1 Pengenalan Menggambar Dan Membuat Corak

3
Menggambar adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata. Menggambar mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata. Ilustrasi yang digunakan adalah untuk menerangkan sesuatu objek dengan lebih jelas Menggambar juga boleh dikenali sebagai representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk 2 dimensi. Selain itu, bidang menggambar menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran murid dan bertujuan memperlihatkan sejauh mana kemampuan murid terhadap aktiviti melukis atau membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik. Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri murid. Menggambar juga merupakan satu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental seseorang. Aktiviti menggambar adalah satu cara bagaimana seseorang boleh berkomunikasi dengan orang lain, dapat meluahkan perasaan dan menilai sesuatu hasil seni dari aspek estetik. Antara kegiatan dalam bidang ini ialah: Lukisan Catan Kolaj Montaj Cetakan Resis Gosokan Stensila Poster Mengga mbar

description

psv

Transcript of 1 Pengenalan Menggambar Dan Membuat Corak

Page 1: 1 Pengenalan Menggambar Dan Membuat Corak

Menggambar adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata. Menggambar mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata. Ilustrasi yang digunakan adalah untuk menerangkan sesuatu objek dengan lebih jelas Menggambar juga boleh dikenali sebagai representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk 2 dimensi.

Selain itu, bidang menggambar menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran murid dan bertujuan memperlihatkan sejauh mana kemampuan murid terhadap aktiviti melukis atau membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik. Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri murid. Menggambar juga merupakan satu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental seseorang. Aktiviti menggambar adalah satu cara bagaimana seseorang boleh berkomunikasi dengan orang lain, dapat meluahkan perasaan dan menilai sesuatu hasil seni dari aspek estetik.

Antara kegiatan dalam bidang ini ialah:

Lukisan Catan Kolaj Montaj

Cetakan Resis Gosokan Stensilan Poster

Percikan Gurisan Capan Mozek

Menggamb

ar

Page 2: 1 Pengenalan Menggambar Dan Membuat Corak

Bidang membuat corak dan rekaan memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi satu rekaan lain.Corak ialah susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Corak boleh dibentuk daripada motif yang teratur dan bebas. Oleh itu,corak terdiri daripada corak terancang dan corak tidak terancang. Corak dan rekaan tersebut juga boleh dipadankan dengan mana-mana hasil daripada bidang kegiatan lain.

Bidang ini membolehkan individu mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian. Kegiatan ini memberi peluang kepada murid membuat rekaan corak tidak terancang, corak terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Antaranya melalui kegiatan seperti:

Membuat

Corak dan

Rekaan

Corak tidak terancang

Pualaman Tiupan Titisan Renjisan dan percikan

Ikatan dan celupan

Corak terancang

Lukisan Catan Resis Cetakan

Capan Lipatan dan guntingan

Kolaj Kaligrafi

Page 3: 1 Pengenalan Menggambar Dan Membuat Corak