1 Persatuan Pengguna Pulau Pinang Persatuan Pengguna Pulau ... ubat kita.pdf · antibiotik untuk...

12

Transcript of 1 Persatuan Pengguna Pulau Pinang Persatuan Pengguna Pulau ... ubat kita.pdf · antibiotik untuk...

Page 1: 1 Persatuan Pengguna Pulau Pinang Persatuan Pengguna Pulau ... ubat kita.pdf · antibiotik untuk merawat segala penyakit, daripada akne, tibi hinggalah ... (seperti cateter saluran

1 Persatuan Pengguna Pulau Pinang Persatuan Pengguna Pulau Pinang 1

Page 2: 1 Persatuan Pengguna Pulau Pinang Persatuan Pengguna Pulau ... ubat kita.pdf · antibiotik untuk merawat segala penyakit, daripada akne, tibi hinggalah ... (seperti cateter saluran

2 Persatuan Pengguna Pulau Pinang2 Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Penyalahgunaan dan penggunaan antibiotik yang berlebihan menyebabkan pelbagai bakteria penyebab penyakit (seperti jangkitan saluran kencing, pneumonia, tibi, gonorea, jangkitan darah dan lain-lain jangkitan bakteria, menjadi kebal kepada antibiotik.Kegagalan antibiotik untuk mengubati jangkitan bakteria dengan ketiadaan antibiotik baharu dan selamat bermakna kita mungkin kehilangan rawatan dalam usaha menentang kuman kebal.Terdapat juga risiko jangkitan yang sudah bertahun-tahun diurus dengan mudah mungkin sekali lagi sukar dirawat dan tidak dapat dikawal. Sehingga kini kuman kebal telah meragut jutaan nyawa di seluruh dunia.

Apakah Antibiotik?Antibiotik merupakan ubat yang

kuat dan digunakan untuk mengubati atau mencegah pelbagai jenis jangkitan dan penyakit yang berpunca daripada bakteria. Ubatan ini membunuh atau mengurangkan pembiakan bakteria.

Sejak diperkenalkan ke dalam perubatan aliran utama selepas Perang Dunia Ke 2, kita banyak bergantung kepada antibiotik untuk mengawal bakteria yang mampu membunuh.

Doktor dan masyarakat umumnya menjadi terlalu bergantung kepada antibiotik untuk merawat segala penyakit, daripada akne, tibi hinggalah gonorea. Selain itu ia juga digunakan untuk bayi praterma di samping menyokong sistem imun sebelum dan selepas pembedahan, merawat kanser dan pemindahan organ.

Jika digunakan dengan betul, antibiotik mampu menyelamatkan nyawa. Ia telah berjaya mengubati berjuta nyawa sejak mula diperkenalkan pada 1940-an dan 1950-an.

Malangnya disebabkan penyalah-gunaan dan penggunaan berlebihan, banyak antibiotik yang terdapat sekarang tidak lagi berkesan membunuh bakteria. Apabila bakteria menjadi kebal, semakin sukar untuk mengubati penyakit yang berpunca daripadanya. Oleh itu, antibotik yang lebih kuat dan mahal diperlukan untuk membunuh bakteria yang sama.

Namun antibiotik baharu mahal harganya dan mengambil masa untuk dimajukan. Sementara itu, “kekebalan kepada antibiotik semakin meningkat dan kita semakin kehabisan kaedah rawatan untuk melawannya,” Dr Marie-Paul Kieny, pembantu ketua pengarah WHO mengenai sistem kesihatan dan inovasi, memberi amaran dalam laporan terbaharu.

Apakah KEKEBALAN kepada Antibiotik?

Kekebalan kepada antibiotik berlaku apabila bakteria berubah (berlaku mutasi) untuk melindunginya daripada antibiotik. Di peringkat molekul, organisma halus ini mencari jalan untuk mengatasi ubatan yang dicipta untuk membunuhnya.

Semakin banyak kita mengambil

KRISIS Kebal kepada Antibiotik1. Haiwan mungkin diberikan antibiotik; oleh itu, ia membawa bakteria kebal kepada antibiotik. 2. Sayuran mungkin dicemari bakteria yang kebal kepada antibiotik daripada najis haiwan yang dijadikan baja. 3. Bakteria yang kebal antibiotik boleh merebak kepada manusia menerusi makanan dan mengurus ternakan.

antibiotik, semakin besar pula peluang bagi bakteria mengembangkan kekebalan kepadanya. Bakteria kebal (atau kuman kebal) bukan sekadar hidup, ia berkembang biak.

KEBAL kepada Ubat – Sistem Pertahanan Semula jadi Bakteria

Bakteria mampu mengembangkan kekebalan kepada antibiotik dengan cepat. Organisma penyakit telah mengembangkan ketahanan terhadap antibiotik yang dicipta untuk membunuhnya.l Sebelum penicillin diper-

kenalkan pada 1943, kuman staphylococcus mempunyai gen yang membuatkan ia kebal kepada kesan ubat tersebut. Kekebalan kepada penicillin berlaku di seluruh dunia pada tahun 1950-an.l Kuman Staphylococcus yang

kebal kepada antibiotik Methicillin (MRSA) berkembang cuma dua tahun selepas antibiotik itu beredar di pasaran pada 1960. l Selepas MRSA, muncul pula

ESBLs (extended spectrum beta lactamases), yang bukan sahaja berjaya mengalahkan penicillin dan

sekumpulan dengannya, malah turut memusnahkan satu keluarga besar antibiotik dipanggil cephalosporins.l Selepas cephalosporins ditewas-

kan, antibiotik baharu dikeluarkan namun masih kalah.

Salah guna AntibiotikLahirkan Kuman Lebih Kebal

Ketika manusia mengambil lebih banyak antibiotik — sama ada melalui preskripsi mahupun sektor pertanian dan penternakan di mana ternakan diberi ubatan untuk mencegah penyakit — bakteria kebal mengembangkan kekebalan yang menolak kesan ubat yang dicipta untuk membunuhnya.

Sejauh mana Seriusnya Masalah Ini?

Lebih dua bilion penduduk di seluruh dunia telah dijangkiti bakteria yang kebal kepada antibiotik.

Di negara-negara yang pen-duduknya berpendapatan rendah dan sederhana, kekebalannya sudahpun tinggi: Di Indonesia, Brazil dan Rusia kira-kira 60% daripada jangkitan bakteria telah kebal kepada sekurang-

kurangnya satu antibiotik.Pusat bagi Kawalan dan Pencegahan

Penyakit AS menggelarnya “salah satu daripada masalah kesihatan awam yang paling menekan”. Ia memberi amaran, bakteria yang suatu ketika dahulu memberikan respons tinggi kepada antibiotik menjadi semakin kebal.

WHO telah mengenal pasti kekebalan kepada antibiotik sebagai salah satu ancaman terbesar kepada kesihatan manusia sekarang. “Mekanisme kekebalan yang baharu telah muncul dan tersebar di seluruh dunia, mengancam kemampuan kita untuk merawat penyakit berjangkit,” tegas WHO.

WHO memberi amaran, kita sekarang sedang menuju ke era pasca antibiotik di mana banyak jangkitan biasa sukar untuk diubati dan kuman sekali lagi (akan) membunuh secara berleluasa.

Ketua Pegawai Perubatan England, Dame Sally Davies turut memberi amaran berhubung mala petaka era pasca antibiotik. “Jika kita tidak bertindak sekarang, sesiapa sahaja di antara kita akan dimasukkan ke hospital dalam tempoh 20 tahun bagi pembedahan kecil dan mati kerana jangkitan biasa yang tidak

mampu diubati dengan antibiotik. Pembedahan rutin seperti penggantian tulang pinggul atau pemindahan organ boleh membawa maut berikutan risiko berlaku jangkitan,” tegas beliau.

Siapa BERISIKO?Pertubuhan Kerjasama dan

Pembangunan Ekonomi (OECD), yang menasihati WHO mengenai inisiatif kesihatan awam, telah memberi amaran pada November 2018 bahawa kadar kekebalan yang tinggi dalam sistem penjagaan kesihatan “akan membawa kepada kadar kematian yang tinggi, yang kebanyakannya akan membabitkan bayi baharu lahir, kanak-kanak dan golongan tua.”

Sementara itu Kementerian Kesihatan New Zealand berkata golongan yang paling mudah terjejas kepada risiko mendapat penyakit akibat bakteria kebal adalah mereka dengan sistem imun rendah, misalnya pesakit di hospital yang tua atau terlalu tenat; pesakit hospital yang mempunyai luka terbuka (seperti bedsore) atau tiub dimasukkan ke dalam tubuh mereka (seperti cateter saluran kencing); dan mereka yang menjalani rawatan untuk kanser.

4. Manusia kadang-kadang menerima antibiotik untuk merawat jangkitan. Bagaimanapun bakteria mengembangkan kekebalan kepada antibiotik sebagai tindak balassemula jadi dan adaptif. Bakteriayang kebal itu kemudian merebak daripada pesakit yang dirawat kepada orang lain.

5. Manusia boleh menerima antibiotik di hospital dan kemudian membawa bakteria yang kebal antibiotik. Ini pula merebak kepada pesakit lain melalui tangan yang tidak bersih atau benda yang tercemar. 6. Pesakit yang mungkin membawabakteria yang kebal kepada antibiotik akhirnya akan pulang ke rumah, dan boleh merebakkan pula bakteria kebal ini kepada orang lain.

7. Pelancong yang memerlukanpenjagaan hospital ketika berkunjung ke sesebuah negara dengan kelaziman kes kekebalan antibiotik mungkin kembali dengan bakteria yang kebal antibiotik.8. Meskipun tidak berurusan denganpenjagaan kesihatan, pelancongmungkin mengangkut dan membawamasuk bakteria kebal daripadamakanan atau persekitaranketika melancong.

Bagaimana KekebalanAntibiotik Merebak

Page 3: 1 Persatuan Pengguna Pulau Pinang Persatuan Pengguna Pulau ... ubat kita.pdf · antibiotik untuk merawat segala penyakit, daripada akne, tibi hinggalah ... (seperti cateter saluran

2 Persatuan Pengguna Pulau Pinang2 Persatuan Pengguna Pulau Pinang Persatuan Pengguna Pulau Pinang 3

Kekebalan Antibiotik MembunuhSETIAP tahun kira-kira 700,000 penduduk di seluruh dunia mati akibat jangkitan yang kebal kepada ubat termasuk tibi, HIV dan malaria.

Angka sebenar mungkin jauh lebih tinggi kerana ketiadaan sistem global untuk memantau kematian akibat jangkitan yang kebal kepada ubat.

Masalah juga muncul untuk mengesan kes kematian di tempat ia dipantau, misalnya di AS di mana berpuluh ribu kematian bukan berpunca daripada kuman kebal, menurut siasatan Reuters.

Di Britain, pada ketika ini terdapat 44,000 kes kematian akibat sepsis setiap tahun — yang kebanyakannya berpunca daripada jangkitan yang kebal kepada antibiotik.

Menurut laporan 2018 yang diterbitkan di dalam Lancet Infectious Diseases, kuman kebal telah membunuh kira-kira 33,000 orang di Eropah setiap tahun.

Data pada 2017 menunjukkan setiap tahun bakteria kebal meragut 23,000 penduduk di AS dan lebih daripada 63,000 bayi di India. Selain kematian terbabit, bakteria yang kebal kepada antibiotik menyebabkan berjuta orang jatuh sakit — 2 juta setahun cuma di AS sahaja.

Menurut Pertubuhan Kerja-sama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) — yang menasihati WHO mengenai inisiatif ke-sihatan awam — berjuta orang di Eropah, Amerika Utara dan Australia akan mati akibat jangkitan kuman kebal kecuali negara-negara mengutamakan usaha melawan ancaman semakin besar yang didedahkan oleh bakteria yang lali kepada kebanyakan ubat yang diketahui.

Dalam laporannya kumpulan itu memberi amaran bahawa 2.4 juta orang mungkin mati akibat kuman kebal menjelang 2050 sementara kos untuk merawat jangkitan seumpamanya mungkin mencecah purata $3.5 bilion (3 bilion euro) setahun di setiap negara termasuk dalam analisisnya.

Sebelum itu, semakan Kerajaan UK mengenai kekebalan antimikrob pada 2014 mendapati jika dibiarkan tanpa dirawat, kekebalan kepada antibiotik boleh menyebabkan 10 juta kematian setahun di seluruh dunia menjelang 2050 — menelan kos sekitar $1.3 trilion.

Kesan BURUK bagi PENJAGAAN KESIHATAN

Menurut WHO, peningkatan kes jangkitan yang kebal kepada ubat kini sedang mengatasi kemajuan rawatan baharu, menyebabkan kekurangan anti-biotik yang berkesan di seluruh dunia.

Satu laporan oleh WHO pada 2017 mendapati cuma 8

dalam 51 antibiotik baharu yang dikenal pasti dalam saluran klinikal mampu mengatasi rawatan yang terdapat sekarang. Kekurangan itu bermakna doktor akan semakin kurang berkesan merawat jangkitan yang kebal antibiotik apabila ketahanan meningkat — trend yang membimbangkan kerana tibi sahaja membunuh sekitar 250,000 orang setahun, menurut laporan tersebut.

Memajukan antibiotik baharu amat mencabar dari sudut saintifik, memakan masa dan kosnya tinggi, kata Ed Whiting, OBE Pengarah Dasar dan Ketua Kakitangan rumah kebajikan penyelidikan perubatan bio global, Wellcome Trust di London.

“Tiada antibiotik kelas baharu yang diluluskan sejak awal 1980-an. Di antara 1940 dan 1962, kira-kira 20 kelas antibiotik dimajukan — rawatan baharu mudah dieksploit oleh bakteria kebal. Beberapa jenis bakteria kini kebal kepada ubat yang disimpan sebagai pertahanan terakhir, dan golongan yang paling mudah terjejas iaitu kanak-kanak, tua dan pesakit yang kritikal berada dalam bahaya,” tulis Whiting dalam The Guardian (19 Mei 2017)

Dr Suzanne Hill, pengarah Jabatan Ubatan Essential WHO pula memberi amaran, pesakit mungkin tidak mendapat sebarang perlindungan tanpa rawatan baharu untuk “jangkitan yang amat serius, yang mampu membunuh dalam beberapa hari sahaja.”

Kemajuan perubatan yang bernilai satu abad kini berde-pan ancaman kerana antibiotik tidak lagi berkesan. Kesannya amat besar kepada kesihatan penduduk — pesakit yang mengalami jangkitan yang kebal antibiotik lebih cenderung di-masukkan ke hospital dan lebih berisiko maut.

Pakar kesihatan telah memberi amaran, ketahanan kepada ubat antimikrob boleh mendedahkan ancaman lebih besar kepada kemanusiaan berbanding kanser.

“Tanpa antibiotik yang berkesan, kita bakal melihat kesudahan pemindahan organ untuk menyelamatkan nyawa, kimoterapi dan pem-bedahan rutin seperti caesarean, dan penggantian tulang pinggul. Amalan berterusan menyalahgunakan antibiotik atau menggunakannya dengan berlebihan mungkin, dalam satu generasi, melihat kadar kematian akibat jangkitan yang kebal kepada ubat meningkat daripada 700,000 pada hari ini kepada 10 juta — lebih daripada paras kematian akibat kanser,” tegas Whiting.

Laporan berita BBC pula menyebut, “Masa depan yang buruk mungkin sedang menanti, masa depan yang merobekkan salah satu kaedah perubatan daripada tangan doktor.”

Ketahanan bakteria kepada antibiotik, jika dibiarkan ber-leluasa, bakal mengganggu-gugat penyembuhan kemanusiaan, saintis memberi amaran. Berikut adalah pandangan beberapa pakar mengenai apa yang akan berlaku jika kuman kebal dibiarkan berleluasa.

PENGAKHIRAN Perubatan Moden

Di dalam dunia bakteria yang kebal ubatan, banyak aspek perubatan moden akan menjadi sesuatu yang mustahil. Tanpa tindakan ke atas antibiotik, perubatan akan kembali ke era gelap. Ketua Pegawai Perubatan England, Dame Sally Davies telah berkali-kali memberi amaran jika antibiotik hilang keberkesanannya, ia akan membawa kepada pengakhiran perubatan moden.

“Dunia sedang berdepan dengan bencana antibiotik. Kecuali tindakan diambil untuk menghentikan amalan yang membolehkan antimikrob men-gembangkan kekebalan, dan cara baharu ditemui untuk memajukan antibiotik jenis baharu, kita mungkin akan kembali ke hari-hari di mana pembedahan rutin, luka kecil atau jangkitan langsung boleh mendatangkan ancaman sebenar kepada kehidupan,” tegas beliau.

Jangkitan Kecil Mampu MEMBUNUH

“Ketika berkebun, jari anda mungkin tertusuk duri bunga mawar, mendapat jangkitan bakteria dan pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan namun doktor gagal menyelamatkan anda. Sama ada anda hidup atau mati hanya bergantung kepada nasib,” kata Profesor Neil Woodford, dari unit kekebalan antimikrob, Agensi Perlindungan Kesihatan Britain.

“Makmal saya melihat kuman kebal semakin meningkat tahun demi tahun,” katanya kepada laporan BBC News (19 November 2015). Menurutnya kebanyakan kes bakteria kebal kepada beberapa ubat, dikenali sebagai kuman kebal kepada pelbagai ubat. Namun terdapat beberapa kes di mana kuman kebal kepada ubat sehingga antibiotik tidak mampu membunuhnya.

Rawatan KANSER akan Terjejas

Rawatan kimoterapi dan radioterapi boleh menjejaskan sistem imun. Oleh itu antibiotik diberikan untuk memberikan ketahanan di samping sistem pertahanan tubuh sendiri.

Jangkitan bakteria adalah salah satu komplikasi paling umum dalam kalangan pesakit kanser. Sistem ketahanan tubuh yang lemah dan jangkitan boleh mengancam nyawa pesakit dengan penyakit yang serius. Selepas pembedahan, ramai pesakit memerlukan antibiotik untuk merawat luka jangkitan.

Terapi radiasi dan kimoterapi bukan sekadar membunuh sel-sel kanser malah turut memusnahkan sel-sel yang menjadi sebahagian daripada mekanisme pertahanan terhadap jangkitan kuman. Pesakit yang menerima terapi radiasi atau kimoterapi kerap mengembangkan jangkitan yang memerlukan rawatan antibiotik.

Adalah dianggarkan 1 dalam 5 pesakit kanser memerlukan antibiotik ketika mendapatkan rawatan untuk kanser. Sesetengah jenis kanser, seperti leukemia akut dan kanser tulang sum-sum (multiple myeloma) tidak boleh sembuh kecuali dirawat dengan antibiotik yang berkesan.

Jika kuman terus kebal kepada antibiotik, bagi pesakit ini mungkin bermakna kadar kematian lebih tinggi, lebih banyak rawatan yang lebih mahal dan sukar, serta berisiko menanggung banyak kesan sampingannya. Banyak pilihan rawatan mungkin lenyap sama sekali.

Justeru bakteria yang ke-bal antibiotik akan terus me-nyebabkan rawatan kanser tidak berkesan sementara kes-kes kanser terus meningkat dalam beberapa tahun akan datang.

Selain itu mendiagnosis kanser juga bertambah sukar. Biopsi prostat dikhuatiri akan mendedahkan pesakit kepada risiko bakteria kebal antibiotik di dalam perut.

PEMBEDAHAN Menjadi Mustahil

Pembedahan tubuh men-dedahkan risiko jangkitan yang besar. Pemberian antibiotik sebelum dan selepas pembe-dahan membolehkan doktor melakukan pembedahan yang sebelum ini mungkin memba wa maut.

Jika antibiotik tidak lagi berkesan, prosedur utama peru-batan — termasuk pemindahan organ, pembedahan caesarean, dan penggantian tulang pinggul dan sendi — mungkin terlalu berbahaya untuk dijalankan.

Misalnya ketika pembeda-han pemindahan organ, sistem imun pesakit perlu ditekan un-tuk menghentikannya daripada menolak organ baharu, men-dedahkannya kepada jangkitan. Sesiapa sahaja yang menjalani pemindahan organ terpaksa mengambil ubat sepanjang hayat untuk menekan sistem imun. Jika tidak, ia akan menyerang organ terbabit. Oleh itu antiobitik digunakan untuk me lindungi tubuh. Bagaimanapun pada masa depan, ubatan ini mungkin tidak lagi berkesan.

Mari kita perhatikan contoh pembedahan lebih standard seperti pembedahan abdomen atau membuang appendiks. Tanpa antibiotik untuk melindungi pesakit ketika dibedah, mereka mungkin mati akibat peritonitis atau jangkitan lain.

“Pembedahan rutin, peng-gantian sendi, pembedahan caesarean... bergantung kepada antibiotik, dan akan terdedah kepada risiko,” kata Jonathan Pearce, ketua bahagian jangkitan dan imuniti, Majlis Penyelidikan Perubatan UK.

Profesor Richard James dari Universiti Nottingham percaya “masa depan kelihatan seram, banyak pembedahan besar akan terancam secara serius.”

Di negara-negaraberpendapatanrendah dansederhana,kekebalannya sudahtinggi: Di IndonesiaBrazil dan Rusiasehingga 60%jangkitan bakteriasudah kebal kepadasekurang-kurangnyasatu antibiotik.

SETIAP TAHUN berjuta penduduk Eropah, Amerika Utara dan Australia akan mati akibat

jangkitan kuman kebal kecuali negara-negara mengutamakan usaha melawan ancaman semakin

hebat yang didedahkan oleh bakteria yang imun kepada kebanyakan ubat yang diketahui. — Pertubuhan Kerjasama dan

Pembangunan Ekonomi (OECD) — yang menasihati WHO mengenai inisiatif kesihatan awam.

“Jika kita tidak bertindak sekarang, salah seorang daripada kita akan dimasukkan ke hospital dalam tempoh 20 tahun akan datang bagi menjalani pembedahan kecil dan mati akibat jangkitan biasa yang tidak boleh

diubati dengan antibiotik.” — Ketua Pegawai Perubatan England, Dame Sally Davies

“Kita sedang menuju ke era pasca antibiotik, di mana banyak jangkitan biasa tidak lagi mempunyai pengubatnya dan [akan] sekali lagi membunuh tanpa belas ehsan” — WHO

Page 4: 1 Persatuan Pengguna Pulau Pinang Persatuan Pengguna Pulau ... ubat kita.pdf · antibiotik untuk merawat segala penyakit, daripada akne, tibi hinggalah ... (seperti cateter saluran

4 Persatuan Pengguna Pulau Pinang4 Persatuan Pengguna Pulau Pinang

PENYEBAB Kuman Kebal kepada Antibiotik

Di seluruh dunia, antibiotik digunakan tanpa pengawasan yang teliti hingga menyebabkan penyalahgunaannya. Misalnya apabila antibiotik diambil untuk melawan jangkitan virus (seperti flu), apabila pesakit mula mengambil antibiotik tetapi tidak menghabiskannya, atau apabila antibiotik digunakan dalam ternakan untuk mencepatkan pembesarannya. Akibatnya, ubat menjadi tidak berkesan di samping berlaku jangkitan berterusan dantidak dapat diubati.

MANUSIA Salah gunaPenggunaan antibiotik secara

berlebihan — sama ada doktor mem-berikan dos yang kurang tepat atau tidak diperlukan, ataupun pesakit menyalahgunakan antibiotik tanpa sedar — menyebabkan kuman mengembangkan ketahanan kepadanya.

Kesilapan DOKTORRamai doktor melakukan kesilapan

dengan mempreskripsi antibiotik yang terlalu kuat kepada pesakit mereka.

Pada 2016, dua kajian yang diterbitkan di dalam JAMA Internal Medicine, Jurnal Persatuan Perubatan Amerika melaporkan tentang pemberian berlebihan antibiotik bukan barisan pertama bagi tiga keadaan paling umum dalam penjagaan ambulatori. Pesakit yang mengalami sakit kerongkong, jangkitan telinga dan sinus diberikan antibiotik yang salah sekurang-kurangnya dalam setengah keadaan.

Apabila antibiotik diperlukan, ia sepatutnya cuma yang paling asas — biasanya amoxicillin, kata kumpulan penyelidik terbabit. Tetapi dalam keadaan sebenar, bukan itu yang diberikan kepada pesakit.

“Secara keseluruhan, hanya 52% pesakit yang dirawat dengan antibiotik menerima rawatan barisan pertama yang disarankan oleh garis panduan preskripsi,” lapor penyelidik.

“Antibiotik bukan barisan pertama yang paling banyak dipreskripsi bagi jangkitan sinus, jangkitan telinga

tengah, dan faringitis adalah macrolides (contohnya azithromycin), antibiotik berspektrum luas (yang mensasarkan sejumlah besar patogen bakteria) yang seringkali diberikan kepada pesakit luar,“ kata penyelidik dalam laporan mereka.

Di Australia, audit bagi penggunaan antibiotik menunjukkan 30-50% preskripsi antibiotik sama ada tidak konsisten dengan garis panduan, tidak perlu atau ubat yang salah diberikan.

Apabila orang mengambil antibiotik yang salah, mereka bukan sahaja tidak sembuh malah membantu kuman kebal berkembang.

Tetapi penggunaan berlebihan adalah isu utamanya. Di peringkat komuniti, isu utamanya adalah penggunaan antibiotik yang berlebihan atau tidak bersesuaian.

Kesilapan PENGGUNAAntibiotik berlebihan menjadi

penyebab utama kuman kebal kepadanya kerana mengambil antibiotik tidak kena pada tempatnya. Oleh itu, jangan ambil antibiotik kecuali anda pasti bahawa anda benar-benar memerlukannya.

Di Australia, kajian menyarankan 1 dalam 5 orang menjangkakan diberikan antibiotik untuk virus seperti selesema atau flu, dan 57% doktor memberikan antibiotik untuk mengubati masalah jangkitan saluran pernafasan sebelah atas — sekadar memenuhi jangkaan pesakit, lapor ABC News, Australia. (28 April 2016)

Masalahnya, satu paket pun boleh memberi kesan kepada kemampuan tubuh untuk melawan penyakit apabila anda jatuh sakit kelak.

Selain itu ia juga boleh menyebabkan ketahanan kepada antibiotik di peringkat komuniti, menyumbang kepada pembentukan kuman kebal kepada antibiotik hingga sukar untuk dirawat.

Allen Cheng, profesor bagi penyakit berjangkit dan epidemiologi dari Universiti Monash berkata, apabila anda mengambil antibiotik untuk mengubati kesakitan, tujuannya ialah untuk menghapuskan bakteria penyebabnya. Tetapi antibiotik itu mungkin tidak berjaya membunuh kesemua bakteria yang ada.

Menurut Profesor Cheng, kebanyakan bakteria mempunyai jangka hayat yang singkat dan peluang bagi perubahan genetik dan mutasi adalah tinggi.

“Ada kemungkinan 1 atau 2, 10 atau 50, mempunyai mutasi yang membuatkan ia kebal kepada antibiotik,” ujar beliau.

“Ia membiak dan itu umpama pilihan semula jadi. Anda membunuh bakteria namun apa yang tinggal adalah kuman yang lebih kuat daripada sebelumnya. Begitulah ketahanan kepada antibiotik bermula.”

Adakah 1 pek antibiotik bawa perbezaan? Ya, kerana 1 paket antibiotik boleh mempengaruhi paras kuman kebal kepada ubat dalam tubuh anda dan menyumbang kepada masalah penyakit yang kebal kepada antibiotik, di peringkat komuniti.

Di peringkat individu, apabila anda mengambil antibiotik, bukan bakteria yang membuatkan anda jatuh sakit sahaja terlibat.

“Jika orang tertentu mengambil antibiotik dan kita mungkin men-sasarkan, katalah jangkitan saluran kencing ... Antibiotik bukan sekadar pergi kepada saluran kencing; ia akan pergi ke seluruh tubuh dan memberi kesan kepada bakteria yang wujud dalam bahagian lain tubuh, seperti usus, hidung dan sebagainya,” kata Profesor Cheng.

Oleh itu anda berpotensi membentuk pelbagai organisma yang kebal kepada ubat.

Menurut Profesor Cheng, kajian mendapati selepas cuma satu siri (course) antibiotik, risiko mempunyai organisma yang kebal kepada antibiotik secara kasar meningkat 50%.

Setiap kali anda mengambil anti-biotik, paras organisma kebal dalam sistem tubuh berpotensi meningkat.

Dr Brad Spellberg, ketua pegawai perubatan di Los Angeles County dan Pusat Perubatan University of Southern California memberi amaran: “Apabila seseorang atau sekumpulan orang menyalahgunakan antibiotik, ia mengembangkan kekebalan kuman kepada antibiotik hingga menyusahkan semua anggota masyarakat.”

Salah Guna Sungguhpun penggunaan berlebihan antibiotik dalam perubatan untuk manusia menjadi sebahagian daripada masalah kuman kebal, bukti saintifik daripada pelbagai kajian menunjukkan pemberian antibiotik secara rutin kepada ternakan di ladang intensif dalam persekitaran yang mengundang penyakit, adalah juga penyumbang utamanya.

Antibiotik kerapkali digunakan dalam makanan ternakan untuk mencegah, mengawal dan merawat penyakit MALAH MENGGALAKKAN PEMBESARANNYA.

Ternakan Ladang Diberi LEBIH Antibiotik Berbanding Manusia

Di dalam laporan 2017, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, di sesetengah negara kira-kira 80% antibiotik digunakan ke atas ternakan ladang. Malah di sesetengah negara di mana penggunaan secara rutin untuk mencepatkan pembesaran telah diharamkan, lebih banyak antibiotik digunakan pada haiwan berbanding manusia.

Misalnya hampir 80% daripada antibiotik di AS bukannya diambil oleh manusia. Antibiotik diberikan kepada lembu, babi dan ayam untuk mencepatkan pembesarannya atau sebagai pengganti murah untuk mengekalkan kesihatannya.

Di United Kingdom (UK), antibiotik trimethoprim biasanya digunakan untuk sekumpulan ternakan melalui makanan atau air. Lebih banyak trimethoprim diberikan kepada haiwan berbanding yang digunakan sebagai ubat manusia. Gentamicin adalah antibiotik aminoglycoside; kira-kira 20 kali ganda antibiotik ini digunakan sebagai ubatan dalam sektor penternakan berbanding untuk manusia.

Penyalahgunaan antibiotik dalam ternakan ladang dikatakan menjadi penyebab lebih besar ketahanan bak-teria berbanding penyalahgunaannya sebagai ubat untuk manusia.

Ternakan yang diberikan antibiotik boleh membiakkan bakteria yang kebal kepada antibiotik dan kemudian memindahkannya secara langsung kepada manusia, melalui pekerja ladang atau melalui makanan.

Sementara itu menurut Dr. Gail Hansen, perunding kesihatan awam dan ahli veterinar AS, “Bakteria memindahkan gen yang kebal antibiotik kepada bakteria lain yang ditemui dalam persekitarannya serta di dalam saluran gastrousus manusia dan haiwan hingga menyukarkan rawatan untuk jangkitan”.

LADANG LUAS, Ubat berlebihan dan Kebal Antibiotik

Menurut PBB, penternakan ladang secara intensif — atau disebut concentrated animal feeding operations (CAFOs) — membabitkan pengeluaran 72% daging ayam-itik, 42% telur dan 55% daging babi di seluruh dunia.

Ladang-ladang luas “semakin banyak di seluruh dunia dan telah dikaitkan dengan kekebalan kepada antibiotik, memandangkan ratusan haiwan dirawat sekali gus”.

Emma Slawinski, pengarah kempen “Compassion in World Farming” berkata, masalah ladang luas di seluruh dunia termasuklah pemberian ubat yang berlebihan di mana haiwan diberikan antibiotik tanpa mengira sama ada ia diperlukan atau tidak.

“Haiwan berasaskan ternakan kilang kerap diberikan antibiotik sama ada dalam makanan atau air, disebabkan risiko lebih tinggi mendapat penyakit apabila sejumlah besar haiwan diternak dalam keadaan yang sesak.

“Terdapat bukti yang besar bahawa penggunaan antibiotik berlebihan dalam penternakan intensif menyumbang kepada kekebalan bakteria kepada antibiotik dalam ubat untuk manusia. Jika ternakan tidak kekal sihat dalam keadaan di mana ia ditempatkan, sudah tiba masanya kita meneliti semula sistem penternakan ladang kita.”

Kazuaki Miyagishima, pengarah keselamatan makanan WHO berkata, kaitan di antara penggunaan antibiotik di ladang ternakan dan risikonya kepada kesihatan manusia sudah jelas: “Bukti saintifik menunjukkan penggunaan antibiotik berlebihan dalam ternakan boleh menyumbang kepada kemunculan kuman kebal kepada antibiotik.

“Jumlah antibiotik yang digunakan dalam haiwan terus meningkat di seluruh dunia, disebabkan semakin banyak permintaan untuk makanan berasaskan sumber haiwan, biasanya yang diternak secara intensif.

Pada 2013, lebih 131,000 tan antibiotik digunakan dalam makanan ternakan di seluruh dunia; menjelang 2030, angkanya mungkin melebihi 200,000 tan.

Kuman Kebal MEREBAK dari Haiwan kepada Manusia

Dalam satu temubual bersama majalah Science (28 September 2017), epidemiologis Thomas Van Boeckel dari Institut Teknologi Persekutuan Swiss di Zurich berkata, “Kebanyakan antibiotik digunakan untuk men-cegah penyakit atau menggalakkan pembesaran ternakan. Ini bermakna mendedahkan haiwan yang sihat kepada antibiotik dalam masa yang lama.

“Jika bakteria yang berada dalam tubuh haiwan memperolehi gen yang kebal (kepada antibiotik), rawatan tidak akan berkesan: Itu akan mengancam ternakan kerana anda tidak boleh membela haiwan yang tidak sihat.

“Tetapi bakteria dalam usus hai-wan boleh memindahkan gen kebal kepada mikrob yang memudaratkan manusia. Kita tidak tahu sebesar mana proses ini namun memandangkan sejumlah besar mikrob digunakan

Page 5: 1 Persatuan Pengguna Pulau Pinang Persatuan Pengguna Pulau ... ubat kita.pdf · antibiotik untuk merawat segala penyakit, daripada akne, tibi hinggalah ... (seperti cateter saluran

4 Persatuan Pengguna Pulau Pinang4 Persatuan Pengguna Pulau Pinang Persatuan Pengguna Pulau Pinang 5

dalam haiwan, kita ada alasan untuk berasa bimbang. [Pada 2013, penye-lidik mendapati mereka yang tinggal berhampiran ladang babi, ataupun tanaman yang dibajai dengan najis babi, 30% lebih cenderung dijangkiti bakteria Staphylococcus aureus yang kebal kepada antibiotik methicillin (MRSA)]”

SISA Antibiotik Kekaldalam DAGING

Mengikut laporan kajian terbaharu pada April 2018 dalam Journal of Food Protection, Sisa ... antibiotik (yang digunakan) dalam daging ayam-itik ditemui ... dalam pelbagai kajian di seluruh dunia dan dianggap menjadi salah satu penyebab ketahanan antibakteria dalam patogen manusia. Kehadiran sisa antibiotik dalam daging ayam-itik dan produk berdaging yang jauh melebihi paras maksimum dibenarkan menjadi suatu hal yang amat membimbangkan.”

Satu lagi kajian yang dimuatkan dalam jurnal berkenaan, Food Control (Oktober 2017) menunjukkan sisa antibiotik pada paras tinggi dalam daging, susu dan produk akuatik.

Kajian tersebut mengesan sisa 20 antibiotik umum (3 tetracyclines, 4 fluoroquinolones, 3 macrolides, 3 beta-lactams, 4 sulfonamides, dan 3 phenicols) di dalam 125 sampel

ternakan biasa serta di dalam daging, susu dan produk akuatik di Shanghai, China.

Hasil penemuan itu: 15 daripada 20 antibiotik ditemui dengan kekerapan dikesan secara keseluruhan 39.2%.

Antibiotik ditemui dalam 28.6% ternakan dan daging ayam-itik (35.3% bagi daging babi dan 22.2% bagi daging ayam), 10.6% bagi susu, dan 52.1% bagi produk akuatik.

Dalam sampel akuatik, sesetengah ikan (7.7% karp dan 8.3% snakehead) yang diuji mengandungi antibiotik enrofloxacin dan trimethoprim yang melebihi had sisa maksimum yang digunakan dalam kajian tersebut.

Adakah daging dan produk akuatik di Malaysia juga mengandungi sisa antibiotik? Pada Mei 2016, Pentadbi-ran Makanan dan Ubatan (FDA) AS mengharamkan udang dari Malaysia kerana didakwa mengandungi dua antibiotik yang diharamkan, chloramphenicol dan nitrofuran.

Anehnya, kedua-dua antibiotik itu telah diharamkan penggunaannya di Malaysia sejak 1985. Namun ia masih dikesan dalam produk ternakan akuatik kita — selain ditemui dalam produk daging dari ladang ternakan.

Pada penghujung 1990-an, siasatan CAP mendapati daging babi dan ayam-itik dari ladang ternakan komersial menggunakan chloramphenicol. Pada 2002,

Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan mendedahkan bahawa sisa antibiotik nitrofuran dan chloramphenicol ditemui dalam daging ayam yang diuji.

Pada November 2012, Pihak Berkuasa Veterinar Kerajaan Negeri Sarawak mengharamkan import sesetengah produk makanan yang diproses keluaran Ayamas berikutan chloramphenicol dikesan dalam sampel frankfurter ayam.

Dalam tinjauannya CAP menda-pati penggunaan antibiotik tanpa kawalan di ladang ternakan ayam-itik dan babi secara komersial di samping penjualan antibiotik di kedai yang menjual makanan haiwan. Sehingga Januari 2016, CAP mendapati antibiotik erythromycin dijual secara bebas di kedai yang menjual makanan haiwan di Kedah dan Perlis.

Kami dimaklumkan antibiotik itu disarankan untuk diberikan secara rutin kepada haiwan bagi mencepatkan pembesarannya.

Bakteria KEBAL dalam Daging

Di AS, hampir 80% daging yang dijual di pasar raya mengandungi bakteria kebal antibiotik, demikian menurut Environmental Working, pertubuhan penyelidikan alam sekitar yang tidak mengaut keuntungan.

Bakteria itu kebal kepada sekurang-kurangnya 1 dalam 14 antibiotik yang diuji pada 2015 oleh Sistem Pemantauan Kekebalan Antimikrob Kebangsaan AS, perkongsian kesihatan awam persekutuan.

Bakteria yang kebal kepada antibiotik ditemui dalam 79% sampel ayam belanda yang dikisar; 71% daging babi; 62% daging lembu yang dikisar; dan 36% bahagian dada, sayap dan paha. (Sumber: medicalxpress.com)

Di United Kingdom (UK), siasatan lalu mengesan kuman kebal MRSA dalam produk babi di pasar raya, mendedahkan manusia kepada risiko dijangkiti bakteria tersebut.

Di Malaysia, ujian CAP ke atas daging yang dijual di pasar juga mengesan kuman kebal.

Pada 1988, ujian CAP mengesan bakteria yang kebal kepada penicillin dalam daging ayam-itik, daging kambing dan daging babi. Beberapa jenis bakteria juga didapati kebal kepada antibiotik neomycin dan chloramphenicol. Ini menunjukkan penggunaan antibiotik secara berleluasa dalam ladang ternakan di Malaysia.

Ujian CAP pada 1995 mendapati kebanyakan bakteria dalam daging ayam, lembu, kambing dan babi kebal kepada dua jenis antibiotik, iaitu ampicillin dan amoxycyclin. Ini

menunjukkan kehadiran kuman kebal yang meracuni makanan dan sukar dirawat dengan sesetengah ubatan.

Jika haiwan membawa bakteria kebal bersamanya, ia boleh dilepaskan kepada manusia menerusi daging yang tidak dikendali atau tidak dimasak dengan sempurna.

Anda juga berdepan dengan bakteria seumpamanya jika mengambil tanaman makanan yang disembur dengan baja yang mengandungi najis haiwan dengan bakteria kebal.

Sebaik tersebar kepada manusia, bakteria itu boleh mendiami usus dan merebak antara individu. Kesan mengambil bakteria yang kebal termasuklah: l jangkitan yang sebaliknya tidak berlaku l menjadikan jangkitan lebih teruk, termasuklah muntah-muntah dan cirit-birit l sukar mengubati jangkitan dan ber-kemungkinan rawatan menjadi tidak berkesan.

Di AS, setiap tahun sekitar dua juta orang dijangkiti bakteria yang kebal kepada satu atau lebih antibiotik yang biasanya digunakan untuk melawan jangkitan. Daripada jumlah tersebut, sekurang-kurangnya 23,000 mati setiap tahun. Ramai lagi yang mati daripada keadaan lain yang diburukkan oleh jangkitan tersebut. (Laporan US Centers for Disease Control and Prevention, 2013)

Antibiotik di Ladang Ternakan

Page 6: 1 Persatuan Pengguna Pulau Pinang Persatuan Pengguna Pulau ... ubat kita.pdf · antibiotik untuk merawat segala penyakit, daripada akne, tibi hinggalah ... (seperti cateter saluran

6 Persatuan Pengguna Pulau Pinang6 Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Page 7: 1 Persatuan Pengguna Pulau Pinang Persatuan Pengguna Pulau ... ubat kita.pdf · antibiotik untuk merawat segala penyakit, daripada akne, tibi hinggalah ... (seperti cateter saluran

6 Persatuan Pengguna Pulau Pinang6 Persatuan Pengguna Pulau Pinang Persatuan Pengguna Pulau Pinang 7

Page 8: 1 Persatuan Pengguna Pulau Pinang Persatuan Pengguna Pulau ... ubat kita.pdf · antibiotik untuk merawat segala penyakit, daripada akne, tibi hinggalah ... (seperti cateter saluran

8 Persatuan Pengguna Pulau Pinang8 Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Bagaimana Kekebalan MEREBAK dalam Alam Sekitar

Persekitaran kita dipenuhi dengan bakteria dan kekebalan antibiotik boleh dipindahkan antara bakteria dalam alam sekitar (manusia, haiwan, air dan tanah). Kekebalan antibiotik merebak memandangkan bakteria itu sendiri bergerak dari tempat ke tempat; bakteria boleh bergerak melalui kapal terbang, tanah, air dan angin.

Manusia boleh memindahkan bakteria kebal kepada orang lain melalui batuk atau sentuhan tangan yang tidak dibasuh.

Merebaknya kekebalan antibiotik juga berlaku apabila jenis bakteria kebal dipindahkan melalui makanan (contohnya daging yang tercemar).

“Jenis bakteria kebal antibiotik baharu boleh berpindah melintasi sempadan antarabangsa dengan mudah, sama ada dalam produk bungkusan makanan atau dengan manusia sebagai hos yang tidak diketahui,” kata Profesor Karin Thursky, dari National Centre for Antimicrobial Stewardship di Australia.

Berikut adalah 5 cara bakteria kebal boleh merebak kepada manusia di mana-mana sahaja.

Melalui AIRBakteria boleh merebak

melalui air minuman atau bekalan air yang digunakan contohnya untuk pengairan, membasuh pinggan mangkuk atau untuk tujuan kebersihan.

Bakteria kebal ditemui dalam banyak sumber air seperti telaga, sungai dan air kumbahan daripada loji rawatan sisa air. Beberapa penyakit bakteria boleh merebak melalui air tercemar termasuk demam kepialu dan taun.

Terdapat banyak cara bakteria kebal boleh berakhir dalam air; pelepasan najis daripada manusia dan haiwan yang tidak dirawat merupakan salah satu sumber penting.

l Air SISA. Apabila antibiotik digunakan dalam manusia atau haiwan, dianggarkan 80-90% antibiotik yang dihadam tidak terurai tetapi dipindahkan melalui tubuh dan memasuki alam sekitar sebagai sisa. Itulah sebabnya kenapa kekebalan

antibiotik digelar sebagai masalah ekologi.

Sisa dari ladang haiwan berskala besar, digunakan dalam akuakultur dan air sisa daripada pengeluaran antibiotik, hospital dan perbandaran merupakan sumber utama gen kebal kepada antibiotik dan pencemaran antibiotik dalam alam sekitar.

Sebahagian daripada antibiotik yang diberikan ke-pada manusia dan haiwan dikumuhkan tanpa perubahan dalam najis dan air kencing. Dalam kes sisa daripada hai-wan, baja asli kaya dengan nutrien dan sering digunakan sebagai baja tanaman, membawa kepada pencemran terus ke-pada alam sekitar dengan sisa antibiotik dan bakteria kebal.

Antibiotik mengekalkan

kemampuan untuk menjejaskan bakteria dan menggalakkan kekebalan antibiotik walaupun selepas ia memasuki tanah atau air sebagai produk sisa.

Menurut kajian yang diterbitkan dalam Microbiology Open pada 27 Februari 2018, bakteria kebal antibiotik dan gen kebal antibiotik ditemui dalam sampel air sisa dari China, Jepun, Jerman, Portugal dan Amerika Syarikat.

l BEKALAN Air Awam. Kajian 2011 oleh pasukan Universiti Cardiff mengesan bakteria penyebab penyakit, dengan genetik baharu yang kebal kepada antibiotik, kuman metallo-beta-lactamase-1 (NDM-1), dalam bekalan air minuman di New Delhi.

Bakteria kebal baharu yang ditemui itu termasuklah spesies yang menyebabkan taun dan disentri.

Penemuan itu merupakan bukti pertama merebaknya NDM-1 dalam alam sekitar yang sebelum ini hanya ditemui di hospital.

Di New Delhi, sampel tersebut diambil daripada paip air awam dan resapan sisa seperti takungan air di jalan. Bakteria kebal ditemui dalam 4% bekalan air dan 30% tapak resapan.

Penyelidik mengenal pasti 11 spesies baharu bakteria yang membawa gen NDM-1 termasuklah jenis yang menyebabkan taun dan disentri. Antibiotik digunakan untuk mengurangkan perkumuhan bakteria dalam pesakit taun,

dan mengurangkan tempoh dan keterukan disentri. Amat membimbangkan kuman terasing Shigella yang dikenal pasti, yang boleh membawa disentri, kebal kepada semua antibiotik yang sesuai.

Ketua kajian Profesor Tim Walsh dari Sekolah Perubatan Cardiff berkata, “Hasil kajian ini amat membimbangkan. Kami menemui bakteria kebal dalam air awam yang digunakan untuk minuman, membasuh dan menyediakan makanan serta dalam kolam dan anak sungai di kawasan padat penduduk di mana kanak-kanak bermain.

“Merebaknya kuman kebal kepada taun dan bakteria yang berpotensi menyebabkan disentri yang tidak boleh dirawat juga amat membimbangkan.”

Kajian diterbitkan dalam The Lancet Infectious Diseases (6 April 2011).

Melalui TANAHWalaupun kekebalan kepada

antibiotik boleh berlaku secara semula jadi dalam bakteria tanah, menabur baja asli di atas permukaan sebagai baja boleh juga merebakkan kekebalan antibiotik kepada bakteria dalam tanah. Pada hakikatnya, baja asli meningkatkan kekebalan kepada antibiotik.

Dalam kajian 2016 jurnal saintifik, Nature Scientific Reports, saintis menemui tanah dengan baja asli mengandungi banyak

l Lihat muka sebelah

Page 9: 1 Persatuan Pengguna Pulau Pinang Persatuan Pengguna Pulau ... ubat kita.pdf · antibiotik untuk merawat segala penyakit, daripada akne, tibi hinggalah ... (seperti cateter saluran

8 Persatuan Pengguna Pulau Pinang8 Persatuan Pengguna Pulau Pinang Persatuan Pengguna Pulau Pinang 9

BAGAIMANA bakteria menjadi kebal kepada antibiotik? Sesetengah bakteria kebal secara semula jadi kepada jenis

antibiotik tertentu. Bagaimanapun, bakteria mungkin juga menjadi kebal dalam dua cara: 1) melalui mutasi genetik atau 2) melalui kekebalan daripada bakteria lain.

MUTASI, perubahan spontan bahan genetik bakteria dikatakan berlaku dalam kira-kira 1 dalam 1 juta kepada 1 dalam 10 juta sel. Mutasi genetik berbeza menghasilkan jenis kekebalan yang berbeza.

Sesetengah mutasi membolehkan bakteria menghasilkan bahan kimia kuat (enzim) yang tidak mengaktifkan antibiotik, manakala mutasi lain menghapuskan sasaran sel serangan antibiotik.

Pada November 2015, saintis China mengenal pasti mutasi baharu digelar MCR-1 — gen yang boleh menjadikan bakteria kebal kepada colistin, antibiotik lama yang merupakan ubat pilihan terakhir bagi beberapa jangkitan kekebalan pelbagai ubat.

Walaupun kekebalan kepada colistin muncul sebelum ini, perbezaan penting kali ini ialah mutasi muncul dalam cara yang mudah dikongsi antara bakteria.

PEMINDAHAN GEN Kebal Antibiotik

Cara kedua bakteria mendapat kekebalan ialah gen kebal antibiotik sedia ada berpindah daripada satu bakteria kepada bakteria lain. Dalam perkataan lain, ia meminjam gen kebal daripada kuman yang berjiranan.

Gen kebal – ketulan DNA yang membolehkan bakteria mengelakkan kesan antibiotik boleh dipindahkan kepada populasi bakteria di sekitarnya pada kadar yang membimbangkan.

Kekebalan antibiotik merebak melalui populasi bakteria secara “menegak” apabila generasi baharu mewarisi gen kebal antibiotik, dan secara “melintang”, apabila bakteria berkongsi atau bertukar bahagian bahan genetik dengan bakteria lain. Pemindahan gen secara melintang boleh berlaku antara spesies bakteria berbeza.

Berikut bagaimana ia berlaku. Antibiotik meningkatkan apa yang saintis panggil “tekanan terpilih” atau “tekanan evolusi” dalam populasi bakteria, menyebabkan bakteria lemah mati; ini meningkatkan peratus kekebalan bakteria yang terus berkembang (satu proses dikenali sebagai “pilihan semula jadi”).

Kekebalan ubat dalam bakteria merupakan contoh hasil pilihan semula jadi. Apabila ubat digunakan terhadap spesies bakteria, yang tidak dapat bertahan mati dan tidak menghasilkan anak, manakala yang selamat berpotensi memindahkan gen kebal kepada generasi akan datang (pemindahan gen menegak).

Gen kebal juga boleh dipindahkan kepada satu bakteria kepada bakteria lain oleh spesies yang berbeza (pemindahan gen melintang).

Disebabkan ini, kekebalan ubatan mening-kat dari satu generasi kepada generasi lain.

Sebarang bakteria yang memperolehi gen kebal sama ada melalui mutasi spontan atau pertukaran genetik dengan bakteria lain, mempunyai kemampuan untuk menentang satu atau lebih antibiotik. Disebabkan bakteria boleh mengumpulkan pelbagai ciri kekebalan dari semasa ke semasa, ia boleh menjadi kebal kepada banyak keluarga antibiotik yang berbeza.

PERTUKARAN Gen — Analogi mudah

Bakteria mengandungi molekul DNA kecil dikenali sebagai plasmid. Plasmid ini dipisahkan daripada DNA sebenar bakteria, dan boleh mengambil dan bertukar gen antara bakteria.

Gambarkan sekumpulan orang yang tinggal di rumah anda, memasak makanan dan menjaga diri mereka sendiri tanpa mengira apa yang ahli keluarga lain lakukan. Itulah hubungan plasmid dengan DNA bakteria.

Kemudian gambarkan “tetamu rumah” plasmid ini menghantar barangan yang dipilih dari rumah anda ke rumah jiran dan menerima pakej sebagai pulangan.

Sebenarnya itulah yang dilakukan oleh plasmid kepada gen, termasuk gen yang memberikan bakteria “rumah” yang mampu menjadi kebal kepada antibiotik. (Sumber: North Carolina State University)

“Manusia hanya mencampurkan gen mereka apabila mereka mempunyai anak, tetapi bakteria kerap bertukar gen. Kemampuan ini menyumbang kepada evolusi bakteria dengan cepat. Apabila kuman bakteria berkembang dengan cara baharu untuk melawan antibiotik, ia boleh berkongsi strategi itu bukan hanya dengan keturunannya malah dengan bakteria lain juga.”

— Sekolah Perubatan Universiti Washington

gen kebal antibiotik berbanding tanah yang dirawat dengan baja tiruan.

Saintis menganalisis DNA sampel tanah daripada arkib tanah Denmark yang dikumpulkan dalam tempoh 1923 hingga 2010. Sampel datangnya daripada lapangan yang dibajai dengan baja asli sejak 1894 dan dari lapangan yang dirawat hanya dengan baja tiruan.

Paras kekebalan antibiotik meningkat dengan ketara dari semasa dalam sampel tanah yang diambil daripada lapangan yang dirawat dengan baja asli. Ini meningkatkan kemunculan kekebalan antibiotik dalam penjagaan kesihatan dan pertanian. Tetapi kekebalan antibiotik kekal rendah dalam sampel tanah daripada lapangan dengan baja tiruan. (Sumber: Science Nordic, 10 Mac 2016)

Di China, kira-kira 58% antibiotik haiwan yang diambil dikumuh ke dalam alam sekitar di mana lebih separuh daripadanya berakhir dalam tanah.

“Penggunaan berlebihan antibiotik dalam pengeluaran haiwan dan penggunaan baja asli menyumbang kepada peningkatan kekebalan anti-biotik dalam persekitaran tanah,” kata kajian dari China yang diterbitkan dalam European Journal of Soil Science (20 November 2017).

Kajian 2016 melaporkan selepas baja asli daripada ladang tenusu dan babi ditaburkan di atas tanah, gen kebal antibiotik dalam kotoran itu meningkat. Dalam kajian yang dijalankan di Pennsylvania, AS, mereka yang paling banyak terdedah kepada ladang tanaman yang dirawat dengan najis babi kerana mereka tinggal berdekatan, mempunyai lebih daripada 30% peningkatan mendapat jangkitan MRSA berbanding dengan mereka yang kurang terdedah kepadanya.

Melalui UDARAGen kebal antibiotik merebak

melalui udara, kata kajian baharu (“Global Survey of Antibiotik Resistance Genes in Air”) yang diterbitkan dalam Environmental Science and Technology (25 Julai 2018).

Kerjasama antarabangsa yang diketuai penyelidik dari Universiti Peking di Beijing, mahu membuat tinjauan mengenai kelaziman dan kepelbagaian gen bawaan udara ini, Science Alert (26 Julai 2018) melaporkan.

Berita buruk: Ia ada di mana-mana.

Antara 2016 dan 2017, pasukan itu mengkaji 30 jenis gen kebal antibiotik bawaan udara yang berbeza di 19 kota raya di seluruh dunia termasuk San Francisco, Paris dan Melbourne, malah Singapura.

Mereka mendapati Beijing, China dan Brisbane, Australia mempunyai paling banyak jenis gen kebal antibiotik bawaan udara yang berbeza, tetapi San Francisco mempunyai paras tertinggi pada keseluruhannya.

Penyelidik percaya bahawa menyedut gen kebal antibiotik bawaan udara boleh membawa kepada merebaknya kekebalan ini dalam paru-paru dan berakhir

dengan menjejaskan sistem imun kita.

“Disebabkan pengangkutan udara, kawasan pedalaman meskipun tanpa menggunakan antibiotik boleh terdedah kepada gen kebal antibiotik ‘terpakai’, yang dimajukan di wilayah lain tetapi diangkut ke mana-mana sahaja,” tulis pasukan itu lagi.

Lebih membimbangkan, gen kebal paras rendah kepada vancomycin, antibiotik terakhir bagi merawat MRSA, ditemui di dalam udara di enam kota raya.

Jadi bagaimanakah kawasan dengan pencemaran udara yang rendah mengandungi banyak gen bakteria dalam udara? Penyelidik fikir ia ada kaitan dengan loji rawatan air sisa, hospital atau operasi makanan haiwan.

Air sisa khususnya boleh dirawat dengan antibiotik yang menyebabkan bakteria yang selamat memindahkan gen kebal kepada antibiotik. Air sisa juga cenderung bersifat aerosol yang boleh menjadi masalah jika ia kemudiannya merebak ke kawasan kejiranan.

Melalui MAKANAN

Semua haiwan mempunyai bakteria yang hidup dalam dan pada tubuhnya. Dalam kebanyakan haiwan ternakan, antibiotik digunakan untuk mencegah dan merawat jangkitan serta penggalak pem-besaran. Haiwan ini boleh dipengaruhi bakteria kebal kepada antibiotik. Sewaktu penyembelihan atau mem-proses daging, bakteria ini berpotensi dipindahkan kepada produk.

Buahan dan sayuran juga boleh tercemar dengan najis haiwan secara langsung daripada haiwan, atau melalui air yang tercemar dengan najis haiwan atau manusia yang digunakan untuk mengairi tanaman.

Memakan makanan yang tercemar dengan bakteria mungkin secara langsung boleh menyebabkan jangkitan seperti cirit-birit disebabkan oleh Salmonella, Campylobacter dan Enterohaemorrhagic E. Coli (EHEC).

Jenis bakteria kebal atau gen kebal mungkin juga dipindahkan kepada flora usus biasa pengguna tanpa menyebabkan jangkitan. Bakteria kebal berpotensi menyebabkan jangkitan di kemudian hari dan merebak kepada orang lain.

Peningkatan perdagangan makanan antarabangsa juga mem percepatkan lagi pemindahan dan merebaknya jenis bakteria kebal, menjadikan ia satu kebimbangan kepada seluruh dunia.

Daging, buahan, sayuran, benih, bijirin dan haiwan — terdapat senarai panjang barangan yang diimport dari dan dieksport ke negara yang berbeza di seluruh dunia. Bakteria berpotensi merebak dengan pelbagai cara.

Menurut Anna George, Profesor Adjung Universiti Murdoch, Australia, “ke-banyakan kerajaan tidak mene-tapkan mekanisme peraturan sistematik untuk mengesan kemasukan antibiotik kebal ke dalam rantaian pengambilan makanan di sempadan atau

makanan hasil tempatan” dan pengguna pada umumnya tidak menyedari perkara ini.

Melalui PERJALANAN Global

Kini semakin ramai orang membuat perjalanan antara-bangsa untuk bekerja, bercuti, mengunjungi keluarga dan rakan, atau untuk prosedur perubatan. Ini bermakna sen-tuhan yang lebih besar dengan jangkitan kekebalan antibiotik daripada seluruh dunia yang boleh dibawa pulang dan merebak kepada orang lain.

Satu kajian di Sweden mengikuti sekumpulan pelan-cong muda yang bercuti ke beberapa tempat di dunia. Tiada seorang pun yang mempunyai bakteria kebal dalam usus mereka ketika mereka bertolak. Apabila mereka pulang suku daripadanya mendapat kuman kebal.

Alam sekitar menyebarkan bakteria yang kini menjadi isu antarabangsa.

Contohnya di Australia, bakteria kebal antibiotik yang sebelum ini dilaporkan di negara lain kini dilihat menyebabkan jangkitan di negara itu.

Bakteria jenis NDM-1 New Delhi yang sering ditemui dalam penjagaan kesihatan di India kini ditemui di Australia serta beberapa bahagian negara Eropah, AS, Kanada dan Jepun.

Bakteria kebal jenis Escherichia coli, yang sering menjejaskan saluran kencing ditemui dalam pelancong yang pulang dari benua kecil India, Asia Tenggara dan China.

Australia juga melihat peningkatan dalam demam kepialu yang disebabkan oleh subspesies Salmonella enterica (S. Typhi dan S. Paratyphi) yang kebal kepada pelbagai ubatan. Peningkatan pelancong ke negara di mana jangkitan ini merupakan satu wabak, terutama di India dan Indonesia, dikenal pasti sebagai penyebabnya. Peningkatan kes demam kepialu juga dilihat di AS, UK dan Kanada.

Jangkitan bakteria yang biasa kepada Australia, seperti gonorea dan MRSA, juga menjangkiti pelancong luar negara. Kota raya utama di Australia melihat peningkatan dalam kekebalan pelbagai jenis Neisseria gonorrhoeae, yang sering dialami pelancong yang pulang dari Pasifik Barat dan Asia Tenggara, selain AS, Hong Kong, Ireland dan Afrika Selatan.

Pada 2011, Profesor Tim Walsh dari Sekolah Perubatan Universiti Cardiff mendedahkan: “Kami menemui pesakit di UK dan Eropah membawa NDM-1 walaupun mereka tidak mengunjungi hospital ketika di India.” (NDM-1 pertama kali muncul di India – ia ditemui tersebar di India dan menjelang 2015 ia dikesan di lebih daripada 70 negara di seluruh dunia.)

“Pelancong antarabangsa menyebarkan bakteria kebal di seluruh dunia. Setiap hari beberapa juta orang mengambil penerbangan, dan jika seseorang itu membawa bakteria kebal, ia akan membawanya bersama. Banyak kajian menunjukkan sebahagian besar pelancong

antarabangsa memperolehi bakteria kebal ketika mengun-jungi kawasan yang amat tinggi kelaziman bakteria kebal,” kata kumpulan ReAct, rangkaian global bebas yang menumpukan perhatian kepada masalah kekebalan antibiotik.

Kajian 2018 yang diketuai oleh Public Health England dan Universiti Birmingham dan diterbitkan dalam Journal of Antimicrobial Chemotherapy mendapati mereka yang melancong ke kawasan di dunia dengan kadar bakteria kebal antibiotik yang tinggi seperti Asia Selatan dan Timur Tengah lebih cenderung untuk membawa kuman kebal itu.

Kajian itu mendapati hidup dengan seseorang yang mengunjungi negara yang berisiko tinggi, meningkatkan peluang membawa bakteria usus kebal dipanggil ESBL yang menghasilkan Entero-bacteriaceae. Mereka yang mempunyai teman serumah yang

mengembara ke benua kecil India pada tahun lepas mempunyai kelaziman 22.7%, manakala mereka yang tinggal dengan seseorang yang mengunjungi Timur Tengah mempunyai kelaziman 16.9%.

“Penemuan itu menunjuk-kan masalah kekebalan anti-biotik adalah masalah global kerana kuman yang membiak di satu negara dengan cepat merebak ke negara lain akibat perjalanan global.” Profesor Peter Hawkey, mikrobiologis di Universiti Birmingham, yang menjalankan kajian mem-beritahu Bureau of Investigative Journalism.

“Kita tidak boleh fikir bahawa kekebalan antibiotik adalah masalah orang lain; tidak. Sanitasi dan kawalan antibiotik yang buruk di sebuah negara menjejaskan negara lain. Kita semua saling berkaitan, kita semua semakin kerap melancong,” beliau memberi amaran.

(NOTA: Bakteria kebal tidak hanya berlaku dalam alam sekitar tetapi juga dalam institusi penjagaan kesihatan seperti rumah jagaan dan hospital — kajian mendapati doktor lebih cenderung membawa kuman kebal berbanding penduduk umum.

Di samping haiwan terna-kan, kuman kebal juga ditemui dalam haiwan peliharaan isirumah. Dr Nigel French, Profesor Keselamatan Makanan dan Kesihatan Awam Veterinar di Universiti Massey New Zealand memberi amaran bahawa sentuhan dengan haiwan mung-kin menyebabkan pemindahan jangkitan kekebalan antibiotik kepada manusia.

“Haiwan membersihkan belakang mereka dengan men-jilatnya, jadi ia boleh mendapat pencemaran najis dalam mulut dan kemudiannya menjilat manusia. Begitulah bagaimana jangkitan boleh dipindahkan,” kata Profesor French.)

Cara Bakteria Peroleh, Bina Kekebalan pada Antibiotik

l Lihat muka 8

Page 10: 1 Persatuan Pengguna Pulau Pinang Persatuan Pengguna Pulau ... ubat kita.pdf · antibiotik untuk merawat segala penyakit, daripada akne, tibi hinggalah ... (seperti cateter saluran

10 Persatuan Pengguna Pulau Pinang10 Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Kebal kepada Antibiotik PILIHAN TERAKHIR

Ia ubat ajaib abad ke 20 tetapi kini banyak antibiotik tidak lagi berkesan terhadap bakteria yang menghasilkan kekebalan kepada ubatan.

Penggunaan berlebihan antibiotik dalan haiwan dan manusia menyumbang kepada peningkatan ancaman kekebalan antibiotik, dengan beberapa jenis bakteria sudah pun mengembangkan kekebalan kepada hampir atau semua rawatan yang ada.

SESETENGAH bakteria secara semula jadi kebal kepada antibiotik tertentu.

Manakala yang lain pula menjadi kebal jika gen berubah atau mendapat gen kebal ubatan daripada bakteria lain. Lebih lama dan lebih kerap antibiotik digunakan, ia semakin kurang berkesan dalam menentang bakteria itu.

Antibiotik membunuh bakteria tetapi kuman itu adalah musuh yang sangat berani. Sebaik sahaja anda mula merawatnya dengan ubatan baharu, ia akan mencari cara untuk menyelamatkan diri.

Ubat baharu diperlukan, namun ia juga mencari cara untuk selamat.

Bakteria mampu me-mindahkan gen kekebalan antibiotik kepada bakteria lain dan boleh mengembangkan kekebalannya sendiri. Jadi ada kemungkinan walaupun bakteria kebal kepada semua kecuali satu antibiotik, lama kelamaan ia akan mengem-bangkan kekebalan kepada antibiotik terakhir itu.

COLISTIN. Colistin ialah antibiotik yang digunakan untuk ujian klinikal pada 1959. Ia toksik kepada ginjal dan otak dan dianggap ubat pilihan terakhir dalam ubatan manusia dan biasanya dikhaskan untuk merawat bakteria, contohnya E. Coli yang kebal kepada semua antibiotik lain.

Pada 2015, gen kebal colistin baharu (mcr-1) ditemui dalam beberapa jenis bakteria daripada manusia dan daging mentah. Gen ditemui pada DNA yang dipanggil plasmid, yang mampu berpindah antara satu bakteria kepada bakteria lain. Ini penting kerana ia lebih cenderung merebak kepada bakteria lain

(termasuk jenis yang berbeza) berbanding gen yang terletak pada kromosom.

Pada Januari 2016, E. Coli yang kebal kepada colistin dan kumpulan antibiotik pilihan terakhir lain (carbapenem) ditemui dalam daging ayam yang dijual di China.

Penemuan ini membim-bangkan memandangkan mere-baknya bakteria dengan kombi-nasi kekebalan terhadap banyak antibiotik penting meningkat kan risiko jangkitan kepada ma nusia yang tidak dapat dirawat.

Sejak penemuannya, ke-munculan gen kebal colistin mcr-1 dilaporkan dalam E. Coli, Salmonella dan Klebsiella di seluruh dunia, termasuk beberapa negara Eropah.Ia ditemui dalam manusia, babi, ayam itik dan makanan mentah.

Pada 2017, saintis yang menghadiri mesyuarat Ameri-can Society for Microbiology mendedahkan gen mcr-1 telah merebak ke seluruh dunia pada kadar yang membimbangkan sejak penemuan asal 18 bulan terdahulu. Dalam satu kawasan di China, didapati 25% pesakit hospital kini membawa gen itu.

(Malaysia juga tidak terkecuali — ia adalah salah satu negara pertama di mana saintis menemui bakteria kebal kepada colistin.)

KEGAGALAN Colistin — Apakah Puncanya? Saintis menggesa colistin ditarik balik daripada penggunaan dalam ternakan, memandangkan kekebalan kepada antibiotik dalam jangkitan terhadap manusia dikaitkan dengan penggunaannya dalam ter-nakan.

Menurut laporan oleh Bureau of Investigative Journalism (BIJ), antibiotik ini dianggap sebagai ubat pilihan terakhir digunakan dalam industri oleh petani di seluruh dunia, sering terhadap haiwan yang sihat – satu amalan yang mendedahkan risiko kepada kesihatan manusia.

Colistin diberikan kepada ayam dan haiwan ternakan lain untuk mencepatkan pembesarannya dan sebagai langkah awal melindunginya daripada penyakit.

Laporan oleh BIJ pada 30 Januari 2018 mendapati 2,800 tan ubat dihantar ke negara

membangun termasuk India, Vietnam, Rusia, Mexico, Colombia dan Bolivia untuk kegunaan haiwan pada 2016.

Biro itu berkata jumlah itu mungkin lebih tinggi memandangkan produk boleh dihantar di bawah nama yang berbeza dan ke negara yang tidak memerlukan kastam mendedahkan datanya kepada umum.

Bagaimanapun, masalah itu tidak hanya terhad kepada ayam atau ternakan di luar Eropah.

Kekebalan kepada colisitin ditemui dalam 2% E. Coli daripada daging babi yang dijual dalam kajian Agensi Standard Makanan UK yang diterbitkan pada September 2018. Salah satu E. Coli kebal colistin kebal kepada 9 keluarga antibiotik yang berbeza.

C A R B A P E N E M . Carbapenem adalah antibiotik pertahanan terakhir terhadap bakteria negatif Gram yang kebal ubatan tetapi kekebalan sedang muncul. “Data daripada banyak bahagian Eropah menunjukkan pertahanannya sudah runtuh pada kadar

yang membimbangkan,” lapor Pharmaceutical Journal pada 21 Jun 2014.

Antara 2009 dan 2012, kekebalan carbapenem dalam kultur darah terasing Klebsiella pneumoniae di Itali meningkat daripada kurang 5% kepada lebih 25%. Paras kekebalan di Utara Eropah termasuk UK kekal rendah (<1%) pada tempoh yang sama.

Tetapi dalam laporan tahunannya pada 2013, Ketua Pegawai Perubatan bagi England menarik perhatian kepada peningkatan bilangan enterobacteriaceae terasing (terutamanya Klebsiella dan Enterobacter spp dan E. Coli) di UK yang menghasilkan carbapenemases — enzim yang memusnahkan carbapenem.

“Di UK, tiada bencana yang dilihat seperti di Itali, Greece atau India, tetapi bilangan kekebalan terasing terus meningkat,” kata David Livermore, profesor perubatan mikrobiologi di Universiti East Anglia.

“Sepanjang 2008, makmal rujukan Kesihatan Awam England di London hanya melihat 20 enterobacteriaceae yang menghasilkan carbape-nemase. Tetapi kini mereka menjangkakan boleh me-ngesahkan 20-30 seminggu. Sesetengahnya disebabkan pe-ngesanan yang lebih baik tetapi kebanyakannya disebabkan peningkatan sebenar dalam bilangan kes.” (Pharmaceutical Journal, 2014)

Antibiotik BAHARU DIPERLUKAN

SEGERA

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran pada 2017 bahawa antibiotik baharu diperlukan segera untuk dimajukan bagi

memerangi 12 keluarga bakteria yang mendedahkan ancaman kepada kesihatan manusia.

WHO berkata, dunia semakin kehilangan rawatan pilihan untuk memerangi bakteria memandangkan banyak bakteria muncul menjadi kuman yang kebal kepada antibiotik.

Agensi kesihatan dunia itu menambah, kerajaan perlu melabur dalam penyelidikan jika ingin mendapatkan ubat baharu untuk mengawal kuman kebal, memandangkan kuasa pasaran tidak memberikan maklum balas yang pantas terhadap ancaman itu.

E. Coli dan Salmonella yang hidup dalam usus manusia juga menjadi kebal kepada antibiotik barisan pertama.

Selain itu, terdapat kebimbangan antibiotik kecemasan barisan ketiga, yang menyelamatkan kebanyakan kekebalan jangkitan yang mengancam nyawa, tidak lagi berkesan.

OECD meramalkan kekebalan kepada antibiotik barisan kedua dan ketiga akan meningkat 70% menjelang 2030.

Bolehkah Antibiotik BAHARU DICIPTA? Proses menghasilkan antibiotik baharu memakan

masa yang lama dan mahal, memerlukan kira-kira 10 tahun dan $300 juta untuk membawa antibiotik baharu ke pasaran. Dalam beberapa dekad yang lepas, hanya dua kelas antibiotik baharu dihasilkan dan dipasarkan.

Malah jika kerja menghasilkan ubatan baharu bermula hari ini, pengalaman menyarankan bahawa ia akan diperolehi untuk merawat pesakit sekurang-kurangnya sedekad lagi.

Bagaimanapun, kekebalan akan berlaku terhadap antibiotik baharu ini. Penggunaan berlebihan antibiotik terbaharu ini boleh membawa kepada kemunculan kekebalan dalam tempoh dua tahun sahaja.

Namun, saintis masih mencari antibiotik baharu dengan melihat di tempat yang luar biasa seperti bakteria yang hidup di bawah permukaan tanah, di kulit katak dan di dalam haiwan tertentu.

Antibiotik & Antimikrob

Apakah perbezaannya?

ANTIBIOTIK (perkataan antibiotik bermaksud “melawan kehidupan”) sebenarnya sejenis antimikrob yang direka untuk mensasarkan jangkitan bakteria dalam tubuh. Semua

antibiotik adalah antimikrob tetapi tidak semua antimikrob adalah antibiotik.

Kebanyakan orang menggunakan istilah antibiotik apabila mereka bercakap mengenai ubatan yang bermaksud untuk membunuh bakteria. Sebarang ubatan yang membunuh kuman dalam tubuh secara teknikalnya adalah antibiotik (ubatan ini mensasarkan bakteria – ia menghentikan bakteria daripada meniru diri sendiri atau menghasilkannya semula atau membunuhnya sekali gus).

Antimikrob adalah istilah yang lebih luas untuk apa sahaja yang mencegah atau membunuh sel mikrob termasuk antibiotik, antikulat, antivirus dan bahan kimia seperti antiseptik. Antiseptik digunakan untuk mensterilkan permukaan tisu hidup apabila terdapat risiko jangkitan tinggi seperti ketika pembedahan. Disinfektan adalah antimikrob bukan pilihan yang membunuh pelbagai jenis mikroorganisme termasuk bakteria. Ia digunakan pada permukaan seperti di hospital.

Antibiotik secara halus berbeza daripada jenis antimikrob utama lain. Disebabkan ia aktif melawan bakteria, antibiotik adalah jenis agen antibakteria paling penting untuk melawan jangkitan bakteria.

Antibakteria Perlu Digunakan dengan Berhati-hati. Gunakan produk antibakteria dengan berhati-hati dan hanya apabila sesuai. Sabun biasa merupakan antibiotik semula jadi, dan pakar berkata membasuh tangan dengan sempurna sudah cukup.

“Sabun biasa dan air berkesan untuk hampir apa sahaja keadaan. Menggunakannya berterusan amat baik,” kata Dr Michael Bell, Timbalan Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS Bahagian Promosi Kualiti Penjagaan Kesihatan.

Bell menyarankan penggunaan pencuci tangan berasaskan alkohol apabila melakukan perjalanan melalui lapangan terbang untuk mencegah merebaknya penyakit. Beliau berkata, sabun antibakteria berguna untuk membersihkan tubuh sebelum pembedahan.

Menurut CDC, kajian menunjukkan tiada manfaat kesihatan tambahan untuk menggunakan sabun antibakteria dalam situasi harian. Kajian makmal juga mengaitkan bahan kimia antibakteria dalam produk pembersihan terhadap kekebalan bakteria.

Cara Menggunakan Antibiotik

Gunakan secara BERTANGGUNGJAWAB“Semua manusia dan haiwan memiliki bakteria dalam usus. Apabila mereka diberikan antibiotik, banyak bakteria ini mati tetapi yang kebal akan selamat dan membiak. Itulah sebabnya menggunakan antibiotik secara bertanggungjawab amat penting bagi manusia dan haiwan.

Apabila haiwan disembelih dan diproses sebagai makanan, bakteria daripada haiwan boleh mencemarkan daging atau produk lain. Bakteria juga boleh merebak daripada najis haiwan terhadap alam sekitar yang kemudiannya mencemarkan tanah dan air yang digunakan untuk tanaman sayuran dan buahan. Makanan dan alam sekitar boleh tercemar dengan bakteria melalui pelbagai cara termasuk bakteria yang kebal kepada antibiotik.

Seseorang itu boleh mendapat jangkitan kekebalan ketika mengendalikan atau memakan daging mentah atau separuh masak, atau bahan yang tercemar dengan bakteria kebal. Mereka juga boleh jatuh sakit daripada sentuhan dengan najis haiwan, sama ada melalui sentuhan dengan haiwan dan persekitaran haiwan, atau melalui air minuman dan air ketika berenang yang tercemar.” — Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS

Gunakan Secara Berhati-hati“Perkembangan kekebalan tidak dapat dielakkan berikutan pengenalan antibiotik baharu. Kadar awal kekebalan kepada ubatan baharu biasanya 1%. Bagaimanapun, penggunaan antibiotik menyebabkan peningkatan besar dalam bilangan bakteria kebal.

Pada hakikatnya, dalam tempoh 8-12 tahun selepas penggunaan antibiotik yang meluas, bakteria yang kebal kepada pelbagai ubatan berleluasa. Malahan sesetengah bakteria tersebut telah mencapai tahap di mana tiada antibiotik untuk rawatan.” — Today’s Online Textbook of Bacteriology oleh Kenneth Todar, PhD

KURANG Paling Baik“Kita cenderung untuk melihat antibiotik sebagai satu lagi produk yang perlu dihasilkan dan digunakan dengan semurah yang mungkin. Tetapi antibiotik berbeza. Ia sumber yang tidak boleh diperbaharui – lebih banyak anda gunakan, semakin kurang ia bertahan.” — Profesor Madya Peter Collignon, Pengarah Mikrobiologi dan Jangkitan Penyakit di Hospital Canberra, Australia

Page 11: 1 Persatuan Pengguna Pulau Pinang Persatuan Pengguna Pulau ... ubat kita.pdf · antibiotik untuk merawat segala penyakit, daripada akne, tibi hinggalah ... (seperti cateter saluran

10 Persatuan Pengguna Pulau Pinang10 Persatuan Pengguna Pulau Pinang Persatuan Pengguna Pulau Pinang 11

Tindakan yang Perlu DiambilPELBAGAI pihak, termasuk pengguna, pesakit, doktor dan jururawat serta industri pertanian, perlu bersama-sama membantu menghentikan pembentukan kuman kebal dan memperlahankan kekebalan kuman kepada antibiotik.

PENGGUNAUNTUK membantu melawan kuman yang kebal antibiotik dan melindungi diri daripada terkena jangkitan:

l JANGAN ambil antibiotik kecuali anda benar-benar memerlukannya. Bagi kesakitan yang berpunca daripada virus – selesema biasa, bronkitis serta pelbagai jangkitan telinga dan sinus, antibiotik tidak berkesan.

l HABISKAN ubat anda. Makanlah ubat mengikut arahan doktor. Teruslah mengambilnya sehingga habis walaupun anda sudah beransur pulih. Jika anda berhenti sebelum jangkitan itu benar-benar dihapuskan, bakteria lebih cenderung kebal kepada ubatan itu.

l DAPATKAN suntikan vaksin. Imunisasi mampu melindungi anda daripada sesetengah penyakit yang dirawat dengan antibiotik, antaranya tetanus dan batuk kokol.

l BERWASPADA ketika di hospital. Bakteria kebal antibiotik biasanya terdapat di hospital. Pastikan orang yang menjaga pesakit mencuci tangan dengan sempurna. Ketahui bagaimana untuk memastikan luka pembedahan tidak terkena jangkitan. (webmd.com)

3 Langkah Penting

1. PASTIKAN Tangan Bersih

50% lelaki dan 25% wanita tidak mencuci tangan selepas ke tandas. Tahukah anda:

l Kita mempunyai antara 2 - 10 juta bakteria di antara hujung jari dan siku.

l Tangan yang lembap merebakkan 1,000 kali lebih kuman berbanding tangan yang kering.

l Jumlah kuman pada hujung jari bertambah dua kali ganda selepas ke tandas.

l Kuman boleh kekal hidup pada tangan sehingga 3 jam.

l Cuci tangan sekurang-kurangnya 10 kali sehari.

2. AMBIL Antibiotik Mengikut Arahan Doktor

l Jangan hentikan rawatan beberapa hari lebih awal hanya kerana anda rasa bertambah sihat.

l Habiskan antibiotik mengikut dos yang diberikan bagi me mastikan kesemua bakteria yang memudaratkan terhapus.

l Sebaliknya, dos yang lebih singkat cuma menghapuskan kebanyakan bakteria lemah sementara membenarkan bak-teria yang kuat terus hidup.

l Jangan ambil antibiotik tanpa preskripsi doktor.

l Jangan berkongsi anti-biotik dengan orang lain.

l Jangan guna preskripsi yang berbaki.

3. MAKAN untuk Kesihatan

l Yogurt mengandungi probiotik; satu suplemen probiotik sehari mengurangkan hari-hari sakit sebanyak 33%.

l Oat dan barli mengan-dungi beta glucan, sejenis serat dengan kesan antimikrob dan antioksidan, yang membantu antibiotik menjadi lebih ber-kesan.

l Tembikai dan brokoli mengandungi glutathione yang merangsang sistem imun.

l Ubi keledek mengandungi beta-carotene (yang bertukar kepada Vitamin A) dan membina kulit yang sihat (pertahanan pertama terhadap bakteria dan virus)

l Teh hijau mampu membantu antibiotik tiga kali lebih berkesan dalam melawan bakteria kebal ubatan, sekalipun kuman kebal.

Bila Antibiotik Tidak PerluTERDAPAT dua jenis kuman yang membuatkan kita jatuh sakit — bakteria dan virus.

Bakteria merupakan organis-ma hidup yang wujud sebagai sel-sel tunggal. Ia berada di mana-mana namun kebanyakannya tidak memudaratkan. Malah dalam sesetengah keadaan, ia memberi manfaat. Lactobacillus misalnya hidup di dalam usus dan membantu mencerna makanan.

Tetapi terdapat sesetengah bakteria yang memudaratkan dan menyebabkan kesakitan dengan menceroboh tubuh manusia, membiak dan mengganggu proses normal tubuh. Antibiotik berkesan untuk menghapuskan bakteria kerana ia membunuh organisma hidup ini dengan menghentikan pembiakan dan perkembangannya.

Sebaliknya virus tidak hidup dan tidak dapat wujud dengan sendiri — ia merupakan zarah yang mengandungi balutan bahan genetik dalam lapisan protein. Virus berkembang

dan membiak hanya apabila ia menceroboh sel-sel hidup lain.

Sistem imun tubuh boleh menghapuskan virus sebelum ia menimbulkan penyakit tetapi yang lain (misalnya selesema) mesti mengikut keadaan masing-masing. Antibiotik tidak berkesan untuk melawan virus.

PENYEDIA PENJAGAAN KESIHATANPENYEDIA penjagaan kesihatan boleh membantu mencegah perebakan kekebalan kepada antibiotik memandangkan doktor yang memberinya secara berlebihan menjadi salah satu punca penyebabnya.

Pusat bagi Kawalan Penyakit (CDC) AS menganggarkan kira-kira 30% antibiotik (47 juta preskripsi setahun) diberikan dalam keadaan tidak perlu di pejabat doktor dan jabatan kecemasan.

Salah satu penyalahgunaan antibiotik yang paling ketara ialah bagi merawat tanda-tanda saluran pernafasan yang kerapkali berpunca daripada virus dan tidak memberikan maklum balas kepada antibiotik. Antibiotik hanya berkesan untuk melawan bakteria.

Jika mengikut jangkaan CDC, kebanyakan antibiotik dipreskripsi secara tidak berhemah untuk melawan virus yang menyebabkan selesema dan kesakitan lain yang berpunca daripada virus, terutama dalam bayi dan kanak-kanak. Doktor terus memberikan antibiotik secara tidak perlu kepada mereka yang mengalami jangkitan pundi hempedu yang tidak menunjukkan sebarang tanda, khususnya penghuni rumah penjagaan.

Selain itu banyak antibiotik diberikan oleh doktor gigi. Kajian pada 2016 mendapati pemberian antibiotik oleh doktor gigi di Kanada dan AS meningkat sehingga 62% padahal kebanyakannya tidak perlu.

WHO memberikan panduan berikut sebagai tindakan yang boleh diambil oleh doktor, jururawat, ahli veterinar dan lain-lain pekerja kesihatan:

l JANGAN beri antibiotik kecuali ia benar-benar perlu, dan anda sudah melakukan segalanya untuk menguji dan mengesahkan antibiotik yang diperlukan oleh pesakit atau haiwan yang sedang dirawat.

l PASTIKAN tangan, peralatan yang digunakan dan persekitaran anda bersih.

Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Kanan Missouri menyarankan langkah-langkah berikut:

l HANYA beri terapi antibiotik apabila ia cenderung memanfaatkan pesakit.

l GUNAKAN agen yang mensasarkan patogen yang mungkin ada.

l GUNAKAN antibiotik dengan dos dan tempoh masa yang sesuai.

INDUSTRI PERLADANGANSEKITAR 130,000 tan antibiotik diberikan kepada haiwan ternakan setiap tahun, menurut analisis data jualan global 2017. China sahaja membabitkan 78,000 daripadanya, demikian laporan New Scientist pada 28 September 2017.

“Ini bermakna penggunaan antibiotik dalam haiwan kini melebihi penggunaannya untuk manusia, seperti yang dijangkakan akan berlaku tahun ini, kata laporan itu.

Pasukan di sebalik analisis berkenaan, termasuk Thomas Van Boekel dari Swiss Federal Institute of Technology ETH Zurich berkata, ini bermakna mutasi kekebalan baharu kini lebih cenderung meningkat dalam haiwan berbanding manusia. Jika unjuran semasa diambil kira, menjelang 2030 kita mungkin memberikan 200,000 tan antibiotik kepada haiwan setiap tahun.

Antibiotik yang digunakan

untuk memujuk orang ramai yang mengalami kesakitan yang ringan agar tidak meminta antibiotik. Public Health England berkata, antibiotik diperlukan dalam keadaan berlaku jangkitan bakteria yang serius. Malangnya antibiotik sering digunakan untuk merawat batuk, sakit kerongkong dan sakit telinga.

l Pakar epidemiologi, Thomas Van Boeckel dari Swiss Federal Institute of Technology di Zurich telah menyarankan tiga strategi untuk mengurangkan antibiotik di seluruh dunia. Beliau memberitahu majalah Science (28 September 2017) hal yang berikut:

Pertama, kurangkan pengambilan daging: Di AS, secara purata penduduk makan 260 gram daging sehari. Mengurangkan pengambilan daging kepada 165 gram sehari — atau 4 hamburger makanan segera standard seorang — akan mengurangkan pengambilan antimikrob global sehingga lebih 20%.

Kedua, Pada 2016, O’Neill Review, satu laporan mengenai ketahanan antimikrob menya-rankan ‘cap’ 50 miligram antimikrob setahun bagi produk haiwan. [Pada ketika ini tidak ada ‘cap’ untuk antibiotik]

Ketiga, mengenakan cu-kai ke atas antibiotik yang digunakan dalam pertanian ketika ia keluar dari kilang atau semasa mengimport. Ideanya, ialah menjadikan antibiotik lebih mahal agar petani dan ahli veterinar hanya menggunakannya ketika perlu.

“Jika ketiga-tiga tindakan itu digabungkan dan dilaksanakan sepenuhnya, kita mungkin dapat mengurangkan antibiotik sehingga 80%.

l Beberapa rantaian ma-kanan segera mengumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan secara ber-peringkat antibiotik dalam daging mereka.

McDonald’s mengumumkan ia akan mengurangkan penggu-naaan antibiotik dalam produk ayamnya mulai 2018 di seluruh dunia sebagai sebahagian usaha untuk mengekang kekebalan antimikrob kepada ubat dan pe-ningkatan kuman kebal. Langkah ini diambil di pasaran AS sejak 2016.

Pada Disember 2018 ia me-ngumumkan pelan untuk me-ngurangkan secara berperingkat antibiotik dalam daging lembu.

Pada 2016, Papa John’s dan Papa Murphy’s mengumumkan ia telah bertukar kepada daging ayam yang diternak tanpa antibiotik dalam piza mereka.

Pada 2017, KFC berkata pembekal ayamnya diberi masa sehingga penghujung 2018 untuk berhenti menternak ayam dengan menggunakan antibiotik yang penting kepada manusia.

Yang mutakhir mengambil langkah yang sama ialah Pizza Hut, yang berjanji akan menghidangkan daging ayam yang diternak tanpa antibiotik yang penting kepada manusia di AS menjelang 2022.

Langkah ini amat dialu-alukan namun kita masih menunggu sama ada pengguna di Malaysia akan menikmati daging bebas antibiotik dari rantaian makanan segera ini.

dalam sektor pertanian boleh dihadamkan oleh manusia melalui makanan. Tambahan pula, ia menganggarkan sehingga 90% antibiotik yang diberikan kepada haiwan dilepaskan ke dalam alam semula jadi, tersebar dalam tanah dan air permukaan.

Pada 2016, Perhimpunan PBB memperakui penggunaan antibiotik dalam sektor penterna kan sebagai salah satu penyebab utama ketahanan antimikrob.

Pakar-pakar percaya krisis kekebalan antibiotik tidak boleh ditangani hanya dengan mem-pertikaikan kegunaan antibiotik dalam manusia, memandangkan penggunaannya yang meluas da-lam haiwan ternakan.

Nasihat WHO. Garis pan-duan baharu WHO menyaran-kan petani menghentikan pemberian antibiotik secara rutin untuk mencepatkan pembesaran ternakan dan mencegah penyakit dalam ternakan yang sihat, amalan biasa di sesetengah tempat di dunia, termasuk Asia dan AS. Penggunaan secara rutin diharamkan di Eropah, walaupun penggiat kempen bimbang peraturan itu akan dicabuli.

Penggunaan antibiotik yang terkuat, iaitu pilihan terakhir bagi jangkitan yang boleh membawa maut yang menjejaskan manusia, perlu diharamkan sama sekali dalam ternakan, nasihat garis panduan terbabit.

Kajian terbaharu yang diterbitkan dalam The Lancet Planetary Health, menunjukkan tindakan mengehadkan peng-gunaan antibiotik di ladang ternakan mengurangkan bakteria kebal antibiotik dalam haiwan sehingga 39%.

Tindakan di luar negara

l P e g a w a i - p e g a w a i kesihatan di England telah melancarkan satu kempen

Page 12: 1 Persatuan Pengguna Pulau Pinang Persatuan Pengguna Pulau ... ubat kita.pdf · antibiotik untuk merawat segala penyakit, daripada akne, tibi hinggalah ... (seperti cateter saluran

12 Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Oleh Martin Khor*

Negara-negara membangun berdepan dengan pelbagai cabaran dalam menangani

masalah Ketahanan Antimikrob (AMR). Terdapat kekurangan dari segi kesedaran, kepakaran, dana, peralatan teknikal dan kakitangan untuk melaksanakan pelbagai tindakan yang diperlukan untuk menangani masalah AMR. Selagi faktor-faktor tersebut gagal diselesaikan, ia akan terus menjadi halangan kepada pelaksanaan pelan tindakan AMR yang jitu.

Negara membangun juga berdepan pelbagai masalah selain AMR yang perlu diberi perhatian. Sungguhpun ia merupakan masalah yang besar, AMR kini tidak ubah seperti bom jangka yang sedikit demi sedikit semakin menimbun namun tidak begitu ketara berbanding isu-isu lain dalam sektor kesihatan (misalnya kekurangan zat makanan) dan di luar sektor kesihatan (seperti keganasan dan terrorisme; banjir, kemarau, kekurangan sumber air dan perubahan cuaca; pengangguran, kemiskinan, migrasi dan pelarian).

Dalam persaingan bagi dana yang kurang dan kakitangan tidak mencukupi, sukar bagi AMR untuk mendapatkan sumber dan perhatian yang sewajarnya.

Justeru, menggalakkan ke-mampuan negara membangun untuk mengambil langkah yang sewajarnya amat penting. Tinda-kan yang perlu diambil di peringkat kebangsaaan termasuklah:

l Menjalankan kajian dalam sains, analisis mutasi bakteria, pemindahan gen, kadar dan cara bakteria kebal merebak, dan AMR dalam rantaian makanan.

l Memperbaiki kaedah pemantauan dan pengumpulan

data berhubung ketahanan dalam pelbagai patogen dan ubatan, dan ketahanan bakteria dalam haiwan yang ada kaitan dengan makanan, dalam makanan dan dalam alam sekitar.

l Mempertingkatkan perala-tan dan teknologi, termasuk alatan diagnostik.

l Mengawal jangkitan di hospital, termasuk kebersihan, meningkatkan bilik dan bilik bedah, peralatan, sistem aliran udara, dan sebagainya.

l Merumus dan melaksana-kan dasar kebangsaan bagi kegu-naan antibiotik dan antimikrob lain yang wajar dan sesuai.

l Membuat garis panduan dan penguatkuasaan dalam jualan, preskripsi dan pemberian antibiotik.

l Membuat garis panduan atau peraturan bagi kakitangan perubatan, hospital dan klinik mengenai penggunaan antibiotik yang sesuai, dan yang berkaitan wakil jualan industri.

l Mengawal syarikat ubatan dalam amalan pemasaran untuk memperbaiki peranan mereka dalam penggunaan ubatan yang betul, dan memberikan insentif kepada kakitangan jualan, perubatan dan veterinari yang ada kaitan dengan jumlah jualan antibiotik.

l Mengawal sektor pertanian dan penternakan untuk mengeluarkan secara berperingkat penggunaan antibiotik bukan terapeutik, memandangkan penggunaan secara semberono menjadi faktor utama krisis AMR. Sebagai langkah pertama, antibiotik yang biasanya diberikan kepada manusia untuk merawat penyakit yang mengancam nyawa perlu dilarang penggunaannya sebagai penggalak pembesaran dalam haiwan, dan senarai itu

perlu diperpanjangkan lagi.l Mengetengahkan masalah

pencemaran alam sekitar akibat sisa antibiotik.

l Mendidik pengguna dan komuniti mengenai penggunaan antibiotik yang sesuai.

l Memperkenalkan pelan tindakan kebangsaan mengenai AMR dan kerangka kerja keinstitusian bagi pelaksanaan, termasuk penyelarasan dalam sektor kesihatan dan dengan Kementerian lain termasuk Kementerian Pertanian, Pen-didikan dan Penerangan.

l Menggalakkan kapasiti NGO berkaitan kesihatan, pihak media dan institusi pendidikan untuk mengambil isu AMR sebagai satu keutamaan.

Saranan Berhubung Memenuhi Keperluan Negara Membangun

Program-program yang bakal diadakan berhubung pelaksanaan tindakan ke atas isu AMR perlu memasukkan perkara-perkara yang berikut:

l Mengambil kira sepenuh-nya segala cabaran dan keperluan negara membangun

l Menjalin kerjasama antara-bangsa yang erat bagi membentuk kapasiti negara membangun da-lam menangani AMR.

l Menggerakkan sumber-sumber kewangan bagi menyokong kapasiti membina dan melaksanakan pelan tindakan AMR di negara membangun

l Menubuhkan dana bagi kapasiti negara membangun berhubung isu AMR, dengan beribu pejabat di WHO, dan dikaitkan kepada melaksanakan Pelan Tindakan Global mengenai AMR.

l Pemindahan teknologi dan peruntukan bagi peralatan teknikal, termasuk diagnostik dan kepandaian, kepada negara membangun berhubung syarat-syarat geran atau konsesi.

l Memastikan akses mampu milik kepada antimikrob sedia ada dan baharu, terutama penduduk di negara membangun; juga akses mampu milik terhadap vaksin dan diagnostik.

l Memajukan dan meng-galakkan model R & D yang memutuskan kaitan harga antimikrob dan produk lain daripada kos R & D; termasuk di mana kos inovasi dibiayai melalui dana awam dan kebajikan, dan lesen yang dikeluarkan untuk produk baharu boleh diperolehi dengan murah atau pada harga yang rendah, sekurang-kurangnya kepada syarikat dan institusi di negara membangun.

l Memberikan sokongan kepada negara membangun bagi kapasiti pelaksanaan dan pembiayaan aktiviti yang menyeluruh dalam menangani AMR di peringkat kebangsaan, termasuk mencegah jangkitan, penggunaan antibiotik dengan sewajarnya, peraturan baharu termasuk berhubung pemasaran, preskripsi dan pemberian ubat dan penguatkuasaannya, meneliti semula penggunaan antibiotik dalam sektor pertanian, meningkatkan amalan di hospital dan klinik, mendidik orang awam, dan sebagainya.

* Martin Khor merupakan Penasihat Rangkaian Dunia Ketiga. Artikel ini dipetik dari buku beliau, When Medicines Don’t Work Anymore, Rangkaian Dunia Ketiga, 2018.

Tindakan Diperlukan Negara Membangun

untuk Tangani AMR Sepenuhnya di Peringkat Kebangsaan

Dicetak oleh Jutaprint. 2, Solok Sungai Pinang 3, Sungai Pinang, 11600 Pulau Pinang.