1 SepteMBer 2015 WajiB aSingkan SiSa pepejal … · Sebagai Karya Seni 15 18 ... Pelan Strategik,...

21
Tel. : 03-2245 9292 | Faks : 03-2245 9293 | Talian Indahkan Malaysia 1 800 88 7472 www.swcorp.my | F swcorpMY | T @swcorp_my | instagram : swcorp_my LIHATLAH DENGAN MATA HATI MUKA 3 MUKA 14 1 Million Bottles One Dream Pupuk Sokongan Amalan Kitar Semula Pengguna harus tahu pengurusan plastik yang bijak FAM pupuk amalan kebersihan di kalangan penyokong bola sepak tempatan Bil. 3 / 2015 MUKA 20 'WAR ROOM' Mungkin Penyelesaian Aduan Sampah Haram MEMORANDUM PERSEFAHAMAN Bersama City of Kitakyushu Perkukuh Hubungan Strategik Antarabangsa SWCorp Tampil Dengan TISU BATIK PELANGI Sebagai Karya Seni 15 18 2 17 8 1 SEPTEMBER 2015 WAJIB ASINGKAN SISA PEPEJAL DARIPADA SUMBER OPS MATA HATI DI LANCAR " " LIHAT ISU IKLAN HARAM MELALUI MATA HATI Datuk Halimah Sadique bangga pencapaian SWCorp SWCorp Terima Kunjungan KSU KPKT MUKA 3 MUKA 2 SWCorp NEWS

Transcript of 1 SepteMBer 2015 WajiB aSingkan SiSa pepejal … · Sebagai Karya Seni 15 18 ... Pelan Strategik,...

Tel. : 03-2245 9292 | Faks : 03-2245 9293 | Talian Indahkan Malaysia 1 800 88 7472www.swcorp.my | F swcorpMY | T @swcorp_my | instagram : swcorp_my

LIHATLAH DENGAN MATA HATI

MUKA 3MUKA 14

1 Million Bottles One DreamPupuk Sokongan Amalan Kitar Semula

Pengguna harus tahu pengurusan plastik yang bijak

FAM pupuk amalan kebersihan di kalangan penyokong bola sepak tempatan

Bil. 3 / 2015

MUKA 20

'WAR ROOM'Mungkin Penyelesaian Aduan Sampah Haram

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN Bersama City of Kitakyushu Perkukuh Hubungan Strategik Antarabangsa

SWCorp Tampil DenganTISU BATIK PELANGISebagai Karya Seni

15

18

217

8

1 SepteMBer 2015 WajiB aSingkan SiSa pepejal DaripaDa SuMBer

OPS MATA HATI DI LANCAR

""LIHAT ISU IKLAN

HARAM MELALUI MATA HATI

Datuk Halimah Sadiquebangga pencapaian

SWCorp

SWCorp terima kunjungan kSu kpkt

MUKA 3

MUKA 2

SWCorp NEWS

DATUK HALIMAH SADIQUEBANGGA PENCAPAIAN SWCorp

BELI DENGANBIJAK! ELAKKANPEMBAZIRAN

Sediakan senarai untuk dibelisebelum membeli belah

ini bagi mengelakkan pembelianbarangan yang tidak diperlukan

Elakkan belian secara pukalpembelian secara pukal

meningkatkan peluang makananuntuk rosak sebelum digunakan

Susun makanan di dalampeti sejuk dengan betul

untuk mengelakkan pencemaranyang akan merosakkan

makanan

Jika barang tidak banyak,gunakan bakulruang kecil bakul dan tenagauntuk mengangkat bakulmenghadkan ruang danmasa pembelian

Teliti dan bezakan ‘Expired Date’dan ‘Best Before Date’‘Expired Date’ : tidak sesuaiuntuk dimakan‘Best Before Date’ : masih bolehdimakan tetapi kualitiberkurangan

encapaian SWCorp dalam usahanya membudayakan pengasingan sisa pepejal daripada sumber

merupakan antara kejayaan yang sangat membanggakan, menurut Datuk Halimah Mohamed Sadique. “Saya ingin mengucapkan tahniah kepada SWCorp di atas pencapaiannya yang bukan sahaja seperti yang terkandung di dalam Pelan Strategik, malah pelaksanaan yang telah dibuat untuk setiap perancangannya. “Sejak SWCorp melaksanakan lebih banyak program yang dekat di hati masyarakat, penduduk di kampung pun sudah menyebut tentang program Mata Hati dan Mata Helang sekaligus menunjukkan program ini mendapat sokongan dari akar

umbi,” menurutnya. Memuji pendekatan Winning the Hearts and Minds (WHM) yang digunakan, Halimah menyatakan kementeriannya akan membantu SWCorp dengan memberi lebih peluang untuk mereka mendekati masyarakat. “Pendekatan memenangi hati dan nurani masyarakat seperti WHM ini bukanlah untuk meraih sokongan dan kerjasama sahaja, malah dapat mengubah pemikiran masyarakat supaya melihat kebersihan dan alam sekitar sebagai satu amanah yang dipertanggungjawabkan. “Jadi kita (KPKT) telah bersetuju untuk menjadikan program-program SWCorp sebagai pengisian dalam program Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) kerana peranannya yang menyeluruh serta berdasarkan

cara kerja SWCorp yang wajar dicontohi,” menurutnya lagi. Beliau turut menyatakan harapannya agar penguatkuasaan pengasingan sisa pepejal daripada sumber yang bakal dilaksanakan 1 September ini akan dapat menjadikan amalan ini sebagai satu budaya dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia untuk menjaga kualiti kesejahteraan hidup yang baik.

SIDANG EDITOR

PENASIHATDATUK AB RAHIM MD NOOR

PENULIS DATO' ZAINUL ABIDIN ABDULLAHDr. MOHD PAUZE MOHAMAD TAHAUMMI KALTHUM SHUIBISHANUDDIN HUSSINZAINAL FITRI HJ. AHMADMOHD AZHAR ABD HAMIDJAZRIQ JAAFAR

GRAFIKAIZAT AB SAMAD

JURUFOTOZAINULARIFFIN MOHD NOH

PROMOSI & EDARANNOR SURAYA MUHAMAD HASIM

WARTAWAN ZAITUN ABDUL RASHIP

*Keluaran 2 bulan sekali

Semasa 2TIPS:

SWCorp telah menerima kunjungan hormat yang pertama dari Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang baharu, Datuk Haji Mohammad Mentek 6 Julai lalu. Bercakap semasa sesi taklimat berkenaan fungsi dan peranan bahagian dalam SWCorp, beliau menegaskan bahawa semua pihak perlu bekerjasama dengan melengkapkan kekurangan masing-masing secara berkumpulan. “Sebarang program yang dilaksanakan oleh SWCorp juga boleh melibatkan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) bersama-sama dalam program tersebut.

“Kita juga perlu memberi pengiktirafan kepada sekolah-sekolah, taman perumahan, kompleks membeli belah, universiti atau lain-lain yang sewajarnya berdasarkan penglibatan mereka. “Saya berharap SWCorp mampu mengorak perubahan yang besar dalam pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam negara,” jelasnya lagi. Beliau turut diberikan penerangan lebih lanjut tentang fungsi dan pendekatan yang digunakan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang bersih, indah dan sejahtera di samping kaedah mentransformasikan minda masyarakat untuk menguruskan sisa pepejal secara berhemah.

Selain beramah mesra dengan pengarah-pengarah bahagian dan negeri SWCorp, beliau turut melawat War Room SWCorp. Datuk Haji Mohammad Mentek yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) telah dilantik untuk menerajui KPKT sejak 27 Mei yang lalu, menggantikan Datuk Seri Arpah Abdul Razak yang bersara.

SWCorp TERIMA KUNJUNGANKSU KPKT YANG BAHARU

P

»" Pendekatan memenangi hati dan nurani masyarakat seperti WHM ini bukanlah untuk meraih sokongan dan kerjasama sahaja, malah dapat mengubah pemikiran masyarakat supaya melihat kebersihan dan alam sekitar sebagai satu amanah yang dipertanggungjawabkan".

»"Saya berharap SWCorp mampu mengorak perubahan yang besar dalam pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam negara".

Datuk Halimah Mohamed SadiqueTimbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Taklimat berkaitan fungsi dan peranan SWCorp mendapat perhatian Datuk Mohammad Mentek

Pembudayaan 3R dan proses kesedaran masyarakat terhadap program ini memerlukan usaha yang berpanjangan. Justeru saya percaya program pengasingan sisa pepejal daripada sumber perlu dimulakan daripada sekarang bagi membentuk dan mendidik sebuah masyarakat yang cintakan alam sekitar.

Di Malaysia, sebanyak 33,130 tan sampah dikumpul sehari dan kerajaan memerlukan dana sebanyak RM1.4 bilion setahun untuk tujuan pengurusan sisa pepejal. Melalui perlaksanaan program ini, ia dijangka mampu mengurangkan 40% jumlah sampah yang dihantar di tapak pelupusan sampah, sekaligus dapat menambah jangka usia tapak pelupusan sedia ada. Justeru, program pengurusan sisa pepejal daripada sumber ini adalah sangat penting bagi memastikan sampah dapat diuruskan secara lebih efektif.

Pada peringkat awal pelaksanaan (September 2015 sehingga Mei 2016), tiada sebarang denda akan dikenakan kepada isi rumah yang gagal mengasingkan sisa pepejal mereka. Sebaliknya mereka hanya akan diberikan notis amaran dan nasihat daripada anggota-anggota penguatkuasa SWCorp. Denda hanya akan dikenakan semasa peringkat kedua pelaksanaan mulai 1 Jun 2016.

Datuk Abdul Rahman DahlanMenteriKesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

"

"

1 September 2015 Wajib Asingkan Sisa Pepejal Daripada SumberOPS MATA HATI DI LANCAR

3

UTRAJAYA - SWCorp akan memantau perkembangan amalan pengasingan sisa pepejal melalui

Ops Mata Hati yang dilancarkan pada 1 Julai lalu. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, Datuk Ab Rahim Md Noor, operasi itu bertujuan memastikan masyarakat dapat membiasakan diri dengan penguatkuasaan pengasingan sisa pepejal daripada sumber yang bakal berlangsung 1 September ini. Operasi pemantauan dari rumah ke rumah itu dilancarkan secara serentak di negeri-negeri yang menggunapakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) di mana premis yang belum melaksanakan pengasingan sisa pepejal akan diberikan surat peringatan mesra. "1 September kita akan mula

menggunapakai akta itu tetapi kita tidak denda dahulu kerana notis amaran itu adalah salah satu daripada prosedurnya. "Biasanya kalau orang buat kesalahan kita tidak terus denda, kita bagi dia notis dahulu tetapi jika dia terus mengulangi kesalahan itu, dia akan didenda." ujarnya semasa mengetuai Ops Mata Hati di sekitar Presint 18, Putrajaya. Denda kompaun maksimum boleh dikenakan kepada penduduk yang enggan melaksanakan pengasingan sisa pepejal adalah sehingga RM1,000. Semasa operasi itu berlangsung, pengumuman mengenai pengasingan sisa pepejal daripada sumber juga akan dibuat melalui kenderaan yang dilengkapi dengan pembesar suara bagi menyampaikan mesej dan informasi berkaitan pengasingan sisa pepejal. Proses pengasingan sisa pepejal daripada sumber membabitkan pengasingan sisa pepejal isi rumah mengikut komposisi sisa iaitu plastik, kertas, logam, sisa pukal dan sisa kebun yang perlu dimasukkan ke dalam beg plastik berasingan dan diikat serta diletakkan di tepi tong sampah beroda pada hari kutipan. Pelaksanaannya akan bermula 1 September secara berperingkat, di mana penguatkuasaan undang-undang sepenuhnya hanya akan bermula Jun 2016 bagi memberi ruang kepada masyarakat untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan mengasingkan sisa pepejal mereka.

Ops Mata Hati oleh Datuk Ab Rahim di Presint 18, Putrajaya

Semasa

P

ebagai usaha mengajak rakyat Malaysia bersama-sama membudayakan amalan kitar semula, SWCorp menganjurkan kempen “1 Million Bottles One Dream”

(1MBOD) yang merupakan simbolik kepada pelaksanaan penguatkuasaan pengasingan sisa pepejal daripada sumber 1 September ini. Dengan pendekatan 1 rumah 1 unit botol plastik, ia secara tidak langsung menzahirkan inisiatif masyarakat untuk memelihara bumi dan menyelamatkannya daripada kebinasaan. Menerusi pengumpulan botol dengan saiz minimum 300 mililiter ke 1.5 liter sebanyak 1 juta unit ini, hasil jualan botol-botol tersebut kepada vendor yang dilantik akan disalurkan sebanyak 60 peratus kepada Persatuan Mata Hati Malaysia dan selebihnya kepada Majlis Kanser Nasional. SWCorp turut mensasarkan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), sekolah-sekolah di kawasan Lembah Klang, Persatuan Hotel Malaysia, persatuan-persatuan bola sepak negeri, Persatuan Pengilang Malaysia dan sebagainya turut menyumbang botol-botol untuk dikumpulkan. Menurut Datuk Ab Rahim Md Noor, Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, kempen yang merupakan simbolik kepada pelaksanaan pengasingan sisa pepejal daripada sumber ini

dijalankan untuk mengajak masyarakat bersama-sama mengamalkan budaya amalan kitar semula secara sukarela. “Pelbagai inisiatif perlu dilaksanakan bagi merealisasikan impian untuk melahirkan masyarakat yang menghargai dan mencintai alam sekitar untuk diwarisi generasi akan datang. “Kesedaran melalui nasihat dan program berimpak tinggi dalam mengubah sikap masyarakat berhubung pengasingan sisa pepejal daripada sumber adalah menjadi keutamaan dan penguatkuasaan adalah pilihan terakhir.” "Impian kita adalah untuk memastikan semua plastik yang dihasilkan hendaklah bebas daripada mencemarkan alam sekitar untuk kesejahteraan hidupan di bumi," ujarnya lagi.

1 Million Bottles One DreamPupuk Sokongan Amalan Kitar SemulaS »Malaysian Plastics

Manufactures Association (MPMA) menganggarkan di Malaysia sebanyak 973 juta botol minuman digunakan setahun. »The Water Project, menyatakan botol air plastik mengambil masa lebih 1,000 tahun untuk dilupuskan secara semulajadi dan jika dibakar ia akan menghasilkan bahan toksik.

ulai 1 September 2015, semua premis perumahan di bawah Akta 672 adalah diwajibkan untuk mengasingkan sisa pepejal sebagai

salah satu langkah untuk menggalakkan lagi amalan kitar semula di Malaysia. Menurut Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SWCorp, Ishanuddin Hussin, tujuan pengasingan sisa pepejal difokuskan untuk premis perumahan adalah kerana 33,100 tan sisa pepejal yang dijana setiap hari adalah berpunca dari rumah menjadikan pengasingan yang dibuat akan meningkatkan lagi amalan kitar semula di Malaysia. “Sampah yang dijana ini kebanyakannya adalah sampah yang bercampur, di mana dalam komposisi sisa pepejal ini ada sisa makanan (sampah basah) yang mencapai 72 peratus, sisa seperti lampin pakai buang yang kedua, dan juga sisa-sisa kering yang boleh dikitar semula untuk digunakan seperti besi, kertas, plastik dan keluli. “Disebabkan itu, pengasingan ini kita fokuskan di rumah, kerana selain sisa-sisa pepejal di premis-premis perniagaan biasanya lebih terurus, sisa-sisa pepejal kering dijana dari rumah yang boleh dikitar semula boleh terus dihantar ke pusat-pusat kitar semula, di mana kita anggarkan boleh mengurangkan jumlah sampah yang dihantar ke pusat pelupusan hingga 60 peratus,” jelasnya lagi. Menurutnya lagi, SWCorp juga mahu menaikkan lagi kadar kitar semula yang ketika ini pada tahap 10.5 peratus kepada 22 peratus di seluruh negara. “Selama ini semua sisa pepejal yang boleh dikitar semula yang dihantar ke pusat pelupusan tidak dapat diasingkan dengan berkesan kerana pencampuran sisa basah dengan bahan yang boleh dikitar semula menyebabkan penggunaan Materials Recovery Facilities (MRF) pun tidak mampu untuk meningkatkan kadar kitar semula di Malaysia. “Bahan-bahan ini diperlukan kerana

selama ini Malaysia terpaksa mengimport bahan-bahan dikitar semula, sedangkan negara-negara maju seperti Jepun kini mengeksport bahan kitar semula ke negara kita kerana kita memerlukannya untuk industri pembuatan kita,” tegasnya lagi. Dengan kurangnya penggunaan tapak pelupusan dan kutipan sisa pepejal di premis-premis, kos pengurusan sisa pepejal akan dapat dikurangkan dan membolehkan kerajaan memberikan peruntukan untuk perkara lain untuk rakyat Malaysia. “Ketika ini, kos menguruskan sisa pepejal di negara kita sebanyak 60 peratus ditanggung oleh kerajaan dengan selebihnya datang terus dari rakyat. Jumlah tapak pelupusan kini adalah sangat terhad di mana jangka hayat tapak-tapak ini yang biasanya hanya boleh bertahan kira-kira 25 tahun, mungkin boleh dipanjangkan sehingga 35 tahun,” ujarnya lagi.

Informasi 4

ASINGKAN SISA PEPEJAL DARIPADA SUMBER UNTUK TINGKATKAN KADAR KITAR SEMULA

Ishanuddin HussinPengarah,Bahagian Pendidikan Masyarakat

»"Selama ini semua sisa yang boleh dikitar semula yang dihantar ke pusat pelupusan tidak dapat diasingkan dengan berkesan kerana pencampuran sisa basah dengan bahan yang boleh dikitar semula menyebabkan penggunaan Materials Recovery Facilities (MRF) pun tidak mampu untuk meningkatkan kadar kitar semula di Malaysia".

M

INFO :

JENIS SISA PEPEJAL YANG PERLU DIASINGKAN MENGIKUT KUMPULAN

(KUTIPAN 1 KALI SEMINGGU)

1. Kertas • Kotak • Bil / Resit • Majalah • Kotak Minuman • Surat Khabar • Kertas • Kadbod

2. Plastik • Beg Plastik • Botol Pelembut Pakaian • Baldi Plastik • Botol Sabun • Botol Minuman • Bekas Minuman

3. Lain-Lain • Tin Aluminium / Besi / Logam - Tin Minuman, Alatan Dapur • Sisa Elektronik / Barang Elektrik Kecil - Mentol Lampu, Bateri • Bahan Fabrik / Kasut / Getah / Kulit - Beg Kulit, Kasut • Sisa Berbahaya - Tin Cat, Penyembur Aerosol

4. Sisa Pukal • Katil • Sofa • Peralatan Elektrik (Besar)

5. Sisa Kebun / Taman • Daun • Ranting • Pelepah Kelapa • Batang Pisang • Bunga

SISA BAKI YANG DIMASUKKAN KE DALAM TONG

(KUTIPAN 2 KALI SEMINGGU)

1. Sisa Makanan • Sisa Ikan • Lebihan Makanan • Uncang Minuman • Kulit Buah / Sayuran • Sisa Ayam / Daging

2. Lampin Pakai Buang dan Lain-Lain • Pembungkus Makanan • Lampin Pakai Buang • Tisu Basah

ASINGKAN SISA PEPEJAL DARIPADA SUMBER

5 Nasional

ASINGKAN SISA PEPEJAL DARIPADA SUMBER

Nasional 6

Jawatankuasa Perwakilan Penduduk Dilantik Sebagai RAKAN SWCorp

idak dapat dinafikan bahawa untuk menjadikan Malaysia berstatus bersih, indah

dan sejahtera ia memerlukan kerjasama padu daripada keseluruhan masyarakat. Melihat kepentingan tersebut, SWCorp mengambil inisiatif melantik Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) sebagai Rakan SWCorp yang berperanan sebagai medium perantaraan antara SWCorp dengan masyarakat di kawasan setempat khususnya dalam menyalurkan maklumat berkaitan cadangan, pandangan dan masalah berkaitan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam. Menerusi kerjasama dua hala ini SWCorp menjangkakan segala usaha murni untuk menjadikan Malaysia pada kedudukan 10 negara terbersih

akan dapat direalisasikan. Watikah perlantikan akan disampaikan kepada semua JPP oleh Pengarah Negeri SWCorp di seluruh negeri yang menerima pakai Akta 672, menerusi perlantikan ini SWCorp mengharapkan komitmen Rakan SWCorp dalam menjayakan aspirasi dan hasrat kerajaan demi kesejahteraan masyarakat dan negara. Selain itu, SWCorp berhasrat untuk meningkatkan jalinan mesra bersama masyarakat dengan sentiasa menekankan ciri-ciri Winning The Hearts and Minds (WHM) dalam mengendalikan segala bentuk aduan yang diterima. Untuk rekod, sehingga Julai 2015 aduan awam telah menurun sebanyak 45 peratus berbanding tahun 2014 dan SWCorp kini sedang berusaha menuju ke arah sifar aduan.

Fungsi JPP sebagai Rakan SWCorp

Membantu menyampaikan maklumat kepada penduduk setempat berhubung dasar, undang-undang, garis panduan, peraturan, inisiatif, program dan aktiviti pihak SWCorp seperti meningkatkan kesedaran 3R dan pengetahuan pengasingan sisa pepejal

Bekerjasama dengan pihak SWCorp dalam menangani isu-isu kebersihan, kesihatan dan alam sekitar

Membantu pihak SWCorp dalam merancang, melaksana dan memantau pelaksanaan program-program anjuran SWCorp

Membantu menyalurkan maklumat, maklum balas, aduan, masalah, permintaan atau keperluan penduduk dari peringkat akar umbi bagi menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan kebersihan dari semasa ke semasa

Membantu mewujudkan hubungan baik di antara masyarakat di kawasan kejiranan setempat dengan pihak SWCorp

Membantu memberikan maklumat kepada penguatkuasa SWCorp dalam aspek kebersihan persekitaran

T

YAB Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri telah merasmikan Majlis Pelancaran Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) peringkat Kebangsaan pada 29 Mei 2015 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Berdasarkan kepada keperluan bagi mewujudkan struktur formal di bandar yang disertai oleh masyarakat tempatan, Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 16 Oktober 2013 telah bersetuju dengan penubuhan JPP dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Tiada pertindihan antara peranan JPP dan Ahli Majlis PBT, Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) ataupun pertubuhan / persatuan yang bergerak aktif di kawasan PBT seperti Rukun Tetangga, Persatuan Belia, Jawatankuasa Masjid dan pertubuhan-pertubuhan atau persatuan-persatuan lain. Peranan dan fungsi yang akan dimainkan oleh JPP nanti adalah pelengkap (Compliment) kepada pertubuhan-pertubuhan sedia ada.

Melalui penubuhannya juga JPP, Ahli Majlis PBT, MPP dan pertubuhan/persatuan yang bergerak di kawasan PBT juga dapat diselaraskan bagi memastikan program yang dilaksanakan tidak bertindih antara satu sama lain dan PBT boleh mengambil tindakan secara komprehensif dan kolektif bagi menangani isu-isu kesejahteraan bandar yang dibangkitkan oleh penduduk. JPP ini merupakan satu struktur formal yang akan dianggotai oleh pemimpin-pemimpin tempatan yang mana objektif penubuhannya adalah seperti yang berikut:

i. Menggalakkan penyertaan penduduk dalam program dan pembangunan kawasan setempat;

ii. Membantu menangani isu-isu kesejahteraan bandar dan seterusnya meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan; dan

iii. Mewujudkan hubungan baik antara masyarakat di kawasan kejiranan setempat.

JPP ditubuhkan di seluruh negara kecuali Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Putrajaya, Perbadanan Labuan, Pihak Berkuasa Tempatan taman Perindustrian Hi-Tech Kulim, Lembaga Bandaran Johor Tenggara dan Lembaga Kemajuan Tioman. Buat masa ini Pihak Berkuasa Negeri Sabah dan Sarawak menolak pelaksanaan JPP di kedua-dua negeri tersebut.

INCORPORATED in 1995, Alam Flora Sdn

Bhd is one of the leading environmental

management companies in Malaysia that

is dedicated to serving communities in

managing and reducing waste with minimal

environmental impact.

Alam Flora provides comprehensive waste

management services to several consession

areas in Federal Territory of Kuala Lumpur,

Putrajaya and Pahang.

Who is ALAM FLORA? Collection ServicesAlam Flora collection services cover the regions of Kuala Lumpur, Putrajaya and Pahang.

The collection schedule for domestic and household waste is twice weekly.

Meanwhile other types of waste such as garden waste, bulky waste and recyclable items are collected once a week.

The range of waste that Alam Flora provides collection services includes:

Domestic or Household Waste Garden Waste Bulky Waste Recycables

1

2

3

4

The increasing population particularly in the urban areas contributes to the escalating amount of domestic and commercial waste. In corroboration with the Malaysian government vision to transform Malaysia into clean and prosperous country, Alam Flora was established to do public cleaning in consession areas.

Alam Flora’s proven track record as an excellent service provider in waste management is a result of it’s consistency and close collaboration with the local municipal or local authorities. The public cleansing services that Alam Flora provides are:-

Cleansing of Public Roads | Cleansing of Public Places | Cleansing of Public Toilets | Cleansing of Public Drains | Grass Cutting in Public Places and Curbside Grass Cutting on Public Roads | Cleansing of Public Beach | Clearing of Illegal Dumps | Controlled Solid Waste | Cleansing of Publicly Operated | Hawker Centres, Publicly Operated Markets, Night Markets, Pasar Tani and Pasar Pagi. Removal of Carcasses.

Public Cleansing Services

Pembinaan beg kitar semula adalah ilham daripada kempen penjagaan alam sekitar yang cuba diterapkan kepada masyarakat hari ini dengan mengurangkan penggunaan beg plastik ketika membeli belah.

info:

JAWATANKUASA PERWAKILAN PENDUDUK PEMANGKIN KESEJAHTERAAN RAKYAT BANDAR

Majlis Pelancaran Jawatankuasa Perwakilan Penduduk Peringkat Kebangsaan

abatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah melancarkan Ops Raya 2015 sebagai usaha menangani sebarang kejadian

yang berlaku ketika musim perayaan sejak 10 Julai hingga 23 Julai lalu. Ops Raya 2015 dilancarkan sebagai satu bentuk tindakan pengawalan dan pemantauan yang perlu dilaksanakan untuk memberi khidmat operasi menyelamat dengan cepat, pantas dan berkesan. Majlis pelancaran operasi tersebut disempurnakan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Abdul Rahman Dahlan di IOI Mall Puchong, dengan timbalannya Datuk Halimah Mohamed Sadique dan beberapa pegawai tertinggi JBPM turut hadir. Operasi tersebut telah dilaksanakan melalui dua strategi utama iaitu keselamatan premis-premis dan kedua yang memfokuskan operasi pemadaman dan penyelamatan. Strategi pertama melibatkan pemeriksaan keselamatan premis bagi pencegahan dan penghapusan bahaya kebakaran di tempat tumpuan ramai

termasuk pusat beli belah dan pusat hiburan awam. Mengikut Seksyen 8, Akta Perkhidmatan Bomba (Akta 341) yang menyatakan notis menghapuskan bahaya kebakaran atau kompaun boleh dikeluarkan jika terdapat wujudnya bahaya-bahaya kebakaran dalam premis tersebut. Bermula dari pemeriksaan premis yang telah dijalankan sejak Januari hingga Jun 2015 lalu, 8,643 premis telah diperiksa di seluruh negara dengan sebanyak 2,434 notis penghapusan bahaya kebakaran telah dikeluarkan. Strategi kedua bagi memastikan operasi pemadaman dan penyelamatan dilaksanakan dengan efisien dijalankan melalui penglibatan 277 buah balai bomba yang membuat rondaan di jalan-jalan persekutuan, jalan bandaran dan lain-lain jalan di sepanjang tempoh Ops Raya. Rondaan menggunakan pesawat udara melalui Unit Udara JBPM turut dijalankan selain daripada penempatan 16 lokasi siap siaga ronda lebuh raya untuk membantu sebarang kecemasan sepanjang lebuh raya di Malaysia.

7 NasionalBOMBA LANCAR OPS RAYA 2015Tingkat Kualiti Perkhidmatan Semasa Musim Perayaan

J

PASAR MALAM KUAH Contoh Produk Pelancongan

asar Malam Kuah, Langkawi kini telah menjadi salah satu produk pelancongan untuk kawasan tumpuan pengunjung dalam dan luar negara di pulau tersebut berikutan usahanya meningkatkan kesedaran tentang

rasa tanggungjawab untuk masyarakat bersama-sama menjaga kebersihan. Beroperasi pada setiap Rabu dan Sabtu, pasar malam ini mempunyai kapasiti untuk menampung 5,000 pengunjung pada satu masa, dengan lebih 200 lot gerai yang menjual makanan basah dan kering disediakan. Pasar Malam Kuah telah mula beroperasi sejak tahun 1992 dan kerja-kerja pembersihannya telah diambil alih oleh SWCorp sejak tahun 2010. Antara faktor kejayaan pasar malam yang beroperasi dari jam 4.00 petang sehingga 10.30 malam ini adalah kerana sikap pengunjung yang menyambut baik saranan untuk bekerjasama menjadikan kawasan pasar malam sentiasa bersih. Selain itu, sokongan dalam bentuk logistik yang diberikan oleh pelbagai pihak seperti Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dalam bentuk 30 unit litter bin dan juga penyertaan Majlis Perbandaran Langkawi dalam kempen-kempen yang telah dianjurkan turut menyumbang kejayaan tersebut. Pihak konsesi, Environment Idaman Sdn. Bhd. telah menyediakan dua kumpulan untuk operasi pembersihan dengan kumpulan pertama bertanggungjawab untuk memastikan litter bin yang penuh segera diganti, manakala kumpulan kedua akan bertindak membersihkan kawasan sejam sebelum pasar malam ditutup. Operasi pemantauan dan pembersihan pula dibahagikan kepada dua kawasan di mana setiap kumpulan yang turun padang akan diwakili oleh SWCorp, syarikat konsesi dan kontraktor pembersihan. Pasar Malam Kuah turut pernah dilawati oleh beberapa agensi lain seperti Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dan sebuah Badan Bukan Kerajaan dari Kuching, Sarawak untuk dijadikan rujukan.

P

INCORPORATED in 1995, Alam Flora Sdn

Bhd is one of the leading environmental

management companies in Malaysia that

is dedicated to serving communities in

managing and reducing waste with minimal

environmental impact.

Alam Flora provides comprehensive waste

management services to several consession

areas in Federal Territory of Kuala Lumpur,

Putrajaya and Pahang.

Who is ALAM FLORA? Collection ServicesAlam Flora collection services cover the regions of Kuala Lumpur, Putrajaya and Pahang.

The collection schedule for domestic and household waste is twice weekly.

Meanwhile other types of waste such as garden waste, bulky waste and recyclable items are collected once a week.

The range of waste that Alam Flora provides collection services includes:

Domestic or Household Waste Garden Waste Bulky Waste Recycables

1

2

3

4

The increasing population particularly in the urban areas contributes to the escalating amount of domestic and commercial waste. In corroboration with the Malaysian government vision to transform Malaysia into clean and prosperous country, Alam Flora was established to do public cleaning in consession areas.

Alam Flora’s proven track record as an excellent service provider in waste management is a result of it’s consistency and close collaboration with the local municipal or local authorities. The public cleansing services that Alam Flora provides are:-

Cleansing of Public Roads | Cleansing of Public Places | Cleansing of Public Toilets | Cleansing of Public Drains | Grass Cutting in Public Places and Curbside Grass Cutting on Public Roads | Cleansing of Public Beach | Clearing of Illegal Dumps | Controlled Solid Waste | Cleansing of Publicly Operated | Hawker Centres, Publicly Operated Markets, Night Markets, Pasar Tani and Pasar Pagi. Removal of Carcasses.

Public Cleansing Services

Datuk Rahman Dahlan ketika merasmikan Ops Raya 2015

Politeknik dan SWCorp Anjur Pengurusan Sisa Yang Betul Dengan

BLUEPRINT POLYGREENSWCorp akan turut bersama-sama menjayakan Blueprint Polygreen Politeknik Malaysia dengan menandatangani Surat Hasrat Kerjasama (LOI) 8 Julai lalu. Dokumen persefahaman tersebut telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp Datuk Ab Rahim Md Noor bersama Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik Malaysia Datuk Mohlis Jaafar sebagai usaha untuk merancang dan mendidik para pelajar melalui aktiviti-aktiviti pembangunan dan kelestarian berkaitan alam sekitar menerusi pelan pembangunan tersebut. Blueprint Polygreen tersebut yang dilancarkan 1 April lalu bertujuan untuk menyepadukan pembangunan hijau dalam sistem pengajaran dan pembelajaran membabitkan lima aspek iaitu pengurusan kampus hijau, pembangunan kurikulum hijau, pemupukan komuniti hijau, penyelidikan hijau dan pembudayaan hijau. Usaha Politeknik merancang untuk melestarikan alam sekitar dari peringkat institusi merupakan satu langkah yang berpandangan jauh kerana inisiatif ini telah dijalankan oleh pihak mereka sendiri berbanding dengan institusi-institusi pendidikan tinggi lain. Melihat inisiatif yang telah diambil oleh pihak Politeknik Malaysia, Bahagian Pendidikan Masyarakat SWCorp telah bersetuju untuk turut menjayakan Blueprint Polygreen dengan memberi pendidikan

tentang pengurusan sisa pepejal dengan betul kepada warga Politeknik seluruh Malaysia. Kerjasama ini merupakan sebahagian daripada perancangan Pelan Transformasi Minda (PTM) bagi merealisasikan pelaksanaan menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersih, indah dan sejahtera dengan menjadikan pelajar-pelajar sebagai salah satu kumpulan sasaran. Bahagian Pendidikan Masyarakat SWCorp juga dalam perancangan untuk bekerjasama dengan kolej-kolej komuniti untuk bersama-sama menjayakan usaha mendidik masyarakat tentang amalan pengurusan sisa pepejal yang betul.

Kolaborasi 8

MoUBersama City Of Kitakyushu Perkukuh Hubungan Strategik Antarabangsa

SWCorp meneruskan kerjasamanya dengan City of Kitakyushu dengan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk bekerjasama memajukan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di Malaysia. Memorandum tersebut telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, Datuk Ab Rahim Md Noor dan Pengurus Eksekutif Biro Alam Sekitar City of Kitakyushu, Kengo Ishida di Hotel Pullman, Bangsar 18 Ogos lalu. Kerjasama antara SWCorp dan City of Kitakyushu bermula dari tahun 2011 melalui Projek Pengurusan Sisa Pepejal Bersepadu di Hang Tuah Jaya, Melaka dan usaha bersama kedua-dua pihak kini untuk menjadikan Bukit Fraser, Pahang sebagai sebuah kawasan peranginan “eco-tourism” yang mengamalkan “zero waste”. Perkongsian idea daripada tenaga-tenaga pakar ini telah membantu pengurusan sisa pepejal di Malaysia melalui kaedah perawatan sisa makanan dan pelaksanaan aktiviti pengasingan sisa di kawasan perumahan dan komersial. Selepas majlis, seminar “Food Waste Management For Sustainable Future” telah diadakan dengan wakil dari SWCorp, City of Kitakyushu, syarikat konsesi, agensi kerajaan dan swasta telah memberi penerangan tentang isu pengurusan sisa pepejal berdasarkan kepakaran masing-masing. MoU bersama City of Kitakyushu ini merupakan kerjasama peringkat antarabangsa yang kedua bagi SWCorp, selepas kerjasamanya dengan R&D Centre for Valuable Recycling, Korea untuk kajian, simposium, latihan, dan program-program berkaitan pengurusan sisa pepejal serta kitar semula.

ebagai sebahagian dari langkah holistik SWCorp untuk melahirkan generasi yang mampu menghargai alam sekitar sebagai suatu amanah, satu memorandum

persefahaman (MoU) telah ditandatangani dengan pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, Datuk Ab Rahim Md Noor, UPSI dilihat sebagai rakan strategik untuk menggalakkan penyelidikan berkenaan Environmental Ethical Behaviour (EEB) di kalangan mahasiswa yang bakal bergelar guru kelak. Memorandum yang ditandatangani di Dewan Konvensyen, E-Learning UPSI tersebut diharapkan dapat menghasilkan penyelidikan yang secara tidak langsung dapat memberikan impak positif kepada negara dalam pelbagai aspek seperti sosial, ekonomi dan alam sekitar. Menurutnya lagi, penyelidikan berkenaan EEB amat diperlukan kerana cabaran peningkatan jumlah janaan sisa pepejal negara yang memerlukan perbelanjaan sehingga RM1.4 bilion setahun perlu diatasi segera.

“Penglibatan mahasiswa UPSI diyakini mampu mengatasi cabaran ini di masa akan datang kerana mereka memainkan peranan penting untuk membentuk peribadi dan sahsiah pelajar. “Kolaborasi dengan bakal warga pendidik masa depan ini dapat membantu usaha SWCorp untuk mendidik masyarakat serta bertindak sebagai duta kecil dalam mempromosikan amalan pengurangan sisa pepejal daripada peringkat awal,” jelasnya lagi. SWCorp juga menggalakkan penglibatan mahasiswa UPSI melalui program sukarelawan Mata Hati Malaysia yang dapat membantu meningkatkan kesedaran dan penglibatan masyarakat dalam pengurusan sisa pepejal daripada sumber dengan betul secara lebih menyeluruh. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Naib Canselor UPSI, Profesor Dato’ Dr. Zakaria Kasa, pengurusan tertinggi SWCorp dan UPSI.

S

SWCorp TandatanganiMoU Bersama

UPSI

Surat Hasrat Kerjasama (LOI) ditandatangani antara kedua-dua pihak

Datuk Ab Rahim dan Profesor Dato' Dr. Zakaria menandatangani MoU mewakili agensi masing-masing

Datuk Ab Rahim dan Kengo Ishida berjabat tangan sejurus selesai menandatangani MoU

9 NBOS @ KPKTKPKT SERTAI HARI NBOS 2015 KPKT PERGIAT PROGRAM TRANSFORMASI

SOSIAL TINGKAT KESEJAHTERAAN RAKYAT

MY BEAUTIFUL MALAYSIA TANGANI ISU PERUMAHAN KOS RENDAH DAN FASILITI AWAM

Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama pelbagai kementerian dan agensi telah menganjurkan Hari Terbuka Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) atau Hari Terbuka NBOS 2015 pada 23 dan 24 Mei 2015 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Kuala Lumpur dan dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri. Buku Laporan NBOS, Portal NBOS 2.0 serta Buku Bergambar NBOS (NBOS coffee table book) juga turut dilancarkan ada hari berkenaan.

Tujuan hari terbuka ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada masyarakat untuk mendapatkan maklumat lebih meluas serta berkongsi informasi mengenai pelbagai inisiatif di bawah NBOS yang dilaksanakan oleh Kerajaan sejak tahun 2009. KPKT turut menyertai pameran Hari Terbuka NBOS 2015 dan mengetengahkan inisiatif NBOS di bawah KPKT seperti yang berikut: i. Kejiranan Indah (MyBN)ii. Malaysiaku Indah (MyBM)iii. 1Malaysia Youth City

My Beautiful Malaysia (MyBM) merupakan salah satu inisiatif di bawah Program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang mula diperkenalkan pada 21 Mei 2014 dan diletakkan di bawah tanggungjawab KPKT. Tujuan utama inisiatif ini diperkenalkan adalah untuk menangani isu-isu berkaitan fasiliti awam terutamanya tandas awam, perumahan kerajaan serta rumah pangsa kos rendah yang berada dalam keadaan daif, usang dan kotor

kerana tidak diselenggara dengan baik. MyBM merangkumi tiga (3) komponen utama iaitu:i. Penyelenggaraan Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendahii. Penyelenggaraan Kuarters Kerajaaniii. Baik Pulih dan Naik Taraf Tandas Awam di bawah Pihak Berkuasa Tempatan

Program Transformasi Sosial (PTS) merupakan inisiatif baharu di bawah inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) 7: Program My Beautiful Neighourhood (MyBN) bagi menangani masalah yang dihadapi oleh penduduk perumahan awam terutamanya kemudahan infrastruktur dan persekitaran yang tidak terurus, suram dan kotor. PTS ini direalisasikan oleh KPKT dengan mengenal pasti lima (5) komponen utama yang boleh dilaksanakan di semua lokasi NBOS: MyBN dengan kolaborasi antara jabatan di bawah KPKT dan agensi lain antaranya Jabatan Kesihatan, Kementerian Dalam Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan 1M4U.

Mengurangkan jenayah melalui aktiviti omnipresence dan rondaan keselamatan oleh Polis Diraja Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Rukun Tetangga (RT); danAnggota Polis Wanita (AMANITA) menarik suri rumah menjadi ‘mata dan telinga’ bagi pihak polis untuk menyalurkan maklumat kes jenayah yang berlaku.

Memupuk kesedaran keselamatan kebakaran dan sebagai penyampai maklumat kecemasan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Memupuk semangat kesukarelawan dan dijadikan amalan bagi memelihara, menyelenggara dan mengawasi taman yang telah dinaik taraf; Mengawasi keadaan taman dan menjaga kebersihan taman; dan bergotong-royong memperbaiki kerosakan kecil atau melakukan apa yang patut untuk meningkatkan keceriaan taman.

Meningkatkan kadar kitar semula dengan mencapai sasaran 22 peratus menjelang tahun 2020; danMemupuk amalan kitar semula dan menambah sumber pendapatan isi rumah.

Memperkenalkan dan melaksanakan program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (Communication for Behavioural Impact, COMBI) yang bertujuan untuk melibatkan masyarakat setempat dalam aktiviti-aktiviti pencegahan penyakit berjangkit khususnya demam denggi.

Komponen PTS Perincian Komponen dan Tujuan

Program Bandar Selamat

Program Bomba Komuniti

Program Rakan Taman

Komuniti Kitar Semula (reduce, reuse dan recycle)

Program Kesihatan Persekitaran

Aktiviti 10

KSU KPKT MAHU SWCorpJADI CONTOH AGENSI LAIN

encapaian SWCorp diharap dapat menginspirasikan agensi-agensi lain di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan

Tempatan (KPKT) untuk memberikan perkhidmatan yang mengutamakan kesejahteraan rakyat, menurut Datuk Haji Mohammad Mentek, Ketua Setiausaha KPKT. Berucap semasa Majlis Ramah Mesra Bersama Ketua Setiausaha KPKT yang bertempat di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur, beliau memuji kempen 1 Million Bottles One Dream (1MBOD) yang dilancarkan dan berharap SWCorp dapat mempergiatkan lagi pendidikan tentang pengasingan sisa pepejal

daripada sumber dan juga penguatkuasaan yang tegas tetapi mesra. “Program ini merupakan salah satu kempen untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan amalan pengasingan sisa pepejal yang boleh dikitar semula. Justeru itu, saya berharap agar semua pihak khususnya yang hadir pada hari ini dapat memberikan kerjasama dan komitmen bagi memastikan sasaran SWCorp untuk mengumpulkan 1 juta botol plastik tercapai dengan jayanya”. “Saya juga amat bersetuju dengan pendekatan yang sedang dilaksanakan oleh SWCorp supaya setiap individu dapat melihat

sesuatu isu melalui pandangan Mata Hati dan bukan menilai dasar kerajaan untuk mewajibkan pengasingan sisa pepejal daripada sumber itu sebagai suatu yang membebankan malah ia adalah untuk kesejahteraan bersama,” menurutnya lagi. Antara yang hadir adalah Timbalan Ketua Setiausaha KPKT, stakeholders SWCorp, wakil-wakil syarikat konsesi, anak-anak dari Rumah Kebajikan Siti Khadijah dan juga warga kerja SWCorp dari seluruh Malaysia. Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan kombo SWCorp bersempena dengan sambutan Aidilfitri.

P

Sekitar Majlis Ramah Mesra Bersama KSU KPKT

Kemeriahan JMH di Melaka, pantai timur dan utara tanah air yang diisi dengan pelbagai aktiviti menarik dengan melibatkan penyertaan masyarakat setempat

agi menjayakan aspirasi SWCorp untuk menjadikan Malaysia negara yang bersih, indah dan sejahtera, program Jelajah Mata Hati (JMH) telah dianjurkan untuk

memperhebat usaha memastikan tahap operasi perkhidmatan sentiasa baik. Menerusi program ini ia dapat meningkatkan jalinan perhubungan antara organisasi dan penduduk setempat sekaligus membantu usaha membudayakan amalan penjagaan kebersihan. Program JMH yang berkonsepkan roadtour ini telah menjelajah 10 negeri bermula Johor, Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan, Perak, Kedah, Perlis dan Kuala Lumpur bermula 6 Mac sehingga 15 Ogos yang lalu. Setiap lokasi JMH yang dilawati juga disertai oleh pengurusan tertinggi SWCorp di mana pelbagai program berimpak tinggi bersama stakeholders di kawasan masing-masing telah dijalankan.

Antara pengisian program yang telah dijalankan adalah seperti sesi town hall, forum dialog bersama penduduk, sesi inspirasi bersama Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, program transformasi minda pelajar sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi, taklimat dan demonstrasi pengasingan sisa pepejal daripada sumber, program pembudayaan 3R dan banyak lagi aktiviti lain. Program-program yang telah dianjurkan ini turut disertai oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), syarikat-syarikat konsesi, Persatuan Mata Hati Malaysia, agensi-agensi peringkat negeri dan juga masyarakat setempat.

Berdasarkan respon yang diberikan para pengunjung JMH, mereka bersedia untuk memberikan kerjasama dengan SWCorp untuk menjadikan Malaysia antara 10 negara terbersih pada tahun 2020.

11 Aktiviti

JELAJAH MATA HATIBANTU SWCorp DEKATI

MASYARAKAT DENGAN PROGRAM BERIMPAK TINGGI

»Berdasarkan respon yang diberikan para pengunjung JMH, mereka bersedia untuk memberikan kerjasama dengan SWCorp untuk menjadikan Malaysia antara 10 negara terbersih pada tahun 2020.

B

Khas 12

imbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) SWCorp, Dato’ Zainul Abidin Abdullah menyeru semua warga kerja untuk bersama-sama menghayati visi dan misi SWCorp agar dapat

menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersih, indah dan sejahtera. Dalam temubual bersamanya, beliau telah berkongsi pandangan tentang langkah-langkah yang harus diambil untuk memastikan kejayaan sesebuah organisasi berdasarkan pemerhatiannya. “Untuk menjadikan sesuatu organisasi itu berjaya pertama sekali perlu ada warga kerja yang komited dan yang mempunyai keikhlasan untuk berkhidmat bersama-sama dengan pihak pengurusan. “Kedua, pihak pengurusan juga perlu melihat keperluan warga kerjanya sendiri dengan kerap berkomunikasi bersama mereka agar visi, objektif dan strategi SWCorp adalah jelas difahami,” jelasnya lagi. Beliau yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam perkhidmatan awam turut memuji komitmen yang diberikan oleh warga kerja SWCorp untuk bersama-sama menjadikan SWCorp sebuah organisasi yang hebat. “Majoriti warga kerja SWCorp sememangnya telah memberikan kerjasama yang baik, tetapi kita masih lagi cuba mempertingkat kefahaman tentang halatuju organisasi di semua peringkat,” menurutnya. Beliau pernah berkhidmat di enam Kementerian dan jawatan terakhir disandang beliau sebelum menyertai SWCorp adalah Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan selama tiga tahun. Selain itu, beliau turut menepis anggapan yang hal seperti misi, visi dan objektif ini hanya perlu difahami oleh pihak pengurusan tertinggi sahaja tanpa melibatkan penghayatan bersama oleh setiap

warga kerja organisasi tersebut. “Untuk menjadi sebuah organisasi yang hebat, visi dan misi itu hendaklah difahami, dihayati dan dilaksanakan oleh semua warga kerja, bukan pemimpin sahaja kerana fungsi pemimpin itu adalah untuk menerajui jalinan kerjasama semua pihak. “Kerana itu kita menggalakkan warga kerja SWCorp supaya menyumbang buah fikiran melalui sistem Bank Idea yang telah kita sediakan supaya kita bersama-sama dapat mencapai Aspirasi Unggul kita,” tegasnya lagi. Beliau turut mengulas berkenaan penggunaan Integrated Strategic Plan Monitoring System (InStramS) yang diharap dapat membantu SWCorp meningkatkan prestasi kerja yang berkualiti tinggi. “Objektif utama InStramS dibangunkan adalah untuk memastikan keselarasan antara Pelan Strategik SWCorp dan Sasaran Kerja Tahunan (SKT), selain membentuk kefahaman berkenaan teras strategik dan strategi dalam pelan tersebut di

PENGHAYATAN VISI DAN MISI OLEH SEMUA WARGA KERJA PENENTU

KEJAYAAN ORGANISASI

»"Untuk menjadi sebuah organisasi yang hebat, visi dan misi itu hendaklah difahami, dihayati dan dilaksanakan oleh semua warga kerja, bukan pemimpin sahaja kerana fungsi pemimpin itu adalah untuk menerajui jalinan kerjasama semua pihak".

»"Untuk menjadikan sesuatu organisasi itu berjaya pertama sekali perlu ada warga kerja yang komited dan yang mempunyai keikhlasan untuk berkhidmat bersama-sama dengan pihak pengurusan".»Kedua, pihak pengurusan juga perlu melihat keperluan warga kerjanya sendiri dengan kerap berkomunikasi bersama mereka agar visi, objektif dan strategi SWCorp adalah jelas difahami".

kalangan setiap warga kerja SWCorp. InstramS membantu mencapai objektif ini dengan memantau perkembangan dan memastikan pencapaian yang cemerlang bagi setiap program sasaran, sekaligus setiap warga SWCorp bersama-sama bertanggungjawab untuk menjayakan Pelan Strategik SWCorp. “Sistem ini juga memudahkan pengumpulan laporan pencapaian program sasaran pada setiap bulan dan memastikan organisasi sentiasa bergerak seiring dengan perancangan yang ditetapkan,” jelasnya lagi.

Dato' Zainul Abidin AbdullahTimbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan),SWCorp

T

Datuk Ab Rahim Md Noor, Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, telah membentangkan ciri-ciri budaya kehebatan yang perlu difahami dan dibudayakan oleh semua warga kerja SWCorp ketika ucapan beliau dalam Perhimpunan Bulanan Ogos 2015 seperti berikut:

13 Memacu Kehebatan

BUDAYAKAN AMALAN INOVASI UNTUK TERUS MEMPERHEBAT SWCorp

SWCorp komited untuk terus membudayakan amalan inovasi dan kreativiti di kalangan warga kerjanya untuk memastikan organisasi ini dapat menyumbang kepada masyarakat secara menyeluruh. Menurut Mohd Azhar Abd Hamid, Pengarah Bahagian Perancangan Strategik SWCorp, galakan yang diberikan untuk terus menjana idea bukanlah semata-mata dengan menyertai pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) yang lebih memfokuskan kepada sumbangan dalam organisasi sahaja, sebaliknya inovasi yang dititik beratkan adalah produk yang boleh digunakan oleh masyarakat luar dan agensi-agensi lain dari dalam mahu pun luar negara.

“Menerusi KIK yang melibatkan penyertaan dari semua negeri, kita akan membuat pemantauan rapi untuk setiap projek yang hendak dilaksanakan selepas melalui fasa perbincangan, kerana

kita mahu projek yang dilaksanakan mempunyai tujuan yang khusus dan memberi kesan yang signifikan kepada masyarakat”. Beliau juga menjelaskan SWCorp turut bergabung kepakaran dengan syarikat konsesi bermula tahun ini di bawah kategori ‘hybrid’ untuk mengeluarkan inovasi dan produk yang setanding dengan keluaran agensi-agensi antarabangsa bagi tujuan komersial.

“Inovasi yang kita keluarkan kebanyakannya berbentuk pendidikan tentang pengasingan sisa di punca selaras dengan sasaran kadar kitar semula sebanyak 22 peratus menjelang tahun 2020 dan pembudayaan amalan kebersihan dalam kalangan masyarakat. Inovasi ini juga akan dipatenkan untuk dijadikan produk eksklusif SWCorp”, tambah beliau. “Antara inovasi yang kita bangunkan adalah 3Ries di mana sistem ini dibangunkan menggunakan aplikasi android yang membolehkan urusniaga barangan terpakai dijalankan dengan menemukan penjual dan pembeli, 3Ries boleh dimuat turun melalui kod QR di laman web SWCorp,” jelasnya lagi. Meskipun SWCorp telah berjaya merangkul pelbagai anugerah seperti FutureGov dan KIK di peringkat Kementerian, beliau menegaskan bahawa ini bukanlah alasan untuk organisasi ini untuk tidak terus maju. “Dalam inovasi akan sentiasa ada pembaharuan dan permintaan

masyarakat juga berubah-ubah mengikut arus teknologi, jadi untuk memperhebat lagi organisasi ia memerlukan budaya kreatif dalam pelaksanaannya. “Untuk terus maju kita memerlukan lebih banyak kajian tentang bagaimana inovasi boleh menjadi lebih berkesan dalam konteks yang lebih besar dan kita mengharapkan agar warga kerja SWCorp terus menyumbang buah fikiran mereka melalui sistem bank idea setiap bulan,” menurutnya lagi.

Mohd Azhar Abd HamidPengarah,Bahagian Perancangan Strategik

»"Inovasi ini juga akan dipatenkan untuk dijadikan produk eksklusif SWCorp".

»"Dalam inovasi akan sentiasa ada pembaharuan dan permintaan masyarakat juga berubah-ubah mengikut arus teknologi, jadi untuk memperhebat lagi organisasi ia memerlukan budaya kreatif dalam pelaksanaannya".

» "Untuk terus maju kita memerlukan lebih banyak kajian tentang bagaimana inovasi boleh menjadi lebih berkesan dalam konteks yang lebih besar".

CIRI-CIRI BUDAYA KEHEBATAN SWCorp

10. High Quality Outcome

11. Doing More / Extra

12. Contributing More

13. Buat Sampai Jadi (BSJ)

14. Budaya Kreativiti dan Inovasi

15. Customer Oriented Culture

16. Thinking Strategically

17. Outstanding Teamwork

18. Budaya 3 'O' – Open Hearts, Open Door, Open Mind

19. Always WHM

20. Caring Culture

21. Result and Outcome Based Oriented

22. Budaya Beri Penghargaan

23. Budaya Saling Menghormati

24. Budaya Sharing and Complimenting

25. Budaya Profesionalisme

1. Budaya Ikhlas Berkhidmat Untuk Agama, Bangsa dan Negara

2. Budaya Melihat Sesuatu Dengan Mata Hati

3. Budaya Brain Office

4. Organizational Learning Culture

5. Sentiasa Menepati Masa / Date Line

6. Budaya Ketepatan / Precision

7. Budaya Pit-Stop

8. Budaya Mediate And Resolve Issue

9. Budaya Proaktif Dalam Kerja

Datuk Ab Rahim Md NoorKetua Pegawai EksekutifSWCorp

Umum 14

menyebabkan saluran air tersumbat. “Di Melaka misalnya polystyrene hanya diharamkan penggunaannya dalam program anjuran kerajaan sahaja sedangkan peniaga-peniaga lain tetap menggunakannya dalam urusan mereka manakala pengharaman di Kuala Lumpur pula hanya dibuat untuk kawasan Dataran Merdeka sahaja,” jelasnya lagi. Walau bagaimanapun, beliau turut memuji kempen pengharaman penggunaan beg plastik pada setiap Sabtu yang bertujuan untuk memelihara alam sekitar. “Sejak pelancaran kempen ini kita dapat lihat sudah timbul kesedaran yang meluas tentang bahaya penggunaan beg plastik di kalangan rakyat, dan akan lebih berkesan sekiranya pengharaman itu dapat dibuat pada hari-hari lain juga. “Kita perlu menghargai setiap usaha kerajaan untuk membina kesedaran tentang

bahaya penggunaan plastik, walaupun kesannya mungkin tidak begitu besar namun adalah sangat penting untuk masyarakat sedar bagaimana untuk menggunakan plastik secara bijak,” jelasnya lagi. Cara terbaik menguruskan plastik dalam kehidupan harian kita adalah dengan mengitar semula, kerana kadar plastik yang dikitar semula di negara kita amat rendah, iaitu kurang daripada 5 peratus. “Selain itu, penggunaan beg sandang setiap kali kita pergi membeli keperluan harian juga akan dapat mengurangkan penggunaan plastik justeru membantu mengurangkan kesan pencemaran oleh bahan yang malangnya sudah menjadi keperluan itu", jelasnya lagi.

engguna harus bijak menilai sendiri sejauh mana perlunya penggunaan plastik dalam kehidupan mereka kerana pencemaran yang terhasil dalam kehidupan manusia

sebahagian besarnya melibatkan plastik, menurut Dr. Mohd Pauze Mohamad Taha, Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Teknologi, SWCorp. “Berdasarkan satu kajian yang dibuat pada 2012, didapati lebih 275 juta tan sisa plastik telah dihasilkan di seluruh dunia tempoh satu tahun. Berdasarkan maklumat ini kita boleh nilai betapa besarnya penggunaan plastik dalam kehidupan kita,” jelasnya.

Plastik mempunyai beberapa kategori utama iaitu Polythelene Berkepadatan Tinggi (HDPE) yang banyak digunakan dalam kehidupan harian kita seperti botol-botol atau perkakas plastik kerana kualitinya yang tinggi, dan juga Polythelene Berkepadatan Rendah (LDPE) pula digunakan untuk beg plastik. Selain itu pek-pek minuman, polypropylene, polyvinyl chloride dan polystyrene juga antara kategori utama plastik, di mana Dr. Mohd Pauze telah menerangkan lebih lanjut tentang bahaya polystyrene kepada manusia dan alam sekitar. “Polystyrene ini boleh kita umpamakan penggunaannya seperti kesedaran kita tentang gula, kerana walaupun kita sedar tentang bahaya gula pada kesihatan, tetapi kita merasakan ia sudah menjadi satu keperluan,” jelasnya. Selain dari faktornya yang telah menjadi keperluan, isu kos polystyrene juga menyebabkan penggunaanya sukar dikawal dari terus mencemarkan alam sekitar. “Isu utama melibatkan polystyrene adalah faktor kosnya. Pertama, kos penghasilannya yang lima kali ganda lebih murah berbanding plastik biodegradable, kos pengangkutannya kerana kepadatannya yang sangat rendah menyebabkannya memakan ruang, malah kos pengurusannya setelah menjadi sisa juga sangat tinggi berbanding bahan lain,” terangnya. Beliau menegaskan bahawa walaupun langkah penguatkuasaan seperti pengharaman penggunaan polystyrene di bandar-bandar besar seluruh dunia telah dibuat, tetapi masalah ini hanya boleh diatasi jika pengguna sendiri bijak menilai sejauh mana keperluan mereka menggunakan bahan ini. “Antara tujuan utama polystyrene diharamkan adalah kerana kesan bahan ini jika berlakunya littering sememangnya ketara dan sifatnya yang ringan tetapi memakan ruang

Pengguna Harus Tahu Pengurusan Plastik Yang Bijak

Dr. Mohd Pauze Mohamad TahaPengarah,Bahagian Penyelidikan dan Teknologi

»"Antara tujuan utama polystyrene diharamkan adalah kerana kesan bahan ini jika berlakunya littering sememangnya ketara dan sifatnya yang ringan tetapi memakan ruang menyebabkan saluran air tersumbat".

»"Polystyrene ini boleh kita umpamakan penggunaannya seperti kesedaran kita tentang gula, kerana walaupun kita sedar tentang bahaya gula pada kesihatan, tetapi kita merasakan ia sudah menjadi satu keperluan".

P INFO :Polystyerene atau juga dikenali sebagai Styrofoam memang telah diharamkan penggunaannya sebagai pembungkus makanan di banyak bandar-bandar di Amerika, Europah dan Asia. Antara kesan negatif yang dikaitkan dengan bahan ini ialah:

Apabila dilupuskan di tapak pelupusan, memerlukan tempoh

yang lama untuk terurai iaitu melebihi 500 tahun, selain itu ia

sukar untuk dimampatkan dan ini menyebabkan penggunaan

ruang yang lebih besar berbanding dengan sampah lain.

Bekas polystyrene juga mengandungi bahan tonik iaitu Styrene dan Benzene iaitu bahan

karsinogenik (yang boleh menyebabkan kanser) dan

bahan racun sistem saraf, dan risikonya lebih tinggi apabila

makanan dan bekas tersebut dipanaskan.

Proses pembuatan polystyrene juga dikatakan menggunakan gas hydrocholoroflurocarbon

yang boleh menipiskan lapisan ozon dan mempunyai kesan yang

amat tinggi kepada kepanasan dunia.

Plastik termasuk polystyrene merupakan ancaman utama

pada penghidupan marin, oleh sebab itu kebanyakan bandar tepi pantai di Amerika Syarikat mengharamkan penggunaan

polystyrene sebagai pembungkus makanan sebaliknya

menggunakan kertas atau bahan yang terbolehuraian secara

biologi.

Sumber:

“Polystyrene Foam Report.” The Earth Resource Foundation.http://www.earthresource.org/

“Polystyrene Fast Facts.” The Way to Go.http://www.way-to-go.org/

http://businessbarbados.com/green-business/the-dangers-of-polystyrene/

1.

2.

3.

15 Penguatkuasaan‘WAR ROOM’Mungkin Penyelesaian Aduan Sampah Haram

PELANTRANFORMASI MINDA

SWCorp mewujudkan bilik gerakan (war room) khusus bagi membuat pemantauan rapi dan memerangi isu sampah haram di negara ini. War room ini diwujudkan di setiap ibu pejabat negeri dan cawangan SWCorp antara lain adalah untuk memastikan maklumat prestasi lebih tersusun dan dikemaskini. Bagi Ibu Pejabat SWCorp, war room ditempatkan di Bahagian Penguatkuasaan dan Kawal Selia di mana segala maklumat

yang dipaparkan adalah lebih menyeluruh dengan dilengkapi data-data di setiap negeri yang menerima Akta 672. Setiap negeri dikelaskan mengikut warna masing-masing seperti warna oren untuk cawangan-cawangan di Johor, warna putih untuk Pahang, hitam untuk Kuala Lumpur, ungu untuk Melaka, kuning mewakili Negeri Sembilan, hijau bagi Kedah dan warna merah untuk Perlis. Selain itu, maklumat lain yang turut dimasukkan adalah seperti nama Pengurus Cawangan, jumlah cawangan, bilangan anggota, penarafan untuk penyelia, notis kesalahan yang dikeluarkan, kertas siasatan, dan penarafan bintang untuk syarikat-syarikat konsesi setiap cawangan yang dinilai berdasarkan kadar masa setiap aduan diselesaikan. Pelaksanaan war room ini membantu proses pemantauan ke atas cawangan yang lemah di mana maklumat tentang kertas siasatan setiap cawangan boleh didapati melalui paparan tanpa perlu membuka fail, lebih mudah dan sistematik selain ketepatan data yang diberikan juga akan disahkan melalui Ops Mata Helang yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp sendiri.

War Room yang dilengkapi dengan maklumat-maklumat dari setiap cawangan

KE ARAH NEGARA BERSIH, INDAH DAN SEJAHTERA

Masyarakat yang melihatsecara Mata Hati dan

menghargai keperluanmemelihara alam sekitar

Masyarakat yang menghargai dan mengutamakan kebersihan dan

keindahan persekitaran

Masyarakat yang memahami dan menjadikan pengurusan sisa

pepejal dan kebersihan persekitaran sebagai tanggungjawab bersama

Masyarakat yang membudayakan amalan kebersihan

berteraskan kepada nilai-nilai murni dan keagamaan dalam kehidupan seharian

Masyarakat yang berdisiplin dan mematuhi peraturan berkaitan

dengan kebersihan dan alam sekitar

Masyarakat yang menghargai sisa pepejal sebagai sumber

ekonomi, tenaga dan nilai artistik

OBJEKTIF STRATEGIK 1

OBJEKTIF STRATEGIK 2

OBJEKTIF STRATEGIK 3

OBJEKTIF STRATEGIK 4

OBJEKTIF STRATEGIK 5

OBJEKTIF STRATEGIK 6

PROMOSI ASPIRASI SWCorp MELALUI MEDIA SOSIAL

elain mempromosikan aspirasi SWCorp untuk membudayakan amalan kebersihan dan kitar

semula melalui media arus perdana, SWCorp turut aktif dalam usaha mendidik masyarakat dalam dunia maya melalui media sosial yang semakin popular di kalangan rakyat Malaysia. Menurut Jazriq Jaafar, Ketua Unit Media Sosial SWCorp, pada awal penubuhan SWCorp, fokus utama untuk menyebarkan

maklumat lebih tertumpu kepada media arus perdana, namun menyedari pada masa kini kuasa media sosial yang sangat berpengaruh, SWCorp mula memperkasa penggunaan medium ini secara meluas kerana ia dilihat sangat berkesan, pantas, tidak memerlukan kos di samping mendekatkan SWCorp dengan masyarakat. “Perbezaan utama media arus perdana berbanding media sosial adalah liputannya yang

terhad, kerana di laman Facebook misalnya, setiap kandungan yang dimuat naik itu boleh dilihat pada bila-bila masa, selain dari faktor kemudahan akses untuk pengguna dan penjimatan kos. “Melalui media sosial ini juga kita dapat mempromosikan aspirasi SWCorp, di samping itu juga setiap artikel, status pesanan, gambar-gambar atau apa-apa sahaja input berkaitan akan disemak terlebih dahulu sebelum dimuat naik untuk memastikan bahan-bahan yang

Jazriq JaafarKetua Unit Media Sosial

16

S

dikongsi adalah menarik dan mempunyai nilai,” jelasnya. Dengan lebih 200,000 ‘likes’ di Facebook, 2,050 ‘followers’ di Twitter dan lebih 1,000 ‘followers’ di Instagram, pelbagai input berkaitan pengurusan, fakta, statistik dan hebahan program-program SWCorp dimuat naik setiap hari. “Melalui laman-laman media sosial ini juga banyak aduan tentang masalah-masalah sampah misalnya telah lebih mudah diselesaikan kerana gambar dan lokasi yang dikongsi oleh pengguna media sosial yang lain banyak membantu, walaupun ada juga respon yang negatif namun kita cuba tangani dengan sebaik mungkin,” menurutnya lagi. “Untuk menambah jumlah ‘like’, kita juga turut membuat promosi di acara-acara yang SWCorp sertai yang melibatkan orang ramai, selain turut membuat lawatan ke Silver Ant Studios sebagai salah satu lagi langkah untuk terus mempromosi SWCorp. “Unit Media Sosial SWCorp kini dalam perancangan untuk mengadakan program seperti Hari Media Sosial untuk merancakkan lagi penggunaan media sosial di kalangan warga SWCorp sendiri,” jelasnya lagi.

»"Perbezaan utama media arus perdana berbanding media sosial adalah liputannya yang terhad, kerana di laman Facebook misalnya, setiap kandungan yang dimuat naik itu boleh dilihat pada bila-bila masa, selain dari faktor kemudahan akses untuk pengguna dan penjimatan kos".

swcorpMY

SWCORP_MY

@swcorp_my

www.swcorp.my

SWCorp TAMPIL DENGANTisu Batik PelangiSEBAGAI KARYA SENI

ebagai salah satu langkah untuk mempromosi amalan kitar semula di kalangan masyarakat, SWCorp kini dalam perancangan untuk

mempopularkan tisu batik pelangi sebagai salah satu hasil seni dengan menggunakan bahan kitar semula. Menurut Ummi Kalthum Shuib, Pengarah Bahagian Kewangan SWCorp, tisu batik pelangi ini merupakan satu karya seni yang amat sesuai untuk dipromosikan memandangkan batik adalah satu produk Malaysia yang terkenal di seluruh dunia, manakala tisu yang berasaskan bahan kitar semula pula berkait rapat dengan SWCorp. “Idea untuk mempromosi tisu batik pelangi bermula selepas saya melawat satu galeri yang mengajar orang-orang cacat penglihatan untuk membuat batik pelangi menggunakan tisu dan kemudiannya saya ketengahkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif, selepas itu 25 orang wakil dari setiap Bahagian dan Negeri SWCorp telah dihantar untuk menyertai kursus bagi mempelajari hasil seni ini. “Kemudiannya kita mula menjadikan tisu batik pelangi ini sebagai cenderamata untuk tetamu kehormat dalam majlis kita, dan juga para pelawat, di mana pelawat dari luar negara seperti Korea, Indonesia dan Jepun juga telah menerimanya sebagai cenderamata yang turut mempromosi aspirasi SWCorp tentang amalan kitar semula,” jelasnya. Menurutnya lagi, tisu batik pelangi yang cantik apabila dibingkaikan ini bukan sahaja dibuat sebagai cenderamata, malah telah dibuat sebagai

produk jualan dalam pelbagai lingkungan harga bagi menjana pendapatan melalui penjualan. “SWCorp telah mengadakan kerjasama dengan pihak Beranda Gallery di Langkawi yang telah menjemput kita untuk menjual karya batik pelangi di galeri tersebut, malah kita juga bercadang untuk mengadakan pameran batik pelangi di sana Januari tahun depan. “Kita juga kini sedang berbincang dengan pihak KLCC dan tempat-tempat tumpuan pelancong luar negara untuk meletakkan karya ini sebagai produk jualan kepada pelancong, malah di Pulau Perhentian juga kita sudah ada pembeli,” tambahnya lagi. Menerangkan objektif karya seni ini untuk tujuan pendidikan dan menjana pendapatan, beliau turut memberitahu bahawa ia adalah salah

satu inisiatif SWCorp untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik menjana ekonomi. “Kita telah bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan mensasarkan golongan asnaf supaya diberikan kemahiran membuat batik pelangi untuk turut dijual di tempat-tempat tumpuan pelancong. “Selain itu juga, kita telah mengambil inisatif untuk membeli hasil-hasil karya pelukis tempatan yang sedang meningkat naik untuk diletakkan di Galeri Seni SWCorp, dan karya-karya tersebut akan menjadi satu bentuk pelaburan untuk SWCorp kelak,” jelasnya lagi.

S »"Idea untuk mempromosi tisu batik pelangi bermula selepas saya melawat satu galeri yang mengajar orang-orang cacat penglihatan untuk membuat batik pelangi menggunakan tisu dan kemudiannya saya ketengahkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif, selepas itu 25 orang wakil dari setiap Bahagian dan Negeri SWCorp telah dihantar untuk menyertai kursus bagi mempelajari hasil seni ini".

RUANGAN IKLAN UNTUK DISEWAKami menawarkan ruangan iklan kepada anda untuk mempromosikan

produk, perkhidmatan, perniagaan dan lain-lain.SWCorp News akan dibaca meliputi lebih 2 juta pembaca di seluruh negara pada masa akan datang.

Dapatkan Borang Langganan Ruangan Iklan di www.swcorp.my/swcorpnews

Sebarang pertanyaan sila hubungiSWCorp : 03-2245 9292 - Pn. Zaitun Abdul Raship : 012-752 7042 - Pn. Nor Suraya Muhamad Hasim : 017-520 9080

17 Santai

Galeri Seni SWCorp yang menempatkan hasil Tisu Batik Pelangi

Tetamu Kehormat dan orang ramai turut mengambil peluang membuat Tisu Batik Pelangi

Ummi Kalthum Shuib Pengarah Bahagian Kewangan

egiatan menampal iklan haram di sekitar ibu kota perlu dilihat dengan mata hati dan tindakan yang lebih berkesan perlu diambil

demi memastikan tahap kebersihan fizikal di kawasan bandar terpelihara. Selain itu, ia juga penting bagi menjaga kesejahteraan dan keharmonian masyarakat dalam negara kita. Demikian kenyataan Datuk Ab Rahim Md Noor, Presiden Persatuan Mata Hati Malaysia berhubung kegiatan penampalan iklan haram yang semakin berleluasa di negara ini. Menurut beliau, kegiatan iklan haram di negara kita ini jelas menunjukkan bahawa tahap kebersihan di negara ini masih lagi belum mencapai tahap yang kita inginkan. Umumnya negara kita sedang mensasarkan untuk menduduki antara 10 negara terbersih di dunia menjelang tahun 2020. Justeru masyarakat perlulah bersama-sama berganding bahu bagi memastikan impian ini dapat direalisasikan sesuai dengan penarafan negara kita sebagai negara maju dalam tempoh beberapa tahun lagi. Iklan haram juga menjejaskan imej negara kepada pelancong asing yang berkunjung ke negara ini di samping mengundang bahaya juga kepada masyarakat umum apabila papan tanda di jalan-jalan awam turut ditutupi dengan poster dan iklan haram yang menyakitkan mata. Tanpa kita sedari sindiket iklan haram yang semakin berleluasa ini akan menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan institusi kekeluargaan contohnya apabila mereka bakal terjerat dengan tipu helah peminjam wang tidak berlesen atau “ah long”. “Persatuan Mata Hati Malaysia (MHM) ketika ini sedang menjalankan kerjasama

dengan SWCorp dan Institusi Pengajian Tinggi untuk menjalankan program secara besar-besaran membasmi iklan haram di bandar-bandar utama seluruh negara,” ujar Datuk Ab Rahim. Menurut beliau lagi, setakat ini pihak Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dalam menjayakan program pembasmian iklan haram dengan memfokuskan kawasan di sekitar utara tanah air. MHM merupakan sebuah NGO yang telah ditubuhkan pada 20 November 2014 yang bergiat aktif dalam membina kesedaran masyarakat untuk menyedari tanggungjawab mereka dalam hal-hal yang berkaitan dengan kesejahteraan kehidupan, tahap kebersihan serta kelestarian alam sekitar. Sehingga kini MHM mempunyai seramai 1,800 ahli di seluruh negara yang majoritinya terdiri daripada mahasiswa dan persatuan penduduk.

Lihat Isu Iklan Haram Melalui

Mata Hati

18

PERSATUAN MATA HATI MALAYSIA (MHM) merupakan sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) telah didaftarkan pada 20 November 2014. MHM mengajak masyarakat melihat sesuatu perkara melangkaui dari apa yang sebenarnya dilihat untuk menimbulkan kesedaran dan keinsafan terhadap kesan tindakan manusia yang boleh mencemar dan merosakkan alam sekitar dan bumi. MHM ingin menjemput masyarakat untuk menyertai MHM sebagai sukarelawan dan keahlian terbuka kepada semua golongan tidak mengira bangsa dan umur. Sukarelawan MHM berpeluang untuk mengikuti setiap program yang dianjurkan serta diberikan keutamaan dalam menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh agensi yang mempunyai hubungan dengan MHM.

LAYARI www.matahati-malaysia.blogspot.com | FaCeBOOk : Mata Hati MalaYSiauntuk mendapatkan Borang Keahlian Mata Hati Malaysia,yuran keahlian hanya rM2.00 seumur hidup. Untuk sebarang info lanjut sila hubungiEn. Rohaidy : 03-2245 9268 / 012-207 6785 atau |En. Mohd Hazimi : 019 – 417 5177 atau email: [email protected].

K

Islam adalah agama yang menganjurkan ke arah kesederhanaan dalam kehidupan umatnya, kerana sifat kesederhanaan tersebut merupakan antara perkara yang dituntut dalam mencari keredhaan Allah. Merujuk kepada firman Allah dalam al-Furqan, ayat 67 yang bermaksud; Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu. Menurut satu hadis yang diriwayatkan al-Ibn an-Najjar pula, Rasulullah telah bersabda yang maksudnya; Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat serta menabung untuk hari susah dan hajatnya. Berdasarkan dua dalil tersebut, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menghuraikan perincian berkenaan kesederhanaan yang dianjurkan oleh Islam untuk dijadikan panduan kepada masyarakat Muslim di Malaysia. Menurut huraian tersebut kesederhanaan boleh diterjemahkan sebagai satu bentuk pengawalan terhadap keinginan dan desakan hati yang amat diperlukan bagi melawan nafsu boros, oleh itu keterlaluan dalam mengejar harta dan kemewahan perlu dielakkan kerana kesannya yang buruk bagi hubungan sesama makhluk, tanpa menyedari rezeki semuanya datang dari Allah. Bersederhana dalam perbelanjaan pula menerangkan tentang kepentingan untuk tidak berbelanja secara berlebihan, namun tidak pula bersifat bakhil kerana keredhaan Allah yang berada di tengah-tengah antara dua sifat tersebut melalui kesederhanaan. Oleh itu, untuk mencari keredhaan Allah dalam kehidupan seharian, kita seharusnya bermuhasabah diri dalam perbelanjaan seharian kita dengan mengelakkan pembaziran, misalnya dengan mula merancang pemakanan seharian kita dengan cara menghabiskan setiap makanan yang telah dimasak atau dibeli, selain turut membantu usaha menguruskan sisa dengan lebih baik. Dengan merancang pemakanan kita, bukan sahaja kita dapat menjimatkan perbelanjaan seharian kita, kelestarian alam sekitar juga dapat dijaga dengan kurangnya pengeluaran sisa, malah dengan izinNya, keredhaan yang telah dijanjikan untuk umatnya yang bersederhana dalam perbelanjaan mereka.

Bersederhanalah Dalam Perbelanjaan Anjuran Islam

Iklan haram yang mencemarkan imej negara

Rohani

Apa kata mereka?tentang isu IKLAN HARAM

"

"

Terma ‘Iklan haram’ harus didefinisikan dengan lebih terbuka. Ia tidak hanya tertumpu kepada perkara bersifat negatif tetapi turut digunakan sebagai medium paling mudah untuk mempromosikan produk, perkhidmatan, pekerjaan, kenderaan, hartanah dan kerap kali sebagai penunjuk arah majlis perkahwinan. Peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh pihak berkuasa seharusnya jelas dan tidak ada percanggahan terutama antara Majlis Daerah / Perbandaran supaya secara am pengiklan mempunyai pemahaman yang baik dan mengelakkan dilema dalam pelaksanaan oleh pihak penguatkuasa sendiri.

– Nik Norzahariah Ashikin Nik Mohamed, Pensyarah

Pihak yang menampal iklanharam ini sebenarnya tiada kesedaran sivik. Mungkin kita boleh membantu membanteras kegiatan ini dengan menanggalkan iklan tersebut di sesetengah lokasi.

– Mohd Amirul Rashidi Mohd Amin, Kerani

"

Kegiatan iklan haram yang berleluasa pada masa kini terutamanya di ibu kota sukar untuk dibanteras jika tidak mendapat kerjasama yang padu daripada keseluruhan masyarakat dan masyarakat tidak boleh meletakkan tanggungjawab ini kepada pihak berkuasa semata-mata. Mereka seharusnya menggunakan medium pemasaran yang lebih mudah diakses tanpa melibatkan kos seperti media sosial.

– Suhaida Muhammad Akhirim, Pelajar

"

Iklan haram selalu ditampal di kawasan awam untuk menarik perhatian orang ramai contohnya di pokok, lampu isyarat, tiang lampu dan lain-lain hanya menyakitkan mata. Iklan seperti pinjaman kewangan adalah jalan terakhir kepada orang yang dalam keadaan terdesak.

- Elyana Aqilah Hanizi, Alumni UiTM Shah Alam

"

"

Kegiatan penampalan iklan haram yang berleluasa hanya merosakkan pemandangan ibu kota dan orang ramai diharapkan tidak mudah terpedaya, seeloknya pergilah mendapatkan produk atau perkhidmatan di saluran yang betul.

– Mohd Hanis Dzulkifli, Jurutera

Masyarakat perlu diberikan pendedahan yang lebih meluas tentang produk-produk yang tidak diiktiraf dan perlu mengetahui bahawa mereka ini tidak boleh dipercayai kerana jika produk atau perkhidmatan yang ingin diiklankan adalah sah disisi undang-undang mereka akan menggunakan saluran yang betul.

– Muaz Mohamed, Penyampai Radio NASIONALfm

"

"

Penguatkuasaan yang lebih bijak dan licik perlu dilaksanakan untuk menangkap pengiklan haram ini. Selain itu, dengan mewujudkan satu pasukan khas yang memfokuskan pembersihan iklan haram di satu-satu lokasi terlebih dahulu mungkin antara langkah yang boleh diberi perhatian.

– Odey Petra, Penyampai Radio NASIONALfm

Mungkin pihak berkuasa boleh bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi untuk mengesan pihak yang menampal iklan haram ini berdasarkan nombor telefon yang dipaparkan. Kegiatan ini sebenarnya boleh dibanteras jika masyarakat di negara ini mempunyai kesedaran sivik dan sayang kepada negara ini.

- Shahrizal Mohd Rafique, Jurutera

"

Kos pengiklanan yang tinggi merupakan punca pihak tidak bertanggungjawab ini menggunakan iklan haram untuk mempromosikan produk mereka. Melalui penyediaan ruangan khas pengiklanan di kawasan bandar secara percuma antara usaha yang boleh menyelesaikan masalah ini.

– Nur Aida Madeli, Pelajar

"

Kebanyakan iklan haram seperti pinjaman “Ahlong” yang ditawarkan kepada mereka yang mempunyai masalah kewangan hakikatnya tidak akan menyelesaikan masalah mereka malahan akan menimbulkan lebih banyak masalah lain.

– Noor Azwa Ismail, Peguam

"

Pihak yang tidak bertanggungjawab ini harus ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan kerana mereka hanya menyusahkan orang awam terutamanya iklan haram yang menutup papan tanda arah jalan.

- Mohammad Izuan, Pemandu

PERSPEKTIFPERSPEKTIF

1 2Belah botol menjadi dua bahagianseperti gambar di bawah.

Setelah dipotong dua, potong pula secara menegakseperti gambar di bawah. 3 Tekan dengan berhati-hati dan

lipat keluar potongan menegak tadi.

6 Lipat lagi strip yang berada di sebelah dengancara yang sama.4 5Tekan botol dalam keadaan terbalik

supaya lipatan tadi menjadi rata.Lipat ke dalam salah satu strip kebahagian dalam dari 2 strip berselang.

7Lipat lagi semua strip sehingga habis dan akan nampak hasilnyaseperti gambar di bawah. Kemudian tambahkan bunga untukmenjadikan pasu ini lebih cantik.

Ruangan tips pada kali ini akan berkongsi dengan para pembaca tentang cara-cara untuk menghasilkan produk hiasan dengan menggunakan bahan terpakai iaitu botol plastik. Siapa sangka bahan terbuang seperti ini boleh menghasilkan pasu hiasan yang sudah pastinya akan menghiasi rumah anda dengan teknik yang unik dan menjimatkan. Mari kita gunakan sentuhan daya kreativiti anda untuk menghasilkan hiasan dari botol terpakai dengan langkah mudah seperti gambar rajah di sebelah.

ersatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah bersetuju untuk bekerjasama dengan SWCorp untuk menjaga kebersihan di kawasan stadium dalam setiap perlawanan

Liga Malaysia. Menurut Timbalan Pengerusi FAM, Dato’ Sri Afandi Hamzah, kerjasama ini dijalankan bertujuan untuk mendidik masyarakat tentang kepentingan penjagaan kebersihan bagi membentuk sikap berdisiplin di kalangan penyokong bola sepak tempatan. “Kita mengharapkan yang penyokong kita semakin hari akan semakin profesional, bukan sahaja dari segi sokongan kepada pasukan mereka, tetapi agar mereka mampu menjadi contoh sebagai penyokong yang berdisiplin termasuklah dalam aspek penjagaan kebersihan. “Kita (FAM) merasakan promosi seumpama ini adalah usaha yang sesuai untuk mentransformasikan minda masyarakat, kerana pertamanya perlawanan-perlawanan ini melibatkan ramai penyokong yang hadir ke stadium dan pada masa yang sama para penonton yang menyaksikan perlawanan di kaca televisyen akan turut dapat didekati dengan hasrat dan mesej penjagaan kebersihan ini,” jelasnya lagi. Menurutnya, bagi menzahirkan projek perintis ini, kempen ini telah dijalankan semasa perlawanan akhir Piala FA semasa Kelantan menentang Lions XII di Stadium Bukit Jalil 24 Mei lalu, malah SWCorp Johor juga telah mengadakan kerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor sebelum ini. Tambahnya lagi, FAM turut mengedarkan Pekeliling bermula awal Jun lalu kepada kelab bola

sepak seluruh negara supaya menjaga kebersihan dengan perinciannya akan diberikan oleh pihak SWCorp dan juga menyediakan kain-kain rentang yang menyeru ke arah penjagaan kebersihan, selain juru acara juga akan memaklumkan kepada para pengunjung tentang kempen ini sambil mempromosikan SWCorp kepada para penyokong. Walau bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa memandangkan kempen ini masih dalam fasa permulaan, banyak lagi usaha yang perlu dilakukan oleh semua pihak untuk mencapai misi ini. “Sambutan yang diberikan oleh para penyokong dilihat amat baik, di mana dari 90,000 penyokong yang hadir semasa di Bukit Jalil, rata-rata penonton telah menggunakan segala kemudahan, tetapi mungkin masih ada masalah tong-tong yang disediakan tidak mencukupi.

“Untuk menyedarkan orang ramai ini bukanlah perkara yang mudah, tetapi inisiatif kita ini adalah untuk memastikan para penyokong untuk turut sama mengamalkan penjagaan kebersihan di dalam dan luar stadium,” jelasnya lagi Menyentuh tentang amalan kitar semula, beliau menjelaskan bahawa di setiap stadium telah ada pihak yang dilantik untuk menguruskan sisa pepejal yang terkumpul setelah setiap perlawanan berlangsung. “Walaupun telah ada pihak yang menguruskan hal ini, kita mengharapkan dengan kerjasama ini, akan timbul kesedaran yang lebih hebat, isu-isu sampah ini dapat kita selesaikan dengan cara yang lebih sistematik,” ujarnya lagi.

SUKANSUKAN

P

CARA MEMBUAT PASU BUNGA DARI BOTOL PLASTIK

Kredit kepada : http://zhahab.blogspot.com

TIPS!TIPS!

BOLA SEPAK TEMPATAN

FAM PUPUK AMALAN KEBERSIHANDI KALANGAN PENYOKONG

BOLA SEPAK TEMPATAN

BORANG LANGGANAN RUANGAN IKLAN

SWCorp NEWS

KELUARAN : 4/2015

Kepada :

Solid Waste and Public Cleansing Management Corporation (SWCorp)Bangunan Wisma UOA Tingkat Mezzanine, 2, 3, & 4No. 11, Jalan Pantai Jaya (JALAN 4/83a), Peti Surat 12038 59200 KUALA LUMPUR(u.p. : Pn. Zaitun Abdul Raship)

No. Telefon : 03 - 2245 9292 No. Faksimili : 03 - 2245 9293 / 9394

BIL SAIZ

KADAR HARGA SATU KELUARAN

IKLAN

(RM)

PILIHAN LANGGANAN

( / )

KEKERAPAN KELUARAN

KADAR HARGA LEBIH DARI

SATU KELUARAN

IKLAN(RM)

PILIHAN LANGGANAN

( / )

1 4 cm (W) x 5 cm (H) '30.00 5 125.00

2 6 cm (W) x 10 cm (H) '85.00 2 160.00

3 8 cm (W) x 3 cm (H) '17.00 3 45.00

4 8 cm (W) x 5 cm (H) '60.00 3 150.00

5 8 cm (W) x 7 cm (H) '120.00 3 345.00

6 12 cm (W) x 6 cm (H) '60.00 2 '115.00

7 12 cm (W) x 8 cm (H) '105.00 2 '200.00

8 27.9 cm (W) x 19.3 cm (H)

(Separuh muka surat) 1,000.00 3 '2,800.00

9 39.3 cm (W) x 27.9 cm (H) (Muka penuh) '2,000.00 3 '5,800.00

Bayaran kepada pihak SWCorp boleh dibuat secara tunai di ibu pejabat SWCorp atau secara Electronic Fund Transfer (EFT) atau CEK ke akaun BIMB 14180010000120 dan dibayar atas nama “PPSPPA” atau Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam. Bukti pembayaran perlu disertakan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Zaitun Binti Abdul Raship di talian 03 – 2245 9335 / 012 – 752 7042 atau di alamat emel [email protected]

NAMA DAN ALAMAT SYARIKAT :

NAMA :

NO. TELEFON :