1 pengenalan kepada kenegaran malaysia

27
BAB 1 PENGENALAN KEPADA KENEGARAAN MALAYSIA

Transcript of 1 pengenalan kepada kenegaran malaysia

Page 1: 1 pengenalan kepada kenegaran malaysia

BAB 1

PENGENALAN KEPADA KENEGARAAN MALAYSIA

Page 2: 1 pengenalan kepada kenegaran malaysia

PENGENALANKenegaraan • satu kursus yang mengajar tentang hal ehwal

sesebuah negara untuk melahirkan warganegara yang baik dan bertanggungjawab.

• berkait rapat dengan rakyat, budaya, politik, ekonomi dan sejarah sesebuah negara.

• membentuk sebuah negara dan bangsa yang bersatu padu dan dihormati di peringkat antarabangsa.

• dalam disiplin sains politik, kenegaraan selalu di rujuk sebagai pembinaan negara bangsa.

Page 3: 1 pengenalan kepada kenegaran malaysia

Warganegara yang baik dan bertanggungjawab;

• mempunyai tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat, dan negara.

• mengetahui latar belakang warisan budayanya, perkembangan sejarah bangsa dan negaranya - menghargai perjuangan kemerdekaan dan kemajuan-kemajuan yang telah dicapai oleh negara.

• cinta, setia, besyukur serta sedia berkorban mempertahankan kedaulatan negara (patrotisme).

Page 4: 1 pengenalan kepada kenegaran malaysia

Penghayatan sejarah;

• boleh membentuk jati diri, kesetiaan dan semangat patriotisme.

• masyarakat majmuk Malaysia - kompleks yang dipisahkan oleh budaya dan cara hidup yang berbeza.

• jurang perbezaan besar antara kaum tinggalan Inggeris menghalang perpaduan dan integrasi kaum.

• masyarakat dapat diintegrasikan sebagai satu bangsa dengan lebih berjaya dan sedar bahawa negara kita telah melalui pelbagai zaman dan cabaran.

Page 5: 1 pengenalan kepada kenegaran malaysia

NEGARA BANGSA

• Secara mudah negara bangsa ada tiga komponen utama:

Negara - wilayah kewujudan kelompok manusia

Individu - manusiaBangsa - satu kesatuan manusia yang

hidup dalam sesebuah negara

• Negara bangsa adalah dua perkataan yang berbeza iaitu negara dan bangsa.

Page 6: 1 pengenalan kepada kenegaran malaysia

• Negara adalah satu unit politik yang mempunyai kedaulatan dan mempunyai tanggungjawab dan kuasa menjalankan hal ehwal pentadbiran sendiri.

• Mengikut undang-undang antarabangsa, empat elemen penting yang mesti ada;

- kawasan tertentu yang mempunyai sempadan yang jelas.

- ada penduduk tinggal di situ. - terdapat sebuah kerajaan yang sah memerintah. - kerajaan itu pula mestilah berkesan dalam menjalankan pemerintahan.

Page 7: 1 pengenalan kepada kenegaran malaysia

• Bangsa selaluya diertikan sebagai kewujudan dalam kumpulan manusia tertentu dengan beberapa ciri yang sama.

- persamaan dalam unsur-unsur jasmani, politik, dan kebudayaan.

- integrasi etnik tanpa konflik kaum yang merugikan yang dapat menyumbang kepada kestabilan dan

kemakmuran negara.

• Kekecualian - tidak ada satu negara pun di dunia ini yang mempunyai penduduk yang terdiri daripada satu keturunan atau satu etnik sahaja.

Page 8: 1 pengenalan kepada kenegaran malaysia

Ciri-ciri Negara BangsaAsas pembentukan negara bangsa;• Pertama, hidup bersatu tanpa fahaman perkauman

sempit dan menerima satu nilai kebangsaan yang boleh mengikat mereka sebagai satu kelompok manusia dengan hati yang terbuka.

• Contohnya, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan – dasar ini bertujuan menyatukan penduduk dengan

mewujudkan nilai yang sama sebagai nilai kebangsaan di kalangan mereka untuk dikenali sebagai bangsa Malaysia.

Page 9: 1 pengenalan kepada kenegaran malaysia

• Kedua, sebilangan besar rakyat mesti berpegang kepada ideologi politik yang sama iaitu demokrasi liberal. Perbezaan yang wujud hanya cara untuk mencapai matlamat dan tidak wujud kegawatan politik kerana matlamat politik yang sama, iaitu demokrasi.

• Ketiga, kepercayaan dan keyakinan yang tinggi kepada sistem pemerintahan dan undang-undang negara. Rakyat patuh kepada undang-undang dan yakin bahawa undang-undang dan sistem pentadbiran yang diamalkan mampu memberi perlindungan dan keadilan kepada mereka.

Page 10: 1 pengenalan kepada kenegaran malaysia

Faktor yang Boleh Mempengaruhi Negara Bangsa

1. Intergrasi Integrasi kaum dan wilayah adalah perkara asas bagi mengukuhkan perpaduan dan penyatuan masyarakat dalam sesebuah negara dengan mengutamakan matlamat kebangsaan.

2. Nasionaliti

Elemen penting yang mengikat seorang warganegara yang baik satu bangsa setia, sayang dan sanggup berkorban untuk negara.

Page 11: 1 pengenalan kepada kenegaran malaysia

3. Nasionalisme Nasionalisme sebagai asas membina semangat kekuatan, keyakinan

diri, penyatuan dan perpaduan nasional, digembelengkan untuk mencapai cita-cita serta kemajuan. Semua kaum mesti mengutamakan kepentingan nasional daripada kepentingan kaum masing-masing.

4. Patriotisme Patriotisme adalah semangat sanggup berkorban kerana negara

yang lahir dari perasaan nasionalisme iaitu cintakan negara. Elemen ini menjadikan bangsa itu kuat dan mampu berjuang membangunkan bangsa daripada kemunduran dan penindasan. Sebuah negara bangsa yang kuat perlu kepada rakyat yang mempunyai keberanian, ketahanan mental, emosi dan fizikal dalam membentuk ketahanan nasional

Page 12: 1 pengenalan kepada kenegaran malaysia

5. Globalisme Menjadikan dunia begitu kecil dan boleh menjadikan sebagai satu

ancaman kepada negara bangsa. Oleh yang demikian, nasionalisme dan patriotisme mestilah menjadi benteng terakhir untuk mempertahankan negara daripada ancaman musuh akibat proses globalisasi.

6. Kepelbagaian Budaya Kepelbagaian budaya yang diamalkan oleh pelbagai kelompok etnik

boleh menimbulkan cabaran yang serius kepada usaha pembinaan bangsa dan negara. Satu budaya kebangsaan yang boleh diterima oleh semua kaum patut dipupuk sebagai satu identiti kebangsaan.

7. Pluralisme Dasar pecah dan perintah di zaman Inggeris yang membahagikan

kaum mengikut sektor telah menghalang perpaduan kaum sebelum merdeka. Kerajaan telah menyusun semula masayarakat melalui pelbagai dasar seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan sebagainya.

Page 13: 1 pengenalan kepada kenegaran malaysia

8. Liberalisme Fahaman liberalisme yang memberikan kebebasan kepada individu,

kelompok dan organisasi tertentu, yang tidak terkawal mampu menghalang pembentukan negara bangsa. Keutamaan mengejar kekayaan dan kebendaan telah menjadikan manusia terlalu mementingkan diri sendiri. Sikap seperti ini jika tidak dikawal boleh membelakangkan matlamat dan kepentingan nasional.

9. Neo-Feudalisme Penjelmaan neo-kolonialisme dalam sistem budaya, sosial dan

politik menyekat demokrasi. Suasana ini mewujudkan sebilangan kecil elit birokrat dan ahli politik yang kuat dan kebal dari segi undang-undang dalam kerangka perubahan yang mereka buat sendiri perlu diatasi untuk mewujudkan negara bangsa Malaysia moden.

Page 14: 1 pengenalan kepada kenegaran malaysia

10. Demokrasi

Syarat utama membina negara bangsa ialah mewujudkan dan menyebarluaskan fahaman dan amalan demokrasi. Rakyat boleh mengambil bahagian yang aktif dalam membentuk segala keputusan dalam segala hal supaya tidak timbul perasaan tidak puas hati. Kritikan yang membina dan bertanggungjawab harus dibenarkan seluas-luasnya untuk kebaikan bersama. Amalan demokrasi ini boleh melahirkan warganegara yang tahu kebebasan dan tanggungjawab kepada bangsa dan negara.

Page 15: 1 pengenalan kepada kenegaran malaysia

Proses Pembinaan Negara Bangsa • Memakan masa yang panjang. Hague dan

Harrop menentukan sesebuah negara bangsa hanya terbentuk setelah melalui empat proses berikut:(i) State-building (bina negara) (ii) Nation-building (bina bangsa) (iii) Mass participation (penyertaan rakyat) (iv) Politics of distribution (pengagihan nilai- nilai dalam masyarakat)

Page 16: 1 pengenalan kepada kenegaran malaysia

• Perubahan dari satu tahap kepada satu tahap di atas adalah berbeza dari satu negara ke satu negara yang lain.

• Perubahan ini berlaku kerana konflik antara kaum dan perbezaan yang terlalu besar di antara mereka semasa atau selepas penjajahan Inggeris. Sebarang tindakan untuk memenuhi kepentingan kaum tertentu akan disalahertikan oleh kaum yang lain.

• Apabila berlaku konflik, maka perubahan perlu dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut dan proses pembinaan negara dan bangsa akan memasuki tahap selanjutnya sehinggalah pembentukan sebuah negara bangsa menjadi kenyataan.

Page 17: 1 pengenalan kepada kenegaran malaysia

• Di Malaysia pembentukan negara dengan rakyat berbilang kaum hanya dimulakan pada 1948 apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan dan melonggarkan pemberian kerakyatan bersyarat kepada penduduk bukan Melayu.

• Kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957 daripada Inggeris mengukuhkan lagi asas itu dan diikuti penubuhan Malaysia tahun 1963 sebagai tanda pembentukan negara Malaysia yang berdaulat.

• Pada waktu itu, Malaysia hanya mendapat sebuah negara daripada Inggeris sebagai simbol kemerdekaan. Malaysia diperintah oleh Parti Perikatan yang sah dan diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Penduduk Malaysia masih belum diintegrasikan sebagai sebuah bangsa. Mereka masih dikenali mengikut kaum dalam segala bidang. Pada tahap pertama ini, interaksi dan perpaduan kaum berada pada tahap yang paling rendah.

Page 18: 1 pengenalan kepada kenegaran malaysia

• Pada tahap kedua, memperlihatkan berlakunya perhubungan awal yang longgar antara kaum. Ini dijelaskan oleh Furnivall sebagai mempunyai ciri-ciri masyarakat majmuk apabila terdapat lebih daripada satu etnik termasuk penduduk bumiputera yang tinggal di situ.

• Mereka bercampur tetapi tidak bersatu, tinggal berdekatan tetapi terpisah, mengamalkan budaya, pekerjaan dan pendidikan yang berbeza. Pada tahap ini, interaksi antara mereka berada pada paras minimum.

Page 19: 1 pengenalan kepada kenegaran malaysia

• Pada tahap ketiga, perhubungan kaum menjadi agak rencam, pelbagai dan saling bergantung yang akhirnya memerlukan kepada satu iklim persefahaman yang harmoni bagi mendamai dan memenuhi kepentingan kaum supaya perpaduan dapat diwujudkan.

• Perbezaan antara mereka cuba dirapatkan, persamaan dan kerjasama antara kaum dicari serta diperluaskan sebagai ikhtiar mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional.

• Pada tahap ini, masyarakat telah diintegrasikan ke dalam satu bangsa yang bersatu dengan memiliki nilai-nilai yang sama, dan membentuk sebuah negara bangsa Malaysia.

Page 20: 1 pengenalan kepada kenegaran malaysia

NEGARA BANGSA MALAYSIA • Dunia sekarang sedang memasuki “gelombang ketiga” itu ledakan

teknologi maklumat yang membolehkan manusia berhubung dan bertukar maklumat di seluruh dunia dalam masa yang pantas.

• Perkembangan ini telah menimbulkan banyak persoalan mengenai perlunya sebuah negara bangsa Malaysia.

• Tidak tepat mengatakan Malaysia tidak perlu negara bangsa dan rakyat yang bersatu padu, nasionalisme dan patriotisme. Nasionalisme perlu untuk memelihara keutuhan negara dan membina kekuatan dalaman daripada ancaman asing dalam bentuk baru seperti globalisasi.

Page 21: 1 pengenalan kepada kenegaran malaysia

• Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dengan pelbagai budaya serta bimbang akan dijajah, maka nasionalisme masih perlu ditanam setiap jiwa rakyat Malaysia.

• Perbezaan besar yang wujud antara kaum sengaja dibuat oleh Inggeris bagi memenuhi kehendak dan matlamat mereka untuk mencari keuntungan.

• Perpecahan di kalangan rakyat menghalang wujudnya semangat nasionalisme. Semangat nasionalisme sebelum perang adalah berteraskan kepada kaum. Orang bukan Melayu masih menumpukan perhatian ke tanah besar China dan India kerana mereka tidak menganggap Tanah Melayu sebagai tanahairnya, sementara orang Melayu menumpukan perhatian kepada Timur Tengah dan Indonesia sebagai teras perjuangan mereka.

Page 22: 1 pengenalan kepada kenegaran malaysia

• Penduduk Malaysia masih berpuak-puak walaupun negara telah merdeka. Semasa mencapai kemerdekaan kita hanya mendapat sebuah negara daripada penjajah Inggeris. Perasaan iri hati dan tidak percaya antara kaum berleluasa sehingga meletus tragedi 13 Mei 1969.

• Dasar Pelajaran Kebangsaan (DPK), Dasar Ekonomi Baru (DEB), dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) diperkenalkankan untuk menyusun semula masyarakat. Namun perbezaan antara kaum masih lagi besar dengan struktur sosial, ekonomi dan politik tidak banyak berubah. Justeru, ada sarjana yang membuat kesimpulan Malaysia belum lagi mencapai taraf negara bangsa tetapi sebagai satu negara banyak bangsa.

Page 23: 1 pengenalan kepada kenegaran malaysia

• Kita harus sentiasa waspada kepada ancaman luar dan neo-kolonialisme. Nikmat yang dikecapi akan hilang dalam sekelip mata sekiranya berlaku kecuaian, kelalaian dan sebab-sebab lain. Dalam zaman semakin maju dan canggih, penjajahan, penindasan dan penghinaan ke atas kita boleh dirangka dalam pelbagai bentuk baru sama ada melalui minda, gaya hidup dan sebagainya.

• Musuh negara ada di mana-mana, sentiasa mencari jalan memecahbelahkan keharmonian kaum. Nasionalisme mesti dipupuk dan disebarluaskan kerana ia akan melahirkan pula semangat patriotisme, iaitu sanggup berkorban demi negara seperti berjuang mempertahankan kepentingan negara.

Page 24: 1 pengenalan kepada kenegaran malaysia

• Nasionalisme yang ditanam mestilah nasionalisme Malaysia yang positif, tidak berteras kepada perkauman dan dapat mengikat rakyat menjadi bangsa Malaysia yang bersatu padu.

• Perasaan mencintai negara akan wujud jika rakyat mengetahui fakta sejarah negara. Melalui sejarah seseorang itu akan dapat mengetahui dan memahami berbagai peristiwa termasuk pertumbuhan, perkembangan dan pembangunan malah kemerosotan sesebuah negara, bangsa dan masyarakat.

• Pengetahuan dan pemahaman tentang asal usul dan perkembangan tamadun manusia masa lampau boleh membantu generasi hari ini menghargai segala bentuk warisan, usaha dan sumbangan manusia yang terdahulu. Ini boleh mendorong seseorang itu memiliki perasaan bangga dan sayang kepada diri, keluarga, bangsa dan tanah air sendiri

Page 25: 1 pengenalan kepada kenegaran malaysia

• Perasaan cinta kepada negara boleh timbul jika kita memahami latar belakang sejarah sesebuah negara. Sebagai contoh, orang bukan Melayu dengan lapang dada akan menerima Malaysia sebagai negaranya jika mereka tahu pengorbanan orang Melayu dan UMNO semasa pilihanraya umum tahun 1955. Orang Melayu boleh memenangi pilihanraya tanpa perlu bekerjasama dengan MCA dan MIC, kerana majoriti pengundi pada masa itu adalah orang Melayu.

• Masyarakat Melayu merupakan teras negara, namun kita tidak harus menafikan kewujudan masyarakat lain yang telah turut sama menyumbang kepada kekukuhan dan kemantapan negara Malaysia sehingga hari ini.

Page 26: 1 pengenalan kepada kenegaran malaysia

• Kepentingan sejarah sesuatu bangsa khasnya harus berteraskan kepada sejarah masyarakat peribumi bagi pemantapan pembinaan negara bangsa. Dalam hal ini, masyarakat Melayu harus menjadi tunggak ketuanan, patriotisme dan nasionalisme negara bangsa. Ini boleh memastikan keutuhan negara dan bangsa akan terjamin.

• Budaya sebagai teras keutuhan dan kekuatan bangsa amat penting walaupun setelah pencerobohan kuasa asing. Ia akan terus berperanan walaupun ketika masyarakat khususnya orang Melayu berada di luar rantau Melayu. Sebab itulah sejarah penting bagi melanjutkan usaha pembinaan bangsa dan negara berdasarkan peristiwa masa lampau, dan membentuk perubahan yang bersesuaian dengan keadaan semasa dalam membina dan menghadapi cabaran paradigma baru.

Page 27: 1 pengenalan kepada kenegaran malaysia

KESIMPULAN • Malaysia sedang menuju ke arah sebuah negara maju dan terdedah

kepada globalisasi. Pembinaan sebuah negara bangsa Malaysia yang bersatu padu diperlukan kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang penduduknya terdiri daripada masyarakat majmuk.

• Sikap perkauman yang tebal bermakna Malaysia terdedah kepada konflik perkauman yang akan berlaku pada bila-bila masa sahaja seperti sebutir bom jangka.

• Menyusun semula masyarakat melalui dasar-dasar yang dijalankan selepas peristiwa 13 Mei 1969 merupakan langkah baik menuju pembentukan sebuah negara bangsa. Semangat nasionalisme menjadi pemangkin dan pelengkap kepada usaha ini. Setiap warganegara sepatutnya bersedia menggantikan nasionalisme sempit berasaskan perkauman kepada nasionalisme kebangsaan lantas melahirkan pula semangat patriotisme yang tidak berbelah bagi terhadap negara.