1 Panduan Pentadbiran Pelbagai Instrumen Pt3 Semak 19 Mac 2015
-
Upload
iztiazrah4981 -
Category
Documents
-
view
95 -
download
0
description
Transcript of 1 Panduan Pentadbiran Pelbagai Instrumen Pt3 Semak 19 Mac 2015
1
PANDUAN PENTADBIRAN
PELBAGAI INSTRUMEN SEJARAH
& GEOGRAFI
PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2015
SEJARAH
GEOGRAFI
2
KANDUNGAN
HALAMAN
1.0 DASAR PENTADBIRAN PELBAGAI INSTRUMEN
1.1 Instrumen Pentaksiran 4
1.2 Personel 5
1.3 Prosedur Keselamatan 6
2.0 PENGENDALIAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN DAN RUBRIK PENSKORAN
9
3.0 PENTADBIRAN TUGASAN PELBAGAI INSTRUMEN 12
4.0 PERATURAN AM TUGASAN PELBAGAI INSTRUMEN 16
5.0 PENGHANTARAN SKOR PELBAGAI INSTRUMEN 18
6.0 PENTADBIRAN KES SALAH LAKU TUGASAN PELBAGAI INSTRUMEN
20
3
1.0
DASAR PENTADBIRAN UJIAN
PELBAGAI INSTRUMEN
4
1.1 INSTRUMEN PENTAKSIRAN
INSTRUMEN PENTAKSIRAN
Calon pekak dan bisu dikecualikan dari melaksanakan Ujian Lisan - Mendengar dan Ujian - Lisan Bertutur.
5
1.2 PERSONEL
PERSONEL PENTADBIRAN
PERSONEL SINGKATAN
PENGETUA PENGETUA
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN PKP
GURU KANAN MATA PELAJARAN GKMP
KETUA PANITIA KP
SETIAUSAHA PEPERIKSAAN SUP
GURU MATA PELAJARAN GMP
GURU LANTIKAN PENGETUA GLP
STAF SOKONGAN SS
KETUA PENGAWAS SEKOLAH KPS
PENGAWAS SEKOLAH PS
Personel Pentadbiran bertanggungjawab untuk penyediaan instrumen pentaksiran dan pentadbiran PT3.
PERSONEL PENTAKSIRAN
PERSONEL SINGKATAN
KETUA PENTAKSIR SEKOLAH (Pengetua) PS
KETUA PENTAKSIR MATA PELAJARAN
(Ketua Panitia atau guru lantikan Pengetua)
KPMp
PENTAKSIR MATA PELAJARAN
(Guru Mengajar Tingkatan3)
PMp
KETUA PENTAKSIR KEBANGSAAN (dilantik oleh LP) KPK
KETUA PENTAKSIR NEGERI (dilantik oleh LP) KPN
KETUA PENTAKSIR KAWASAN (dilantik oleh JPN) KPKw
PENTKASIR KAWASAN (dilantik oleh JPN) PKw
Personel Pentaksiran bertanggungjawab untuk pemeriksaan, moderasi pemeriksaan dan verifikasi skor.
6
1.3 PROSEDUR KESELAMATAN
PERSONEL
i. Semua Personel Pentadbiran dan Personel Pentaksiran yang menguruskan pengendalian Tugasan Pelbagai Instrumen, Rubrik Penskoran, skrip jawapan calon dan penyimpanan skor calon hendaklah dilantik oleh Pengetua, JPN serta LP dan menandatangani Akta Rahsia Rasmi 1972 (Lampiran D).
ii. Akta Rahsia Rasmi yang telah ditandatangani hendaklah disimpan oleh Pengetua
sehingga enam bulan dari tarikh pengeluaran pelaporan PT3.
AKTA RAHSIA RASMI 1972 (Lampiran 88)
Ditandatangani oleh Personel Pentadbiran
dan Personel Pentaksiran.
Ditandatangani oleh Pengetua
7
PENGENDALIAN DOKUMEN
AKTIVITI TINDAKAN
i. Tugasan Pelbagai instrumen dimuat turun melalui Aplikasi PT3 (http://pt3.moe.gov.my)
KPMp
SUP
ii. Mencetak dan memperbanyak Tugasan Pelbagai Instrumen untuk
diberikan kepada calon semasa taklimat dilaksanakan.
Melupuskan maklumat pada media storan dan mesin fotostat dengan
serta merta selepas percetakan instrumen pentaksiran.
KPMp
SUP SS
iii. Memuat turun Rubrik Penskoran melalui Aplikasi PT3 serta
menyimpan di premis sekolah dengan kawalan keselamatan bagi
mengelakkan sebarang insiden ketirisan maklumat.
(http://pt3.moe.gov.my)
Semua instrumen PT3 adalah dokumen terperingkat TERHAD.
Guru bertanggungjawab terhadap kerahsiaan instrumen PT3.
KPMp
SUP
iv. Menyediakan alamari berpalang diletakkan di dalam bilik berkunci di premis sekolah.
Menyimpan instrumen pentaksiran di dalam almari berpalang yang diletakkan di dalam bilik berkunci.
Pengetua
PKP SUP
v. Menyerahkan Tugasan Pelbagai Instrumen dan Rubrik Penskoran kepada PMp
KPMp
vi. Menyerahkan Tugasan Pelbagai Instrumen kepada calon. PMp
8
2.0
INSTRUMEN PENTAKSIRAN
DAN RUBRIK PENSKORAN PELBAGAI INSTRUMEN
9
2.0 PENGENDALIAN TUGASAN PELBAGAI INSTRUMEN DAN RUBRIK PENSKORAN
AKTIVITI TINDAKAN
i. Menyediakan Tugasan Pelbagai Instrumen dalam Aplikasi PT3 (http://pt3.moe.gov.my).
Menyediakan surat siaran memaklumkan kepada JPN, PPD dan Pengetua kata laluan dan arahan memuat turun Tugasan Pelbagai Instrumen dan Rubrik Penskoran melalui Aplikasi PT3.
LP
ii. Memastikan semua PPD dan Pengetua menerima surat siaran dari LP dan sekolah memuat turun Tugasan Pelbagai Instrumen serta Rubrik Penskoran.
JPN
iii. Memastikan semua sekolah dan Pengetua menerima surat siaran dari LP dan memuat turun Tugasan Pelbagai Instrumen serta Rubrik Penskoran.
PPD
iv. Melantik Ketua Pentaksir Mata Pelajaran dan Pentaksir Mata Pelajaran
Menerima surat siaran dari LP dan melaksanakan tugasan yang diarahkan.
Menyediakan surat kebenaran mengikut keperluan Tugasan
Pelbagai Instrumen
Memastikan KPMp memuat turun Tugasan Pelbagai Instrumen
melalui Aplikasi PT3.
Memastikan KPMp memuat turun Rubrik Penskoran melalui Aplikasi PT3.
Memastikan KPMp menyediakan Jadual Kerja Tugasan Pelbagai
Instrumen.
Memastikan penulisan tugasan pentaksiran dilaksanakan dalam tempoh lapan waktu PdP di dalam kelas dan bukan dalam bentuk peperiksaan awam
Menyediakan almari berpalang yang diletakkan di bilik berkunci
untuk menyimpan perkara berikut:
- Tugasan Pelbagai Instrumen sebelum diserahkan kepada KPMp dan GMp
- Rubrik Penskoran sebelum diserahkan kepada KPMp dan GMp
Menyerahkan Tugasan Pelbagai Instrumen kepada Guru Penolong
Kanan Pendidikan Khas / Penyelaras Pendidikan Khas untuk dibraille.
Pengetua
KPMp
10
AKTIVITI TINDAKAN
v. Menyediakan Jadual Kerja Tugasan Pelbagai Instrumen.
Memuat turun Tugasan Pelbagai Instrumen dari Aplikasi PT3 bersama-sama SUP.
Memperbanyakkan Tugasan Pelbagai Instrumen yang telah dimuat
turun melalui Aplikasi PT3.
Memberi taklimat kepada calon berkaitan pelaksanaan tugasan. Menyerahkan Tugasan Pelbagai Instrumen kepada semua GMp. Memastikan semua GMp mematuhi Jadual Kerja Tugasan Pelbagai
Instrumen.
Menyerahkan Rubrik Penskoran kepada GMp selepas dimuat
turun melalui Aplikasi PT3.
KPMp
vi. Menerima kata laluan untuk memuat turun Tugasan Pelbagai Instrumen dan Rubrik Penskoran.
Menyediakan keperluan peralatan tugasan (kertas jawapan, benang dan lain-lain)
Menyimpan Tugasan Pelbagai Instrumen serta Rubrik Penskoran dalam almari berpalang yang diletakkan di bilik berkunci seperti berikut:
- Tugasan Pelbagai Instrumen sebelum diserahkan kepada PMp - Rubrik Penskoran sebelum diserahkan kepada PMp
SUP
vii. Menerima Tugasan Pelbagai Instrumen melalui KPMp. Mengedarkan Tugasan Pelbagai Instrumen kepada calon.
Membimbing calon di dalam kelas melaksanakan tugasan menulis
dalam tempoh lapan waktu PdP di dalam kelas dan bukan dalam bentuk peperiksaan awam.
Menerima Rubrik Penskoran daripada KPMp.
Menjalankan pemeriksaan tugasan calon berdasarkan Rubrik
Penskoran.
PMp memasukkan markah calon dalam Aplikasi PT3.
PMp
11
3.0
PENTADBIRAN PELBAGAI INSTRUMEN
12
3.0 PENTADBIRAN TUGASAN PELBAGAI INSTRUMEN
AKTIVITI TINDAKAN
i. Menyediakan takwim dan Jadual Kerja Pelbagai Instrumen.
Mengedarkan takwim dan Jadual Kerja Pelbagai Instrumen kepada JPN dan memuat naik di portal LP.
Melantik pegawai pemantau dalam kalangan pegawai LP untuk
memantau pelaksanaan PT3 bagi menjamin pelaksanaan pentaksiran mengikut tempoh dan prosedur yang ditetapkan oleh LP.
LP
ii. Menerima takwim dan Jadual Kerja Pelbagai Instrumen dan mengedarkan kepada PPD.
Melantik pegawai pemantau dalam kalangan pegawai Sektor / Unit Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pendidikan Negeri untuk memantau pelaksanaan Tugasan Pelbagai Instrumen bagi menjamin pelaksanaan pentaksiran mengikut tempoh dan prosedur yang ditetapkan oleh LP.
Menguruskan calon bawah Kementerian Dalam Negeri dan calon
bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
- Menyerahkan jadual Tugasan Pelbagai Instrumen kepada calon.
- Menguruskan instrumen pentaksiran calon.
- Melantik personel pentaksiran untuk memeriksa skrip jawapan
calon.
- Menghantar markah calon ke LP.
- Mengeluarkan pelaporan berdasarkan format pelaporan PT3
Menjaga keselamatan instrumen pentaksiran dan Rubrik Penskoran.
JPN
iii. Menerima takwim dan Jadual Kerja Tugasan Pelbagai Instrumen daripada JPN dan menyerahkan ke sekolah.
Melantik pegawai pemantau dalam kalangan pegawai UPP, PPD untuk memantau pelaksanaan Tugasan Pelbagai Instrumen bagi menjamin pelaksanaan pentaksiran mengikut tempoh dan prosedur yang ditetapkan oleh LP.
PPD
iv. Menerima takwim dan Jadual Kerja Tugasan Pelbagai Instrumen daripada PPD dan mengedarkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran.
Menjalankan penjaminan kualiti bagi memastikan Tugasan Pelbagai
Instrumen ditadbir mengikut tempoh dan prosedur yang ditetapkan oleh LP.
Pengetua
13
AKTIVITI TINDAKAN
v. Memastikan Ketua Panitia menyediakan Jadual Kerja Tugasan Pelbagai Instrumen bagi calon biasa.
Memastikan Ketua Panitia menyediakan jadual Tugasan Pelbagai
Instrumen bagi Calon Berkeperluan Khas (CBK)
Catatan: CBK diberikan tambahan masa 30% (dua waktu PdP) dari waktu yang diperuntukkan bagi calon biasa.
Membantu Pengetua untuk menjalankan penjaminan kualiti bagi
memastikan Tugasan Pelbagai Instrumen ditadbir mengikut prosedur yang ditetapkan oleh LP.
PKP
vi. Memastikan pelaksanaan Pelbagai Instrumen mengikut jadual kerja yang ditetapkan oleh sekolah dan dalam tempoh yang ditetapkan oleh LP.
Memastikan pelaksanaan Tugasan Pelbagai Instrumen bagi kes-kes khas:
Calon Mewakili Negara dan calon yang sakit berpanjangan berada di hospital semasa pelaksanaan Tugasan Pelbagai Instrumen. Sekolah mentadbir Tugasan Pelbagai Instrumen selepas murid hadir semula ke sekolah. Pentadbiran Tugasan Pelbagai Instrumen dilaksanakan sebelum atau pada 31 Oktober
Calon berada di hospital dari mula tempoh pelaksanaan PT3 sehingga 31 Oktober Sekolah memaklumkan kepada JPN / PPD. JPN / PPD mentadbir PT3 sebelum 31 Oktober.
SUP
vii. Menyediakan Jadual Kerja Tugasan Pelbagai Instrumen. KPMp
viii. Mentadbir Tugasan Pelbagai Instrumen mengikut jadual yang
ditetapkan oleh sekolah dan Panduan dan Peraturan Am Tugasan Pelbagai Instrumen yang disediakan oleh LP.
Mentadbir Tugasan Pelbagai Instrumen mengikut jadual Tugasan
Pelbagai Instrumen yang ditetapkan oleh sekolah dalam tempoh yang ditetapkan oleh LP.
PMp
14
AKTIVITI TINDAKAN
Mentadbir Tugasan Pelbagai Instrumen bagi kes-kes khas.
- Calon mewakili negara dan calon yang berada di hospital semasa pelaksanaan Tugasan Pelbagai Instrumen. Sekolah mentadbir Tugasan Pelbagai Instrumen selepas calon hadir semula ke sekolah. Pentadbiran Tugasan Pelbagai Instrumen dilaksanakan sebelum atau pada 31 Oktober
- Calon berada di hospital dari mula tempoh pelaksanaan PT3
sehingga 31 Oktober
Sekolah memaklumkan kepada JPN / PPD. JPN / PPD mentadbir PT3 sebelum 31 Oktober.
15
4.0
PERATURAN AM
TUGASAN PELBAGAI INSTRUMEN
16
4.0 PERATURAN AM TUGASAN PELBAGAI INSTRUMEN
AKTIVITI TINDAKAN
i. TEMPOH PELAKSANAAN Penulisan tugasan pentaksiran dilaksanakan dalam tempoh lapan
waktu PdP di dalam kelas dan bukan dalam bentuk peperiksaan awam.
Proses memberi taklimat dan pengumpulan bahan sumber oleh calon tidak diambil kira dalam tempoh lapan waktu PdP.
Pentaksiran dilaksanakan sekali sahaja untuk setiap murid mengikut Jadual Tugasan Pelbagai Instrumen.
Pengetua
ii. PERSONEL PENTAKSIRAN
Pentaksiran dilaksanakan oleh guru yang mengajar murid di Tingkatan 3.
GMp
iii. PENTADBIRAN PENTAKSIRAN
Penulisan tugasan pentaksiran dilaksanakan dalam tempoh lapan
waktu PdP di dalam kelas dan bukan dalam bentuk peperiksaan awam.
Proses memberi taklimat dan pengumpulan bahan sumber oleh calon tidak diambil kira dalam tempoh lapan waktu PdP.
PMp dibenarkan membimbing calon semasa proses penulisan berdasarkan arahan tugasan yang dibekalkan oleh LP.
PMp mengumpul semula hasil tugasan setiap kali tamat waktu PdP.
PMp mengumpul tugasan calon untuk diperiksa berdasarkan Rubrik Penskoran.
SUP PMp GLP
17
5.0
PENGHANTARAN SKOR
TUGASAN PELBAGAI INSTRUMEN
18
5.0 PENGHANTARAN SKOR
AKTIVITI TINDAKAN
i. Menyediakan Aplikasi PT3 untuk penerimaan skor secara dalam talian. LP
ii. Memastikan sekolah dalam negeri menghantar skor secara dalam talian melalui Aplikasi PT3 dengan menepati jadual kerja PT3.
JPN
iii. Memastikan sekolah dalam daerah menghantar skor secara dalam talian melalui Aplikasi PT3 dengan menepati jadual kerja PT3.
PPD
iv. Mempengerusikan Jawatankuasa Verifikasi Skor dengan mematuhi prosedur Verifikasi Skor dalam dokumen Panduan Penjaminan Kualiti PT3.
Menurunkan tandatangan mengesahkan skor calon.
Memastikan SUP menghantar skor calon secara dalam talian melalui Aplikasi PT3.
Pengetua
v. Menganggotai Jawatankuasa Verifikasi Skor.
Membantu Pengetua memastikan SUP menghantar skor calon secara dalam talian melalui Aplikasi PT3.
PKP
vi. Menganggotai Jawatankuasa Verifikasi Skor.
Menerima cetakan skor calon dari SUP dan menyerahkannya kepada Pengetua.
KPMp
vii. Menganggotai Jawatankuasa Verifikasi Skor.
Merekodkan skor murid secara dalam talian dalam Aplikasi PT3 berpandukan arahan pada paparan Aplikasi PT3.
GMp
viii. Menerima nama pengguna dan kata laluan bagi aplikasi PT3.
Membuka aplikasi untuk guru mata pelajaran merekodkan skor calon.
Mencetak borang skor calon dari Aplikasi PT3 dan menyerahkannya
kepada KPMp untuk dibawa dalam Jawatankuasa Verifikasi Skor.
Menerima borang skor calon yang telah disahkan oleh Pengetua. Menghantar skor calon ke LP secara dalam talian melalui Aplikasi PT3.
SUP
19
6.0
PENTADBIRAN KES SALAH LAKU
TUGASAN PELBAGAI INSTRUMEN
20
6.0 SALAH LAKU
AKTIVITI TINDAKAN
i. Menerima Laporan Kes Salah Laku dari JPN.
LP bertanggungjawab mengarahkan siasatan dijalankan ke atas laporan yang diberikan.
LP
ii. Menerima Laporan Kes Salah Laku daripada pihak sekolah, KPMp, KPKw atau PKw.
JPN akan mengarahkan KPKw untuk membuat pentaksiran ketiga bagi memastikan laporan PKw benar.
JPN akan membuat siasatan setelah menerima surat arahan menjalankan siasatan oleh LP.
JPN akan mengambil skrip calon sekiranya didapati ada berlakunya palagiat berdasarkan arahan surat dari LP.
JPN
iii. PPD akan menerima maklumat berkaitan kes yang berlaku di daerahnya melalui JPN.
PPD
iv. Mempengerusikan Jawatankuasa Integriti di sekolah jika berlakunya kes salah laku.
Membincang dan membuat siasatan di peringkat sekolah jika berlakunya kes salah laku.
Mengambil langkah awal bagi mengawal kes dan isu salah laku tersebar.
Pengetua menyerahkan skrip yang didapati berlakunya palagiat
kepada JPN berdasarkan arahan LP.
Pengetua
v. Menganggotai Jawatankuasa Integriti di sekolah.
Membantu Pengetua memastikan mengawal kes dan isu salah laku tidak tersebar.
KPMp
GMp