1 · Web viewPada sebelah petang, murid-murid Tahap dua telah menulis karangan tentang cita-cita...

18
2 BAHAGIAN A [ 20 markah ] Soalan 1 hingga 13 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1 Pembonceng itu dikejarkan ke hospital oleh _____________ kerana ____________ cedera parah . A saya ….. dia B dia …… awak C mereka….. dia D kami…. mereka 2 Bayi perempuan yang ______________ itu ialah cucu sulung Datuk Shukri. A cantik B comel C tampan D jelita 3 Kakak menuang teh yang panas itu ke dalam beberapa biji ____________ untuk dihidangkan kepada tetamu. A cangkir B jag C cerek D gelas Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah. 4 Titi kayu dibina _____________ longkang yang besar itu untuk kemudahan orang ramai. A menyeberangi B menyusuri BK11 BAHASA MELAYU KERTAS 1 TAHUN 6 SK 2016

Transcript of 1 · Web viewPada sebelah petang, murid-murid Tahap dua telah menulis karangan tentang cita-cita...

2

BAHAGIAN A

[ 20 markah ]

Soalan 1 hingga 13

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Pembonceng itu dikejarkan ke hospital oleh _____________ kerana ____________

cedera parah .

A saya ….. dia B dia …… awak

C mereka….. dia D kami…. mereka

2 Bayi perempuan yang ______________ itu ialah cucu sulung Datuk Shukri.

A cantik B comel

C tampan D jelita

3 Kakak menuang teh yang panas itu ke dalam beberapa biji ____________ untuk

dihidangkan kepada tetamu.

A cangkir B jag

C cerek D gelas

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

4 Titi kayu dibina _____________ longkang yang besar itu untuk kemudahan orang ramai.

A menyeberangi B menyusuri

C melalui D merentangi

5 Abang akan menyambung pengajian ke luar negara pada minggu hadapan untuk

___________ pengetahuan .

A memperkembang B mengembangkan

C memperkembangkan D mengembang

BK11 BAHASA MELAYU KERTAS 1 TAHUN 6 SK 2016

3

6 Sultan menitahkan agar ___________ ayahanda baginda diadakan dengan penuh istiadat.

A pertabalan B pemakaman

C persantapan D kemangkatan

7 Tubuh adik __________________ kerana kesejukan selepas mandi di sungai.

A menggelabah B menggelembung

C mengecut D menggeletar

8 Badan Pak Mahat ______________ kerana disengat lebah ketika mencari madu di hutan.

A calar-balar B comot-momot

C bengkak-bengkil D kusut-masai

9 Kereta api yang bergerak ____________ di atas landasan itu menuju ke utara.

A deras B kencang

C laju D lincah

10 Nenek sedang mengasingkan kacang tanah dan kacang hijau yang telah ___________ di

dalam nyiru.

A berpecah belah B bercampur aduk

C hancur lebur D bersatu padu

11 Ayah menghadiahi ibu ____________ anting-anting dan ___________ cincin berlian.

A sebuah…… seutas B seurat….sebutir

C sepasang……sebentuk D seutas….sebiji

12 Ayah pernah pergi ke Indonesia ____________ tahun 2012 sebagai sukarelawan.

A pada B dari

C sejak D di

Soalan 13

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

13 Jurulatih yang telah membantu beliau ialah Encik Shahrul.

A Beliau ialah jurulatih yang telah membantu Encik Shahrul.

B Encik Shahrul ialah jurulatih yang telah membantu beliau.

C Jurulatih yang telah dibantu beliau ialah Encik Shahrul.

D Encik Shahrullah jurulatih yang telah dibantu oleh beliau.

BK11 BAHASA MELAYU KERTAS 1 TAHUN 6 SK 2016

4

14 Ayah menghampar dua bidang permaidani di tengah rumah untuk majlis pernikahan

kakak.

Pilih perkataan berlawan bagi menghampar

A melipat B membentang

C menggulung D menyisip

Soalan 15 dan 16

Pilih ayat-ayat yang yang betul.

15 A Tolong jangan merokok di kawasan sekolah.

B Aduhai, sakitnya gigiku yang berlubang ini!

C Serkap ayam daripada buluh dijual oleh beliau.

D David dan Wong telah tiba ke Ipoh pagi tadi.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

16 I Tukang masak mengecap gulai yang dimasaknya sebelum dihidang.

II Datuk mengecap sekeping biskut ke dalam air kopi sebelum dimakan.

III Mak Temah baru mengecap bahagia setelah anak-anaknya bekerja.

IV Adik mengecap bibirnya apabila melihat ibu membawa ubat demam.

A I dan II B I dan III

C III dan IV D II dan IV

Soalan 17 hingga 20

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Aku seekor ikan kelisa yang sangat comel. Sisikku berwarna kekuning-kuningan

seperti emas, mataku besar dan bulat. Aku tinggal di dalam sebuah balang yang cantik di

rumah tuanku yang besar.

Aku berasal dari sebatang anak sungai di Taman Negara. Aku telah ditangkap oleh

seorang pemburu kelisa lalu dijual kepada tuanku dengan harga RM1000.00. Aku sangat

kecewa ketika itu kerana terpaksa berpisah dengan rakan-rakanku yang bebas bermain di

celah-celah batu di dalam air yang dingin.

BK11 BAHASA MELAYU KERTAS 1 TAHUN 6 SK 2016

5

Kini, aku sangat gembira bersama-sama tuanku kerana dia telah menjagaku dengan

baik. Air di dalam balang tempat tinggalku sentiasa bersih. Aku juga sentiasa kenyang kerana

mendapat makanan yang bermutu tinggi. Tuan aku sangat suka melihat aku berenang-renang

kerana dapat menenangkan fikirannya yang sentiasa dibebankan dengan masalah pekerja di

syarikatnya.

Kecantikan sisikku yang berkilau-kilauan membuatkan rakan-rakan tuanku terpegun.

Rakan tuanku ada yang ingin membeliku dengan tawaran harga dua puluh kali ganda daripada

harga asalku. Namun tuanku bukanlah mata duitan, dia benar-benar sayang akanku. Aku juga

amat sayangkan tuanku dan hidupku gembira sekali.

17 Berdasarkan petikan di atas, aku sangat kecewa kerana

A dijual dengan harga RM1000.

B terpaksa tinggal di dalam balang.

C terpaksa berpisah dengan ibu bapa tersayang.

D tidak bebas lagi bermain di celah-celah batu .

18 Harga yang ditawarkan oleh rakan-rakan tuan aku ialah

A RM1000 B RM10000

C RM15000 D RM20000

19 Keistimewaan aku ialah

A mata kekuning-kuningan B sentiasa berangan-angan

C tidak mengenang jasa D sisik seperti warna emas

20 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.

A Tuan aku seorang tuan pengarah syarikat.

B Aku kenyang kerana mendapat makanan yang banyak.

C Tuan aku seorang yang mementingkan diri dan suka bermegah.

D Aku tinggal di dalam sebuah kolam yang cantik dan bersih.

BK11 BAHASA MELAYU KERTAS 1 TAHUN 6 SK 2016

6

BAHAGIAN B

[ 30 markah ]

Soalan 21

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberi.

Hatiku berdegup kencang sebaik sahaja kedengaran Cikgu Hakimi menyebut nama

Shahmie. Aku bingkas bangun lalu mengambil kertas putih yang tertera keputusan ujian

______________ guru kelasku itu. Mataku segera melihat keputusan yang tercatat _________

kertas tersebut. Aku melonjak kegembiraan kerana aku telah berjaya mendapat 6A dalam ujian

kali ini. Rakan sekelas mengucapkan tahniah ____________ aku atas peningkatan prestasiku.

Aku berazam akan berusaha lebih gigih lagi dan berharap dapat menjejakkan kaki

___________ sekolah berasrama penuh.

[ 4 markah ]

Soalan 22

a. Tukar ayat aktif yang diberi kepada ayat pasif .

Ayat aktif:

Murid-murid Tahun Enam Arif melukis gambar bendera Malaysia pada kain putih.

Ayat pasif:

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

[ 2 markah ]

BK11 BAHASA MELAYU KERTAS 1 TAHUN 6 SK 2016

kepada di dari hingga

ke pada daripada untuk

7

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

[ 2 markah ]

c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan peribahasa yang

sesuai berdasarkan gambar di atas.

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

BK11 BAHASA MELAYU KERTAS 1 TAHUN 6 SK 2016

Ambillah kuih yang mak cik buat ini dan makanlah bersama keluarga kamu, Athirah!

8

[ 2 markah ]

SOALAN 23

Baca petikan di bawah. Kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Hari ini aku menolong nenek mengait buah pinang. Sebenarnya aku tidak mengetahui

apakah kelebihan buah pinang ini walaupun buah ini agak menarik warnanya. Menurut kata

nenek, harga buah pinang sekarang agak mahal hampir RM30.00 sekilo berbanding dua dekad

yang lalu harganya cuma beberapa ringgit sahaja.

Ketika duduk di pangkin, nenek mengambil sebiji buah pinang lalu membuang

sabutnya. Selepas dibersihkan, nenek mengacip isi buah itu lalu diletakkan sekeping di atas

sehelai daun sirih bersama secalit kapur dan secebis gambir. Daun sirih itu dilipat rapi lalu

nenek mengunyahnya. Nenek kata isi buah pinang ini perlu dikeringkan dahulu agar rasanya

tidak kelat.

Sambil mengunyah daun sirih itu, nenek bercerita. Pada zaman dahulu, para petani

memakan sirih sewaktu berehat selepas penat bekerja di kebun. Sementara itu, di istana pula,

para raja memakan sirih sebagai santapan waktu rehat.Namun begitu, buah pinang dan sirih

semakin dilupakan.

Menurut kata nenek lagi, daun sirih serta kelengkapannya seperti pinang, gambir dan

kapur disusun di tepak sirih dan dijadikan pembuka bicara sebelum memulakan sesuatu

upacara atau semasa majlis merisik dan pertunangan. Aku hanya menggangguk sahaja kerana

inilah pertama kali aku melihat buah pinang. Mungkin suatu hari aku akan mengkormesialkan

buah pinang ini.

a. Buah pinang adalah salah satu bahan pelengkap yang boleh dimakan bersama

_________________ .

[ 1 markah]

b. Mengapakah harga buah pinang kini lebih mahal berbanding dua dekad yang lalu?

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

[ 2 markah]

c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah

ditunjukkan sebagai contoh.

BK11 BAHASA MELAYU KERTAS 1 TAHUN 6 SK 2016

9

Tepak sirih dijadikan pembuka bicara dalam sesuatu upacara.

Isi buah pinang yang dikeringkan akan rasa kelat

Para petani makan sirih agar mereka kuat bekerja di kebun

Buah pinang beserta gambir, kapur dan sirih diletakkan di dalam tepak sirih sebagai adat ketika merisik.

[ 2 markah ]

Soalan 24

Baca laporan di bawah, kemudian jawab soalan – soalan yang berikutnya.

LAPORAN PROGRAM KERJAYASEKOLAH KEBANGSAAN SRI INTAN

Kelab Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah Kebangsaan Sri Intan telah menganjurkan Program Kerjaya pada 12 Julai 2016. Program ini berlangsung di dewan sekolah .

Semua murid tahap satu dan tahap dua terlibat menjayakan pogram ini. Tuan Guru Besar, Tuan Haji Rafiq telah merasmikan program ini. Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada jawatankuasa pelaksana atas usaha gigih mereka menjayakan program ini dengan cemerlang sekali.

Program kerjaya ini diadakan bertujuan untuk membantu dan membimbing rakan-rakan yang lain supaya menjadi murid yang berjaya pada masa depan. Selain itu, diharap program ini dapat membina keyakinan murid agar terus cemerlang dalam pelajaran dan menjadi murid yang berdisiplin

Pada sebelah pagi, telah diadakan program “Kenali Idola Anda”. Doktor Aleya Bt Elias telah dijemput untuk menceritakan tentang kerjayanya sebagai doktor pakar di Hospital Kuala Terengganu. Selain itu, guru cemerlang Negeri Terengganu, Puan Izzati Bt Fitri turut hadir ketika sesi soal jawab.

BK11 BAHASA MELAYU KERTAS 1 TAHUN 6 SK 2016

betul

salah

10

Pameran kerjaya turut diadakan. Pasukan bomba, tentera, polis serta usahawan muda telah terlibat mempamerkan peluang pembelajaran dan peluang kerjaya kepada semua murid. Murid-murid sungguh berminat dan berusaha mendapatkan maklumat tentang kerjaya yang menjadi cita-cita mereka.

Pada sebelah petang, murid-murid Tahap dua telah menulis karangan tentang cita-cita mereka. Pemenang tempat pertama hingga kelima mendapat hadiah berupa buku cerita dan sijil penyertaan kepada semua peserta.. Saudari Adibah Bt Rusli telah diumumkan sebagai Tokoh Pemimpin Rakan Sebaya Sekolah Kebangsaan Sri Intan.

Laporan disediakan oleh, 30 JULAI 2016Zulaikah(ZULAIKAH BT MUSA)SetiausahaKelab Rakan Pembimbing

a. Laporan ini ditulis pada ____________________________________ .

[ 1 markah ]

b. Nyatakan tujuan program ini dilangsungkan?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

[ 2 markah ]

c. Siapakah tokoh yang terlibat dalam menjayakan program “Kenali Idola Anda”?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

[ 2 markah ]

d. Adakah anda bersetuju setiap murid perlu mempunyai cita-cita? Mengapa?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

[ 3 markah ]

BK11 BAHASA MELAYU KERTAS 1 TAHUN 6 SK 2016

11

Soalan 25

Baca puisi di bawah , kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

.

a. Perkataan disanjung dalam pantun di atas boleh digantikan dengan perkataan

___________________ .

[ 1 markah ]

b. Mengapakah ilmu penting kepada kita ?

BK11 BAHASA MELAYU KERTAS 1 TAHUN 6 SK 2016

Terbang tinggi burung di angkasa,

Tajam kukunya Si Burung Helang;

Bacalah buku sepanjang masa,

Bertambah ilmu kehidupan cemerlang.

Harum sungguh bunga cempaka,

Mawar ditabur di atas dulang;

Tuntutlah ilmu janganlah leka,

Cerah masa depan kerjaya gemilang

Indahnya suasana di tepi tanjung,

Nikmati ais krim bersama megat

Orang berilmu pasti disanjung

Mendapat kepercayaan masyarakat sejagat

12

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

[ 2 markah ]

c. Tandakan ( / ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi pernyataan yang salah

berdasarkan pantun tersebut.

Orang yang suka membaca buku akan tajam

akalnya.

[ 1 markah ]

Kita tidak boleh alpa dalam menuntut ilmu

d. Terangkan maksud pantun di atas.

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

[ 3 markah ]

KERTAS SOALAN TAMAT

BK11 BAHASA MELAYU KERTAS 1 TAHUN 6 SK 2016

Orang berilmu pasti disanjung

Mendapat kepercayaan masyarakat sejagat

13

SKEMA JAWAPAN BK11 BAHASA MELAYU PEMAHAMAN

TAHUN 6 2016

BAHAGIAN A

NO SOALAN JAWAPAN NO SOALAN JAWAPAN

1 C 11 C2 B 12 A3 A 13 B4 D 14 C5 A 15 C6 B 16 B7 D 17 D8 C 18 D9 C 19 D10 B 20 A

BAHAGIAN B ( CadanganJawapan )

Soalan 21daripada pada kepada ke

Soalan 22

a. Gambar bendera Malaysia pada kain putih dilukis oleh murid-murid Tahun Enam Arif

b. Terima kasih, makcik. Saya akan makan kuih ini bersama-sama keluarga saya.

c. Peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas adalah seperti bertih digoreng / mulut murai / mulut becok / murai tercabut ekor

Soalan 23

a. sirih

BK11 BAHASA MELAYU KERTAS 1 TAHUN 6 SK 2016

14

b. Harga buah pinang lebih mahal berbanding dua dekad yang lalu kerana tidak ramai orang yang menanam pokok ini lagi. / kerana pokok pinang sukar didapati kini .

c. i) Salahii) Salahiii) Betul

Soalan 24

a. 30 Julai 2016b. Tujuan program ini dilangsungkan adalah untuk membantu dan membimbing

rakan-rakan yang lain supaya menjadi murid yang berjaya pada masa depan serta membina keyakinan murid agar terus cemerlang dalam pelajaran dan menjadi murid yang berdisiplin .

c. Doktor Aleya dan Puan Izzati terlibat dalam menjayakan program “Kenali Idola Anda”.

d. Ya, saya berseuju setiap murid perlu mempunyai cita-cita. Cita-cita penting agar setiap murid akan belajar bersungguh-sungguh dan Berjaya dalam pelajaran demi mencapai cita-cita yang diimpikan.

Soalan 25

a. dihormati / dimuliakanb. Ilmu penting kepada kita agar masa depan kita cerah dan kita kan mendapat

pekerjaan yang baik.c. ( / ), ( / ),d. Orang yang berilmu pengetahuan akan mendapat sanjungan daripada setiap orang.

Masyarakat akan memberi kepercayaan penuh kepada orang yang berilmu kerana pandangan mereka pasti bernas.

( Idea yang berkaitan boleh diterima )

BK11 BAHASA MELAYU KERTAS 1 TAHUN 6 SK 2016