1 UNTUK SIARAN SERTA MERTA Perbadanan Nasional Berhad ...

4
1 UNTUK SIARAN SERTA MERTA Perbadanan Nasional Berhad (PNS) buka peluang untuk usahawan Bumiputera di Kedah. Alor Star, 19 MEI 2014 – Menggalas tanggungjawab untuk memastikan ekonomi usahawan Bumiputera terus dirangsang, Program Business in Transformation ( BIT) di bawah PNS, terus diperhebatkan lagi ke wilayah Utara. Program BIT yang pertama kalinya diadakan pada tahun ini di Alor Star, Kedah dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Usahawan, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah ini antara lain bertujuan untuk menyebarkan maklumat dan mempromosikan program BIT kepada para usahawan kecil sedia ada khususnya di negeri Kedah selaras dengan misi program untuk mentransformasikan perniagaan usahawan kecil untuk lebih kompetetif dan sistematik disamping menjana keuntungan yang lebih efektif. Seminar Pembiayaan Usahawan Kecil – BIT turut diadakan dan telah berjaya menarik minat 200 usahawan kecil bumiputera untuk menghadiri seminar tersebut. Seminar yang berlangsung selama 2 jam ini dikelolakan oleh En Fuad Abdul Halim, Ketua Pejabat PNS Wilayah Utara, Encik Salahuddin Sulaiman Ketua Jabatan Francais PNS dan SIARAN AKHBAR

Transcript of 1 UNTUK SIARAN SERTA MERTA Perbadanan Nasional Berhad ...

Page 1: 1 UNTUK SIARAN SERTA MERTA Perbadanan Nasional Berhad ...

1

UNTUK SIARAN SERTA MERTA

Perbadanan Nasional Berhad (PNS)

buka peluang untuk usahawan Bumiputera di Kedah.

Alor Star, 19 MEI 2014 – Menggalas tanggungjawab untuk memastikan ekonomi

usahawan Bumiputera terus dirangsang, Program Business in Transformation ( BIT) di

bawah PNS, terus diperhebatkan lagi ke wilayah Utara.

Program BIT yang pertama kalinya diadakan pada tahun ini di Alor Star, Kedah dengan

kerjasama Bahagian Pembangunan Usahawan, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah

ini antara lain bertujuan untuk menyebarkan maklumat dan mempromosikan program

BIT kepada para usahawan kecil sedia ada khususnya di negeri Kedah selaras dengan

misi program untuk mentransformasikan perniagaan usahawan kecil untuk lebih

kompetetif dan sistematik disamping menjana keuntungan yang lebih efektif. Seminar

Pembiayaan Usahawan Kecil – BIT turut diadakan dan telah berjaya menarik minat

200 usahawan kecil bumiputera untuk menghadiri seminar tersebut. Seminar yang

berlangsung selama 2 jam ini dikelolakan oleh En Fuad Abdul Halim, Ketua Pejabat

PNS Wilayah Utara, Encik Salahuddin Sulaiman Ketua Jabatan Francais PNS dan

SIARAN AKHBAR

Page 2: 1 UNTUK SIARAN SERTA MERTA Perbadanan Nasional Berhad ...

2

wakil usahawan BIT iaitu Harmony MySpa serta Sri Impian Venture. Skim-skim

pembiayaan kecil yang ditawarkan PNS adalah antara isu dan pertanyaan yang

diutarakan oleh peserta seminar.

Program Seminar BIT ini turut disertai oleh 10 pempamer yang rata-ratanya adalah

usahawan-usahawan kecil di sekitar Kedah yang berpotensi untuk menyertai program

BIT seperti Shala Pizza, Apom Lenggang, Nani’s frozen food dan lain-lain. Usahawan-

usahawan BIT yang telah dibangunkan oleh PNS juga turut hadir bagi memberi

sokongan kepada bakal-bakal usahawan lain supaya berani untuk mengembangkan

perniagaan sedia ada kepada yang lebih berdaya saing. Program ini telah dirasmikan

oleh YBhg Dato’ Suraya binti Yaacob, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita,

Kebajikan Masyarakat, Pertanian Dan Asas Tani Serta Pembangunan Usahawan.

Mengulas lanjut mengenai penganjuran program ini, YBhg Dato’ Suraya dalam

ucapannya berkata “ program ini sememangnya mampu membuka peluang-peluang

perniagaan usahawan Kecil bumiputera khususnya usahawan kecil di Kedah, dan

peluang sebegini perlu dimanfaatkan sebaik mungkin oleh usahawan-usahawan kecil

kerana ianya sekaligus dapat membantu dari segi mentranformasikan perniagaan kecil

kepada skala yang lebih besar. Beliau juga berharap agar program-program seperti ini

dapat diteruskan dari masa ke semasa bagi merancakkan lagi perkembangan

perniagaan di kalangan usahawam Bumiputra”.

Page 3: 1 UNTUK SIARAN SERTA MERTA Perbadanan Nasional Berhad ...

3

Sementara itu, dalam majlis yang sama, YBhg Dato’ Syed Kamarulzaman b Dato’ Syed

Zainol Khodki Shahabudin, Pengarah Urusan PNS menambah, “ PNS mensasarkan

untuk membangunkan serta menaik taraf sekurang-kurangnya 250 perniagaan kecil

untuk dikembangkan sehingga menjadi francaisor di bawah Program Transformasi

Perniagaan (BIT). Tahun lalu, sebanyak 10 buah perniagaan telah Berjaya

dibangunkan dan program ini telah mendapat maklumbalas yang amat positif dari

masyarakat. Oleh itu, PNS akan bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk pihak

berkuasa tempatan serta kerajaan negeri untuk memberi taklimat dan seminar bagi

memberi pendedahan serta peluang-peluang yang ada kepada usahawan-usahawan

kecil ini”.

Turut hadir ke majlis ini ialah YBhg Dato’ Abd Rahman b Ibrahim, Ketua Eksekutif

Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah, Mohd Sakri Saleh, Pengarah Pejabat

Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Kedah serta agensi-

agensi kerajaan yang lain.

_____________________________________________________________________

Untuk urusan media, sila hubungi: Hamidah Ibrahim, Ketua Jabatan Komunikasi

Korporat melalui emel, [email protected] atau hubungi 019 3886207.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Ketua Pejabat PNS Wilayah Utara Encik Mohd

Fuad Halim ditalian +604-383 1598

______________________________________________________________________

Page 4: 1 UNTUK SIARAN SERTA MERTA Perbadanan Nasional Berhad ...

4

PERBADANAN NASIONAL BERHAD (PNS) Perbadanan Nasional Berhad (PNS) merupakan agensi di bawah Kementerian

Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang

bertanggungjawab di dalam pembangunan industri francais negara. Ditubuhkan pada

29 November 1969, PNS komited untuk membangunkan industri francais melalui

program pembangunan francais tempatan, pembiayaan, latihan dan pembelajaran,

pemantauan dan khidmat nasihat, promosi, pelaburan francais dan jalinan kerjasama

melalui kepakaran dalam memberikan servis serta skim pembiayaan untuk usahawan

berpotensi yang berminat di dalam industri francais.

Beribu pejabat di Menara PNS di Bangsar South City, Bangsar, PNS juga mempunyai

lima (5) pejabat di wilayah koridor iaitu di Wilayah Pantai Timur, Wilayah Utara, Wilayah

Iskandar Johor, Wilayah Sabah dan Wilayah Sarawak bersedia dalam menjalankan

tanggungjawabnya untuk melahirkan lebih ramai francaisor dan francaisi bertaraf

antarabangsa.