib, beliau berbicara “saya berharap semua rakyat Malaysia melihat hari muka dengan lebih optimis dan keazaman untuk membina satu Malaysia yang lebih kukuh dan dinamik”. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.

Konsep 1 Malaysia telah menjadi asas pegangan dalam menjaga keadilan untuk semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Umum mengetahui, perpaduan yang digambarkan oleh gagasan 1 Malaysia amat berbeza dari konsep asimilasi yang diamalkan di negara-negara lain, di mana identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti nasional yang sama. Sebaliknya 1 Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan dan identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia dan menganggapnya sebagai satu aset yang patut dibanggakan. Disini jelas menunjukkan bahawa negara mengekalkan keadilan setiap kaum tanpa mengubah pegangan dan cara hidup mereka. Rakyat diberi kebebasan dalam menentukan pegangan hidup masing-masing tanpa sebarang halangan. Memetik kata-kata daripada seorang peguam di Indonesia, beliau berkata “keadilan yang hakiki hanya ada disyurga, tetapi kita di dunia cuba hampiri ke tahap itu”. Justeru, kelebihan yang diperoleh apabila menjadi warga Malaysia seharusnya diiringi dengan rasa syukur kerana diberi peluang untuk hidup dalam suasana harmoni tanpa sebarang diskriminasi.

Page 2: 1 Malaysia Teras Perpaduan Negara

Seterusnya, 1 Malaysia ialah satu gagasan bagi memupuk sikap saling menghormati dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Tidak kira sama ada Melayu, Cina, mahupun India, sikap ini perlu disemat kukuh dalam sanubari generasi hari ini untuk mengekalkan perpaduan negara. Kita tidak mahu negara gah dengan kemodenan berkelas pertama tetapi masyarakat masih mengamalkan gaya hidup berkelas ketiga lantaran ketempangan sikap saling menghormati. Masyarakat Melayu misalnya, perlu menghormati pegangan dan kepercayaan bangsa lain dan begitu juga sebaliknya kerana setiap bangsa mempunyai amalan dan kepercayaan yang tersendiri . Kita tidak boleh bersikap serperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing dengan mengamalkan sikap mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan sensitiviti bangsa lain. Di sinilah pentingnya sikap hormat-menghormati dalam kalangan rakyat kerana apabila hidup di bawah satu bumbung bersama tiga kelompok berbeza adalah suatu perkara yang tidak boleh diambil mudah dan dipandang enteng kerana setiap perlakuan dan tutur kata perlu dijaga rapi. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Justeru, sinergi daripada setiap lapisan masyarakat amat diperlukan dengan menjadikan sikap saling menghormati sebagai salah satu inisiatif dalam mengekalkan perpaduan.

Pemimpin perlu bijak dalam memainkan peranan untuk membina rumpunan bangsa Malaysia yang bahu-membahu atau bantu-membantu agar dapat memperkukuh ikatan kaum yang akan menjadi tunjang kepada pembangunan dan keharmonian negara. Apakah ikatan dan jalinan ini akan berterusan jika ada rakyat yang tidak tahu menilai perpaduan negara?. Oleh yang demikian, konsep 1 Malaysia yang diketengahkan mampu menyemai sikap saling bekerjasama sesama rakyat. Sekadar mengambil contoh daripada persekitaran sekeliling, rakyat Malaysia mampu menjalankan urusan perniagaan secara perkongsian walaupun berbeza bangsa. Selain itu, jika dinilai dari alam persekolahan, sekolah-sekolah Cina tidak lagi hanya didiami oleh bangsa tersebut semata-mata, malahan anak-anak Melayu dan India turut menuntut di sekolah yang sama. Begitu juga dengan bangsa India, mereka tidak hanya tertumpu kepada sekolah jenis kebangsaan tamil atau SJK(T) sahaja. Di sini jelas menunjukkan bahawa sikap kerjasama tidak hanya wujud dalam golongan profesional sahaja, anak-anak di bawah umur mahupun belia-belia harapan bangsa turut mampu mengamalkan sikap saling bekerjasama antara satu sama lain. Oleh hal yang demikian, konsep 1 Malaysia membantu memepertingkatkan lagi sikap tersebut seterusnya perpaduan negara lebih mudah dicapai.

Ketulusan dan keterbukaan sikap rakyat Malaysia hidup dalam kesatuan tiga kelompok berbeza bangsa sering menjadi buah mulut masyarakat seantero dunia yang kagum dengan perpaduan yang dikecapi. Teras perpaduan ini adalah komponen-komponen asas yang menguatkan semangat bersatu padu dalam

Page 3: 1 Malaysia Teras Perpaduan Negara

kalangan rakyat berbilang kaum. Teras perpaduan ini didokongi oleh nilai-nilai murni yang seharusnya mendasari cara hidup rakyat Malaysia. Teras perpaduan yang diterapkan iaitu penerimaan. Konsep penerimaan dan toleransi adalah dua perkara yang berbeza sama ada daripada ungkapan mahupun pelaksanaan. Penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang positif iaitu dengan menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsur-unsur terpaksa. Manakala toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain atau secara terpaksa. Perlakuan atau sikap toleransi berlaku apabila sesuatu pihak tiada pilihan dan kadangkala diterima dengan tidak jujur. Malaysia memerlukan rakyat yang dapat menerima apa sahaja perkara baik dan mendapat persetujuan secara kesepakatan. Penerimaan semua kaum mendapatkan apa yang terbaik amat diperlukan bagi membina sebuah negara bangsa. Justeru, perkara-perkara yang terbaik daripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain perlu diterima pakai serta mendapat penerimaan daripada masyarakat negara ini.

Tuntasnya, konsep satu Malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalinkan perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara. Melalui konsep 1 Malaysia ini tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah bangsa Malaysia dan rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama-sama memajukan negara. Rakyat perlu menumpahkan sepenuh kesetiaan kepada negara sebagaimana setianya Hang Tuah kepada sultan. Kerajaan khususnya perlu menagih komitmen dan pengertian menyeluruh semua pihak terhadap kepentingan perpaduan negara dan peranan gagasan 1 Malaysia dalam membantu merealisasikan impian dalam membentuk sebuah negara bangsa. Keharmonian negara yang dikecapi dan keamanan menyirup udara segar hasil kemerdekaan perlu dikekalkan supaya keaman dan perpaduan ini tetap berterusan hingga generasi akan datang. Mantan Perdana Menteri Indonesia ada menyatakan, “jika ingin melihat generasi pada masa akan datang, lihatlah generasi pada hari ini.

Pidato

Bissmillahirahmanirahim.. Hadirin dan hadirat, tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi sekalian.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada pengerusi majlis. Yang saya hormati, barisan panel hakim yang adil lagi bijaksana dalam menegakkan panji-panji keadilan, barisan penjaga masa yang setia dengan masanya untuk melihat detik-detik berharga, dif-dif kehormat yang disanjungi serta para hadirin pencetus arus kegemilangan Negara yang dikasihi, dekat dihati.

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1 malaysia buat anda yang sudi melapangkan masa. Apa khabar, penutur bahasa melayu tercinta?

Andai patah sayap rajawali, bertongkat jua saya kemari bukan untuk menjual pantun, tetapi semata-mata ingin membawa diri saya sendiri dan anda semua untuk kita sama-sama memahami, menyelami

Page 4: 1 Malaysia Teras Perpaduan Negara

dan mendalami maudhuk bicara yang bertajuk, “Gagasan 1 Malaysia Aspirasi Menjana Perpaduan Kaum”.

Masih terngiang di telinga kita petikan kata-kata Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak di Dewan Rakyat pada 15 Jun 2009 yang berbunyi:

“1 Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia”.

Hadirin sidang saksi warga berintegriti,

Gagasan 1 Malaysia Aspirasi Menjana Perpaduan Kaum.

Maudhuq bicara hari ini sungguh indah. Oleh itu, marilah bersama kita telusuri dan hayati bersama agar segala yang menjadi persoalan terjawab dan terungkai. Sebelum itu, adalah lebih baik jika pemahaman menurut Kamus Dewan menjadi pembuka utama agenda, agar pemahaman kita menjadi jelas dan nyata. Pada tarikh 3 April 2009 yang lalu bermulalah detik pemerintahan Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak yang telah dilantik menjadi Perdana Menteri yang ke-6 menggantikan kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Dengan berbekalkan tujuan yang satu, beliau telah memperkenalkan satu konsep gagasan yang baru iaitu gagasan satu malaysia. Menurut epistimologi kamus dewan, gagasan membawa maksud buah fikiran yang dijadikan saranan. Maka timbulnya gabungan indah frasa-frasa ”rakyat didahulukan pencapaian diutamakan” menjadi wadah utama dalam memacu pentadbiran negara dan perpaduan kaum.

Pembentukan gagasan ini bertujuan untuk menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan antara kaum yang semakin pudar. Dengan itu, saya cerakinkan kepada 3 teras iaitu Prinsip Penerimaan, Prinsip Kenegaraan dan Prinsip Keadilan Sosial utama yang terdapat dalam gagasan 1 malaysia buat tatapan minda kita semua.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Berpaksikan cetusan idea saya yang pertama, Prinsip penerimaan membawa maksud walaupun rakyat Malaysia mempunyai cara hidup, amalan atau agama dan kebudayaan yang berbeza, tetapi kita menerima antara satu sama lain sebagai satu masyarakat yang harmoni. Kita sudah sedia maklum bahawa Malaysia mempunyai tiga kaum terbesar iaitu, kaum Melayu, Cina dan India yang sudah lama bertapak di negara tercinta ini. Kaum masing-masing mempunyai cara hidup, amalan dan kebudayaan yang berbeza. Oleh yang demikian, Prinsip Penerimaan telah diwujudkan bagi menyatu padukan ketiga-tiga kaum ini sekaligus merealisasikan Wawasan 2020 yang menjadi impian negara dalam mencapai negara maju dan setaraf dengan neagara-negara lain di mata dunia. Dengan kehadiran prinsip ini sekaligus dapat melonjakkan amalan kebudayaan kaum masing-masing malah secara tidak langsung dapat merapatkan jurang perbezaan antara kaum.

Pastinya, tuan-tuan dan puan-puan, hadirin dan hadirat sekalian mengetahui. Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 masih segar dalam ingatan setiap insan di Malaysia. Peristiwa berdarah yang melibatkan rusuhan kaum pada ketika itu perlu menjadi iktbar bagi setiap generasi. Sesungguhnya peristiwa 13 Mei 1969

Page 5: 1 Malaysia Teras Perpaduan Negara

yang mencatatkan titik hitam dalam sejarah perpaduan kaum di Malaysia wajar direnungi agar pisang tidak berbuah dua kali. Perpaduan kaum amat penting dipertahankan agar Malaysia dapat mengorak langkah menuju kearah pembentukan negara bangsa dan menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Jadi, sudah terang lagikan bersuluh, konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan dapat mengatasi masalah perpaduan kaum yang pernah terumbang-ambing di Negara kita suatu ketika dahulu.

Hadirin yang dihormati,

Gagasan 1 Malaysia Aspirasi Menjana Perpaduan Kaum.

Meniti isi lembayung saya yang kedua iaitu Prinsip Kenegaraan memupuk semangat nasionalisme. Cuba kita lihat masyarakat Malaysia sekarang dimana semangat nasionalisme mereka sudah semakin rapuh. Jika ditanyakan kepada kanak-kanak atau remaja pada hari ini hanya beberapa orang sahaja yang dapat memberi jawapan, apa itu semangat nasionalisme? (anda jawab) Oleh itu, kerajaan mengambil inisiatif meletakkan Prinsip Kenegaraan sebagai teras di dalam Konsep 1 Malaysia dengan harapan semangat nasionalisme dan perpaduan kaum lebih utuh.

Tidak dapat dinafikan lagi, Tun Hussien Onn yang sememangnya terkenal dengan usaha-usaha yang dilakukan untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat sehingga diberi gelaran ‘Bapa Perpaduan’. Bak kata pepatah “ sikit-sikit lama jadi bukit”.

Sidang pendengar yang setia,

Prinsip Keadilan Sosial menjadi cetusan minda yang terakhir. Setiap kaum di negara ini tanpa mengira latar belakang atau agama diberi keadilan yang sebaik mungkin dari segi kebajikan dan aspek-aspek sosial yang penting. Melalui Konsep 1Malaysia, setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum lain. Namun begitu, Konsep 1Malaysia yang mempunyai prinsip keadilan sosial bukanlah platform bagi mana-mana pihak untuk membuat tuntutan yang keterlaluan dan bukan-bukan

Hadirin sekalian,

Secara konklusinya, berdasarkan tiga cetusan minda yang telah dicanang-canangkan oleh saya sebentar tadi melalui prinsip teras iaitu Prinsip Penerimaan, Prinsip Kenegaraan dan Prinsip Keadilan Sosial, jelaslah disini bahawa konsep 1 Malaysia menjadi Aspirasi meningkatkan hubungan kaum.

Tuan-tuan dan puan-puan, pada pemuda harapan bangsa sekalian, marilah kita bersama-sama merealisasikan cita-cita murni ini agar kaum di Malaysia dapat bersatu, bekerjasama, saling bantu-membantu selaras dengan fitrah kita sebagai manusia yang inginkan keamanan.

Page 6: 1 Malaysia Teras Perpaduan Negara

Wahai warga Malaysia sekalian, sudah tiba masanya untuk kita meletakkan satu matlamat. Kita hidup bermuafakat dalam kepelbagaian budaya masyarakat, yang ringan sama dijinjing yang berat sama dipikul. Hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah. Gunung sama didaki lurah sama dituruni, semoga… kesedaran kita hari ini dapat memberikan ruang dan peluang kepada anak-anak kita untuk menari, menyanyi dan hidup dalam keadaan harmoni. Semaikanlah satu cita, satu impian, satu perpaduan, SATU MALAYSIA! Hidup Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Sekian, Wabilah hi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullah hi ta`ala wabarakatuh. Terima kasih.