1. ucapan pembukaan persidangan tanah

7
PERSIDANGAN NASIONAL:TANAH ORANG ASAL Anjuran: JARINGAN ORANG ASAL SeMALAYSIA (JOAS) 6 & 7 November, 2013 di Dewan Tun Fuad, Penampang, Sabah Ucaptama Pengiktirafan Hak Tanah Adat Orang Asal” oleh Presiden JOAS, En Thomas Jalong Yang dihormati penceramah-penceramah, wakil-wakil kerajaan dan NGO, Yang dihormati Ketua-Ketua Kampung dan Masyarakat Datuk-Datin,Tuan-Puan, wakil-wakil media dan para hadirin yang dihormati sekalian, Bagi pihak Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS) saya mengalu-alukan penyertaan para hadirin sekelian dalam Persidangan Nasional berkenaan Tanah Adat Orang Asal di Malaysia ini. Persidangan ini akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada resolusi isu-isu tanah adat yang dihadapi oleh Orang Asal kerana sudah sedia maklum tentang perbincangan-perbincangan lain tentang isu-isu tanah adat yang berlarutan di negara kita. Saya bersyukur dan berterima kasih kepada SUHAKAM kerana telah menjalankan Inkuiri Nasional yang cukup comprehensif dan telah menghasilkan syor-syor yang kita akan menjadi tema Persidangan ini. Pihak SUHAKAM memohon maaf kerana tidak dapat hadir hari ini disebabkan mesyuarat bulanan Suruhanjaya pada hari yang sama. Tetapi kita bangga kerana tiga orang bekas ahli panel Inkuiri dan ramai sekali yang telah memberi penghujahan serta testimoni semasa Inkuiri tersebut bersama kita. JOAS telah terus mengsyorkan sebuah penyelesaian berkesan untuk isu-isu tanah adat. JOAS juga terlibat dengan beberapa kes mahkamah berkaitan dengan tanah adat. Antara aktiviti yang baru-baru dianjurkan adalah seminar peringkat nasional “Indigenous Peoples and Land” sempena Perayaan Hari Orang Asal Sedunia 2013 dan 1

description

Persidangan Tanah 2013 6hb - 7hb November 2013 Dewan Tun Fuad, Penampang

Transcript of 1. ucapan pembukaan persidangan tanah

Page 1: 1. ucapan pembukaan   persidangan tanah

PERSIDANGAN NASIONAL:TANAH ORANG ASAL

Anjuran: JARINGAN ORANG ASAL SeMALAYSIA (JOAS)6 & 7 November, 2013 di Dewan Tun Fuad, Penampang, Sabah

Ucaptama “Pengiktirafan Hak Tanah Adat Orang Asal”oleh Presiden JOAS, En Thomas Jalong

• Yang dihormati penceramah-penceramah, wakil-wakil kerajaan dan NGO,• Yang dihormati Ketua-Ketua Kampung dan Masyarakat• Datuk-Datin,Tuan-Puan, wakil-wakil media dan para hadirin yang dihormati

sekalian,

• Bagi pihak Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS) saya mengalu-alukan penyertaan para hadirin sekelian dalam Persidangan Nasional berkenaan Tanah Adat Orang Asal di Malaysia ini. Persidangan ini akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada resolusi isu-isu tanah adat yang dihadapi oleh Orang Asal kerana sudah sedia maklum tentang perbincangan-perbincangan lain tentang isu-isu tanah adat yang berlarutan di negara kita.

• Saya bersyukur dan berterima kasih kepada SUHAKAM kerana telah menjalankan Inkuiri Nasional yang cukup comprehensif dan telah menghasilkan syor-syor yang kita akan menjadi tema Persidangan ini. Pihak SUHAKAM memohon maaf kerana tidak dapat hadir hari ini disebabkan mesyuarat bulanan Suruhanjaya pada hari yang sama. Tetapi kita bangga kerana tiga orang bekas ahli panel Inkuiri dan ramai sekali yang telah memberi penghujahan serta testimoni semasa Inkuiri tersebut bersama kita.

• JOAS telah terus mengsyorkan sebuah penyelesaian berkesan untuk isu-isu tanah adat. JOAS juga terlibat dengan beberapa kes mahkamah berkaitan dengan tanah adat. Antara aktiviti yang baru-baru dianjurkan adalah seminar peringkat nasional “Indigenous Peoples and Land” sempena Perayaan Hari Orang Asal Sedunia 2013 dan penyertaan dan lobi melalui Penilaian Penggalan Sejagat (UPR) terhadap Malaysia pada 24 Oktober dimana isu berkenaan perlanggaran hak asasi manusia berhubung dengan tanah diketengahkan.

• JOAS memutuskan untuk menganjurkan PERSIDANGAN NASIONAL berkenaan TANAH ORANG ASAL ini sebagai sebahagian usahanya untuk mengetengahkan syor-syor Laporan IN dan untuk memberi imput selanjutnya agar kejayaan perlaksanaannya dipastikan. Objektif Persidangan ini adalah untuk menyumbang kepada penulisan sebuah Resolusi Orang Asal. Oleh sebab itu, Persidangan ini akan berpandukan tema Syor-syor Laporan IN agar dapat menjana dan mengukuhkan pendapat dan komen bagi Resolusi tersebut. Resolusi ini akan dibuka untuk sokongan kepada mana-mana peserta yang hadir.

1

Page 2: 1. ucapan pembukaan   persidangan tanah

• Pada 19 Julai 2013, kerajaan persekutuan telah mengumumkan penubuhan sebuah Pasukan Petugas untuk mengkaji Laporan IN dan untuk menyelia perlaksanaan cadangan-cadangan yang disyorkan dalam Laporan tersebut. Ini merupakan satu perkembangan penting berkenaan hak orang asal terhadap tanah mereka dan bagaimana ia memberi kesan kepada cara hidup mereka sekarang dan pada masa hadapan.Semua ahli Pasukan Petugas tersebut telah dijemput ke Persidangan ini, dan tiga daripada mereka hadir bersama kita.

• Adalah diharapkan supaya perbincangan dalam Persidangan ini, serta Resolusi yang akan dijana boleh menyumbang kepada aktiviti-aktiviti susulan IN seperti Pasukan Petugas, kepada kerja susulan oleh SUHAKAM dan kepada strategi advokasi JOAS dan organisasi yang lain.

• Izinkan saya terus kepada beberapa perkara untuk memberi gambaran keseluruhan tentang isu-isu utama yang akan dibincangkan dalam Persidangan ini iaitu ketidakseimbangan pembangunan tanah, remedi untuk tanah yang sudah hilang, dan pengiktirafan hak adat Orang Asal terhadap Tanah. Saya juga akan ingin menarik anda semua untuk memikirkan cara-cara untuk memastikan identiti Orang Asal terjamin secara holistik melalui syor mewujudkan sebuah Suruhanjaya Orang Asal yang bebas di Malaysia.

• Ramai pihak kerajaan tidak senang mendengar bahawa Orang Asal merupakan antara masyarakat yang paling terpinggir dan diketepikan di Malaysia. Ini adalah fakta. Peruntukan undang-undang yang mengiktiraf hak tanah Orang Asal dalam Perlembagaan Malaysia, undang-undang tempatan dan antarabangsa tidak cukup untuk menegakkan hak asasi Orang Asal. Langkah positif kerajaan diselebungi oleh langkah lain yang menjejaskan hak tanah adat kami. Dan sejak kebelakangan ini semua pindaan undang-undang dan tindakan kerajaan semakin menghadkan hak kami dan membawa kesan kepada keputusan pentadbiran berkaitan tuntutan tanah kami. Terdapat juga dasar-dasar yang memberi keutamaan kepada kelulusan tanah untuk projek pembangunan berskala besar berbanding dengan kelangsungan ekonomi sara-diri Orang Asal.

• Laporan SUHAKAM menyatakan bahawa terdapat kekecewaan dan kemarahan yang amat mendalam di kalangan masyarakat Orang Asal disebabkan kurang maklumbalas dan berlaku pelanggaran hak-hak mereka secara berterusan memandangkan ketidakadilan terhadap akses dan pengawalan tanah merupakan konflik utama yang akan memerlukan kos yang tinggi untuk ditanggung oleh negara secara keseluruhannya jika tidak ditangani dengan berkesan, Inkuiri melihat pentingnya situasi yang berlaku dan ketidakadilan itu ditangani segera dan secara menyeluruh. Orang Asal amat setuju dengan pandangan ini.

2

Page 3: 1. ucapan pembukaan   persidangan tanah

• JOAS juga amat setuju dengan cara SUHAKAM membentangkan dapatan-dapatan serta syor-syor melalui enam tema bagi menangani isu-isu tanah yang dihadapi oleh Orang Asal di Malaysia. Syor pertama berkaitan Pengiktirafan Hak Adat Orang Asal amat kritikal kerana ia menyentuh kepada dasar dan undang-undang tanah, serta Pelembagaan Persekutuan. Inkuiri mendapati pengiktirafan hak tanah adat Orang Asal adalah penting dalam melindungi dan mempromosi hak ini tanpa berbelah bahagi dan merupakan bahagian yang penting dan hak adat Orang Asal dalam menjunjung hak asasi mereka. Pindaan undang-undang tanah sejak dari zaman penjajahan British telah menjejaskan hak tanah adat Orang Asal.

• Walaupun terdapat peruntukan undang-undang yang positif, banyak lagi yang perlu dilakukan untuk meningkatkan perlindungan supaya ia selari dengan perspektif Orang Asal, keputusan-keputusan mahkamah dan undang-undang antarabangsa.

• Melihat kepada Syor pertama Laporan Inkuiri Nasional SUHAKAM, adalah penting bagi Kerajaan menangani isu perlindungan pegangan tanah Orang Asal. Pemindahan masyarakat yang selalunya berlaku akibat pelaksanaan projek pembangunan, program pembasmian kemiskinan, pencerobohan tanah Orang Asal, dan urusan-urusan tanah yang tidak sesuai melalui kuasa peguam selalunya oleh orang luar atau oleh ketua-ketua masyarakat mereka sendiri, telah berlaku disebabkan ketiadaan jaminan kepada pegangan tanah.

• Bagi memastikan jaminan pegangan tanah dan hak adat seperti mana perspektif Orang Asal tanpa sebarang kompromi, pihak berkuasa yang berkenaan perlu menyiasat sepenuhnya status tanah tersebut dengan merujuk kepada apa-apa dokumen yang relevan dan juga setiap bukti yang ada di lapangan agar sebelum dibuat atau dikeluarkan sebarang pemberimilikan tanah, perizaban tanah atau pengeluaran lesen. Pemberitahuan dan konsultasi dengan komuniti yang terbabit dimestikan.

• Syor-syor pindaan undang-undang dan dasar untuk menangani jaminan pegangan tanah yang telahpun dibuat atau diterimapakai oleh Kerajaan patut dilaksanakan dengan segera melalui keputusan perundangan dan dasar.

• Keputusan mahkamah yang telah mengiktiraf konsep hak tanah adat Orang Asal patut dilaksanakan dengan segera melalui arahan pentadbiran, sekiranya tidak, pindaan kepada undang-undang sedia ada.

• JOAS sentiasa bersedia untuk menjelaskan konsep yang sering disalah-faham seperti kawasan rayau, pemakai menoa atau wilayah adat. Tidak patut bagi pihak berkuasa untuk terus memberi gambaran yang salah dan menggunakan kekeliruan mereka untuk melambatkan pengiktirafan dan perlindungan hak tanah Orang Asal.

3

Page 4: 1. ucapan pembukaan   persidangan tanah

• Definisi-definisi dan kriteria-kriteria hak adat Orang Asal seperti dalam Ordinan Tanah Sabah (seksyen 15) dan Kanun Tanah Sarawak (seksyen 10) perlu diperluaskan untuk memasukkan beberapa aspek penting lain berkaitan penggunaan tanah adat. Kanun Tanah Negara juga patut dipinda untuk memasukkan peruntukan yang jelas bagi mengiktiraf penggunaan tanah adat Orang Asli.

• Peruntukan dasar yang digunapakai pada masa kini yang tidak bersandarkan bukti, tidak berasas perundangan, atau bermasalah, termasuk Geran Komunal di Sabah, pemberian Pajakan Sementara (Provisional Lease) sebelum tanah adat dikeluarkan di Sarawak, dan pemberian geran hakmilik individu kepada Orang Asli harus dipinda atau dimansuhkan.

• Adalah penting juga untuk meneliti contoh-contoh dari negara lain tentang bagaimana jaminan pegangan tanah Orang Asal boleh menyumbang kepada ekonomi negara serta meletakkannya selari dengan sumbangan Orang Asal Malaysia kepada ekonomi negara. Antara contoh ialah proses Tribunal Waitangi di New Zealand dan pemberian geran tanah yang fleksibel kepada masyarakat Orang Asal sepertimana yang dilaksanakan di Kanada, telah menunjukkan kesan positif dari segi ekonomi, politik dan perdamaian (reconciliation).

• Di Malaysia, belum ada peruntukan undang-undang bagi pengembalian (restitution) tanah yang telah diambil. Dalam keadaan di mana pengembalian tanah adat hak Orang Asal yang telah diambil adalah tidak mungkin atau tidak boleh dilaksanakan, tanah gantian atau pampasan perlu diberi pertimbangan.

• Tanah adalah NADI KEPADA IDENTITI ORANG ASAL. Hubungan rapat Orang Asal dengan tanah adat dan wilayah adat mereka memperlihatkan bahawa tanah bukan sahaja merupakan sebahagian daripada kehidupan seharian mereka tetapi juga menggambarkan aspek kerohanian dan budaya mereka, serta merupakan identiti hidup mereka. Tanah adat merupakan satu keutamaan yang penting bagi pembangunan dan kelangsungan hidup Orang Asal. Pengiktirafan yang berkesan, serta promosi dan perlindungan ke atas hak terhadap tanah serta identiti akan memerlukan tindakan afirmatif yang terikat masa merangkumi isu-isu berkaitan pembangunan dan kesejahteraan Orang Asal.

• Oleh itu, JOAS menyokong penuh penubuhan Suruhanjaya Kebangsaan mengenai Orang Asal yang bebas. Peranan Suruhanjaya ini, antara lain, adalah untuk menasihati Kerajaan mengenai undang-undang dan dasar-dasar berkaitan dengan Orang Asal, mencadangkan dan memantau pelaksanaan program-program pembangunan lestari di atas tanah Orang Asal, menggalakkan penyertaan Orang Asal di setiap peringkat, dan menjalankan penyelidikan mengenai isu berkaitan dengan kesejahteraan Orang Asal. Anggota-anggota Suruhanjaya haruslah dianggotai kebanyakannya dari wakil Orang Asal yang mendapat sokongan dan diterima oleh masyarakat Orang Asal di Malaysia.

4

Page 5: 1. ucapan pembukaan   persidangan tanah

• Dalam hal ini, JOAS telah memulakan kempen untuk penubuhan Suruhanjaya tersebut dengan menjalankan satu kajian bersama satu badan PBB iaitu Organisasi Buruh Antabangsa atau ILO untuk mengenalpasti undang-undang sedia ada berkaitan hak-hak Orang Asal yang digariskan dalam Deklarasi Hak Orang Asal PBB, Konvensyen ILO 169 dan Perlembagaan Persekutuan. Team pengkaji telah mengenalpasti 14 tema utama untuk tujuan tersebut iaitu Pengiktirafan dan Identifikasi, Tiada Diskriminasi, Pemerintahan Sendiri, Penglibatan dan Konsultasi, Akses kepada Keadilan, Hak Budaya, Pengetahuan Tradisi dan Bahasa; Pendidikan & Media; Tanah & Wilayah; Hasil Bumi & Alam Sekitar; Ekonomi; Kesihatan; Kesamarataan Gender; Kanak-Kanak & Belia; dan Hak Merentas Sempadan (cross-border rights).

• Akhirkata, saya berterima kasih kepada pihak urusetia JOAS dan semua yang berkerja keras untuk memastikan Persidangan Tanah dua hari ini mendapat sambutan yang menakjubkan. Terdapat 350 peserta dan pembentang yang mendaftar termasuk pembentang, wakil kerajaan, Orang Asal dan Badan Bukan Kerajaan, pihak swasta, ahli akademik/perundangan, dan penganjur/fasilitator. Saya juga ucapkan ribuan terima kasih Tuan Rumah kita iaitu PACOS Trust sebagai Associate Member JOAS dari Sabah.

Sekian, Terima Kasih!

5