1. PEMBELIAN DOKUMEN …iperolehan.mpkluang.gov.my/images/Manual Pengguna.pdfSetelah pembayaran atau...

6
1. PEMBELIAN DOKUMEN (KONTRAKTOR/SYARIKAT) a. PEMBELIAN SEBUTHARGA i. Log masuk sistem. ii. Sistem akan papar sebutharga yang boleh dibeli oleh kontraktor berdasarkan lesen yang ditentukan oleh MPK.

Transcript of 1. PEMBELIAN DOKUMEN …iperolehan.mpkluang.gov.my/images/Manual Pengguna.pdfSetelah pembayaran atau...

1. PEMBELIAN DOKUMEN (KONTRAKTOR/SYARIKAT)

a. PEMBELIAN SEBUTHARGA

i. Log masuk sistem.

ii. Sistem akan papar sebutharga yang boleh dibeli oleh kontraktor berdasarkan

lesen yang ditentukan oleh MPK.

iii. Klik IKLAN untuk pilih sebutharga yang ingin dibeli. Sistem akan paparkan iklan

sebutharga dan senarai sebutharga yang ada.

iv. Klik pada kotak pada ruangan iklan.

v. Pastikan senarai dokumen yang ingin dibeli. Permohonan yang telah dibuat tidak

boleh dibatalkan.

vi. Klik butang MOHON di akhir/ bawah iklan untuk cetak resit pembelian.

vii. Sistem akan membawa anda ke paparan PERMOHONAN SEBUTHARGA atau anda

boleh pergi sendiri dengan klik menu PERMOHONAN SEBUTHARGA.

viii. Klik pada BORANG PEMBELIAN dalam ruang MUAT TURUN. Sistem akan jana resit

ATAU resit e-PBT.

ix. Jika sistem menjana resit seperti dibawah, kontraktor/syarikat perlu :

1. Membuat bayaran di kaunter bil pelbagai MPK dengan membawa resit

berkenaan.

2. Pergi ke Jabatan Kejuruteraan untuk pengesahan pembelian.

x. Jika sistem menjana resit E-PBT, kontraktor hanya perlu membuat pembayaran di

kaunter pembayaran bil pelbagai MPK. (GAMBAR RESIT)

xi. Setelah pembayaran atau pengesahan dibuat, kontraktor boleh muatturun

dokumen sebutharga.

xii. Klik menu PERMOHONAN SEBUTHARGA, klik ‘+’ pada sebutharga pilihan.

xiii. Sistem akan paparkan senarai dokumen yang ada di ruangan muat turun iaitu :

1. Dokumen Sebutharga/Tender – Dokumen wajib muat turun.

2. Dokumen Tambahan (jika ada) – Dokumen sokongan atau tidak wajib

muat turun.

3. Dokumen TTD (jika ada)– Sampel dokumen untuk lihat. Tidak ajib muat

turun.

xiv. Klik DOKUMEN SEBUTHARGA/TENDER untuk muat turun.

xv. Cetak keseluruhan dokumen dan isi sebelum hantar ke MPK.

b. KEPUTUSAN SEBUTHARGA

i. Klik menu KEPUTUSAN SEBUTHARGA. Kontraktor boleh memilih atau buat

carian pada ruangan kosong pada paparan dan tekan ENTER. Sistem akan papar

keputusan penganugerahan sebutharga samada berjaya atau tidak.

ii. Klik menu KEPUTUSAN SEBUTHARGA pada paparan utama, sistem akan

kontraktor/syarikat yang telah dianugerahkan sebutharga tersebut.

Kontraktor boleh memilih atau buat carian pada ruangan kosong pada paparan

dan tekan ENTER.