1) Y. Brs. En. Rashidi Bin Hasbullah · Web viewMAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR, KOLEJ TUN SYED NASIR,...
-
Upload
vuongnguyet -
Category
Documents
-
view
253 -
download
9
Transcript of 1) Y. Brs. En. Rashidi Bin Hasbullah · Web viewMAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR, KOLEJ TUN SYED NASIR,...
KERTAS KERJAMALAYSIAN STREET FOOD TOUR
FIESTA SINERGI INTELEKKOLEJ TUN SYED NASIR
TARIKH3 MEI 2014
TEMPATPADANG BOLA, TAMAN TASIK TITIWANGSA, KUALA LUMPUR
ANJURANMAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR, KOLEJ TUN SYED NASIR,
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
DENGAN KERJASAMAKEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA
TEMA‘Learn and Love’
MALAYSIAN STREET FOOD TOUR3 MEI 2014
KERTAS KERJAMALAYSIAN STREET FOOD TOUR
MAJLIS EKSEKUTIF PELAJARKOLEJ TUN SYED NASIR
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.0 TUJUAN
Tujuan kertas kerja ini dibuat adalah untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan kewangan dari Jabatan Perkhidmatan Pelajar untuk mengadakan subprogram dalam Fiesta Sinergi Intelek (FSI) iaitu Malaysian Street Food Tour.
2.0 PENGENALAN/LATAR BELAKANG
Subprogram di bawah FSI ini merupakan salah satu aktiviti mega yang dianjurkan oleh Majlis Eksekutif Pelajar, Kolej Tun Syed Nasir. Subprogram ini terbahagi kepada dua aktiviti iaitu pertandingan masakan dan pembukaan gerai jualan. Program tersebut terbuka kepada pelbagai lapisan masyarakat khususnya pelancong-pelancong dari luar negara yang melawat ke Malaysia, mahasiswa/i dari Kolej Tun Syed Nasir, Universiti Kebangsaan Malaysia dan pelajar-pelajar IPTA/IPTS sekitar Kuala Lumpur dan tidak ketinggalan kepada orang awam di sekitar Kuala Lumpur. Subprogram ini akan berkolaborasi dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan juga Agensi Pelancongan yang menguruskan lawatan pelancong-pelancong dari luar ke Malaysia. Idea program ini terhasil daripada gabungan pelbagai idea mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia. Diharap program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang awam khususnya pelancong-pelancong dari luar Malaysia dan juga masyarakat setempat. Oleh itu, sokongan daripada pelbagai pihak diharap dapat membantu dalam menjayakan program ini.
3.0 MISI
Memperkenalkan beberapa jenis makanan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia iaitu kaum Melayu, Cina dan India kepada pelancong-pelancong yang melawat ke Malaysia sempena ’Tahun Melawat Malaysia 2014’. Dalam pada itu, program ini juga turut mengenengahkan masakan utama negeri-negeri yang terdapat di Malaysia. Setiap negeri di Malaysia mempunyai ’signiture dish’ yang unik berdasarkan kepelbagaian penduduk, budaya serta geografi. Keunikan dan keistimewaan makanan masyarakat pelbagai kaum dan negeri di Malaysia ini mampu menjadi salah satu tarikan kepada pelancong-pelancong luar untuk melawat negara ini.
4.0 MATLAMAT
LEARN AND LOVE
MALAYSIAN STREET FOOD TOUR3 MEI 2014
4.1 Memperkenalkan beberapa jenis makanan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia yang mempunyai keunikan tersendiri kepada pelancong-pelancong dari luar Malaysia. 4.2 Mendedahkan kepada pelancong-pelancong dari luar Malaysia tentang cara masakan makanan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. 4.3 Menonjolkan budaya masyarakat Malaysia sebagai masyarakat yang kaya dengan menu masakan yang pelbagai dan tersendiri. 4.4 Mendidik masyarakat setempat supaya menghargai keistimewaan menu masakan masyarakat Malaysia yang berbeza mengikut kaum.
5.0 OBJEKTIF
5.1 Menerapkan minat dan rasa kagum pelancong-pelancong dari luar negara bukan sahaja terhadap budaya masakan masyarakat Malaysia, tetapi juga merangkumi masakan utama negeri-negeri di negara ini yang pelbagai dan mempunyai identiti tersendiri. 5.2 Menimbulkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia sendiri tentang kepentingan, menghargai kepelbagaian dan keunikan menu masakan yang negara kita miliki. 5.3 Menggalakkan para pelajar untuk mengambil bahagian dalam aktiviti memasak yang berbeza daripada aktiviti harian mereka di dewan kuliah di samping membina keyakinan diri dalam menonjolkan bakat dan kemahiran.5.4 Menggalakkan mahasiswa untuk lebih aktif dalam berorganisasi dengan menyampaikan dan menerima pendapat sekali gus membentuk kemahiran komunikasi yang berkesan dalam kalangan mereka.
6.0 TEMA
‘Learn and Love’
7.0 ANJURAN
Anjuran subprogram Malaysian Street Food Tour, Fiesta Sinergi Intelek, Kolej Tun Syed Nasir (KTSN) sesi 2013/2014 di bawah seliaan Majlis Eksekutif Pelajar Sesi 2013/2014, Kolej Tun Syed Nasir (KTSN), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
LEARN AND LOVE
MALAYSIAN STREET FOOD TOUR3 MEI 2014
8.0 TARIKH DAN MASA
Program ini dicadangkan untuk diadakan pada :Tarikh/Hari : 3 Mei 2014 (Sabtu).
Masa : 8.00 pagi hingga 6.00 petang.
9.0 TEMPAT PROGRAM
Cadangan tempat program:
Padang Bola,Taman Tasik Titiwangsa,
Jalan Temerloh, 53200 Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
10.0 PUBLISITI
Subprogram ini akan diiklankan dan dipromosikan melalui:
10.1 Laman sosial seperti Facebook, Twitter dan instagram. (fanpage juri jemputan, blog rasmi Agensi Perlancongan yang dijemput)
10.2 Banner, risalah dan bunting.
10.3 Mewarwarkan promosi di papan-papan kenyataan secara menyeluruh di peringkat kolej, fakulti, dan pentadbiran UKM (Kampus Bangi, Kampus KL, dan Kampus Perubatan, Cheras).
10.4 Mewarwarkan di laman sesawang UKM dan papan iklan digital di seluruh kampus di UKM.
10.5 Menggunakan kemudahan media elektronik seperti pengiklanan di stesen radio komersial dan media cetak seperti hebahan di akhbar tempatan.
10.6 Menghantar surat jemputan kepada pelajar-pelajar dari IPTA/IPTS sekitar Kuala Lumpur untuk menyertai pertandingan masakan di bawah program Malaysian Street Food Tour ini.
11.0 CADANGAN PERASMI
Perasmian Penutup
LEARN AND LOVE
MALAYSIAN STREET FOOD TOUR3 MEI 2014
1) Y. Brs. En. Rashidi Bin Hasbullah
Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (Bahagian industri pelancongan).
2) En. Zain Azrai Bin Rashid
Pengarah,Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya.
3) Prof. Dr. Ruzita Bt. Abd. Talib
Pengetua,Kolej Tun Syed Nasir (KTSN),Universiti Kebangsaan Malaysia.
4) Dr. Mohd Sham Bin Othman
Timbalan Pengetua I,Kolej Tun Syed Nasir,Universiti Kebangsaan Malaysia.
12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM
Subprogram ini akan melibatkan kerjasama seramai 18 orang exco dan 18 orang ahli jawatankuasa yang terdiri daripada pelbagai kaum, bertanggungjawab dalam menjalankan aktiviti dalam program ini. Para peserta program ini disasarkan kepada pelajar-pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur dan juga orang awam di sekitar Kuala Lumpur iaitu dianggarkan seramai 150 orang. Pelancong-pelancong dari luar negara yang di bawah kelolaan Agensi Perlancongan Malaysia pula dianggarkan seramai 40 orang. Selain itu, program ini terbuka kepada pengunjung-pengunjung yang ingin mengambil tahu tentang keunikan cara masakan masyarakat yang berbilang kaum dan dari pelbagai negeri di Malaysia.
13.0 STRUKTUR ORGANISASIRujuk Lampiran A
14.0 TENTATIF PROGRAM
LEARN AND LOVE
MALAYSIAN STREET FOOD TOUR3 MEI 2014
Rujuk Lampiran B
15.0 PERINCIAN PROGRAMRujuk Lampiran C
16.0 BELANJAWANRujuk Lampiran D
17.0 PEJABAT URUSAN
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat, sila hubungi :
Nurul Shuhada Binti HamidonPengarah program Malaysian Street Food Tour,Fiesta Sinergi Intelek 2013/2014,Kolej Tun Syed Nasir, Universiti Kebangsaan Malaysia,No. Tel : 012-7414402Emel : [email protected]
18.0 SYOR/PENUTUP
Program Malaysian Street Food Tour ini adalah jelas salah sebuah program yang dapat memberi sedikit sebanyak input kepada pelancong dari luar negara berkenaan kepelbagaian makanan utama masyarakat pelbagai bangsa di Malaysia di samping mereka berpeluang untuk merasa masakan tersebut seterusnya menjadi salah satu tarikan untuk mereka terus berkunjung ke Malaysia pada masa akan datang. Program ini juga dilihat mampu memberi manfaat kepada mahasiswa/i Kolej Tun Syed Nasir, pelajar-pelajar IPTA/IPTS sekitar Kuala Lumpur serta orang awam sekitar Kuala Lumpur dalam menghargai keistimewaan dan keunikan pelbagai menu masakan yang negara kita miliki seterusnya memupuk sikap untuk terus mengekalkan keunikan dan keistimewaan tersebut. Penglibatan dan kerjasama semua pihak amat diperlukan agar program yang dianjurkan oleh mahasiwa/i KTSN ini dapat mencapai objektif-objektif yang telah disasarkan dan seterusnya berjaya menaikkan nama Kolej Tun Syed Nasir (KTSN) serta Universiti Kebangsaan Malaysia.
LEARN AND LOVE
MALAYSIAN STREET FOOD TOUR3 MEI 2014
Asas pengetahuan dalam bidang masakan dan pemakanan ini sebenarnya agak penting tetapi sering dipandang ringan oleh sesetengah individu. Oleh itu, program ini dapat memberi peluang kepada mahasiswa/i untuk menceburkan diri dalam bidang ini terutama bagi mahasiswa/i yang bukan dari Jabatan Pemakanan dan Dietetik.
Justeru, kami amat berharap untuk mendapatkan kerjasama serta bantuan kewangan agar pihak kami dapat menjalankan program ini dengan jayanya dan kemudian berjaya mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Segala bantuan yang diberikan kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
LEARN AND LOVE
MALAYSIAN STREET FOOD TOUR3 MEI 2014
LEARN AND LOVE
MALAYSIAN STREET FOOD TOUR3 MEI 2014
LEARN AND LOVE
MALAYSIAN STREET FOOD TOUR3 MEI 2014
LAMPIRAN A
STRUKTUR ORGANISASIMALAYSIAN STREET FOOD TOUR
PenaungYBhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali
Naib Canselor, UKM
PengerusiYBhg. Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar danAlumni), UKM
Pengetua Prof. Dr. Ruzita Abd. Talib
Timbalan Pengetua I/IIDr. Mohd Sham Bin Othman/Dr. Qodriyah Binti Hj Mohd Saad
Felo PemantauCik Hamizah Bt. Yahaya
MEP PemantauMohamad Khairul Muzamir Bin Hashim
Muhammad Taufiq Bin Norizan
PengarahNurul Shuhada Binti Hamidon, FFAR/2, A140216, 012-7414402
Timbalan PengarahNor Alia Binti Zakaria, FPER/2, A139698, 017-7956319
SetiausahaNur Qistina Binti Baharuddin, FSK/1, A144447, 013-9117051
BendahariHazel Koh Shueh Yi, FGG/1, A146926, 012-3661118
Exco Program I/ II : Ameerah Binti Budiono, FFAR/1,
A146719, 017-7611621
Nur Hafiqah Binti Rozalei, FSK/1, A144535,
014-5709149
LEARN AND LOVE
MALAYSIAN STREET FOOD TOUR3 MEI 2014
Exco Pemasaran I/II : Noorsana Bt. Hosni, FSK/1, A144405,
017-6050058
Suzinursolahah Binti Saleh, FGG/1, A143089,
0111-9777675
Exco Publisiti dan Multimedia I/II : Chua Xin Jane, FSK/1, A144613, 0166896133
Azeemah Uthman-Hewitt, FFAR/1, A144390,
019-4604942
Exco Jamuan I/II : Noramira Suhada Binti Abdul Rahman,
FFAR/1, A144429, 011-12810494
Muhammad Shazerin Bin Kamaruddin,
FFAR/2, A139798, 017-6293970
Exco Tugas-tugas Khas & Cenderamata I/II : Raja Puteri Elleena Ezwa, FGG/2, A146978,
010-3661592
Nur Asikin Efiza Bt. Mohd Yusoof, FFAR/2,
A140081, 014-5133529
Exco Protokol I/II : Nurhanani Mohd Sadek, FGG/2, A139691,
018-9681955
Amirah Aqilah Binti Abd Rahim, FSK/1,
A144554, 0176438742
Exco Perhubungan Luar I/II : Nurul Fazreen Binti Mohd Nadzri, FSK/1,
A144629, 0172928278
Siti Nadia Binti Zul-lkifli, FFAR/1, A144436,
0175933784
Exco Teknikal I/II : Ahmad Abid Bin Khairuddin, FFAR/2,
A139529, 0148092417
Mohd Amirul Bin Abdul Razak, FSK/1,
A144668, 0134829548
LEARN AND LOVE
MALAYSIAN STREET FOOD TOUR3 MEI 2014
LAMPIRAN B
ATURCARA PROGRAM MASTERCHEF
MASA ATURCARA
6.45 pagi Persiapan tempat
8.00 pagi Gerai jualan
Pameran dan penerangan tentang keunikan makanan, budaya dan tempat-tempat menarik yang terdapat di Malaysia oleh wakil Kementerian Perlancongan dan Kebudayaan Malaysia.
8.30 pagi Pendaftaran peserta
Sarapan
8.45 pagi Taklimat pertandingan
9.00 pagi Pertandingan bermula
10.00 pagi Ketibaan pelancong
10.40 pagi Pertandingan tamat
Sesi penilaian juri
Sesi penilaian dan pengundian juri awam
11.40 pagi Rehat
Pengiraan markah dan kertas undi
Demo masakan bersama juri jemputan
12.20 tengahari Tamat demo masakan
Sesi perasmian penutupan
12.25 tengahari Peserta dan vip mengambil tempat
12.30 tengahari Ucapan Pengarah
Ucapan Pengetua
Ucapan daripada pihak kementerian
Ucapan wakil pelancong
1.00 tengahari Gimik perasmian penutupan
1.10 tengahari Penyampaian hadiah dan cenderahati
1.25 tengahari Sesi bergambar
1.50 tengahari Jamuan dan bersurai
LEARN AND LOVE
MALAYSIAN STREET FOOD TOUR3 MEI 2014
LAMPIRAN C
PERINCIAN PROGRAM
15.1 PERTANDINGAN MASAKAN
Pihak kami akan menyediakan semua bahan masakan bagi hidangan utama manakala peserta perlu membawa sendiri bahan-bahan untuk menyediakan pencuci mulut. Peserta tidak akan dibawa ke pasaraya seperti perincian program sebelum ini atas faktor ketepatan masa. Dengan kerjasama Agensi Pelancongan Malaysia, kami akan membawa sekumpulan pelancong luar untuk menghadiri program ini sekali gus memberi layanan yang terbaik buat mereka selama program ini berlangsung.
Semasa hari pertandingan, peserta akan memilih menu masakan berdasarkan senarai menu masakan yang kami sediakan melalui cabutan undian. Hal ini demikian kerana kami bercadang untuk memvariasikan menu masakan tersebut. Sebagai contoh, 7 kumpulan menyediakan masakan Melayu, 7 kumpulan menyediakan masakan India dan 6 kumpulan lagi menyediakan masakan Cina. Resepi masakan utama dan pencuci mulut akan disediakan. Para peserta dibenarkan membawa bahan tambahan untuk tujuan hiasan. Sistem pertandingan ini dijalankan dalam 1 sesi dengan melibatkan 20 kumpulan. Peserta di beri masa selama 1 jam 40 minit untuk memasak.
Dari segi penilaian pula, kami bercadang untuk menjemput 3 orang juri jemputan. Bukan itu sahaja, pelancong luar juga akan diberi peluang untuk menilai masakan para peserta dan mereka akan disediakan tempat untuk mengundi kumpulan yang mereka berasakan layak untuk menang. Jumlah khemah telah ditetapkan sebanyak 32 buah bagi program ini. Ini termasuklah gerai jualan iaitu 10 gerai jualan untuk masakan negeri dan 10 lagi gerai menjual masakan mengikut kepelbagaian kaum di mana, 1 khemah mampu menempatkan 2 peniaga.
Sasaran peserta adalah maksimum 20 kumpulan di mana 3-4 orang ahli setiap kumpulan di mana ahli-ahlinya terdiri daripada para pelajar Kolej Tun Syed Nasir, pelajar IPTA/IPTS sekitar Kuala Lumpur dan juga orang awam. Setiap kumpulan perlu membayar yuran RM40. Hadiah akan diberikan kepada mana-mana kumpulan yang berada pada kedudukan 3 teratas kesuluruhan bagi masakan utama dan juga hidangan pencuci mulut. Cadangan juri jemputan ialah Masterchef Zamir, Masterchef Dr. Ezani, Masterchef Bryan dan Masterchef Rosemah. Aspek yang perlu diambil kira oleh pihak juri ialah dari segi rasa, dekorasi/hiasan, kebersihan, kesihatan dan kelebihan hidangan tersebut.
Cadangan tema menu masakan ialah ‘Citarasa 1 Malaysia.’
15.2 DEMO MASAKAN
LEARN AND LOVE
MALAYSIAN STREET FOOD TOUR3 MEI 2014
Satu demo masakan akan diadakan oleh para juri jemputan (cadangan: masterchef Zamir/masterchef Dr. Ezany/masterchef Bryan/masterchef Rosemah) selepas sesi penilaian tamat. Ini akan memberi peserta masa untuk berehat manakala urusetia mengira markah akhir. Di samping itu, demo masakan ini diadakan bagi menarik minat orang awam dan masyarakat luar sekitar Kuala Lumpur untuk hadir ke program Malaysian Street Food Tour ini.
15.3 MINI PAMERAN
Subprogram kami akan mengadakan kerjasama dengan Kementerian Perlancongan dan Kebudayaan Malaysia bagi mengadakan pameran tentang keunikan makanan, budaya dan tempat-tempat menarik yang terdapat di Malaysia.
Impak program kepada pelancong-pelancong dari luar negara, mahasiswa/i KTSN serta orang awam sekitar Kuala Lumpur:
1) Memperkenalkan masakan tradisi masyarakat pelbagai kaum di Malaysia khususnya kepada pelancong luar negara.
2) Meningkatkan rasa minat dan daya tarikan kepada pelancong untuk terus berkunjung ke Malaysia yang kaya dengan pelbagai jenis menu masakan dan hidangan.
3) Menyalurkan maklumat tentang keunikan makanan, budaya dan tempat-tempat menarik yang terdapat di Malaysia.
4) Memberi peluang kepada mahasiswa/i KTSN serta orang awam di sekitar Kuala Lumpur untuk menunjukkan bakat memasak masing-masing.
5) Mendidik mahasiswa/i KTSN serta orang awam sekitar Kuala Lumpur tentang kepentingan penyediaan makanan yang bersih.
6) Mewujudkan hubungan kerjasama dan saling membantu antara peserta dalam kumpulan pertandingan masakan.
LEARN AND LOVE
MALAYSIAN STREET FOOD TOUR3 MEI 2014
LAMPIRAN DBELANJAWAN
ANGGARAN PENDAPATAN
BIL PERKARA JUMLAH1.
2.
3.
4.
Sumbangan Tabung Aktiviti Pelajar (kolej)
Pemasarana)Jualanb)Sponsor
Yuran peserta (RM40x20 kumpulan)
Bayaran sewa tapak (RM150x20)
RM500
RM500RM4500
RM5000
RM800
RM3000
JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN RM 9300
ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERKARA JUMLAH
1.
2.
3.
4.
Exco Perhubungan Luara) Juri jemputan (selebriti) (RM250 X 4)b) Sewa tapak (Tasik Titiwangsa)
Exco Jamuana) Jamuan Ringan VIP (RM6.50 X 10)
Exco TTKa) Hiasan tempat
Exco Publisiti
RM1000RM400_________________RM1400 __________
RM65
RM65
RM50
RM50
LEARN AND LOVE
MALAYSIAN STREET FOOD TOUR3 MEI 2014
5.
6.
7.
a) Banner (RM64 X 3)b) Poster (RM 1 X 25)c) Poster A3 (RM5 X 1)d) Slide A4 (0.20 X 25)e) Flyers ( RM 0.10 X 300)
Exco Cenderamata Hadiah untuk pemenang
Juara (RM150x1)Naib juara (RM100x1)Ketiga (RM80x1)
Exco Teknikal Sewaan dapur dan peralatan memasak (RM139 X
20] Perkhidmatan mencuci (RM200) Khemah saiz 20x20 (RM260x2) Khemah saiz 10x10 (RM60x32)
Exco Program Bahan-bahan masakan Buku program (RM 1 x 6 set)
RM192RM25RM5RM5RM30
RM257
RM150RM100RM80
RM330
RM2980
RM520RM1920
RM5420
RM443RM6
RM449
JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN RM7971
LEARN AND LOVE