1. Sistem Maklumat Adalah data yang telah diproses melalui ...mtp2013.tripod.com/NOTA1SM.pdf · c....

9
1. Sistem Maklumat 1.1 Makna maklumat dan sistem maklumat a. maklumat: Adalah data yang telah diproses melalui computer dan ditukar kepada keluaran yang sangat berguna kepada pengguna b. sistem maklumat: a. set komponen yang saling berkaitan untuk menghasilkan data yang berguna kepada pengguna b. merupakan satu gabungan operasi yang melibatkan perancangan, pemerhatian, penyimpanan, pengurusan serta penganalisisan data bagi menghasilkan maklumat yang boleh digunakan di dalam proses membuat keputusan. c. Adalah berasaskan satu pengubahn data bagi menyediakan bantuan analitik kepada penganalisis dan pembuat keputusan Sistem maklumat bukanlah sekadar satu set perisian dan perkakasan komputer yang menghasilkan data. Ia merupakan satu sistem pengendalian dan penganalisisan data yang mengandungi lima komponen utama iaiatu manusia, proses, perisian, perkakasan dan data. Di mana komponen ini saling berkait antara satu sama lain. Keperluan pengguna Tindakan pengguna Hasilakan ouput Manipulasi dan analisis Storan data Pengumpulan data perancangan

Transcript of 1. Sistem Maklumat Adalah data yang telah diproses melalui ...mtp2013.tripod.com/NOTA1SM.pdf · c....

Page 1: 1. Sistem Maklumat Adalah data yang telah diproses melalui ...mtp2013.tripod.com/NOTA1SM.pdf · c. Peranti storan sekunder: Berbeza dengan ingatan, peranti storan sekunder menyimpan

1. Sistem Maklumat 1.1 Makna maklumat dan sistem maklumat

a. maklumat: Adalah data yang telah diproses melalui computer dan ditukar kepada keluaran yang sangat berguna kepada pengguna b. sistem maklumat: a. set komponen yang saling berkaitan untuk menghasilkan data yang berguna

kepada pengguna b. merupakan satu gabungan operasi yang melibatkan perancangan, pemerhatian,

penyimpanan, pengurusan serta penganalisisan data bagi menghasilkan maklumat yang boleh digunakan di dalam proses membuat keputusan.

c. Adalah berasaskan satu pengubahn data bagi menyediakan bantuan analitik kepada penganalisis dan pembuat keputusan

Sistem maklumat bukanlah sekadar satu set perisian dan perkakasan komputer yang menghasilkan data. Ia merupakan satu sistem pengendalian dan penganalisisan data yang mengandungi lima komponen utama iaiatu manusia, proses, perisian, perkakasan dan data. Di mana komponen ini saling berkait antara satu sama lain.

Keperluan pengguna

Tindakan pengguna

Hasilakan ouput

Manipulasi dan analisis

Storan data

Pengumpulan data

perancangan

Page 2: 1. Sistem Maklumat Adalah data yang telah diproses melalui ...mtp2013.tripod.com/NOTA1SM.pdf · c. Peranti storan sekunder: Berbeza dengan ingatan, peranti storan sekunder menyimpan

1.2 Kegunaan sistem maklumat Sistem maklumat dan teknologi sudah menjadi satu komponen yang penting dalam menentukan kejayaan sesebuah perniagaan mahupun organisasi. Kegunaannya bergantung kepada institusi contoh perniagaan, hospital, sekolah dan lain- lain.

Fungsi utama a. merekod dan menyimpan maklumat pelanggan b. menyebarkan maklumat

c. menganalisa sesuatu masalah umpama penyakit, markah dan sebagainya. Menyokong aktiviti perniagaan seperti merekod pembelian, jualan dan mengawal inventori. d. Membantu membuat keputusan bagi menyelesaikan masalah. Menolong pengurus mencari alternative untuk persaingan yang sihat

1.3 Hubungan manusia, prosedur, perisian, perkakasan dan data dalam sistem maklumat Sistem maklumat terdiri daripada lima bahagian utama iaitu manusia, prosedur, perisian, perkakasan dan data.

a. Manusia : Sememangnya mudah untuk melupakan manusia sebagai salah satu bahagian dalam sistem maklumat. Di mana ia menjadikan manusia lebih produktif.

b. Prosedur : Prosedur ialah peraturan atau garis panduan yang perlu diikut oleh manusia ketika menggunakan perisian, perkakasan dan data. Lazimnya, prosedur didokumentasikan ke dalam manual yang ditulis oleh pakr dalam computer. Manual juga disediakan oleh pengeluar perisian dan perkakasan bersama-sama produk mereka.

c. Perisian : Perisian ialah nama lain bagi program atau atur cara. Di mana atur cara atau program terdiri daripada arahan berjujukan yang memberitahu computer bagaimana untuk melakukan tugas. Tujuan perisian adalah untuk menukarkan data (fakta yang belum diproses) kepada maklumat (data yang telah diproses).

d. Perkakasan : Perkakasan terdiri daripada peralatan seperti papan kekunci, tetikus, monitor, unit sistem dan peranti-peranti lain. Perkakasan dikawal oleh perisian untuk beroperasi. Ia memproses data untuk menghasilkan maklumat.

e. Data : Data terdiri daripada fakta mentah yang belum diproses termasuk teks, nombor, imej dan bunyian. Contoh fakta mentah ialah jumlah jam anda bekerja dan kadar gaji anda. Setelah data diproses oleh computer ia dipanggil maklumat.

Page 3: 1. Sistem Maklumat Adalah data yang telah diproses melalui ...mtp2013.tripod.com/NOTA1SM.pdf · c. Peranti storan sekunder: Berbeza dengan ingatan, peranti storan sekunder menyimpan

Manusia Walaupun mudah dilupakan, namun manusia merupakan bahagian terpenting dalam sistem maklumat. Kehidupan seharian kita sentiasa dipengaruhi oleh computer dan sistem maklumat. Kerap kali berlaku hubungan secara terus dan jelas seperti membuat dokumen dengan menggunakan aturcara pemproses perkataan atau menggunakan internet Adakalanya hubungan ini tidak begitu jelas. Walau bagaimanapun, computer dan sistem maklumat digunakan dalam kehidupan kita berulangkali setiap hari.

Page 4: 1. Sistem Maklumat Adalah data yang telah diproses melalui ...mtp2013.tripod.com/NOTA1SM.pdf · c. Peranti storan sekunder: Berbeza dengan ingatan, peranti storan sekunder menyimpan

Perisian Perisian seperti yang telah dinyatakan merupakan nama lain bagi atur cara. Atur cara ialah suruhan yang memberitahu computer bagaimana untuk memproses data ke dalam bentuk yang anda kehendaki. Dalam kebanyakan kes perisian pemproses perkataan dan atur cara saling bertukar ganti. Terdapat du jenis perisian yang utama iaitu perisian sistem dan periian aplikasi. Perisian aplikasi ialah jsenis perisian yang kita gunakan dan perisian sistem ialah jenis perisian yang computer gunakan. Perisian Sistem Pengguna berinteraksi dengan perisian sistem. Perisian sistem mebolehkan perisian aplikasi berinteraksi dengan perkakasan. Perisian sistem ialah perisian yang menjadi tulang belakang bagi membantu computer menguruskan sumber dalamannya. Perisian sistem yang paling penting ialah sistem pengendalian yang berinteraksi dengan perisian aplikasi dan computer. Sistem pengendalian mengawal dengan terperinci seperti melaksanakan atur cara, menyimpan data dan pemprosesan perkataan. Perisian Aplikasi Perisian aplikasi mungkin dinyatakan sebagai pengguna akhir. Perisian aplikasi melaksanakan kerja berguna untuk tugasan yang bertujuan am seperti pemprosesan perkataan dan analisis data. Terdapat atur cara untuk tujuan am atau aplikasi asas. Atur cara ini digunakan dengan meluas dalam semua bidang pekerjaan. Ia merupakan satu jenis atur cara yang perlu kita tahu sebagai pengguna yang cekap berkomputer. Salah satu daripada aplikasi am ini ialah penyemak imbas untuk mengemudi, menjelajah dan mencari maklumat di internet. Dua jenis pnyemak imbas yang paling banyak digunakan ialah Miscrosoft’s Internet Explorer dan Netscape’s Navigator. Rujuk jadual 1 Jenis Perihalan Pemprosesan perkataan Menyediakan dokumen bertulis Hamparan elektronik Menganalisis dan meringkas data numeric Sistem pengurusan pengkalan data Menyusun dan mengurus data atau

maklumatt Persembahan grafik Menyampai mesej kepada orang lain Penyemak imbas Mengemudi, menjelajah dan mencari

maklumat di internet. Pengurus maklumat Menyelenggara calendar elektronik, buku

alamat dan senarai tugas untuk dibuat Jadual 1 : aplikasi asas Terdapat banyak lagi aplikasi yang lebih khusus dan digunakan secara meluas dalam bidang kerjaya tertentu. Ia merupakan atur cara yang kita patut tahu sekiranya kita hendak menjadi pengguna yang cekap berkomputer pada masa akan dating. Salah satu aplikasi yang paling menarik ialah multimedia yang membolehkan kita mengabungkan video, muzik, suara, grafik dan animasi untuk menghasilkan persembahan yang interaktif.

Page 5: 1. Sistem Maklumat Adalah data yang telah diproses melalui ...mtp2013.tripod.com/NOTA1SM.pdf · c. Peranti storan sekunder: Berbeza dengan ingatan, peranti storan sekunder menyimpan

Jenis Perihalan Multimedia Mengintegrasi video, muzik, suara, grafik

dan animasi bagi menhasilkan persembahan interaktif

Penerbitan web Menghasilkan halaman web multimedia Atur cara grafik Menghasilkan penerbitan profesional:

lukis, sunting dan mngubahsuai imej Reality maya Menghasilkan maya tiga dimensi yang

realistic atau persekitaran bersimulasi Kecerdasan buatan Menyerupai proses pemikiran dan aksi

manusia Pengurus projek Merancang projek, menjadual pekerja dan

mengawal sumber manusia Jadual 2: aplikasi khusus Perkakasan Computer ialah peranti elektronik yang boleh menurut suruhan untuk menerima input, memproses input tersebut dan menghasilkan maklumat. Perkakasan bagi computer terdiri dari pelbagai perant i yang berbeza. Terdapat empat kategori perkakasan iaitu unit sistem, input/output, storan sekunder dan peranti komunikasi.

a. Unit sistem: Unit sistem merupakan litar elektronik yang tersimpat dalam cabinet computer. Dua dokumen utama unit sistem ialah mikropemproses dan ingatan. Mikropemproses mengawal dan manipulasi data untuk menghasilkan maklumat. Ingatan juga dikenali sebagai storan primer atau ingatan capaian rawak (RAM) yang menyimpan data dan suruhan atur cara untuk memproses data. Ia juga menyimpan maklumat yang telah diproses sebelum ia dipaparkan sebagai output. Ingatan juga merujuk sebagai storan sementara kerana kandungannya akan hilang sekiranya kuasa elektrik pada computer terganggu.

b. Peranti input/output: Peranti input menterjemahkan data atau atur cara yang difahami manusia ke dalam bentuk yang boleh diproses oleh computer. Peranti input yang biasa digunakan ialah papan kekunci dan tetikus. Peranti output pula menterjemah maklumat yang diproses dari computer ke bentuk yang boleh difahami manusia. Peranti output yang biasa ialah monitor atau skrin paparan video dan pencetak.

c. Peranti storan sekunder: Berbeza dengan ingatan, peranti storan sekunder menyimpan data dan aturcara walaupun kuasa elektrik ke sistem computer terputus atau dimatikan. Jenis media sekunder yang paling penting ialah cakera liut, keras dan optic. Cakera liut digunakan dengan meluas untuk menyimpan dan mngalih data dari satu computer ke computer yang lain. Ia dipanggil liut oleh kerana data disimpan di atas cakera nipis dan fleksibel atau plastic yang liut. Cakera keras biasanya menyimpan atur cara dan fail data yang besar. Dengan menggunakan piring metalik tegar, cakera keras mempunyai kapasiti yang lebih

Page 6: 1. Sistem Maklumat Adalah data yang telah diproses melalui ...mtp2013.tripod.com/NOTA1SM.pdf · c. Peranti storan sekunder: Berbeza dengan ingatan, peranti storan sekunder menyimpan

besar dan berupaya mencapai maklumat dengan lebih pantas berbanding cakera liut. Cakera optic menggunakan teknologi laser dan mempunyai kapasiti yang terbesar. Dua jenis cakera optic yang asas ialah cakera padat (CD) dan video digital (DVD).

d. Peranti komunikasi: Perkakasan komunikasi menghantar dan menerima data dan atur cara dari satu computer atau peranti storan sekunder yang lain. Kebanyakan computer menggunakan modem untuk menukar isyarat elektronik dari computer ke isyarat yang boleh disalurkan melalui talian telefon dan terus ke internet.

Data Data digunakan untuk menerangkan fakta mengenai sesuatu perkara. Apabila ia terus disimpan secara elektronik dalam fail, data boleh digunakan secara terus sebagai input kepada sistem maklumat. Empat jenis fail

a. Fail dokumen dihasilkan oleh pemprosesan perkataan untuk menyimpan dokumen seperti memo, kertas kerja dan surat.

b. Fail helaian kerja dihasilkan oleh hamparan elektronik untuk menganalisis maklumat seperti belanjawan dan meramal jualan.

c. Fail pengkalan data lazimnya dihasilkan oleh atur cara pengurusan pengkalan data untuk menyimpan data yang berstruktur dan tersusun. Sebagai contoh, sesuatu fail pengkalan data pekerja mungkin mengandungi nama, nombor kad pengenalan, pekerjaan dan maklumat lain yang berkaitan dengan pekerja.

d. Fail persembahan dihasilkan oleh atur cara grafik persembahan untuk menyimpan bahan persembahan. Sebagai contoh sesuatu fail mungkin mengandungi nota utnk hadirin, catatan penceramah dan salid persembahan elektronik.

Page 7: 1. Sistem Maklumat Adalah data yang telah diproses melalui ...mtp2013.tripod.com/NOTA1SM.pdf · c. Peranti storan sekunder: Berbeza dengan ingatan, peranti storan sekunder menyimpan

Rajah 1. Data

Page 8: 1. Sistem Maklumat Adalah data yang telah diproses melalui ...mtp2013.tripod.com/NOTA1SM.pdf · c. Peranti storan sekunder: Berbeza dengan ingatan, peranti storan sekunder menyimpan

Hubungan secara ringkas Dengan berpandukan prosedur yang merupakan langkah- langkah yang telah ditetapkan dan perlu dipatuhi oleh manusia sebagai pengguna menggunakan peralatan bersama perisian yang tertentu untuk memasukan data sebaga i bahan mentah dan seterusnya perisian memproses data tersebut kepada maklumat yang bermakna dan berguna. Hubungan antara manusia dan perkakasan

a. manusia menggunakan perkakasan computer untuk memasukan data b. perkakasan akan digunakan untuk memaparkan data-data yang terlibat.

Hubungan antara manusia dan perisian

a. manusia menggunakan perisian untuk digunakan menerima data dan seterusnya memproses data yang dimasukkan dan ditukarkan kepada maklumat.

Hubungan manusia dan data

a. manusia menentukan dan memilih jenis data yang perlu dimasukkan b. manusia memasukkan data ke dalam sistem dan memastikan ketepatan data

Hubungan antara perisian dan prosedur

a. prosedur menentukan cara atau langkah yang perlu untuk menggunakan perisian dengan betul dan tepat

Hubungan antara perkakasan dan prosedur

a. prosedur menentukan cara atau langkah yang perlu untuk menggunakan perisian dengan betul dan tepat

Hubungan antara data dan prosedur

a. prosedur menetapkan jenis data yang boleh diinput dan langkah yang perlu di ambil untuk memanipulasi data.

Page 9: 1. Sistem Maklumat Adalah data yang telah diproses melalui ...mtp2013.tripod.com/NOTA1SM.pdf · c. Peranti storan sekunder: Berbeza dengan ingatan, peranti storan sekunder menyimpan